Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LANG SUNGAI LANG, BANTING SELANGOR

KERTAS KERJA CADANGAN PROJEK KECERIAAN DI SURAU SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LANG

DIKELOLAKAN : GABUNGAN GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

DENGAN KERJASAMA : SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LANG, BANTING SELANGOR

1.0 Pendahuluan

Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada denganamalan sebenar tugas guru permulaan. Guru pelatih dikehendaki merancang,melaksana dan menilai projek / aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang menjadi amalan dan budaya sekolah. Pada peringkat untuk menjayakan program internship ini,satu projek dikenal pasti sebagai satu aktiviti yang boleh dijalankan di sekolah. Projek ini membabitkan beberapa orang guru pelatih dalam menghias dan mengindahkan Surau Sekolah Kebangsaan Sungai Lang .Aktiviti sebegini dapat menjana minda fikiran bakal pendidik serta dapat melahirkan personaliti yang sihat dari segi jasmani, emosi, intelek dan spiritual. Projek keceriaan yang ingin dijalankan dilihat bertujuan positif untuk mengasah, mencungkil dan mengenal pasti bakat dalam kalangan guru pelatih disamping mewujudkan suasana yang ceria di sekolah. 2.0 Objektif Melalui projek keceriaan ini, kami semua dapat :i. Merancang dan melaksanakan aktiviti atau projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah. ii. Menunjukkan komitmen yang tinggi kearah kecemerlangan, akuntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas. iii. Menjadikan surau sekolah sebagai surau yang cantik dan indah. iv. Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan terhadap sekolah. v. Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan.

3.0 Tarikh & Tempat 3.1 Tarikh : 05 Julai 2013

3.2 Tempat : Surau SK Sungai Lang 4.0 Jawatankuasa Pelaksana Rujuk Lampiran A 5.0 Anggaran Perbelanjaan Rujuk Lampiran B 6.0 Penutup Diharapkan melalui projek yang akan dilaksanakan ini dapat menceriakan lagi persekitaran sekolah khususnya Surau SK Sungai Lang di samping menjadikan surau sebagai tempat yang lebih menarik dan efektif untuk aktiviti kerohanian sekolah.

Disediakan oleh, .. (NURUL IZZATI ZAMAN) Setiausaha Jawatankuasa Pelaksana Projek Menceriakan Surau SKSL

Disahkan oleh, . (TN HAJI RAHMAT BIN MUSMAN) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sungai Lang, Banting, Selangor.

LAMPIRAN B BELANJAWAN

BIL 1. 2. 3.

PERKARA Carta Ayat Al-Quran Reben Barangan Am

UNIT RM 10 x 10 RM 5 X 2 RM 10 Jumlah Keseluruhan

JUMLAH RM 100.00 RM 10.00 RM 10 RM 120.00

LAMPIRAN A AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat

: Tuan Haji Rahmat Bin Musman (Guru Besar SK Sungai Lang, Banting)

Pengerusi

: Puan Hajah Fatimah binti Haji Ali (Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi

: Puan Zalina binti Jasman (Penolong Kanan Kokurikulum) Encik Zainal Abidin bin Shahrim (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Mentor

: Puan Norazzila Binti Sajadi Puan Sarifah Hanizan Binti Hamdan Encik Muhammad Hakim bin Abu Bakar Tuan Syed Nasaruddin bin Syed Aziz

Peserta Projek

: Cik Syuhada Binti Mohd Tajuddin Cik Wan Nor Amira Binti Wan Darus Cik Nurul Izzati binti Zaman Cik Nur Asfia binti M. Faeid Encik Amir Zulsyazwan bin Zulkifli Encik Azwan bin Ramali Encik Dino Dale Lucas Encik Azreyzan bin Bahaman

Anda mungkin juga menyukai