Anda di halaman 1dari 8

SKIMA UJIAN LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP

2013

NAMA PENGAKAP KANAK-KANAK:..................................................................... NAMA ENAM SEKAWAN : .................................................................................. JAWATAN : ........................................................................................................

LENCANA KEAHLIAN

SKIMA KURSUS LENCANA KEAHLIAN

1 2 3 4 5

PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP RUKUN NEGARA TABIK, HORMAT DAN COGANKATA PENGAKAP PERMULAAN PERGERAKAN PENGAKAP DAN CERITA HUTAN LAUNG AGONG
Disediakan oleh : ABULANA BIN BOLHI PENOLONG PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH, PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA, PEJABAT PELAJARAN DARAH TATAU, JALAN KAMPUNG DAGANG, 97200 TATAU, BINTULU, SARAWAK

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA,KUMPULAN 13, SK RUMAH BARRAU,PPD TATAU

SKIMA UJIAN LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP

2013

1. PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP

PERSETIAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesunguhnya, Saya berjanji dan bersetia, yang saya Dengan seberapa daya upaya saya akan: TAAT KEPADA TUHAN,RAJA DAN NEGARA MENOLONG ORNG PADA SETIAP MASA MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP Kaedah memberi persetiaan

UNDANG-UNDANG PENGAKAP
1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai, bermaruah dan mempunyai kehormatan diri. 2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja dan pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu bapanya, majikannya dan orang-orang di bawahnya. 3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. 4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada pengakap lain walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. 5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. 6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang. 7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua patrol atau pemimpin-pemimpin pengakap tanpa apa-apa soalan. 8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis air mukanya walau dalam masa kesusahan. 9. Pengakap adalah seorang yang berjimat dan bercermat. 10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

2. RUKUNEGARA

RUKUN NEGARA
Kepercayaan kepada TUHAN Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA,KUMPULAN 13, SK RUMAH BARRAU,PPD TATAU

SKIMA UJIAN LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP

2013

3. TABIK, HORMAT DAN COGANKATA PENGAKAP

Hormat Pengakap

Hormat Pengakap
Seorang pengakap memberi hormat dengan tangan kanannya. Tiga jari yang digunakan dalam hormat mengingatkan ketiga-tiga bahagian Persetiaan PENGAKAP seperti berikut: 1) Taat kepada tuhan, Raja dan Negara. 2) Menolong orang pada setiap masa. 3) Menurut Undang-undang pengakap Semua pemakai lencana pengakap mesti memberi hormat antara satu sama lain

Bila Hormat pengakap Digunakan?

Kaedah memberi hormat 1. Apabila menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan dan penghormatan. 2. Apabila menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua petrol. 3. Selepas dan apabila menaikkan bendera Malaysia, bendara negeri dan bendara pengakap. 4. Apabila Lagu Kebangsaan dan lagu negeru dinyanyikan. 5. Dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.

Cogan Kata Pengakap Kanak-Kanak

BUAT HABIS BAIK

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA,KUMPULAN 13, SK RUMAH BARRAU,PPD TATAU

SKIMA UJIAN LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP

2013

4. PERMULAAN PERGERAKAN PENGAKAP DAN CERITA HUTAN

LORD BADEN POWELL


Pengasas Pengakap Dunia

Lord Baden Powell atau nama penuhnya Robert Stephenson Smyth Baden Powell, merupakan pengakap agung dunia yang dilahirkan pada 22 Februari 1857, berhampiran dengan Hyde Park, London. Bapanya, reverend H.G.Baden Powell, seorang professor sains di Universiti Oxford. Ibunya, anak kepada seorang Laksamana British bernama W.T.Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik- beradik. Pergerakan pengakap yang ada sekarang adalah hasil ilham beliau yang merupakan seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan Jeneral. Beliau lebih dikenali sebagai BP sahaja. Pada tahun 1907 beliau telah berjaya mengadakan satu perkhemahan du Pulau Brownsea, di England. Perkhemahan ini merupakan perkhemahan pengakap yang pertama di dunia. Program pengakap di dalam perkhemahan ini dibuat berpandukan buku beliau Aids to Scouting yang ditulis semasa beliau berkhidmat di Afrika. Pada tahun 1920 pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London menghadiri jambori dunia pertama. Pada malam akhir jambori ini Powell telah diisytiharkan menjadi Pengakap Agung Dunia. Pergerakan pengakap terus menular ke Negara-negara lain sehingga apabila genap usia penubuhannya 21 tahun, keanggotaannya melebihi 2 juta orang. Mengenangkan jasa yang diberikan, Baden Powell telah dianugerahkan darjah kemuliaan yang tertinggi di England iaitu Lord, dan diberikan gelaran Lord Baden Powell of Gilwell. Pada tahun 1937 sewaktu usianya 80 tahun beliau bersama-sama isterinya Lady Baden Powell tenah meninggalkan England menuju ke Kenya,Afrika, iaitu setelah melibatkan diri selama 33 tahun daripada penghidupannya kepada pergerakan pengakap yang ditubuhkannya. Lord Baden Powell telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya pada 8 Januari 1941. Beliau telah disemadikan di kawasan gunung Kenya dan kata-kata terakhir sekali kepada pengakap ialah : Tuhan Memimpin dan Membantu di dalam Kerja-kerjamu. Isteri beliau pula, Lady Baden Powell adalah pengasas pergerakan Pandu Puteri dan beliau telah banyak menolong Powell dalam semua usaha dan kerja mengembangkan pergerakan pengakap di dunia.
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA,KUMPULAN 13, SK RUMAH BARRAU,PPD TATAU 4

SKIMA UJIAN LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP

2013

CERITA HUTAN

Mowgli Akela Baloo Bagheera Kaa Shere Khan

Budak Serigala Serigala Jantan Beruang Harimau Kumbang Ular Sawa Harimau Belang

Mowgli DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA Ada satu Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatu-batu yang dipanggil Batu Sidang. Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga. Bapa serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari-lari. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anak-anak mereka ke Batu Sidang itu. Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak masing-masing, ketua kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggotaanggota Kumpulan. Akhirnya tibalah giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut, sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala yang lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu besar.

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA,KUMPULAN 13, SK RUMAH BARRAU,PPD TATAU

SKIMA UJIAN LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP

2013

Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala! katanya. Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak dewasa menyatakan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbul perseliihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya barulah di diterima menjadi anggota Kumpulan.

Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong? tanya Akela, Ketua Kumpulan. Tidak seekor pun anggota kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedialah hendak bertempur bermati-matian untuk mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu cuba bersuara tetapi tidak dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serugala Undang-undang Hutan. Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di blakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan. Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor buruan. Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikannya tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan. Anggota anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu. Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bsgheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu. Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manuia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan dapat member pertolongan kepada mereka suatu hari kelak.

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA,KUMPULAN 13, SK RUMAH BARRAU,PPD TATAU

SKIMA UJIAN LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP

2013

5. Laung Agong ISTIADAT LAUNG AGUNG


1. 2. AKELA (Pemimpin) berteriak PEK..... ( Semua PKK berdiri dalam keadaan sedia) AKELA (Pemimpin) berteriak PEK, PEK, PEK..... (Semua PKK mengelilingi AKELA sambil menyahut P.....E.....K.... AKELA memerintah PKK membentuk satu bulatan besar dengan memegang tangan. Bila bulatan telah sempurna PKK menjatukan tangan. AKELA mendepakan tangan, PKK mengangkat tumit. AKELA merapatkan tangan ke peha. a). PKK mencangkung. b). Kedua belah tangan mencecah ke tanah. c). Kepala dilangutkan dan terus berkata A K E L A , KITA BUAT HABIS BAIK. d). Selepas sebutan BAIK PKK bangun dalam keadaan sedia. Petugas mencabar dengan hormat kepada AKELA dengan kata-kata:- KAMU BUAT HABIS BAIK. Semua PKK hormat dengan menjawab KAMI BUAT HABIS BAIK AKELA membalas hormat PKK. PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai member hormat.

3.

4. 5.

6. 7. 8. 9.

TAHNIAH

WELCOME TO THE WORLDWIDE BROTHERHOOD/SISTERHOOD OF SCOUTS

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA,KUMPULAN 13, SK RUMAH BARRAU,PPD TATAU

SKIMA UJIAN LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP

2013

SIJIL KEAHLIAN
Sijil ini mengesahkan bahawa _________________________________________ Adalah seorang Pengakap Kanak-kanak Pek ______ SK Rumah Barrau _________________________________________ Pemimpin Pengakap Kanak-kanak ________________________ Tarikh Persatuan Pengakap Malaysia, Sarawak

Disediakan oleh : ABULANA BIN BOLHI PENOLONG PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH, PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA, PEJABAT PELAJARAN DARAH TATAU, JALAN KAMPUNG DAGANG, 97200 TATAU, BINTULU, SARAWAK

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA,KUMPULAN 13, SK RUMAH BARRAU,PPD TATAU