Anda di halaman 1dari 6

MEMBINA UJIAN MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT EXCEL 2007

Membina Ujian Serta Menyemak Jawapan Secara Eletronik Anda akan membina satu ujian yang di protect, di mana murid yang menaip jawapan kepada soalan-soalan yang diberikan, dalam ruang-ruang yang dikhususkan, dan markah dipaparkan berdasarkan jawapan mereka.
1. Mulakan Microsoft Excel 2007 2. Pada worksheet yang tersedia, taip data dan format cell berkaitan

mengikut kehendak guru.


3. Format cell D5 supaya murid boleh memasukkan jawapan

walaupun worksheet diprotect selepas ini. a. Klik pada cell D5. b. Klik Home di Menu Bar, pilih tetingkap Cells c. Pada ruangan Format, pilih Format Cells d. Buangkan penanda pada pilihan Locked pada tetingkap Protection.

Klik OK.

4. Format cell H5 untuk memaparkan respon kepada jawapan murid

tanpa memaparkan jawapan yang digunakan dalam pemberian markah. a. Klik pada cell H5. b. Klik Home di Menu Bar, pilih tetingkap Cells c. Pada ruangan Format, pilih Format Cells d. Klik pada pilihan Hidden agar penanda pada ruang yang sediakan. e. Klik OK.
5.

Taipkan formula berikut ke dalam cell H5 dan tekan butang Enter. =IF(D5="","",IF(D5="JOHOR BAHRU",1,0)) Formula di atas bermaksud : jika cell D5 tidak ada jawapan, kosongkan cell H5 tersebut, jika cell D5 mengandungi input teks JOHOR BAHRU, paparkan respon dengan nilai 1 markah di cell H5, jika input di cell D5 bukan JOHOR BAHRU, paparkan respon dengan nilai 0 markah di cell H5.

6. Ulang Langkah 3 hingga Langkah 5 sehingga melengkapi semua

bahagian yang perlu dijawab oleh murid. Anda perlu menukar cell input jawapan dan teks JOHOR BAHRU dalam formula di Langkah 5 kepada cell input jawapan dan teks jawapan yang bersesuaian dengan soalan yang ditanya.

7. Taipkan formula berikut ke dalam cell F25 dan tekan butang Enter :

=IF(AND(H5="",H7="",H9="",H11="",H13="",H15="",H17="",H19="",H21="",H23=),"",SUM(H5:H23)) Formula di atas bermaksud : jika semua cell H5, H9, H11, .., hingga H23 adalah kosong, kosongkan cell F25 tersebut, jika salah satu cell daripada cell H5, H9, H11, .., hingga H23 tidak kosong, paparkan jumlah nilai yang terdapat dari cell H5, H9, H11, .., hingga H23 akan dipaparkan pada cell F25.

Dalam pentadbiran ujian, murid tidak boleh melihat samada jawapan mereka betul atau salah. Guru boleh menyorokkan column yang mengandungi cell yang memaparkan markah murid dengan menggunakan arahan Hide.
8. Hide column yang mengandungi markah murid.

a. Klik pada column header bagi column H dan heret tetikus merentasi ke column header bagi column I.

b. Klik Home di Menu Bar, pilih tetingkap Cells, Pada ruangan Hide & Unhide, pilih Hide Columm c. klik Hide Columm..

Hasilnya column H dan column I telah disorokkan dari paparan seperti rajah di bawah:

9.

Taipkan formula berikut ke dalam cell D27 dan tekan butang Enter. =IF(H25="","",IF(H25=10,TAHNIAH,CUBA LAGI)) Formula di atas bermaksud : jika cell D25 menunjukkan jumlah input markah murid kurang dari 10, paparkan respon CUBA LAGI di cell D27, jika input di cell D25 menunjukkan jumlah markah 10, paparkan respon TAHNIAH di cell D27.

Guru boleh menggunakan kreativiti masing-masing untuk menghasilkan paparan yang menarik seperti memasukkan grafik, warna, font dan sebagainya. 10. Protect worksheet anda supaya murid tidak dapat mengubah struktur asas dan data yang sedia ada pada worksheet yang telah anda cipta. a. Klik Home, pilih Format dan klik Protect Sheet.

b. Taip password pilihan anda di ruang Password to unprotect sheet: pada tetingkap Protect Sheet.

c. Lakukan pengesahan bagi password yang telah anda pilih di ruang Reenter password to proceed. pada tetingkap Confirm Password. (Jangan lupa password yang digunakan) Password bagi tugasan ini ialah : 1234 d. Klik OK.

Perhatian: Apabila worksheet diprotect, semua cell dilocked kecuali cell yang telah dibuang sifat lockednya seperti di Langkah 3 di atas. Dengan itu, murid hanya dapat memasukkan jawapan mereka di cell yang dikhaskan sahaja. 10. Save fail anda sebagai nama fail.xls ke dalam folder yang sesuai. Gunakan Modul Pengurusan Fail sebagai panduan bagi membina folder dan mengurus fail. 11. Close fail ***.xls dan Exit dari Microsoft Excel 2007.