Anda di halaman 1dari 4

2.0 DEFINISI ILMU SAINS SOSIAL Kini istilah sains sosial digunakan dengan meluas di seluruh dunia.

Memandangkan pengetahuan tentang manusia dan masyarakat kini bertambah dengan begitu meluas. Sains sosial merupakan kajian saintifik terhadap fenomena sosial merupakan disiplin sosial yang begitu luas dan bukan terhad kepada cuma satu disiplin bidang sains sosial. Menurut Mitchell (1979)1 secara umumnya digunakan untuk sebarang bentuk pengajian yang berkaitan dengan manusia dan masyarakat. Secara khususnya, istilah tersebut memberi penekanan kepada penggunaan kaedah yang ilmiah dan saintifik metodologi dalam penelitian terhadap hubungan rumit dan kompleks antara manusia. Ini bermakna bahawa setiap penelitian yang dilakukan ke atas hubungan kemanusiaan dan kemasyarakatan itu mestilah dilakukan dengan cara yang saintifik, mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan serta teruji oleh masa dan tempat Menurut J.F Forrester(1982)2 menyatakan bahawa pengajian sosial ialah kajian tentang masyarakat dan tujuan utamanya ialah untuk membantu masyarakat untuk memahami dunia dimana mereka harus berada dan bagaimana itu terjadi. Menurut Rohana Yusof(1996)3, di dalam bukunya sains sosial ialah disiplin akademik yang mempersoalkan tentang kemanusiaan dalam konteks sosialnya atau mempelajari kehidupan sosial atau lebih tepat mempelajari pola tingkah laku yang lazim pada kelompokkelompok manusia. Maka jelaslah bahawa ilmu sains sosial ialah satu bentuk pengkajian tentang kelompok manusia di dalam sesuatu masyarakat. Namun tidak ada sesiapa pun akan dapat mempelajari hal-hal manusia dan hubungannya dengan masyarakat keseluruhannya. Sains sosial merupakan satu bidang yang begitu luas dan kompleks. Oleh hal yang demikian kita perlu membuat pembahagian kepada beberapa cabang atau unit pengkajian yang lebih kecil. Pembahagian kepada unit atau kepada disiplin inilah yang kita sebut sebagai disiplin sosiologi, antropologi, sains politik, sejarah, ekonomi, psikologi dan sebagainya. Pembahagian disiplin-disiplin ni didasarkan kepada bagaimana
1 2

A New Dictionary of Sociology http://www.socialstudies.org/standards/introduction 3 Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi

cara manusia itu berinteraksi antara satu sama lain. Berikut adalah keterangan ringkas tentang beberapa disiplin sains sosial.

2.1 Sejarah Kajian tentang peristiwa-peristiwa yang telah berlaku biasanya sehubungan dengan perkembangan politik, ekonomi dan sosial dalam sesebuah masyarakat, kawasan, negara atau rantau tertentu. Seorang mengkonstruksi semula sejarah sesebuah komuniti, bangsa, Negara dan tamadun manusia berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada dokumen-dokumen lama seperti surat, diari, catatan pengembara dan laporan serta penemuan arkeologi.

2.2 Sains Politik Kajian mengenai kuasa dan pengagihan kuasa dalam system politik yang berbezabeza. Ahli sains politik biasanya meneliti sumber kuasa, bagaimana seseorang menggunakankuasa, siapa yang menggunakannya, perebutan kuasa dan proses mengawal dan menghadkan penggunaan kuasa. Isu-isu yang lazimnya diminati ahli sains politik termasuklah konflik dan kestabilan dalam sesuatu sistem politik, barisan politik dan organisasi, badan-badan dalam sistem pentadbiran seperti politik, kelompok, kepentingan dan pertubuhan bukan-kerajaan.

2.3 Ekonomi Kajian tentang pengeluaran, pengagihan dan penggunaan barangan dan perkhidmatan dalam sistem ekonomi yang berbeza-beza. Ahli ekonomi menumpukan perhatian kepada bagaimana sebuah masyarakat menentukan apa dan berapa, bagaimana dan untuk siapakah sumber produktifnya yang terhad digunakan. Di antara perkara yang diminati ahli ekonomi termasuk pola-pola gunatenaga manusia berhubungan dengan perubahan demografi, pertukaran barangan, penentuan harga barangan serta sistem perbankan.

2.4 Psikologi

Kajian tentang tingkahlaku dan proses menta manusia. Ahli psikologi lazimnya meneliti individu, interaksi semuka (face-to-face interaction) dan kelompok kecik untuk memahami antara lain mekanisme yang terlibat dalam proses pengamatan dan pembelajaran, pembentukan sahsiah, identity kendiri dan struktur-sttruktur kognitif.

2.5 Undang-undang Kajian yang memfokuskan kepada peraturan yang mengawal tindakan manusia dan statut atau rang undang-undang yang digubal dan dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Ilmuwan sosial yang meminati fenomena undang-undang biasanya menganalisis jenis undang-undang, sistem undang-undang, cara-cara menyelesai pertikaian dan konflik, hubungkait institusi undang-undang dengan proses politik dalam sesebuah masyarakat.

2.6 Linguistik Kajian saintifik tentang bahasa dan pertuturan. Ahli linguistik meneliti bermacammacam aspek tentang bahasa. Misalnya , bagaimana bahasa-bahasa manusia berbeza-beza atau berkaitan antara satu sama lain, bagaimana manusia menyusun perkataan, simbol dan bunyi untuk berkomunikasi antara satu sama lain, sejauhmanakah bahasa mempengaruhi pengamatan dan pemikiran manusia. Hubungkait antara bahasa, sistem makna dan budaya.

2.7 Antropologi Kajian tentang manusia yang merangkumi beberapa sub-disiplin yang meninjau perkembangan biologi manusia, hubungan biologi antara kelompok-kelompok manusia dan prinsip-prinsip yang mendasari tingkahlaku dan hubungan dalam sesebuah masyarakat biasanya masyarakat bukan barat. sub-disiplin antropologi terdiri daripada fizikal, arkeologi, genetik dan antropologi sosial. Manakala ahli antropologi sosial turut menumpukan perhatian kepada budaya, tingkahlaku manusia, nilai, peraturan dan adat resam yang dihasilkan oleh manusia dalam masyarakat tertentu. 2.8 Sosiologi

Kajian tentang struktur sosial, tindakan sosial, budaya dan gaya hidup dalam sebuah masyarakat. Ahli sosiologi lazimnya mengkaji masyarakat maju, industri dan moden serta meninjau aspek-aspek tertentu kehidupan sosial dalam masyarakat tersebut.

Anda mungkin juga menyukai