Anda di halaman 1dari 4

4.

Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir merupakan suatu kemahiran yang penting bagi seorang guru untuk menyelesaikan masalah serta membuat keputusan dengan bijaksana. Kemahiran berfikir boleh dirumuskan dengan kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seorang guru yang memperoleh kemahiran berfikir cekap menyusun maklumat, konsep atau idea secara teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan dengan sewajarnya. Ekoran daripada reformasi pendidikan, tugas dan kerja guru hari ini tidak sama seperti masa yang lalu. Peranan guru yang lalu merupakan penyampai maklumat, tetapi pada masa kini, peranannya telah ditukar menjadi seorang pemimpin fasilitator dan pemberi rangsangan dalam bilik darjah. Guru pada masa dahulu menumpukan tugasnya mengajar murid dengan ilmu pengetahuan, tetapi masa kini tugasnya telah ditukar dengan usaha mengembangkan potensi murid secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Selain mendidik menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berani dan sanggup menghadapi cabaran hidup sebagai insan yang berguna untuk pembangunan negara. Untuk mencapai objektif tersebut , guru yang berinovasi hendaklah berusaha dengan memberi peluang kepada murid supaya daya intelek dan kemahiran berfikir mereka dapat dikembangkan dengan sewajarnya. Guru hendakah menguasai ciri-ciri kemahiran berfikir bagi menghadapi cabaran perguruan dan melaksanakan tugasnya secara profesional. Pemikiran merupakan proses yang menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah. Proses ini melibatkan aktiviti-aktiviti menyusun idea, membuat kesimpulan untuk mendapatkan ilmu atau kemahiran baru yang boleh digunakan untuk penyelesaian masalah. Guru yang berinovatif akan memberi peluang kepada murid-muridnya memperkembangkan daya intelek dan kemahiran berfikir. Dalam hal ini guru harus ada teknik menyoal dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik yang menggalakkan perkembangan kemahiran berfikir secara analitis, kritis dan rasional boleh didapati daripada Cort Thinking Programme yang disediakan oleh Dr. Edward de Bono. Menurut beliau, kemahiran berfikir seseorang pelajar boleh dipertingkatkan melalui teknik-teknik seperti mengadakan perbincangan di antara pelajar dengan mempertimbangkan sesuatu idea atau isu dari segi kebaikan atau kelemahan, menggunakan teknik penyelesaian masalah yang sesuai, mempertimbangkan semua faktor dalam proses pilihan atau keputusan, meneliti segala akibat yang mungkin berlaku, meninjau idea atau pandang andari sudut pandangan orang lain dan memahami dan menentukan tujuan dan objektif sesuatu perkara dalam kajian dengan cara yang tepat. Empat cabang utama dalam kemahiran berfikir ialah kemahiran berfikir secara kritis, kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran menaakul dan strategi berfikir. 4.1 Kemahiran Berfikir Secara Kritis

Kemahiran berfikir secara kritis ialah kemahiran menilai sesuatu masalah secara logik dan munasabah. Justeru itu, kemahiran berfikir ini mungkin berbeza daripada seorang guru dengan guru yang lain. Dalam kemahiran berfikir secara kritis, guru perlu memiliki kemahirankemahiran berikut : a) Menganalisis sesuatu masalah secara terperinci. b) Menyenaraikan ciri-ciri untuk mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh mengenai sesuatu konsep. c) Kemahiran untuk membuat aktiviti-aktiviti banding beza. d) Menyusun isi bentuk menaik ataupun menurun. e) Membuat keputusan rasional. f) 4.2 Membuat penilaian secara menyeluruh. Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

Dalam Kemahiran berfikir secara kreatif, guru perlu memiliki kemahiran-kemahiran berikut : a) Menjana idea atau mencarai jalan penyelasaian yang baru terhadap sesuatu situasi bermasalah. b) Membuat inferens dalam aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah di mana guru perlu memutuskan tindakan wajar. c) Membuat hubungkait antara konsep-konsep yang berbeza. membayangkan apa yang akan berlaku dalam situasi bermasalah. e) Membuat hipotesis iaitu membuat penyataan masalah yang boleh diuji kesahannya. f) Mensintesis iaitu untuk menggabungkan idea, unsur-unsur item dan fakta yang berasingan untuk menghasilkan satu gambaran yang menyeluruh. Mengitlak iaitu untuk membuat pemerhatian dan rumusan dengan membuat penyataan-penyataan umum. g) Menganalogi iaitu untuk membuat perbandingan dan mencari kesamaan antara konsepkonsep yang berlainan. h) i) Membuat gambaran mental di mana guru boleh membayangkan sesuatu yang abstrak dalam pemikirannya. Merekacipta iaitu mencipta inovasi atau barang maujud yang baru yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 4.3 Kemahiran Berfikir Menaakul d) Meramal dengan melibatkan diri dalam kajian masa depan di mana guru dapat

Kemahiran berfikir secara menaakul ialah satu kemahiran di mana guru perlu membuat pemikiran tahap tinggi dengan membuat interpretasi, analisis, sintesis danpenilaian untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Guru harus mengaplikasikan

kemahiran berfikir menaakul kerana ia dapat membantu guru untuk membuat keputusan yang logik dan rasional terhadap semua permasalahan yang dihadapi olehnya. 4.4 Strategi Berfikir

Guru harus menggunakan strategi berfikir iaitu proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi langkah-langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif untuk mengkonsepsi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Untuk menghadapi cabaran-cabaran dan melaksanakan tugas-tugas secara professional serta penuh keyakinan adalah perlu bagi guru berinovatif dengan menghayati ciri kemahiran berfikir dan berusaha menguasainya.

Bibliografi Mok Soon Sang (2003) ,Pendidikan Di Malaysia Untuk Kursus Diploma Perguruan, Semester 5, Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd . Ee Ah Meng(1996), Pendidikan Di Malaysia1 Falsafah Pendidikan Guru dan Sekolah, Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Al Ramaiah (1997). Kepimpinan Pendidikan: Cabaran Masa Kini. Selangor :IBS Buku Sdn.Bhd.

Noriati A.Rashid, Boon Poon Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor : Oxford Fajar.

Rosezlan. Definisi,Ciri, Prinsip dan Amalan Teori Konstruktivis. [online]. Diperoleh http://www.scribd.com/doc/414320/Konstruktivisme (29 April 2012)

http://kulanzsalleh.com/guru-dan-kemahiran-profesional/ (29 April 2012)

http://www.scribd.com/doc/14587544/Kemahiran-Profesional-Guru-PeningkatanProfesional-Kendiri-Cabaran-Profesion-Keguruan (30 April 2012)

http://www.slideshare.net/arthurjeo/5-kemahiran-profesional-guru (30 April 2012)