Anda di halaman 1dari 12

NOTA RINGKASAN PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH (PQS) (ULUM AL-QURAN) TINGKATAN 4

disediakan oleh: Wan Syafirdaus Hariz bin Wan Badarudin (2013)

BAB (12) - ULUM AL-QURAN DAN KEPENTINGANYA


1. PENGERTIAN ULUM AL-QURAN . Bahasa : Ilmu bermaksud pengetahuan dan Al-Quran bermaksud bacaan. Istilah : Al-Quran ditarifkan sebagai kalamullah yang bermujizat1 yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W2 melalui malaikat jibril dalam bahasa arab3, diriwayatkan secara mutawattir4 dan membacanya adalah ibadah5. Ulum Al-Quran ditarifkan sebagai satu gagasan ilmu yang mengkaji tentang AlQuran dan perkara yang berkaitan dengannya.

2. PERINGKAT PERKEMBANGAN DAN PEMBUKUAN ULUM AL-QURAN. Zaman Rasulullah S.A.W Huraian Penurunan, penulisan, pengajian dan penghayatan Al-Quran menghasilkan ilmu tentang konsep wahyu, konsep nuzul AlQuran, ulum tafsir, kaedah penulisan dan pengajian Al-Quran. i. Pengumpulan Al-Quran disebabkan kematian ramai para huffaz dalam peperangan riddah menghasilkan ilmu Jamul Quran. ii. Penyatuan Al-Quran dari pelbagai mashaf ke dalam satu mashaf Usmani menghasilkan Resam Usmani. iii. Pembukuan kaedah nahu bahasa arab oleh Abu Aswad ad-Duali, Yahya bin Yakmur dan Khalil bin Ahmad menghasilkan Irab al- Quran. Penandaan titik dan baris huruf Al-Quran oleh Hujjaj Bin Yusuf as- Saqafi memperkemaskan lagi ulum Resam Al-Quran. Perkembangan ilmu tafsir dan pembukuan bidang-bidang ulum al- Quran seperti Tafsir bil rakyi, Asbabun nuzul, Makki wal madani, Ijaz Al-Quran dan sebagainya.

Sahabat.

Umawi (Tabiin)

Abasi (Tabi Tabiin)

3.

FAEDAH MEMPELAJARI ULUM AL-QURAN I. II. III. IV. V. Meneguhkan keimanan terhadap keagungan al- Quran sebagai kalamullah. Mengambil iktibar daripada kehebatan para ulama mengkaji Al-Quran. Dapat memahami Al-Quran dengan betul. Dapat mengamal dan menghayati Al-Quran. Dapat menolak kekeliruan tentang Al-Quran.

4. BIDANG KAJIAN ULUM AL-QURAN Mukaddimah ulum Al-Quran Konsep nuzul Al-Quran Asbabun nuzul Al-Quran Jadal Al-Quran. Asbabul nuzul ayat Makki dan madani Sejarah penulisan dan pembukuan AlQuran Ijaz Al-Quran. Nasakh dan mansukh. Am dan khas Mutlak dan muqayyad 5. KESAN PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN a. Menguatkan jati diri dan pegangan agama melalui keyakinan terhadap AlQuran. b. Melatih kekuatan daya ingatan melalui penghafalan Al-Quran. c. Melatih minat mambaca dan mengkaji ilmu-ilmu Islam berdasarkan al- Quran. d. Melatih beriltizam dengan berdisplin dan etika pembelajaran. e. Melatih berfikir secara kreatif dan kritis melalui pemerhatian terhadap perbahasan ulum Al-Quran. Mantuk dan mafhum Tajwid Al-Quran Tarannum Al-Quran Dabit Al-Quran Muhkam wal mutasyabih. Konsep wahyu Amsal Al-Quran. Aqsam Al-Quran Qasas Al-Quran. Balagahah Al-Quran Muyskilul Quran

BAB (13) PENGENALAN AL-QURAN

1. PENGERTIAN AL-QURAN i) ii) Bahasa: bacaan atau himpunan huruf. Istilah: kalamullah yang bermujizat1 yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.2 melalui malaikat Jibril3 dalam Bahasa Arab4, diriwayatkan secara mutawattir5 dan membacanya adalah ibadah6, bermula dengan surah fatihah dan berakhir dengan surah an-Nas6.

2. CIRI-CIRI AL-QURAN

3. CIRI-CIRI KITAB SAMAWI YANG LAIN Tidak meliputi seluruh aspek kehidupan. Tidak diriwayatkan secara mutawatir dan terdedah kepada penyelewengan. Sesuai pada masa dan kawasan tertentu sahaja. Untuk umat tertentu sahaja.

Isi kandungannya meliputi seluruh aspek akidah , syariah dan akhlak. Diriwayatkan secara mutawattir dan selamat daripada kemungkinan tersilap. Sesuai digunakan pada sebarang masa dan tempat sehingga hari kiamat. Kegunaan untuk seluruh umat manusia.

Dijamin kekal dan terpelihara Tidak ada jaminan kekal dan selamat. daripada diubah sehingga hari kiamat.

4) NAMA-NAMA AL-QURAN ialah al-Kitab1, al-Furqan2, Az-Zikr3 dan al-Tanzil4.

5) ANTARA SIFAT-SIFAT AL- QURAN ialah: an-Nur(cahaya yang menerangi kegelapan) , al-Mubin (menerangkan sesuatu), alHuda (petunjuk),Ar-Rahmah (kerahmatan ).

BAB (14) AL-QURAN SEBAGAI MUKJIZAT


1. TARIF MUKJIZAT. Bahasa bermaksud melemahkan Istilah ditakrifkan sebagai: perkara luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah1 kepada seseorang rasul2 sebagai bukti kebenaran risalah3 yang dibawa kepada umat manusia4.

2. JENIS MUJIZAT (2) a. Mujizat Hissi ( ) ialah mukjizat yang dapat dikesan dan dilihat oleh pancaindera seperti tongkat nabi musa menjadi ular. b. Mujizat Maknawi ( ) ialah mukjizat yang dapat dikesan dan dihayati melalui minda dan mata hati seperti Al-Quran.

3. PERKARA LUAR BIASA SELAIN MUKJIZAT (7) 1. Sihir Perkara yang dilakukan oleh manusia dengan pertolongan syaitan untuk menyesatkan manusia. Contoh : Tongkat ahli sihir firaun menjadi ular. Sesuatu tipu muslihat yang dilakukan manusia melalui kepantasan tangan dan teknikal. Contoh : Mengeluarkan burung dari sapu tangan. Perolehan sesuatu idea oleh manusia samada secara sepontan melalui mimpi atau proses berfikir. Contoh : Ijtihad seseorang mujtahid. Perkara yang berlaku kepada para nabi sebelum mereka diutus menjadi rasul. Contoh : Peristiwa malaikat membelah dada nabi Muhammad S.A.W. Sesuatu kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada manusia untuk menambahkan lagi kesesatan mereka. Contoh : Kekayaan dan kekuasaan yang diberikan kepada Firaun. Pertolongan Allah kepada manusia biasa untuk menyelamatkan mereka dari sesuatu malapetaka atau bencana. Contoh : Terselamat daripada nahas kapal terbang. Sesuatu kelebihan yang diberi oleh Allah kepada hamba yang beriman dan bertakwa. Contoh : Memiliki kekuatan fizikal yang luar biasa di medan jihad. 5

2. Silap mata

3. Ilham

4. Irhas

5. Istidraj

6. Maunah

7. Karamah

4. ASPEK MUKJIZAT AL-QURAN. a. Dari aspek bahasa-mempunyai bahasa yang tinggi dan indah. b. Dari segi isi kandungan- Menceritakan sejarah dahulu kala, perkara ghaib , hari pembalasan, syariat dan hukum hakam. c. Dari aspek ilmu pengetahuan- Penemuan sains bertepatan dengan ayat Al-Quran. ( kejadian siang dan malam , kejadian makhluk berpasangan )

5. DALIL-DALIL AKLI (AKAL) TENTANG MUKJIZAT AL-QURAN. a. Ketinggian bahasa Al-Quran sehingga menghalang pakar-pakar bahasa. b. Perkhabaran Al-Quran tentang perkara ghaib, peristiwa lampau, peristiwa kan datang dan syariat yang tidak boleh difikir dan direka melalui akal. c. Isyarat Al-Quran kepada beberapa fakta sains yang diperolehi melalui kajian saintifik.

BAB (15) WAHYU


1. WAHYU i) Bahasa: 1. Ilham Fitri 2. Ilham Gharizi 3. Isyarat Pantas 4. Bisikan Dan Godaan Syaitan 5. Perintah Allah kepada para malaikat ii) diberikan oleh Allah kepada orang biasa yang diberi oleh Allah kepada haiwan. seperti yang diberikan oleh Nabi Zakaria kepada kaumnya. terhadap manusia. untuk melakukan sesuatu.

istilah ialah kalamullah1 yang diturunkan kepada seseorang nabi atau rasul2 mengikut cara yang khusus3.

2. CARA PENURUNAN WAHYU (2) 1. Melalui malaikat. i. Malaikat datang dengan rupa asalnya dan bunyi yang nyaring. ii. Malaikat datang dengan rupa lelaki dewasa. i. Melalui mimpi yang baik. ii. Melalui percakapan di sebalik hijab (tabir) secara sedar.

2. Tanpa perantaraan malaikat

3. JENIS-JENIS WAHYU (2) a. Wahyu Al-Quran yang diturunkan melalui jibril dengan kedua-dua lafaz dan maknanya daripada Allah dan sampai kepada kita secara mutawattir. b. Wahyu hadis yang diturunkan melalui ilham, mimpi atau bicara di sebalik hijab, maknanya daripada Allah manakala lafaznya daripada baginda Rasulullah sendiri.

4. WAHYU ADALAH SUMBER ILMU ISLAM dan manusia perlu kepada panduan wahyu daripada Allah untuk memahami agama kerana ajaran agama tidak boleh melalui akal fikiran.

5. AKIBAT MENGABAIKAN PERANAN WAHYU : a. b. c. d. Gagal memahami agama. Dipengaruhi budaya asing. Hilang jati diri Berada dalam kesesatan.

6. WAHYU PERTAMA YANG DITURUNKAN (TERDAPAT PERSELISIHAN PENDAPAT) a. b. c. d. Pendapat pertama surah al-Alaq ayat 1 hingga 5 ( Pendapat paling rajih ). Pendapat kedua surah al-Mudassir ayat 1 hingga 56 Pendapat ketiga ayat basmalah Pendapat keempat surah al-Fatihah ayat keseluruhannya.

7. PERSELISIHAN ULAMA MENGENAI WAHYU TERAKHIR : a. Surah al-Baqarah ayat 281 yang berkaitan dengan hari kematian dan hari pembalasan di akhirat. ( Pendapat paling rajih ). b. Surah al-Baqarah ayat 287 yang berkaitan dengan riba. c. Surah al-Baqarah ayat 282 yang berkaitan dengan hutang piutang. d. Surah al-Imran ayat 195 . e. Surah an-Nisak ayat 176. f. Surah at-Taubah ayat 128-129.

BAB (16) NUZUL AL-QURAN


1. NUZUL QURAN bermaksud proses penurunan wahyu Al-Quran mengikut cara- cara yang tertentu. 2. PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN 1 Luh Mahfuz. Peringkat pertama sebelum Al-Quran diturunkan ke bumi. terletak di langit dunia. Proses penurunan ini berlaku pada malam lailatul qadar di bulan ramadhan secara serentak sekali gus. diturunkan secara beransur-ansur dari Baitul Izzah kepada baginda melalui Jibril alaihissalam.

Baitul Izzah

Rasulullah S.A.W.

3.

HIKMAH PENURUNAN AL-QURAN SECARA BERPERINGKAT a. Untuk membezakan keistimewaan Al-Quran dan Nabi Muhammad S.A.W. dengan kitab dan para Nabi terdahulu. b. Untuk menguji keimanan manusia terhadap peristiwa yang berlaku di alam ghaib. c. Untuk menguji keimanan manusia terhadap kebenaran Al-Quran. d. Untuk menguji keimanan manusia terhadap kerasulan Nabi Muhammad S.A.W.

4.

HIKMAH PENURUNAN AL-QURAN SECARA BERANSUR-ANSUR a. Sebagai bukti Al-Quran itu daripada Allah. b. Untuk menetapkan hati baginda yang terpaksa menempuh berbagai rintangan dalam menyampaikan dakwah kepada umatnya. c. Sebagai menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan kepada rasulullah samada berkaitan kerasulan, peristiwa lampau dan perkara ghaib. d. Supaya manusia mampu dan bersiap sedia untuk menerima syariah. e. Untuk memudahkan umat islam menghafaz dan memahami kandungannya.

PANTAS MINDA
Pengertian Kesan Perkembangan Peringkat Perkembangan

ULUM AL-QURAN DAN KEPENTINGANNYA

Bidang Kajian

Faedah

Pengertian Sifat2 Al-Quran Ciri2 Al-Quran

PENGENALAN AL-QURAN

Nama2 Al-Quran

Ciri2 Kitab Samawi yang lain

10

Takrif Dalil2 Aqli ttg Mukjizat Al-Quran Jenis2 Mukjizat

AL-QURAN SEBAGAI MUKJIZAT

Aspek Mukjizat Al-Quran

Perkara Luar Biasa Selain Mukjizat

Jenis-jenis

Bahasa & Istilah

Cara Penurunan

Wahyu Sumber?

WAHYU

Wahyu Pertama

Akibat mengabaikan peranan wahyu

Wahyu Terakhir

11

Maksud

Peringkat penurunan Al-Quran

NUZUL AL-QURAN

Hikmah penurunan beransur2

Hikmah penurunan berperingkat

12

Anda mungkin juga menyukai