Anda di halaman 1dari 24

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203 730114-10-5551 ILMU TAFSIR _______________________________________________________________________ _ 1.

0 PENDAHULUAN

Al-Quran adalah kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.sebagai mujizat yang ditulis dalam mushaf dan diriwayatkan dengan mutawattir serta membacanya adalah ibadah. Diturunkannya kepda jin dan manusia agar bisa dijadikan petunjuk (hudan) dan pembeda (furqan) antara kebenaran dan kesesatan, sebagaimana firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 185.


Ertinya : (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Allah menurunkan al-Quran untuk dibaca dengan penuh penghayatan (Tadabbur), meyakini kebenarannya dan berusaha untuk mengamalkannya. Untuk melaksanakan perintah Allah tersebut, seorang harus memahami makna dan kandungan al quran. Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata; Apabila anda ingin mengambil pelajaran dari Al-Quran, maka pusatkanlah hati dan fikiran anda di saat membaca dan mendengarnya. Al-Quran juga diturunkan dengan bahasa Arab, sebagaimana firman Allah dalam surah yusuf ayat 2 .

Ertinya :Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al-Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya. _______________________________________________________________________ _ 1

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203 730114-10-5551 ILMU TAFSIR _______________________________________________________________________ _ Dengan demikian, orang yang ingin menafsirkan AL-Quran harus memahami bahasa Arab baik qaidah lughawiyahnya seperti nahwu, sharf (gramatical), maupun tabiriyah

(Linguistic) seperti majaz, balagah, Ijaz dan lainnya. Juga Ulumul quran seperti asbaab an-nuzul, nasikh mansukh, qiraah dan lainnya. 2.0 PENGERTIAN TAFSIR

Al-Quran menyeru umat manusia supaya meneliti, memahami serta mentadabbur kitab Allah s.w.t. Firman Allah:


Maksudnya: Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi alQuran? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya (An-Nisa ayat 82) Sehubungan dengan itu, untuk memahami isi kandungan Kitab Suci al-Quran,maka sewajarnyalah dipelajari ilmu tafsir agar dapat difahami ajaran serta isi kandungan alQuran dengan baik.Tafsir adalah kunci untuk membuka gudang simpanan yang terdapat di dalam al-Quran. Tanpa tafsir, sesiapa pun tidak dapat membuka gedung simpanan tersebut untuk mendapatkan mutiara dan permata yang amat bernilai yang tersimpan di dalamnya. 2.1 Makna Tafsir dari Sudut Bahasa Dari sudut bahasa, perkataan tafsir adalah mengikut wazan tafil.Perkataan ini berasal daripada kata akar al-fasr yang bererti menjelaskan (al-tabyin), menerangkan (al-idah), menyingkap (al-kasyf) dan menampakkan (izhar). Dari sini, bolehlah dikatakan bahawa tafsir itu bermaksud menerangkan serta menjelaskan sesuatu.Oleh yang demikian, _______________________________________________________________________ _ 2

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203 730114-10-5551 ILMU TAFSIR _______________________________________________________________________ _ mentafsirkan ayat-ayat al-Quran adalah dengan menerang atau menjelaskan apa-apa yang terkandung padanya daripada makna-makna, rahsia dan hukum hakamnya.

2.2 Makna Tafsir dari Sudut Istilah Manakala dari sudut istilahnya pula, terdapat pelbagai definisi yang telah dikemukakan oleh para ulama berhubungan dengan maksud tafsir. Para ulama telah mengemukakan pelbagai definisi mengenai tafsir yang saling melengkapi di antara satu definisi dengan definisi yang lainnya. Imam az-Zarkasyi telah mendefinisikan tafsir sebagai berikut:

.
Maksudnya: Ilmu untuk memahami Kitabullah yang diturunkan kepada NabiNya Muhammad Sallallahu Aalaihi wa sallam,menjelaskan maknanya, serta mengeluarkan hukum hakam dan hikmahnya-hikmahnya. Sehubungan dengan itu, sebagai kesimpulannya, boleh dikatakan bahawa tafsir itu bermaksud menjelaskan makna ayat-ayat al-Quran, kedudukannya, kisah dan sebab nuzul, susunan ayat makki dan madani,muhkam dan mutashabih, nasikh mansukh, khusus dan umum, halal,haram dan sebagainya dengan menggunakan ungkapan yang menunjukkan kepadanya secara jelas dan terang mengikut kadar kemampuan manusia. 3.0 TOKOH TAFSIR MODEN : SHEIKH ABDULLAH BASMEIH

3.1 LATAR BELAKANG Nama penuh beliau ialah Sheikh Abdullah Basmeih bin Sheikh Muhammad Basmeih. _______________________________________________________________________ _ 3

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203 730114-10-5551 ILMU TAFSIR _______________________________________________________________________ _ Beliau berketurunan Arab di kedua-dua belah pihak ibu dan ayah beliau. Ayah beliau bernama Syeikh Muhammad Basmeih bin Salleh Basmeih yang berasal dari Hadramawt di Yaman, manakala ibu beliau bernama Aisyah binti Abdullah bin Hammad yang berasal dari wilayah Bishah Arab Saudi. Basmeih adalah gelaran bagi keturunan beliau. Syeikh Abdullah Basmeih telah dilahirkan pada 29 Disember 1913. Dalam catatan lain beliau dikatakan dilahirkan pada tahun 1915 kerana umur beliau sewaktu berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1927 ialah 12 tahun. Beliau dilahirkan di kawasan bernama Maabdah yang terletak berhampiran dengan Mekah. Beliau dibesarkan di bumi Mekah al-Mukarramah sehinggalah berhijrah ke Tanah Melayu selepas itu kerana mengikut bapa beliau.

Syeikh Abdullah Basmeih telah menjadi yatim semasa berumur kurang dari dua tahun sewaktu ibu beliau Aisyah meninggal dunia. Selepas itu beliau dijaga dan dibesarkan oleh ibu saudara beliau Khadijah Hammad. Khadijah Hammad dipangil beliau sebagai ammati wa khalati iaitu yang bermaksud ibu saudara sebelah bapaku dan ibu saudara sebelah ibuku kerana beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kedua-dua belah pihak iaitu di pihak ayah dan ibu Sheikh Abdullah Basmeih. Sheikh Abdullah Basmeih hanya mempunyai dua orang adik beradik lelaki sebapa iaitu Sheikh Said dan Sheikh Salim. Kedua-duanya adalah hasil daripada perkongsian hidup Sheikh Muhammad Basmeih dengan wanita Melayu yang bernama Yang Chik binti Haji Kesah yang berasal dari Kampung Sungai Kertah Pengkalan Balak Melaka. 3.2 PENDIDIKAN Sheikh Abdullah Basmeih adalah seorang tokoh ilmuwan terulung namun sejarah _______________________________________________________________________ _ 4

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203 730114-10-5551 ILMU TAFSIR _______________________________________________________________________ _ pendidikannya tidaklah sepertimana kebanyakan ulama lain.Pendidikan awal Sheikh bermula semasa beliau kecil lagi iaitu semasa berada di Mekah al-Mukarramah. Semasa di sana beliau telah sempat belajar di Suq al-Layl. Beliau telah dihantar oleh ayah beliau untuk belajar agama di masjid Mekah semasa berumur 7 tahun. Pembelajaran beliau ini hanyalah sekejap sahaja kerana semasa beliau berumur 12 tahun ayah beliau telah membawa beliau bersama berhijrah ke Malaysia di Pengkalan Balak Melaka. Bermula dari perpindahan itu, beliau telah dididik mengikut suasana masyarakat tempatan pada masa itu. Beliau telah dimasukkan ke sekolah Melayu Pengkalan Balak Melaka dan telah belajar sehingga lulus darjah 5. Hasil daripada persekolahan dan persekitaran telah membolehkan beliau untuk menguasai bahasa Melayu dengan baik. Selepas daripada itu beliau tidak dapat meneruskan pengajian beliau ke peringkat lebih tinggi disebabkan masalah kewangan. Walaubagaimanapun beliau tetap gigih menimba ilmu dengan berusaha membaca sendiri antaranya Majalah Guru, hasil-hasil karangan pendita Zaaba dan sebagainya. Beliau sendiri turut menyebut bahawa guru beliau adalah buku-buku dan kemahuan, hanya Allah sahaja yang mengetahui kegigihan beliau dalam menuntut ilmu. 3.3 PEKERJAAN Sheikh Abdullah Basmeih adalah seorang yang gigih. Sejak kematian ayah beliau, beliau telah bertanggungjawab untuk berusaha mencari rezeki bagi meringankan beban ibu tiri beliau walaupun pada masa itu beliau masih bersekolah. Beliau pernah menjual nasi lemak, menoreh getah, bersawah, menjual buah dan ikan. Selain daripada itu, Sheikh juga pernah bekerja sebagai buruh di Triang Pahang, sebagai pembantu tukang masak di kantin Sekolah Inggeris Bandar Hilir Melaka, sebagai buruh _______________________________________________________________________ _ 5

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203 730114-10-5551 ILMU TAFSIR _______________________________________________________________________ _ di kilang getah Belanda di Pasir Panjang, peniaga kain dan pembuat dan penjual rojak. Semasa beliau berniaga rojak beliau telah berjinak-jinak dengan dunia penulisan. Artikel beliau pernah tersiar dalam akhbar Warta Malaya. Kebolehan beliau ini disedari oleh pengarang akhbar Utusan Melayu Haji Mohammad Dahlan Masood (Hamdan). Beliau telah memberi kepercayaan kepada Sheikh untuk menterjemah rencana-rencana agama daripada Majalah al-Musawwar untuk dimuatkan ke dalam Utusan Melayu. Selepas itu beliau terus serius berkecimpung di dalam dunia penulisan dan

penterjemahan. Beliau pernah bekerja dengan Syarikat Qalam Press dan Syarikat Utusan Melayu. Beliau juga pernah bekerja sebagai penulis dan penterjemah bebas. 3.4 SUMBANGAN Tafsir Pimpinan al-Rahman adalah sebuah kitab terjemahan al-Quran sekaligus merupakan kitab tafsir al-Quran yang telah dihasilkan oleh Sheikh Abdullah Basmeih. Kitab tafsir ini digunapakai secara meluas di kalangan masyarakat Islam di Malaysia malahan ianya diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai sebuah kitab tafsir yang sewajarnya dirujuk oleh masyarakat Islam di sini.Selain itu,beliau telah banyak menghasilkan karya-karya yang amat berharga. Antaranya ialah : i. Pengertian Ayat-ayat al-Quran ( naskhah jawi dan naskhah rumi ) ii. Mukadimah Mastika Hadis iii. Mastika Hadith Rasulullah s.a.w ( iman- tauhid ) iv. Mastika Hadith Rasulullah s.a.w ( sembahyang ) v. Khutbah Haji Wada- Khutbah Rasulullah s.a.w. vi. Panduan Mengurus Jenazah vii. Kedudukan Masjid Dalam Islam _______________________________________________________________________ _ 6

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203 730114-10-5551 ILMU TAFSIR _______________________________________________________________________ _ viii.Sejarah Hidup Siti Aisyah (1950) ix. Sejarah Hidup Abu Bakar al-Siddik (1951) x. Sejarah Hidup Nabi Muhammad ( 1952-1953 ) xi. Panduan Kanak-kanak Sembahyang xii. Muqaddam al-Quran xiii. Hikayat Salahuddin al-Ayyubi 3.5 KEMATIAN Sheikh telah kembali ke rahmatullah pada 14 Julai 1996 di rumah beliau yang terletak di Jalan Enggang Selatan, Taman Keramat. Pada ketika itu beliau berumur 84 tahun. Sesungguhnya pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang amat besar kepada negara kita lebih-lebih lagi apabila mengenangkan sumbangan beliau sebagai penterjemah al-Quran. Bermula dari situ Sheikh telah gigih berusaha secara berperingkat-peringkat sehingga beliau berjaya menterjemah al-Quran ke bahasa Melayu dalam tulisan jawi pada peringkat awalnya, kemudian dalam tulisan rumi sebagaimana yang dapat kita lihat sekarang ini. Usaha-usaha gigih beliau ini telah mengambil masa yang lama di bawah kepimpinan empat orang Perdana Menteri Malaysia. 4.0 METODOLOGI PENTAFSIRAN

Secara keseluruhannya , Sheikh Abdullah Basmeih tidak menentukan format khusus untuk menterjemah dan mentafsir al-Quran. Beliau merujuk kepada kitab-kitab muktabar kemudian menterjemah ayat-ayat al-Quran dengan gaya terjemahan beliau sendiri tanpa terikut dengan mana-mana penterjemah.

_______________________________________________________________________ _ 7

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203 730114-10-5551 ILMU TAFSIR _______________________________________________________________________ _ Beliau menterjemah dengan menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami bukannya menterjemah mengikut huruf (harfiah). Mana-mana ayat yang memerlukan huraian dibuat huraiannya di tempat nota kaki. Huraian-huraian ini merupakan intipati kepada bacaan beliau terhadap kitab-kitab rujukan yang digunakan. Kata-kata dari ulama seperti almarhum Dato Haji Muhammad Noor turut dimasukkan pada tempat-tempat tertentu. Perlu difahami di sini bahawa beliau tidak mentafsir ataupun membuat huraian pada semua ayat al-Quran, hanya ayat-ayat tertentu sahaja yang diberi huraian dan penjelasan. Selebihnya hanyalah terjemahan ayat. Oleh kerana itu kitab tafsir ini sebenarnya adalah lebih merupakan terjemahan kepada ayat-ayat al-Quran.

Sebagai kesimpulannya metodologi pentafsiran beliau kepada bahagian-bahagian berikut: 4.1 Tafsir al-Quran dengan al-Quran Pada ayat-ayat tertentu beliau memberikan penjelasan dengan menyebut nombor ayat dan nama Surah yang menyokong dan menjelaskan ayat al-Quran yang dihurai. Contohnya pada ayat 37 surah al-Baqarah. Pada bahagian nota kaki ayat ini beliau menyatakan sebagaimana berikut : kalimah-kalimah pengakuan taubat yang telah diilhamkan oleh Allah Taala kepada Nabi Adam (dan isterinya Hawa) itu ialah yang tersebut di dalam ayat 23 surah al-Araf iaitu


_______________________________________________________________________ _ 8

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203 730114-10-5551 ILMU TAFSIR _______________________________________________________________________ _ 4.2 Tafsir al-Quran dengan hadis Pada sesetengah ayat Sheikh Abdullah Basmeih turut menghuraikan ayat tersebut dengan hadis Nabi s.a.w. Walaubagaimanapun Sheikh tidak menyatakan matan hadis tersebut. Begitu juga tidak dinyatakan perawi hadis tersebut. Kekadang beliau hanya menyebut dari sumber mana sumber tersebut diambil.Contohnya pada ayat 6 surah al-Fatihah. Kekadang beliau hanya menyebut tentang mafhum hadis sahaja sepertimana dalam ayat 54 dan 55 surah Ali Imran. 4.3 Sebab Penurunan Ayat Syeikh Abdullah Basmeih turut menyatakan tentang sebab penurunan ayat (sabab alNuzul) di dalam kitab tafsirnya ini, tetapi tidak semua ayat yang mempunyai sabab alNuzul dinyatakan beliau. Antara ayat yang diterangkan sebab penurunannya ialah ayat 1 surah al-Nahl. Selain itu ada juga keterangan yang bersifat sebab penurunan ayat tetapi tidak dinyatakan oleh beliau sebagai sebab penurunan ayat tersebut walaupun disebut pada kitab-kitab tafsir lain. Contohnya pada ayat 1 surah al-Munafiqun. 4.4 Huruf muqattaah Syeikh Abdullah Basmeih tidak menghurai huruf-huruf muqattaah bahkan beliau menyatakan bahawa Allah jualah yang mengetahui erti dan maksud huruf-huruf yang terletak pada permulaan setengah-setengah surah al-Quran seperti . . ( Alif Lam Mim) ini.

4.5 Munasabah ayat _______________________________________________________________________ _ 9

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203 730114-10-5551 ILMU TAFSIR _______________________________________________________________________ _ Dalam kitab tafsir ini juga sheikh Abdullah Basmeih turut menyatakan tentang hubungan dan kaitan (munasabah) antara ayat dengan ayat. Contohnya pada ayat 3 surah al-Nahl. Walaubagaimanapun beliau tidak memberi huraian tentang munasabah antara surah dengan surah. 4.6 Ayat-ayat hukum Sheikh Abdullah Basmeih juga telah memberi penekanan pentafsiran kepada ayat-ayat hukum, tetapi tidak semua ayat hukum dijelaskan oleh beliau. Antara contoh yang dapat dilihat adalah pada penjelasan tentang hukum mewarisi wanita pada zaman jahiliyah yang telah diterangkan oleh Allah Taala dalam firmanNya pada surah al-Nisa ayat 19. Begitu juga pada hukum haram membunuh seseorang manusia yang dinyatakan pada surah al-Isra ayat 33. 4.7 Kisah-kisah Nabi dan umat terdahulu Sheikh Abdullah Basmeih juga banyak memberikan perhatian terhadap ayat-ayat berkenaan kisah-kisah Nabi dan umat terdahulu. Antara contoh yang dapat dilihat ialah pada kisah Nabi Ibrahim a.s. Kisah tersebut dihuraikan oleh beliau pada nota kaki ayatayat berkenaan. Contohnya pada ayat 71 surah Hud. 4.8 Penjelasan istilah-istilah Antara ciri-ciri pentafsiran Sheikh Abdullah Basmeih yang lain ialah beliau turut menghuraikan istilah-istilah tertentu yang dirasakan oleh beliau penting untuk dihuraikan. Contohnya istilah Allah, al-Rahman, al-Rahim pada surah al-Fatihah.

_______________________________________________________________________ _ 10

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203 730114-10-5551 ILMU TAFSIR _______________________________________________________________________ _ Daripada penjelasan di atas dapat difahami bahawa Sheikh Abdullah Basmeih telah memberi tumpuan kepada aspek-aspek tersebut di dalam kitab tafsir beliau ini. Namun jika ianya dibandingkan dengan kitab-kitab tafsir muktabar yang lain masih ada beberapa aspek yang tidak disentuh oleh beliau iaitu penerangan tentang masalah nahu, masalah qiraat dan sebagainya. 5.0 TAFSIR SURAH AL IKHLAS

Berdasarkan tafsir al quran pimpinan Ar Rahman yang ditulis oleh Sheikh Abdullah Basmeih pada surah Al Ikhlas adalah seperti berikut:


Ertinya:

1 Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; 2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; 3. "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan; 4. "Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya".

Surah Al Ikhlas yang pendek ini menetapkan keesaan zat Allah,keesaan sifat ketuhannanya dan keesaan perbuatannya.Surah ini memberi kesedaran kepada hati kecil manusia akan iktikad tauhid yang sebersih-bersihnya supaya dijadikan asas bagi ibadatnya dan bawaannya dalam kehidupan.Maka dengan itu ia tidak memperhambakan dirinya melainkan kepada Allah semata-mata dan tidak bertumpu pada masa senang dan susah melainkan kepada Allah sahaja.Serta tidak menjadikan kata pemutus dalam segala urusan hidupnya melainkan hukum Allah yang ialah menjadi punca bagi segala keadaan,kekuasaan dan ketetapan.

_______________________________________________________________________ _ 11

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203 730114-10-5551 ILMU TAFSIR _______________________________________________________________________ _ Tauhid yang demikian ialah asas yang awal pertama yang wajib diiktiqadkan oleh hati seseorang semasa lidahnya mengucap ucapan yang dikehendaki sentiasa disebut walaupun dengan hati.Sebenarnya tauhid yang sedemikian suci bersihnya sudah tentu diikuti oleh segala perbuatan dan sifat-sifat mulia,kerana undang-undang peraturan Allah telah menetapkan bahawa iktikad kepercayaan mempunyai kekuasaan dan pengaruh yang sangat berkesan kepada bawaan dan amal perbuatan.Maka baik buruk yang terdapat pada bawaan dan amal perbuatan seseorang adalah berpunca dari baik buruknya akidah kepercayaannya.

6.0

PEMBAHAGIAN TAFSIR

Para ulamak telah membahagikan tafsir kepada tiga bahagian mengikut aliran yang wujud dalam perkembangan tafsir Al Quran iaitu: Pertama : Tafsir bi al-Mathur atau juga dikenali dengan Tafsir Bi al-Riwayah dan Tafsir Bi al-Naqli. Kedua : Tafsir Bi al-Rayi atau dikenali juga dengan Tafsir Bi al-Dirayah atau Tafsir bialAqli.

Ketiga : Tafsir Sufi atau Al-Tafsir Al-Isyari yang dipelopori oleh golongan sufi. 6.1 TAFSIR BI AL-MATHUR

Tafsir bi al-Mathur ialah tafsir yang merujuk kepada al-Quran, As-Sunnah dan pendapat para sahabat dan tabiin untuk menjelaskan atau menghuraikan maksud ayat Al-Quran. Sehubungan dengan itu, tafsir daripada jenis ini hanya berpegang kepada riwayat yang sahih iaitu penafsiran al-Quran dengan al-Quran sendiri, atau mentafsirkan al-Quran berpandukan hadis kerana fungsi hadis itu sendiri ialah menerangkan serta menjelaskan _______________________________________________________________________ _ 12

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203 730114-10-5551 ILMU TAFSIR _______________________________________________________________________ _ isi kandungan al-Quran,atau riwayat para sahabat yang menafsirkan al-Quran memandangkan golongan para sahabat merupakan golongan yang paling mengetahui tentang al-Quran al-Karim. AKTIVITI 2.1 Tafsir bi al-Mathur berkembang melalui dua cara iaitu: Pertama: Secara Lisan. Ia juga disebut sebagai periwayatan. Kedua: Secara penulisan atau pembukuan (tadwin). Tafsir bi al-Mathur memerlukan kepada beberapa syarat. Antaranya ialah: Mempunyai ilmu yang cukup mengenai sunnah. Mengetahui sunnah yang berkaitan dengan tafsir, juga mengenai kata-kata para sahabat dan tabien. Mampu untuk mengumpul dan menyatukan riwayat-riwayat yang bercanggah. Mengetahui tentang asbab al-nuzul dan nasikh mansukh. Tidak bersandar kepada riwayat Israiliyyat. Adapun Tafsir bil Mathur itu bersumberkan kepada beberapa sumber iaitu tafsir alQuran dengan al-Quran, tafsir al-Quran dengan hadis Rasulullah s.a.w, pendapat dan ijtihad para Sahabat dan pendapat Tabiin.

6.1.2 Tafsir al-Quran dengan al-Quran Bentuk tafsir seumpama ini adalah yang terbaik dan paling mulia. Hal ini kerana tidak ada seorang pun yang lebih mengetahui kalam Allah selain daripada Allah. Justeru, Ibnu Kathir telah menyatakan bahawa sekiranya ada orang bertanya tentang kaedah yang

_______________________________________________________________________ _ 13

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203 730114-10-5551 ILMU TAFSIR _______________________________________________________________________ _ terbaik untuk mentafsir, maka jawapannya ialah al-Quran itu sendiri.Mentafsirkan alQuran dengan ayat al-Quran dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antaranya ialah: (i) Pentafsiran terhadap ayat-ayat yang ringkas Terdapat ayat yang ringkas di dalam al-Quran, namun telah ditafsirkan dengan lebih jelas dan lengkap pada ayat yang lain.Contohnya ialah firman Allah dalam surah al-Fatihah:

Maksudnya: Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hariAkhirat). Perkataan ( ) ditafsirkan dengan firman Allah dalam surah al-Infitar ayat 17-19:


Maksudnya:Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari Pembalasan itu? Sekali lagi, apa jalannya Engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari Pembalasan itu? (Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan Segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah . 6.2TAFSIR BI AL-RAYI Tafsir bi al-Rayi ialah tafsir yang menggunakan akal fikiran untuk berijtihad mencari sesuatu maksud ayat al-Quran al-Karim.Ahli tafsir bi al-Rayi menggunakan seluruh ilmu yang dikuasai tanpa terikat kepada penjelasan para sahabat atau tabiin. Mereka berpandukan kepada ilmu pengetahuan yang mantap dalam bahasa Arab dan ilmu yang berkaitan dengan asas-asas agama yang lain seperti usul fiqh, ilmu hadis dan sebagainya. Tafsir bi al-Rayi terbahagi kepada dua iaitu:

_______________________________________________________________________ _ 14

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203 730114-10-5551 ILMU TAFSIR _______________________________________________________________________ _ 1. Tafsir Mahmud yang bermaksud tafsir yang baik dan terpuji iaitu tafsir yang bertepatan dengan syarak,tidak terdapat unsure-unsur penyelewengan dan iainya selari dengan tatabahasa arab dan kaedah syarak. 2. Tafsir Mazmum yang bermaksud tafsir yang buruk dan keji iaitu tafsir yang tidak berlandaskan ilmu,sebaliknya mengikut hawa nafsu tanpa merujuk kepada kaedah-kaedah bahasa atau syariah atau menafsirkan ayat al Quran berdasarkan aliran pemikiran mazhab yang sesat dan bidah. Tafsir bi al-Rayi berkembang pada zaman Bani Abbasiyah seiring dengan berkembangnya ilmu pengetahuan pada masa itu. Tafsir ini menggalakkan peranan ijtihad berbanding dengan penggunaan tafsir bi al-Mathur. Dengan bantuan ilmu-ilmu bahasa Arab, ilmu qiraah, ilmu-ilmu al-Quran, hadis dan ilmu Ulum hadis, usul fiqh dan ilmu-ilmu lain, seorang ahli tafsir akan menggunakan ada. Imam al-Zarkasyi menjelaskan di dalam Kitabnya al-Burhan Fi Ulum al-Quran bahawa terdapat empat perkara yang perlu dijadikan sebagai asas sandaran ahli tafsir dalam mentafsir ayat al-Quran al-Karim iaitu: Pertama: Dinaqalkan daripada Rasulullah s.a.w dengan bersikap waspada terhadap hadis dhaif dan maudhu. Kedua: Mengambil riwayat yang sahih daripada para sahabat Rasulullah s.a.w. dan tabiin. Ketiga: Berpegang dengan bahasa Arab secara total kerana al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab yang fasih. kemampuan ijtihadnya untuk menerangkan maksud ayat dan mengembangkannya lagi dengan bantuan perkembangan ilmu-ilmu pengetahuan yang

_______________________________________________________________________ _ 15

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203 730114-10-5551 ILMU TAFSIR _______________________________________________________________________ _ Keempat: Berpegang dengan makna yang sesuai dengan pertuturan Arab yang disokong oleh asas-asas syariat Islam. Contoh Tafsir bi al- Rayi dalam Tafsir al-Jalalain, firman Allah s.w.t:

Maksudnya: Dia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku.(Surah Al-Alaq: ayat 2) Kata nama alaq di dalam ayat di atas diberi maksud dengan bentuk jamak daripada lafaz mufrad alaqah yang bererti segumpal darah beku. 6.3 TAFSIR ISYARI/SUFI

Menurut ahli sufi, setiap ayat mempunyai makna yang zahir dan batin. Yang zahir adalah yang segera mudah difahami oleh akal fikiran, sedangkan yang batin adalah yang merupakan isyarat-isyarat yang tersembunyi di sebaliknya itu yang hanya dapat diketahui oleh ahlinya. Menurut al-Zahabi, tafsir Sufi atau Isyari bermaksud mentakwilkan ayat-ayat al-Quran dengan tidak berpandukan kepada kenyataan-kenyataan zahir ayat,disebabkan terdapat tanda-tanda tersembunyi yang hanya diketahui oleh ahli tasawuf dan pentakwilan ini mempunyai titik pertemuan dengan maksud zahir ayat. Contoh bentuk penafsiran secara Isyari antara lain adalah pada ayat:

Maksudnya: maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu,padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa) al-Baqarah:22 Al-Tastary mentafsirkan perkataan ( ) yang bermaksud sekutu sebagai nafsu amarah yang jelek. Jadi maksud ( ) di sini bukan hanya merujuk kepada patung_______________________________________________________________________ _ 16

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203 730114-10-5551 ILMU TAFSIR _______________________________________________________________________ _ patung berhala, syaitan atau jiwa sahaja, akan tetapi nafsu amarah yang sering dijadikan Tuhan oleh manusia juga merupakan apa yang dimaksudkan daripada ayat tersebut, kerana manusia selalu menyekutukan Tuhannya dengan selalu menjadi hamba bagi nafsu amarahnya. Mentafsirkan ayat-ayat al-Quran dengan melihat isyarat yang ada di dalamnya telah banyak dilakukan oleh para sahabat Nabi, diantaranya pentafsiran Isyari sahabat iaitu ketika turunnya ayat daripada surah al-Nasr yang berbunyi:


Maksudnya: Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau Wahai Muhammad berjaya menguasai Makkah), Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. (al-Nasr: 1-3). Di antara para sahabat, ada yang memberikan pentafsiran ayat tersebut dengan mengatakan bahawa ayat tersebut memerintahkan kepada mereka untuk bersyukur kepada Allah dan meminta keampunannya. Akan tetapi berbeza dengan Ibn Abbas yang mengatakan bahawa ayat tersebut adalah sebagai tanda hampirnya ajal Rasulullah s.a.w. 6.4 ISRAILIYYAT

Perkataan Israiliyyat ( ) adalah perkataan jamak di dalam bahasa Arab. Mufradnya atau kata tunggalnya ialah Israiliyyah ( ) . Ia dinisbahkan kepada Bani Israil (keturunan Israil). Manakala Israil pada asalnya ialah nama bagi Nabi Allah Yaakub a.s. yang membawa maksud Abdullah atau hamba Allah. Dalam bahasa Hebrew, Isra bermaksud hamba, manakala iil bermaksud tuhan. Justeru perkataan Israil membawa maksud hamba tuhan dan ia merujuk kepada Nabi Yaakub a.s.

_______________________________________________________________________ _ 17

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203 730114-10-5551 ILMU TAFSIR _______________________________________________________________________ _

Bani Israil atau keturunan Israil ialah keturunan Nabi Yaakub a.s yang berkembang hingga kepada Nabi Musa a.s dan seterusnya nabi-nabi yang datang silih berganti, sehinggalah keturunannya yang terakhir iaitu Nabi Isa a.s.Keturunan Nabi Yaakub a.s atau Bani Israil sejak beberapa zaman yang lalu dikenali dengan panggilan Yahudi. Keturunan yang beriman kepada Nabi Isa a.s pula dikenali dengan nama Nasara atau Nasrani. Manakala yang beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w pula telah menjadi sebahagian daripada umat Islam dan dikenali dengan Muslim ahl al-Kitab. Dalam ilmu tafsir Israiliyyat dapatlah didefinisikan sebagai berita-berita atau cerita-cerita yang diambil daripada pendeta-pendeta atau ahli kitab yang kebanyakannya terdiri daripada golongan Bani Israel atau Yahudi dan sedikit daripada golongan Nasrani. Dalam bahasa yang lebih mudah, para ahli tafsir mendefinisikannya sebagai pengaruh budaya Yahudi yang menyerap masuk ke dalam agama Islam melalui pentafsiran dan penerangan ayat-ayat suci al-Quran. Sehubungan dengan itu, Israiliyyat menurut istilah ahli tafsir merujuk kepada kisah-kisah Yahudi dan Nasrani serta pengaruh dan kesan thaqafah Yahudi dan Nasrani di dalam tafsir. Walaupun Israiliyyat melibatkan pengaruh Yahudi dan Nasrani, namun digunakan perkataan Israiliyyat sahaja yang merujuk kepada Yahudi kerana ia dianggap lebih dominan. Hal ini kerana unsur Yahudi lebih banyak sekiranya dibandingkan dengan elemen Nasrani disebabkan pada zaman awal Islam, orang Islam lebih banyak bergaul dan bercampur dengan Yahudi berbanding Nasrani. Walaupun elemen Israiliyyat mula menyerap masuk sejak zaman sahabat, namun ia semakin berkembang pada zaman tabiin. Di samping pengertian Israiliyyat di atas, para ulama tafsir dan hadis juga menggunakan istilah Israiliyyat terhadap perkara-perkara yang lebih luas, iaitu bagi setiap kisah _______________________________________________________________________ _ 18

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203 730114-10-5551 ILMU TAFSIR _______________________________________________________________________ _ termasuk cerita lama yang diada-adakan, yang telah dimasukkan ke dalam tafsir. Bahkan sesetengah ulama tafsir dan hadis menganggap bahawa Israiliyyat adalah setiap kisah

yang dicipta dan disampaikan oleh musuh-musuh Islam ke dalam tafsir dengan tujuan untuk merosakkan kesucian Islam. Justeru, menurut al-Zahabi Israiliyyat di dalam tafsir mengandungi dua pengertian iaitu: Pertama: kisah atau cerita yang dimasukkan ke dalam tafsir yang asal periwayatannya kembali kepada sumbernya iaitu Yahudi dan Nasrani. Kedua: cerita-cerita yang sengaja dimasukkan oleh musuh-musuh Islam ke dalam tafsir yang sama sekali tidak dijumpai dasarnya dalam mana-mana. Sesungguhnya Israiliyyat telah mencemarkan ajaran Islam serta menggambarkan seolahnya Islam adalah agama khurafat, tahyul dan menyesatkan.Contohnya ialah sebagaimana tafsiran Israiliyyat dalam ayat 7 surah Mukmin, firman Allah:


Maksudnya: Malaikat Yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji Tuhannya; dan beriman kepadanya. Ayat ini ditafsirkan dengan mengatakan "Kaki malaikat pemikul `arsy berada di bumi paling bawah, sedangkan kepalanya menjulang ke 'arsy.Inilah antara kesan dan bahaya Israiliyyat terhadap akidah umat Islam dan juga terhadap kesucian ajaran Islam. Kaum Yahudi berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk merosakkan akidah umat Islam dan melemahkan kepercayaan mereka terhadap pegangan suci mereka terhadap al-Quran dan al-Sunnah. 7.0 ULASAN KITAB TAFSIR

_______________________________________________________________________ _ 19

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203 730114-10-5551 ILMU TAFSIR _______________________________________________________________________ _ 7.1 Keistimewaan Kitab Tafsir Pimpinan al-Rahman ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Antaranya kerana ia adalah satu-satunya kitab tafsir lengkap 30 juzuk yang diterbitkan dalam bahasa Malaysia yang mudah difahami. Selain itu penulis kitab ini iaitu Sheikh Abdullah Basmeih telah menggunakan kitab-kitab yang muktabar sebagai rujukan kepada pentafsiran kitab ini. Kitab ini juga istimewa kerana selain daripada ditafsir oleh seorang ilmuwan yang dipercayai ia juga disemak oleh Dato Haji Muhammad Noor mufti negeri Kelantan yang memang tidak diragui keilmuwan dan kealimannya. Kitab ini juga mendapat perhatian kerajaan Malaysia dengan diadakan Lujnah Tashih yang khusus bagi kitab ini. Kitab ini menjadi lebih penting kerana diterbitkan dalam dua versi tulisan iaitu tulisan jawi dan rumi sekaligus membolehkan golongan tua dan muda menggunakannya mengikut keselesaan masing-masing. 7.2 Kelemahan Dan Kritikan Sememangnya sifat makhluk tidak sunyi daripada kesilapan, begitu juga dengan kitab ini yang dikarang dan diterbitkan oleh manusia semestinya tidak sunyi dari kelemahan. Setelah meneliti kitab tafsir ini dan mengamati pandangan dan kritikan yang diberikan oleh masyarakat, penulis mendapati masih terdapat beberapa aspek yang perlu diambil perhatian oleh pihak-pihak berkenaan. Antaranya ialah : i. Masih terdapat kesalahan cetakan pada ayat-ayat al-Quran. Contohnya pada cetakan keenam (1995), dan kesembilan (1998)edisi rumi terdapat kesalahan pada pengulangan perkataan iaitu ma pada ayat 50 surah al-Nahl. Kesalahan ini meskipun dinyatakan ralat pada bahagian hadapan kitab tafsir ini tetapi pastinya ramai yang tidak menyedari dan menghiraukannya. Justeru ia tidak boleh dipandang ringan. ii. Tidak terdapat keselarasan antara kitab tafsir versi jawi dan rumi. Antaranya pada versi jawi dimasukkan petunjuk ayat sebagai ruangan tambahan tetapi pada versi rumi tidak _______________________________________________________________________ _ 20

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203 730114-10-5551 ILMU TAFSIR _______________________________________________________________________ _ dimasukkan. Begitu juga pada bahagian atas di setiap halaman versi rumi tidak dimasukkan nombor surah sedangkan pada versi jawi dimasukkan.

8.0

RUMUSAN

Mentafsirkan al-Quran merupakan amanah yang berat dan besar. Sehubungan dengan itu, bukan semua orang mampu untuk memikul amanah yang besar ini. Oleh itu, sesiapa sahaja yang ingin mentafsirkan al-Quran, hendaklah memenuhi syarat-syarat tertentu agar terhindar daripada melakukan kesilapan ketika mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Peranan Kitab Tafsir Pimpinan al-Rahman ini tidak dapat dinafikan sebagai satu kitab tafsir yang amat penting kepada masyarakat Islam di Malaysia. Sumbangan Sheikh Abdullah Basmeih terhadap umat Islam di Malaysia khususnya melalui penghasilan kitab tafsir ini adalah amat wajar dihargai oleh semua masyarakat.

_______________________________________________________________________ _ 21

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203 730114-10-5551 ILMU TAFSIR _______________________________________________________________________ _

9.0

RUJUKAN

Dr Fauzi Deraman & Mustaffa Abdullah.(2001). Pengantar usul tafsir.Akademi Pengajian Islam UM.Kuala Lumpur.Intel Multimedia Publication. Mushaf Al-Quran Rasm Uthmani. Sheikh Abdullah Basmeih.(2000).Tafsir Pimpinan Ar Rahman.Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,Kuala Lumpur:Darul Fikr. Mohd.Fauzi Haji Awang (1990). Tafsir Al-Quranul Karim. Kelantan Darul Naim : Pustaka Aman Press Sdn.Bhd. Manna Khalil Qattan.(1998).Mabahis Fi Ulum al Quran.Beirut:Muassasah al Risalah. Muhammad Khazar al-Mujali. (2003). Al-Wajiz Fi `Ulum al-Kitab al-`Aziz. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Al Zahabi,Muhammad Husayn.(1989).Al Tafsir wa al Mufassirun.Kaherah: Maktabah Wahbah. Al Khalidi,Solah Abdul Fattah.(1996).Al Tafsir wa al Tawil fi al Quran. Jordan:Dar al Nafais.

_______________________________________________________________________ _ 22

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203 730114-10-5551 ILMU TAFSIR _______________________________________________________________________ _

ISI KANDUNGAN 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 Pendahuluan Pengertian Tafsir Tokoh Tafsir Moden: Sheikh Abdullah Basmeih Metodologi Pentafsiran Tafsir Surah Al Ikhlas Pembahagian Tafsir Tafsir Bi Al MaThur Tafsir Bi Al Rayi Tafsir Isyari Tafsir Israiliyyat

MUKA SURAT 1 2 3 7 10 11

_______________________________________________________________________ _ 23

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203 730114-10-5551 ILMU TAFSIR _______________________________________________________________________ _ 7.0 Ulasan Kitab Tafsir 18 8.0 9.0 Rumusan Rujukan 20 21

_______________________________________________________________________ _ 24