Anda di halaman 1dari 9

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR BAGI MURID TAHUN 2 INTELLIGENT MENGGUNAKAN TEKNIK WARNA Oleh Jaafar Bin

Hussein SK Bandar Temerloh 28000 Temerloh Pahang Darul Makmur Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 Intelligent. Seramai 24 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah. Tinjauan awal yang dibuat melalui ujian pengesanan menunjukkan murid kurang peka terhadap kepentingan penggunaan huruf besar. Oleh itu, saya telah menggunakan teknik warna untuk mensifarkan kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar. Saya telah menjalankan langkah-langkah yang dirancang dan didapati penguasaan murid untuk menulis huruf besar pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah semakin memuaskan berbanding sebelumnya. Murid tersebut juga menunjukkan sikap yang lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

1. LATAR BELAKANG KAJIAN

Berpengalaman 13 tahun mengajar murid Tahun 1 membuatkan saya rasa pengalaman yang selama ini saya simpan begitu berharga. Bermula dengan sukatan pelajaran yang mudah bagi murid Tahun 1 sehinggalah ke zaman era perubahan sukatan yang begitu jelas ketara. Namun setiap kali latihan di dalam kelas, ujian peperiksaan, murid yang bijak pun kadangkala cuai dengan penggunaan huruf besar.

Soalan kegemaran para guru setiap kali ujian bulanan adalah Salin semula ayat-ayat di bawah menggunakan tanda baca di tempat yang sesuai. Di samping itu, kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar secara tidak langsung akan mengurangkan markah kerana markah akan dipotong untuk setiap kesalahan tersebut. Saya mengambil satu daripadanya untuk dipertingkatkan penguasaannya iaitu penggunaan huruf besar. Jika murid menulis ayat tanpa penggunaan huruf besar sekurang-kurangnya di permulaan ayat, maka kehilangan markah amat ketara.

Walaupun setiap kali sebelum mula menulis saya mengulangi ungkapan yang sama iaitu permulaan ayat mestilah ditulis dengan huruf besar tetapi kadangkala murid leka dan menganggapnya tidak penting. Oleh itu, saya menjalankan kajian untuk mengatasi masalah tersebut.

2. ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Sewaktu mata pelajaran Bahasa Melayu, saya dapati masih ketara di kalangan murid Tahun 2 Intelligent tidak dapat menulis ayat dengan lengkap iaitu tidak menggunakan huruf besar di tempat yang sepatutnya seperti menulis jawapan pemahaman, menyalin ayat dan sebagainya. Oleh sebab saya mengajar murid yang sama Tahun 1 Intelligent , maka agak mudah untuk saya mengesan pencapaian mereka. Situasi ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana penggunaan huruf besar adalah penting setiap kali menulis. Kemungkinan besar jika masalah ini tidak diatasi, peratus markah dalam subjek Penulisan Bahasa Melayu Tahap 2 nanti akan terjejas. Merujuk Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2, setiap Rancangan Mingguan terdapat kemahiran menulis menitik beratkan penggunaan tanda baca. Contoh :

Aras 1 : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

i.

Menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan yang cantik.

Aras 2 : 10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan. i. ii. i. Mengenalpasti dan membetulkan kesilapan ejaan perkataan dan tanda baca dalam ayat. Aras 3 : 9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan. Mengambil imlak teks yang diperdengarkan menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul.

Oleh itu, saya mesti lakukan sesuatu. Saya perlu meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar melalui teknik yang dirancang.

3. OBJEKTIF KAJIAN Objektif Umum i) Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar.

Objektif Khusus i) ii) Meningkatkan penguasaan murid untuk menggunakan huruf besar pada permulaan ayat. Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar.

4. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 24 orang murid Tahun 2 Intelligent yang terdiri daripada 10 lelaki dan 14 perempuan. Murid-murid ini seringkali tidak mengambil berat terhadap penggunaan huruf besar. Murid yang cemerlang juga kadangkala cuai dalam penggunaan huruf besar apatah

lagi murid lemah. Oleh itu, saya menjalankan Program kajian Tindakan ini untuk mengatasi masalah tersebut.

5. METHODOLOGI KAJIAN

Methodologi kajian yang digunakan ialah :

a) Pemerhatian

Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

b) Soal selidik

Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk mendapatkan jawapan yang tepat secara jujur.

c) Ujian Pengesanan

Diberi kepada murid untuk mengukur sejauh mana pencapaian dan pemahaman mereka untuk menggunakan huruf besar dalam ayat.

d) Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Tindakbalas murid dinilai semasa mereka menjawab soalan yang dikemukakan.

e) Semakn buku latihan

Semakan buku latihan secara tidak langsung dapat menilai tahap perkembangan murid dalam menguasai kemahiran berkenaan.

6. PELAKSANAAN KAJIAN 6.1Tinjauan masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil , saya telah meninjau masalah-masalah yang menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar menggunakan methodologi yang dinyatakan.

6.2Analisis Tinjauan masalah

Berdasarkan kepada instrument yang dijalankan untuk meninjau masalah yang menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran penggunaan huruf besar, maka saya membuat analisis seperti yang terkandung dalam jadual di bawah.

BI L. 1 2 3 4 5 6

MASALAH Kurang tumpuan Sikap malas Tidak memahami arahan Kurang keyakinan diri Menyalin tanpa meneliti penggunaan huruf besar Tiada bimbingan di rumah

JUMLAH 18% 7% 11% 5% 77% 14%

6.3Tindakan yang dijalankan Tindakan dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat. Oleh itu, langkah pertama yang saya jalankan ialah memberi motivasi kepada murid bahawa mereka juga boleh berjaya sekiranya ada kesungguhan. Murid lemah selalunya tidak pernah mendapat pujian. Maka, adalah penting untuk guru memuji murid berkenaan walaupun hanya betul penggunaan huruf besar pada permulaan ayat sahaja. Tindkan seterusnya ialah : i) ii) iii) Memulakan setiap tulisan dengan warna. Pemeringkatan secara bergred. Latih tubi.

6.4Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian

Aktiviti dijalankan setiap kali mata pelajaran Bahasa Melayu. Setiap aktiviti atau latihan yang memerlukan murid menulis , murid perlu memulakan dengan warna kerana dapat meningkatkan daya ingatan. Saya telah mencantumkan warna biru dengan pensel murid agar mereka tidak lupa bahawa setiap kali menulis, warna biru itu mesti didahulukan.

6.4.1 Aktiviti dijalankan seperti berikut : Item 1 1. Membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar . 2. Mengecam penggunaan huruf besar pada ayat tersebut. 3. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai menggunakan warna. Item 2 1. Membaca ayat yang diberi tanpa tanpa huruf besar di permulaan ayat. 2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat sahaja menggunakan warna) Item 3 1. Membaca ayat-ayat yang diberi tanpa huruf besar. 2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat dan selepas noktah)

7. DAPATAN KAJIAN Setelah semua aktiviti mengikut item yang dijalankan, saya dapati peningkatan dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar amat memuaskan terutamanya untuk item 1 dan 2. Murid mengambil berat penggunaan huruf besar. Kesilapan akibat kecuaian, sifar bagi murid cemerlang dan berpotensi cemerlang. Di samping itu, saya telah menjalankan satu ujian pencapaian yang lain untuk mengesan keberkesanan aktiviti yang dijalankan.

MARKAH

PENCAPAIAN

*Pencapaian item dinilai melalui latihan terakhir. 8. REFLEKSI KAJIAN 8.1 Penilaian Pencapaian Pelajar Kesemua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancer. Keyakinan diri murid juga menunjukkan peningkatan yang positif. Latihan harian mash menggunakan warna biru untuk huruf besar tanpa arahan guru. Di dalam Ujian Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR 1 2006) yang lalu, hanya 3 orang murid sahaja yang tidak menggunakan huruf besar pada permulaan ayat untuk soalan Bahagian C iaitu Salin semula ayat di bawah dengan menggunakan tanda baca yang betul. Dua orang daripada murid tersebut adalah murid kelas pemulihan. Soalan PKSR-1 2006 bagi daerah Temerloh telah disediakan oleh Majlis Guru Besar. Meskipun dalam setiap ujian bulanan, markah yang diperoleh tidak cemerlang tetapi sekurang-kurangnya membantu murid lemah utuk mendapat B atau C. 8.2 Rumusan Pemerhatian Sikap kurang berminat, malas, kurang tumpuan dan tidak menggunakan huruf besar di tempat yang sepatutnya ketara berkurangan. Secara tidak langsung penggunaan tanda noktah juga menunjukkan peningkatan di luar jangkaan saya. Ini telah melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan guru untuk menyemak hasil kerja murid. Sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu, guru kelas dan guru mata pelajaran lain di kelas yang sama, pencapaian murid dalam penggunaan huruf besar banyak membantu meningkatkan peratus keseluruhan ujian di samping membantu meningkatkan prestasi mata pelajaran lain. 9. CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN TINDAKAN

Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang saya jalankan ke atas murid-murid berkenaan dalam penggunaan tanda baca (koma dan noktah). 10. PENUTUP Murid adalah amanah yang dipertanggungjawabkan. Oleh itu, meskipun agak sukar dan kadangkala kita mengeluh dengan pencapaian yang begitu minima dalam setiap mata pelajaran, namun itu bukan alasan untuk kita tidak berbuat apa-apa. Kekangan masa dan bebanan tugas yang semakin bertambah sememangnya tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, kita lakukan semampu mungkin supaya semua murid menerima pendidikan berkualiti dan selaras berasaskan Kurikulum Pendidikan Kebangsaan.

Bibliogafi 1. Manual Kajian Tindakan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia 2. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 Unit Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 3. Rancangan Tahunan Bahasa Melayu Tahun 2 Jabatan Pelajaran Negeri Pahang 4. Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 2 Jilid 1 Dewan Bahasa dan Pustaka 5. Buku Latihan dan Aktiviti Bahasa Melayu Tahun 2 Dewn Bahasa dan Pustaka