Anda di halaman 1dari 191

BERKELAHI DENGAN SYAITAN 21-40 Kandungan

21. TOK AWANG NGAH - LEMBAGA BERKELAHI SESAMA SENDIRI .............................................................. 2 22. TOK AWANG NGAH - MAYAT DIMANDI BINGKAS BANGUN ................................................................. 12 23. TOK AWANG NGAH - DENDAM KHADAM MINYAK SENYONYONG....................................................... 21 24. TOK AWANG NGAH - KUBUR HILANG DITENGAH HUTAN .................................................................... 30 25. TOK AWANG NGAH - MANDI AIR 7 KUALA. .......................................................................................... 39 26. TOK AWANG NGAH - LELAKI TUA BERKEPALA BUAYA .......................................................................... 48 27 . TOK AWANG NGAH - LEMBAGA BERKEPALA BOTAK KELUAR DARI TOMPOK-TOMPOK HITAM ......... 59 28. TOK AWANG NGAH - PUKUL CUCU UNTUK MATIKAN DATUK ............................................................. 69 29. TOK AWANG NGAH - DURI IKAN SEMBILANG DITUSUK KE KEPALA ..................................................... 77 30. TOK AWANG NGAH - TULANG KAKI BERTABURAN DI BILIK.................................................................. 84 31. TOK AWANG NGAH - KERETA JENAZAH BERGERAK SENDIRI ................................................................ 95 32. TOK AWANG NGAH - LELAKI TUA MENUNTUT JANJI .......................................................................... 103 33. TOK AWANG NGAH - MUKA SEBESAR TINGKAP MENJENGAH ........................................................... 112 34. TOK AWANG NGAH - LIPAN BARA DI BAWAH MAYAT........................................................................ 121 35. TOK AWANG NGAH - HANTU BERJALAN DENGAN TANGAN .............................................................. 130 36. TOK AWANG NGAH - HANTU ANJING BUKIT MENGGANAS ............................................................... 139 37. TOK AWANG NGAH - PAK HID MAHU MENIKAH DENGAN PONTIANAK............................................. 147 38. TOK AWANG NGAH - DITIMPA BADI RUSA JANTAN ........................................................................... 158 39. TOK AWANG NGAH - JEMBALANG TANAH DI BUSUT HITAM ............................................................. 170 40. TOK AWANG NGAH - HARIMAU JADI PENJAGA DIRI .......................................................................... 180

21. TOK AWANG NGAH - LEMBAGA BERKELAHI SESAMA SENDIRI


MATAHARI sudah tergelincir hingga bayang pohon-pohon getah juga menjadi redup, semasa Pak Tua Mahat menyandarkan basikalnya di sebatang pokok getah tua. Dia memang tahu kebun getah kepunyaan Haji Mat Deman adik iparnya itu di darat kampung, kerana Ngah Jiyah sendiri memberitahu abangnya di kawasan kebun getah itu memang keras puakanya. Tetapi Mat Deh tidak percaya sangat dengan cerita emaknya mengenai puaka di kawasan kebun getah itu. Ngah Jiyah percaya mengenai puaka di situ disebabkan kebun getah itu dibeli oleh suaminya semasa selepas Jepun memerintah. Di sempadan dengan kebun getah sebelahnya terdapat dua buah kubur lama yang dipercayai tuan punya tanah tersebut sejak lebih tujuh keturunan. Kubur lama itu terletak di atas busut tinggi sehingga jelas nampak batu nisannya yang tergendeng separas pinggang. Ngah Jiyah juga mendengar cerita mengenai batu nisan itu yang hidup kerana pada mulanya hanya seketul batu dari sungai saja diletakkan di situ. Tetapi selepas lebih tujuh keturunan itu batu berkenaan dikatakan hidup lantas meninggi sehingga sampai separas pinggang. Namun Mat Deh tetap tidak percaya dengan cerita emaknya. Sekalipun Ngah Jiyah merasa seram juga apabila melintasi kubur lama itu apabila datang ke kebun getah itu semasa musim langsat berbuah, tetapi rasa seram itu segera hilang kerana dia datang bersama suami, anak-anak dan cucunya. Lagipun, kebun getah itu sudah ditebas terlebih dulu oleh Haji Mat Deman. Itu jugalah sebabnya Haji Mat Deman meminta Muhis menebasnya kerana pokok-pokok langsat di kebun itu sudah mula berputik. Memang di kebun getah itu banyak terdapat pokok-pokok langsat yang sudah tua. Dari pokok-pokok langsat inilah buahnya lebih manis dari pokok-pokok langsat biasa. Sebab itulah Haji Mat Deman tidak akan menebang pokok-pokok langsatnya, kerana setiap tahun apabila musim langsat berbuah hasilnya amat menyenangkan hati. Pak Tua Mahat berdiri berhampiran dengan pokok getah tempat basikalnya disandarkan. Matanya liar memerhati di sekitar kawasan yang sudah ditebas oleh Muhis. Sekali-sekala dia memandang juga ke arah busut kubur lama tidak jauh dari tempatnya berdiri. "Kalau kau tubuh halus nak mengganggu, balik kau!" katanya sambil meludah tiga kali ke arah kubur yang tersegam tidak jauh darinya. "Tanah ini bukan lagi dalam jagaan kau, biarlah tubuh kasar yang menjaga tanah ini, kau tubuh halus balik ke tempat asal kau, jangan ganggu anak cucu di sini..." ujarnya macam bercakap dengan seseorang. Kemudian dia terus melangkah ke kawasan yang sudah ditebas oleh Muhis itu. Beberapa langkah dia berjalan, Pak Tua Mahat menoleh ke arah yang diagaknya Muhis tersungkur sewaktu menerkam burung puyuh sedang mengeram. Tetapi amat sukar dia mahu meramalkan di mana Muhis menemui burung puyuh sedang mengeram itu.

Puas dia mencari-cari, Pak Tua Mahat memusingkan badannya menghadap ke arah dua buah kubur lama yang tersergam di atas busut tidak jauh dari situ. Dia menuding jari telunjuknya ke arah kubur itu, sambil tumit dihentakkan ke bumi. Ketika ini dia merasakan angin kencang bertiup di sekitar kebun getah itu hingga desirannya terasa menggerunkan. Tetapi Pak Tua Mahat tetap bertahan di situ dengan mengucapkan: huwa-auwallu wal-akhiru walzahiru wal-batinnu, wahuwal 'alla kulli syai-in-qadir. Sejurus kemudian angin kencang itu berhenti, Pak Tua Mahat dapat mendengar titisan hujan turun menimpa daun-daun. Hujan itu tidaklah lebat kerana silauan matahari masih memancar. Dia dapat menduga ketika ini hujan panas turun seolah-olah geruh sedang menunggunya. Tetapi Pak Tua Mahat sudah biasa menghadapi keadaan demikian. Dia menunggu sesuatu menjelma di situ, tetapi tidak ada apa-apa pun kelihatan di atas kubur tersebut. "Kalau bukan kau, aku minta maaf tubuh halus." katanya perlahan lantas menurunkan tangannya dari menuding ke arah kubur tersebut. Kemudian dia berpaling ke sekeliling kawasan yang sudah ditebas oleh Muhis memerhatikan tempat Muhis menemui sarang burung puyuh mengeram. Puas dia memerhatikannya tetapi tidak juga bertemu kesan sarang burung berkenaan. Ketika dia mendongak ke atas Pak Tua Mahat ternampak sarang tebuan tergantung di dahan sebatang pokok getah. Perdu pokok getah tersebut terdapat kesan sudah ditebas oleh Muhis. Berdebar juga hati Pak Tua Mahat kerana tebuan-tebuan itu tidak menerkam semasa perdu pokok getah itu ditebas. Biasanya tebuan-tebuan mudah menyerang mangsa apabila sarangnya diganggu. Mata Pak Tua Mahat merenungi sarang tebuan itu tepat-tepat dengan tidak berkelip. Kemudian perlahan-lahan dia membisikkan: waman 'arafa nafsihi faqad 'arafa rabbihi, lantas dia menghentakhentakkan tumitnya ke tanah. Setelah merasakan dirinya cukup yakin dengan apa yang dilihatnya, Pak Tua Mahat merapatkan dua tangannya ke dada sambil menyebut perlahan, "Tegak aku seperti alif, berlindung aku seperti zat." Sekaligus pula dia meneguk air liurnya sambil menghela nafas panjang seperti menyedutnya jauh-jauh ke dalam diri.

Pak Tua Mahat sudah tidak merasakan dirinya tertegak di tengah kebun getah mendongak sarang tebuan yang tergantung pada dahan pokok getah tua tidak jauh darinya. Dia tersenyum apabila tibatiba saja tercegat di satu kawasan lapang yang tersergam sebuah rumah besar dengan dipagar ruyung nibung kukuh di sekelilingnya. Di tengah halaman rumah itu seorang perempuan muda yang cantik dengan rambutnya mengurai sampai ke punggung sedang menabur padi seolah-olah memberi ayam makan. Tetapi yang berkerumun mematuk padi yang ditabur oleh perempuan muda itu bukanlah ayam yang berebut-rebut, tetapi

burung-burung puyuh yang terlalu banyak. Pada mulanya dia tidak perasankan Pak Tua Mahat berdiri di luar pagar, tetapi apabila dia mengangkat muka, matanya bertentang dengan Pak Tua Mahat. "Awak rupanya...," cepat-cepat Pak Tua Mahat menegur sebaik saja mereka berpandangan. "Eh, Tok Pawang buat apa ke mari ni?" soal perempuan itu semacam terkejut dengan kunjungan Pak Tua Mahat ke situ. "Nak cari awak laa," sahut Pak Tua Mahat tegas. "Tok Pawang ni macam nak cari musuh aje nampaknya," sindir perempuan muda itu lalu menghalau burung-burung puyuh yang berebut-rebut mematuk padi yang ditaburkannya. "Kalau awak terima kedatangan aku dengan baik, baiklah jadinya," ujar Pak Tua Mahat macam mengejek. "Tapi, kalau awak sengaja nak cari geruh, belumlah tahu geruh siapa lagi!" dia meninggikan suara seolah-olah memberi amaran. "Kami tak faham maksud awak ni, Tok Pawang," perempuan muda itu tersengih-sengih. Belum pun sempat Pak Tua Mahat masuk ke kawasan pagar rumah itu dia merasakan bumi bergegar kuat menyebabkan rumah tersergam itu ikut sama bergegar. Perempuan muda itu terjerit ketakutan berlari-lari sekeliling halaman. Kemudian dia cuba mendekati Pak Tua Mahat, tetapi kakinya terbenam menyebabkan dia terkial-kial mahu melepaskan diri. Pak Tua Mahat undur ke belakang dua tiga langkah mahu memastikan dari mana ancaman itu datang. Matanya liar mengerling ke kiri dan ke kanan, tetapi tidak kelihatan apa-apa kecuali gegaran yang kuat dan asap keluar berkepul-kepul dari rekahan tanah. "Tolonglah kami Tok Pawang," rayu perempuan muda itu terkial-kial mahu melepaskan kakinya yang terbenam di bumi. Dia melambai-lambaikan tangannya dengan harapan mendapat belas kasihan dari Pak Tua Mahat. Tetapi Pak Tua Mahat masih ragu-ragu siapakah yang membuat angkara kerana tiba-tiba saja ancaman itu datang. Hatinya masih belum dapat menduga sama ada ancaman itu untuk memerangkap dirinya, atau mahu memusnahkan perempuan itu. Bagaimanapun yang jelas pada penglihatannya perempuan muda itu sendiri yang terancam keselamatannya. Dia tidak boleh membantu perempuan muda itu selagi tidak diketahuinya punca sebenar gegaran bumi tersebut. Sebaik saja kakinya menjejaki kawasan lapang itu dia sudah dapat melihat bahawa tempat itu memang dikuasai oleh perempuan muda berkenaan. Burung-burung puyuh yang berkeliaran sewaktu perempuan muda itu menaburkan padi, amat jelas menunjukkan tempat yang dicarinya sudah pun ditemui. "Tolonglah kami Tok Pawang..." ulangi perempuan muda itu merayu-rayu dengan berhiba hati.

"Siapa nak tolong kau..., kau tu syaitan!" bentak Pak Tua Mahat tersenyum setelah melihat Mat Deh tercegat di penjuru pagar. Di sekeliling Mat Deh cahaya putih melingkarinya, sehingga perempuan muda itu tidak dapat merapatinya sekalipun kalau kakinya tidak terbenam di bumi. Beberapa kali perempuan muda itu cuba melemparkan rantai besi yang menjelma dari tangannya, tetapi rantai besi tersebut terbakar sebaik saja mencecah cahaya putih yang melingkari Mat Deh. "Kenapa kau tak serang aku!" Pak Tua Mahat meninggikan suaranya mencabar supaya perempuan muda itu bertindak terhadap dirinya. Perempuan itu menunduk menggeleng-geleng kepala. Dia menjadi gementar setiap kali matanya bertentangan memandang Pak Tua Mahat. "Cuba kau serang aku...!" jerkah Pak Tua Mahat menampar-nampar dadanya seolah-olah mengejek. "Aku hendak sangat geruh kau, cepat!" katanya keras menghentak-hentak tumit ke bumi. Sekaligus pula bumi yang dipijak bergegar lagi menyebabkan rumah tersergam hampir tersembam ke tanah. Pagar kukuh dari ruyung nibung juga sudah terbongkar habis, terpelanting berselerak di merata tempat. Dua tiga tunggak pagar keras dari ruyung nibung sudah terpelanting menusuk ke dada perempuan berkenaan. Dia termengah-mengah menahan kesakitan akibat tertusuk ruyung nibung yang tercacak di dadanya. "Tak kasihan ke tengok kami..., tak malu ke awak semua berlawan dengan perempuan?" suara perempuan itu terketar-ketar meminta belas kasihan. "Kau syaitan, tak boleh dikasihani!" bentak Pak Tua Mahat. Perempuan itu mengerling ke arah Mat Deh yang tercegat di sudut pagar dikelilingi silauan cahaya putih. Terkial-kial dia cuba melepaskan ruyung nibung yang tercancang di dadanya. Sebaik saja gegaran bumi terhenti dia tiba-tiba melompat ke atas bumbung rumah yang sudah tersenget. Ruyung nibung di dadanya juga tercabut lantas menjunam menuju ke arah Mat Deh. Bagaimanapun ruyung nibung itu tidak menyinggahi Mat Deh, kerana hangus terbakar apabila melintasi silauan cahaya yang memutih itu. "Ilmu apa orang muda ni pakai?" rungut perempuan itu memusingkan dirinya lantas menukar bentuknya kepada seorang lelaki tua yang bertanduk di kepala. Sekaligus pula dia melepaskan wap api dari nafasnya yang dihembuskan ke arah Mat Deh. Api yang menyala itu terus padam sebaik saja mencecah silauan putih yang mengelilingi Mat Deh. Kemudian Mat Deh mula membacakan: hazihhi jahannamullati kuntum tu 'adun, berulang kali menyebabkan angin kencang bertiup dari segenap penjuru memadamkan semua api menyala dari nafas lelaki tua tersebut. "Kau tak lepas ke mana, sekarang kau dah merupa!" Pak Tua Mahat bertempik hingga dilihat oleh Mat Deh tubuhnya menjadi besar melebihi rumah yang tersergam itu.

"Kau tak dapat nak berlindung lagi...," jerkahnya lantas menyambar lelaki tua di atas bumbung rumah ke dalam genggamannya. "Ampun Tok Pawang...," rayu lelaki itu terkial-kial dalam genggaman Pak Tua Mahat. "Kami takkan melawan Tok Pawang kami nak berlawan dengan orang muda ni!" katanya masih berkeras mahu menentang Mat Deh. "Kau tak boleh lawan dia, kau takkan menang," kata Pak Tua Mahat meludah muka lelaki yang sudah tesepit dalam genggamannya. Lelaki tua itu sudah menjadi kecil seperti anak tikus yang sudah tidak berdaya lagi melawannya. "Aku mau kau lepaskan Muhis, kalau tidak aku hempaskan kau ke batu...," dia menguatkan genggamannya menyebabkan lelaki itu terjerit-jerit meronta. "Kami tak tau... lelaki tua itu menangis teresak-esak mengharapkan belas kasihan dari Pak Tua Mahat. Ancaman itu sudah tidak dapat dielakkannya. Dia tidak dapat melepaskan diri setelah Pak Tua Mahat bertindak. Memang dia mengetahui kemampuannya tidak akan dapat menandingi kebolehan Pak Tua Mahat. Sebab itulah dari awal lagi dia mencari helah supaya Pak Tua Mahat tidak bertindak terhadap dirinya. "Cakap...!" suara Pak Tua Mahat bergaung kuat menyebabkan dia menekup telinganya dua belah tangan. "Lepaskanlah aku dulu...," rayunya terketar-ketar. Pak Tua Mahat melepaskan lelaki tua itu ke tengah halaman. Tetapi dia mengawasi gerak-geri lelaki itu dengan berdiri meletakkan rumah tersergam itu di bawah kangkangnya. Tiba-tiba asap berkepul-kepul keluar dari bumbung atap, tetapi segera dihembus kuat oleh Pak Tua Mahat. Sebaik saja asap itu hilang, rumah yang tersergam itu juga tersembam ke bumi. Muhis keluar dari runtuhan rumah tersebut dengan tangan sebelah kirinya dibelit oleh seekor ular besar. Terkial-kial dia cuba mahu melepaskan tangannya dari belitan ular tersebut, namun cerutan ular berkenaan semakin kukuh. Secepat kilat pula Mat Deh menyambar Muhis membawanya masuk ke dalam lingkaran silauan cahaya putih yang mengelilinginya. Sewaktu Muhis ditarik masuk, ular yang membeliti tangannya cuba menarik keluar hingga terpaksa beregang-regang dengan Mat Deh. Kemudian Mat Deh meletakkan tangannya pada bahu kiri Muhis lantas dilurutnya ke bawah. Apabila tersentuh saja tangan Mat Deh kepada tubuh ular yang membaluti tangan Muhis, kepala ular itu cuba menerkam untuk mematuk tangan Mat Deh. Setiap kali kepalanya cuba mematuk, kepalanya semakin hangus terbakar apabila menyinggahi silauan cahaya putih yang memagari Mat Deh. Akhirnya ular berkenaan terpaksa melepaskan belitannya hingga terpelanting berhampiran dengan kaki lelaki tua yang tercegat di tengah halaman.

Sebaik saja ular itu jatuh berlonggok di kaki lelaki tua itu, kepulan asap berpusar di situ hingga menjelma seorang perempuan muda memakai pakaian halus seperti sutera. Dia semacam tidak puas hati apabila Muhis terlepas dari tawanannya. Perempuan muda itu bersama lelaki tadi berlegar-legar di tengah halaman mahu bertindak balas. Sekali-sekala lelaki tua itu mengerling ke arah Pak Tua Mahat yang tercegat melihat gerak-gerinya, tetapi dia tidak berani bertindak kerana tubuh Pak Tua Mahat dilihatnya membesar seolah-olah kapalanya mencecah ke awan. "Tok Pawang jangan campur, biar kami cuba permainan orang muda ni," laung perempuan muda itu menyatakan rasa tidak puas hatinya. Pak Tua Mahat mengangguk seolah-olah memberi peluang kepada perempuan muda itu. Bagaimanapun dia menyindir perlahan, "Awak orang bunian, takkan boleh menentang Mat Deh. Sedangkan awak nak larikan Muhis pun tak dapat, inikan pula nak berlawan...!" Peluh memercik di dahi lelaki tua itu setelah Pak Tua Mahat dapat menentukan jenisnya sebagai orang bunian. Apabila asal usulnya sudah diketahui, dia tidak akan boleh mempertahankan diri. Ketika ini seluruh tubuhnya rasa gementar, tetapi dia cuba berpura-pura menunjukkan masih mampu mahu menandingi Mat Deh dan Muhis. Pada mulanya memang perempuan muda itu mahu melarikan Muhis. Dia tahu Muhis masih mampu bertahan dari gangguannya namun dia tetap berdegil mahu mengheret lelaki itu. Sukar juga baginya mahu mengheret Muhis sekalipun dia terus berpaut pada tangan Muhis.

"Bangsat kau...!" suara Muhis mula bergema setelah disedarinya dia terperangkap oleh bunian yang menguasai kebun getah kepunyaan Haji Mat Deman itu. Di samping Mat Deh berzikir menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya, Muhis membacakan Fatihah, 5 ayat terawal dari Surah Al-Baqarah, ayat 163 dan 164 Surah Al-Baqarah, Ayatul Kursi, ayat 256 dan 257 dari Surah Al-Baqarah. Ketika Muhis membacakan ayat-ayat ini goncangan bumi semakin kuat menyebabkan lelaki tua dan perempuan muda itu tidak dapat lagi berjejak. "Teruskan Pak Muhis...," Muhis mendengar Mat Deh menyuruhnya meneruskan bacaan ayat-ayat tersebut. "Teruskan dengan ayat 284, 285 dan 286 Al-Baqarah, ayat 18, 19 Surah Ali-Imran..." suara Mat Deh mengingatkan dia supaya membacakan ayat-ayat tersebut. Muhis mematuhi bimbingan dari Mat Deh itu, lantas membacakan ayat-ayat tersebut yang diikutinya dari mulut Mat Deh sendiri. Setiap kali ayat-ayat itu dibacakan kawasan lapang itu itu semakin terancam, apabila batu-batu besar dan bola-bola api berterbangan dari segenap penjuru. Lelaki tua dan perempuan muda itu bertempiaran lari mahu menyelamatkan diri dari terjahan batu-batu besar dan bola-bola api.

"Aku dah cakap, kau takkan boleh melawannya...," Pak Tua Mahat berdekah-dekah mengejek lelaki tua itu yang terhuyung-hayang mencari tempat berlindung. Perempuan muda yang bersungguh-sungguh mahu melawan Mat Deh itu terjerit-jerit meminta pertolongan dari lelaki tua yang termengah-mengah berlari mencari tempat berlindung. "Ampun Tok Pawang...," lelaki tua itu melutut di depan Pak Tua Mahat merayu belas kasihan. "Kenapa kau ganggu anak buah aku?" jerkah Pak Tua Mahat. Lelaki tua itu berpaling ke arah perempuan muda di sisinya lantas menerkam marah. Asap merah berkepul-kepul keluar apabila dua lembaga itu bergomol sesama sendiri. Pak Tua Mahat tersenyum apabila mendengar Mat Deh sayup-sayup melafazkan; innahu Sulaiman wainnahu bismillahhir Rahmannirrahim. Pak Tua Mahat tahu bahawa Mat Deh sudah menggoda salah satu dari lembaga berkenaan supaya menyerang antara satu sama lain. "Memang kau lembaga syaitan boleh aku gunakan untuk menyerang golonganmu sendiri...." bisik Pak Tua Mahat kerana Mat Deh sudah menggunakan ikhtiar demikian dalam usaha tersebut. Kepulan asap merah itu semakin menebal apabila lelaki tua itu berlegar-legar mengelakkan serangan dari perempuan muda yang melepaskan beratus-ratus ekor ular untuk memerangkapnya. Lelaki tua itu memusingkan dirinya menjelma menjadi perempuan muda semula, menyebabkan ratusan ular-ular bisa yang mahu menyerangnya berpatah balik untuk menyerang perempuan muda yang satu lagi. Mereka berdua bertambah garang untuk mengalahkan antara satu sama lain, seolah-olah suara Mat Deh yang bergema itu memaksa mereka berdua saling bermusuhan. Mat Deh dan Muhis yang berdiri di satu penjuru tidak perlu lagi bertahan dari silauan cahaya putih sewaktu Mat Deh memantapkan zikirnya pada permulaannya tadi. Muhis diajarkan oleh Mat Deh supaya membacakan ayat-ayat tertentu dari Al-Quran, sementara dia sendiri mengawasi dua lembaga perempuan itu berterkaman antara satu sama lain. Satu lembaga berlegar-legar mahu mengelak dan satu lembaga lagi mencari helah untuk menerkam. Apabila satu lembaga dapat memerangkap, mereka akan bergomol dengan ganas hingga mengeluarkan debu merah seperti asap yang berkepul-kepul ke udara. Mereka berdua seolah-olah tidak menyedari bahawa perkelahian mereka diawasi oleh Mat Deh, padahal sebelumnya mereka berdua sama-sama mahu menentang anak muda itu. "Siapa yang niat salah dengan Muhis, dialah akan musnah...," kedengaran suara Muhis bertempik sambil menghembuskan rejaman anak panah berapi beratus-ratus dari hembusan mulutnya. Rejaman anak panah itu menyinggahi belakang lembaga perempuan yang berpaut pada tangan Muhis sebelumnya.

Perempuan muda itu menggeliat-geliat menjerit apabila dua tiga anak panah terlekat di belakangnya lantas membakar bahagian belakangnya. Dia tergolek ke tanah berpusing-pusing menjelmakan dirinya menjadi seekor ular seperti di peringkat awalnya. Tetapi perempuan yang satu lagi segera menghembuskan api kebiru-biruan membakar ular yang bergolek berpusing-pusing itu menyebabkan kedengaran jeritan langsing dari nyalaan api tersebut. Sehingga nyalaan api itu padam, perempuan muda itu masih kebingungan mahu mencari tempat berlindung setelah rakannya hangus menjadi debu. Dia berlegar-legar mencari jalan mahu berlindung apabila Mat Deh memulakan azan berulang kali. "Aku tak mahu lagi kau maharajalela di sini!" bentak Pak Tua Mahat. "Habis, ke mana kami nak pergi Tok Pawang?" dia mendongak meminta belas kasihan Pak Tua Mahat. "Itu, awak punya fasal. Tapi aku tak mahu kau bertanah berair lagi di kebun adik ipar aku ni," ujar Pak Tua Mahat memberi amaran. "Ke mana kami nak pergi Tok Pawang?" ulangi perempuan muda itu terketar-ketar. "Pergilah kau jauh dari sini...," perintah Pak Tua Mahat lantas menangkap perempuan muda itu dalam genggamannya. "Kalau kau nak bertanah berair lagi di sini, Muhis dan Mat Deh akan musnahkan anak cucu kau!" kata Pak Tua Mahat seterusnya mengancam perempuan muda berkenaan. "Jangan, jangan..Tok Pawang," rayu perempuan muda itu dalam ketakutan menyelubungi dirinya. Sepantas kilat pula Pak Tua Mahat melontarkan perempuan muda dalam genggamannya itu jauh ke arah hutan belantara melangkaui bukit-bukau yang menghijau di sekeliling kampung. Apabila Pak Tua Mahat kembali sedar dari keadaan dirinya seolah-olah seperti diserkup mimpi itu, didapatinya dia tersandar pada perdu pokok getah yang terdapat sarang tebuan tergantung di dahannya. Dia mencepak-cepak bibir memerhatikan sarang tebuan tersebut yang hanya merupakan bonggol besar sarang kelulut saja. Hujan panas yang turun menyirak-nyirak apabila dia sampai ke kebun getah itu sudah tidak ada lagi. Silauan matahari juga memancar condong dengan bayang-bayang pokok getah semakin redup menandakan Asar sudah pun masuk waktu. Setelah merasakan tugasnya selesai, Pak Tua Mahat lantas mencapai basikalnya menuju ke rumah Muhis. Semasa dia sampai di rumah Muhis, jiran-jiran masih ramai menziarahi. Mereka juga menunggu kepulangan Pak Tua Mahat yang hanya seorang diri saja pergi ke kebun getah Haji Mat Deman untuk melihat sendiri kawasan yang ditebas Muhis. Mereka tahu mengenai keistimewaan Pak Tua Mahat. Sebab itulah mereka tidak merasa bimbang membiarkan orang tua itu seorang diri saja ke tempat itu. Ludin Dobok yang ada bersama menziarahi Muhis juga menceritakan pengalamannya bersama Pak Tua

Mahat semasa anak gadisnya Midah tiba-tiba saja tersengih-sengih sebaik terpandang seekor ikan haruan yang matanya berkedip. Ketika ini Ludin Dobok sendiri kebingungan, kerana sewaktu mandi di sungai selepas menimba lubuk di hujung sawahnya, dia dapat menangkap seekor ikan haruan yang menghambur berhampiran dengannya. Mata ikan haruan juga berkedip, seolah-olah dia dapat melihat seorang lelaki teruna terpancar dari kerdipan mata ikan haruan itu. Lelaki teruna itu menuntut untuk berkahwin dengan anak gadisnya Midah. Apabila Pak Tua Mahat diberitahu, tidak bertangguh lagi orang tua itu mengajak Ludin Dobok ke hujung sawah di lubuk tempat Ludin Dobok dan isterinya Hawa menimba ikan. Peristiwa Ludin Dobok mengikut Pak Tua Mahat ke tepi lubuk itu memang satu pengalaman baru yang belum pernah dirasakannya selama ini. Masih terbayang oleh Ludin Dobok bagaimana Pak Tua Mahat menghentak kakinya tiga kali ke tanah, tiba-tiba saja dia tidak melihat lagi lubuk di depannya. Yang dilihat oleh Ludin Dobok hanya tersergam sebuah rumah besar. Dia terus mengikut saja ke mana dibawa oleh Pak Tua Mahat, sehingga bertemu seorang lelaki tua berjubah kuning. Sebaik saja Pak Tua Mahat menaiki tangga rumah Muhis, Ludin Doboklah yang mula-mula menyambutnya. Dia membongkok bersalam sambil mencium tangan Pak Tua Mahat. "Macam mana Muhis?" tanyanya kepenatan terus masuk ke dalam mendapatkan Muhis yang masih terlentang tidak bergerak-gerak. "Macam tadi aje nampaknya Pak Tua," beritahu Senah kian rusuh melihat keadaan suaminya yang terlentang tidak bergerak. Tangannya masih tergenggam dalam genggaman Mat Deh. "Tak apa, sabarlah...," beritahu Pak Tua Mahat tersenyum seolah-olah memberitahu orang ramai di situ akan kejayaannya. "Minta air sejuk segelas, haus aku ni," katanya sambil mengurut-ngurut leher. Senah bangun perlahan menuju ke dapur untuk mengambil air yang diminta oleh Pak Tua Mahat. "Sejak tadi Ustaz pun macam ni juga Pak Tua, sama macam Abang Muhis," jelas Ludin Dobok berbisik ke telinga Pak Tua Mahat. "Tak apa..., Insya Allah, semuanya akan selamat," Pak Tua Mahat mencapai air yang dihulurkan oleh Senah. Kemudian perempuan itu duduk bertimpuh di hujung kaki suaminya sambil mengerling Pak Tua Mahat meneguk air sejuk di gelas. Ternyata orang tua tersebut benar-benar kehausan, kerana sekali gogok saja dia meminum air berkenaan. Selepas saja minum, Pak Tua Mahat menepuk bahu Mat Deh menyebabkan anak muda itu tergamam seolah-olah dikejutkan sewaktu nyenyak tidur.

Sebaik saja Mat Deh melepaskan tangan Muhis, lelaki itu mula menggeliat-geliat lantas membuka matanya. "Minta aku air...," keluh Muhis perlahan kehairanan melihat orang ramai mengelilingi dia. Kemudian dia tersenyum berpaling ke arah Pak Tua Mahat dan Mat Deh. Mereka bertiga terangguk-angguk, seolaholah sama-sama menyimpan rahsianya yang tersendiri.

22. TOK AWANG NGAH - MAYAT DIMANDI BINGKAS BANGUN


Ketika ini, kubur juga sudah siap digali sebelum masuk waktu zohor lagi. Mereka sudah tetapkan, jenazah mesti dikebumikan sebelum waktu zohor disebabkan sudah lama semalaman terbujur. Siak Deraman tidak mahu melambat - lambatkan mengebumikan jenazah setelah beliau diberitahu Mat Senik sudah meninggal dunia selepas maghrib. Semalaman pula mereka berjaga bersengkang mata membacakan ayat - ayat suci al quran di sisi jenazah secara bergilir - gilir. Mereka semua mematuhi arahan Siak Deraman supaya jenazah Mat Senik dikebumikan dengan segera. Apalah gunanya menunggu hingga selepas waktu zohor kalau mahu kebumikan jenazah, dalam masa kubur sudah siap digali. Sebaik sahaja diberitahu supaya menggali kubur, lantas Surip Lekeh pagi - pagi lagi sudah menggalas cangkul dengan penyodok ke tanah perkuburan. mereka seisi kampung mesti bergotong royong menggali kubur apabila diberitahu ada orang yang meninggal dunia. Di kampung mereka tidak wajar menerima upah menggali kubur. seisi kampung tetap bergotong royong kerana mereka hidup sudah macam sebuah keluarga. Lagi pun masing - masing memang mempunyai talian kekeluargaan, sekali pun tidak dekat sangat namun masih juga berkeluarga bau - bau bacang. Sebab itu mereka seisi kampung berkumpul di rumah Mat Senik setelah diberitahu lelaki itu sudah meninggal dunia. 3 hari berturut - turut Mat Senik terkejang tidak sedarkan diri selepas ditimpa rumah runtuh tatkala sedang bertukang. Tiba - tiba sahaja rumah yang sudah ditegakkan tiang, runtuh semasa Mat Senik sedang memanjat kasau mahu menaikkan atap. Dia jatuh terperosok di bawah timbunan kayu - kayu rumah yang tersembam hingga bertupang tindih. Terpaksa pula Alang Kiman meminta bantuan jiran - jiran untuk mengeluarkan Mat Senik dari bawah timbunan kayu - kayu rumah. hairan juga Alang Kiman yang mengupah lelaki itu bertukang, bagaimana rumah yang sudah siap ditegakkan boleh runtuh. Lain lah kalau Mat Senik baru belajar bertukang hingga tidak tahu pasak dan sendal. tukang berpengalaman macam Mat Senik tentu mahir dengan pasak dan sendal biar rumah tidak goyah sekali pun dirempuh angin kencang.

Hampir 1 jam juga mereka bertungkus lumus mengeluarkan Mat Senik dari bawah timbunan kayu jongkang kalang. Sebaik sahaja ditarik keluar, memang Mat Senik sudah tidak sedar apa - apa lagi. Ombak dadanya sahaja yang turun naik dengan tubuh tidak bergerak apa - apa lagi. Kejadian yang berlaku bertahun - tahun dahulu ini memang tidak ada sesiapa pun yang terburu - buru untuk membawa Mat Senik ke hospital. Lagi pun ketika itu siapa pun tidak peduli sangat dengan hospital yang jauh di bandar itu. Kalau mahu ke hospital tentu terpaksa berjam - jam menunggu sampan mahu menyeberang sungai. Kemudian jenuh pula harapkan ada kereta yang boleh membawa Mat Senik ke hospital. Kalau ada kereta pun, tidaklah sama dengan kereta sekarang yang boleh memecut laju di atas jalan yang diturap baik - baik itu. Sebab itu Siak Deraman bersetuju meminta Pawang Jimin sahaja merawat abangnya biar pulih semula. terpaksa pula Pawang Jimin kibas dengan kain hitam panjang sedepa hingga 3 petang berturut - turut. Dia juga telah memandikan Mat Senik dengan air kelapa muda biar bisa - bisa di dalam tubuh alah selepas disimbahkan dengan air kelapa muda berkenaan.

Tetapi Mat Senik terkejang juga dengan tidak membuka mata langsung. isterinya, Mayah sudah tidak lekang punggung duduk disisi suaminya menahan kesedihan yang menusuk. Dia sudah ingatkan Mat Senik supaya tidak gagahi bertukang apabila dia mengadu tidak sihat badan. Sejak bangun pagi lagi, Mat Senik merasakan sendinya lenguh - lenguh lantas beliau pun meminta anaknya, Selidah supaya dapat pijakkan belakangnya. Gadis kecil yang berumur 10 tahun itu tidak membantah apa -apa. Dia akan pijakkan belakang ayahnya setiap kali ayahnya berasa lenguh - lenguh badan. Asal sahaja balik dari bertukang rumah, disebelah malamnya sebelum merebahkan kepala ke bantal, nescaya Mat Senik akan menyuruhnya pijakkan belakang. Selepas Selidah pijakkan belakang, Mat Senik akan terasa segar semula. " Kalau demam buat apa bertukang! " gerutu Mayah mendesak suaminya supaya berehat sahaja di rumah. " lagi pun bukannya boleh kaya cepat takat bertukang rumah " sengaja Mayah menyindir Mat Senik yang berkeras juga mahu turun bertukang. " Alang Kiman nak cepat siapkan rumahnya " beritahu Mat Senik sewaktu menuruni tangga. " Dia nak siapkan sebelum kenduri nikah anaknya " jelasnya disebabkan beliau sudah berjanji dengan Alang Kiman yang rumah itu mesti ditegakkan cepat. " Awak tu demam, takkan dia nak paksa juga! " mayah tetap tidak mahu suaminya terus berdegil bertukang rumah dalam keadaan tidak sihat badan itu. " Ini perkara janji, bukannya paksa atau tidak " sahut Mat Senik mengingatkan isterinya supaya tidak mengesyaki Alang Kiman yang memaksanya minta siapkan juga bertukang rumah. Tatkala dia jejakkan kaki di rumah Alang Kiman pun, lelaki itu juga menyuruhnya supaya berehat sahaja sekiranya tidak sihat badan. Perkara rumah mesti disiapkan sebelum kenduri kahwin anaknya tidaklah penting sangat bagi Alang Kiman. Dia sekadar harapkan rumah yang baru dibina itu siap menjelang hari perkahwinan anak gadisnya. Dan jika tidak sempat disiapkan oleh Mat Senik pun, dia tidak memaksa apa - apa. Tetapi Mat Senik tidak mahu memungkirkan janji. dia sudah berjanji mahu siapkan rumah berkenaan sebelum majlis kahwin anak gadis Alang Kiman, sebab itu dia tetap berkeras mahu teruskan bertukang. Biarlah demamnya mengganggu hingga sengal - sengal badan. Asal sahaja sudah memanjat tiang sampai berpeluh badan, nescaya demamnya akan hilang serta merta. Tahu sangat Mat Senik bahawa badan tengah sengal - sengal tidak boleh ikutkan sangat hati yang malas. Sudah tentu kerja tidak akan selesai sampai bila - bila pun kalau harapkan tenaga sentiasa sihat. Sekiranya demam berterusan dia akan bertukang secara ala kadar sahaja, asalkan kerjanya beransur siap. Siapa pun tidak boleh menghalang dia terus bertukang dalam saat demamnya mengganggu. Mudah sahaja hati Mat Senik tersinggung kalau mereka menuduh dia sengaja berdalih apabila diberitahu badanya demam berhari - hari. Apa lagi sekiranya kerjanya tergendala sampai rumah mereka lambat disiapkan, sudah tentu mereka akan menuduhnya tidak mampu bertukang rumah ikut jadual yang ditetapkan. Semasa Mat Senik memanjat ke kepala tiang, dia tahu kasau sudah pun dipaku kukuh. Pasak tiang juga sudah disendal kuat supaya tidak goyah sekali pun dirempuh oleh kerbau yang sedang terluka. Dia sudah susun atap rembia pada alang tiang biar mudah untuk dinaikkan nanti. Siapa pun tidak perlu

membantunya apabila bertukang rumah. Apa sangat dengan ikatkan atap pada kasau, dia seorang sahaja pun boleh lakukannya. Dalam masa Mat Senik sedang mendongak mahu ikatkan atap rembia berkenaan pada kasau, dia terasa rumah berkenaan bergegar kuat. Tatkala dia memerhatikan ke bawah, lantas sahaja Mat Senik ternampak lembaga besar sedang terbongkok - bongkok menyungkit tiang rumah. Belakang lembaga itu berbonggol laksana lembu jantan tengah naik badan. Marah benar Mat Senik apabila rumah itu bergoyang - goyang akibat pangkal tiangnya disungkit lembaga besar belakang berbonggol itu. Lantas Mat Senik pun melontarkan tukul besi sehingga tukul itu menyinggahi kepala lembaga itu. Tetapi lembaga itu tidak peduli apa - apa sekali pun tukul besi memukul kuat ke kepalanya. " Hoi! awak nak cari geruh aku ke? " bentak Mat Senik sambil mencemikkan mukanya disebabkan lembaga itu masih terbongkok - bongkok menyungkit kaki tiang rumah tersebut. Tersengih - sengih sahaja lembaga besar belakang berbonggol itu sambil mengerling kepada Mat Senik yang sedang berpaut pada kasau itu. Kemudian dia memberi isyarat kepada Mat Senik supaya terjun dari kepala tiang. Dia juga tidak membenarkan Mat Senik untuk meneruskan bertukang kerana mengatakan rumah berkenaan masih belum disimah dengan darah ayam selasih lagi. Semenjak turun temurun memang Mat Senik akan simah tapak rumah dengan darah ayam selasih sebelum menegakkan tiang rumah itu. Ayahnya, arwah Tukang Lamin juga tidak pernah biarkan tapak rumah baru tidak disimah darah ayam selasih setiap kali diminta bertukang. Kalau tegakkan rumah tiang 9, semua kepala tiang akan dibungkus dengan kain putih. Perabung rumah pula akan diikat dengan kain merah dan kain hitam biar sampai rumah didirikan siap tersergam. Memang tukang Lamin sudah ingatkan Mat Senik mengenai pantang larang bertukang rumah sebaik sahaja perkakas bertukang diturunkan kepadanya. Bukan mudah mahu gunakan pahat mahu menebuk lubang tiang biar rasuk pelantar boleh kukuh tersendal, kalau tidak diseru segala pawang bertukang membantu sama. Tetapi Mat Senik tidak peduli sangat dengan pantang larang arwah ayahnya, Tukang Lamin . Dia akan tegakkan juga rumah dengan tidak payah bertepung tawar dan tidak perlu bersimah dengan darah ayam selasih. Sudah banyak kali dia tegakkan rumah baru dengan tidak pernah mematuhi pantang larang berkenaan setiap kali bertukang. " Kenapa kamu tak bersimah dengan darah ayam selasih? " jerkah lembaga besar berbonggol belakang sambil menjegilkan mata. " Awak ni siapa? berani nak perintah aku! " sahut Mat Senik mengejeknya lantas mengisar duduk apabila bertinggung di atas palang kepala tiang. " Wah! nak tunjuk keras kepala nampaknya! " semakin marah lembaga besar itu lalu terus menyungkit kaki tiang rumah. Belum sempat Mat Senik membacakan surah al fatihah, rumah berkenaan tiba - tiba sahaja runtuh tersembam. Dia pun jatuh terperosok di bawah timbunan kayu jongkang kalang itu. Ketika ini memang

Alang Kiman nampak Mat Senik merungut - rungut sendirian sebelum jatuh melayang bersama dengan rumah yang baru dibina itu runtuh sekali gus. Cepat - cepat Alang Kiman mahu bongkarkan kayu yang jongkang kalang itu, tetapi bukan mudah mahu mengangkat tiang sebesar pokok sepemeluk yang telah siap dipahat itu. Masakan dia boleh mengeluarkan Mat Senik dari bawah timbunan kayu - kayu rumah runtuh itu, kalau takat harapkan tenaga dia dan isterinya, Utih Rimah. Sebab itulah jiran - jiran segera diberitahu. Tatkala Siak Deraman bersama Surip datang menjengah, Mat Senik masih lagi terhimpit di bawah timbunan kayu - kayu yang jongkang kalang. Terpaksalah dialihkan kayu secara satu persatu yang banyak bertimpa - timpa itu biar Mat Senik boleh ditarik keluar. Setelah seisi kampung diberitahu mengenai Mat Senik dihempap dengan kayu - kayu rumah yang tengah dibina, barulah mereka semua dapat mengangkat tiang - tiang yang tumbang bertimpa - timpa itu. Tatkala Mat Senik dikeluarkan dari bawah timbunan kayu - kayu yang jongkang kalang itu, dia sudah tidak sedar apa -apa lagi. segera Siak Deraman meminta jiran - jiran supaya usungkan abangnya balik ke rumah. Disebabkan Mat Senik tidak sedar apa - apa, memang tiada siapa lagi yang boleh diharapkan selain daripada Pawang Jimin . Tentu Pawang Jimin tahu bagaimana mahu memulihkan Mat Senik yang terkejang laksana mayat terbujur itu. 3 hari Pawang Jimin kibaskan dengan kain hitam, tetapi keadaan Mat Senik masih juga terkejang tidak bergerak apa - apa. Sebab itulah Siak Deraman meminta bacakan surah yassin sahaja secara beramai - ramai. Dalam masa mereka sedang membacakan surah yassin itulah, Mat Senik tiba - tiba saja kaku tidak berombak - ombak lagi dadanya. Setelah dicekak nadinya oleh Siak Deraman, memang sudah tidak berdetak lagi. Lantas sahaja dia membujurkan tubuh abangnya dibawah bumbung rumah dengan menuturkan perlahan : " inna lillahi wa-inna lillahhi raji'un ". Sebak juga dada Mayah pabila kenangkan suaminya ditimpa rumah hingga terkejang menjadi mayat. Tahu sangat dia fasal suaminya berdegil tidak mahu mematuhi pantang larang arwah ayahnya apabila mahu bertukang rumah. Dia tidak akan menepung tawar tapak rumah hinggalah disimah dengan darah ayam selasih terlebih dahulu. Pahat peninggalan ayahnya juga telah tidak diasapkan dengan kemenyan setiap kali mahu memulakan kerja bertukang rumah. Memang tidak sama cara Mat Senik dengan arwah ayahnya yang pegang kukuh - kukuh pantang larang berkenaan. Sebaik sahaja diminta bertukang rumah, nescaya Tukang Lamin akan asapkan pahat dengan kemenyan. Tidak ada sesiapa lagi yang berani mengganggu setelah bisa pahat berkenaan diseru biar mudah ditusuk pada kepala tiang. Sebab itu Tukang Lamin akan balut kepala tiang dengan kain putih biar bisa pahat tidak memberi mudarat pada tiang yang ditusuk itu. tentu kepala tiang tidak akan mudah reput akibat terkena bisa pahat berkenaan. manalah Mat Senik tahu mengenai petua tukang rumah sejak turun temurun kalau beliau sekadar belajar kemahiran bertukang semata - mata. Siapa lagi yang boleh menandingi Tukang Lamin kalau mengukir pintu atau daun tingkap?. Kadangkala dia akan ukir juga rasuk pelantar apabila diupah siapkan rumah yang besar tersergam. Memang Tukang Lamin lah yang diharapkan oleh orang - orang kaya untuk mendirikan rumah yang berukir - ukir hingga amat mempesonakan. Sebab itu pahat yang digunakan oleh Tukang Lamin mesti diasapkan dengan kemenyan apabila mahu memulakan kerja bertukang rumah.

Tetapi Mat Senik tidak peduli sangat dengan petua yang diturunkan oleh arwah ayahnya. Perkara bertukang rumah bukanlah diharapkan sangat oleh Mat Senik . Kalau tidak disebabkan orang - orang kampung mendesak, memang dia tidak akan bertukang rumah sangat. Biarlah dia menggalas tajak mencebak tanah sawah. " Sudah sampai waktunya " keluh Siak Deraman meminta kakak iparnya supaya bertenang sebaik sahaja jenazah Mat Senik dibujurkan. " Tak dapat diundurkan walau sesaat pun, tak dapat juga didahulukan " bisiknya menahan pilu yang menusuk perasaan. Semalaman itu pula mereka semua bercekang mata membacakan al quran di sisi jenazah Mat Senik yang terbujur itu. sebaik sahaja pagi mula cerah melayah, Surip Lekeh pun bersetuju untuk menggalikan kubur bersama jiran - jiran yang lain yang mahu uruskan bahagian penggalian kubur. Mereka yang uruskan membuat usungan segera menetak buluh dan pelepah rembia. Seisi kampung sudah diberitahu mengenai kematian Mat Senik , yang juga seorang guru membaca muqaddam. Budak - budak yang belajar mengaji muqaddam berkumpul disisinya sejak pagi lagi untuk membacakan muqaddam, sementara orang yang lebih tua masing - masing menyediakan urusan pengebumian. Sebelum matahari tegak di kepala, Siak Deraman telah diberitahu bahawa persiapan sudah sempurna untuk mengebumikan jenazah. Ketika ini tidak bertangguh lagi Siak Deraman pun segera memerintahkan supaya jenazah abangnya dimandikan. Mereka pun sama - sama mengusung jenazah ke tengah rumah dengan mengopakkan lantai rumah supaya mudah jiruskan air. Semasa Siak Deraman hampir selesai memandikan mayat itulah tiba - tiba sahaja mereka melihat jari jenazah Mat Senik bergerak - gerak. Cepat - cepat Alang Kimin menepuk bahu Siak Deraman apabila mereka yang berkeliling memandikan jenazah sudah mula berundur ke belakang. Masing - masing mula bergerak mahu terjun ke tanah kerana bimbang jenazah Mat Senik akan bingkas bangun. Kalau tidak disebabkan Siak Deraman masih tercegat berdiri disisi jenazah abangnya, nescaya mereka tidak bertangguh terjun ke tanah. " Hiss, apa pula halnya ni? " serba salah juga Mayah apabila melihat mereka yang memandikan jenazah berundur dengan cemas. " Jari Mat Senik bergerak - gerak " gerutu beberapa orang yang sudah bersiap sedia mahu terjun di tingkap rumah. " Mayat takkan boleh bergerak lagi!! " salah seorang yang berundur ke serambi pula memberitahu mereka berceratuk di tengah halaman rumah pula. Serentak dengan itu, seisi rumah menjadi gempar apabila diberitahu yang jenazah Mat Senik sudah bingkas bangun. Sekiranya waktu itu tengah malam ketika jenazah Mat Senik menggerakkan jari, memang tidak ada sesiapa pun yang akan bertahan di situ. Disebabkan ia waktu siang dan belum pun pukul 11 pagi, maka mereka tidaklah terbebar sangat. Setidak - tidaknya Siak Deraman juga tidak berganjak berhadapan dengan jenazah yang sedang dimandikan itu. Tidak lama selepas jari jenazah Mat Senik bergerak - gerak, lantas tangannya pula bergerak - gerak bagaikan mahu mencapai sesuatu. Kemudian dia mengagaru - garukan siku lalu terus terbersin perlahan.

Cepat - cepat Siak Deraman berlutut disisi jenazah abangnya mahu memastikan sama ada mayat atau Mat Senik yang bingkas bangun itu. " Kenapa pula orang ramai hadap aku ni? " tercengang - cengang Mat Senik apabila dia duduk termengah - mengah. Tetapi Siak Deraman tidak menyahut. Segera dia papah semula Mat Senik ke tempat tidur disebabkan tenaganya masih lemah. Memang terkejut mereka yang berkumpul dirumahnya apabila diberitahu bahawa Mat Senik yang sudah terkejang mati itu, tiba - tiba sahaja bingkas bangun. " Kami sangka awak sudah meninggal " beritahu Alang Kimin serba salah apabila didesak oleh Mat Senik supaya menceritakan hal yang sebenarnya ramai saudara berkumpul di rumahnya. Menggeleng kepala Mat Senik sambil beristighfar. Di dalam keadaan lemah itu segera Mayah menyudukan bubur ke mulutnya setelah 3 hari dia tidak menjamah sebarang makanan. Memang Mat Senik juga tidak menyangka bahawa keadaan dirinya sudah dianggap mati oleh sanak saudaranya. Dia sendiri tidak tahu apa - apa setelah tiang rumah yang sedang didirikannya itu disungkit oleh lembaga besar belakang berbonggol itu. Ketika ini Surip Lekeh yang mengetuai kerja menggali kubur juga sudah diberitahu mengenai Mat Senik yang disangka sudah mati itu bangun semula. Sekali pun Mat Senik masih di dalam keadaan lemah, tetapi tubuhnya tidak cedera apa - apa akibat dihempap oleh kayu - kayu rumah yang jongkang kalang itu. " Kalau begitu, kubur yang sudah siap digali kena ditanamkan dengan batang pisang " ujar Pawang Jimin mengingatkan Surip Lekeh supaya mengambuskan tanah kubur mesti diisi liang lahadnya. Tidak boleh liang lahad dibiarkan kosong setelah siap digali. Tahu sangat Pawang Jimin mengenai pantang larang sejak turun temurun itu. Petaka akan menimpa seisi kampung sehinggalah 7 hari berturut - turut orang meninggal dunia akibat tanah kubur dikecewakan. Pawang Jimin tetap ingat pesanan arwah datuknya, Pawang Manuk apabila kubur siap digali tetapi jenazah tidak dikebumikan. Tiba - tiba sahaja Itam Damat yang disangkakan mati, bingkas bangun tatkala kubur sudah siap digali. Seisi kampung menyangkakan Itam Damat sudah terkejang mati setelah ditemui tidak sedarkan diri sambil tersandar pada pokok leban apabila balik dari berburu di hutan. Memang Itam Damat pergi berburu tidak pernah mengajak kawan - kawan disebabkan kegemarannya bersendirian sahaja. Sehari semalaman dia tidak balik ke rumah, segera orang - orang kampung jejaki dia ke hutan. Tatkala ditemui, beliau tersandar di perdu pokok leban sambil tercangkung memeluk tombaknya. lantas Pawang Manuk pun diberitahu mengenai Itam Damat sudah ditemui tidak sedarkan diri semasa berburu di hutan. Belum sempat Pawang Manuk kibas dengan kain hitam untuk 3 petang berturut - turut, dia sudah diberitahu bahawa Itam Damat sudah meninggal dunia. Dalam masa orang - orang kampung bersiap siap untuk mengebumikannya, tiba - tiba sahaja Itam Damat menarik kain selubungnya. dia terus terkuap - kuap laksana bangun dari tidur sahaja, lalu terus turun ke telaga untuk berkumur - kumur. memang dia tidak mempedulikan sangat mengenai jiran - jirannya yang sedang bersiap - siap untuk mengebumikan jenazahnya itu.

Sebaik sahaja naik ke atas rumah, lantas sahaja Itam Damat meminta isterinya siapkan sarapan minum paginya. terkejut benar Itam Damat apabila isterinya memberitahu bahawa dirinya sudah dikatakan terkejang meninggal dunia. Ketika itu barulah dia memberitahu Pawang Manuk bahawa dirinya sudah tersesat jalan di dalam hutan hingga meranduk kawasan yang penuh sesak dengan rumpun buluh. Di mana - mana sahaja rumpun buluh bertaup rapat hingga dia tidak dapat menemui jalan keluar. Semakin jauh dia melangkah, hutan buluh bertambah luas laksana lautan terbentang. Terpaksa pula dia mencari lorong di celah rumpun buluh berkenaan. setelah puas mencari jalan keluar, akhirnya Itam Damat sudah sampai dihalaman sebuah rumah yang diperbuat daripada buluh yang tumbuh merimbun itu. Tatkala dia sedang terpinga - pinga itu, dia telah mendengar bunyi siut buluh bergesel ditiup angin lalu tiba - tiba muncul seorang perempuan tua yang menggerbang rambutnya dari muka pintu. Lantas dia pun memujuk perempuan tua itu supaya menunjukkan jalan balik kepadanya. namun perempuan tua itu berkeras tidak mahu menunjukkan jalan keluar kepadanya disebabkan Itam Damat sudah menceroboh tempatnya. Disebabkan itu marah benar Itam Damat apabila diperdayakan sedemikian. Ketika dia menghentakkan tumit ke tanah terus dia membacakan : " qaulan wafi'lan inna bathsyo rabbika lasyadidun wallahu min-waro-ihim muhidz, balhuwa qur-anun majidun fi-lohim mahfoz, summum bukmum 'umyum fahum layarji'un, summum bukmum 'umyum fahum laya'qilun, summum bukmum 'umyum fahum layatakallamun, summum bukmum 'umyum fahum layobsirun ". Sekali gus angin pun bertiup kencang hingga banyak rumpun buluh yang tercabut tidak bertampan. Menjadi gerun perempuan tua itu apabila rumahnya juga telah diserbu angin kencang tersebut hingga menyebabkannya terpaksa berpaut pada jenang pintu. Berbuai - buai perempuan tua itu itu bergayut akibat kakinya telah terangkat dielus angin bagaikan kain tersangkut yang berayun - ayun. Merungut - rungut perempuan tua itu marah kerana menyangka Itam Damat mudah diperdayakan. Sebaik sahaja angin kencang reda, lantas sahaja menjelma lelaki besar laksana gajah terconggok. Itam Damat dapat melihat belakang lelaki itu berbonggol - bonggol apabila dia berjalan terjengket - jengket. Lantas lelaki bongkok itu pun membentak marah kepada perempuan tua kerana mencuba hendak menguji Itam Damat . Dia memberi isyarat kepada perempuan tua itu supaya masuk ke dalam rumah dan tidak lagi menjengah di situ. Sebaik sahaja perempuan tua itu hilang di balik pintu, segera lelaki bongkok bertubuh besar itu mengajak Itam Damat supaya duduk. Tetapi Itam Damat tidak mahu menerima pelawaan lelaki berkenaan. dia ingatkan lelaki itu supaya menunjukkan jalan keluar kepadanya dengan tidak bertangguh. Terpaksalah lelaki bongkok itu mematuhi kemahuan Itam Damat itu. Memang Itam Damat dapat merasakan dia melihat lorong di celah - celah rumpun buluh yang terus sahaja mengarah ke halaman rumahnya. Tatkala kakinya melangkah mahu menaiki tangga rumahnya, dia merasakan ada kain selubung yang menyerkupnya. Sebaik sahaja dia membuangkan kain yang menyerkup mukanya itu, Itam Damat mendapati dia sedang terbaring bagaikan mayat sedang dibujurkan. Ketika bingkas bangun inilah, Itam Damat telah terkuap kuap akibat letih disamping keletihan kerana lama sangat tersesat di tengah rumpun buluh. Sebab itu dia berasa hairan apabila diberitahu sudah terbujur menjadi mayat sejak semalaman. Apabila Itam Damat yang sudah disangkakan mati itu kembali bangun dalam keadaan sihat, orang orang kampung segera mengambuskan semula tanah kubur yang sudah digali itu tanpa disumbatkan dengan batang pisang sebagai ganti. Belum pun menjelang petang, tiba - tiba sahaja Usin Kaduk meninggal dunia akibat jatuh tangga tatkala menyerbu ayam yang sedang mematuk padi jemurannya.

marah benar Usin Kaduk disebabkan ayam - ayam itu tetap tidak berundur apabila beliau menghalaunya dari tepi tingkap. lantas sahaja Usin Kaduk mahu terjun ke tengah halaman yang menyebabkan kakinya tersandung pada bendul. Sekali gus pula dia terhumban ke kaki tangga dengan rusuknya tersendal pada anak tangga. dia tidak boleh bergerak sehingga sesak nafas tercungap - cungap. terpaksa pula isteri dan anak - anak memapahnya naik ke atas rumah dalam keadaan lemah tidak bertenaga. tidak lama selepas itu pun Usin Kaduk terkejang tidak bernyawa sebelum sempat Pawang Manukdipanggil untuk menjampikan. Selepas kematian Usin Kaduk , 7 orang penduduk kampung telah meninggal dunia secara berturut turut dalam masa seminggu. setelah kematian 7 orang secara berturut - turut itulah Pawang Manuk tidak semena - mena telah bermimpi melihat jelmaan lelaki tua yang berjubah putih. lantas jelmaan lelaki tua itu telah mengingatkan dia supaya tanamkan batang pisang setelah kubur digali tidak dikebumikan dengan mayat yang terbujur. " Jangan biarkan tanah kubur tak diisi " beritahu Pawang Jimin setelah kubur telah siap digali tetapi Mat Senik yang disangkakan mati bingkas bangun semula. segera dia menyuruh Surip Lekeh tetakkan batang pisang lalu dimasukkan ke dalam liang lahat untuk menggantikan jenazah yang tidak jadi dikebumikan. Tatkala mereka sedang mengheret batang pisang itu, Siak Deraman diberitahu bahawa Aki Lagah pula yang meninggal dunia setelah lama terkejang sakit. mereka semua memang tahu Aki Lagah yang sudah berusia hampir 100 tahun sudah berbulan - bulan terkejang sakit akibat terlalu tua. Dia sudah tidak mampu lagi bergerak disebabkan kakinya sudah terlalu lemah dan tidak boleh dijejakkan lagi. Tidak hairan sangat pada mereka apabila diberitahu bahawa Aki Lagah meninggal dunia setelah lama terkejang sakit. setelah diberitahu bahawa Aki Lagah meninggal dunia, segera Siak Deraman beritahu tidak payahlah dikambus tanah kubur yang sudah siap digali itu. mereka sekadar perlu mengukur baik baik jenazah Aki Lagah supaya sesuai dengan kubur berkenaan. " Tak ada apa - apa kejadian ganjil selepas Aki Lagah dikebumikan, ustaz " jelas Mat Senik yang menuturkan secara perlahan dalam suara yang lemah akibat terlalu uzur. Dia tetap kenangkan kejadian dia disangka sudah meninggal dunia hingga digali kubur bertahun - tahun dahulu. Memang Siak Deraman sendiri yang memberitahu kepada saya mengenai kejadian yang menimpa abangnya itu. Tetapi Mat Senik tidak tahu apa - apa setelah dia terhumban hingga ditindih dengan kayu rumah yang runtuh itu. dia hanya sekadar ingat lembaga besar belakang berbonggol itu yang menyungkit kaki tiang hingga rumah berkenaan terbalik runtuh. Kalau dia sempat melompat turun, memang Mat Senik tidak akan mengalah. Bila - bila sahaja dia akan mencekak tengkuk lembaga bertubuh besar umpama gajah itu sekali pun terpaksa bergelut berhempas pulas. " Dah lama benar kejadian itu berlaku, ustaz " beberapa kali Siak Deraman beristighfar disebabkan dia sendiri yang sedang memandikan jenazah ketika itu. " Tapi, Abang Senik sekarang ni memang sakit " ujarnya setelah diberitahu mengenai abangnya terkejang sakit sudah berminggu - minggu. Bimbang juga anaknya, Andak Kasim jika kejadian yang berlaku bertahun - tahun dulu terhadap ayahnya akan berulang kembali. Sebab itu dia desak saya datang menjengah tatkala ayahnya sudah terkejang sakit sehingga berminggu - minggu. Manalah tahu kalau sakit terkejang itu sekadar mahu mengelirukan mereka sekeluarga.

" Siak Deraman pun berpengalaman, tentu dia lebih tahu " tutur saya sambil mengerling kepada Siak Deraman . Dalam wajahnya yang sudah dimamah usia itu, Siak Deraman tetap tenang mendesak abangnya supaya berzikir mengingatkan Allah yang maha mengetahui segala yang nyata dan yang tersembunyi.

23. TOK AWANG NGAH - DENDAM KHADAM MINYAK SENYONYONG


Memang usianya hampir 100 tahun ketika Aki Lagah meninggal dunia. Tetapi seisi kampung telah menganggap Aki Lagah seolah - olah telah bertukar nyawa dengan Mat Senik yang sudah disangkakan mati, tetapi bingkas bangun tatkala tengah dimandikan. Dalam masa orang - orang kampung mahu mengambuskan tanah kubur yang digali digantikan dengan batang pisang, tiba - tiba sahaja pula mereka telah diberitahu mengenai kematian Aki Lagah. Lantas Siak Deraman telah mengingatkan mereka semua bahawa perkara bertukar nyawa sekadar anggapan mereka sahaja. Masakan sesiapa boleh menentukan perkara yang hanya ada di dalam pengetahuan Allah Azzawajala. Tentu abangnya, Mat Senik masih belum mati semasa mereka bujurkan tubuhnya semacam mayat terkejang tetapi sekadar keadaannya seolah - olah sudah meninggal dunia. Manakala Aki Lagah pula sudah lama benar terlantar akibat usianya sudah terlalu tua. tatkala usianya sudah 90 tahun pun, Aki Lagah tetap berkeras juga mahu berkahwin lain disebabkan isterinya Uda Selibah sudah bertahun - tahun meninggal dunia. Sepi sangat dia tinggal berseorangan setelah anak anak jarang menjengahnya di rumah. Mat Senik lah satu - satunya yang mahu bantu dia apabila dia mahu berkahwin dengan Tikmah yang sudah lama menjanda itu. Tidak membantah pun Tikmah apabila dia dilamar oleh Aki Lagah sekali pun dia tahu jarak umur mereka terlalu jauh berbeza. Apalah sangat Tikmah peduli dengan umur Aki Lagah yang sudah menjangkau 90 tahun, kalau dibandingkan dengan tubuhnya yang masih gagah mencebak tanah di kebun. Kulit lengannya juga masih belum kendur bagaikan lelaki yang perkasa. Sebab itu Tikmah percaya Aki Lagah mampu melindungi dirinya yang baru berumur dalam 30 an itu. " Tak siapa nak jengah aku kalau sakit pening, Senik " ujar Aki Lagah yang meluahkan rasa sepi dihatinya tatkala memberitahu Mat Senik hasratnya mahu meminang Tikmah. " Aki berkenan dengan budak Tikmah ke? " sengaja Mat Senik mahu menduga hati orang tua itu. " Kamu nampak tak ke muda sangat kalau dibandingkan dengan aku? " tersengih - sengih Aki Lagah kerana bimbang Mat Senik akan mengejeknya. " Perkara jodoh bukan boleh banding dengan umur, Aki " beritahu Mat Senik seolah - olah bersetuju dengan keputusan Aki Lagah itu. " Sudikah Tikmah tu menerima, kalau aku minta dia? " bimbang juga Aki Lagah sekiranya janda berkenaan menolak lamarannya. Malu juga Aki Lagah sekiranya Tikmah menolak disebabkan belum pernah lamaran dia ditolak oleh sesiapa pun. Setelah beberapa kali menduda, memang hampir 20 kali juga Aki Lagah berkahwin lain sekali pun jodohnya tidaklah berpanjangan. Tetapi anaknya tidaklah ramai sangat setelah beberapa kali berkahwin. Tersenyum Mat Senik apabila Aki Lagah sengaja merendahkan diri tatkala berhasrat mahu meminang Tikmah. Tahu sangat dia mengenai kebolehan Aki Lagah apabila hatinya mula terpikat dengan seorang perempuan dimana - mana pun. Kadangkala diketuknya sahaja jari pada bendul, nescaya perempuan

berkenaan akan mengerling ke arahnya. Asal sahaja perempuan itu melirik senyum, nescaya Aki Lagah sudah dapat membaca isi hatinya. Masakan Tikmah mahu membantah sekiranya Aki Lagah sudah membuka mulut mahu melamarnya. memang Mat Senik tahu mengenai minyak senyonyong yang disimpan oleh Aki Lagah akan diasap dengan kemenyan apabila dia terpikat dengan anak gadis sekali pun. Tatkala botol minyak diasap dengan kemenyan, dia akan bacakan sebanyak 7 kali : " Hai insan wahdi insan, hai wahdi mani maknikam, aku tahu asal kau jadi si anu, rusuk kiriku asal kau jadi, masuk kau ke batang tubuh aku, kembali kepada si anu, berkat huuu.... ". Sekiranya minyak di dalam botol berbuih bagaikan dipusar angin, Aki Lagah tahu jiwa perempuan berkenaan tengah bergelora. KetIka ini dia akan menepuk bantal 3 kali, kemudian akan dilambungkan ke udara 7 kali berturut - turut. Dia akan memerhatikan bantal berkenaan jatuh, sama ada menjunam atau tidak berpusing langsung. Memang Aki Lagah dapat mengagak perempuan yang dipikat akan segera menjengah datang sekiranya bantal berkenaan jatuh menjunam. Apabila bantal yang ditepuk tidak memberikan kesan, dia akan gosokkan minyak senyonyong pada alis mata hingga pada atas bibir. Dia akan membayangkan perempuan berkenaan datang menjelma di depannya hingga jelas tercegat di situ. Kemudian dia akan memicit lambungan rusuk sebelah kiri lantas menyeru : " Aku tahu asal kau jadi, wahni wahdi mani maknikam asal kau jadi, masuk kau ke lambungan kiri aku, di situ tempat asal kau jadi, berkat huuu.... ". Aki Lagah akan menunggu hingga terasa pada rusuknya senak bagaikan tersengkang ditampan kayu yang mencodak. Setelah ditepuk sebanyak 3 kali, nescaya rasa senak itu akan hilang secara serta merta. ketika ini dia tahu perempuan berkenaan tidak akan mampu bertahan menunggu waktu pagi cerah. Bila - bila sahaja perempuan berkenaan akan terjun ke tanah menyerbu ke rumah Aki Lagah. " Orang macam aki, takkan Tikmah menolak? " terkekeh - kekeh Mat Senik ketawa mengusik orang tua itu apabila dia bimbang sangat Tikmah akan menolak lamarannya. Apa lagi Mat Senik sendiri yang diharapkan oleh Aki Lagah untuk merisik ke rumah keluarga Tikmah. " Belum tahu lagi, Senik " ujar Aki Lagah sambil tersenyum apabila kenang bukan mudah mahu memujuk perempuan itu. " Ah, Aki jangan nak sembunyikan kuku pula! " sengaja Mat Senik mengejek. " Uda Salbiah dulu pun Aki boleh dapat " tuturnya sambil mencebekkan bibir apabila kenangkan bagaimana orang tua itu boleh memikat Uda Salbiah. Siapa yang akan berani mengusik Uda Salbiah kalau melintas tatkala berjalan turun ke sawah? Cubalah mengganggu Uda Salbiah, tentu akan diserbu oleh ayahnya Wak Gabah! Asal sahaja Wak Gabah mendengar anak gadisnya telah diusik, nescaya dia akan menghunuskan parang. Lantas sahaja Wak Gabah akan mencekak leher dengan mata parang menghiris telinga. Memang Uda Salbiah mempunyai rupa paras yang memikat hati ramai orang lelaki yang menyebabkan dia lah yang satu - satunya menjadi tumpuan di dalam kampung. Bukan sahaja rupa paras yang cantik, Uda Salbiah juga ramah asal sahaja bersua muka. Tetapi tidak ada sesiapa pun yang berani mengusiknya apabila kenangkan Wak Gabah dengan misainya yang melentik itu.

Tidak ada sesiapa pun yang berani menentang muka Wak Gabah apabila dia sudah membentak marah. Seisi kampung telah melihat sendiri bagaimana kejadian Usup Tibai cuba menunjukkan keras kepala dengan menjerkah isteri Wak Gabah disebabkan permatang sawahnya telah terpokah. Tatkala Siah Uban telah memasukkan air ke dalam lopak, memang dia telah memokah permatang di sempadan sawahnya. Siah Uban mengaku dia bersalah kerana tidak meminta kebenaran Usup Tibai terlebih dahulu sebelum memokah permatang tersebut yang menyebabkan sawah Usup Tibai telah kekurangan air. Tetapi Usup Tibai tidak peduli lagi sama ada Siah Uban ada meminta maaf atau tidak. Lantas sahaja dia telah mencekak rambut Siah Uban sekali pun perempuan itu berkali - kali meminta maaf. Memang dia tidak menyangka Usup Tibai akan marah menyinga hingga sebegitu sekali walaupun sekadar permatang sawahnya dipokah lantas menyebabkan anak padi tidak cukup air. Lagi pun bersempadan sawah apa sangat mahu berkira hingga tidak boleh terlebih kurang langsung! Tersinggung sangat Usup Tibai apabila permatang sawahnya dipokah Siah Uban seolah - olah mahu mencabar dirinya. Mentang mentang lah seisi kampung tidak berani mengangkat muka di depan Wak Gabah, sengaja pula Siah Uban mahu memperolok - olokkan dirinya. " Kita bersempadan sawah, eloklah bertolak ansur, Sup " pujuk Mat Tera apabila melihat sepupunya berkeras sangat mahu menunjukkan keras kepala sampai mencekak rambut Siah Uban . " Tolak ansur apa? Kalau nak pijak kepala aku! " sahut Usup Tibai yang tidak dapat menahan sabar lagi. " Siapa pijak kepala engkau? ".... Tiba - tiba sahaja Usup Tibai merasakan pipinya telah ditampar keras. Dia tercampak ke tepi permatang lantas kepalanya pun dipijak. Dia pun menyedari bahawa kepalanya telah dipijak oleh Wak Gabah hingga mukanya tertumus ke lumpur. Hairan juga Mat Tera bagaimana tiba - tiba sahaja Wak Gabah terjongol di situ. Siapa pun tidak dapat menyedari bagaimana kelibat Wak Gabah terpacul sekali gus pada masa isterinya dicekak rambut oleh Usup Tibai. Apa lagi, sebaik sahaja Usup Tibai bangun segera sahaja dia menghunuskan parang di pinggang. Dia pun menetak Wak Gabah hingga mata parang pun singgah pada lengan. Tetapi mata parang Usup Tibai menggelebek sampai sumbing mata laksana ditetakkan pada besi yang melintang. Kalau tidak disebabkan Aki Lagah yang memujuk, belum tentu lagi Wak Gabah akan mahu mengalah. Mahu sahaja dia mencekak leher Usup Tibai setelah lelaki itu berkeras sangat mahu mencederakan dirinya. Masakan Usup Tibai tidak tahu bahawa buaya yang berada di tengah arus pun lari berdecau decau asal sahaja Wak Gabah terjun ke dalam air. Asal sahaja dapat dicekak ekor buaya itu, nescaya akan diheretnya naik ke tebing macam menarik aur songsang di tengah belukar. Buaya yang diheret naik itu sekadar menepuk - nepuk air dengan tidak melawan apa - apa. Kalau buaya di tengah arus pun tidak berani menunjukkan bisa taring, kenapa Usup Tibai sengaja mahu berkeras melawan? Dia seolah - olah sengaja mahu mencari geruh apabila berani mencekak rambut Siah Uban disebabkan semata - mata permatang sawah di sempadan terpokah. Lagi pun Siah Uban tu adalah sepupunya yang tidak sepatutnya dilawan berkasar. Tapi tiba - tiba sahaja hati Usup Tibai memberang tidak menentu tatkala melihat anak padinya di tengah lopak tidak mempunayi air yang cukup. Sebab itulah dia menyerbu Siah Uban semasa perempuan itu sedang terbongkok - bongkok mencebak rumput di tepi permatang.

" Sabar Wak, buat apa lawan dengan Usup Tibai? " satu - satunya yang berani memujuk Wak Gabah yang tengah memberang itu memang Aki Lagah sahaja. " Dia nak tunjuk keras kepala dengan aku!! " bentak Wak Gabah yang masih tidak puas hati dengan sikap sepupu isterinya itu. " Ah, Usup Tibai ni Wak terikat tangan pun dia tak boleh lawan " sengaja Aki Lagah mengusik biar lelaki itu mengendur. Tersenyum Wak Gabah apabila Aki Lagah bandingkan dirinya tidak setanding dengan Usup Tibai. Kalau Aki Lagah tidak ungkit pun, seisi kampung sudah tahu masakan Usup Tibai boleh mengalahkan Wak Gabah. Bukan takat boleh cekak buaya yang di tengah arus sahaja, malah ditimpa pokok 5 - 6 pemeluk pun Wak Gabah tidak mengalami kecederaan apa - apa. Sebab itu seisi kampung tidak berani mengangkatkan muka sekiranya Wak Gabah sudah membentak marah. Tetapi dia tidak akan berkeras apabila Aki Lagah yang memujuknya. Mudah sahaja dia akan mengalah asal sahaja sudah bertentangan mata dengan Aki Lagah. Dalam masa mereka di kampung tidak berani mengusik Uda Salbiah, dia satu - satunya yang memberanikan diri datang melamar. Wak Gabah sendiri tidak membantah apa - apa sebaik sahaj Aki Lagah sudah masuk meminang. Memang Mat Senik tahu sangat rahsia disebalik keberanian Aki Lagah. Asal sahaja dia sudah menyapukan minyak senyonyong pada alis matanya, nescaya harimau yang garang di tengah hutan juga akan menjadi lemah tidak bertenaga. Tentu harimau berkenaan tidak akan dapat melompat menerkam ke arahnya sampai mengerkah tengkuk. Apa sangatlah dengan Wak Gabah tengah memberang jikalau dibandingkan dengan harimau mengaum garang yang mahu menerkam mangsa. Mat Senik sendiri melihat Aki Lagah tidak berundur tatkala terserempak dengan harimau di tengah hutan. semasa mereka berjalan masuk ke hutan mencari rotan sengaja Aki Lagah yang berjalan di hadapan. Memang mereka berdua bersama - sama ke hutan sekiranya mencari rotan. Tambahan pula Aki Lagah akan mencari akar kayu untuk dibuat ramuan ubat. Kadangkala orang - orang kampung akan meminta Aki Lagah mencarikan ubat akar kayu disebabkan mujarab sangat diminum perempuan yang baru lepas bersalin. Sewaktu melalui lorong yang dikelilingi pohon renek, tiba - tiba sahaja harimau belang muncul menjongolkan kepala. Cepat - cepat pula Mat Senik berundur mahu mencari pokok untuk berlindung. tetapi dia terpegun apabila Aki Lagah terus tercegat tidak bergerak sebaik sahaja berhadapan dengan harimau berkenaan. " Hei orang tua, pergilah cari makan tempat lain! " ujar Aki Lagah yang masih tidak berganjak sambil merenung harimau tersebut yang mara ke arahnya. Lama harimau tersebut mencakar - cakar tanah, kemudian terus menghambur ke tengah belukar. Memang Mat Senik nampak harimau berkenaan seolah - olah tidak mampu mahu menerkam Aki Lagah. Sebab itu Mat Senik tahu Aki Lagah tidak akan diterkam oleh harimau asal sahaja minyak senyonyong sudah disapu ke mukanya. Bila - bila sahaja harimau garang akan tunduk tidak membuka taring jikalau sudah berdepan dengan Aki Lagah.

Perkara minyak senyonyong itu tidak sama dengan minyak dagu kerana Aki Lagah akan tampung didalam tempurung setelah masak santan nyiur hijau. Dia sanggup memanjat pokok kelapa hijau pada tengah malam lalu memetik buah dan digantungkan pada lehernya supaya tidak jatuh terhempas ke tanah. Setelah diparut, dia akan perah santan lalu dibuat minyak. 7 jenis bunga berbau harum akan dijadikan ramuan dengan 7 helai akar serai bunga. Dia akan tapakan ramuan itu 7 malam di atas bumbung rumah biar dihurung oleh serangga atau pun burung. Aki Lagah akan hayunkan limau pada asap kemenyan dengan dibungkus kain putih yang diikat dengan benang 7 warna semasa minyak berkenaan ditapakan sampai 7 malam. Dia tahu minyak berkenaan akan dijengah oleh 7 puteri yang turun dari udara. Tatkala 7 puteri ini melayang turun, lembaga besar belakang berbonggol akan datang mengganggu. Apabila dia hentakkan kakinya ke tanah, sekali gus kawasan berkenaan akan menjadi gelap seperti diserkup dengan hutan buluh yang luas. Tetapi 7 puteri ini tidak akan mengalah sebaik sahaja sudah tercium bau 7 jenis bunga yang ditapa oleh Aki Lagah pada bumbung rumah itu. Lantas puteri 7 akan kibaskan kain layang yang dipakainya lalu menyebabkan hutan buluh itu musnah terbakar dijilat api. Marah benar lembaga bertubuh besar itu apabila api telah mengancamnya dari segenap penjuru. Lembaga bertubuh besar itu pun tertunduk malu sebaik sahaja puteri 7 akan ungkitkan pasal dirinya yang disumpah hingga menjelma dengan belakang berbonggol. Kalau tidak disebabkan dia gunakan minyak dagu untuk memikat perempuan, memang puteri 7 tidak akan menyumpah sedemikian. Tahu sangat puteri 7 bagaimana lelaki berkenaan sengaja menunggu berita kematian gadis sunti, kemudian beliau akan menggali kuburnya pada waktu tengah malam. Sanggup sahaja dia melangkah ke kawasan tanah perkuburan dengan membuang semua pakaiannya. biarlah angin kencang bersama petir berdentam, lelaki itu tetap berkeras meranduk kegelapan malam. terus sahaja dia menggali kubur gadis sunti itu yang baru sahaja dikebumikan pada siang harinya. Sebaik sahaja mayat gadis sunti di dalam liang lahad tu ditarik keluar, dia akan membakar dagu mayat itu dengan api lilin sehingga minyak mula menitik. segera ditadah dengan tempurung minyak yang mengalir pada dagu mayat itu. Ketika ini lelaki berkenaan akan mendegar jeritan kesakitan sayup - sayup di udara, tetapi dia tetap berdegil. Dia tetap bertahan sekali pun lembaga besar muncul menjelma di depannya. Tersengih - sengih lembaga besar itu tatkala melihat lelaki berkenaan melayur dagu mayat tersebut semata - mata mahu mendapatkan minyaknya. Setelah siap dilayur, dia akan memasukkan kembali mayat berkenaan ke dalam liang lahad. memang lembaga bertubuh besar itu akan menjilat minyak dagu yang ditadah di dalam tempurung itu. Tetapi minyak senyonyong Aki Lagah tidak sama dengan minyak dagu berkenaan. Apabila lelaki itu disumpah menjadi lembaga besar dengan belakang berbonggol, ia sentiasa memusuhi puteri 7. " Kamu nak perdaya orang dengan minyak dagu!! " puteri 7 mengejek lembaga bertubuh besar yang bersatu dengan lelaki berkenaan. " Apa kurangnya kamu nak perdaya orang dengan minyak senyonyong!! " lembaga bertubuh besar itu pulak berkata sambil mencemikkan muka.

" Tapi, kami tidak menyuruh orang menggali mayat! " sahut puteri 7 mempertahankan amalan minyak senyonyong berkenaan. " Minyak kamu ditapa dulu di atas bumbung rumah " terus sahaja lembaga bertubuh besar itu mengejek puteri 7. " Kami tak menyusahkan orang, kalau mereka tak salah gunakan! " beritahu puteri 7 mengenai amalan minyak senyonyong yang ditapakan di atas bumbung rumah itu. Tetapi Aki Lagah tidak akan membiarkan lembaga bertubuh besar itu mendekati dirinya disebabkan mahu mencuri botol minyak senyonyong berkenaan. Sebab itulah dia menyeru puteri 7 supaya sentiiasa mengawasi minyak senyonyong yang disimpannya itu. Bau harum minyak senyonyong akan menjadi lebih semerbak setiap kali puteri 7 menjelma sambil membawakan 7 jenis bunga yang berbau wangi. Setiap kali turun dari rumah, Aki Lagah akan tuangkan minyak berkenaan pada jari manis kemudian akan disapukan pada alis mata. Jikalau beliau bercakap dengan sesiapa pun lantas minyak itu akan disapukan pada bibirnya. Bila - bila sahaja tutur katanya akan sentiasa dituruti orang selepas menggunakana amalan minyak senyonyong itu. Sebab itu puteri 7 telah mengingatkannya supaya tidak menyalahgunakan minyak berkenaan hingga boleh memudaratkan orang lain. Memang Aki Lagah patuhi mengenai amalan berkenaan tatkala puteri 7 menjelma disisinya. Jikalau harimau garang mahu menerkam, cukuplah sahaja dia mengisarkan tumit ke tanah nescaya harimau gagah itu akan menjadi lemah tidak bertenaga. Sekiranya tidak dipulihkan nescaya berbulan - bulan harimau tersebut tidak akan mampu mengerkah mangsa hingga kebuluran tidak boleh menjamah makanan. Lama kelamaan harimau tersebut akan terkejang mati akibat tidak dapat menjamah makanan. Sebab itu Aki Lagah mesti pulihkan semula bisa taring harimau tersebut setelah binatang itu melompat lari meninggalkan dirinya. Dia mesti kuis tanah di kaki dengan ibu jari biar bisa taring harimau tersebut pulih semula. Apa lagi dengan Wak Gabah yang tengah membentak marah, setelah dipujuk memang Aki Lagah akan pulihkan semula tenaganya. Kalau Wak Gabah menjadi lemah, lambat laun dia akan melihat Aki Lagah sama macam puteri 7 juga. Nescaya dia akan memburu Aki Lagah macam merayu - rayu di depan puteri 7. Tentu seisi kampung menjadi gempar sekiranya Wak Gabah sudah berubah hati hingga tidak senang duduk akibat kenangkan Aki Lagah. Tahu sangat Aki Lagah mengenai mujarab minyak senyonyong jikalau disalahgunakan. Lainlah kalau berdepan dengan binatang liar di hutan. Binatang berkenaan akan menjadi bingung hingga tidak dapat mencari makanan. Tetapi manusia apabila bingung tidak menentu akan pergi menyerbu ke rumah Aki Lagah. Semasa Aki Lagah mengusik - ngusik Uda Salbiah, memang mudah sangat gadis itu terpikat apabila bertentang mata. Sebaik sahaja Wak Gabah mendapat tahu Aki Lagah memikat anak gadisnya, lantas sahaja hatinya menjadi berang. Apalagi tatkala beliau kenangkan Aki Lagah sudah beristeri dengan anak - anak yang sudah hampir sebaya dengan Uda Salbiah. Lantas sahaja Wak Gabah pun pergi menyerbu ke rumah Aki Lagah dengan menghunuskan parang. Dia akan kelar telinga Aki Lagah kerana berani memikat anak gadisnya. Tetapi Aki Lagah tidak ada di rumah

sewaktu Wak Gabah datang menyerbu. Hanya isteri Aki Lagah yang terkebil - kebil mata di kepala tangga apabila melihat Wak Gabah tercegat di tengah halaman dengan menghunuskan parang di tangan. " Jaga suami kamu tu, Misah ! " jerkah Wak Gabah membentak marah kerana tidak mahu anak gadisnya dimadukan. " Nak jaga macam mana, Wak? " ujar Misah yang serba salah apabila beliau dipersalahkan akibat perbuatan suaminya yang memikat Uda Salbiah. Kalau mahu dikira terluka, memang hatinya sendiri yang menderita dengan perbuatan Aki Lagah itu. Ketika inilah dia terdengar serunai batang padi ditiup mendayu - dayu di tengah sawah. Lantas sahaja Wak Gabah dapat mengagak tentu Aki Lagah lah yang meniup serunai batang padi tersebut. Seisi kampung memang tahu sangat mengenai kemahiran Aki Lagah yang meniup serunai batang padi asal sahaja habis musim menuai. Misah yang sudah bertunang pun sanggup menjadi isteri Aki Lagah sebaik sahaja mendengar bunyi serunai batang padi yang ditiupkan mendayu - dayu. Terpaksa pula dia minta putuskan tunang semata mata terpikat dengan tiupan serunai batang padi Aki Lagah. Sebab itu Wak Gabah dapat mengagak tentu Aki Lagah mahu memikat anak gadisnya Uda Salbiah dengan meniup serunai batang padi juga. Dia tidak akan lepaskan Aki Lagah asal sahaja dapat dicekak lehernya. Telinga lelaki itu akan dikelarnya dengan mata parang supaya sedar mengenai kesilapan sendiri. Kalau sudah beristeri, kenapa mahu memikat anak gadisnya dengan menggunakan serunai batang padi. sia - sia sahaja dia digeruni seisi kampung jikalau beliau tidak dapat menundukkan Aki Lagah. " Lagah, kamu jangan nak tunjuk biadap dengan aku! " bentak Wak Gabah sebaik sahaja beliau menjejakkan kaki ke tengah sawah. Dia nampak Aki Lagah sedang tersandar pada perdu pokok dedali sedang meniup serunai batang padi. Beberapa orang yang sedang tercegat di tengah sawah merasa berdebar hati juga tatkala melihat Wak Gabah sedang mara menghampiri Aki Lagah. Tetapi Aki Lagah tetap tidak mempedulikan apa - apa sambil terus sahaja dia meniup serunai batang padi. Tatkala Wak Gabah menghayunkan mata parang ke sisinya, beliau tetap tidak berganjak. Tiba - tiba sahaja Wak Gabah menjadi terpegun apabila beliau melihat puteri 7 yang sedang meniup serunai batang padi di perdu pokok dedali itu. Ketika ini, Aki Lagah sekadar terbaring bagaikan tengah tidur nyenyak. Sebab itu mata parang yang dipangkas tidak menyinggahi dada Aki Lagah. Seolah - olah Wak Gabah menetak angin sahaja. Lantas puteri 7 memberi isyarat kepada Wak Gabah supaya tidak mengganggu Aki Lagah yang tengah nyenyak tidur itu. Apabila Wak Gabah mahu berundur, dia merasakan bahawa tanah yang dipijaknya menjadi lumpur selut. Kakinya telah terlekat tidak boleh diangkat dari lumpur selut yang mencengkam kuat itu. Saat ini Wak Gabah dapat merasakan bahawa kegagahannya seolah - olah tidak berguna apa - apa tatkala berhadapan dengan puteri 7 yang lemah lembut itu. Hatinya menjadi terharu apabila mendegar bunyi tiupan serunai batang padi yang mendayu - dayu menusuk telinga itu. Cepat - cepat pula Wak Gabah meminta puteri 7 supaya berhenti meniup seruling batang padi berkenaan akibat perasaannya menjadi terharu sangat asal sahaja bunyi tiupan serunai terus mendayu - dayu.

Segera puteri 7 memberi isyarat supaya beliau membangunkan Aki Lagah yang tengah nyenyak tidur itu. Sewaktu Wak Gabah mengejutkan Aki Lagah, mereka yang tercegat di tengah sawah hanya nampak Wak Gabahmenepuk - nepuk bahu Aki Lagah. apabila dia sisipkan semula parangnya ke dalam sarung di pinggang, lantas sahaja Aki Lagah pun berhenti meniup serunai batang padi. Tidak lama selepas kejadian itulah, Aki Lagah pun berkahwin dengan Uda Salbiah. Hairan juga orang kampung disebabkan Wak Gabah tidak membantah apa - apa apabila anak gadisnya berkahwin dengan lelaki yang sudah berumur lebih 40 tahun dalam masa Uda Salbiah baru sahaja berumur 18 tahun. Memang Misah juga tidak melarang suaminya berkahwin lain setelah Wak Gabah juga tidak membantah perkahwinan tersebut. tetapi Mat Senik tahu Aki Lagah memang amalkan amalan minyak senyonyong. sudah beberapa kali Aki Lagah memberitahunya jika inginkan minyak senyonyong tersebut, tetapi Mat Senik tidak pernah terpengaruh. Perkara minyak senyonyong itu tidak sama dengan impian ayahnya yang menghantar dia belajar pondok sehingga sampai ke pattani. Sia - sia sahaja usaha ayahnya yang harapkan dia belajar di pondok kalau beliau terpengaruh dengan minyak senyonyong Aki Lagah tersebut. Apa sangatlah dengan minyak senyonyong kalau segalanya tidak diredhai oleh Allah swt. Apabila Aki Lagah mendesaknya mahu meminang Tikmah, memang Mat Senik bersetuju mahu menjadi orang tengah. Sudah lama dia berkawan dengan Aki Lagah disebabkan sama - sama ke hutan mencari rotan, apalah salahnya dia membantu orang tua itu. Lagi pun dia tahu Aki Lagah mampu melindungi Tikmah, janda muda berkenaan. " Kalau Aki nak meminang Tikmah, jangan gunakan minyak senyonyong! " sengaja Mat Senik mengusik Aki Lagah tetapi jauh di dalam lubuk hatinya memang dia tidak akan membenarkan orang tua itu melakukan sedemikian. " Ah, dah lama aku buang amalan tu " beritahu Aki Lagah yang mengakui bahawa dia sudah pun menyeru puteri 7 lantas menyerahkan semula minyak berkenaan. " Sebab itu Aki bimbang Tikmah menolak peminangan? " tanya Mat Senik sambil mencebikkan bibir. Dia menggangguk perlahan, tetapi beliau mengesatkkan pelupuk matanya apabila Mat Senik memberitahu bahawa jodoh pertemuan dan ajal maut adalah ditentukan oleh Allah. Terasa juga malu Aki Lagah apabila beliau terpikat kepada perempuan muda seperti Tikmah dalam masa usianya sudah mencecah 90 tahun. Kalau dia tidak amalkan minyak senyonyong pun, tentu seisi kampung tetap akan menuduh dia menggunakan minyak berkenaan untuk memikat Tikmah. Masakan orang boleh percaya bahawa Tikmah menerima lamarannya jikalau tidak dikenakan dengan minyak senyonyong. Sewaktu Mat Senik merisik Tikmah, dia sentiasa berdoa agar lamarannya tidak ditolak. Bimbang juga dia sekiranya Tikmah akan menyindirnya disebabkan mahu menjodohkannya dengan lelaki tua seperti Aki Lagah. Disebabkan itulah Mat Senik membacakan : ' yuhibbu nahum kahubbillahi wallazina amanu asyaddu hubbanlillahi, zuiyyina linnasi hubbusysyahawati minannisa -i walbanina wal-qona thiril muqontharathi " . Memang serba salah juga Mat Senik mahu uruskan lamaran Aki Lagah kerana bimbang dia akan dituduh sebagai bersubahat dengan lelaki tua yang dianggap miang itu, tetapi dia tahu niat Aki Lagah memang

baik. Kalau Aki Lagah memilih perempuan yang sudah berumur sebagai isteri, tentu mereka akan sama sama uzur. Jadi, sia - sia sajalah Aki Lagah berkahwin apabila isterinya terlalu uzur untuk menjaga dirinya. Tentu Aki Lagah amat mengharapkan Tikmah agar dapat menjaganya apabila dalam keadaan uzur nanti. Setidak - tidaknya dia mempunyai tanah kebun yang cukup setakat untuk menyara Tikmah seorang. Kalau pun dia menutup mata, Aki Lagah sudah bersedia untuk menyerahkan tanah kebun dan sawah kepada Tikmah yang bersusah payah menjaganya. Sebab itulah Mat Senik sanggup membantu agar Aki Lagah dapat berkahwin dengan Tikmah. Semasa seisi kampung gempar akan hal Mat Senik ditimpa dengan runtuhan kayu, memang Tikmah melihat Aki Lagah sentiasa dalam keadaan resah. Berkali - kali Aki Lagah menggertapkan bibir seakan akan mahu melepaskan Mat Senik yang sedang terhimpit itu. Tetapi suara Aki Lagah hanya tenggelam jauh dikerengkungnya. Sekali sekala Tikmah mendengar suaminya semacam mencabar lembaga yang bertubuh besar itu berdepan dengannya sambil melepaskan semula Mat Senik. " Aki semacam meracau - racau marahkan lembaga bertubuh besar, ustaz " ujar Tikmah menjelaskan tatkala saya sama - sama mengunjungi Mat Senik. " masa itulah Aki menyuruh lembaga besar itu supaya melepaskan Abang Senik " tutur Tikmah yang tetap kenangkan kejadian semasa Mat Senik sudah dikatakan meninggal dunia itu. Dalam masa Aki Lagah merungut - rungut itulah, Tikmah telah pergi memberitahu kepada jiran - jiran. Ketika itu kebanyakkan jiran - jiran sedang berkumpul di rumah Mat Senik mahu menguruskan pengebumiannya. Sebaik sahaja seisi kampung sudah diberitahu mengenai Mat Senik yang sudah terbujur mati itu tiba - tiba bingkas bangun, mereka yang sedang membacakan surah yassin mengadap Aki Lagah mendapati orang tua itu sudah menutupkan matanya rapat - rapat.

24. TOK AWANG NGAH - KUBUR HILANG DITENGAH HUTAN


Semasa nahas berlaku apabila dilanggar sebuah motorsikal tatkala mahu melintas jalan mahu ke masjid untuk solat maghrib, memang tidak ada sesiapa pun yang nempak Andak Bucin dirempuh. Lama dia terbaring di tepi jalan, barulah Lebai Minin terserempak dengan kawannya itu yang berlumuran darah dalam keadaan tidak sedar apa - apa. Tidak sempat hendak di bawa ke hospital, Andak Bucin sudah meninggal dunia di atas ribaan Lebai Minin. Memang tidak ada sesiapa pun yang nampak motorsikal merempuh Andak Bucin , tetapi masakan penunggang motorsikal berkenaan tidak jatuh tersungkur ke jalan aspal? Kalau mahu dituduh dirempuh dengan kereta, Jeman Tengkak tidak dengar pun bunyi kereta melintas di depan masjid. Jeman Tengkak yang sampai lebih awal di masjid sebelum masuk waktu maghrib, tahu memang terdengar bunyi motorsikal melintas. Dia tidak peduli sangat bunyi motorsikal memecut laju di jalan kecil tengah kampung kerana sudah menjadi kebiasaan anak - anak muda untuk tidak hiraukan keselamatan masing - masing. Kalau mahu dikira anak - anak muda yang menunggang motorsikal di dalam kampung, hanya beberapa orang sahaja yang memilikinya. Leman Sogok yang gila - gila memecut motorsikal tidak cedera apa - apa sewaktu jejakkan kakinya ke masjid. masakan dia yang merempuh Andak Bucin ? Mereka yang mempunyai motorsikal di kampung berkenaan memang tidak terbabit dalam nahas yang menyebabkan Andak Bucin meninggal dunia. Bukan mudah mahu mencari di seluruh ceruk di Hulu Perak sesiapa yang jatuh tersungkur menunggang motorsikal hingga merempuh Andak Bucin . Sebab itu mereka tidak peduli sangat siapa yang bertanggung jawab menyebabkan Andak Bucin meninggal dunia. Sebaik sahaja keluarga Andak Bucin menelefon ke rumah Haji Basar memberitahu mengenai nahas yang menimpa, Haji Basar sudah ke luar negara bersama Hajah Rusijah . Lantas Lebai Minin mengingatkan supaya dikebumikan juga Andak Bucin dengan tidak perlu menunggu anaknya Hajah Rusijah . Setelah 2 minggu Andak Bucin dikebumikan, barulah Haji Basar bersama Hajah Rusijah diberitahu mengenai nahas yang menimpa Andak Bucin . Kesal juga Haji Basar apabila kenangkan sukar sangat orang - orang kampung mahu dapatkan kereta jenazah untuk membawa jenazah Andak Bucin balik dari hospital. Terpaksalah Lebai Minin menyewa kereta bersama orang - orang kampung untuk membawa balik jenazah. Tetapi Haji Basar pendamkan rasa kesal itu jauh di lubuk hatinya. Sampai bila pun dia tidak akan lupakan fasal bapa mentuanya sanggup bercekang mata bangun di tengah malam, setelah diberitahu perniagaannya tidak mencapai apa - apa kejayaan. Setelah Andak Bucin berturut - turut bangun di tengah malam bersolat tahajud, lantas dia memberikan sebuah botol minyak sebesar ibu jari. " Minyak ini tak ada kuasa apa - apa " jelas Andak Bucin tatkala dia menyerahkan minyak berkenaan kepada menantunya. " Tapi eloklah disapukan pada alis mata apabila nak kemana - mana masa uruskan perniagaan ". Dia ingatkan Haji Basar supaya rahsiakan pada sesiapa pun mengenai minyak berkenaan. Memang Andak Bucin akan titikkan minyak berkenaan ke dalam air, apabila sesiapa pun mintakan mandi bunga. siapa lagi mereka harapkan di kampung berkenaan tatkala anak gadis lambat berkahwin

kalau bukannya Andak Bucin ? Asal sahaja Andak Bucin mandikan bunga tengah malam, nescaya tidak sampai sebulan gadis berkenaan akan dipinang orang. Sebab itu Hajah Rusijah tahu sangat jenis minyak wangi ayahnya gunakan semasa mandi bunga tengah malam. Setelah dikumpulkan 7 jenis bunga berbau harum, Andak Bucin akan campakkan bunga itu pada air di dalam timba. ketika itu dia akan curahkan minyak wangi yang sudah dipesankan beli sahaja dimana - mana. Tentu Hajah Rusijah tidak tahu apabila arwah ayahnya titikkan minyak senyonyong berkenaan di dalam timba tersebut. Siapa sahaja yang mintakan dia untuk mandi bunga hanya sekadar menyangka bau harum tersebut disebabkan oleh minyak wangi yang mereka bawa bersama itu. Sebaik sahaja dijirus air bunga tersebut ke badan, sekali gus terasa sejuk laksana air jeram yang memercik ke batu. Mereka tahu air yang di dalam timba itu memang ditadah dari pili sahaja. Bagaimana pula tiba - tiba sahaja berubah kepada sejuk hingga menusuk ke tulang hitam tatkala dijirus oleh Andak Bucin ke tubuh. Siapa pun tidak akan bertanya apa - apa kepada Andak Bucin disebabkan mereka bimbang akan melanggar pantang larang tatkala melakukan upacara mandi bunga itu. Memang Andak Bucin sudah ingatkan supaya bertahan jikalau terasa sebarang perubahan pada diri semasa dimandikan air bunga tersebut. Kadang kala terasa badan sakit - sakit hingga sengal sendi sebaik sahaja dijiruskan air berkenaan. Manalah tahu seluruh badan akan menjadi gatal tergaru - garu tidak menentu. Malah masing - masing akan mengalami sendiri perubahan sedemikian yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. " Jangan kamu ingat minyak ini berkuasa sangat! " Andak Bucin tidak mahu Haji Basar harapkan sangat kepada minyak yang dibekalan kepadanya setelah menantunya itu merungut perniagaannya menjadi tidak menentu. Tidak sampai setahun Haji Basar diberikan botol minyak sebesar ibu jari itu, dia merasa mudah sangat uruskan perniagannya. Apa sahaja yang diharapkan, semuanya akan mengikut jadual sehingga jika Haji Basar tidak berbuat apa - apa pun, sentiasa ada sumber perniagannya. Sebab itu dia tetap kenang usaha bapa mentuanya hingga mencapai kejayaan besar di dalam perniagaan. Andak Bucin memang tidak pernah memberitahu Haji Basar dan keluarganya mengenai dia ke hutan bersama Lebai Minin lalu terserempak dengan rumpun serai bunga yang tumbuh di kawasan padang lalang. Segera dibongkarnya akar lalu dibawa balik ke rumah. Dia pun tanamkan rumpun serai bunga itu di hujung halaman biar tumbuh merimbun di situ. Tetapi Lebai Minin tidak pedulikan apa - apa tatkala Andak Bucin membongkarkan akar rumpun serai itu. Biarlah Andak Bucin bawa balik rumpun serai bunga itu lalu ditanam di hujung halaman, asalkan sahaja dia tidak menyimpan harapan tinggi di dalam jiwanya mahukan hikmat dan kesaktian. Serai bunga berkenaan sama juga dengan tumbuh - tumbuhan yang lain yang tumbuh dengan izin Allah. Apa sangatlah diharapkan dengan serai bunga yang boleh memberikan kesaktian. Lebai Minin tahu mengenai Andak Bucin hanya sekadar gemarkan mengumpul barang - barang ganjil jika ditemui di tengah hutan belantara. Pokok senduduk berbunga putih pun Andak Bucin cabutkan perdunya lalu ditanam di dalam pasu di belakang rumahnya. Apa lagi jika dia menemui buluh tumpat atau rotan songsang ruas, memang dibawanya balik ke rumah.

Sebab itu Lebai Minin ingatkan dia yang tumbuh - tumbuhan demikian tidak mempunyai apa - apa kesaktian luar biasa pun. Sekadar untuk disimpan sebagai kegemaran sahaja memang Lebai Minin tidak akan melarang kawannya itu. Biarlah Andak Bucin mahu mengutip apa pun yang ditemuinya di hutan kalau takat menjadi kegemaran semata - mata. Lama serai bunga itu tumbuh merimbun di hujung halaman, tiba - tiba sahaja Andak Bucin tercium bau harum bagaikan bunga rampai diletakkan di sanggul. Memang dia menyangka tentu isterinya, Uda Setiyah selitkan daun pandan di celah sanggul biar berbau harum. Tetapi bau harum itu semakin semerbak tatkala tengah malam hingga santak ke subuh. Takat daun pandan diselit Uda Setiyah di celah sanggul, bau wanginya tidaklah semerbak macam ambar kasturi. Lagi pun Andak Bucin tahu perbezaan bau daun pandan kering dengan harum bunga - bunga kembang malam. Lantas dia mengagak tentu bunga serainya yang berbau harum sedemikian. Keresahan Andak Bucin bukan disebabkan oleh bau harum yang semerbak setiap malam, tapi masalah rezekinya yang bagaikan tersekat tidak mencurah datang. Mahu bertukang rumah pun tidak ada siapa pun yang harapkannya. Kalau menebang tebas belukar, ramai lagi anak - anak muda yang sanggup mengambil upah pada mereka yang mempunyai kebun itu. Memang Andak Bucin merasakan kesempitan wang hinggakan beliau hanya harapkan Uda Setiyah anyamkan tikar lalu jualkan dimana mana. Sebab itu pada setiap malam Andak Bucin memang sukar sangat mahu melelapkan mata bila kenangkan kesempitan kewangan yang menghimpitnya. Tatkala terkebil - kebil mata tengah malam itulah, dia diganggu bau harum berwarwar asal sahaja angin memuput perlahan. Disebabkan tidak mahu terus lelapkan mata, lantas sahaja Andak Bucin turun ke tengah halaman. Setidak - tidaknya boleh juga beliau menyedut angin segar tengah malam yang mengelus perlahan itu. Ketika Andak Bucin tercegat di tengah halaman itulah dia melihat rumpun serai bunga berombak ombak dirempuh angin malam. Bau harum semakin semerbak apabila beliau melihat kain kuning bagaikan tersangkut pada rumpun serai berkenaan. Tatkala beliau mendekati rumpun serai berkenaan, berdebar hati Andak Bucin apabila beliau ternampak lelaki tua berjanggut putih sampai ke dada tercegat di situ dengan memakai jubah kuning. Lantas sahaja lelaki berkenaan memberikan salam. Serba salah Andak Bucin mahu menjawab tetapi beliau sekadar menyahut di dalam hati sahaja. Memang bau harum yang tercium itu berpunca dari jubah kuning orang tua itu apabila dipuput angin. Segera Andak Bucin bacakan surah al fatihah 3 kali diikuti dengan ayatul kursi. Tetapi lelaki itu hanya tersenyum lantas mengangkat tangan menggamit Andak Bucin supaya mendekatinya. Memang Andak Bucin melihat kaki lelaki berkenaan bagaikan bersatu dengan rumpun serai bunga berkenaan seolah - olah dia tidak dapat bergerak kemana - mana. Sebab itulah Andak Bucin gagahi juga mendekati rumpun serai bunga berkenaan. Dia tidak bimbang apa - apa selagi mengingatkan pesan Lebai Minin bahawa tidak ada makhluk yang berkuasa selain daripada Allah. Sebaik sahaja beliau mendekati lembaga berjubah kuning itu, segera Andak Bucin membacakan : " wa'indahu mafatihol-ghaibi laya'lamuha illa-huwa, waya-lamu mafilbarri wal-bahri, wamatasquthu minw waraqotin illa ya'lamuha wala hobbatin fi-zulumatil ardhi wala rath-bim walaya birin-illa fi-kitabimmubin ".

Tersenyum lembaga berjubah kuning itu tetapi tetap tidak berganjak dari rumpun serai tersebut. Apabila Andak Bucin hentakkan tumit 3 kali ke tanah, dia sekadar memberikan isyarat supaya Andak Bucin tidak memusuhi dirinya. Kemudian dia kibaskan jubahnya hingga terpelanting beberapa ketul kemenyan sebesar ibu jari. " Andak dah jemput kami ke sini, kenapa pula tak suka? " tutur orang tua berjubah kuning itu dengan ramah mesra. " Aku tak kenal siapa awak! " sahut Andak Bucin sambil mengibas - ngibaskan bajunya yang tersandang di bahu itu. Sekali pun angin malam mengelus sejuk, tetapi dia merasakan badannya panas laksana tercegat di bawah silau matahari. " Tak kenal tu, eloklah kita berkenal - kenal " ujarnya perlahan di dalam kesamaran malam di bawah bulan pucat dilindungi awan menipis. " Kalau tujuan jahat, tak payahlah nak kenal! " tegas Andak Bucin memberi amaran kerana tidak mahu terpedaya dengan jelmaan yang mahu memujuknya itu. " Jahat atau baik terletak pada hati sanubari " beritahu orang tua itu lantas memperkenalkan dirinya Tok Kuning yang menanam serai bunga berkenaan di tengah hutan. Manalah Andak Bucin tahu mengenai Tok Kuning yang menanam serai bunga berkenaan hingga tumbuh merimbun di tengah hutan. Bertahun - tahun Tok Kuning tidak diketahui setelah hilang sewaktu berkebun, hinggalah penduduk - penduduk kampung menyedari ada rumpun serai di tengah kebunnya. Asal sahaja rumpun perdu berkenaan dipupuk dengan tanah hitam, penduduk - penduduk kampung percaya Tok Kuning telah datang membersihkan kebunnya. Setiap kali Tok Kuning membersihkan kebun dengan memupuk rumpun serainya, nescaya sawah padi di sekeliling kampung berkenaan akan menhasilkan hasil yang melimpah ruah. Tetapi setelah perkampungan mereka dilanda kemarau hingga tanah sawah menjadi gersang, penduduk - penduduk kampung di situ telah berpindah jauh. Sebab itulah tempat berkenaan menjadi hutan belukar tidak ditempuh sesiapa pun. Mengeluh panjang Andak Bucin tatkala Tok Kuning memberitahu mengenai perkampungan tinggal itu menjadi gersang akibat kemarau berterusan apabila ada orang melanggar pantang larang. Memang Tok Kuning melarang sesiapa pun membakar jerami padi selepas musim menuai setelah bertahun - tahun dia meneroka kawasan berkenaan. Ketika meneroka bersama isterinya, Tok Oyam di kawasan paya di pinggir bukit, tidak ada sesiapa pun yang mahu ikut menebang tebas. Setelah padi Tok Kuning subur menghijau, mereka mula bertumpu ke situ. Tatkala padi masak, mereka akan kagum melihat sawah Tok Kuning akan berkilau kekuningan disilau cahaya matahari lantas berombak - ombak ditiup angin bukit. Tetapi Tok Kuning tidak membantah apa - apa sekiranya orang - orang kampung yang lain bertumpu di kawasan yang diterokainya. Apalah salahnya mereka sama - sama meneroka setelah paya di situ sesuai dijadikan sawah padi. Biarlah dia berseorangan sahaja mencebak tanah membuat parit sampai paya berkenaan boleh dijadikan kawasan menanam padi. Setelah ramai orang bertumpu meneroka di perkampungannya, Tok Kuning terkejut apabila melihat sawah padinya bercahaya laksana api menyala tatkala tengah malam. Bimbang juga padinya telah

diunggun orang disebabkan irihati padinya menjadi sangat. Lantas Tok Kuning pun turun ke sawah dengan tanpa memberitahu kepada isterinya, Tok Oyam . Sebaik sahaja beliau sampai ke tengah sawah, dia terserempak dengan 2 ekor ular sawa yang berkelahi sehingga berbelit - belit. Dia menyuluh ular berkenaan dengan api jamung ditangannya. Disebabkan bimbangkan ular sawa tersebut akan memusnahkan ternakan, cepat - cepat Tok Kuning balik ke rumah lalu mencapai lembingnya yang terselit pada dinding. Dia akan tusukkan mata lembing itu ke kepala ular berkenaan biar mati terkejang. Tatkala Tok Kuning menyerbu semula ke tengah sawah, hanya tinggal seekor sahaja lagi ular sawa yang berlingkar dengan ekor terkotek - kotek. sudah tentu ular berkenaan telah kalah berkelahi hingga tenat tidak boleh bergerak melarikan diri. Berdebar juga hati Tok Kuning kerana bimbangkan ular yang menang berkelahi tadi akan datang menerpa ke arahnya lantas membelit tidak bertangguh. Cepat - cepat Tok Kuning menyuluh di sekeliling dengan api jamung, tetapi ular yang menang tadi sudah tentu menyusup larikan diri. Dia hanya melihat denai ular tersebut berlorong di tengah rumpun padi hingga berlondar laksana bekas batang kelapa diheret. Ketika dia berbalik semula melihat ular yang kalah tadi, kasihan pula Tok Kuning mahu tusukkan mata lembingnya ke kepala ular tersebut. Memang ular tersebut parah akibat mengalami luka kalah berkelahi. Disebabkan kasihan dengan keadaan ular sawa itu, segera Tok Kuning pupukkan luka - luka di badan ular itu dengan pucuk senduduk yang dikunyah. Hingga santak subuh Tok Kuning barulah Tok Kuning mendapati ular sawa berkenaan mulai mengangkat kepala. " Kalau kau boleh menjalar, larilah dari sini " tutur Tok Kuning seolah - olah ular sawa itu memahami sangat kata - katanya. " nanti jika orang di sini terserempak, tentu kau dibunuhnya " dia ingatkan ular tersebut. Selepas itu Tok Kuning terus balik ke rumah. Tatkala orang - orang kampung turun ke sawah sebaik matahari naik ke sepenggalah, mereka menjadi gempar apabila melihat lopak sawah mereka berlorong seperti batang kelapa diheret. lantas mereka menuduh tentu ular sawa telah mengheret ternakan mereka merempuh sawah padi. Tetapi tiada sesiapa pun yang mengadu mengenai ternakan mereka hilang di dalam reban direntap oleh ular sawa. Sekiranya kambing atau pun ayam ternak yang dibelit, sudah tentu menjadi gempar dengan mengembek atau berkiok sepanjang malam. Apabila diberitahu kepada Tok Kuning mengenai kejadian tersebut, dia sekadar mencebekkan bibir sahaja. Sewaktu dia menjengah tempat ular berkelahi itu, dia mendapati ular sawa yang kalah itu tidak berlingkar lagi di situ. Tok Kuning percaya tentu ular berkenaan sudah menyusup ke mana - mana untuk selamatkan dirinya. Tidak lama selepas kejadian itu, Tok Kuning tidak bimbang apa - apa lagi akan hal gangguan tikus di sawahnya. Dalam masa penduduk - penduduk kampung merungut rumpun padi mereka rosak digigit tikus - tikus, memang sawah Tok Kuning tak diganggu langsung. Terpaksa pula orang - orang kampung membakar sabut di atas permatang setiap petang biar tikus - tikus tidak menyerbu datang. Beberapa kali juga penduduk - penduduk kampung terserempak dengan ular sawa menangkap tikus tikus di atas permatang sawah Tok Kuning tatkala mereka membakar sabut setiap senja. Sebab itu mereka mengagak tentu Tok Kuning memelihara ular sawa berkenaan yang seolah - olah menjaga sawah padi Tok Kuning dari gangguan tikus - tikus.

Ketika Tok Kuning membersihkan parit tali air sewaktu musim turun ke sawah, tiba - tiba sahaja seisi kampung menyedari yang bahawa dia telah hilang. Mulanya mereka hanya ternampak Tok Kuning bersandar pada perdu pokok dedalu sewaktu matahari tengah tegak di atas kepala untuk berehat setelah penat membersihkan parit tali air dengan bergotong royong. Di dalam sekelip mata sahaja Tok Kuning sudah tidak kelihatan di mana - mana. Sebab itulah mereka menyangka tentu Tok Kuning sudah balik ke rumah secara tiba - tiba. Tetapi sehingga santak petang, Tok Oyam memberitahu mereka bahawa Tok Kuning masih belum pulang ke rumah tatkala bergotong royong membersihkan parit tali air. Setelah lama Tok Kuning hilang di perdu pokok dedali di tengah sawah, Tok Oyam telah bermimpi dikunjungi suaminya yang menjelma dengan berpakaian jubah kuning laksana padi tengah masak. Tok Kuning ingatkan dia supaya anak cucunya tidak membakar jerami padi selepas habis musim menuai. Dia juga mengaku tidak dapat lagi menemui Tok Oyam semula setelah mengembara jauh di kawasan bendang yang luas. Tetapi penduduk kampung tidak peduli sangat dengan pantang larang yang telah diberitahu Tok Kuning di dalam mimpi Tok Oyam itu. Apalah sangat mimpi tatkala nyenyak tidur kalau dibandingkan dengan kesukaran mereka mencebak tanah sawah setelah habis musim menuai. Jerami padi harus dibakar juga biar mudah mencebak tatkala air mula masuk ke dalam lopak. Marah juga Tok Oyam apabila mereka tetap berdegil mahu melanggar pantang larang membakar jerami padi di tengah sawah. Sebab itu Tok Oyam ingatkan mereka setiap kali musim turun ke sawah, nescaya hasil padi akan menjadi sekiranya parit tali air mereka mengalir air keruh masuk ke lopak. Tok Oyam tahu memang Tok Kuning yang bersihkan parit tali air berkenaan, sekali pun tiada sesiapa pun yang melihat dia terbongkok - bongkok di situ mencebak tanah. Tok Oyam sekadar cam, air di dalam parit tali air itu akan keruh berkeladak sahaja sebagai tanda Tok Kuning turun bersihkan parit berkenaan. sekiranya air tidak keruh, tahu sangat Tok Oyam memang padi tidak akan menjadi sepanjang tahun berkenaan. kalau tidak dijangkiti penyakit sambar pun, burung ciak atau tikus akan berkeliaran menggetis rumpun padi. mereka semua akan mengeluh panjang akibat padi tidak menjadi itu. Tidak lama selepas kejadian Tok Kuning hilang tatkala bersihkan parit tali air, Tok Oyam bermimpi lagi mengenai rumpun serai bunga telah tumbuh di hujung halaman rumahnya. Sebaik sahaja bangun pagi, segera Tok Oyam menjengah ke hujung halaman. memang terkejut dia apabila melihat rumpun serai bunga segar tumbuh merimbun. Hinggalah Tok Oyam meninggal dunia, rumpun serai bunga itu tetap merimbun tidak diganggu sesiapa pun. Kadang kala anak - anaknya terserempak juga dengan ular sawa berlingkar di tengah belukar rumpun serai berkenaan dengan sisiknya berkilau laksana kaca disilau dengan cahaya matahari. Disebabkan mereka berdegil juga membakar jerami padi, tiba - tiba sahaja musim kemarau yang berterusan telah melanda hingga tanah sawah menjadi gersang. Tumbuh - tumbuhan juga menjadi layu laksana dibakar api yang marak menyala. Setelah tidak lagi boleh bercucuk tanam, lantas sahaja penduduk - penduduk kampung itu berpindah meninggalkan perkampungan yang diteroka oleh Tok Kuning itu. Lama kelamaan perkampungan berkenaan telah terbiar menjadi hutan hingga bertahun - tahun. Tetapi rumpun serai bunga itu tidak lagi ditemui oleh Andak Bucin apabila dia masuk semula ke hutan bersama

dengan Lebai Minin untuk mencari rotan. Puas dia berlegar - legar di kawasan rumpun serai bunga ditemui itu, namun tetap tidak kelihatan apa - apa di situ selain daripada belukar bemban yang tumbuh meliar. Kalaulah dia tidak merentap rumpun serai bunga berkenaan tatkala mula - mula terserempak, nescaya dia tidak akan menemui lagi tumbuhan berkenaan. Tetapi Lebai Minin tidak peduli sangat fasal Andak Bucin yang berbangga sangat dengan rumpun serai bunga yang ditemui di hutan itu. Apa lagi setelah Andak Bucin mengakui pernah terserempak dengan kubur lama di tengah hutan yang berpagar dengan ruyung nibung. Hinggakan nesan yang tercancang juga diperbuat daripada ruyung nibung juga. LAntas Andak Bucin pun menetak anak - anak kayu untuk dijadikan tanda lalu dicancang di situ biar mudah cam tempat kubur lama itu ditemui. Apabila dia mahu tunjukkan kepada Lebai Minin keesokkan harinya, mereka hanya sekadar melihat anak - anak kayu dipangkas yang dicancangkan oleh Andak Bucin . Kubur lama yang berpagar dengan ruyung nibung itu sekadar busut yang ditumbuhi dengan belukar rotan sahaja. " Ah perkara kecil aje fasal andak temui kubur lama tu " ujar Lebai Minin yang tidak berasa hairan apa apa. " Allah jadikan langit tak bertiang, laut tak bergali, matahari memancar di ufuk timur lebih menakjubkan dari kubur yang hilang tu " perlahan dia menjelaskan setelah Andak Bucin merasa hairan dengan kejadian sedemikian. memang Andak Bucin bermimpi juga fasal kubur yang ditemuinya itu memang kubur Tok Kuning . Tetapi Andak Bucin tidaklah peduli sangat dengan mimpi demikian. Hinggalah beliau terserempak dengan jelmaan lelaki berjubah kuning yang mengakui dirinya Tok Kuning berjejak pada rumpun serai bunga di hujung halaman itu. Terkejut juga Andak Bucin apabila Tok Kuning memberitahu yang dirinya juga berketurunan Tok Oyam . Lantas Tok Kuning menyuruh dia tadahkan minyak yang memancut di perdu rumpun serai bunga dengan tempurung. Setelah Tok Kuning hilang bagaikan asap yang ditiup angin, segera Andak Bucin menyuluh ke perdu rumpun serai bunga berkenaan. Tetapi tiada setitik pun minyak yang memancut di situ. Apabila bangun pagi sebaik sahaja matahari naik sepenggalah, segera Andak Bucin jengah semula ke rumpun serai bunga itu. memang hatinya tidak puas kalau tidak melihat apa - apa di situ. Ketika ini barulah dia melihat perdu serai itu berlendir tetapi berbau harum. Setelah dikuis - kuis lendir yang berbuih pada perdu rumpun serai bunga itu, barulah ternampak minyak memancut bagaikan mata air di dasar telaga. Tidak bertangguh Andak Bucin pun tadahkan dengan tempurung, tetapi hanya dapat sekadar beberapa titik sahaja. Lalu dibubuh di dalam botol yang sebesar ibu jari pun sekadar acup dasar sahaja. Disebabkan bau minyak berkenaan harum, lantas sahaja disimpan baik - baik oleh Andak Bucin . Semenjak dia menemui minyak wangi pada perdu serai bunga itulah, terasa sangat pada Andak Bucin rezekinya mencurah masuk. Kalau bertukang rumah pun cepat sahaja orang sudah membuat janji dengannya hingga Andak Bucin serba salah mahu menerima tempahan. " Minyak ini tidak ada kuasa apa - apa " beritahu Andak Bucin tatkala menunjukkan botol minyak senyonyong itu kepada Haji Basar . " Yang pentingnya usaha kita sendiri " dia menjelaskan supaya menantunya tidak bergantung sangat pada minyak berkenaan.

Dia sekadar tadah minyak berkenaan apabila memancut di celah rumpun perdu serai bunga. Kemudian asapkan dengan kemenyan setiap kali bulan mengambang penuh hingga minyak berkenaan penuh sebotol. Apabila bulan menurun nescaya minyak di dalam botol berkenaan juga susut sampai setengah botol. Minyak senyonyong berkenaan yang bukan sahaja membuatkan Andak Bucin merasakan rezekinya bertambah, juga boleh digunakan untuk memikat sesiapa pun. Memang Andak Bucin berkahwin lagi selepas minyak senyonyong itu di tadahkan di dalam tempurung. Selepas minyak berkenaan disimpan baik - baik, tidak ada lagi kelihatan minyak yang memancut pada perdu serai bunga berkenaan. Disebabkan isterinya merasa marah sangat apabila Andak Bucin berkahwin lain, lantas dia mengambil keputusan mahu menebas rumpun serai berkenaan. Isteri Andak Bucin menuduh tentu disebabkan rumpun serai berkenaan, suaminya mudah sahaja memikat perempuan akibat minyak senyonyong yang memancut di situ. Tatkala dia menghayunkan parang panjang, sekali gus matanya bersilau hingga beliau tergamam. Parang di tangannya juga tercampak ke tanah. Sewaktu dia membongkok mahu mencapai parang, tiba - tiba sahaja isteri Andak Bucin ternampak batu berwarna warni berlonggok di perdu serai bunga itu. Apabila dikutip batu - batu berkenaan, isteri Andak Bucin pun jatuh asyik. kemarahannya terhadap Andak Bucin mulai luntur serta - merta. Isteri Andak Bucin mulai berubah. Biarlah Andak Bucin berahwin lain asalkan dia dapat mengutip batu berwarna warni di perdu serai bunga berkenaan. Siapa sahaja yang inginkan batu itu dijadikan batu cincin, bila bila sahaja dia akan jualkan. Isteri Andak Bucin lah satu - satunya yang tahu waktu yang sesuai untuk mengutip batu yang berwarna - warni itu. Kalau takat berniat mahu membolot sendiri, sampai bila pun mereka tidak akan dapat melihat batu berkenaan berlonggok macam pasir berserak. " Kamu simpan lah minyak ini " ujar Andak Bucin ikhlas menyerahkan kepada menantunya, Haji Basar . Sengaja Haji Basar simpan botol minyak berkenaan di dalam kabinet di dipejabatnya, supaya tidak ditemui oleh Hajah Rusijah jika di simpan di rumah. Biarlah isterinya tidak tahu apa - apa mengenai minyak senyonyong itu. Andak Bucin sendiri ingatkannya supaya rahsiakan daripada pengetahuan anak - anaknya yang lain setelah dia serahkan kepada Haji Basar . Apabila dia mengalami masalah kesempitan berniaga, Haji Basar sudah tidak harapkan apa - apa lagi pada minyak berkenaan. Apa sangat minyak senyonyong di dalam botol itu boleh lakukan sekiranya dia sendiri tidak berusaha. Tetapi setelah menemui Ucu Semali, tiba - tiba sahaja dia diganggu dengan kereta jenazah yang bergerak sendiri dengan tidak ada pemandu. Bukan dia sahaja yang mengalami kejadian sedemikian, Ucu Semali juga berturut - turut 3 pagi nampak kereta jenazah di tengah halaman rumahnya. Manalah di kawasan Felda berkenaan pernah ada kereta jenazah melintas. " Macam mana pandangan ustaz dengan kereta jenazah itu? " Haji Basar mendesak setelah Ucu Semali juga berasa hairan dengan kemunculan kereta jenazah berkenaan di halaman rumahnya. " Agaknya arwah Andak Bucin terkilan, kerana tak ada kereta jenazah nak bawa mayatnya balik ke rumah! " lantas sahaja Mat Sutin membuat andaian. Tersengih - sengih sahaja dia menatap muka saya.

" Tapi, saya nampak dinding pejabat Haji Basar bagaikan ada mata air macam tebing telaga " jelas Ucu Semali apabila kenangkan melihat bayangan mengenai keadaan sekitar pejabat Haji Basar . Lama saya beristighfar setelah menyuruh Haji Basar lekapkan tapak tangan kanannya pada dada kiri. Sewaktu dibacakan surah al fatihah sebanyak 41 kali, memang jelmaan Tok Kuning seolah - olah terconggok di sisinya. Memang Haji Basar tidak tahu apa - apa mengenai Tok Kuning , disebabkan arwah bapa mertuanya tetap rahsiakan mengenai kejadian dia terserempak dengan lelaki tua berjubah kuning itu.

25. TOK AWANG NGAH - MANDI AIR 7 KUALA.


Perkara lama terkejang berbulan - bulan hingga ombak dada kencang turun naik tidak sama dengan amalan mahu tenaga gagah. Tentu Kasan Tobek juga tidak berniat mahu tenaganya gagah apabila datuknya Tok Semulih mandikan dia apung semasa masih kecil tatkala terkial - kial berjalan. Bimbang juga datuknya akan lutut cucunya akan terkoyak luka kalau jatuh tersungkur. Sebab itu Kasan Tobek dimandikan amalan apung apabila dijirus air 7 kuala sungai. beberapa kali Kasan Tobek jatuh tersungkur, tidak pernah pun dia mengalami luka kepala lutut. ketika umurnya 10 tahun pun Kasan Tobek tidak berasa sakit apa - apa tatkala jari kakinya ditusuk lidi enau hingga tembus sampai ke sebelah. Sengaja Kasan Tobek tidak cabutkan lidi enau yang melekat ke daging itu kerana merasa terlalu sakit sekiranya disentap. 3 hari Kasan Tobek biarkan sampai daging membusuk barulah lidi enau berkenaan dapat disentap keluar. Memang Kasan Tobek tidak bimbang apa - apa kalau terjatuh dimana - mana setelah datuknya Tok Semulih ingatkan dia mengenai mandi air apung 7 kuala sungai. Sekiranya terluka akibat jatuh tergelincir, Kasan Tobek sekadar pupukkan dengan tasak sarang lelabah melekat pada bumbung atap sahaja. dia juga akan kunyah pucuk senduduk lalu dipupukkan pada luka biar darahnya tidak meleleh berterusan. Tetapi kulit Kasan Tobek tidak sama dengan kawannya, Tapa Lekeh . Cubalah Tapa Lekeh jatuh tersungkur hingga luka kepala lutut, nescaya berminggu - minggu menahan kesakitan. Dipupuk dengan tasak sarang lelabah melekat pada bumbung atap pun, luka Tapa Lekeh tidak akan sembuh serta merta. Bukan Tapa Lekeh sahaja luka tidak sembuh dipupuk dengan tasak, Berahim Tenyeh yang luka kaki disinggahi mata tajak pun sampai berhari - hari jalan berdengkot tidak boleh jejak ke tanah. " Arwah ayah kalau luka, bubuh air liur pun boleh sembuh " ujar Lasah bila kenangkan ayahnya Kasan Tobek yang tidak bimbang apa - apa sekiranya terluka. Tidak lama selepas kematian ayahnya, Lasah datang juga menemui saya memberitahu mengenai tanah di atas kubur ayahnya roboh bagaikan tanah pasir jerlus. Sudah beberapa kali dikambus semula, tetapi tanah berkenaan jerlus juga bagaikan terowong besar ternganga dibawahnya. Memang Lasah tidak percaya tanah kubur ayahnya jerlus hingga tidak boleh dikambus. Dia tahu tanah kubur jerlus itu tidak akan berlubang hingga ternganga sekiranya tidak dikambus dengan tanah lain. Tetapi tanah berkenaan akan terus jerlus apabila dikambus sampai berpungkis - pungkis. " Dah puas saya kambus tapi tanah tu jerlus juga, ustaz! " keluh Lasah rusuh dengan kejadian yang menimpa kubur ayahnya. Tetapi saya sendiri tidak tahu bagaimana mahu membantu. Kalau sudah dikambus berulang kali tanah berkenaan jerlus juga, manalah saya boleh ikhtiarkan cara lain. Memang hairan juga bagaimana tanah kubur boleh jerlus setelah dikambus berpungkis - pungkis. Ke mana pula tanah berkenaan membolos kalau tanah di dasar kubur tidak berlubang ternganga.

Hanya yang boleh saya lakukan sekadar bacakan surah yassin dengan airnya dijirus ke atas tanah kubur. Kemudian menyuruh Lasah kambus semula sampai padat. Kalau jerlus juga hingga merendap, lebih baik dikonkrit sahaja dengan simen. seminggu selepas saya bacakan surah yassin, kubur berkenaan tidak lagi jerlus tanahnya. Selepas bertahan beberapa hari, Lasah merungut lagi disebabkan tanah kubur ayahnya jerlus juga. Bimbang juga kalau tanah jerlus itu akan berlubang hingga sampai ke liang lahad. tentu mayat ayahnya yang sudah reput akan terbongkar keluar kalau tidak dikambus kukuh. Manalah tahu anjing yang berkeliaran akan mengorek tanah kubur apabila dibiarkan terjerlus sedemikian. " Tolonglah ikhtiarkan ustaz! " Lasah merayu dalam perasaan terharu yang menusuk. Mengeluh pendek saya disebabkan tidak tahu bagaimana mahu ikhtiarkan lagi. Tetapi Lasah terlalu mengharapkan saya sekali pun sudah diberitahu saya tidak pernah mengalami kejadian sedemikian. Memang Kasan Tobek pernah beritahu Lasah mengenai kawan datuknya sewaktu dia masih lagi di Paya Kumbuh. Lama ayah kawannya, Rangkayo Bano terkejang setelah mengidap sakit lelah berterusan. Setelah diberitahu oleh Rangkayo Bano mengenai ayahnya, Sibingkong terkejang tidak boleh bergerak bangun lantas Tok Semulih pun datang menjengah. Tersenyum Sibingkong sebaik sahaja melihat Tok Semulih naik ke rumah. Tiba - tiba sahaja Sibingkong terus duduk meminta nasi tatkala Tok Semulih duduk disisinya. Hairan juga Rangkayo Bano disebabkan ayahnya sudah berbulan - bulan terkejang tetapi terus sahaja bingkas bangun apabila dijengah Tok Semulih . Sekali gus pula ayahnya meminta nasi disebabkan terlalu lapar. Tatkala Rangkayo Bano hulurkan hidangan, Sibingkong sekadar menyuapkan nasi sahaja dengan tidak menjamah lauknya. Beberapa kali ditambah nasi, dia masih tetap berselera menyuap. Kemudian dia meratah lauk sampai habis gulai satu belanga. Memang terkejut Rangkayo Bano dengan sikap ayahnya yang terlalu rakus makan sekali pun hidangan yang diberikan kepadanya untuk beberapa orang menjamah makanan. Lantas Tok Semulih bisikkan pada rakannya Rangkayo Bano supaya tidak terpengaruh dengan perubahan diri ayahnya. Tahu sangat Tok Semulih fasal Sibingkong sengaja menumpang tenaga pada dirinya apabila bingkas bangun menjamah makanan. Tatkala Sibingkong menyuap nasi, terasa pada Tok Semulih badannya beberapa kali berkisar bagaikan menahan beban yang terlalu berat. Setelah selasi makan, terus sahaja Sibingkong turun ke tanah berjalan berkeliling rumah. bangga sangat dia dapat berjalan berkeliling setelah lama sangat terkejang tidak boleh bergerak kemana - mana. memang termengah - mengah Tok Semulih menahan beban setelah menyedari Sibingkong menumpang tenaganya ketika itu. Segera Tok Semulih memujuknya supaya naik semula ke rumah. Sebaik sahaja Sibingkong berbaring semula di tempat tidur, tidak bertangguh Tok Semulih kisarkan tumit kakinya ke lantai lalu membacakan : " Allahu yatawaffal anfusahina mau-tiha wallati lam-tamut fi-manamiha fayumsikul lati qoda 'alaihalmau-ta wayursilul ukhro ila-ajalim musammam, inna fi-zalika la-ayatin liqaumiy yatafakkarun ".

Apabila Tok Semulih hentakkan tumit kakinya, tiba - tiba sahaja Sibingkong tergamam bagaikan jatuh terhenyak duduk. terjegil matanya merenung tajam ke arah Tok Semulih seolah - olah kecewa dengan keputusan Tok Semulih. " Kamu nak biarkan aku terkejang macam ni, Semulih ? " gerutu Sibingkong tidak berkedip mata memandang Tok Semulih . " Kalau gagah bangun sendiri, jangan tumpang pada aku! " sahut Tok Semulih keras menyebabkan Rangkayo Bano terkejut. bimbang juga dia kalau kawannya itu memarahi ayahnya apabila tiba - tiba sahaja menjamah nasi hingga habis satu periuk. tidak pernah ayahnya boleh gagahi menyuap nasi kalau tidak di depan Tok Semulih. " Dah lama kamu berkawan dengan Rangkayo Bano, takkan tak boleh aku nak menumpang kamu? " tersengih - sengih Sibingkong macam memujuk lelaki yang tercongok di depannya itu. " Aku tahu kamu bukannya Pak Sibingkong ! " jerkah Tok Semulih lantas memberi isyarat kepada Rangkayo Bano supaya dibuangkan papan lantai sekeping, bumbung atap sekeping dan ditetas anak tangga. " Kamu yang pakai susuk gagah Semulih , bukannya aku " lantas Sibingkong menyindir sebaik sahaja Rangkayo Bano bingkas bangun menuruti apa sahaja yang diberitahu oleh Tok Semulih . " Oh, sebab itu kamu hendak menumpang? " sengaja Tok Semulih mengejeknya apabila Sibingkong ungkit mengenai susuk besi kursani yang ditusukkan pada rusuknya. " Tak patut kalau kamu tak bantu aku, Semulih ! " mendengus marah Sibingkong apabila atap bumbung rumah dibuang sekeping, lantainya diumpil sekeping manakala anak tangga juga ditetas pengikat simpainya hingga tergajai. " Kalau Pak Sibingkong bila - bila aku bantu, tapi kamu setan! " sahut Tok Semulih menggertapkan bibir setelah beliau melihat Pak Sibingkong berbayang - bayang terlindung di sebalik asap hitam yang melabun - labun. Masakan Rangkayo Bano tidak dapat mengagak bagaimana ayahnya tiba - tiba sahaja boleh bingkas bangun hingga turun ke tengah halaman. Kemudian berjalan berkeliling rumah seolah - olah melepaskan rasa kemaruk setelah berbulan - bulan terkejang tidak boleh berjejak kaki. Tetapi Tok Semulih tahu dia sendiri bagaikan memapah Sibingkong turun ke tengah halaman. puas dia cuba menjauhkan diri dari kepulan asap hitam yang menyelubungi diri Sibingkong itu. Namun terasa bagaikan besi berani menyentap dirinya. Hairan juga Tok Semulih apabila lembaga yang bersatu dengan diri Sibingkong dapat menumpang tenaganya untuk turun ke tengah halaman. Lama dia terkial - kial mahu melepaskan diri, barulah Tok Semulih menyedari akan susuk besi kursani yang ditusukkan pada rusuknya. kalau tidak kenang dia mengidap lemah tenaga lelaki, memang Tok Semulih tidak akan tusukkan susuk besi kursani pada rusuknya. Memang Tok Semulih lama terkejang tidak boleh bangun setelah jatuh memanjat pokok kelapa hingga patah pinggangnya.

Terpaksa ayahnya, Malam Sidi hantarkannya ke rumah kawannya Sutan Balah yang jauh terpencil di pinggir hutan. di pondok Sutan Balah yang berdindingkan kulit kepung itu Tok Semulih ditinggalkan, setelah Sutan Balah berikan syarat supaya siapa pun tidak boleh datang menjengah sampai 44 hari. Sewaktu tinggal bersama Sutan Balah , dia sekadar diberi makan umbut sahaja dengan tidak boleh menjamah apa - apa selainnya. disebabkan banyak sangat memakan umbut, memang Tok Semulih bagaikan tidak sedar sangat bagaimana Sutan Balah mengubati pinggangnya yang patah itu setelah terjatuh tatkala memanjat pokok kelapa. Ketika tengah malam, terkejut juga Tok Semulih apabila lampu dipadamkan yang menyebabkan mereka bergelap. Sutan Balah sekadar berzikir sahaja sepanjang malam sebaik sahaja beliau merebahkan badan. Dalam masa Sutan Balah masih berzikir itulah, Tok Semulih mendegar sekawan gajah berkeliaran disekeliling rumah. sekali sekala gajah berkenaan akan sengaja menggeselkan badannya pada dinding tempat Tok Semulih terkejang tidak boleh bergerak itu. Hinggalah Tok Semulih dikejutkan apabila sekawan gajah yang menggesel dinding rumah itu, menghulurkan belalai pada celah dinding. Dia bagai terasakan belalai gajah itu menghidu - hidu pada pinggangnya yang patah itu hingga terasa sengal - sengal sampai ke paha. terpaksa Tok Semulih mendiamkan diri sahaja disebabkan Sutan Balah sudah ingatkan dia supaya tidak ungkit apa - apa asal sahaja mengalami kejadian yang luar biasa. Tidak sampai 44 malam di rumah Sutan Balah, pinggang Tok Semulih mula beransur pulih. dia sudah boleh berpaut pada dinding tatkala berjalan ke pintu. ketika ayahnya Malim Sidi menjengah setelah 44 hari ditinggalkan dipinggir hutan berkenaan, Tok Semulih sudah mampu bertongkat berjalan berdengkot - dengkot mendekati ayahnya. Memang terasa terseksanya Tok Semulih menghadapi ujian getir setelah terjatuh semasa memanjat pokok kelapa itu. Pinggangnya patah sehingga tidak boleh tegakkan badan. dia terkejang tidak boleh bergerak apa - apa bagaikan mayat terbujur di tengah rumah. setelah dibawa berubat pada Sutan Balah , tenaganya kembali pulih apabila 3 malam berturut - turut ditonyoh dengan belalai gajah. Dia sekadar mendengar gajah - gajah berkenaan mendengus di dalam gelap malam sambil menolak nolak pinggangnya dengan belalai. Ketika ini dia tidak melihat Sutan Balah, kecuali kedengaran sayup sayup zikirnya dalam masa Tok Semulih bagaikan tengah bermimpi. Jikalau diheret gajah turun ke tanah dengan belalainya pun Tok Semulih tidak dapat berbuat apa - apa disebabkan ketika itu dia di dalam keadaan sedar dan tidak sedar sahaja. Selepas pinggangnya pulih tidak terasa sakit apa - apa inilah baru Tok Semulih menyedari bahawa dia sudah kehilangan tenaga kelakian. Malu benar dia mahu memberitahu ayahnya Malam Sidi mengenai kejadian yang menimpa dirinya. Sebab itu dia terus menemui Sutan Balah dengan tidak memberitahu ayahnya terlebih dahulu. biarlah dia pendamkan rahsia berkenaan dengan Sutan Balah sahaja. Tersenyum Sutan Balah apabila diberitahu oleh Tok Semulih mengenai dirinya yang kehilangan tenaga kelakinya itu. Seminggu pula Tok Semulih diminta tidak menemui sesiapa dengan memakan umbut nibung sahaja. 3 pagi pula Sutan Balah mengasah tenaga kelakian Tok Semulih dengan batu petir lalu dibacakan : " gembira ala ali mali wali mali, hidup di atas hidup di bawah, bangkit engkau seperti sediakala, dengan gerak petua, huuu... ".

Setelah dikilir dengan batu petir, Sutan Balah jiruskan pula dengan air 7 kuala sungai yang ditampung di dalam tempayan. terasa pada Tok Semulih seluruh badannya berasap tatkala air dijiruskan. Terketar ketar dia menahan kesejukan apabila Sutan Balah menyuruh dia mencangkung di bawah tangga tatkala matahari belum lagi memancar. Semasa mencangkung di bawah tangga Tok Semulih duduk di atas tumit, dengan ditampankan tenaga kelakiannya di situ. ibu jari kaki sahaja cecah ke tanah dengan 2 tangannya menampar pinggang sebanyak 3 kali asal sahaja air dijiruskan oleh Sutan Balah ke kepala. Tok Semulih terpaksa mematuhi apa sahaja petua yang ditunjukkan oleh Sutan Balah dalam masa dia sangat mengharapkan orang tua itu membantunya. Lagi pun bukanlah sukar sangat mandi di bawah tangga dengan bertupang pada ibu jari kaki dalam masa tumit diasak pada tenaga kelakiannya. Biar terasa segala urat di seluruh badan menyentap semasa duduk di atas tumit sedemikian. ketika tangan menumbuk kuat pada pinggang, Sutan Balah menyuruhnya membacakan perlahan : " mandi nur mandi nir, mandi di pintu petua, mandi nyawa serta badanku, sangka pasak sangka batu, sangka pasak sangka besi, besi sembilan desa akan pasak pemasung dalam diriku, ikut petua guruku, huu... ". Setelah siap mandi, Sutan Balah asapkan pula dengan kemenyan. seminggu dia tidak dibenarkan menemui sesiapa sahaja apabila duduk di rumah Sutan Balah . Kemudian barulah rusuk kanan Tok Semulih telah ditusukkan dengan besi kursani berwarna kekuningan laksana emas disepuh. 3 kali diketuk Sutan Balah pada kepala lutut Tok Semulih sambil menyeru supaya biar tenaga kelakiannya pulih semula. Sebaik sahaja tenaga kelakiannya pulih, segera disangkutkan 4 biji buah kelapa di situ oleh Sutan Balah . Tersenyum Sutan Balah disebabkan tenaga kelakian Tok Semulih mampu bertahan tatkala disangkutkan 4 biji buah kelapa. Setelah ditusukkan susuk besi kursani pada rusuk kanannya, memang Tok Semulih tahu tenaganya di sebelah kanan mampu bertahan sampai bila - bila pun. Kalau kerbau menghayun tanduk menyinggahi rusuk sebelah kanannya, nescaya tidak berbekas apa apa pada Tok Semulih. Tatkala dia meninggalkan payakumbuh, sempat juga dia menemui Sutan Balah . Berat juga hatinya mahu tinggalkan sanak saudara apabila ayahnya Malim Sidi mengambil keputusan mahu berpindah ke semenanjung. Dia terpaksa mematuhi kemahuan ayahnya yang mahu mencari penghidupan baru setelah dibaritahu oleh kawan - kawannya mengenai semenanjung yang sesuai untuk membina penghidupan baru. Tidak lama selepas jejakkan kaki di semenanjung, tiba - tiba ayahnya Malim Sidi mengidap penyakit demam kura - kura sampai terkukul - kukul kesejukkan sepanjang malam. Sebulan ayahnya mengidap demam kura - kura, Malim Sidi pun meninggal dunia tanpa sempat memulakan penghidupan baru. Terpaksalah Tok Semulih menjadi ketua keluarga setelah ayahnya meninggal dunia hingga meneroka di kampung yang dipenuhi belukar tebal. Sebab itu Tok Semulih tetap kenang kejadian dia diminta kawannya Rangkayo Bano menjengah ayahnya Sibingkong yang terkejang sakit. setelah dia lepaskan besi kursani yang dipaut oleh lembaga berpusar - pusar yang bagaikan asap hitam menyelubungi Sibingkong , barulah tenaga Sibingkong kembali lemah. Apabila Rangkayo Bano buangkan atap sekeping pada bumbung, anak tangga sebatang dan lantai sekeping tiba - tiba sahaja Sibingkong menggelepar.

" Kamu nak bunuh aku ke, Semulih ? " terketar - ketar Sibingkong manahan ombak nafasnya yang beralun - alun kencang. Tetapi Tok Semulih tidak peduli apa - apa. dia sendiri tidak menduga Sibingkong boleh berpaut pada susuk besi kursani di dalam dirinya untuk menumpang pulihkan semula tenaganya yang lemah. Setelah Tok Semulih hentakkan tumit kakinya ke lantai berulang kali, Sibingkong pun perlahan - lahan mula menutup matanya. tangannya terkuit - kuit jari bagaikan mahu menggapai mencari tempat berpaut. apabila Rangkayo Bano diberitahu bahawa ayahnya sudah meninggal dunia, cepat - cepat dia membujurkan jenazah ayahnya. Semasa jiran - jiran datang menjengah jenazah Sibingkong , mereka terkejut apabila melihat mata mayat berkedip. Lantas mereka pun mengesyaki bahawa Sibingkong masih belum meninggal dunia. Tapi Rangkayo Bano tahu ayahnya memang sudah meninggal dunia disebabkan detak jantungnya sudah berhenti. Sewaktu mereka mahu memandikan jenazah tiba - tiba sahaja seisi rumah menjadi gempar apabila melihat jenazah Sibingkong hanya tinggal longgokan tulang sahaja. " Apa salah ayahku, Semulih ? " keluh Rangkayo Bano yang terkilan dengan kejadian yang menimpa ayahnya. " Aku tak tahu apa amalannya, RangKayo! " beritahu Tok Semulih yang serba salah mahu menerangkannya. " Kalau begitu ayahku ada mengamalkan amalan yang salah " gerutu Rangkayo Bano setelah menyedari ayahnya merahsiakan mengenai amalannya selama ini. " Kamu tentu tahu mengenai amalannya " lantas Tok Semulih mengagak fasal amalan Sibingkong apabila dia melihat lembaga hitam bagaikan asap menyelubungi dir orang tua itu. " Memang aku tak tahu amalan dia, Semulih ! " ujar Rangkayo Bano terkejut kerana tidak menyangka ayahnya mengamalkna amalan sedemikian. Tetapi memang dia menyedari tenaga ayahnya memang luar biasa apabila kehutan menebang tebas hutan. Tatkala kawan - kawan ke bukit, dia sengaja membelok kebukit lain untuk menebang pokok. dalam masa kawan - kawan yang lain masih terkial - kial mahu menebang sebatang pokok, Sibingkong sudah tumbangkan 5 - 6 pokok besar hingga 5 - 6 pemeluk. Pokok - pokok yang tumbang jongkang kalang itu tidak payah dipotong dengan kapak . Kawan kawannya tahu sangat mengenai tenaganya yang luar biasa kalau menebang tebas meneroka hutan. Tatkala terserempak dengan harimau, tidak bertangguh Sibingkong akan cabutkan pokok 2 - 3 pemeluk terus dihembat ke belakang binatang berkenaan. Tidak sempat harimau tersebut mahu mengelak apabila pokok besar menimpa belakangnya. Rangkayo Bano sekadar mendengar cerita jiran - jiran sahaja mengenai tenaga luar biasa ayahnya. Dia sendirI tidak pernah melihat ayahnya memikul beban berat. Kalau ayahnya memikul beban pun, Rangkayo Bano sekadar melihat ayahnya memikul padi seguni penuh. Mudah sahaja ayahnya meletakkan guni padi berisi padat itu ke bahunya lantas terus dipikul tidak bertangguh.

" Ayahku pakai susuk gagah ke, Semulih ? " desak Rangkayo Bano yang masih terkilan dengan kejadian yang menimpa jenazah ayahnya. Dia sendiri melihat mata ayahnya berkedip setelah jenazah dibujurkan di tengah rumah. Kemudian jenazah berkenaan tinggal menjadi longgokan tulang kerangka semasa mahu dimandikan. Selepas dikebumikan tulang belulang kerangka jenazah itu, Rangkayo Bano terkejut apabila tanah kubur ayahnya jerlus. Kubur berkenaan mendap hingga berlubang laksana kayu reput tidak tertahan. Bagaikan hilang akal Rangkayo Bano disebabkan kubur ayahnya terus juga jerlus sekali pun dikambus berpungkis pungkis. Terpaksa Rangkayo Bano memujuk Malim Sidi membantu setelah dia kecewa dengan kejadian yang menimpa ayahnya itu. Segera Malim Sidi menyuruh Tok Semulih memberitahu Sutan Balah mengenai hal tersebut. Tatkala Sutan Balah datang menjengah ke rumah Rangkayo Bano, terus sahaja dia naik ke atas loteng lalu mengambil peti kayu yang tersembunyi di situ. Terus sahaja Sutan Balah menyuruh Rangkayo Bano bakar sahaja peti kayu berkenaan. Sebaik sahaja dibakar, terkejut Rangkayo Bano apabila beliau mendengar jeritan nyaring di udara yang memanggil manggil nama Sibingkong . Abu peti kayu yang dibakar itu diserakkan di atas kubur. setelah itu, kubur Sibingkong tidak lagi jerlus. " Arwah datuknya Tok Semulih pernah bercerita dengan arwah ayah macam tu, ustaz " ujar Lasah yang terasa seram sejuk juga apabila kenang kejadian demikian. " Pak Kasan ada simpan peti kayu ke? " sengaja saya mahu mengusik Lasah yang serba salah apabila disebut mengenai peti kayu berkenaan. " Setahu saya tak ada " sahut Lasah yang bimbang juga sekiranya ayahnya ada menyimpan peti kayu sama macam kisah Sibingkong . Tetapi saya tidak peduli sangat mengenai Sibingkong yang diceritakan oleh Tok Semulih . Tatkala senja samar -samar, sengaja saya mengajak Lasah menjengah kubur ayahnya selepas sahaja tunaikan solat maghrib di surau. Setelah membacakan surah al ikhlas 100 kali, lantas saya duduk tersandar pada perdu pokok temunik bersama Lasah . Sebaik sahaja kawasan kubur menjadi gelap, saya mencuit bahu Lasah tatkala melihat lembaga besar terconggok di atas kubur. Dia menghenyak - henyakkan punggungnya di atas kubur itu hingga terdengar jeritan halus Kasan Tobek bagaikan dihenyak pinggangnya. tidak bertangguh saya bacakan : " salaman 'ala sulaiman fil-'alamin, hazihi jahannamul-lati kuntum tu'adun ". Sekali gus pula batu - batu sebesar reban ayam berterbangan menerjah tubuh lembaga besar yang terconggok itu. tercenggang - cenggang dia tergamam apabila batu - batu berkenaan bertubi - tubi menerjah kepalanya. Dalam terjahan batu - batu yang merah berbara itulah, lembaga besar berkenaan bolos lari bersama angin malam yang bertiup sepoi - sepoi itu. Tatkala itu saya juga terasa melayang bersama elusan angin lalu terus mengekori lembaga berkenaan. Sewaktu lembaga besar itu melompat ke atas batu jeram, segera saya menghambatnya ke situ. Terkejut lembaga besar itu apabila melihat saya berdiri di hadapannya.

Sebaik sahaja lembaga besar itu mahu menghentakkan kakinya, lantas sahaja saya tunjalkan jari ke udara. Tiba - tiba sahaja ia jatuh berguling ke bawah jeram. Apabila dia bingkas bangun, segera saya membacakan surah al fatihah 3 kali lantas membayangkan yang tubuh saya membesar laksana gunung tersergam. Sekali gus saya melihat ke bawah seolah - olah lembaga besar itu menjadi kecil sekecil - kecilnya. Ke mana sahaja lembaga itu mahu berlindung, segera saya halang dengan jari telunjuk lalu menyebabkan dia terpinga - pinga kecemasan. " Ilmu syaitan terbatas, tetapi ilmu Allah meliputi 7 petala langit 7 petala bumi! " jerkah saya hingga lembaga tersebut terketar - ketar ketakutan. Setelah terkial - kial di tengah air jeram mahu melepaskan diri, lembaga berkenaan mendongak memerhatikan saya. Perlahan - lahan dia memberitahu mengenai Tok Semulih telah memisahkan dirinya dengan Sibingkong . Tidak patut Tok Semulih pisahkan mereka tatkala Sibingkong memerlukan tenaganya dalam saat terkejang tidak boleh bangun berjejak kaki. Apabila Tok Semulih mandikan cucunya Kasan Tobek dengan air apung, tentu bukan mudah mahu lunturkan semangatnya. Masakan Kasan Tobek berasa bimbang mengalami cedera kalau berulang ulang kali terguling jatuh namun tetap tidak terkehel tulang. Sebab itu sengaja dia halang Kasan Tobek di tengah perjalanan, biar lelaki itu mengalah di depannya. Tetapi Kasan Tobek tetap bertahan. Dia tidak peduli lembaga besar sebesar mana pun yang menghalangnya di tengah jalan, bila - bila akan diterkamnya. Sekali pun tidak dapat dibantingnya sampai terguling ke tanah, Kasan Tobek tetap paut kaki lembaga tersebut untuk menyentapnya. " Aku Sibingkong , sahabat baik datuk kamu! " beritahu lembaga besar itu setelah menyedari Kasan Tobek tidak mahu mengalah. " Kalau kau berniat baik, tak apa! " sahut Kasan Tobek memberi amaran. " Kalau kamu berniat jahat, sampai bila pun aku akan tetap lawan " tegasnya sambil mendengus marah. " Takkan Sibingkong akan berniat jahat kepada kawan sendiri " ujar lembaga besar itu sambil tersengih sengih. Memang Kasan Tobek tidak peduli sama ada jelmaan Sibingkong mendampinginya atau tidak. Apa sangat dengan jelmaan Sibingkong kalau tenaganya mampu bertahan melawan bencana yang menggangu. Tidak pernah dia harapkan jelmaan Sibingkong setiap kali orang - orang kampung memintanya membantu tatkala diganggu petaka. Sewaktu ular sawa sebesar batang pinang menyusup masuk ke kandang kambing Itam Serilah, dia menjadi cemas apabila kambingnya mengembek - embek dicerut kuat. Tidak bertangguh Itam Serilah beritahu Kasan Tobek . Sebaik sahaja Kasan Tobek tercegat di tepi kandang, tiba - tiba sahaja perasaannya menjadi berang hingga tidak disedari terus meluru masuk ke dalam kandang. Sekali gus Kasan Tobek mengheret ular berkenaan keluar dari kandang. Tatkala ular sawa membelit tubuhnya, jelmaan Sibingkong bagaikan bersatu dengan dirinya. Lantas sahaja ular sawa sebesar batang pinang itu terasa seperti ular lidi membelit batang kelapa.

Sekali sentap sahaja akan Kasan Tobek , tubuh ular sawa itu terpokah tidak bersisa. Memang terkejut orang - orang kampung yang melihat kejadian tersebut seolah - olah tenaga Kasan Tobek bagaikan 100 ekor gajah di tengah hutan. " Kenapa kamu ganggu kubur Kasan Tobek ? " lantas saya susupkan kepala lembaga itu ke bawah batu jeram. Setelah ditindih dengan batu jeram, saya melihat lembaga tersebut tenggelam di situ tidak mampu melonjak bangun. Kemudian saya hentakkan tumit ke tanah sambil membacakan surah al ikhlas 17 kali hingga saya melihat batu jeram itu menjadi mampat. Sewaktu saya melayang semula ke udara bersama elusan angin, Lasah masih lagi terconggok di perdu pokok temunik. Dia berbisik memberitahu saya bahawa timbunan tanah berlonggok di atas kubur datuknya.

26. TOK AWANG NGAH - LELAKI TUA BERKEPALA BUAYA


SUDAH menjadi kebiasaan selesai sahaja Maghrib saya akan membaca Al-Quran menunggu masuk waktu Isya'. Berulang kali habiskan membaca tiga puluh juzu' Al-Quran itu semakin terasa terlalu kerdil diri sejak bertahun-tahun dulu. Memang isteri saya tidak akan mengganggu sekiranya saya masih membaca Al-Quran di dalam bilik sekalipun kawan-kawan rapat menelefon. Disebabkan ayah saya menelefon, terpaksa jugalah isteri saya menjengah ke dalam bilik. Habis sahaja saya membaca Surah Al-Haqqah sebanyak 52 ayat itu tidak sempat saya mahu meneruskan membaca Surah Al-Ma'aarij sebanyak 44 ayat. Lantas saya keluar menyambut telefon dari ayah saya. Memang surah yang mempunyai ayat-ayat pendek itu saya habiskan tiga atau empat surah dari selepas Maghrib menjelang Isya' itu. Disebabkan isteri saya memberitahu ayah saya menelefon, segeralah saya menyambut telefon itu. Tidaklah mustahak sangat perkara yang hendak diberitahunya cuma abang ipar saya Haji Mosli mengajak ke rumahnya kenduri disebabkan anak saudaranya akan ke Mekah. Perkara kenduri ini sudah menjadi kelaziman dalam masyarakat kita, sekalipun mengadakan kenduri dan tahlil semata-mata disebabkan mahu ke Mekah itu. Tetapi Haji Mosli mehu mengadakan kenduri doa selamat itu bukanlah disebabkan anak saudaranya akan ke Mekah sahaja, dia sudah lama berhajat mahu mengadakan kenduri tersebut. Kakak saya Hajah Seriyah pun memberitahu saya dia mahu adakan kenduri doa selamat dan kesyukuran. Disebabkan kenduri doa selamat itu diadakan di rumah kakak saya di Pulau Sebang, saya menyuruh anak saya sahaja ke sana bersama isteri saya. Memang saya sudah berjanji mahu ke Jerantut malam kenduri itu diadakan, setelah Kadir Misai beritahu Lebai Bumin sudah beberapa minggu terlantar sakit. Sudah lama juga saya tidak menemui kawan baik saya Lebai Bumin itu, semenjak dia berpindah ke Jerantut mengikut anaknya. Disebabkan dia selalu sakit-sakit setelah isterinya meninggal dunia, sengaja anaknya membawa dia tinggal bersama di Jerantut. Bukanlah bersetuju sangat Lebai Bumin dibawa anaknya ke Jerantut, tetapi dia terpaksa menuruti kemahuan anaknya disebabkan keadaan badannya bertambah uzur. Kalau dia berkeras mahu menetap di rumahnya di Tanjung Karang, siapa pula yang akan uruskan dirinya. Harapkan cucu atau anak saudara, mereka juga bukan sepanjang masa mahu mengambil tahu mengenai dirinya. Setelah diberitahu oleh Kadir Misai mengenai Lebai Bumin yang uzur di Jerantut itu saya sendiri tetapkan masa untuk ke sana. Tetapi apabila ayah saya menelefon mengenai kakak saya mahu mengadakan kenduri di rumahnya di Pulau Sebang, terpaksalah saya mengambil keputusan mahu ke Jerantut juga. Marah juga anak saya disebabkan saya lebih mementingkan kawan sendiri dari saudara-mara. Tetapi perkara kenduri doa selamat tidak sama dengan menziarahi orang sedang sakit. Kenduri doa selamat boleh diadakan lagi. "Kalau kenduri di rumah kakak ustaz tu penting, apa salahnya malam lain sahaja kita ke Jerantut," ujar Kadir Misai ketika datang menjemput saya mendapati isteri saya sudah bersiap-siap dengan anak saya untuk ke Pulau Sebang pula. "Tak apalah, Wak," sahut isteri saya perlahan.

"Ustaz tu kalau dah berjanji, dia tak mahu mungkirkan janjinya," tegas isteri saya memaklumkan. "Tapi, uzur Lebai Bumin ni, maklumlah uzur orang tua," jelas Kadir Misai tersengih-sengih. "Bukanlah sakit tenat sampai terlantar sangat," katanya macam rasa bersalah kerana mendesak saya ke Jerantut sebelum itu. "Hai, ustaz ni pun bukanlah muda sangat, selalu juga uzur," sengaja isteri saya mengusik sambil mengerling ke arah saya. Apabila isteri saya bersama anak-anak saya bertolak ke Pulau Sebang, saya pula bertolak ke Jerantut bersama Kadir Misai. Sengaja pula Kadir Misai ke Temerloh dulu mengajak Mat Jubin ikut sama. Tetapi kebetulan pula Mat Jubin tidak ada di rumah disebabkan sudah ke Kemaman. Memang sebelum ke Temerloh tidak ada pun Kadir Misai berjanji dengan Mat Jubin. Dia sendiri tidak menyangka kerana dua hari sebelum itu dia sudah menemui kawannya itu. Terkejut juga Mat Jubin apabila diberitahu mengenai kawannya Lebai Bumin terlantar sakit itu. Mat Jubin sendiri berpesan supaya Kadir Misai mengajaknya bersama kalau mahu ke Jerantut. Isterinya juga tidak tahu kenapa Mat Jubin ke Kemaman hingga tidak sempat meninggalkan pesanan apa-apa. Lainlah kalau dia ke Sungai Tengi bersama Lebai Bumin, semasa kawannya itu masih menetap di Tanjung Karang. Kadir Misai pun tahu sekiranya Mat Jubin ke Sungai Tengi memang menangkap buaya tengah galak mengganas. Tidak siapa pun berani mengharung arus sungai apabila buaya terjongol kepala. Cuma Mat Jubin satu-satunya yang tidak akan berganjak. Bila-bila dia akan turun ke bawah tebing setelah diberitahu mengenai buaya menyambar mangsa. Sudah beberapa kali Lebai Bumin mengajaknya ke Sungai Tengi apabila buaya menyambar lembu meragut rumput di tebing sungai. Bimbang juga mereka di situ mahu mengharungi sungai apabila buaya mula mengganas sekalipun menyambar lembu tengah meragut rumput. Manalah tahu buaya berkenaan akan menyambar siapa sahaja tercegat di tebing sungai. Sebab itulah mereka ke Tanjung Karang mencari Lebai Bumin. Mereka mendesak orang tua itu supaya membantu biar buaya berkenaan jauh dari Sungai Tengi. Tentu Lebai Bumin boleh halau binatang berkenaan masuk ke sungai Bernam supaya tidak mengganggu penduduk-penduduk di situ.Tetapi Lebai Bumin tidak sama dengan Pawang Bahar. Sejak bertahun-tahun memang mereka di situ harapkan Pawang Bahar turun ke tengah arus apabila buaya menyambar mangsa. Mereka melihat sendiri Pawang Bahar membakar kemenyan di tebing sungai lantas mengepal tiga genggam tanah di tangannya. Setelah kepalan tanah di tangannya diasapkan dengan kemenyan, Pawang Bahar akan melontarkan kepalan tanah itu ke tengah arus. Kadangkala kepalan pertama yang dilontarkannya itu sudah disambar buaya di permukaan air. Sekiranya buaya yang diperangkapnya berdegil sampai habis semua tiga kepalan tanah dilontar ke tengah arus, tidak seekor pun buaya akan melompat menyambarnya. Terpaksalah pula Pawang Bahar gunakan cara yang lain biar buaya berkenaan menyerah diri di depannya. Cubalah buaya tersebut berdegil setelah dia lemparkan tiga kepalan tanah sudah dijampi dan diasapkan dengan kemenyan itu! Kalau Pawang Bahar sudah cancangkan buluh runcing di atas tebing bersilang dua, kemudian dilangkah tiga kali nescaya buaya yang degil tidak lepas ke mana. Bila-bila buaya di dasar sungai akan merangkak naik ke tebing laksana kura-kura tidak bermaya. Tidak bertangguh buaya berkenaan menyusupkan

kepala ke bawah buluh tercancang bersilang dua di tebing sungai. Ketika ini Pawang Bahar akan memukul kepala buaya dengan kain hitam panjang tiga hasta berulang kali. Memang buaya berkenaan tidak akan melawan sebaik sahaja kepalanya dipukul berulang kali dengan kain hitam panjang tiga hasta. Selepas dipukul kepalanya oleh Pawang Bahar nescaya buaya tersebut menghempas diri ke tebing sungai. Tidak lama dia bergolek-golek menghempaskan diri buaya itu akan terkejang mati dengan darah menyembur dari mulutnya. Cubalah buaya ganas berkeras di depan Pawang Bahar. Kalau diumpan dengan kepalan tanah pun buaya di dasar sungai tidak dapat lari ke mana. Sebaik sahaja buaya itu menyambar kepalan tanah yang dilontarkan ke permukaan hanya dalam masa beberapa minit sahaja buaya itu akan merangkak naik ke tebing. Apabila naik sahaja ke tebing nescaya buaya tersebut menggelepar laksana ikan mabuk tuba! Beberapa kali buaya berkenaan menggolek badan menghempaskan diri, dalam masa beberapa minit sahaja akan terkejang dengan darah membuak-buak di muncung. Mereka akui kebolehan Pawang Bahar kalau berdepan dengan buaya ganas di mana-mana pun. Tetapi semenjak Pawang Bahar meningal dunia siapa lagi boleh diharap kalau bukan Lebai Bumin. Cuma mereka tidak menyedari Lebai Bumin tidak sama dengan Pawang Bahar. Disebabkan orang-orang kampung mendesak, terpaksa jugalah Lebai Bumin gagahi memenuhi kemahuan mereka. Sebab itulah Lebai Bumin menjemput Mat Jubin di Temerloh. Dia percaya kawannya itu sanggup membantu disebabkan lama mereka berkawan dengan Pawang Bahar. Cuma Lebai Bumin tidak cekap seperti Mat Jubin kalau diminta ke tengah arus sungai jinakkan buaya mengganas. Lainlah kalau mangsa terkena santau sampai berbuih-buih muntah darah, memang Lebai Bumin satusatunya yang tidak mengelak jika dijemput hatta tengah malam tatkala nyenyak tidur sekalipun. Ketuklah pintu rumahnya, nescaya bila-bila pun Lebai Bumin akan bangun dengan terkuap-kuap menahan rasa mengantuk. Dia akan mencapai bajunya yang tersangkut di paku dinding lantas disandang ke bahu. Dengan tidak bercakap sepatah pun dia terus sahaja berjalan menuju ke rumah mangsa. Sudah menjadi pantang larang Lebai Bumin dia tidak akan bercakap sepatah pun apabila dijemput mengubati mangsa terkena santau. Setelah dia doakan mangsa itu barulah dia mahu bercakap sepatah dua. Lebai Bumin tidak peduli tengah malam pun dia akan meminta keluarga mangsa ambilkan juga kelapa muda. Kalau terpaksa memanjat pun, kena jugalah panjat sampai santak pelepah. Lebai Bumin tidak mahu buah kelapa tersebut jatuh terhempas ke tanah sekiranya mahu dibuat ubat. Terpaksalah siapa pun memanjat berhati-hati supaya buah kelapa muda yang diperlukan oleh Lebai Bumin itu tidak jatuh terhempas ke tanah. Dia sendiri akan memangkas bahagian kepala buah sampai nampak tempurung. Setelah ditebuk tempurung berkenaan barulah Lebai Bumin merenung tepat ke pusar air kelapa. Kadangkala mereka nampak asap keluar berkepul dari lubang yang ditebuk sebelum sempat Lebai Bumin bacakan doa. Ketika ini Lebai Bumin akan bacakan berulang sampai tujuh kali: Bismillahhil lazi layaddhurru ma'asmihi syai-in fil-ardha wala fis-sama-ii wahuwal sami'ul 'alim, fat-tahazat min dunihim hijaban fa-arsalna ilaiha rohana fatamasthala laha basyaran sawiiya. Apabila air kelapa yang didoakan itu diberi minum kepada mangsa sekaligus pula mangsa berkenaan akan muntah hingga melambak ditadah ke dalam dulang. Mereka akan lihat sendiri muntah bercampur darah itu berbaur-baur dengan serbuk kaca halus dengan serpihan ulat bulu dan miang rebung. Setelah menghela nafas dengan keadaan yang dilihatnya itu barulah Lebai Bumin mahu dilayan bercakap. Tidak ada lagi pantang-larang setelah dia doakan mangsa yang mengadu terkena santau. Tetapi selagi belum

dia mendoakan memang Lebai Bumin tidak akan bercakap sepatah pun semasa berjalan ke rumah mangsa. Tahu sangat orang-orang kampung dengan pantang-larang Lebai Bumin itu. Sebab itu mereka juga akan sama-sama berpegang dengan pantang-larang tersebut apabila menjemput Lebai Bumin. Tetapi mereka tidak tahu fasal Lebai Bumin tidak akan sanggup jinakkan buaya mengganas di tengah arus sekalipun lama dia berkawan baik dengan Pawang Bahar. Sampaikan dia tahu sangat tabiat Pawang Bahar yang sayangkan basikalnya macam mendidik anak-anak. Setiap hari dia akan basuh basikal kesayangannya asal sahaja balik dari kedai meranduk lumpur di permatang sawah. Kadangkala diusik juga oleh Lebai Bumin disebabkan Pawang Bahar akan membawa basikalnya naik ke serambi setiap malam. Dia tidak rela biarkan basikalnya tersadai di bawah rumah. Tetapi Pawang Bahar tidak peduli sekalipun Lebai Bumin mengusiknya seolah-olah sama basikal tersebut dengan isteri sendiri. Sekalipun dijaga cermat basikal Pawang Bahar hilang juga dari tengah serambi. Dia sendiri tidak tahu siapa mencurinya sampaikan Pawang Bahar pun terpedaya. Tidak lama selepas basikalnya hilang itu, tiba-tiba sahaja dia diserang sesak nafas hingga meninggal dunia. Macam tidak percaya Lebai Bumin apabila diberitahu mengenai kawannya Pawang Bahar. Masakan Pawang Bahar bersedih fasal basikalnya hilang hingga menanggung sesak nafas. Siapa pun tidak tahu ke mana hilangnya basikal kesayangan Pawang Bahar. Memang mereka percaya Pawang Bahar dapat mengagak kehilangan basikalnya itu petua menandakan saatnya semakin hampir. Tentu pawang besar sepertinya tahu mengenai petua dan pelangkah mengenai dirinya. Kalau buaya ganas di tengah arus pun boleh dijinakkannya, masakan dia tidak tahu apa-apa mengenai petua dan pelangkah. "Mat Jubin pun tak kurang dari Pawang Bahar tu, ustaz," bisik Kadir Misai apabila meninggalkan bandar Temerloh. Saya mengangguk perlahan. Perkara kebolehan Pawang atau Mat Jubin bukanlah penting sangat, kerana mereka berdua juga memohon pertolongan dari Allah. Memang seringkali saya ingatkan Kadir Misai mengenai makna: Innallahu mulkussamawati wal-ardh yuhyi wayumitu wama lakum min dunillahi minwwaliyinwwalanasir. "Sesungguhnya kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan sekali-kali tidak ada pelindung dan penolong bagimu selain Allah," keluh Kadir Misai menghela nafas pendek. Dia sedar tidak sepatutnya dia membandingkan kebolehan arwah Pawang Bahar dengan Mat Jubin. Kalau dia tidak ceritakan kepada saya pun, memang sudah beberapa kali saya diberitahu oleh Lebai Bumin mengenai dua orang rakannya itu. Kadangkala menitik air mata Lebai Bumin apabila kenangkan arwah Pawang Bahar sanggup bercekang mata di tebing sungai apabila diberitahu buaya galak mengganas. Pawang Bahar tidak terniat langsung mahu tunjukkan kemampuannya tundukkan buaya ganas sampai merangkak ke celah kangkangnya menyerah diri. Dia sekadar mahu selamatkan pendudukpenduduk yang merasa terancam setiap kali buaya ganas menjongolkan kepala di permukaan arus sungai. Sama juga dengan Mat Jubin yang sanggup menyelam ke dasar sungai kalau penduduk-penduduk gempar tatkala mangsa disambar buaya. Puas menyeru di tebing sungai, tidak seekor pun buaya ganas terjongol kepala di tengah arus, lantas sahaja Mat Jubin menggenggam pasir. Apabila dia kisarkan tapak tangannya, Mat Jubin akan turun ke air dengan tidak bercakap sepatah pun. Sekaligus pula dia menyelam hingga tidak timbul lagi. Ketika ini mereka yang berdiri di tebing sungai akan melihat buih

membuak tempat Mat Jubin menyelam. Tidak lama selepas itu mereka nampak seekor buaya putih akan menghambur tiga kali ke permukaan sungai. Setelah buaya putih itu tenggelam semula ke dasar sungai, lama mereka menunggu di tebing sungai nescaya akan terjongol seekor demi seekor buaya merangkak ke tebing sungai. Tatkala ini Lebai Bumin akan berdiri di situ memegang kain hitam panjang tiga hasta. Sebaik sahaja buaya merangkak naik ke tebing, Lebai Bumin akan memukul buaya berkenaan dengan kain hitam panjang tiga hasta itu. Sekiranya buaya berkenaan tidak menyambar mangsa, lantas sahaja dia terjun semula turun ke dasar sungai. Hingga buaya yang bersalah menyambar mangsa merangkak naik ke tebing, nescaya dia tidak akan berganjak apabila kepala dipukul Lebai Bumin dengan kain hitam panjang tiga hasta. Selepas buaya berkenaan menyerah kalah, Lebai Bumin akan meyeru Mat Jubin naik semula ke tebing. Sebaik sahaja Lebai Bumin menyeru namanya tiga kali, mereka yang berdiri di tebing sungai akan melihat buaya putih menghambur ke permukaan air tiga kali berturut-turut. Tidak lama selepas itu Mat Jubin akan tercungap-cungap naik ke tebing. Dia akan memberi arahan sama ada buaya berkenaan perlu dibunuh atau pun tidak. Memang Mat Jubin tidak akan membunuh buaya yang sudah tidak berganjak di tebing. Dia akan meminta orang-orang kampung sendiri menembaknya. Setelah buaya itu mati akibat kepala ditembak, Mat Jubin sendiri akan tanam bangkai binatang berkenaan lengkap dikapan kain putih. Mereka melihat Mat Jubin mengesat pelupuk matanya apabila bangkai buaya itu terbungkam ditembak kepala sampai terkejang di situ. "Saya tak sanggup nak buat macam abang Mat Jubin tu," Kadir Misai menambah apabila menyedari saya tunduk tidak bercakap apa-apa. Saya tidak menyahut. Tidak tahu saya kenapa Mat Jubin mesti kapankan bangkai buaya tersebut. Terpaksa pula banyak membeli kain putih semata-mata mahu kapankan bangkai binatang berkenaan. Memang saya tidak pernah tanyakan kepadanya mengenai petua tersebut sampai dia sanggup bersusah payah tanamkan bangkai buaya berkenaan dengan dikapankan. Disebabkan kami meninggalkan Temerloh belum masuk Maghrib, terpaksalah saya mengajak Kadir Misai berhenti dalam perjalanan apabila ternampak masjid. Memang banyak masjid ditemui kalau sepanjang perjalanan menuju ke Kuantan, tetapi melalui jalan ke Jerantut sengaja Kadir Misai membawa saya ikut jalan kampung yang belum pernah saya tempuh lagi. Kadir Misai memang tahu sangat di mana sahaja ceruk kalau di Pahang. Bukan takat ke Jerantut sahaja, kalau turun sampai menuju ke Endau pun Kadir Misai tahu jalannya. Apalagi kalau ke Pelangai atau Mancis ikut Jalan Karak, bila-bila Kadir Misai boleh tunjukkan jalan pintas. Selepas melalui jalan belukar dipenuhi pokok-pokok durian di kiri kanan jalan, kami menemui beberapa buah rumah sahaja. Tidak jauh dari beberapa buah rumah itu nampak surau kecil di tepi jalan dengan beberapa orang jemaah tengah solat. Lantas Kadir Misai mengajak saya turun di surau berkenaan untuk solat bersama jemaah di situ. Sempat juga kami ikut sama berjemaah di surau berkenaan. Habis sahaja mereka berdoa, beberapa orang jemaah turun meninggalkan surau. Hanya Siak Budin sahaja menunggu saya dan Kadir Misai habiskan solat sunat. "Abang tunggu kami ke?" segera Kadir Misai mendekati lelaki itu setelah dia memperkenalkan dirinya sebagai Siak Budin.

Memang serba salah juga kami sekiranya dia terpaksa menunggu kami, disebabkan mahu cepat balik ke rumah selepas habis solat berjemaah Maghrib. Kenapa pula mereka tidak menunggu hingga Isya' masuk? "Tidak, saya menunggu Isya'," beritahu siak Budin menyandarkan belakang ke dinding. "Kenapa jemaah lain tak tunggu Isya?" Kadir Misai yang memang ramah itu terus bertanya. "Ah, orang-orang muda sekarang bukannya tahu nak makmurkan surau atau masjid," gerutu Siak Budin menyimpan perasaannya. Tersengih-sengih Kadir Misai. Bukan Siak Budin sahaja mengeluh kalau kenangkan suraunya seringkali lengang menunggu jemaah. Banyak tempat berlaku kejadian seperti itu, tetapi apalah yang boleh dibuat oleh orang-orang seperti Siak Budin selain daripada mengeluh kesal sahaja. Dalam masa Siak Budin masih berbual-bual dengan Kadir Misai, saya merasa hati berdebar-debar tidak semena-mena. Lantas saya memberi isyarat kepada Kadir Misai mahu berbaring sebentar di penjuru surau. Sambil mengurut dada perlahan saya bacakan Ayatul Kursi untuk meredakan debaran yang semakin kuat. "Kalau ustaz penat, tidurlah dulu," ujar Siak Budin mengusap-ngusap janggutnya. Saya sekadar memberi isyarat dengan mengangkat tangan sahaja. Kemudian merebahkan badan dengan kepala alaskan lengan sahaja sambil mengereng ke dinding. Dalam masa saya bacakan Al-Fatihah 100 kali, memang terasa terlelap sebentar. Terbayang pula kepada saya rumah kakak saya di Pulau Sebang tengah bertahlil tatkala itu. Nampak sangat bayangan ayah saya terlenggok-lenggok bersama orang ramai di tengah rumah. Ketika inilah Jibah anak saudara abang ipar saya terjerit di dapur ketakutan tidak bersebab. Tidak bertangguh pula kakak saya menggamit suaminya Haji Mosli supaya pulihkan Jibah. Tentulah mereka cemas sekiranya Jibah tidak dipulihkan disebabkan dia akan berangkat ke Mekah tunaikan fardu haji bersama suaminya. Kalau keadaan masih lemah, bimbangkan juga mahu lepaskan dia mahu ke Mekah. Selesai sahaja orang bertahlil dan doa selamat, terpaksa pula mereka menjengah Jibah yang terjerit-jerit ketakutan. Suaminya Lasah semakin gelabah apabila Jibah tidak boleh menatap mukanya. Asal sahaja Lasah berdiri di sampingnya dia akan menuduh suaminya itu buaya ganas mengangakan mulut di tengah arus sungai. "Sabar Lasah," segera ayah saya menepuk-nepuk bahu Lasah memujuknya supaya bertenang. "Cubalah Pak Aji tengok-tengokkan," bisik Lasah resah dengan keadaan isterinya dalam saat persiapan telah dibuat untuk ke Mekah. "Orang sini tak adakah yang boleh tengokkan," ujar ayah saya sambil memandang orang ramai. Dia sendiri bimbang nahu tunjukkan pandai di tempat orang sekalipun di situ kampung halaman menantu sendiri. Manalah tahu tidak sama pula adat resam orang-orang di situ dengan di kampung halamannya. Setidak-tidaknya dia perlu juga berbudi bahasa terlebih dahulu, sebelum doakan Jibah. Manalah tahu orang-orang di situ akan menuduhnya sengaja mahu tunjukkan pandai. "Tak apalah Pak Aji aje tengokkan," Hajah Demah emak Jibah lantas sahaja mendesak.

Dia juga tidak sabar lagi dengan keadaan Jibah terjerit-jerit takutkan Lasah yang dituduhnya buaya ganas tengah mengangakan mulut. "Buaya betulkah yang kau nampak ni, atau buaya darat, Jibah?" Haji Mosli bagaikan menyindir lantas menampar-nampar bahu anak saudaranya itu. "Mana ada buaya darat!" bentak Jibah menjengil mata merenung tepat Haji Mosli. "Tak nampakkah kulitnya menggerutu, taringnya macam mata gergaji!" marah benar dia apabila diperolok-olokkan oleh bapa saudaranya itu. Segera ayah saya menyuruh Lasah jauhkan diri daripada Jibah. Sebaik sahaja Lasah berundur, lantas sahaja Jibah menghempaskan badan dengan tangannya merangkak laksana buaya naik ke tebing sungai. "Hah, kau rupanya jadi buaya, bukan Lasah!" ejek ayah saya tersengih-sengih melihat Jibah merangkak-rangkak di tengah rumah. Tiba-tiba sahaja Jibah mengangkat kepala. Dia mengangakan mulut seperti buaya terjongol kepala di tengah arus sungai. Hairan juga ayah saya dengan keadaan Jibah dengan tidak semena-mena jadi demikian. Kalau mahu dikatakan badi buaya, rumah mereka bukannya di tepi sungai. Lagi pun di Pulau Sebang tidak pernah pun mereka terjengah buaya menjongol kepala di tengah arus sungai. Puas saya meramas-ramas tangan untuk pastikan sama ada tengah bermimpi atau pun bukan, apakala terbayang kejadian tersebut berlaku di rumah kakak saya. Memang saya dapat mengagak tatkala itu doa selamat dan bertahlil tengah rancak mereka lakukan sebaik sahaja selesai solat Maghrib. Haji Mosli akan mengajak jiran-jiran solat berjemaah di rumahnya kalau dia menjemput kenduri doa selamat dan bertahlil. Saya percaya saat tersebut memang mereka tengah bertahlil lagi. Tetapi bayangan itu semakin jelas memancar di hadapan saya. Apalagi ayah saya menuding jari bagaikan melambai-lambai ke arah saya dengan membacakan Al-Fatihah 17 kali, surah Al-Ikhlas 17 kali dan diikuti dengan Ayatul Kursi juga 17 kali. Gema suara ayah saya membacakan ayat-ayat tersebut terasa bergegar dalam dada saya. Gegaran itu semakin kencang hingga tangan saya ikut gementar apakala dilekapkan ke situ sambil diusap-usap kuat. Sekaligus pula air mata saya bercucuran apakala suara ayah saya sayup-sayup terdengar di cuping telinga. Ketika ini terasa kabus menyelubungi seluruh tubuh saya hingga seolah-olah tenggelam di dalamnya. Apabila saya kuakkan tangan mahu melepaskan diri daripada kabus tersebut, Jibah masih tertiarap di tengah rumah dengan tangan terkuak-kuak bagaikan merangkak seperti buaya. "Kenapa Angah tak mahu datang?" suara ayah saya bagaikan menyindir sebaik sahaja terjengah muka. "Kenduri sanak saudara, patutnya Angah datang jengah muka!" katanya kesal dengan keputusan saya sengaja mahu ke Jerantut mengikut Kadir Misai. Saya tidak menyahut. Memang gema kemarahan itu menyusup jauh dalam perasaan ayah saya. Dia tidak luahkan kepada sesiapa pun, tetapi memang dia kecewa apabila saya tidak menjengah muka sekalipun anak-anak dan isteri saya datang menjengah.

Apabila tubuh Jibah bertukar menjadi buaya merangkak di tengah rumah, tidak siapa pun berani mendekatinya. Tidak bertangguh pula dia menyambar Lasah yang cuba menghambur ke pintu. Belum sempat Lasah mengelak muncung panjang Jibah lantas mengerkahnya. Lasah terperusuk ke dalam kerongkong hingga darah memercik di celah taring buaya laksana mata gergaji itu. Saat ini mereka yang melihat kejadian tersebut sekadar nampak Jibah ketawa terdekah-dekah seperti merasa puas hati. Lasah yang tercegat di tepi pintu hanya terpampan dengan mata terkebil-kebil memerhati isterinya merangkak-rangkak di tengah rumah. "Macam mana kita nak buat ni, Pak Aji?" Hajah Demah semakin cemas dengan keadaan anaknya. Bimbang juga dia sekiranya Jibah tidak dapat menunaikan fardu haji akibat diganggu penyakit ganjil secara tiba-tiba. "Didajal orang ke Jibah ni, kerana iri hati dia nak ke Mekah!" marah benar Hajah Demah dengan kejadian yang meresahkan dia ketika itu. Ayah saya tidak menyahut. Dia menggamit Haji Rosli supaya meletakkan tapak tangan ke ubun-ubun Jibah. Kemudian dia berpaling ke arah saya menyuruh mara ke hadapan. Hairan juga Haji Mosli tatkala ayah saya bagaikan bercakap dengan saya sebelum membacakan: Qul-innama ana basyarum mislukum yuho ilaiya innama ilahukum ilahun wahidun faman kana yarju liqo-a rabbihi falya'mal 'amalan solehan wala yusyrik bi'ibadati rabbihi ahadan. Sekaligus pula Jibah bingkas bangun berdiri terhuyung-hayang menuding ke arah saya di penjuru rumah. Dia menarik-narik rambutnya ketakutan dengan menangis sayu. "Tolong ustaz, bukan salah aku!" rintih Jibah mahu melarikan diri dengan langkahnya terketar-ketar. Dia jatuh terduduk sambil tangan terkapai-kapai mahu selamatkan diri. "Nak ke mana kamu?" jerkah ayah saya menjuruskan tapak tangannya ke muka Jibah dengan membacakan Al-Fatihah tiga kali. Menggeliat-geliat Jibah menahan kesakitan seolah-olah disimbah dengan minyak panas mendidih. Ayah saya tidak peduli Jibah merintih-rintih, namun dia terus membacakan: Wa-imma yanza ghannaka minasy syaitoni nazghun fasta-'iz billahi innahu sami;ul 'alim. Perlahan-lahan tubuh Jibah rebah ke lantai lemah tidak bermaya. Ketika ini saya melihat seorang lelaki tua memisahkan diri dari tubuh Jibah yang lemah lantas berdiri. Kepalanya memanjang laksana buaya terjongol di tengah permukaan air. Apabila dia mahu melarikan diri tangan saya sudah mencengkamnya sehingga terasa seolah-olah kepala cicak sahaja di bawah tapak tangan saya. Suara orang tua itu menjadi gementar apabila diserkup tapak tangan yang besar laksana bukit menghimpit kepalanya. "Besarnya tapak tangan ustaz ni!" gerutu orang tua itu merungut-rungut, hingga mereka yang tercongok di situ mendengar bisikan halus dari mulut Jibah. "Mana ada ustaz di sini?" bentak ayah saya menyindirnya. "Pak Aji tak nampak ke, ustaz pegang kepala saya ni?" Jibah termengah-mengah menggapai tangan bagaikan mahu melepaskan diri.

Memang lelaki tua berkepala buaya itu terkial-kial di bawah tapak tangan saya. Terketar-ketar dia memberitahu mengenai keturunannya memang pawang buaya untuk selamatkan orang-orang kampung diganggu buaya. Asal sahaja buaya mengganas di tengah arus, memang dia dijemput orang-orang kampung menangkap buaya berkenaan. Dia akan turun menyelam ke tengah arus sampai dua tiga jam baru timbul semula ke permukaan air. Dia akan mengheret buaya yang ditangkapnya ke tebing sungai. Setelah disembelih dia sendiri akan melapah perut buaya berkenaan. Orang-orang kampung akan melihat dalam perut buaya itu bermacam perkakas peninggalan mangsa sama ada tongkat, gelang atau subang berlonggok di dalam perut. Memang seisi kampung tahu mengenai Pawang Libin yang sanggup diajak ke mana-mana sahaja sekiranya penduduk-penduduk kampung diganggu buaya ganas. Tidak pernah seekor pun buaya terlepas sekiranya Pawang Libin sudah menyelam ke dasar sungai. Seisi kampung tahu Pawang Libin akan bertukar menjadi buaya berjalur putih di tengah belakang. Ke mana sahaja buaya ganas menyusup di merata ceruk akan diselongkarnya habis. Ketika ini Pawang Libin bukan lagi manusia menyelam di dasar sungai, tetapi buaya berjalur putih.

Kerapkali juga orang-orang kampung melihat buaya berjalur putih di tengah belakang terjongol di permukaan sungai. Sekiranya buaya berkenaan bermain di tengah arus, mereka seisi kampung tidak perlu bimbang. Tidak seekor pun buaya ganas berani terjongol kepala apabila buaya berjalur putih di tengah belakang iru bermain di permukaan air. Mereka percaya buaya berjalur putih itu memang jelmaan Pawang Libin. Setelah Pawang Libin meninggal dunia pun orang-orang kampung kerapkali ternampak buaya berjalur tengah belakang itu bermain di tengah arus sungai. "Kalau kau ganggu Jibah, tubuh kau akan dipanah petir!" bentak saya merenung lelaki tua berkepala buaya itu. "Aku tak ganggu Jibah, ustaz," beritahu lelaki berkepala buaya itu terketar-ketar. "Jibah yang terkejut fasal nampak aku!" rintihnya kesal dengan kejadian tersebut. "Kenapa kau ke sini?" soal saya keras setelah menyedari tenaganya bertambah lemah. "Aku nak jumpa Lasah, dia cucu cicit aku," ujarnya mencebik bibir menahan kesakitan setelah sekian lama terhimpit di bawah tapak tangan saya seakan-akan bukit menyerkup. "Buat apa jumpa Lasah?" sengaja saya menyindirnya biar dia semakin terdesak. "Lasah nak ke Mekah, apa salahnya aku ziarah," lelaki berkepala buaya merintih-rintih sayu. Tetapi dia tidak membantah apabila saya memberi isyarat supaya dia berundur meninggalkan Jibah. Ketika dia meninggalkan kawasan rumah, lelaki berkepala buaya itu tersengguk-sengguk menangis sambil mengerling ke arah Lasah. Memang Jibah terkejut tatkala nampak suaminya Lasah tiba-tiba bertukar bagaikan kepala buaya. Sebab itulah dia terjerit ketakutan. Dia sendiri berbisik kepada ayah saya, fasal nampak saya merentap kepala buaya yang menyerkup Lasah seolah-olah topeng keras. Tetapi bukan JIbah sahaja yang menuduh saya terjongol di situ tatkala dia meracau-racau. Anak kakak saya, Ziman juga tercengang-cengang memberitahu emaknya apabila nampak saya melintas di situ. Beberapa kali dia menegur tetapi saya sekadar mengangguk kepala sahaja.

"Tidur ke, ustaz" tegur Kadir Misai apabila kereta meranduk kegelapan malam melalui jalan berliku-liku itu. Dia memerhati saya mula mengalih sandar belakang setelah lama sangat terlelap mata. "Di mana kita sekarang ni," ujar saya lantas beristighfar beberapa kali. "Jauh lagi nak sampai ke Jerantut," ujar Kadir Misai. Dia beritahu selepas solat Maghrib memang saya berbaring sebentar. Tetapi saya terus turun ke kereta dengan tidak menunggu masuk Isya'. Disebabkan saya tidak bercakap sepatah pun, Kadir Misai juga ikut sama turun meninggalkan Siak Budin bersendirian di atas surau. Ketika saya masuk ke keretanya hairan juga Kadir Misai disebabkan saya membolos masuk sedangkan keretanya masih terkunci. Tidak lama selepas meninggalkan surau itulah, baru saya mengusap-ngusap muka perlahan. Lantas sahaja Kadir Misai menegur sebaik sahaja saya mula membuka mata. "Kita solat di mana tadi, Kadir?" apabila saya kenangkan berhenti di surau bersama Siak Budin. "Ah, surau selepas dusun durian," jelas Kadir Misai kerana dia sendiri tidak tahu di kampung mana kami berhenti solat. Beberapa kali saya beristighfar setelah diberitahu oleh Kadir Misai. Tetapi sengaja saya tidak memberitahu Kadir Misai, memang surau yang ditemui itu hanya rumah buruk di tepi jalan. Tentu Siak Budin yang solat bersama-sama itu juga sekadar bayangan sahaja hingga saya terkeliru. Masakan selepas melintas dusun durian terdapat kampung tatkala melalui jalan berliku-liku di lereng bukit. Siak Budin juga bersendirian sahaja setelah jemaah yang lain turun meninggalkan surau. Saya dapat mengagak pengalaman bertemu Siak Budin sama juga dengan kejadian singgah di surau Lebai Kidam di Serting sebelum itu. Lebai Kidam yang sudah meninggal dunia lebih lima belas tahun itu saya temui di suraunya, semasa dalam perjalanan ke rumah Pak Hid di Bukit Kelulut. Disebabkan sewaktu melintasi surau Lebai Kidam waktu malam, ketika balik dari rumah Pak Hid di sebelah paginya saya singgah juga di surau Lebai Kidam. Memang saya sudah duga surau berkenaan tinggal usang dengan sarang labah-labah di merata ceruk. Pak Hid sendiri yang beritahu mengenai Lebai Kidam sudah meninggal dunia, sekalipun saya ceritakan fasal solat bersama Lebai Kidam di situ. Tersengguk-sengguk Pak Hid menangis setelah diberitahu mengenai pertemuan dengan Lebai Kidam itu. Dia tahu Lebai Kidam sudah lebih lima belas tahun meninggal dunia, bagaimana pula boleh tercongok di tengah suraunya solat bersama saya? "Balik nanti kita singgah di surau tu," lantas saya menepuk bahu Kadir Misai. "Ustaz ingat surau tu sama dengan surau Lebai Kidam dulu?" segera Kadir Misai menyahut apabila dia juga teringatkan kejadian solat di surau Lebai Kidam di Serting. "Ah, kita singgah aje, apa salahnya!" beritahu saya tersengih-sengih mengerling Kadir Misai.

Belum sempat Kadir Misai menyahut tiba-tiba sahaja tayar kereta meletup. Serentak dengan itu kereta terbabas ke tepi jalan sampai berpusing ke belakang. Mujur juga tidak terbalik akibat tayar pecah tidak semena-mena. Tetapi Kadir Misai tidak bimbang apa-apa. Dia boleh gantikan semula tayar pancit itu dengan tayar ganti. Sudah beberapa kali dia terkena kejadian demikian. Kalau takat kerosakan sikit keretanya memang dia boleh baiki juga. Ketika dia menggantikan tayar kereta yang pancit itulah, Kadir Misai terkejut kerana Siak Budin tercegat di sisinya. Siak Budin membantu dia gantikan tayar kereta berkenaan. "Ada rahmatnya kereta awak pancit ni," ujar Siak Budin perlahan. "Kalau awak cepat sampai ke Jerantut, entah apa pula malangnya!" jelasnya sewaktu Siak Budin meninggalkan kami sambil dia mengerling ke arah saya. Ketika Siak Budin bersalam dengan saya terasa tangannya lembut laksana gabus. Tetapi sempat juga dia berbisik kepada saya, "Ustaz tentu lebih tahu dari saya,". Saya mengangguk perlahan sambil mengesat pelupuk mata.

27 . TOK AWANG NGAH - LEMBAGA BERKEPALA BOTAK KELUAR DARI TOMPOK-TOMPOK HITAM
SAWAH kering terbentang selepas sahaja penduduk-penduduk kampung habis menuai. Siang hari anakanak muda berlari di tengah sawah bermain layang-layang sambil mendongak ke awan memerhati layang-layang terapung di udara. Hanya di tengah sawah itulah anak-anak muda kampung bermain menghulurkan tali layang sambil mendengarkan dengungnya yang merdu mengiang-ngiang di udara. Tetapi malamnya tatkala kegelapan menyelubungi kampung kecil di Pelangai itu, Pak Tua Mahat meranduk tunggul-tunggul padi kering di tengah sawah bersama menantunya Saban Keme mencari kawasan lapang tidak berlindung apa. Dia mengeluarkan buluh mendekut dari saku seluarnya lantas berdiri mendongak ke awan menghadap matahari naik. "Duduk, Saban" perintahnya menyuruh menantunya mencangkung. Saban Keme tidak membantah. Dia mencangkung sambil meletakkan tangguk ke tanah. Bila burung wak-wak datang menyerbu berkelompok-kelompok dia akan menyerkup dengan tangguk tersebut. Kemudian akan sumbatkan ke dalam buntil yang terikat di pinggangnya. Memang Saban Keme tahu mertuanya tidak akan mengajak sesiapa kalau mahu mendekut burung wak-wak. "Kau tunggu di sini" ujar Pak Tua Mahat lantas mara ke hadapan meninggalkan menantunya kira-kira serantai jaraknya. Saban Keme mengangguk. Dia memerhatikan mertuanya berjalan di dalam gelap, kemudian hilang berbalam-balam di kejauhan. Dari jarak serantai darinya itulah Saban Keme mendengar mertuanya meniup buluh mendekut-dekut melangsing di tengah sawah yang lengang di gelap malam itu. Dia tidak akan bangun menangguk burung wak-wak yang menyerbu selagi tidak diberi perintah oleh mertuanya. Saban Keme hanya menunggu sahaja burung wak-wak yang berterjunan dari awan menerpa ke tengah sawah, kemudian berjalan terlangah-langah mengejar bunyi dekut buluh yang ditiup Pak Tua Mahat. Kadangkala ada burung wak-wak yang hinggap di atas kepalanya, tetapi Saban Keme tidak akan menghiraukannya selagi Pak Tua Mahat tidak memberi perintah menangkapnya. Ketika Pak Tua Mahat mendekut-dekut jauh dari Saban Keme inilah, dia ternampak satu lembaga berlari-lari dari arah tebing menyeberang ke sawah dari arah kampung. Sekalipun malam gelap tetapi di kawasan sawah luas terbentang itu, dia masih dapat melihat orang berlari-lari di dalam samar-samar. "Siapa tu, Saban?" laung Pak Tua Mahat memberhentikan meniup buluh mendekut. Dia nampak lembaga itu terlangah-langah kemudian merendap mencangkung berhampiran dengan Saban Keme. "Jonoh...!" beritahu Saban Keme sebaik sahaja adik iparnya tercangkung di belakang dia. "Apa halnya Jonoh?" soal Pak Tua Mahat.

"Tak ada..." sahut Jonoh tersengih-sengih di dalam gelap itu. Pak Tua Mahat menghela nafas. Memang anaknya Jonoh itu nakal. Dia tidak peduli sama ada ditegah atau pun tidak. Kalau hatinya berkeras mahu mengikut, tengah gelap pun Jonoh sanggup meranduk mendapatkan ayahnya. Ketika Pak Tua Mahat mengajak Saban Keme mendekut sebelumnya memang Jonoh tidak tahu. Tetapi setelah diberitahu oleh kakaknya Saban Keme pergi mendekut bersama ayahnya ke tengah sawah, lantas Jonoh mengikutnya. Apa lagi dia sendiri dapat mendengar bunyi buluh mendekut itu langsing sampai ke tengah kampung. "Emm, Jonoh..Jonoh..." keluh Pak Tua Mahat meniup semula buluh mendekutnya. Kira-kira 15 minit dia meniupnya, Pak Tua Mahat terdengar bunyi ribut kencang di udara. Awan juga kelihatan bertompok-tompok bersama deru ribut yang hitam di angkasa. Tersenyum Pak Tua Mahat kerana burung wak-wak yang didekutnya sudah datang menyerbu ke situ. Dia segera mendapatkan menantunya Saban Keme dan anaknya Jonoh menunggu. "Buat apa kau ke mari...?" rungutnya memarahi Jonoh. Kemudian dia cepat-cepat mencangkung supaya memudahkan Saban Keme menangguk apabila burung wak-wak berkenaan menuju ke arahnya. Jonoh tidak menyahut. Dia hanya tersengih-sengih sahaja walaupun ayahnya melarang dia mengikuti berburu ke hutan atau mendekut burung wak-wak, tetapi Jonoh tetap berdegil mahu mengikutnya. Sekali-sekala dia dapat mengikut mendekut burung, hatinya terasa seronok melihat burung-burung berkenaan terperangkap di dalam tangguk. Kadangkala dia sendiri merampas tangguk dari tangan abang iparnya menangguk burung-burung yang terlangah-langah datang mengikut bunyi buluh dekutdekut yang ditiup. Tompok-tompok hitam di angkasa tiba-tiba sahaja hilang bersama ribut kencang di udara. Pak Tua Mahat tahu burung wak-wak yang datang bersama deru ribut kencang itu sudah melencong jauh hingga tidak turun di kawasan tersebut. Dia kembali meniup buluh dekut-dekutnya bagi memerangkap semula burung wak-wak berkenaan supaya turun di kawasan lapang di tengah sawah. Kalau burung-burung berkenaan tersangkut di rumpun aur atau pohon rembia di pinggir sawah, mereka tidak akan turun ke tanah. "Kau tunggu di sini..." Pak Tua Mahat mendongak ke langit memerhati tompok-tompok hitam yang sudah bertukar menjadi awan lebam tidak mengandungi apa-apa. "Jonoh pegang lampu picit, kalau benda tu samapai kau tangguk dia Saban" katanya lantas berjalan naik ke atas busut tidak jauh dari Saban Keme mencangkung. Saban Keme menghulurkan lampu picit kepada adik iparnya. "Kau suluh kalau terdengar dia datang..." pesannya menyerahkan lampu picit tersebut kepada Jonoh. Jonoh mengangguk sambil mencapai lampu picit dari tangan Saban Keme. Dia berhati-hati mendengar bunyi langkah burung-burung tersebut datang terlangah-langah mendengar bunyi buluh dekut-dekut

ditiup ayahnya. Puas Pak Tua Mahat meniup dari atas busut tetapi tidak seekor pun burung wak-wak terjongol di depannya. Dia merasa burung wak-wak yang datang bersama tompok-tompok hitam di udara tadi sudah hilang ditiup ribut kencang. Marah juga Pak Tua Mahat tiba-tiba sahaja dia gagal mendekut burung-burung tersebut, padahal selama ini dia tidak pernah hampa kalau mendekut di tengah sawah. Kawasan lapang terbuka itu masakan burung-burung berkenaan boleh tersangkut di dahan pokok-pokok. "Saban..." laungnya dari tengah gelap samar-samar itu. "Jonoh..kau berdua tunggu tunggu di parit..." katanya menyuruh mereka berdua meninggalkan tempat awal menunggu sebelumnya. Cepat-cepat Saban Keme bersama adik iparnya berlari ke parit tali air yang melintasi di tengah kawasan sawah. "Mencangkung!" ujarnya keras sebaik ternampak berbayang-bayang Saban Keme dan Jonoh tercegat di situ macam tunggul tercancang. Cepat-cepat pula mereka berdua mencangkung. Dari jauh mereka berdua melihat Pak Tua Mahat berlari-lari anak mengelilingi kawasan mereka duduk tercangkung kira-kira jarak dua rantai berkeliling. Tiga kali Pak Tua Mahat lari berkeliling sebelum naik ke atas busut dia berdiri sebelumnya. Kemudian dia mendongak semula ke langit lantas meniup buluh dekut-dekutnya, tetapi tidaklah melangsing seperti biasa. Dia meniup pun hanya tiga kali sahaja. Kirakira lima minit sahaja selepas itu terdengarlah semula ribut kencang seperti tadi, dan awan juga bertompok-tompok hitam. Jauh di udara terdengar bunyi orang batuk hingga bergaung kedengaran sampai ke tengah sawah. Cepat-cepat pula Jonoh menyuluh ke udara ke arah awan hitam bertompoktompok. "Jangan disuluh, jadah!" pekik Pak Tua Mahat marah dari atas busut di tengah sawah. Sekaligus Saban Keme merampas lampu picit dari tangan adik iparnya. "Kau gila..." gerutunya memarahi Jonoh."Tak boleh disuluh ke atas!" katanya menggertap bibir setelah memahami pekikan mertuanya tadi menandakan ada pantang larang yang sudah dilanggar. Jonoh tidak menyahut apa-apa. Dia menyedari akan kesilapannya tidak bertanya terlebih dulu kepada abang iparnya apabila menyuluh bunyi batuk bergaung di udara. Dia sendiri tidak pernah mengalami keadaan demikian sebelumnya. Setahu Jonoh selepas sahaja ayahnya meniup dekut, burung wak-wak akan berterjunan turun dari udara mengejar lampu yang disuluhkan. Kemudian Saban Keme akan menangguknya denagn mudah. "Siapa menyuluh tadi tu...?" bentak Pak Tua Mahat menahan marah yang membakar perasaannya. "Jonoh" beritahu Saban Keme. "Kenapa kau biarkan?" soalnya keras. Saban Keme terdiam.

Dia sendiri serba salah bila disoal demikian. Bagaimana dia mahu melarang sedangkan lampu picit berkenaan berada di tangan Jonoh? Tetapi dia dapat mengagak tentulah bapa mertuanya dalam kesulitan menyebabkan dia tidak dapat menahan marahnya. Kesal juga dia dengan kehadiran Jonoh secara tiba-tiba di situ, walaupun dia sudah berpesan pada isterinya jangan diberitahu sesiapapun fasal dia mendekut burung bersama mertuanya. "Jangan berdiri!" dia mendengar mertuanya melaung memberi perintah. Ketika ini deru angin seperti ribut kencang di udara terasa turun ke tengah sawah. Saban Keme dapat merasakan angin kencang itu bertiup paras kepalanya begitu deras. Kegelapan malam bertambah gelap segelap-gelapnya semasa angin kencang itu bertiup rendah. "Bang, aku rasa wak-wak dah turun" bisik Jonoh lantas berdiri menepis burung wak-wak yang terasa hinggap di bahunya. Serentak dengan itu Saban Keme mendengar jeritan langsing Jonoh akibat kesakitan. Apabila dia menoleh ke belakang dilihatnya Jonoh terbaring menggelupur di tanah. "Ayah..Jonoh ni kenapa..?" laung Saban Keme menggamit mertuanya di dalam gelap samar-samar itu. Hatinya cemas melihat Jonoh menggelupur bagaikan ayam kena sembelih. Pak Tua Mahat berkejar mendapatkan anaknya yang terbaring di tanah. Dia mencapai lampu di tangan Saban Keme menyuluh ke muka Jonoh. Anaknya mengerang-ngerang dengan kaki terkinjal-kinjal menendang angin. Tangannya mengerekot-ngerekot laksana mahu mencakar ke udara. "Huh, buat apa Jonoh ni ikut tadi" rungut Pak Tua Mahat kesal memerhati Jonoh terkinjal-kinjal kaki menendang angin. "Agaknya Bibah yang beritahu kita ke sini" sahut Saban Keme menuduh isterinya yang memberitahu Jonoh fasal mereka ke tengah sawah mendekut burung wak-wak. Anak muda nakal seperti Jonoh memang tidak peduli sama ada orang memarahi dia atau tidak. Jonoh tahu ayahnya melarang dia mengikut berburu, tetapi tidak akan marah kalau sudah terjongol bersamasama. "Dah jadi macam ni, bukan ke susah" katanya lantas memangku kepala Jonoh di atas paha. Saban Keme tertunduk memerhati mertuanya mengurut-ngurut kepala Jonoh dengan ibu jari. Kemudian dia menghembus ubun-ubun anaknya tiga kali. "Pangku kepala adik kau ni..." dia menyuruh Saban Keme menggantikan dia. Cepat-cepat Saban Keme memangku kepala Jonoh. Dia sendiri tidak pernah mengalami lagi kejadian demikian sebelumnya. Setiap kali dia megikut mertuanya mendekut wak-wak, tidak pula diganggu puaka yang mengembala burung-burung berkenaan. Tetapi memang mertuanya selalu mengingatkan dia supaya berhati-hati semasa mengikutnya mendekut supaya tidak diganggu puaka tersebut.

Pak Tua Mahat berjalan undur ke belakang mengelilingi Jonoh sambil meletakkan dua tangan ke dada. "Wah..malam ni awak nak cari geruh kawan ke..." ujar Pak Tua Mahat mengisar-ngisar tapak tangannya. Bila melintas di hulu kepala Jonoh dia menghentakkan tumitnya ke tanah tiga kali, kemudian terus berjalan lagi undur ke belakang. Ketika melintas di lunjur kaki Jonoh dia menekankan ibu jari kaki kanannya pula ke tanah. Dia berkeliling di sekitar Jonoh terbaring sambil mulutnya kumat-kamit di dalam gelap samar-samar itu. Setelah tiga kali dia berkeliling undur ke belakang, Pak Tua Mahat berpusing pula sambil berlari-lari anak mengelilingi tubuh Jonoh yang terbaring dipangku oleh Saban Keme. Kemudian dia melangkah di bahagian pusat Jonoh tiga kali berulang-alik. Ketika inilah Jonoh terbersin kuat hingga kedengaran oleh Saban Keme bergema ke udara. Awan hitam bertompok-tompok juga bergerak perlahan bagaikan daun pintu terkuak. Dari rekahan awan hitam bertompok itu kabus putih memanjang turun mencecah hingga tertampan pada busut tempat Pak Tua Mahat berdiri meniup buluh mendekut. Dalam kepulan kabus putih itulah keluar lembaga berkepala botak berbentuk seperti manusia bertubuh kurus tinggi berdiri membongkok. "Sekarang apa awak hendak?" jerkah Pak Tua Mahat sebaik sahaja lembaga itu menjelma di tengah sawah. "Awak nak menceroboh gembala kawan nampaknya" sahut lembaga itu serak-serak parau. "Kawan tak peduli, kalau awak niat baik kawan terima baik!" ujar Pak Tua Mahat berdiri tegak menghentak-hentak tumitnya ke tanah. "Kalau awak sengaja nak cari geruh kawan, kita berjenang dulu...!" katanya macam memberi amaran tidak akan mengalah dengan kemahuan lembaga tersebut. "Awak yang salah tok pawang" lembaga itu terketar-ketar bagaikan kakinya goyah berjejak di bumi. "Kawan bukan nak dengar siapa salah!" bentak Pak Tua Mahat merapatkan dua tangannya ke dada. "Kawan nak tau awak, nak cari geruh kawan ke tidak?" soalnya menggertap bibir. Lembaga berkepala botak itu terhuyung-hayang di atas busut di dalam kepulan asap putih. Dia semakin membongkok seolah-olah memikul beban berat di belakangnya. Pak Tua Mahat berdiri tegak tidak bergerak dengan dua tangan rapat ke dada. Mulutnya kumat-kamit juga sambil matanya merenung tepat ke arah lembaga berkepala botak yang semakin membongkok. "Jawab!" pekik Pak Tua Mahat menghentak tumitnya ke tanah menyebabkan lembaga itu jatuh bertelugu lutut. "Awak nak cari geruh kawan ke, atau nak menguji?" ujarnya membentak marah. Termengah-mengah lembaga berkepala botak itu mahu menegakkan kepalanya, tetapi beban di belakangnya seolah-olah menyeksa dia. Lututnya bertumpu kuat di atas busut menanggung beban yang

terlalu berat terpikul di belakangnya itu. Sekali-sekala dia cuba melepaskan beban tersebut, tetapi tidak berdaya melakukan apa-apa lagi. Setelah puas lembaga berkepala botak itu mahu melepaskan diri dari beban yang menimpa belakangnya, dia memusarkan dirinya menjadi angin berputar kuat hingga elusannya terasa memukul anak-anak rambut Saban Keme. Sekaligus pula dia naik semula ke udara masuk ke celah rekahan awan bertompok yang berkuak seperti pintu terbuka. Kemudian dari arah hulu Saban Keme nampak memutih dari jauh bagaikan sekawan lembu menyerbu ke arah mereka. "Kau jangan bergerak di situ Saban, pangku adik kau tu!" ujar Pak Tua Mahat mengingatkan menantunya.

Saban Keme mengangguk. Dia mematuhi apa sahaja perintah mertuanya. Memang Saban Keme tahu mertuanya tidak semudah itu mengalah kepada gangguan-gangguan dari puaka tatkala berburu. Sudah berkali-kali mertuanya diganggu demikian, semuanya dilaluinya dengan tabah. Ketabahan inilah yang berjaya melepaskan dirinya dari perangkap yang boleh mengancam. Bukan sekadar mendekut wak-wak sahaja sudah dihadapi oleh mertuanya dengan tabah, malah ketika berburu ke hutan memburu rusa pun Pak Tua Mahat diganggu. Sampai rusa yang sudah terbungkang ditembak pun tiba-tiba bertukar menjadi cina tua berpakaian serba hitam tergolek di tanah. Setelah dikebas dengan kain hitam lilit kepalanya, cina tua itu bertukar perlahan-lahan menjadi rusa, tetapi bulunya tegak seperti berus dawai dengan mengeluarkan darah. Puas pula dia memulihkan semula gangguan puaka itu sehingga rusa sebenarnya kembali menjelma. Barulah binatang tersebut dapat disembelih. Pak Tua Mahat juga tidak mengalah bila rakannya pergi berburu tertembak di tengah hutan. Dia terus melawan puaka hutan dengan tabah sehingga rakannya dapat dipulihkan semula. Sebab itulah Saban Keme yakin mertuanya tidak gentar menghadapi dugaan yang sedang mengancamnya sekarang. Dia juga mesti tabah menghadapinya. Kalau dia gementar mungkin puaka itu boleh mengalihkan gangguannya dari Jonoh kepada dia pula. Tentulah mertuanya semakin terancam kalau puaka itu mengganggu dia pula. Ketika ini Saban Keme teringatkan pesan saya agar membacakan Ayat Kursi bilabila sahaja diancam syaitan. Pesanan saya inilah digunakan oleh Saban Keme, lantas dia membacakan Ayat Kursi itu dengan khusyuk berulang kali sampai 133 kali. Ketika ini dia merasakan hujan turun menitik kasar, tetapi tidaklah lebat mencurah-curah. Boleh dikatakan seperti hujan panas sahaja menyerak-nyerak. Sekumpulan lembu putih yang menyerbu dari sebelah hulu itu tidak dapat mendekati kawasan Saban Keme bertahan, tetapi berlegar-legar seolah-olah terhalang oleh tembok besar. Debu dari kaki kumpulan lembu yang banyak itu nampak naik meruap ke atas laksana kabus memutih. Sekaligus pula Saban Keme nampak mertuanya sudah melompat ke atas salah seekor dari kawanan lembu putih itu sambil bertunggang mengelilingi dia dan Jonoh.

Sekali-sekala terdengar suara mertuanya bersorak-sorai bagaikan menghalau lembu. Kira-kira 15 minit dia menunggang lembu putih itu, tiba-tiba dia terpelanting ke tanah. Masa inilah awan hitam bertompok terkuak semula seperti daun pintu terbuka. Kabus memutih keluar dari awan hitam terkuak itu terjun laju menuju ke arah mertuanya terpelanting. Belum pun sempat kabus putih menjunam itu menimpa ke arahnya, Saban Keme nampak mertuanya cepat-cepat bangun di tengah silauan putih memancar. Dia nampak tangan Pak Tua Mahat terlalu besar memukul kabus putih itu sampai berkecai habis. Dengan pantas pula Pak Tua Mahat menggenggam kabus putih yang berkecai itu di dalam tangannya lantas bertempik, "Kau nak tunjuk keras kepala dengan aku ye?". "Awak menceroboh gembala kawan tok pawang," rintih suara serak-serak parau yang tergenggam di tapak tangannya yang besar seperti sebuah rumah tersergam. Saban Keme sendiri tidak nampak di mana mertuanya berdiri ketika itu kerana kegelapan malam melindunginya. Dia hanya melihat genggaman tangan mertuanya yang dilingkari oleh silauan cahaya putih memancar. "Aku tak menceroboh...!" bentak Pak Tua Mahat. "Aku dah minta izin, tapi telinga kau tuli" cepat-cepat tangannya memial telinga lembaga berkepala botak yang sudah digenggamnya. Terlolong-lolong lembaga berkepala botak itu menahan kesakitan akibat telinganya dipial. "Ini Mahat kau tau, jangan main-mainkan Mahat..!" jerkahnya semakin marah. " tok pawang, ampunkan kawan" rintih suara serak-serak parau itu meminta dilepaskan. "Bukan sekali dua kau dah tunjuk kurang ajar dengan Mahat!" kata Pak Tua Mahat keras. "Ampun tok pawang, lain kali kawan tak buat lagi" lembaga berkepala botak itu merayu-rayu. Tetapi Pak Tua Mahat tidak juga melepaskan dia dari genggamannya. "Apa kau buat dengan Jonoh?" bentak Pak Tua Mahat menampar kepala botak lembaga berkenaan. "Bukan kawan yang buat tok pawang..." ujarnya terketar-ketar sambil meronta-ronta dari genggaman tangan Pak Tua Mahat sebesar sebuah rumah tersergam. Puas Saban Keme memerhati tubuh mertuanya, tetapi tidak kelihatan di mana. "Siapa yang buat?" soal Pak Tua Mahat. "Itu kerja orang bukit yang tersesat" beritahu lembaga itu ketakutan. "Jangan kau nak berdalih!" Pak Tua Mahat menguatkan genggamannya menyebabkan lembaga berkepala botak itu termengah-mengah menahan sesak nafas.

"Celaka orang bukit tu, kerja dia..kawan pula yang sudah" keluhnya menyesali kejadian yang mengelirukan itu. Tetapi Pak Tua Mahat tahu orang bukit yang dimaksudkan oleh lembaga botak itu ialah puaka hutan yang datang bersama lembaga berkepala botak itu. Disebabkan puaka hutan itulah lembaga berkepala botak yang mengembala burung wak-wak yang didekut oleh Pak Tua Mahat terkeliru hingga bertindak mengancam Pak Tua Mahat. "Sekarang, kau mensti lepaskan Jonoh..!" perintah Pak Tua Mahat mengencam. Lembaga berkepala botak itu berjanji akan melepaskan Jonoh. Perlahan-lahan Pak Tua Mahat melepaskan dia dari genggaman. Pak Tua Mahat juga hilang dari silauan cahaya putih memancar itu, hanya tinggal berbayang samar-samar di dalam gelap malam. Ketika ini kabus putih memanjang tadi naik semula menyusup ke celah rekahan tompok-tompok awan hitam di udara. Serentak dengan itu kedengaran semula bunyi tapak kaki sekawan lembu berlari kencang menyerbu ke arah Saban Keme bertahan. Lembu putih itu berombak-ombak datang dari sebelah hulu. Belum pun sempat kawanan lembu putih itu menyerbu hujan kasar turun dari tompok-tompok awan hitam menimpa kawanan lembu-lembu putih tersebut. Asap berkepul-kepul naik tergawang-gawang sebaik sahaja hujan kasar seperti air panas menimpa kawanan lembu yang datang menyerbu itu, menyebabkan semua kawanan lembu putih bertempiaran menyelamatkan diri. Kemudian sayup di udara kedengaran bunyi batuk berdeguh-deguh berulang kali. Awan hitam bertompok-tompok itu bergerak perlahan bertukar menjadi bulat seperti lekar. Deru angin kencang kedengaran bertiup dari sebelah atas hingga seram sejuk juga kepada Saban Keme. Dia memerhati keliling tetapi tidak kelihatan lagi mertuanya. Jonoh juga masih terlentang di pangkuannya walaupun tidak terkinjal-kinjal menendang angin seperti mula-mula tadi. Lembu-lembu putih yang berlari bertempiaran tadi datang semula menyerbu dari arah yang sama. Saban Keme dapat mengagak sekiranya lembu-lembu putih itu merempuh sudah tentu dia dan Jonoh remuk di bawah kakinya. Sebab itu Saban Keme tidak berhenti membacakan Ayat Kursi berulang kali seperti yang pernah saya pesankan kepadanya. Sayup di udara Saban Keme mendengar suara garau menghalau lembu-lembu dari celah lingkaran awan hitam. Tetapi lembu-lembu putih itu kelihatan bertambah banyak berombakombak datang mahu menyerbu. Saban Keme menunggu dengan tabah serbuan lembu-lembu putih yang datang menyerbu berombak-ombak itu. Mujurlah dia dapat melihat bagaimana lembu-lembu putih itu datang beratus-ratus ekor dari sebelah hulu. Tidak seperti Manan Sateh yang pernah mengalami keadaan serupa semasa dirempuh oleh kabus putih yang menyerbu laju dibawa ribut kencang tatkala mendekut wak-wak di Simpang Durian. Kawannya Mat Samah sudah pun mengingatkan Manan Sateh supaya tidak terlalu tamak setelah mereka berjaya mendapat dua karung burung wak-wak yang didekut. Tetapi Manan Sateh tidak hiraukan nasihat Mat Samah. Dia masih belum berpuas hati kerana melihatkan burung wak-wak masih banyak berlompatan turun ke tengah padang terlangah-langah mengejar silauan lampu yang disuluh oleh Mat Samah.

Manan Sateh terus menegakkan jaring pula supaya memudahkan dia memungut burung-burung yang tersangkut pada jaring. Belum pernah lagi dia dapat melihat terlalu banyak burung-burung berkenaan datang menyerbu bila didekut. Malam itu Manan Sateh dan Mat Samah melihat sendiri burung-burung wak-wak berlompatan dari udara terjun ke tengah padang. Puas Mat Samah menangguk hingga penuh dua karung pun, masih ada lagi burung wak-wak berlompatan turun. Sebab itulah Manan Sateh memasang jaring yang disediakan kalau burung-burung banyak datang menyerbu. Berkali-kali Mat Samah mengingatkan dia supaya tidak payah lagi memasang jaring. Tetapi Manan Sateh tidak tergamak balik segera meninggalkan rezeki sedang datang bergolek. Dia mesti memungut burung wak-wak yang sudah terlalu banyak menyerah diri setelah didekut itu. Sebaik sahaja jaring direntang inilah Mat Samah nampak kabus putih seperti bukit meluru menerpa jaring dari udara ditiup ribut kencang. Sekaligus Manan Sateh terperangkap di dalam kabus putih itu menyebabkan dia bergulung di dalam jaringnya sendiri. Setelah kabus putih itu menghilang bersama ribut kencang, Mat Samah segera menerpa mendapatkan Manan Sateh yang sudah terkapar tidak sedarkan diri. Mulut dan hidung Manan Sateh berbuih dengan darah. Matanya terbeliak dengan kakinya terkinjal-kinjal menggelupur. Dengan tidak menghiraukan burung wak-wak yang sudah penuh dua karung, Mat Samah memapah Manan Sateh balik. Hampir tiga bulan Manan Sateh menderita sakit hinggakan luruh rambutnya di kepala. Setelah dijemput Pak Tua Mahat di Mentaus, barulah Manan Sateh dapat dipulihkan semula. Ketika ini memang Saban Keme dapat mengagak bahawa lembu-lembu putih yang menyerbu ke arahnya itu sama dengan kabus putih yang merempuh jaring Manan Sateh. Dengan tidak bertangguh lagi Saban Keme terus melaungkan azan sekuat hatinya hingga bergema sampai ke udara. Gema azannya itu seolah-olah menggegarkan di kawasan lembu-lembu putih itu berlari kencang, menyebabkan semua lembu-lembu itu bagaikan tertumus ke tanah. Mereka jatuh bertimpa-timpa sama sendiri akibat tertumus keras semasa menyerbu datang. Semasa dia berpaling ke hulu, Saban Keme nampak dua tapak kaki seperti bukit memijak lembu-lembu itu hingga penyek. Dia tidak melihat lembaga kaki tersebut, tetapi hanya terbayang-bayang dari silauan cahaya putih memancar. Setiap kali tapak kaki itu memijak, bunyi lenguhan lembu-lembu berbaur-baur hingga sampai ke udara. Sekaligus pula lingkaran awan hitam bergerak perlahan-lahan di udara lantas menurunkan hujan gerimis. Dalam hujan gerimis yang turun menyimbah membasahi kepala Saban Keme inilah, Jonoh mula menggeliat-geliat menyapu mukanya. "Eh, hujan ke, bang?" soal Jonoh bingkas bangun terpinga-pinga. "Emm, hujan" beritahu Saban Keme perlahan. "Mana ayah?" Jonoh bangun berdiri memerhatikan sekelilingnya. "Eh, mana wak-wak, tak ada ke kita dapat?" dia tidak tahu apa yang terjadi ke atas dirinya sejak dua jam sebelumnya. Saban Keme tidak menyahut. Dia tidak tahu bagaimana mahu menerangkan kepada Jonoh

apa yang telah dilihatnya. Mungkin Jonoh sendiri tidak percaya dia tidak sedarkan diri hampir dua jam di tengah sawah dalam kegelapan malam itu. "Mana ayah, bang?" ulangi Jonoh lagi. Saban Keme memuncungkan bibirnya ke busut tempat mertuanya berdiri. Tetapi tidak siapa pun dilihat berdiri di situ. Bayangan mertuanya pun tidak kelihatan langsung. Berdebar juga hati Saban Keme setelah mendapati mertuanya tidak juga muncul. Kalau dia mengajak Jonoh balik meninggalkan kawasan itu, bimbang juga dia akan dimarahi mertuanya. Sejak tadi lagi dia sudah diperintah menjaga Jonoh di situ. Masakan mertuanya sudah balik lebih awal dengan tidak mempedulikan keadaan Jonoh yang tidak sedarkan diri. Dia percaya tentu mertuanya akan datang juga ke situ. Tentu mertuanya tidak tahu fasal Jonoh sudah pulih semula. Hujan gerimis turun semakin kasar. Saban Keme terasa bajunya juga sudah basah disimbah hujan. "Hei, bang marilah kita balik..hujan lebat ni" kata Jonoh menarik tangannya. "Nantilah dulu, ayah suruh tunggu di sini" ujarnya perlahan. "Mana ayah?" Jonoh tidak sabar mendesak. "Tunggulah kejap" Saban Keme mengingatkan. Dia terhangak-hangak juga memanjangkan leher mencari mertuanya di dalam gelap malam yang mula kelam oleh hujan gerimis menitik kasar. "Apa jadi pada aku, bang...?" tiba-tiba Jonoh bertanya setelah menyedari dia masih berada di tengah sawah di dalam gelap demikian. "Balik nantilah aku ceritakan" sahut Saban Keme terlangah-langah mencari mertuanya Pak Tua Mahat. Dia tetap menunggu di situ sekalipun hujan turun semakin lebat mencurah-curah. Mertuanya sudah menyuruh dia bertahan di situ sampai orang tua itu datang semula. Sebab itulah dia tidak akan balik lebih awal selagi mertuanya tidak terjongol. Kira-kira 15 minit Saban Keme menunggu barulah dia nampak bayang mertuanya terjengket-jengket dari balik busut merempuh hujan gerimis semakin kasar. Dia menjinjing sebatang kayu yang terikat burung wak-wak di situ. Sampai sahaja di depan Saban Keme dia menyuruh masukkan burung wak-wak yang terikat pada kayu itu ke dalam buntil. "Jangan dibilang berapa ekor..." kata Pak Tua Mahat mengeluarkan celapah rokok dari saku seluarnya. Dia mengambil rokok daun yang siap bergulung lantas menghisapnya di dalam hujan yang mula turun lebat. Di dalam hujan itulah mereka bertiga meranduk kegelapan balik ke rumah.

28. TOK AWANG NGAH - PUKUL CUCU UNTUK MATIKAN DATUK


SELAMA tiga hari tiga malam Tok Sagak terkejang di tengah rumah dihadap oleh anak-anak dan cucucucunya. Nafasnya kencang turun naik dengan mata terpejam. Badannya sudah tidak bergerak selama tiga hari tiga malam itu juga. Orang-orang kampung sudah tiga malam juga berturut-turut berhimpun sampai empat puluh orang membacakan Yassin. Tetapi Tok Sagak tercungap-cungap juga terkejang di tempat tidurnya. Anak-anak dan cucu-cucunya memang rela dia menghembuskan nafasnya lebih cepat dari terkejang saja tidak bergerak-gerak. Masing-masing berdoa biarlah Tok Sagak menghembuskan nafas dengan aman tenteram, asalkan tidak menanggung kepayahan seperti yang dideritainya ketika itu. Mat Joi menantunya yang tua duduk di hulu kepalanya mencecahkan air yang sudah dibacakan Yassin ke mulutnya. Tetapi mulutnya tidak bergerak-gerak lagi sekalipun Mat Joi menggunakan hujung daun sirih untuk menyudukan air ke mulut orang tua berkenaan. Lambat air yang tergenang di bibirnya itu masuk ke dalam mulut melalui rekahan bibirnya yang terbuka sedikit. "Emmm, susahnya dia nak pergi" keluh Mat Joi sambil menyudukan air yang didoakan dengan bacaan Yassin itu ke mulutnya menggunakan hujung daun sirih. "Mengucap Tok" cucunya Tahrim membongkok membisikkan ke telinganya. "Ingatkan Allah, Allah... Allah, ingatkan Allah Tok" Tahrim membisikkan kuat sedikit. Tetapi Tok Sagak tetap terpejam tidak bergerak apa-apa. Nafasnya kencang turun naik tercungapcungap. Dia tidak lagi mengerang-ngerang sakit seperti tiga hari sebelumnya. Tidak lagi menggeliatgeliat meminta picitkan betis, paha, lengan, kepala dan dada. Dia sudah nazak menunggu panggilan Ilahi pada saat yang ditetapkan. Memang siapa pun tidak mengetahui masa yang tidak diundurkan dan tidak didahulukan walau sesaat pun itu. "Ingatkan Allah, Tok. Allah, Allah, Allah..." Tahrim tidak lekang bibir dari telinga datuknya. Dia berdoa biarlah datuknya sentiasa mengingati Allah dalam perjalanannya yang demikian. Tiga hari sebelumnya Tok Sagak mengerang-ngerang sakit di seluruh badannya. Kaki, betis, paha, lengan dan kepala semuanya berdenyut-denyut. Merintih-rintih dia minta dipicitkan. Anak-anak dan cucu-cucunya tidak lekang duduk menjaga disisinya bertukar ganti. Tahrim yang bertugas dengan askar pun diberitahu mengenai datuknya yang sakit, terpaksa balik tergesa-gesa. Tetapi Tahrim tidak dapat lagi bercakap-cakap dengan datuknya. Dia sampai di kampung Tok Sagak sudah sehari semalam tidak dapat bercakap lagi. Tubuhnya terkejang saja tidak bergerak-gerak. Hanya nafasnya saja kencang turun naik tercungap-cungap. Semua sanak saudaranya tahu Tahrim memang cucu kesayangan Tok Sagak. Sepanjang masa dia mengerang-ngerang tiga hari sebelumnya sempat juga dia menyebut nama Tahrim berulang kali.

"Cubalah panggilkan sesiapa yang tau" tiba-tiba saja Pak Sidi adik Tok Sagak bangun dari hujung serambi. Gelisah juga dia melihat keadaan abangnya yang tercungap-cungap nazak sejak tiga hari tiga malam. "Cuba-cuba bolehlah..." sahut Mat Joi mendongak ke pintu tengah memerhatikan Pak Sidi berjalan ke tengah rumah. "Di Kampung Hilir tu, Bilal tu...cuba-cubalah tanyakan..." ujarnya memberitahu mengenai ayah saya. "Haa, dia tu...anak Tok Aji" Pak Sidi lantas terangguk-angguk bersetuju dengan cadangan Mat Joi. Tidak bertangguh lagi dia menyuruh Tahrim ke Kampung Hilir menjemput ayah saya. Malam itu juga ayah saya ke rumah Tok Sagak. Ketika ayah saya sampai keadaan Tok Sagak masih tidak berubah, tetapi mulutnya sudah berbuih putih. Mungkin juga buih itu berpunca dari Surah Yassin yang tidak turun ke kerongkongnya. "Dah baca Yassin?" soal ayah saya sebaik saja dia melepaskan lelah. "Sudah tiga malam berturut-turut, Bilal...." sahut Pak Sidi menghela nafas. "Cubalah Bilal tengok-tengokkan, di mana lagi silapnya" ujarnya tidak sabar lagi melihat keadaan abangnya yang tercungap-cungap. "Takat tengok-tengokkan, awak pun boleh tengokkan!" ujar ayah saya berjenaka. Memang sikap ayah saya suka berjenaka sekalipun dalam keadaan orang-orang disitu semuanya resah gelisah. "Ustaz, tak ada balik Tok Bilal?" tanya Mat Joi pula, kerana dia tahu anaknya Tahrim memang berkawan baik dengan saya. "Minggu ni tak balik pula..." beritahu ayah saya tersengih-sengih. Setelah duduk beberapa minit, barulah ayah saya merapati Tok Sagak yang sudah nazak itu. Dia membongkok melekapkan telinganya ke dada orang tua berkenaan sambil mulutnya terkumat-kamit membacakan: Allahhu yaptafilan-fusihina mautiha-wallati lamtamut-fimanamiha fayum-saqullati qadaalihalmaut, wayarsilauhra illa-ajalun masammim inna-fizalikaliayatun likulli-yatafaqarun...

Nafas Tok Sagak yang kencang mula beransur kendur, tetapi dia menghelanya panjang sambil menghembuskan pula satu-satu. "Siapa anak atau cucunya yang paling dia sayang?" soal ayah saya memerhati Pak Sidi. Menggeleng-geleng kepala Pak Sidi, kerana dia tidak dapat mempastikan siapakah di antara anak-anak atau cucu-cucunya yang menjadi kesayangan Tok Sagak. Sepanjang ingatan Pak Sidi semua cucu-cucu dan anak-anaknya mendapat kasih sayang yang sama dari Tok Sagak.

"Selalunya kalau ada apa-apa hal hendak dicakapkannya..." kata anak perempuannya yang tua Ulung Mahawa, "Dia cakap pada Tahrim saja. Memang Tahrim pun yang rapat sangat dengan dia...!" ujarnya memuncungkan bibir pada anaknya Tahrim. "Kalau macam tu, Tahrim ke mari" ayah saya menggamitnya. Tahrim mendekati ayah saya dengan menginsut punggung. "Duduk disitu, dan letakkan mulut kau ke telinganya" ayah saya macam memberi perintah. Tahrim mengikut saja perintah ayah saya lantas duduk di sisi kepala datuknya membongkok meletakkan mulutnya ke telinga orang tua itu. "Ikut apa yang aku cakap" ayah saya menepuk bahunya. Tahrim mengangguk memberi isyarat sudah bersedia melakukan apa saja yang dikehendaki oleh ayah saya. "Atuk, pulanglah dulu. Segala yang tinggal ini terletak atas bahu aku..." kata ayah saya menyuruh Tahrim membisikkan ke telinga Tok Sagak. Tahrim membisikkan seperti yang diajarkan oleh ayah saya itu. Beberapa saat Tok Sagak membuka matanya, tetapi kemudian dipejamkan semula. Nafasnya satu-satu memanjang membayangkan betapa payahnya dia mahu bernafas dalam keadaan demikian. Kepayahan inilah yang menyebabkan sanak-saudaranya tidak sanggup lagi membiarkan dia lebih lama menanggung penderitaan tersebut. "Sekarang, kau cium pusatnya" perintah ayah saya selanjutnya. Tahrim beredar dari sisi kepala datuknya menginsut punggung ke sebelah rusuk datuknya pula. Dia membongkok mengucup pusat datuknya sambil menunggu arahan ayah saya seterusnya. Tetapi ayah saya tidak menyuruh apa-apa lagi. Dia membiarkan Tahrim membongkok mencium pusat datuknya. Kemudian dia mengisar-ngisar tangannya membaca doa lantas dihembuskannya perlahan-lahan ke kepala Tahrim. Selepas itu dia bangun membuka ikat tali pinggangnya. Dengan tidak diduga oleh sesiapa pun ayah saya memukulkan tali pinggang itu ke belakang Tahrim. Dua kali ayah saya memukulnya sebagai isyarat saja, tiba-tiba saja Tok Sagak menghembuskan nafasnya yang terakhir. "Alhamdulillah" ayah saya tersenyum setelah diberitahu mengenai Tok Sagak sudah pun menghembuskan nafasnya. "Kalau tidak sampai beratus kali pun kau kena tahanlah kena pukul Tahrim" katanya mengusik anak muda itu. Tahrim tersengih-sengih. Dia tahu ayah saya memang suka berjenaka. Dia tidak peduli sama ada suasana gembira atau suasana muram dia tetap suka berjenaka. "Kalau sampai pengsan kena pukul pun, atuk punya fasal tak apa Tok Bilal...." ujar Tahrim terharu. Dia tidak sedih lagi dengan kehilangan datuknya, tetapi terharu dengan kejadian yang dialami oleh datuknya itu. Sejak balik ke kampung setelah diberitahu mengenai datuknya sakit tenat, Tahrim sentiasa

gelisah dengan keadaan orang tua itu. Dia sudah melakukan segala nasihat datuk saudaranya Pak Sidi, membukakan sekeping atap, sekeping lantai dan membuangkan anak tangga bongsu. Masing-masing mengagak tentulah Tok Sagak mengamalkan ilmu 'sangka bunuh' menyebabkan terlalu sukar baginya mahu menghembuskan nafas. Tetapi setelah dilakukan petua-petua menghapuskan ilmu 'sangka bunuh' dengan membukakan atap sekeping, lantai sekeping dan membuang anak tangga bongsu, ternyata Tok Sagak tidak mengamalkan ilmu tersebut. Dia terus nazak dengan mengharapkan pertolongan bagi melepaskan dirinya dari kepayahan tersebut. Setelah Tok Sagak meninggal dunia jenazahnya dibujurkan sementara menunggu hari siang. Ayah saya pun balik ke rumah selepas tugasnya disitu selesai. Semasa ayah saya sampai di rumah, saya sudah pun balik ke kampung. Dia terus memberitahu saya mengenai kematian Tok Sagak. Disebabkan sudah pukul 1.30 pagi ayah saya balik ke rumah menyampaikan khabar kematian Tok Sagak tidak dapatlah saya menziarahinya pada malam itu. Esoknya barulah saya menziarahi jenazah Tok Sagak bersama ayah saya. Ketika kami sampai pukul 10.00 pagi, sanak saudaranya sedang memandikan jenazah kerana mahu segera dikebumikan. Tahrim memberitahu saya bau jenazah itu sudah mula mengganggu, walaupun kebiasaannya jenazah tidak akan berbau kalau satu malam saja ditangguhkan pengkebumiannya. Keadaan di atas rumah juga menjadi gempar kerana sewaktu dimandikan daging jenazah pula menjadi reput bila digosok hingga terlekat pada sabun. "Macam mana ni...?" Ulung Mahawa mula tersengguk-sengguk melihat daging jenazah mudah saja terlekang bila digosok kuat sedikit. Melihat keadaan tersebut ayah saya menasihatkan supaya jenazah dimandikan dengan tidak payah digosok. Hanya disiramkan saja air mengikut ala kadar saja bagi mengelakkan daging jenazah habis luruh. Bau busuk juga meruap-ruap sekali sekala bila angin bertiup, seolah-olah jenazah itu sudah tiga hari meninggal dunia. Atas sebab-sebab demikianlah pengurusan mengkebumikan jenazah dilakukan dengan segera. Memandikan jenazah pun tidak memakan masa yang lama, hanya cukup sekadar dapat dibersihkan saja. Selepas itu dikapan dengan dibubuh banyak sedikit kapur barus. Setelah selesai disembahyangkan, kami sama-sama menghantarkannya ke kubur. Tahrim disuruh oleh ayah saya memikul usungan dengan tidak digilir-gilir hingga sampai ke kubur. Dia juga menyambut jenazah dari lubang kubur untuk dimasukkan ke liang lahad. Semua yang disuruh oleh ayah saya dipatuhi oleh Tahrim. Saya juga ikut sama memikul usungan Tok Sagak, tetapi kami memikulnya secara bergilir-gilir. Pada malam selepas Tok Sagak dikebumikan, Mat Joi datang ke rumah ayah saya kira-kira jam 12.30 malam memberitahu Tahrim tidak sedarkan diri secara tiba-tiba. Tubuhnya menggeletar seperti orang dalam ketakutan, matanya meliar memerhati sekeliling kasau atap, sambil bibirnya kumat-kamit merungut tidak tentu biji butir.

Disebabkan saya masih berada di kampung, saya pun ikut menemankan ayah saya ke rumah Mat Joi setelah diberitahu mengenai kejadian yang menimpa diri Tahrim. Kebimbangan yang bersarang di hati Mat Joi selepas kematian mertuanya, bertambah lagi dengan keadaan Tahrim. Apa lagi cuti Tahrim juga sudah tamat tempohnya. Ketika saya bersama ayah saya sampai, saya dapati Tahrim menyorokkan mukanya di bawah bantal. Dia terketar-ketar bagaikan menghadapi ancaman yang amat mengerikan. Tidak ada sepatah kata pun terluah dari mulutnya kecuali rungutan yang tidak difahami biji butirnya. "Tok Bilal tengokkan laa Tahrim ni...." ujar Ulung Mahawa terharu setelah mempersilakan kami duduk. "Tolong laa....tengokkan Ustaz, apa kenanya Tahrim ni...besok nak balik kerja dia tu" jelasnya bercampur bimbang sekiranya Tahrim tidak dapat balik bertugas semula setelah cutinya berakhir. "Hah, tengokkanlah Angah" ayah saya menepuk paha saya. Serba salah juga saya apabila ayah saya sudah melepaskan tanggungjawab yang diharapkan oleh Mat Joi darinya itu, kepada saya pula. Kadangkala berdetak juga hati saya tidak mahu menziarahi teman-teman yang menghadapi gangguan seperti dialami oleh Tahrim. Tetapi sekali sekala saya balik ke kampung hati saya merasa macam bersalah kalau tidak menziarahi jiran-jiran atau kawan-kawan yang sakit demikian. Tujuan saya untuk menziarahi sudah bertukar pula dengan harapan keluarga berkenaan meminta diubati si sakit. Sewaktu Mat Joi datang menjemput ayah saya, tujuan saya mengikutnya semata-mata untuk menziarahi Tahrim yang dikatakan sakit. Tetapi ayah saya sendiri yang menyuruh saya mengubati Tahrim. "Tengokkanlah Ustaz, Tahrim ni.." desak Ulung Mahawa lagi. Saya tidak menyahut. Saya mendekati Tahrim yang menyembunyikan mukanya di bawah bantal. "Apa kena kau Tahrim?" soal saya menepuk-nepuk bahunya. Dia menggeleng-gelengkan kepala sambil mulutnya merungut-rungut. Tidak dapat saya fahami langsung biji butirnya. "Apa yang kau nampak?" soal saya lagi. Tahrim merungut-rungut juga, sambil jari telunjuknya menuding ke ceruk pintu. "Tak ada apa pun di situ..." beritahu saya tersengih-sengih. "Bukalah muka kau, tak ada siapa pun di situ" kata saya merenung ke ceruk pintu yang ditudingnya. Lama saya merenung ke situ barulah saya nampak berbayang-bayang Tok Sagak berdiri melambailambai. Saya terus bangun mendapatkan Tok Sagak lantas berjabat tangan. Kemudian saya mengajak ke serambi duduk disitu, sambil saya memarahi dia kerana datang mengganggu Tahrim. "Tok, bukan nak ganggu dia...tok nak jaga dia.." ujar Tok Sagak perlahan. "Tak perlu tok jaga dia" jelas saya memujuknya.

"Allah lebih baik melindungi dia dari tok sendiri" kata saya mengingatkan dia. "Tok sayangkan dia..." balasnya menunduk. "Allah lebih sayangkan dia dari tok" saya masih berkeras tidak membenarkan dia mengganggu Tahrim. Dia terdiam bila saya bacakan Surah Al-Ikhlas di depannya 11 kali, menyebabkan dia menangis tersedusedu. "Tok jangan menangis, janganlah tok bimbangkan dia. Allah lebih sempurna pemeliharaanNya dari tok" ujar saya tegas. "Sedangkan tok sendiri pun mengharapkan perlindungan Allah, macam mana tok nak melindungkan orang lain. Tok pun makhluk yang lemah..." kata saya menepuk-nepuk bahunya berulang kali. Dia mengangguk-angguk mempersetujui nasihat saya. "Baliklah tok dulu..Tahrim pun nak balik bekerja besok. Nanti kalau Tahrim dibuang kerja, tentu tok juga tak sukakan?" ujar saya memujuknya. Bayangan Tok Sagak mengangguk. Dia bangun lemah dari tempat duduknya meminta diri untuk meninggalkan rumah tersebut. Sebelum dia menuruni tangga sempat dia masuk ke dalam mengucup dahi Tamrin. Kemudian dia berjabat salam dengan saya sebelum meninggalkan rumah tersebut dengan linangan air matanya. Kira-kira setengah jam selepas itu saya merasa bahu saya ditepuk. Apabila saya berpaling saya dapati ayah saya tersenyum gembira. "Alhamdulillah.." kata saya memberi isyarat dengan ekor matanya menunjukkan Tahrim sudah mula sedarkan diri sekalipun tubuhnya masih lemah lagi. "Apa kena kau Tahrim?" tanya ayah saya tersengih-sengih mengusiknya. "Entahlah, Tok Bilal" sahutnya menggeleng-geleng lemah. "Apa kenanya Ustaz?" Ulung Mahawa pula mendesak saya. "Entahlah Ulung" beritahu saya serba salah mahu menerangkan sesuatu yang tidak dapat hendak digambarkan kepadanya. "Tahrim dah sembuh, syukurlah" ujar saya supaya tidak didesak lagi oleh Ulung Mahawa. Bagaimanapun Ulung Mahawa tidak puas hati dengan jawapan saya itu, tetapi dia tidaklah berani mendesak sangat. Jauh di sudut hati Ulung Mahawa dia menuduh ada di antara saudara-maranya yang irihati kepada anaknya Tahrim, disebabkan dia merupakan cucu kesayangan aruah Tok Sagak. Sebab itulah mereka melakukan apa saja untuk memusnahkan Tahrim. Namun saya tetap menafikan anggapan Ulung Mahawa itu. Inilah menyebabkan dia tidak berpuas hati dengan penjelasan saya.

Hanya beberapa bulan selepas itulah baru Tahrim menceritakan kepada emaknya, dia ketakutan sewaktu dikatakan tidak sedarkan diri itu, kerana aruah datuknya Tok Sagak datang mengajaknya pergi. Puas Tok Sagak menghulur tangan meminta Tahrim memautnya, tetapi Tahrim ketakutan untuk menyambut tangan aruah datuknya. Entah mengapa Tahrim dapat berfikir bahawa datuknya baru saja meninggal dunia sebelah siangnya. Sebab itulah dia tidak mahu menyambut tangan yang dihulurkan oleh Tok Sagak mengajaknya pergi dari situ. Dia seolah-olah nampak datuknya berbual-bual dengan saya di serambi. Pada mulanya dia nampak datuknya bercakap dengan suara lantang tidak puas hati kerana saya menghalang dia dari membawa cucunya. Tetapi suaranya lama kelamaan merendah hingga menangis teresak-esak. Tahrim pula tidak tahu apa yang saya cakapkan bersama datuknya. Tidak lama setelah datuknya bercakap-cakap dengan saya, Tahrim dapat melihat dengan jelas datuknya mencium dahinya sebelum pergi menuruni tangga. Selepas itu tiba-tiba saja sekitar rumah menjadi gelap gelita beberapa minit, hingga dia terkejut bangun dari tidurnya. Hairan juga dia bila didapatinya saya dan ayah saya beserta beberapa orang jiran lain ada di sisinya. Tetapi cerita Tahrim tidak habis disitu saja. Sehingga dia berhenti askar pun saya mendengar cerita mengenai keistimewaan dirinya, sedangkan dia sendiri tidak mengetahui dari mana datangnya keistimewaan tersebut. Saya mendengar cerita Tahrim menolong sepupunya menebang pokok rambai berhampiran dengan rumahnya. Semasa pokok rambai tumbang, Tahrim tidak dapat mengelakkan diri lantas dihempapnya. Sepupunya Mat Derih menjadi panik, lantas melaung memanggil jiran-jiran datang membantu. Sewaktu jiran-jiran sampai, Tahrim merangkak-rangkak keluar dari bawah dahan dan ranting-ranting rambai yang menimpanya. Hanya bahu dan belakangnya saja calar-calar ringan, sedangkan seluruh anggota badannya tidak terjejas langsung. Bila ditanyakan oleh Mat Derih mengenai peristiwa tersebut, Tahrim hanya menggeleng-geleng kepala saja, kerana dia sendiri pun tidak tahu apa yang telah terjadi. Semasa masih berkhidmat dalam askar pun, Tahrim pernah mengalami kejadian yang tidak disangkasangkanya. Pasukannya telah membuat operasi jauh ke hutan. Apabila berkhemah di satu kawasan Tahrim ditugaskan berkawal hingga tengah malamnya. Dengan tidak disedarinya Tahrim merasai tersangat mengantuk lantas tertidur waktu berkawal ini. Kira-kira jam 2.00 pagi seorang anggota lain yang ditugaskan menggantikan tempat Tahrim berkawal datang ke tempat dia berkawal. Alangkah terkejutnya kawan itu apabila dilihatnya Tahrim tidur nyenyak di atas perut seekor harimau yang berbaring di sisinya. Keesokan harinya Tahrim disoal oleh ketuanya mengapa tidak mahu digantikan berkawal oleh rakannya, dia sendiri terpinga-pinga tidak tahu apa yang telah berlaku ke atas dirinya. Apabila diberitahu oleh kawannya dia tertidur di atas perut harimau yang mengambil alih tugasnya berkawal, Tahrim hanya menerangkan semuanya itu cerita karut. Setelah bersara dari askar Tahrim menetap semula di kampung. Setiap kali saya balik ke kampung, saya akan singgah minum kopi di warung kecil yang dibukanya.

"Beginilah Ustaz" kata Tahrim tersengih-sengih bila saya singgah minum kopi di warungnya. "Masa muda jadi askar, dah tua jadi jaga" ujarnya berjenaka. "Tapi jadi jaga di warung ni bagus, Rim" sahut saya tersenyum. "Bukannya jadi jaga berdiri depan bank perhatikan orang keluar masuk bawa duit. Tapi jadi jaga di warung ni, sendiri memerhatikan duit keluar masuk" saya sengaja mengusiknya. Bagaimanapun setiap kali saya mahu membayar duit kopinya, Tahrim tetap menolak. "Bukan selalu Ustaz minum di warung ni, sekali-sekala aje" katanya memasukkan semula wang yang saya berikan ke poket saya.

29. TOK AWANG NGAH - DURI IKAN SEMBILANG DITUSUK KE KEPALA


KEMERIAHAN majlis perkahwinan yang berlangsung di rumah Mat Sunud bertukar menjadi muram. Sebelum berlangsung majlis berinai pada sebelah malamnya, telah berlaku kekecohan di sebelah petangnya ketika rombongan pengantin lelaki datang dari Tangkak di Johor. Keputusan kedua pihak keluarga pada peringkat awalnya sudah dimungkiri. Semasa perundingan awal diadakan bagi melangsungkan perkahwinan Masimah anak gadis Mat Sunud di Tanjung Karang, memang sudah dipersetujui majlis persandingan hanya diadakan di sebelah pihak perempuan saja. Persetujuan ini dicapai memandangkan kampung mereka berjauhan. Kalau mahu diadakan juga terpaksalah diadakan selang seminggu pula. Ketika ini sanak saudara juga ramai yang membuat kenduri nikah kahwin. Pihak keluarga lelaki memanglah bersetuju majlis persandingan dilangsungkan di sebelah pihak perempuan saja. Entah macam mana kekecohan mula berlaku sebaik saja pengantin lelakinya Jabal ditempatkan di rumah jiran pengantin perempuan sebagai tempat persinggahan, tiba-tiba saja pihak perempuan mahu juga diadakan majlis bertandang di rumah keluarga pengantin lelaki di Tangkak. Pada mulanya pihak keluarga pengantin lelaki berkeras juga, kerana tidak sanggup mengadakan dua kali kenduri. Semasa mereka menghantar pengantin lelaki memang sudah diadakan kenduri membaca doa selamat. Tentulah menjadi serba salah untuk memanggil jiran-jiran semula sekiranya mahu diadakan juga majlis bertandang itu. "Minta maaflah bisan..." Mak Icum memeluk leher Hajah Semiah ketika menyampaikan keputusan sanak saudaranya. "Dah kemudian pula timbulnya desakan dari bapa-bapa saudara Masimah" katanya menangis teresakesak menahan malu apabila pihak sanak saudaranya bersikap demikian. Sekiranya dia enggan menyampaikan keputusan tersebut, mereka semua akan memulaukan majlis persandingan berkenaan. Alasan yang mereka berikan ialah Masimah bukan janda. Sebab itulah mereka memaksa mesti diadakan juga majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki. Lagi pun semasa rundingan awal dibuat, hanya Mat Sunud saja yang memutuskan dengan tidak memanggil sanak saudara yang lain. Walaupun pada mulanya Hajah Semiah emak Jabal yang ikut sama dalam rombongan menghantar anaknya enggan menurut kemahuan pihak perempuan disebabkan mungkir janji, tetapi dia kasihan juga melihat keadaan Mak Icum yang sudah merayu-rayu mengakui akan kesilapan pihaknya itu. Terpaksalah Hajah Semiah menerima dengan tabah hati keputusan yang tidak diduganya. Semasa rombongan pengantin lelaki balik semula ke Tangkak petang itu juga, Jabal ditinggalkan bersama emak saudaranya Ngah Rupai, dan sepupunya Berahim yang menjadi pengapit pengantin. Semasa majlis berinai hendak diadakan, Masimah yang sudah duduk di pelamin tiba-tiba tergolek ke bawah. Dia menggelupur bagaikan ikan tidak mendapat air di atas riba Mak Andam. Mereka yang berkerumun di atas rumah mahu melihat pengantin perempuan di atas pelamin menjadi gempar dengan kejadian tersebut. Cepat-cepat pula Mat Sunud berkejar ke rumah jirannya Bahar tempat persinggahan pengantin lelaki, memberitahu supaya ditangguhkan dulu kedatangan pengantin lelaki.

Sebaliknya apabila Mat Sunud sampai di rumah Bahar, beberapa orang yang menemani pengantin lelaki juga menjadi cemas kerana Jabal terlentang di hujung serambi mengerang-ngerang sakit kepala. Dia juga masih belum lagi memakai pakaian pengantin untuk majlis berinai. Sementara di khemah di hujung halaman, masing-masing belum mengetahui peristiwa yang menimpa kedua-dua pengantin. Mereka asyik mendengar permainan pancaragam yang mendendangkan lagu-lagu merdu. "Macam mana kita nak buat ni?" tanya Ngah Rupai berpaling pada Mat Sunud. Dia memicit-micit kepala Jabal bagi mententeramkan anak muda berkenaan. "Nantilah, saya suruh budak-budak panggilkan dukun" sahut Mat Sunud lantas menghilangkan diri di celah-celah orang ramai yang berkerumun di serambi rumah Bahar. Tidak lama kemudian dia muncul semula dengan termengah-mengah mengesat peluh pada lehernya. "Tengoklah kejap lagi, saya dah suruh budak panggilkan dukun" ujarnya mengeluh lemah. "Masimah, apa khabarnya?" soal Bahar pula setelah diberitahu mengenai Masimah juga tidak sedarkan diri. "Entahlah..., macam tu juga nampaknya" Mat Sunud menggeleng-geleng kepala tidak keruan. "Adakah Pak Nud syak sesiapa yang buat...?" Bahar merasakan bertanggungjawab penuh ke atas pengantin lelaki, disebabkan rumahnya dijadikan tempat persinggahan. Apa yang berlaku ke atas Jabal dia tidak boleh lepas tangan begitu saja. Mat Sunud menggeleng kepala. Sukar juga dia mahu menuduh sekiranya tidak ada bukti yang sahih. Lagi pun menuduh dengan tidak ada bukti mungkin menyebabkan orang marah, sehingga menambahkan lawan di dalam kampung sendiri. Perkahwinan anaknya Masimah dengan Jabal pun bukanlah atas pilihannya, tetapi mereka berdua berjanji setelah bertemu di Kuala Lumpur. Mereka sama-sama bekerja di Kuala Lumpur. Di mana mereka mula bertemu, kemudiannya memadu janji hingga memutuskan untuk ke jinjang pelamin, Mat Sunud sendiri tidak tahu. Setelah anaknya Masimah memberitahu Jabal akan masuk meminang, dia hanya menerima dengan dada yang tebuka. Dalam rundingan dengan keluarga Jabal, memang Mat Sunud sendiri bersetuju majlis bersanding dibuat di Tanjung Karang saja kerana kalau mahu bertandang pula ke Tangkak banyak masalahnya. Setelah diputuskan perundingan, tiba-tiba saja abang isterinya yang tinggal di Felda Jengka tidak bersetuju majlis bersanding itu habis di Tanjung Karang saja. Semua sanak saudara Mak Icum menyalahkan Mat Sunud kerana membuat keputusan sendiri, apabila menetapkan hari perkahwinan Masimah dan Jabal. "Ini kerja orang dengki ni, dia sengaja nak beri malu Pak Nud agaknya" gerutu Bahar menggertap bibir. Geram benar dia dengan perbuatan yang tidak bertanggungjawab semasa pengantin hendak naik ke pelamin untuk upacara berinai. "Entahlah, Bahar...mati akal aku!" keluh Mat Sunud mengesat pelupuk matanya.

Jabal mengerang-ngerang menahan kesakitan yang menyucuk-nyucuk tengkorak kepalanya. Dukun yang dipanggil tidak juga datang lagi setelah setengah jam mereka menunggu. Ketika ini orang memanggil Mat Sunud dari rumahnya kerana keadaan Masimah masih membimbangkan. Bergegas-gegas pula Mat Sunud balik ke rumah dalam keadaan cemas mencengkam hatinya. "Apa ikhtiar kita makcik?" tanya Bahar berpaling pada Ngah Rupai. "Tak tau laa makcik, terpulanglah pada orang sini" sahut Ngah Rupai sambil jarinya memicit-micit kepala Jabal. Peluh membasahi belakang Jabal hingga bajunya lembab. Terpaksalah pula Ngah Rupai membukakan baju tersebut supaya suhu panas badan Jabal dapat dikurangkan. Dalam masa yang sama Masimah juga tidak beransur sembuh. Dia menggelepar dengan nafasnya sesak tercungap-cungap sama seperti ikan terdampar di pasir. Sehingga jam 11.00 malam barulah Mat Sunud memberitahu orang pancaragam supaya menghentikan permainannya, lantas memberitahu mengenai kejadian yang menimpa kedua mempelai. Bertambah lagi murungnya suasana setelah pancaragam memberhentikan permainannya. Hanya tinggal keluh kesah sanak saudara Mak Icum dan Mat Sunud melihatkan dua mempelai terlantar menahan kesakitan masing-masing. "Wak Golan dah ke Ulu Selangor, Pak Nud..." beritahu Jali Tenjot yang disuruh memanggil dukun. Sebaik saja disuruh memanggil dukun, Jali Tenjot terus menunggang motorsikal Hondanya ke rumah Wak Golan. Tetapi dia diberitahu Wak Golan sudah ke rumah anaknya di Gedangsa, Hulu Selangor. Bertambah hampa Mat Sunud setelah mendengar Wak Golan yang diharapkannya boleh memulihkan kedua mempelai tidak ditemui. Dia sendiri tidak tahu apa harus dilakukan. Sepanjang ingatannya hanyalah Wak Golan yang menjadi dukun di sekitar kampungnya. Kepada orang tua itulah mereka menggantung harapan sekiranya diancam gangguan demikian. Tetapi bila Wak Golan tidak ada mereka seolah-olah putus asa mencari ikhtiar yang lain. "Kalau sakit macam ni, carilah tok imam-tok imam ke, minta doakan...." ujar Ngah Rupai apabila diberitahu oleh Mat Sunud mengenai Wak Golan yang sudah pergi ke rumah anaknya di Gedangsa. "Hah, elok juga tu" sahut Bahar menyetujui cadangan Ngah Rupai. "Elok kita panggilkan Haji Madan, minta doa-doakan" katanya menggesa supaya segera diberitahu kepada Haji Madan. Jali Tenjot terus menunggang motorsikal Hondanya dengan tidak mendapatkan persetujuan dari Mat Sunud untuk memanggil Haji Madan di seberang jalan. Dia juga tahu Haji Madan guru agama di situ yang selalu ditemui oleh orang-orang kampung meminta jasa baiknya mendoakan anak-anak mereka supaya lulus dalam peperiksaan. Semasa Jali tenjot sampai di halaman rumah Haji Madan, isteri Haji Madan baru saja menghidangkan kopi kepada kami di serambi. Kebetulan saya singgah di rumah Haji Madan bersama seorang kawan lagi dalam perjalanan dari Teluk Intan. Setelah Jali Tenjot naik ke rumah, dia diperkenalkan oleh Haji Madan kepada saya dan Bumin, sambil mengajaknya minum kopi terlebih dulu.

"Apa halnya ni?" tanya Haji Madan lantas menghulurkan cawan kopi o ke hadapan Jali Tenjot. Tergagap-gagap Jali Tenjot menceritakan kejadian yang menimpa di majlis berinai anak Mat Sunud.Terbayang kegelisahan di wajahnya, disebabkan dia adalah anak saudara Mak Icum. Kejadian tersebut bukan saja memalukan keluarga dia, malah sebuah kampung menanggung malu kepada keluarga pengantin lelaki. Tentulah cerita mengenai kejadian tersebut tidak akan lenyap dalam masa sehari dua, kemungkinan akan menjadi buah mulut kepada seisi kampung. Majlis perkahwinan adalah bertujuan untuk sama-sama memeriahkan kedua mempelai, serta menemukan mereka dengan sanak saudara. Tetapi dengan kejadian yang tiba-tiba saja diserang sakit, bukanlah merupakan penyakit turun-temurun yang datang menyerang. Sudah tentulah ada orang yang iri hati melakukan kerja-kerja sihir bagi merosakkan nama baik keluarga Mat Sunud. "Emm, kita minum kopi dulu" ujar Haji Madan tersengih-sengih. "Kopi ni, Mak Aji kau sendiri yang tumbuk" katanya sambil mengerling isterinya yang tersenyum tersipusipu. Disebabkan Haji Madan sudah dijemput orang lantas saya mengajak Bumin balik, kerana saya menumpang keretanya. Tetapi kalau saya melalui jalan tersebut ke Teluk Intan, memang saya singgah di rumahnya. Kadangkala kalau melebihi jam 11.00 malam pun saya tetap singgah, kerana dia masih belum tidur lagi. Malah dia akan memarahi saya kalau tidak singgah sekiranya dia tahu saya ke Teluk Intan atau ke Kampung Gajah melalui jalan tersebut. "Biarlah saya minta diri dulu, tuan..." saya menghulur tangan untuk berjabat salam. "Hiss, nanti dulu Ustaz" katanya menepis tangan saya. "Ini Fardhu Kifayah, Jali ni datang betul-betul berharap, marilah sama" Haji Madan tidak membenarkan saya balik. "Tak apalah tuan, Bumin ni ada hal besok" saya cuba mengelak. "Halnya besok, bukan malam ni!" Haji Madan berkeras tidak mahu melepaskan saya pergi. "Macam mana Bumin?" sengaja saya mencuit Bumin. Belum pun sempat Bumin menyahut cepat-cepat Haji Madan memotong, "Bumin belum nak balik lagi tu, Ustaz ni aje yang pandai-pandai" dia bangun berdiri sambil meminta isterinya mengambilkan lampu picit. Dia menarik tangan saya mengikutinya ke rumah pengantin. Bumin hanya tersengih-sengih melihat telatah Haji Madan yang langsung tidak memberi peluang kami mengelakkan diri mengikutinya. Malam sudah mulai sepi, tetapi kawasan sawah luas terbentang itu nampak berbalam-balam cahaya api dari setiap rumah. Di jalan besar melintasi sawah itu juga sekali-sekala ada juga kereta meluncur.

Semasa kami sampai di rumah Mat Sunud pengantin perempuan masih berpakaian pengantin lagi, tetapi sanggulnya sudah terurai. Dia menggelepar-gelepar juga tercungap-cungap sukar bernafas seperti ikan terdampar di pasir. "Yang lelakinya di mana?" soal Haji Madan sebaik saja duduk menyandarkan belakang ke dinding. "Di rumah Bahar" beritahu Mat Sunud. Kemudian barulah Haji Madan memperkenalkan saya dan Bumin kepada Mat Sunud dan keluarganya. "Macam mana Ustaz?" Haji Madan menepuk bahu saya. "Terpulanglah pada tuan..." ujar saya menghela nafas. "Kalau macam tu, bawa pengantin lelaki tu ke mari" Haji Madan mencadangkan. "Di sini, boleh kita sama-sama ikhtiarkan" katanya semacam memberi arahan kepada Mat Sunud. Dengan tidak membantah Mat Sunud mengajak Jali Tenjot membawa pengantin lelaki ke rumahnya. Suasana muram di rumah pengantin itu jelas terbayang di setiap wajah yang lesu berceratuk memenuhi ruang rumah. Mereka masih kebingungan dengan peristiwa tersebut, walaupun sudah diusahakan dengan berbagai jampi serapah oleh beberapa orang yang berpengalaman juga mengubati penyakit seperti itu. Disebabkan Wak Golan tidak ada, dua tiga orang yang pernah berguru dengan Wak Golan telah mencuba kemampuan masing-masing. Namun Masimah dan Jabal tidak juga dapat dipulihkan. Ketika Jabal dipapah datang ke rumah Mat Sunud, mukanya pucat. Kuku jari-jarinya lebam. Dia mengerangngerang juga menahan sakit kepala. Haji Madan menyuruh dibaringkan Jabal berhampiran dengan Masimah. Kemudian dia duduk di tengah-tengah pada bahagian hulu kepala. Dia menyuruh saya duduk di bahagian lunjur kaki kedua pengantin itu. Sebaik saja saya duduk tiba-tiba Masimah bingkas bangun lantas meludah saya berulang kali, menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut. Mat Sunud dan Jali Tenjot segera menerpa memegangkan Masimah yang tiba-tiba saja menjadi berang melihat saya duduk di lunjur kakinya. Sekali-sekala dia mengerling ke arah Jabal yang terbaring mengerang-ngerang menahan sakit kepalanya yang mendenyut-denyut. "Kenapa kau marahkan dia....!" jerkah haji Madan menepuk dua tangannya ke paha. "Orang ni jahat" sahut Masimah ketawa terkekeh-kekeh, menudingkan jarinya ke arah saya. "Ha, ha...sekarang kau dah tunjukkan diri kau..." ejek Haji Madan meletakkan tapak tangannya ke kepala Masimah. Sekaligus gadis itu meronta-ronta sambil memekik kesakitan. "His, belum apa-apa dah memekik, tadi kau tunjukkan kuat sangat..." ujar Haji Madan tersenyum sinis.

Masimah meronta-ronta tetapi tidak dapat melepaskan diri dari pegangan Jali Tenjot dan Mat Sunud. Ketika ini terdengar bunyi dinding berdegam seperti dirempuh kuat tetapi tidak ada apa-apa yang kelihatan merempuh dinding. "Halau dia tu, halau dia...!" pekik Masimah menuding-nuding ke arah saya. "Dia tu orang jahat, dialah yang suruh aku ke mari" katanya ketawa mengejek. "Setan memang nak laga-lagakan orang" sahut Haji Madan tidak melepaskan tangannya di kepala Masimah. "Kau fikir kami percaya dengan tipu muslihat kau? Ustaz tu baru tak sampai sejam datang" ujarnya merentap tangannya dari kepala Masimah. Mat Sunud menyangka saya tersinggung apabila diludah oleh Masimah beberapa kali menyebabkan dia berkali-kali meminta maaf. Tetapi saya tidak hiraukan sangat kekeliruan Mat Sunud itu, kerana saya menyedari sewaktu sampai ke halaman rumah saya melihat seolah-olah terbayang satu cahaya seperti benang putih di bumbung rumah sampai mencecah ke awan. Oleh itu sebelum naik ke rumah saya sudah membacakan Ayat Kursi 33 kali sehingga saya duduk berhampiran dengan Masimah. Kemudian saya berzikir halus di dalam hati, menyebabkan benang putih itu terputus hingga kedengaran oleh orang ramai bunyi berdegam memukul ke dinding. "Ustaz ni orang jahat...!" Masimah tersengguk-sengguk menangis seperti orang putus asa. "Engkau yang jahat, menyusahkan orang!" suara Mat Sunud keras mengherdik. "Kami bukan kacau kau, kenapa kau kacau kami?" dia sudah mula memahami apa sebenarnya sedang mengganggu anaknya ketika itu. Memandangkan keadaan Masimah bertambah garang, sedangkan Jabal mengerang-ngerang saja menahan kesakitan, saya pun meminta izin untuk memegang kepala Masimah. Dia memarahi saya sebaik saja tangan saya menyentuh kepalanya, tetapi saya membongkok merapatkan mulut saya ke telinga kanannya. Saya melaungkan azan perlahan 5 kali di telinga kanan, dan 5 kali di telinga kiri. Semasa saya melaungkan azan ini Masimah menjerit-jerit mengatakan petir dan kilat memusnahkan rumahnya. "Ah, rumah ni elok, tak roboh pun. Tak ada pun kilat, tak ada petir..." Mak Icum yang mendiamkan diri sejak tadi tiba-tiba saja bersuara lesu. "Cukup dulu..." kata saya kembali duduk di lunjur kaki Masimah. "Kalau kau berdegil, aku akan timpakan kau dengan gunung" ujar saya memberi amaran. Masimah mulai ketakutan merenung muka saya. Tubuhnya menjadi longlai tidak bermaya. "Nah, lawanlah sangat" sergah Haji Madan mengejek.

Ketika ini saya melihat Jabal tidak mengerang-ngerang lagi. Dia hanya keletihan terlentang melepaskan lelah. Saya bangun mengangkat kepala Jabal menghembuskan perlahan dengan membaca Surah AlIkhlas 11 kali diikuti dengan Surah Al-Falak dan Surah An-Nas sekali. Selepas itu barulah Jabal menggosok-gosok matanya lantas meminta air untuk diminum. Dia sendiri seperti orang kebingungan kerana tidak tahu apa yang telah berlaku kepada dirinya dan isterinya yang akan menjalani upacara berinai dan seterusnya bersanding. Mujurlah mereka berdua sempat diakad-nikahkan sebelum majlis berinai itu. Setelah diterangkan kepadanya bahawa Masimah masih tidak sedarkan diri, Jabal mengangguk lemah. Dia sendiri mengadu masih terasa sengal-sengal di kepalanya walaupun tidaklah sakit berdenyut-denyut lagi. "Haji Madan, buat apa kau bawa Ustaz ni?" Masimah menggertap bibir tetapi tidak berani merenung muka saya. "Ah, aku tak mau layan kau. Aku beri tempoh lima minit. kalau kau tak pergi tinggalkan Masimah, Ustaz ni akan timpakan gunung, aku akan ambil barang mainan kau tu!" tegas Haji Madan memberi amaran. "Buatlah, apa kau nak buat" sahutnya tersengih-sengih memaling mukanya merenung ke bumbung atap. Saya ikut merenung ke atas memerhatikan bumbung yang direnung Masimah. Lantas saya membacakan innahu minal-Sulaiman wainnahu bismillahhir Rahmannir Rahim 10 kali, kemudian saya seolah-olah terlihat seorang perempuan tua berambut penuh uban termengah-mengah memerhatikan ikan sembilang di lantai menggelepar tidak mendapat air. Duri sembilang itu tertusuk kepada buah limau yang berbungkus kain putih diikat dengan benang, tetapi sudah terlepas dari tusukannya. "Ustaz, kita mulakan...." kata Haji Madan bangun sambil meminta air sejuk segelas. Setelah diberikan air tersebut, Haji Madan menjulang gelas berisi air itu tinggi melampaui kepalanya, dan saya mendengar dia membacakan Ayat dari Surah Al-Jin Quluhiyya innahus tamaa nafarun minaljinni...hingga beberapa ayat lagi. Kemudian saya menudingkan jari ke muka Masimah seolah-olah saya menuding ke muka perempuan tua yang mengadap ikan sembilang di lantai itu sambil membisikkan "Sejuk kau, sejuk kau...aku kirimkan air batu...", sekaligus pula saya melupakan Masimah terbaring di hadapan saya. Ketika ini semua orang melihat Masimah terketar-ketar menahan kesejukan, hingga bibir dan jari kecut seperti terkurung di dalam air batu. Dalam masa inilah orang ramai mendengar satu letupan kecil di gelas yang dipegang olah Haji Madan. Bila dia duduk semula sambil meletakkan gelas berisi air itu di hadapannya, semua orang melihat seekor anak sembilang sebesar ibu jari terkotek-kotek di dalam air. Tubuhnya terikat dengan benang yang bersambung pada sebiji limau berbungkus dengan kain putih. Kira-kira 15 minit kemudiannya barulah Masimah sedarkan diri semula. Hanya 5 bulan lepas kejadian itu, semasa saya dan Bumin singgah di rumah Haji Madan beliau menceritakan Jabal dan Masimah selamat disandingkan dengan tidak ada gangguan apa-apa. Tetapi Haji Madan sendiri terkejut bila diberitahu seorang dukun perempuan jauh dari situ, mati dalam keadaan mengerekot. Seluruh tubuhnya kecut seperti terkurung di dalam air batu.

30. TOK AWANG NGAH - TULANG KAKI BERTABURAN DI BILIK


BERPELUH-PELUH seluruh badan akibat menebas di kebun pisang hingga santak senja. Tetapi Ucu Mahali tidak peduli apa-apa kalau sudah turun ke kebun. Dia tidak boleh duduk diam semenjak masuk ke felda, disebabkan terpaksa bekerja keras sepanjang hari. Harapkan menoreh getah masakan boleh menampung hidup keluargangya, kalau tidak ditambah dengan berkebun pisang. Dalam tempoh seminggu Ucu Mahali boleh dapat RM70.00 apabila banyak pisang yang ditebang. Biarlah jiran-jiran menuduh dia tamakkan harta dunia disebabkan turun ke kebun sampai santak senja. Dia masih mengibas-ngibas mata parang ke tengah belukar sekalipun Kak Banun sudah mendesaknya balik. Takkan menunggu azan berkumandang di surau baru mahu tinggalkan kebun pisang hingga tergesa-gesa mandi di bilik air. Tentu tergesa-gesa pula ambil wuduk lantas terburu-buru mencapai sejadah. Memang Ucu Mahali jarang berjemaah ke surau, disebabkan tidak sempat mahu terburu-buru ke surau di seberang pejabat kesihatan di dalam felda berkenaan. Marah juga Kak Banun disebabkan suaminya mandi tatkala badan tengah panas berpeluh-peluh. Apa salahnya kering dahulu peluh supaya badan terasa sejuk baru curahkan air ke seluruh badan? Tetapi Ucu Mahali bukan boleh ditegur kalau mahu menentukan cara hidupnya. Sebab itulah Kak Banun tidak peduli sangat sekiranya Ucu Mahali berkeras juga mahu mandi tatkala badan tengah panas berpeluhpeluh. "His, cukuplah tu dulu, bang," Kak Banun mendesak suaminya balik disebabkan senja sudah semakin samar sekalipun azan di surau belum berkumandang. Ucu Mahali mendengus. Belum sempat dia mahu menyahut, tiba-tiba terdengar kereta berhenti jauh di hadapan rumahnya, diikuti dengan namanya dipanggil berulang kali. Dia tidak perlu tergesa-gesa memastikan siapa yang datang ke rumahnya. Tahu sangat Ucu Mahali asal sahaja orang datang jejak kaki ke rumah dia tentulah fasal berubat. Apa lagi tujuan mereka kalau bukan berubat minta dijampikan? Sejak dia berpindah ke Felda itu memang ramai tahu fasal dia menjadi bomoh. Sekalipun Ucu Mahali tidak mahu dia dikenali sebagai bomoh, tetapi dia tidak dapat menghalang apabila ada orang datang jejak kaki ke rumahnya minta dijampikan. Sampaikan suami lari meninggalkan rumah pun, mereka meminta bantuan Ucu Mahali. Tidak boleh tiga hari, Ucu Mahali akan cuba sampai tujuh hari nescaya lelaki yang lari meninggalkan rumah isterinya, akan datang semula mencari isteri yang ditinggalkan. Tentu hati lelaki itu tidak tenteram apakala namanya seringkali disebut-sebut oleh Ucu Mahali dalam jampinya. Tetapi mereka yang pernah menemui Ucu Mahali tahu, bukan disebabkan jampi mentera Ucu Mahali boleh memaksa orang yang lari balik semula dengan pasangannya. Mereka tahu Ucu Mahali akan kirimkan jin-jin yang bersahabat dengannya mengganggu sesiapa sahaja yang cuba melawan kemahuannya. Mereka tidak marah apa-apa kepada Ucu Mahali, kerana dia tidak mengganggu sesiapapun. Dia sekadar gunakan jin-jin yang bersahabat dengannya untuk tujuan membantu mereka yang diganggu kesusahan. Memang Ucu Mahali tidak akan gunakan jin-jin berkenaan untuk melakukan kejahatan.

Sewaktu dia mengajak Kak Banun balik, terjengket-jengket Mat Junoh melompat anak-anak kayu mendapatkan dia. Tersengih-sengih Mat Junoh melihat Ucu Mahali berpeluh-peluh memegang parang panjang di bawah perdu rumpun pisang. " Ah, Abang Junoh rupanya!" gerutu Ucu Mahali sebaik sahaja Mat Junoh mendekati dia. "Encik Kiman ajak awak ke Kuala Lumpur." beritahu Mat Junoh setelah mereka bersalaman. "Bila?" perlahan sahaja Ucu Mahali bertanya sekalipun hatinya serba salah juga apakala diminta oleh Kiman ke Kuala Lumpur. Kalau Kiman mengajak ke Kuala Lumpur tentulah Kak Banun juga ikut sama. Masakan dia mahu tinggalkan isterinya di rumah apabila ke Kuala Lumpur sampai bermalam di rumah Kiman. Sekiranya Kiman hantar balik pun selepas tengah malam tentu hampir Subuh baru sampai ke rumah. Dia tahu sekiranya Kiman datang menjemput memang lelaki itu sanggup hantar dia balik malam itu juga. Apalagi kalau dia mendesak fasal mahu menoreh getah. Tinggal dalam kawasan felda dia tidak boleh berdalih sekiranya tidak pergi menoreh. "Encik Kiman akan hantar balik malam ni juga," terus sahaja Mat Junoh menerangkan supaya Ucu Mahali tidak was-was mahu ikut ke Kuala Lumpur. Lagi pun Mat Junoh akan ikut sama disebabkan malamnya dia tidak bertugas. Memang tugas Mat Junoh menjadi pengawal di stor kilang getah buku akan off tiap-tiap dua malam sekali. Selepas pencen jadi buruh di jabatan, mujur benar nasib Mat Junoh dipelawa bertugas menjadi pengawal di stor kilang getah buku itu. Masuk sahaja jam 6.00 petang dia akan mula bertugas sampai ke pagi. Apa salahnya bertugas sebelah malam, bukannya dia bercekang mata tidak tidur hingga ke Subuh. Sebab itu Mat Junoh sanggup ikut Kiman ke Kuala Lumpur sebaik sahaja lelaki itu memintanya mengajak Ucu Mahali. Dia sendiri yang perkenalkan Ucu Mahali kepada Kiman, disebabkan lelaki itu pernah menjadi ketua jabatannya sebelum bertukar ke Kuala Lumpur. Asal sahaja ada masalah memang Kiman akan bertumpu kepada Mat Junoh. Tidak tergamak pula Mat Junoh membiarkan Kiman gelabah sepanjang masa semenjak rumahnya diserbu rama-rama hitam sepanjang malam. Kadangkala sampai lampu di dalam rumah tertutup akibat terlalu banyak rama-rama hitam hinggap. Apabila rama-rama hitam gugur ke lantai akibat mati terbakar pada kaca lampu, isteri Kiman akan mula diserang sakit kepala. Kemudian hidungnya keluar darah macam selsema dihinguskan. Lama juga isterinya Seridah menanggung sakit, barulah sakit di kepalanya mulai reda. Sudah berkali-kali juga Kiman membawa isterinya menemui doktor, tetapi tidak dapat diagakkan penyakitnya. Kalau mahu dituduh darah tinggi keadaan Seridah tidak pula mempunyai tekanan darah yang membimbangkan. Doktor juga tidak syak kalau ada ketumbuhan di kepala, kerana tanda-tandanya tidak ada langsung. Sebab itu Kiman hubungi Mat Junoh sekiranya boleh membantu dapatkan bomoh untuk mencuba rawatan tradisional. Sudah dua kali Ucu Mahali mencuba apakala Mat Junoh membawa Kiman dan isterinya ke rumah itu.

Mula-mula sahaja dia melihat Seridah, perempuan itu bagaikan enggan naik ke rumahnya. Kalau tidak didesak oleh Kiman memang Seridah tidak mahu naik disebabkan terasa seluruh badannya seram sejuk. Semakin digagahi juga naik dadanya berdebar kencang mengombak-ombak tidak menentu. Ketika itu Ucu Mahali merasakan dirinya dikelilingi oleh lembaga-lembaga berjubah putih yang ramai di tengah rumahnya, dia dapat melihat seolah-olah di ubun-ubun Seridah terletak tengkorak kepala dengan lidah terjelir panjang. Tengkorak kepala itu bergoyang-goyang laksana kapas ditiup angin setiap kali lembaga-lembaga berjubah putih mengibaskan tangan. Marah benar tengkorak berkenaan kepada lembaga-lembaga berjubah putih itu kerana membawa Ucu Mahali ke situ hingga dia tidak dapat berlindung ke mana pun. Memang lembaga-lembaga berjubah putih itu yang tunjukkan kepada Ucu Mahali mengenai tengkorak di atas ubun-ubun Seridah. Lidah yang terjulur dari tengkorak itu terus menjilat-jilat darah dari ubun-ubun macam kucing menjilat susu tumpah di lantai. "Hah, tengkorak apa pula atas ubun-ubun Seridah ni?" keras suara Ucu Mahali membentak sambil menuding ke kepala perempuan itu. Terkejut juga Kiman apabila diberitahu mengenai tengkorak di atas ubun-ubun isterinya. Dia tidak melihat apa-apa pun kecuali tudung yang melingkupi rambut. "Buangkan aje, Ucu," sahut Mat Junoh seolah-olah dia sendiri dapat melihat tengkorak yang disebutkan oleh Ucu Mahali. Lantas Ucu Mahali menjuruskan tangan ke arah ubun-ubun Seridah dengan membacakan: Qola Musa maji'tum bihissihira innallahha sayubthiluhu innallahha layuslihu 'amalal mufsidin, wali-ilafin quraisy, abthil sihraka kullahu wayubthilhu, Allahhumma abthilis sihrallazi bainazzar'i wafi jami'il mukhta-fiati kulliha. Kemudian dia merentap kuat hingga terasa tengkorak di atas ubun-ubun Seridah tertanggal habis. Tetapi tengkorak itu hanya seperti bayang-bayang sahaja yang hilang sementara terlindung oleh silauan cahaya. Dalam masa beberapa saat sahaja bayangan tengkorak itu kembali bertenggek di ubun-ubun Seridah bagaikan terus berdegil sekalipun diancam oleh Ucu Mahali. "Hah, nak tunjuk keras kepala ye!" bentak Ucu Mahali lantas memberi isyarat kepada lembaga-lembaga berjubah putih segera menyerbu. Tatkala lembaga-lembaga berjubah putih itu menyerbu, terasa pada Seridah kepalanya sejuk laksana dicurahkan ais di ubun-ubunnya. Dia tidak melihat apa-apa kecuali merasakan elusan angin di keliling tubuhnya yang duduk berlunjur kaki di hadapan Ucu Mahali. Tetapi Ucu Mahali tahu elusan angin itu memang lembaga-lembaga berjubah putih itu menyerbu lantas merentap tengkorak yang melekap di atas ubun-ubun Seridah. Masakan tenaga manusia mampu merentapkan bayang-bayang tengkorak itu, kecuali lembaga-lembaga berjubah putih itu sama seperti bayang-bayang tercegat di sisinya. Bila-bila lembaga-lembaga berjubah putih bersedia mematuhi perintah Ucu Mahali asal sahaja dikerah dalam saat demikian. Mereka akan mematuhi apa sahaja perintah Ucu Mahali tatkala dia terus berzikir mengulangi sampai 500 kali: Ya haiyun ya qaiyum ya latiff ya zaljalali wal ikram.

Setelah dua kali Kiman membawa isterinya Seridah berubat ke Felda sebaik sahaja diperkenalkan oleh Mat Junoh, memang isterinya mengakui sakit kepalanya semakin berkurangan. Dia juga tidak lepaskan kain putih yang dituliskan oleh Ucu Mahali dengan: Waja'alna min baini aidihim saddan wamin khalfihim saddan fa aghsyainahum fahum layubsirun, menutup ubun-ubun macam kain selindang diikat ke kepala. Disebabkan sakit kepala Seridah semakin sembuh itulah, Kiman mengajak Ucu Mahali ke Kuala Lumpur supaya lihat sendiri keadaan rumahnya. Manalah tahu tapak rumah itu tidak sesuai menyebabkan penyakit silih berganti mengganggu keluarganya. Memang Ucu Mahali sendiri mengakui apabila diminta Kiman melihat dari jauh keadaan rumah berkenaan, berkali-kali terbersin seolah-olah terhidu bau busuk yang menusuk-nusuk. Kali kedua Seridah datang jejak kaki ke rumahnya berubat, Mat Junoh mencadangkan supaya Ucu Mahali melihat keadaan di keliling rumah Kiman di Kuala Lumpur. Tetapi Mat Junoh tahu masakan Ucu Mahali boleh ke Kuala Lumpur kalau masih tercongok di tengah rumahnya di kawasan felda itu. Ucu Mahali sekadar memerintahkan lembaga-lembaga berjubah putih yang menjelma setiap kali dia menyeru. Sebaik sahaja lembaga-lembaga berjubah putih itu melayang ke udara, dia akan mendengar apa sahaja yang dibisikkan ke telinganya oleh lembaga-lembaga berkenaan. Apabila diberitahu mengenai bau busuk yang terhidu di keliling rumah Kiman jauh di Kuala Lumpur, tibatiba sahaja bau busuk itu menusuk ke hidungnya. Sekaligus pula Ucu Mahali terbersin kuat menahan rasa loya yang membuak-buak ke kerengkung akibat bau yang busuk tengit itu. "Apa pula yang bau busuk ni?" gerutu Ucu Mahali berlenggok-lenggok kepala di tengah rumahnya yang sengaja dipadamkan lampu. Memang dia tidak akan memasang lampu setiap kali mengubati sesiapa sahaja. "Carilah punca busuk tu, Ucu," ujar Mat Junoh tersengih-sengih memerhati Ucu Mahali terlenggoklenggok kepala di tengah rumah. Beberapa kali Ucu Mahali mendehem bagaikan kerengkungnya tersekat akibat loya membuak-buak. Kalau tidak dapat dikawal nescaya dia akan menyerbu ke jendela terjeluih muntah. Memang termengahmengah dia menahan senak perut akibat memual-mual ketika itu. Sebab itu Ucu Mahali tidak sanggup mengubati sesiapa pun sekiranya tidak terpaksa melakukannya. Dia sendiri akan menanggung segala apa yang dilihatnya setelah menyeru semua lembaga-lembaga berjubah putih itu menjelma. Sekalipun Ucu Mahali sekadar memberitahu lembaga-lembaga berkenaan hanya sahabatnya, tetapi Mat Junoh tahu memang Ucu Mahali menyeru jin-jin khadamnya. Kadangkala dia akan termengah-mengah sesak nafas sekiranya lembaga-lembaga berjubah putih dipusar angin kencang sewaktu merempuh ke tempat yang menjadi sasaran. Ucu Mahali juga akan terdampar ke dinding apabila lembaga-lembaga berjubah putih itu terpelanting tidak dapat mengawal diri. Memang dia mengakui tubuhnya juga lenguh-lenguh kalau lembaga-lembaga berjubah putih itu berdepan dengan lembaga besar yang terpaksa dilawannya. Bukan mudah Ucu Mahali mahu mengubati sesiapa pun kalau tidak kena gayanya. Sebab itulah Kiman memujuk Mat Junoh supaya Ucu Mahali bersedia mengubati Seridah.

"His, apa ni..?" geli geleman Ucu Mahali apabila dibisikkan ke telinganya lembaga-lembaga berjubah putih itu melihat tulang kaki manusia bersepah-sepah di merata tempat dalam rumah Kiman. "Kenapa Ucu?" lantas sahaja Mat Junoh bertanya macam berasa hairan. "Banyak benar tulang kaki manusia ni!" beritahu Ucu Mahali menggeleng-geleng kepala hingga terpaksa mengusap-usap lengan akibat bulu roma tegak meremang. "Mana datangnya tulang kaki manusia tu?" hairan juga Kiman apabila diberitahu mengenai taburan tulang kaki manusia di dalam rumahnya. "Bukanlah betul-betul tulang kaki manusia berserak di rumah encik," lantas Mat Junoh mengingatkan bekas ketua pejabatnya itu. "Ucu nampak macam tulang kaki manusia, tapi itulah sihir yang digunakan orang!" dia menjelaskan supaya Kiman tidak terkeliru dengan apa yang disebut oleh Ucu Mahali. Kalau tidak diterangkan tentu Kiman menyangka di rumahnya penuh dengan tulang-tulang kaki manusia berserakan. Disebabkan Mat Junoh sudah kerapkali melihat Ucu Mahali mengubati orang, dia tahu apa yang dilihat oleh Ucu Mahali sekadar bayangan sahaja. Tetapi demikianlah bentuk penyakit yang mengganggu mangsa akibat sihir ilmu syaitan itu. Memang mereka yang amalkan ilmu syaitan boleh menggunakan apa sahaja kelengkapan yang sesuai untuk melepaskan marah terhadap seseorang yang dibencinya. Apabila tulang kaki mayat dipuja dengan menyeru syaitan, maka bayangan itulah dapat dilihat oleh lembaga-lembaga berjubah putih yang menjadi sahabat Ucu Mahali. Tahu sangat Mat Junoh fasal amalan ilmu syaitan yang digunakan orang untuk mengganggu sesiapa sahaja. Mereka sanggup menggali kubur lama semata-mata mahu dapatkan tengkorak kepala supaya boleh dipuja tengah malam tatkala bulan mengambang penuh. Apabila sudah dikuasai ilmu syaitan memang mereka tidak pernah takut apa-apa pun lagi, asal sahaja niat buruknya tercapai. Bukan takat kubur lama sahaja digali, kadangkala kubur orang mati kemalangan jalan raya yang dianggap mereka mati terbunuh juga digali. Apa sahaja bahagian anggota mayat yang sudah ditanam baik-baik itu digunakan mereka untuk tujuan-tujuan yang sengaja untuk memuaskan hati sendiri. Apalagi kalau kubur anak gadis sunti yang belum disentuh mana-mana lelaki, mereka sanggup menggali dengan tidak berpakaian langsung. Mereka tidak bimbang sekalipun dihalang dengan berbagai-bagai bayangan yang mengerikan dalam saat menggali kubur tersebut. Hati mereka sudah nekad melakukan apa sahaja, asalkan hasrat di hati dapat ditunaikan. Biarlah terpaksa menarik mayat tersebut ke atas kubur, kemudian melayur dagu mayat dengan api lilin sampai menitik airnya. Mereka akan tadah air dagu berkenaan dengan tempurung yang sudah disediakan. Gembira sangat mereka apabila usaha tersebut dapat dilaksanakan sekalipun perbuatan tersebut memang dilaknati sesiapa sahaja. "Ah, manusia ni macam-macam kepandaian!" Kak Banun menyampuk sambil ingatkan Kiman supaya tidak gelabah apakala mendengar tulang kaki manusia bersepah-sepah di lantai rumahnya. "Ilmu jahat memang mudah nak amalkan," gerutu Mat Junoh selanjutnya dengan mencebek bibir.

Marah benar dia perbuatan mereka yang gunakan sihir untuk menganiaya orang lain. Kalau tidak puas hati apa salahnya bersemuka biar sama-sama dapat menilai siapa di pihak benar dan siapa di pihak yang salah. Kadangkala disebabkan mereka gunakan sihir inilah, orang seperti Ucu Mahali juga dituduh amalkan perkara yang tidak baik. Sampaikan Imam Labim juga nasihatkan Ucu Mahali supaya tidak amalkan ilmuilmu yang bertentangan. Tetapi Ucu Mahali tidak membantah apa-apa. Perkara amalan dia tidak pernah tumjukkan kepada sesiapa pun. Belum pernah dia meminta mereka datang jejak kaki ke rumahnya kalau diganggu syaitan sama ada pelesit, polong atau sihir. Dia juga tidak mengajak sesiapa pun di Felda itu amalkan zikir sepanjang malam. Bila-bila Ucu Mahali akan jengah ke surau asal sahaja dijemput menghadiri ceramah agama. Imam Labim boleh jemput siapa sahaja guru-guru agama mengajar di surau, dia tetap memberikan sokongan. Sebab itu dia tidak bantah apa-apa kalau Imam Labim ingatkan supaya tidak menjadi bomoh. Imam Labim sendiri diberitahu mengenai Ucu Mahali akan berjamu ayam panggang dengan tujuh piring nasi kunyit apabila seseorang itu sembuh penyakitnya. Marah benar Imam Labim apabila diberitahu sudah beberapa kali Ucu Mahali buat berjamu ayam panggang itu. Hinggakan Imam Labim menanggung derita sakit gigi sampai membengkak pipi pun mereka tuduh disebabkan Ucu Mahali. Mereka yang tinggal di kawasan Felda percaya memang Ucu Mahali gunakan sihir menyebabkan Imam Labim menanggung kesakitan bengkak pipi berminggu-minggu. Sudah beberapa kali Imam Labim ke hospital mendapatkan rawatan tetapi bengkak pipi akibat sakit gigi tidak juga seruh. Apabila doktor cadangkan supaya dibedah, berdebar juga hati Imam Labim. Kalau takat sakit gigi kenapa pipinya yang membengkak perlu dibedah juga? Tetapi bengkak pipi Imam Labim tidak seruh hingga berminggu-minggu. Sakit giginya juga berdenyutdenyut asal sahaja senja menjelang sampai dia tidak mampu ke surau untuk solat Maghrib berjemaah. Berdetak juga hatinya mahu menuduh perbuatan Ucu Mahali gunakan sihir menyebabkan pipinya membengkak berminggu-minggu. Bimbang juga dia mahu berterus-terang di hadapan Ucu Mahali. Kalau dia percaya penyakit bengkak pipinya disebabkan sihir Ucu Mahali dan bukannya dari Allah Subhanahu Wata'ala, tentulah dia sendiri yang mempercayai perkara tahyol. Seisi felda itu tahu memang dia tidak percayakan perkara tahyol demikian. Tentu orang-orangnya di Felda akan menuduhnya iri hati dengan Ucu Mahali sekiranya percaya penyakitnya disebabkan sihir. Tetapi Imam Labim hairan bagaimana penyakitnya berlanjutan setelah berterus terang menegur perbuatan Ucu Mahali menjadi bomoh di situ. Kalau Ucu Mahali tidak menberitahu dirinya bomoh pun, penduduk-penduduk kampung itu akan bertumpu juga ke rumahnya. Tersengih-sengih Ucu Mahali apabila naik ke rumah Imam Labim sebaik sahaja diberitahu oleh isteri imam itu mengenai penyakit bengkak pipi yang ditanggung suaminya. Tidak tersinggung pun Ucu Mahali apakala dituduh gunakan sihir untuk menganiaya Imam Labim. Mereka percaya Ucu Mahali berkecil hati apabila ditegur oleh Imam Labim mengenai amalannya. Sebab itulah dia sanggup gunakan lembagalembaga berjubah putih yang menjadi sahabatnya menganiaya Imam Labim sampai sakit gigi berdenyutdenyut.

"Imam pun tahu, sakit datang dari Allah, ubatnya juga dari Allah," ujar Ucu Mahali perlahan dengan penuh ikhlas. Tersinggung juga hati Imam Labim kerana menyangka Ucu Mahali sengaja mahu menyindir dia. Tidak patut lelaki itu menyindir dia dalam saat bengkak pipinya masih juga belum seruh. "Ubat hanya sebagai ikhtiar saja, yang pentingnya: iyya kana'budu wa iyya kanas ta'in," Ucu Mahali menegaskan lantas meletakkan tapak tangannya ke pipi Imam Labim yang membengkak. Tersengih-sengih Imam Labim dengan penjelasan Ucu Mahali. Dia sendiri tidak tahu sangat mengenai amalan Ucu Mahali kecuali mendengar laporan beberapa orang sahaja. Imam Labim tidak pernah bertanyakan apa-apa pun mengenai cara pengubatan yang diamalkan oleh Ucu Mahali semenjak mereka sama-sama berpindah ke kawasan felda. Imam Labim sendiri mendengar Ucu Mahali membacakan doa tatkala tapak tangan diletakkan ke pipinya yang membengkak: Alif lam mim sad, kaf ha ya a'in sad, ha mim a'in sim kof, uskun aiyuhal waji' billazi in yasya yuskinir riho fayazlalna rawakido 'ala zohrihi, inna fi zalika la-ayatin likulli sobbarin syakur. Terasa pada Imam Labim daging pipinya bagaikan disentap semasa tapak tangan Ucu Mahali melekap di situ. Tiga kali diulangi oleh Ucu Mahali, memang Imam Labim berasa lega juga. "Musibah macam ni, ujian kepada kita Imam," tutur Ucu Mahali sewaktu turun meninggalkan rumah Imam Labim. Seminggu selepas itu talkala bertemu di surau, Imam Labim tunjukkan kepada Ucu Mahali bengkak di pipinya mengecut. Sakit giginya yang berdenyut-denyut juga tidak lagi mengganggu. Tidak pula Imam Labim mengagak sama ada ubat yang diambilnya di hospital atau doa Ucu Mahali yang menyembuhkan. "Semuanya kuasa Allah, Imam," tersengih-sengih Ucu Mahali ingatkan dia, apabila Imam Labim ungkit mengenai kesudian Ucu Mahali jejak kaki ke rumahnya menjengah dia mengidap bengkak pipi berminggu-minggu. Dia juga percaya kuasa Allah yang menyembuhkan apa jua penyakit, tetapi manusia wajib berikhtiar mendapatkan ubat. Cara mana ubat itu diperolehi tidak penting sangat, asal sahaja ikhlas mendapatkan di mana-mana. Sebab itu Ucu Mahali tidak mengelak sangat tatkala dijemput oleh Kiman ke Kuala Lumpur dalam saat dia baru sahaja selesai menebas di kebun. Keletihannya akibat tidak cukup berehat sejak pagi lagi menoreh getah, kemudian menebas di kebun pisang di sebelah petang, cuba disembunyikan oleh Ucu Mahali. Selesai sahaja solat Maghrib, tidak bertangguh dia mengajak Kak Banun masuk sama ke kereta Kiman. Sewaktu turun dari rumah memang Ucu Mahali tidak mengunci mangga rumah. Dia sekadar gantungkan sahaja mangga itu di pintu seolah-olah rumahnya terkunci rapat. Sudah menjadi amalan Ucu Mahali tidak akan mengunci rumahnya apabila dia berjalan ke mana-mana. Biarlah rumahnya digantungkan mangga sahaja dengan tidak dikunci apa-apa. Tahu sangat Kak Banun petua suaminya apabila keluar rumah dengan tidak menguncikan mangga. Kadangkala sampai berhari-hari dia meninggalkan rumah, Ucu Mahali tidak bimbang apa-apa pun mengenai keadaan rumahnya.

"Tak masuk pencuri ke, Ucu?" sengaja Mat Junoh menduga sebaik sahaja kereta bergerak meninggalkan kawasan rumah. "Ah, bukannya ada apa dalam rumah, kalau mereka nak curi pun," sahut Ucu Mahali tersengih-sengih lantas menyandarkan belakang kukuh-kukuh. "Kalau TV dilarikan orang, macam mana?" Kiman pula bertanya seolah-olah mengingatkan lelaki itu. "Kalau mereka nak ambil, dikunci pun mereka dapat pecahkan," tegas Ucu Mahali tidak bimbang apaapa meninggalkan rumahnya dengan tidak berkunci. Tetapi Kak Banun juga tahu mengenai keistimewaan suaminya meninggalkan rumah dengan tidak berkunci. Memang dia sendiri bimbang tatkala mula-mula berkahwin dengan Ucu Mahali yang sudah duda itu, apabila meninggalkan rumah dengan tidak berkunci langsung. Merungut juga Kak Banun disebabkan mahu menghadiri majlis kahwin sampai santak malam, sengaja Ucu Mahali tidak mengunci rumah. Mangga tergantung di pintu sekadar terlekat sahaja dengan tidak digunakan. Ketika balik dari kenduri majlis kahwin, tiba-tiba sahaja Kak Banun terkejut melihat dua orang pemuda tercangkung di dalam rumah seolah-olah tangan mereka diikat ke belakang. Sewaktu lampu dipasang dua orang pemuda itu terkebil-kebil mata meminta ampun. Dua orang pemuda itu sendiri mengaku mahu masuk mencuri ke dalam rumah, tetapi mereka dikejutkan oleh bayangan Ucu Mahali terlalu banyak di keliling rumah. Ke mana sahaja mereka berpaling bayangan Ucu Mahali tercegat di situ. Tidak sempat mereka melarikan diri, bayangan Ucu Mahali yang terlalu banyak menerkam ke arah mereka. Lantas sahaja tangan mereka diikat ke belakang. Di dalam gelap itu mereka melihat terlalu banyak bayangan Ucu Mahali tercegat di mana-mana. Hinggalah lampu dipasang dan mereka melihat sendiri Ucu Mahali baru sahaja balik bersama Kak Banun, dua orang pemuda itu menyedari sia-sia sahaja menyusup masuk ke rumah itu semasa Ucu Mahali tidak ada di rumah. Tetapi Ucu Mahali sekadar memberitahu dua orang pemuda itu ketakutan sahaja sehingga melihat bayangannya tercegat di mana-mana, bukan disebabkan melhat bayangan dia di tengah rumah. Sekalipun Kak Banun beritahu mengenai kejadian itu, namun Ucu Mahali tetap merahsiakan juga daripada Kiman. Hampir jam 11.00 malam mereka sampai di rumah Kiman, terasa lapar juga Ucu Mahali disebabkan belum menjamah nasi sewaktu turun meninggalkan rumah. Memang Kiman mahu berhenti juga di gerai makan sewaktu dalam perjalanan, tetapi tidak ada gerai makan di sepanjang jalan. Apabila masuk ke Kuala Lumpur, Ucu Mahali sendiri cadangkan biar terus sahaja ke rumah Kiman. Apalah gunanya makan di gerai makan di Kuala Lumpur kalau sudah sampai di rumah Kiman. Lebih baik mereka makan sahaja di rumah Kiman. Tentu Seridah sudah bersiap-siap menyediakan hidangan disebabkan dia tahu Kiman ke Felda menjemput Ucu Mahali. Alangkah membazirnya Seridah menyediakan hidangan, kalau mereka semua makan di gerai sebelum jejak kaki di rumah! Sewaktu menghadapi hidangan di meja makan, memang Ucu Mahali tidak bercakap apa-apa. Mat Junoh sudah mengagak tentu Ucu Mahali terlalu letih kerana tidak sempat berehat ketika Kiman datang menjemput. Tetapi Kak Banun tetap galak berbual dengan Seridah sewaktu menyediakan hidangan di dapur. Kalau Ucu Mahali keletihan tentu Kak Banun juga keletihan akibat sama-sama menebas di kebun pisang hingga santak senja. Tetapi Kiman melihat Kak Banun masih segar berbual.

Tidak bercakap apa-apa. Ucu Mahali terus sahaja solat Isya' selepas selesai makan. Kemudian dia menyuruh padamkan sahaja lampu di tengah rumah dengan membiarkan lampu di luar sahaja terpasang. Dalam masa setengah jam sahaja Ucu Mahali tercongok di penjuru rumah dengan melenggok-lenggok kepala, tiba-tiba dia mendongakkan kepala dengan keadaan geli-geleman. "Semua tentera Islam sahaja datang, yang lain tak mahu!" Ucu Mahali menuding tangannya ke siling. Ketika ini mereka semua terdiam melihat Ucu Mahali tercongok di penjuru rumah. Tubuhnya semakin galak melenggok-lenggok seolah-olah tidak lagi lesu akibat keletihan bekerja sepanjang hari. Dia semakin gagah merapatkan sila dengan membacakan: Wa-in yamsaskallahu bidhurin kasyifa lahu illahhuwa wa-in yuridka bkharin fala radda lifadhlihi, yusibu bihi man yasya-u min 'ibadihi wahuwal ghafurrur rahim. Serentak dengan ini terlalu banyak rama-rama hitam berterbangan di tengah rumah, menyebabkan Kiman segera memasang kipas angin. Rama-rama hitam itu tertampan ke dinding apakala kipas angin berputar ligat hingga berserakan ke lantai. Tiba-tiba pula Ucu Mahali terjeluih, menyebabkan dia berlari ke dapur. Lantas sahaja dia muntah ke dalam sink dengan tidak bersebab. Sampai merah muka Ucu Mahali menahan loya tekak hingga perut memual-mual termuntah tidak tertahan. "Hah, kenapa Ucu?" gementar juga Mat Junoh dengan keadaan Ucu Mahali yang termuntah-muntah menahan loya tekak. "Abang Junoh cuba tengok di bilik tidur Encik Kiman ni," ujar Ucu Mahali mengurut-ngurut dadanya setelah dapat bertenang semula lantas duduk bersila rapat. Tidak bertangguh Mat Junoh mengajak Kiman naik ke bilik tidur di tingkat atas. Sebaik sahaja pintu bilik terbuka, Kiman dengan Mat Junoh beristighfar beberapa kali apakala melihat bersepah-sepah tulang kaki manusia di atas karpet. "His, mana datangnya Abang Junoh?" Kiman tidak jadi melangkah masuk ke dalam bilik. "Entahlah Encik Kiman," keluh Mat Junoh terasa seram sejuk hingga bulu roma tegak meremang. "Mari kita panggil Ucu naik," lantas dia menarik bahu kanan Kiman mengajak turun semula ke tingkat bawah. "Ada nampak apa-apa Abang Junoh?" segera Ucu Mahali bertanya sebaik sahaja Mat Junoh dan Kiman bergegas-gegas turun. Mat Junoh tidak menyahut. Dia segera menarik tangan Ucu Mahali supaya naik ke tingkat atas. Terpaksa Ucu Mahali ikut naik sama setelah digesa oleh Kiman. Ketika ini dua orang anak Kiman di biliknya juga terjerit memanggil emaknya kerana terkejut dengan tulang kaki manusia berselerak di bilik tidurnya. Termengah-mengah pula Seridah dan Kak Banun berkejar naik ke bilik tidur anaknya. Memang mereka terkejut melihat tulang kaki manusia berselerak dengan bau busuk yang menusuk-nusuk. "Semua tentera Islam masuk, buangkan apa sahaja sihir dalam runah ni!" seru Ucu Mahali dengan berlegar-legar di sekeliling bilik tidur Kiman.

Kemudian dia menyuruh memadamkan semua lampu di dalam rumah dengan membiarkan lampu di luar sahaja terpasang di garaj kereta. Sedikit demi sedikit bau busuk yang menusuk-nusuk ke hidung hilang. Ketika ini mereka mendengar Ucu Mahali berzikir dengan: Ya zaljalali wal ikram, hingga suaranya bertukar menjadi parau macam tersedak akibat sendawa. Setelah bau busuk itu hilang barulah Ucu Mahali benarkan memasang lampu di dalam bilik tidur. Ketika ini mereka melihat tidak ada lagi tulang-tulang kaki manusia berselerak di atas karpet. Tidak bertangguh pula Ucu Mahali mengajak turun semula ke tingkat bawah. Dua orang anak Kiman juga turun ke tingkat bawah disebabkan tidak berani lagi masuk semula ke dalam bilik tidur mereka. Memang tidak pernah mereka mengalami kejadian demikian, apalagi baru sahaja balik dari belajar di luar negeri. Apabila turun ke ruang tamu, mereka tidak melihat lagi bangkai rama-rama hitam yang berselerak banyak di atas karpet. Kalau mahu dikatakan rama-rama hitam mati setelah tertampan ke dinding akibat ditolak kipas angin berputar ligat, tentu kepaknya bertaburan di mana-mana. Seridah akan sapu juga bangkai rama-rama hitam kalau masih berselerak di atas lantai. Tetapi kesan bangkai rama-rama hitam yang banyak berselerak sebelum itu tidak kelihatan di mana pun. Macam tidak percaya pula dia dengan apa yang dilihatnya. Masakan Ucu Mahali sengaja gunakan silap mata dalam saat demikian. "Kalau sakit, cukuplah berubat," ujar Ucu Mahali setelah suasana reda. "Perkara dari mana puncanya penyakit tu, tak perlu kita ingatkan sangat," dia mengingatkan lantas menyuruh Kiman sediakan garam dan lada hitam. Disebabkan tidak sempat mahu mencari garam kasar dan lada hitam ketika hampir jam 12.00 tengah malam, Ucu Mahali sekadar memberikan petua supaya dua jenis bahan itu digaulkan sahaja. Kemudian Kiman boleh bacakan sendiri Ayatul Kursi sebanyak 313 kali selepas solat Maghrib. Dia menyuruh Kiman serakkan garam kasar digaul lada hitam itu di sekeliling rumah. Tidak perlu lagi Kiman terburu-buru mendapatkan Ucu Mahali, kalau bacaan Ayatul Kursi itu diamalkan sepanjang masa. Apalah salahnya bacakan Ayatul Kursi itu sampai 313 kali setiap kali mahu masuk tidur, ataupun bangun tengah malam dirikan solat Tahajud. Tetapi Kiman sendiri bukan ambil peduli sangat mengenai solat Tahajud. Malah solat lima waktu juga seringkali tertinggal disebabkan banyak urusan di pejabat. Berkalikali juga Seridah mendesak supaya tidak lupakan solat, tetapi Kiman sendiri banyak berdalih. "Dah jadi perkara macam ni, baru nak ingat Allah," sengaja Seridah menyindir tatkala mereka berdua datang ke rumah saya, disebabkan menemui isteri saya. "Bukan macam tu," sahut Kiman terkilan dengan tuduhan isterinya itu. "Tapi solat ni bukannya nak menunjuk-nunjuk pada orang, solat tu satu tanggungjawab kita," katanya mengingatkan Seridah. Sudah lama juga isteri saya tidak bertemu dengan anak saudaranya itu, semenjak Seridah berpindah ke Kuala Lumpur. Apalagi Kiman sudah membeli rumah di sana, tentulah tidak ada masa lapang. Kadangkala bersua semasa menyambut Hari Raya sahaja, itu pun kebetulan terserempak di masjid. Kalau mahu jejak kaki ke rumah semata-mata mahu bersua, memang sukar mahu dirancang. Kadangkala mereka pula terkilan mahu jejak kaki ke rumah apabila saya jarang di rumah.

"Ustaz ni bukannya lekat di rumah," isteri saya pula mengusik apabila diberitahu oleh Kiman sudah beberapa kali menghubungi dengan telefon. Kalau tidak didesak oleh Ucu Mahali memang Kiman serba salah juga mahu berkunjung ke rumah saya. Tetapi Ucu Mahali desak juga sekiranya keadaan di rumah mereka masih juga diganggu. Memang semenjak amalkan Ayatul Kursi itu, Seridah terasa sakit kepalanya tidak lagi mengganggu, tetapi sekalisekala bau busuk itu meruap-ruap juga tatkala tengah malam. Sekalipun mereka ada hubungan keluarga dengan isteri saya, tetapi jarang bertemu untuk mengeratkan tali persaudaraan. Lagipun Seridah sendiri malu berkunjung disebabkan sikap suaminya yang tidak gemar ke masjid. Bimbang juga dia sekiranya diingatkan oleh isteri saya demikian, apabila bersua muka. "Banyak saya belajar dari ustaz ni," beritahu Ucu Mahali semasa dibawa berkunjung ke rumah saya oleh Kiman. "Bolehlah dikatakan guru saya juga," tersengih-sengih dia memeluk leher saya. Serba salah juga saya dengan pengakuan Ucu Mahali itu. Tidak pernah pula saya memberikan petua pengubatan kepadanya, kerana saya tidak tahu menahu langsung mengenai perubatan cara mana pun. Apa yang saya lakukan sekadar berdoa sahaja dengan menyerah diri semata-mata kerana Allah. "Jalan sama, cuma caranya berlainan," segera Ucu Mahali menjelaskan apabila disedarinya saya dalam keadaan serba salah. Memang gementar juga hati saya apabila orang seperti Ucu Mahali yang banyak pengalaman itu tiba-tiba sahaja mengakui saya menjadi gurunya. Lainlah kalau saya yang berguru kepadanya, sekalipun usia saya memang lebih tua daripadanya.

31. TOK AWANG NGAH - KERETA JENAZAH BERGERAK SENDIRI


Sampai 3 hari bau minyak dicampur air mandi limau masih wangi sekali pun mandi digosok sabun. Haji Basar tahu minyak yang dicampur dalam air limau Ucu Semali sekadar minyak biasa yang di beli di kedai mamak. Apa sangat minyak wangi berkenaan kalau disapu pada kulit apabila dijadikan losyen semata mata. Setelah dibasuh atau mandi, nescaya bau minyak berkenaan akan hilang serta merta. Tetapi Ucu Semali bancuh minyak berkenaan dalam air mandi limau setelah menunggu malam diserkup sepi. Sebaik sahaja Ucu Semali memotong limau yang dipetik 3 biji pada satu tangkai, dia memberi isyarat supaya Haji Basar meletakkan duit sebanyak 25 sen ke dalam piring berisi limau berkenaan. Setelah air di dalam baldi siap dibancuh, limau juga siap dipotong, segera Ucu Semali padamkan lampu biar di dalam rumah menjadi gelap. Tetapi Haji Basar nampak melalui kilauan cahaya lampu yang terpasang di dapur rumah, Ucu Semali telah membakar setanggi. Lama dia terconggok di depan asap setanggi lantas Ucu Semali pun menyeru : assalamualaikum ya rijal ghaib, assalamualaikum ya ruhulqudus, ya ghausnya nya ya muhan ya nuqbah ya nujabar ya akhyar ya autad ya amud ya hosilalmurad wahosilal maksud...". Kemudian Ucu Semali merungut - rungut bagaikan bercakap tidak menentu. Memang Haji Basar dapat mengagak tentu Ucu Semali dapat melihat apa sahaja lembaga di depannya kerana sekali sekala dia bagaikan menyuruh lembaga itu kemana- mana. Dia akan menunggu beberapa ketika seolah - olah untuk mendapatkan laporan yang diperlukannya. Hampir setengah jam Ucu Semali merungut - rungut, lantas dia meminta pasangkan lampu semula. Selepas itu dia menyuruh Haji Basar berdiri di cucur atap lalu terus dijirus dengan air mandi limau itu dari tingkap serambi. Memang sejuk juga Haji Basar akibat dijirus air tatkala tengah malam, tetapi dia terpaksa mematuhi apa sahaja kemahuan Ucu Semali. Lama sangat dia merasakan seolah - olah rezekinya tersekat sehingga perniagaannya semakin menurun. masakan tidak semena - mena sahaja segala peluangnya bagaikan tertutup rapat. Memang siapa pun tidak percaya apabila dia mengalami kebuntuan akibat wang ditangannya tidak membawa keberkatan langsung. Tahu sangat Haji Basar wang perniagaannya tidak pernah susut, tetapi dia sentiasa mengalami kesempitan. Kadangkala dia sendiri tidak menyedari bagaimana berbelanja sehingga wang di dalam dompetnya sering kehabisan. Kereta juga sentiasa meragam hingga tayarnya bocor setiap 3 hari sekali. " Tak tahulah Ucu nak buat macam mana " ujar Ucu Semali apabila Haji Basar memberitahunya mengenai kejadian yang menimpa dirinya. " Berniaga saya rasanya tak jatuh, tapi wang habis tak tahu ke mana! " keluh Haji Basar disebabkan tidak tertahan lagi menahan kerusuhan hati. " Kalau berniaga tak rugi macam mana pula sempit rezeki? " memang Ucu Semali tidak dapat mengagak masalah yang ditanggung oleh Haji Basar .

" Tak tahulah saya Ucu, ada saja yang tak kena " tutur Haji Basar apabila kenangkan keretanya yang selalu rosak itu. Selang 3 hari sekali tayar kereta bocor, pintu kereta pula terkunci tidak boleh dibuka. apabila dibawa ke bengkel, tidak ada apa - apa kerosakkan pun. " Ikut pengalaman Ucu, tak pernah berlaku macam ni " jelas Ucu Semali yang serba salah juga mahu membantu setelah Haji Basar menjengah ke rumahnya di kawasan felda berkenaan. " Macam mana pun, Ucu cubalah! " desak Haji Basar semacam meletakkan harapan yang tinggi pada ucuc semali. Tatkala Ucu Semali mula membakarkan setanggi, sekali gus terasa seluruh badannya geli geleman seolah - olah badannya dilumuri minyak. Cepat - cepat Ucu Semali mengisar duduk lantas menepuk kepala lututnya 3 kali. Sebaik sahaja Ucu Semali melihat bayangan pejabat Haji Basar , terkejut dia seolah - olah dinding pejabat juga dilumuri minyak hingga tercium bau harum. Tersenyum Ucu Semali disebabkan bau minyak yang harum itu menjadikan pejabat Haji Basar bagaikan tenggelam di tengah ombak minyak yang mengalir di celah dinding laksana mata air pada tebing telaga. Jikalau mata air berkenaan disumbat, nescaya akan terus juga terpancut bagaikana tidak dapat ditahan tahan. Ketika itulah Ucu Semali duduk lantas berzikir hingga terasa tubuhnya melayang - layang ke udara. Serentak dengan itu, dia melihat disekelilingnya terlalu ramai lelaki berkeliling. Tidak bertangguh Ucu Semali pun menyuruh semua lelaki yang menjelma di depannya itu supaya menutup mata air yang memancut minyak wangi pada dinding pejabat Haji Basar itu. Setelah geli geleman di seluruh tubuhnya itu beransur hilang, segera Ucu Semali mengisarkan duduknya. Lantas dia pun menghelakan nafas lalu terus memberi isyarat supaya lampu dipasangkan semula. Menggeleng - geleng lemah dia tetapi dia tidak mahu memberitahu apa - apa kepada Haji Basar setelah melihat keadaan di pejabatnya itu. Apabila Ucu Semali jiruskan air mandian limau itu, memang dia tidak benarkan Haji Basar lapkan air itu dengan tuala. Biarlah air yang dijirus ke tubuh itu berbintik - bintik sampai kering sendiri. Rambut juga dibiarkan tidak disisir disebabkan bimbangkan air mandi limau itu tua apabila menitik dihujung rambutnya. Sebab tu bau minyak berkenaan melekat pada rambut Haji Basar . Tatkala beliau balik ke rumah, dia terus rebahkan badan ke katil. Sekali gus pula isterinya, Hajah Rusijah terbau minyak wangi berkenaan sampai melekat bau itu ke bantal. 3 hari pula Hajah Rusijah terbau wangi bantal itu sekali pun sudah dijemur di anjung rumah. Tersengih - sengih Hajah Rusijah mengejek Haji Basar tatkala menghadap sarapan pagi apabila memberitahu mengenai bau minyak wangi yang melekat pada bantal itu. Tetapi Haji Basar tidak peduli sangat sama ada isterinya mengejeknya atau tidak. Manalah isterinya tahu mengenai keadaan di pejabatnya yang tiba - tiba sahaja bagaikan malap tidak berseri apa - apa. Kalau tidak kenang kawannya, Wak Damus ingatkan dia supaya tidak terburu - buru sangat mengambil keputusan mahu menutup perniagaannya, memang sudah lama Haji Basar tinggalkan pejabatnya. Biarlah dia terperosok di rumah mengharapkan anak - anaknya membantu, setelah perniagaan yang sekian lama dikendalikannya itu tiba - tiba sahaja menghadapi masalah.

Dia tahu perniagaannya tidaklah jatuh merudum. Segala - galanya masih berjalan dengan baik hinggakan mereka yang berniaga dengannya tidak pernah culas membayar. Tetapi duit ditangannya selalu sahaja habis tidak menentu. Dia sendiri sudah tidak tahu bagaimana mahu tuliskan buku akaun akibat daripada perasaannya yang sentiasa rusuh itu. " Ahh! minyak wangi biasa " sahut Haji Basar yang tidak peduli sangat dengan usikan isterinya itu. " Arwah ayah dahulu pun gunakan minyak wangi macam tu " tersengih - sengih Hajah Rusijah disebabkan bau minyak wangi yang digunakan pada air mandian limau Haji Basar masih berbau harum. " Emmm...dia gunakan untuk apa? " berkerut dahi Haji Basar apabila isterinya ungkit fasal minyak yang digunakan oleh arwah bapa mentuanya. " Setahu saya, arwah ayah dulu buat minyak senyonyong " jelas Hajah Rusijah bagaikan curiga dengan air mandi limau yang dijiruskan oleh Ucu Semali itu. " Sebab itu arwah ayah beristeri sampai 4 " beritahu dia selanjutnya apabila kenangkan arwah ayahnya, Andak Bucin yang berkahwin sampai 4 itu. Terkekeh - kekeh Haji Basar ketawa sebaik sahaja Hajah Rusijah sebut mengenai arwah ayahnya yang berkahwin 4 itu. Lantas sahaja Haji Basar menuduh tentu isterinya juga bimbang dia mandi air limau disebabkan mahu berkahwin lain. Asal sahaja bertemu Ucu Semali jauh di kawasan Felda, tentu bertujuan mahu memikat sesiapa. Sebab itu Haji Basar terasa sangat geli hatinya apabila Hajah Rusijah menyindir sedemikian. Takat mencari minyak senyonyong, tidak perlulah dia bersusah payah meranduk kesepian malam untuk menemui Ucu Semali. Memang arwah bapa mentuanya sudah berikan dia minyak senyonyong biar mudah laris tatkala berniaga apa pun. Sesiapa sahaja yang berurusan dengannya, sudah tentu akan menuruti keputusannya sebaik sahaja minyak tersebut disapukan pada alis mata terus ke atas bibir. Memang bapa mentuanya Andak Bucin ingatkan Haji Basar supaya tidak salah gunakan minyak senyonyong berkenaan. Kalau digunakan untuk memikat perempuan, nescaya minyak senyonyong berkenaan sekadar seronok mahu berkahwin sampai empat isteri sahajalah. Haji Basar sendiri menyedari Andak Bucin beristeri sampai 4 orang, tetapi berniaga tiada satu pun yang menjadi. disebabkan tidak boleh digunakan untuk berniaga, lantas sahaja Andak Bucin bekerja sebagai tukang kayu. Apabila dia berikan minyak senyonyong itu pada Haji Basar , dia sudah ingatkan fasal niat yang tertanam di kalbu sebaik sahaja diturunkan kepada menantunya. Lantas sahaja Haji Basar tanamkan niat jauh di lubuk hati mahu gunakan untuk berniaga semata - mata. Setiap kali malam bulan mengambang penuh, Haji Basar akan asapkan botol minyak berkenaan dengan kemenyan sampai berturut - turut 3 malam. Dia akan melihat akar serai bunga di dalam botol itu, akan berpusing di tengah minyak yang berbuih sebaik sahaja diasap dengan kemenyan. Sekali gus pula akar serai itu akan bertukar warna menjadi kebiru - biruan apabila asap kemenyan itu melabun di tengah rumah. Cubalah sesiapa sahaja berurusan niaga dengannya, mencari helah tidak mahu membayar wang yang dituntut. Tatkala dengar suara Haji Basar di dalam telefon sahaja nescaya hati akan menjadi gementar. Tidak bertangguh mereka akan memberikan janji mahu membayar sebelum Haji Basar sempat bertanya apa - apa. " Minyak senyonyong ayah jikalau disalah gunakan, memanglah untuk memikat perempuan aje! " ujar Haji Basar di hujung ketawanya sengaja menyindir isterinya.

" Jadi, arwah ayah dulu salahgunakan minyak senyonyong tu? " lantas Hajah Rusijah mencebek bibir kerana menyangka suaminya tidak tahu apa - apa pun mengenai minyak senyonyong berkenaan. " Entahlah, tapi kalau nak kahwin sampai 4 tak payah pakai minyak senyonyong pun boleh jelas Haji Basar sambil tersengih - sengih mengulum senyum disebabkan dia sudah berjanji dengan arwah bapa mertuanya untuk merahsiakan fasal minyak berkenaan yang diturunkan kepadanya. Bukan mudah Andak Bucin mahu turunkan minyak senyonyong yang mengalir keluar dari pada rumpun serai bunga itu, kalau Haji Basar tidak mahu rahsiakannya. Tentu anaknya, Hajah Rusijah akan mengalami nasib yang sama seperti emaknya yang hidup bermadu sekiranya Haji Basar tidak menyimpan rahsia mengenai minyak senyonyong yang ditampung tatkala keluar meleleh di rumpun serai bunga. Bangga sangat Andak Bucin apabila dia menemui rumpun serai bunga di tengah hutan lalu dibawa balik dan ditanam di hujung halaman. Beberapa kali juga Andak Bucin mengendap sewaktu malam bulan tengah mengambang penuh apabila tercium bau harum laksana bunga cempaka gugur ke tanah. Lantas disuluhnya ke perdu rumpun serai bunga itu setelah rumpun serai bunga itu bergegar kuat. Tersentak Andak Bucin apabila melihat minyak meleleh pada perdu rumpun serai berkenaan. Cepat cepat dia tadahkan tempurung disebabkan bau minyak berkenaan sangat semerbak harumnya. Dia simpan baik - baik minyak berkenaan dengan akar serai bunga yang jatuh ke dalam tempurung tidak dibuang satu pun. Apabila isterinya menanyakan mengenai minyak di dalam tempurung yang berbau harum itu, terus sahaja Andak Bucin memberitahunya minyak senyonyong. Tergamam isterinya sebaik sahaja diberitahu bahawa minyak senyonyong keluar meleleh pada perdu rumpun serai bunga. Sewaktu isterinya menjengah perdu rumpun serai berkenaan, dia semakin terkejut apabila melihat beberapa butir batu berwarna - warni berlonggok di situ. Disebabkan dia menyimpan batu batu berwarna warni itu, isterinya tidak marah apabila Andak Bucin berkahwin lagi. Apa lagi, batu berwarna - warni itu akan bertambah sekiranya dia jualkan kepada jiran jirannya. sampailah beliau meninggal dunia, tiba - tiba sahaja batu berwarna - warni berkenaan hilang entah ke mana. Serai bunga yang dijaga baik - baik oleh Andak Bucin juga pupus tidak bersebab. Setelah diturunkan kepada Haji Basar minyak senyonyong tersebut, Andak Bucin ingatkan menantunya supaya tidak memberitahu sesiapa pun mengenai minyak senyonyong berkenaan. Bimbang benar dia mahu serahkan pada anak - anak lelakinya yang lain takut mereka berbangga sangat hingga memikat sesiapa sahaja perempuan yang menarik perhatiannya. " Boleh jadi minyak senyonyong arwah ayah dulu, awak yang simpan? " segera Hajah Rusijah menuduh disebabkan bau air mandi limau suaminya seakan - akan bau minyak senyonyong yang disembunyikan oleh ayahnya. Tahu sangat Hajah Rusijah mengenai minyak berkenaan disebabkan dia pernah terserempak di dalam peti kayu di bawah kolong. " Hus, kalau ada pada aku, tentu aku kahwin 4! " ujar Haji Basar sengaja berdalih. Ketika ini lah mereka berdua dikejutkan dengan bunyi sorak sorai anak - anak di luar pagar rumah. Lantas sahaja Hajah Rusijah menerpa ke pintu hadapan rumah hinggakan tidak peduli lagi fasal minyak senyonyong yang dibangkitkan di depan suaminya itu. Sebaik sahaja dia menjengah keluar, Hajah Rusijah tidak melihat seorang pun kanak - kanak yang bersorak di luar pagar rumahnya itu. Tetapi dia terkejut apabila melihat sebuah kereta jenazah tersergam di luar pagar rumahnya. Belum pun sempat dia memanggil Haji Basar , lantas sahaja suaminya tercegat di belakangnya. Segera Haji Basar

membukakan jeriji pintu untuk memastikan memang betul kereta jenazah itu berhenti di hadapan rumahnya. Ketika Haji Basar berjalan mendekati pintu pagarnya, kereta jenazah itu terus bergerak meninggalkan kawasan rumahnya. Hajah Rusijah pula ternampak kereta berkenaan bergerak secara sendiri tanpa kelibat pemandunya. Hairan juga Haji Basar apabila diberitahu oleh isterinya mengenai kereta jenazah itu bergerak dengan sendiri dengan tidak ada pemandunya. Apabila hal itu diberitahu kepada jiran - jirannya, mereka juga terkejut. Tidak ada sesiapa pun yang melihat kereta jenazah itu berhenti di luar pagar rumah Haji Basar tatkala mereka sedang bersarapan pagi. Sewaktu mereka menjengah ke tepi pintu pagar, memang bekas tayar kereta ternampak timbul pada tanah pasir di situ. " Saya tidak nampak sebuah pun kereta berhenti di situ, abang haji " ujar Fahzi jiran yang dekat bersebelahan rumah. memang sejak selepas solat subuh Fahzi bersenam di hadapan rumahnya. Sekiranya kereta jenazah berkenaan berhenti di hadapan pagar rumah Haji Basar , memang dia yang akan mula - mula melihatnya. " Eeh, takkan lah saya bermimpi! " gerutu Haji Basar semacam tidak percaya apabila diberitahu sedemikian oleh Fahzi . " Sejak selepas subuh memang saya di halaman rumah ini " jelas Fahzi yang mengakui nampak Haji Basar menerpa ke pintu pagar secara tergesa - gesa. " Siapa pula yang meninggal dunia? hingga kereta jenazah tersalah rumah" lantas Mat Sutin mencelah setelah diberitahu fasal kereta jenazah pagi - pagi lagi berhenti di hadapan pagar rumah Haji Basar . " Memang saya dengar suara budak - budak bersorak " sahut Hajah Rusijah menjelaskan apabila jiran jiran memberitahu tidak melihat seorang pun kanak - kanak di situ. Kalau kanak - kanak bersorak pun, tentu anak - anak mereka yang sudah ke sekolah semenjak selepas subuh lagi. Tetapi berturut - turut 3 pagi pula mereka di situ dikejutkan dengan kereta jenazah yang berhenti tersergam di depan pintu pagar rumah Haji Basar . Tidak sampai 2 minit kereta berkenaan berhenti, cepat - cepat sahaja ianya akan bergerak. Memang Fahzi juga tidak dapat melihat kelibat pemandu kereta itu apabila ia bergerak meninggalkan pintu pagar tersebut. Bukan Fahzi sahaja yang terserempak, malah Mat Sutin yang suka mengusik jirannya itu juga tergamam apabila beliau juga turut terserempak dengan kereta jenazah yang tiada pemandu itu berhenti di hadapan rumah Haji Basar . Sebab itu mereka mula mengendap di pintu pagar rumah sebai sahaja selepas waktu subuh. tetapi tidak kelihatan apa - apa pula sampai seminggu apabila mereka menunggu di situ. Disebabkan terserempak dengan kereta jenazah tidak ada pemandu yang berhenti di depan pintu, lantas sahaja Haji Basar menemui Ucu Semali semula. Sengaja dia mengajak Fahzi ikut sama temankan dia ke Felda berkenaan. Tetapi Ucu Semali juga memberitahu bahawa kereta jenazah turut ada berhenti di halaman rumahnya selepas subuh tatkala dia turun ke tanah mahu ke kebun. Sebaik sahaja Ucu Semali mahu mencapai motorsikalnya, dia menyedari bahawa kereta jenazah itu bergerak perlahan - lahan meninggalkan halaman rumahnya. Memang dia cam sangat bahawa tidak ada pemandu di hadapan. Berturut - turut 3 pagi Ucu Semali terserempak dengan kereta jenazah tersebut

yang berhenti di halaman rumahnya, kemudian aia bergerak perlahan - lahan sebaik sahaja Ucu Semali mencapai motorsikalnya. Ucu Semali tidak peduli sangat mengenai kereta jenazah yang berhenti di halaman rumah kerana menyangka pemandunya sengaja mahu berhenti berehat. Tentu pemandu kereta jenazah itu yang masuk ke dalam kawasan Felda berkenaan keletihan sangat kerana menguruskan membawa balik jenazah dari hospital. Manalah tahu jirannya di kawasan Felda berkenaan sudah bekerja menjadi pemandu kereta jenazah berkenaan. Setelah dia cam sangat kereta jenazah itu bergerak tanpa pemandu, Ucu Semali mula mengesyaki kereta berkenaan sekadar bayangan sahaja. Tetapi anaknya, Uncak juga terserempak dengan kereta jenazah berkenaan melalui lorong ke rumahnya tatkala dia mengayuh basikal ke sekolah. 3 pagi berturut - turut Uncak cam sangat kereta berkenaan memang tidak ada pemandu. " Ucu di sini pun terserempak dengan kereta jenazah " beritahu Ucu Semali apabila Haji Basar jelaskan kejadian yang menimpa di rumahnya 3 pagi berturut - turut. " Cam benar Ucu, memang kereta itu tidak ada pemandu " ujarnya menambah apabila kenangkan kejadian yang sama menimpa rumahnya juga. " Takkan kita sama - sama bermimpi, Ucu? " hairan juga Haji Basar kiranya mahu dituduh mereka bermimpi. Kalau takat dia suami isteri sahaja melihat, boleh juga dianggap kereta jenazah itu sekadar bayangan. tetapi Fahzi dan Mat Sutin jiran - jirannya, juga terserempak sama. " Bukan perkara mimpi ni, Aji " jelas Ucu Semali tersengih - sengih kerana tidak bimbang apa - apa sekiranya mahu menguji dirinya. " Kadangkala orang nak tunjuk kepandaian, manalah kita tahu! " dia mendengus perlahan seolah - olah kejadian tersebut mahu mencabar dirinya. " Macam - macam ilmu sihir " ujar Fahzi yang memang pernah mengalami kejadian diganggu sihir sewaktu tinggal di rumah lamanya sebelum berpindah berjiran dengan Haji Basar . Apabila dia memberitahu kepada Haji Basar , lantas sahaja lelaki itu mentertawakannya kerana terlalu percayakan sangat kejadian sedemikian. Manalah Haji Basar dapat merasakan keadaan cemas dirinya sekeluarga apabila langsir jendela tiba tiba sahaja terbakar. Habis sahaja langsir rentung terbakar, sekali gus pula api padam tidak sempat menjilat ke dinding. tilam di atas katil juga terbakar bagaikan ditabur bara merah menyala hingga kekabu tilam berlubang - lubang ditembusi api. Rusuh benar hati Fahzi disebabkan sepanjang malam dia terpaksa berjaga - jaga. Lantas sahaja Itam Suhor menyuruhnya buangkan sahaja langsir, kalau api berkenaan sengaja membakar langsir jendelanya. Apabila tidak dipasangkan langsir, kusyen bangku pula berlubang - lubang bagaikan bara berserak di situ. 3 malam berturut - turut Itam Suhor membakarkan kemenyan, namun kejadian api memercik laksana bara ditabur itu terus berlaku di dalam rumah. Disebabkan api yang mengganggu rumah Fahzi tidak juga reda asal sahaja masuk waktu maghrib, segera Itam Suhor memberitahukan hal tersebut kepada Pak Gumil . Ketika Pak Gumil jejakkan kaki ke rumah Fahzi , tidak pula berlaku api memercik sebaik sahaja masuk waktu maghrib. Sehingga tengah malam Pak Gumil menunggu, dia terus solat sunat 2 rakaat. setelah dia berzikir jauh di dalam jiwanya, Pak Gumil segera membacakan sebanyak 7 kali : " laqod ja-akum rasulummin anfusikum 'azizun 'alaihi ma-'anittum

horison 'alaikum bil-mukminina raufurrahim, fa-in tawallau faqul hasbiyallahu la-ilahailla-huwa 'alaihi tawakkaltu wahuwa rabbul 'arsyil 'azim ". Ketika inilah mereka terkejut apabila tercium bau hangit bagaikan bau rambut terbakar. Semenjak Pak Gumil berulang 2 malam berturut - turut, Fahzi berasa lega apabila rumahnya tidak lagi diganggu. Apabila dia mahu membayar wang pengeras, Pak Gumil sekadar menyuruh dia hantarkan sahaja pisang ke masjid 3 jumaat berturut - turut. Puas juga Fahzi mendesak supaya memberitahu mengenai kejadian yang mengganggu rumahnya, tetapi sengaja Pak Gumil berdalih. Manalah Pak Gumil mahu memberitahu mengenai Fahzi yang menggunakan minyak senyonyong tatkala memikat isterinya sehingga lelaki yang menaruh perasaan sentiasa menyimpan dendam. Marah benar lelaki itu apabila Fahzi yang kurus meleding mudah sangat memikat Mazimah, hingga lelaki berkenaan sengaja mahu menimbulkan kecemasan. Biarlah Fahzi gunakan minyak senyonyong yang disapukan pada sapu tangan hingga tercium kepada Mazimah . Sebab itu, Pak Gumil sekadar bisikkan pada Fahzi bahawa penggunaaan minyak senyonyong juga boleh memudaratkan diri sendiri juga. Tetapi Fahzi tidak bermaksud mahu menyakiti hati sesiapa pun apabila mencari minyak senyonyong sampai ke tengah hutan negeri Pahang. Dia sekadar mahu memikat hati Mazimah yang berdalih sangat setiap kali dia cuba mendekati perempuan itu. Sebab itu Fahzi terpaksa juga mendesak bapa saudaranya di Jerantut agar dapat membantu, biar diturunkan jampi serapah untuk diamalkannya. Sengaja bapa saudaranya memberikannya sahaja minyak senyonyong biar dititikkan pada sapu tangan. Asal sahaja terserempak dengan Mazimah , beliau akan kibaskan sapu tangan tersebut biar bau wanginya tercium menusuk ke hidung. Sebaik sahaja tercium bau minyak senyonyong, memang 3 malam berturut - turut Mazimah tidak boleh lelapkan mata apabila kenangkan akan diri Fahzi . Setiap kali menjejakkan kaki ke pejabat, dia akan tertunggu - tunggu akan Fahzi masuk menjengah. Tiba - tiba sahaja perasaannya tidak boleh lupakan Fahzi asal sahaja mata mahu mengantuk tidur. Dia akan tergamam bangun bagaikan terdengar suara Fahzi berbisik di telinganya menyuruhnya membuka mata. Sebab itu mudah sahaja Mazimah menerima lamaran tatkala Fahzi masuk meminang. Manalah Fahzi tahu fasal lelaki yang hatinya terluka apabila dia berkahwin dengan Mazimah . Sebab itu Pak Gumil tidak peduli sangat tatkala melihat bara api ditaburkan di dalam sekam padi. Setelah dihembuskan 3 kali dengan surah al fatihah, dia melihat dengan jelas asap melabun naik apabila sekam padi dielus angin kencang. Ketika ini Pak Gumil melihat lelaki berpakaian serba hitam tercegat di situ mencampakkan bara dari sekam padi seolah - olah menyinggahi langsir jendela. " Kalau jauh nak ke Felda ni, cubalah jumpa Pak Gumil tu " tutur Ucu Semali sebaik sahaja diberitahu oleh Fahzi mengenai kejadian yang menimpa rumahnya bertahun - tahun sebelum itu. " Pak Gumil dah lama meninggal dunia " beritahu Fahzi apabila kenangkan dia tidak sempat menziarahi orang tua berkenaan. " Anak murid Pak Gumil tak ada ke? " desak Haji Basar pula sengaja mahu mengetahui fasal Pak Gumil . Dalam saat demikian dia lebih mengharapkan Ucu Semali sahaja, setelah sama - sama mengalami kejadian terserempak kereta jenazah bergerak sendiri dengan tidak ada pemandu itu.

" Tak salah saya, Pak Gumil dulu datang dengan ustaz " jelas Fahzi yang tetap ingat sangat malam kedua Pak Gumil datang menjengah ke rumahnya memang bersama dengan saya. " His, ustaz tu selalu dia ke sini " sahut Sebanun, isteri Ucu Semali sambil mencuit bahu suaminya. Tersenyum Ucu Semali sebaik sahaja Fahzi sebutkan mengenai saya bersama Pak Gumil jejak kaki ke rumahnya tatkala kejadian api membakar langsir jendela tidak semena - mena. Tilam di katil juga disinggahi dengan bara api yang tidak kelihatan di mana - mana itu. Malah kusyen yang baru dibeli dari kedai perabot juga tebuk berlubang - lubang bagaikan disinggahi bara api menyala. " Ucu kenalkah dengan ustaz tu? " tanya Fahzi sambil menatap muka Ucu Semali setelah diberitahu oleh Sebanun mengenai saya yang sering kali menjengah datang ke felda itu. " Ustaz tu bukannya mahu sangat kalau dijemput " lantas Sebanun mencelah sebelum Ucu Semali sempat menuturkan apa - apa. Tetapi Ucu Semali tahu perkara kereta jenazah bergerak sendiri dengan tidak ada pemandu bukannya sama dengan kejadian api memercik di dalam rumah Fahzi . Tiba - tiba sahaja kereta jenazah itu menjelma di tengah halaman rumahnya tatkala Haji Basar juga mengalami perkara yang sama. Sebaik sahaja dia melihat bayangan dinding pejabat Haji Basar memancutkan mata air yang meleleh minyak senyonyong, sekali gus sahaja gangguan kereta jenazah itu pun menjelma. Disebabkan jelmaan kereta jenazah itu tidak lagi mengganggu, Ucu Semali sekadar ingatkan Haji Basar supaya menyediakan rumput sambau, daun sepulih dan beras ditumbuk dengan kunyit sahaja. Dia akan doakan dengan membacakan ayatul kursi sebanyak 313 kali lalu direnjiskan disekeliling pejabat laksana menepung tawar sahaja. Memang Haji Basar juga tidak peduli sangat fasal kereta jenazah yang menjelma di depan pintu pagar rumahnya. Biarlah jelmaan kereta jenazah itu dilihat jiran - jirannya, asal sahaja tidak mengganggu penduduk di situ. Manalah tahu kereta berkenaan akan merempuh budak - budak yang melintas jalan mahu ke sekolah tatkala hari belum cerah itu. Siapa mahu dituduh sekiranya kereta yang bergerak tidak ada pemandu itu merempuh anak - anak? Tentu anak - anak mereka cedera akibat nahas tidak tahu punca itu. Memang bimbang benar, Haji Basar takut sekiranya kejadian sedemikian berlaku dalam masa dirinya yang menjadi sasaran. Takat perniagaannya yang mengalami kerugian, Haji Basar masih boleh bertahan. Tapi kalau mengancam anak - anak jirannya, dia juga berasa kesal yang amat sangat. " Haji Basar ini yang saya ceritakan pada ustaz tu " beritahu Ucu Semali sambil memandang ke arah saya, tatkala Haji Basar bersama Mat Sutin naik ke rumahnya semasa saya berkunjung ke Felda berkenaan. Memang Ucu Semali sudah ceritakan mengenai Haji Basar yang terkejut apabila melihat kereta jenazah bergerak tidak ada pemandu di depan pagar rumahnya.

32. TOK AWANG NGAH - LELAKI TUA MENUNTUT JANJI


Malam tidak bercahaya kerana bulan tidak mengambang, Bila bulan mula menghujung, bulan akan mengambang apabila semakin dini hari. Sebab itulah orang-orang Islam percaya kiraan Tahun Hijrah lebih tepat dari Tahun Masehi, kerana edaran bulan mengikut kiraan Yahun Hijrah. Kita perhatkan sahaja apabila bulan purnama sudah tentulah pada setiap 15 haribulan Tahun Hijrah. Tetapi orang-orang kita lebih mengikut Tahun Masehi. Disebabkan kita terikut-ikut Tahun Masehi sebagai tahun antarabangsa. Pada hal edaran bulan tidak langsung mengikut Tahun Masehi. Mungkin juga pengaruh penjajah yang menanam semangat kita sentiasa menghormati Tahun Masehi. Malah ramai dari orang-orang kita tidak peduli langsung mengenai kiraan Tahun Hijrah ini. Ini juga yang terjadi kepada Manap Sepet. Dia memang tidak pernah tahu mengenai kiraan tahun Hijrah ini. Malah dia sendiri menganggap perkara-perkara yang bersangkutan dengan mimpi sebagai karut dan tidak munasabah saja. Sebelum itu Manap diiberitahu oleh isterinya Sirah mengenai mimpinya bahawa selepas 15 haribulan Safar seorang lelaki tua menunggunya di simpang kampung. Dia akan menunggu Manap Sepet jam 12 tengah malam. Selepas 15 haribulan Safar itu tidak pula diterangkan bila. Cuma orang tua dalam mimpi itu mengingatkan selepas 15 haribulan Safar saja. Sebab itu lah Manap Sepet tidak hiraukan sangat mengenai mimpi isterinya itu. Sekali pun Sirah menegahnya jangan lagi keluar pada waktu malam, namun Manap Sepet menganggap sebagai karut saja kepercayaan isterinya. Sirah memang mendapat mimpi mengatakan orang tua berkenaan mahu bertemu dengan Manap Sepet. Sudah menjadi kebiasaan Manap Sepet, dia akan ke pekan dengan menaiki basikal sejauh empat batu dari kampung. Pekan itu pun hanya kedai papan sederet yang terdapat sebuah kedai kopi. Di belakang kedai kopi tempat orang bermain mahjong. Manap Sepet sekali sekala main mahjong juga di belakang kedai itu. Kalau dia tidak ada duit dia akan menebeng saja memerhati orang lain bermain. Di kedai kopi itu Manap Sepet duduk menghabiskan masanya sampai jam 11 malam baru balik. Sengaja kau nak jadikan aku jantan ikut telunjuk, duduk saja di rumah, fasal itu kau cakap mimpi ini bentak Manap Sepet memarahi isterinya ketika turun dari rumah petang tadi. Awak ni salah anggap rungut Sirah tersinggung dengan tuduhan suaminya. Saya kata lain, awak maksudkan lain pula dia memasamkan muka. Mimpi itu karut semuanya Manap Sepet mencapai basikal di bawah rumah. aku ak takut apa pun, tunggulah siapa yang nak tunggu gerutunya mendongkol kerana dilarang oleh isterinya dari keluar ke pekan. Dalam seminggu dua ni aje jangan keluar malam, apa salahnya? Sirah masih berharap supaya suaminya tidak keluar.

Sudahlah karut, bentak Manap Sepet. Dia terus menyeret basikalnya keluar ke tengah halaman. Jangan jadikan saya jantan ikut telunjuk pulak dia mengibas-ngibaskan punggung dengan belakang tangan sebelum melompat naik menunggang basikalnya. Sirah tidak berupaya menghalang suaminya dari meneruskan kemahuannya keluar juga ke pekan. Dia tau suaminya ke pekan yang terdapat kedai papan sederet itu saja. Manap Sepet tidak akan pergi ke Gemas, kerana malam tidak ada bas lagi. Lagi pun buat apa Manap Sepet ke Gemas kecuali kalau mahu menonton wayang. Sedangkan Manap Sepet bukannya orang yang suka menonton wayang. Dia tahu suaminya akan mencangkung di belakang kedai kopi Ah Keong bermain mahjong. Itu pun kalau dia berduit. Kalau tidak berduit dia akan memerhati saja orang bermain. Memang asyik Manap Sepet memerhati orang bermain mahjong sampai lupa mahu balik ke rumah. Habis semua kawan-kawan datang dari kampung balik, dia tidak juga balik. Fasal itulah Manap Sepet berseorang saja melalui jalan tanah merah di sekeliling pokok-pokok getah merimbun. Bagi Manao Sepet balik jauh-jauh malam tidaklah menjadi hal kepadanya. Kadangkala menumpang motosikal Ah Fook seorang peraih getah buku, dia pergi juga ke Gemas kerana Ah Fook memang kaki empat nombor. Mereka ke sana kerana Ah Fook percaya to pekong boleh memberikan nombor ekor. Bukan setakat ke Gemas atau Segamat saja, Ah Fook mencari to pekong untuk mendapatkan nombor bagi menikam empat ekor. Malah kadangkal ke Seremban dekat Bukit Tangga dia pergi mendapatkan to pekong dengan harapan boleh menang nombor. Manakala Manap Sepet pun sama saja mengikut kemahuan Ah Fook, di samping dia juga berharap boleh mendapat pertolonga to pekong memberi nombor ekor. Memang Sirah marah bila mendapat tahu suaminya mengikut Ah Fook mencari to pekong kerana mahu dapatkan nombor ekor, tetapi apalah yang boleh dilakukan. Sudahlah Manap Sepet tidak sembahyang, tidak puasa, ditambah lagi dengan main judi baik mahjong mahu pun nombor ekor. Hal-hal rumah tangga langsung tidak dipedulikannya. Terpulang pada Sirah untuk bekerja di estet bagi menampungbelanja di rumah. Kadangkala Manap Sepet pula minta duit darinya untuk minum kopi di kedai Ah Keong. Bila balik malam Ah Fook tidak akan menghantar Manap Sepet balik ke rumah, memadai sampai di kedai Ah Fook saja kerana Manap Sepet tinggalkan basikalnya di situ. Kemudian Manap Sepet akan balik bersaorangan saja melalyui jalan tanah merah melalui kebun-kebun getah di kiri kanan itu sejauh 4 batu balik ke rumahnya. Kadang-kadang sampai jam 3.00 pagi baru dia tiba di rumahnya kalau mengikut Ah Fook berjalan hingga ke Segamat. Inilah kisah Manap Sepet yang diceritakan oleh adiknya Lasim kepada saya. Pada malam itu dia tetap keluar juga sekali pun dilarang oleh Sirah. Sampai di kedai kopi Ah Keong dia berlangut saja seorang diri sambil memesan teh. Asal duduk saja di kedai itu, memang dia tetap memesan teh.

Di belakang kedai orang bermain mahjong kedengaran juga pada Manap Sepet. Tidak orang Melayu yang bermain mahjong, kecuali Manap Sepet sajalah orang Melayu di situ yang gemar bermain mahjong. Ah Fook juga tidak datang ke situ, mungkin lelaki Cina tidak tahu ke mana-mana. Ada juga dia berjanji hendak ke To Pekong di Bukit Tangga dekat Seremban untuk menurun bagi mendapatkan nombor ekor, tetapi dia belum memberi kata putus mengenainya. Kira-kira pukul 11.00 malam Manap Sepet pun baliklah ke rumahnya. Dia mengayuh basikal mengikut lorong tanah merah itu. Bagi Manap tidak ada apa yang hendak ditakutkan. Sudah bertahun-tahun dia menempuh jalan tersebut sejak masih belum kahwin dengan Sirah lagi. Tidak ada pula dia bertemu apaapa tengah jalan. Macam-macam juga dia mendengar cerita bila sampai berhampiran Bukit Kuau di simpang jalan. Jamos pernah melihat lembaga pakaian serba putih melintas di situ, tetapi kakinya tidak jejak ke tanah. Pak Sohod pernah ternampak bola api memanjang terbng kemudian jatuh ke jirat Cina di bukit berkenaan. Lasim adiknya juga memberitahu pernah tercium bau wangi semasa melintas di situ. Tetapi cerita-cerita berkenaan sedikit pun tidak menakutkan Manap Sepet. Dia tetap juga keluar malammalam hari ke pekan. Kemudian jauh malam baru balik. Sirah juga tidak kuasa lagi mahu berleter kalau Manap Sepet balik lambat. Kalau dileterkan pun Manap Sepet tidak memperdulikan langsung. Apalah gunanya dia berleter kerana tidak memberi bekas seolah-olah mencurahkan air ke daun keladi saja. Hanya Sirah berdoa agar Manap Sepet sedar akan kesilapannya selama ini. Sikap berjudi, tidak melakukan solat, malas bekerja, semuanya merugikan belaka. Mujurlah Sirah seorang yang sabar, dan tetap tabah menghadapi perangai suaminya yang menyakitkan hati itu. Tibanya saha di kaki Bukit Kuau terasa juga gementar hati Manap Sepet. Entah mengapa malam itu dia merasa gementar melintas di situ. Tetapi dia cekalkan hati. Kalau ada sesiap muncul di depannya dia tidak akan gentar untuk menerkamnya. Biarlah lemabaga berpakaian serba putih tidak berkaki pernah ditemui oleh amos itu menakutkan dia, atau bola api yangmemanjang terbang ternampak oleh Pak Sohod itu, Manap Sepet tetap akan tongkatkan basikalnya. Dia tidak akan lari seperti tikus terlihat kucing. Sekali sekala Manap Sepet mengerling juga ke arah jirat Cina di lereng bukit. Tidak ada apa yang ternampak selain dari gelap gelita. Bulan tidak lagi muncul apabila sudah 20 haribulan. Biasanya sudah dinihari barulah bulan mengambang. Kata orang kalau bulan mengambang dinihari biasanya harimau suka berkeliaran. Bila mengenangkan harimau terasa juga gementar di hati Manap Sepet. Kalau sekadar hantu atau lembaga-lembaga yang pernah dilihat oleh Jamos. Pak Sohod atau Lasim memang dia tidak pernah takut. Tetapi harimau binatang ganas. Harimau tidak sama dengan hantu atau lembaga- lembaga yang diceritakan yang boeh direka-reka ceritanya. Siapa bertembung dengan harimau tidak akan dapat lagi membawa cerita balik ke rumah, melainkan menjadi mangsalah sudahnya.

Sebaik terlangsung saja dari jirat Cina, di selekoh yang gelap leh rimbunan pokok-pokok getah, tiba-tiba saja lampu basikalnya padam. Mula-mulanya Manap Sepet tidak hiraukan juga, kerana dia masih ada lampu picit di saku belakang seluarnya. Tetapi apabila dikayuh juga basikalnya, tiba-tiba rantainya jatuh. Celaka, rungut Manap Sepet melompat turun. Cepat-cepat dia menongkatkan basikalnya. Dia menyuluh lampu picit kepada rantai basikal, tetapi lampu picitnya juga tidak bernyala. Bertambah geramlah hati Manap Sepet. Dia meraba-raba rantai basikalnya di dalam gelap itu, tetapi dirasanya rantai basikalnya tidak jatuh. Elok teregang pada tempatnya. Tetapi mengapa tidak boleh dikayuh? Ketika ini dia teringatkan akan pesan Sirah mengatakan dia akan ditunggu oleh seorang tua di situ sepertti dalam mimpinya. Kalau betul nak jumpa, keluarlah! rungut Manap Sepet mengertap bibir. Dia memang cepat panas baran. Pantang saja dicabar cepatlah dia melenting. Dia tidak peduli samaada manusia atau hantu jembalang yang berani mencabarnya. Memang Manap Sepet sanggup menentangnya. Lama di tercegat di tengah jalan memerhatikan sekeliling kalaulah benar ada orang tua yang mahu menemui seperti dalam mimpi Sirah. Tetapi di sekelilingnya gelap gelita disebabkan rimbunan pokokpokok getah menyerkup. Tidak jadi dia membetulkan rantai basikalnya, kerana rantai basikalnya itu tidak jatuh. Lampu basikalnya juga tidak ada salahnya, tetapi mengapa tidak menyala?. Keluarlah ! katanya perlahan mengenggam penumbuk sambil memerhatikan sekeliling. Ternyata tidak ada orang tua yangmahu menemuinya seperti dalam mimpi Sirah itu. Kemudian Manap Sepet pun menolak basikalnya. Dia tidak dapat menunggang kerana rantai basikalnya tidak boleh dikayuh. Biarlah dia berjalan kaki sahaja untuk balik ke rumah. Hanya beberapa langkah sahaja dia menolak basikalnya, tayar basikalnya terlanggar batu. Hampir dia terjatuh kerana tiba-tiba saja ada batu tergolek di tengah jalan. Bukan main marah hati Manap Sepet seolah-olah dia sedang dipermainkan. Sambil mengertap bibir Manap Sepet sekali lagi merenung basikalnya seolah-olah mahu mencabar musuh yang mempermainkan dirinya. Tetapi orang tua yang dikatakan oleh Sirah dalam mimpnya itu tidak juga muncul. Manap Sepet tidak takut berhadapan dengan orang tua itu kalau benar-benar dia menjelma di situ. Lama dia menunggu sambil menendang batu tergolek di tengah jalan itu dengan harapan lelaki tua itu muncul, tetapi tidak ada pun bayangnya menunjukkan diri. Hah, tau kau takut dengan aku ye kata Manap Sepet masih mendongkol. Dalam masa ini bulan mula menyinar di langit. Ahulah Manap Sepet memang sudah dinihari, kerana penghujung bulan memang begitu, Dia masih tidak bergerak dari situ kerana basikalnya masih tidak boleh digunakan. Dia juga tidak akan lari semata-mata takut lelaki tua yang mahu menemuinya. Sirah

memang tidak benarkan dia keluar kerana takutkan lelaki tua berkenaan, tetapi dia tidak rasa gentar apa-apa. Setelah bulan mulai menyinar terang barulah Manap Sepet terdengar bunyi orang berdehem. Dia berpaling ke belakang mengamati bunyi orang berdehem itu. Dari arah belakang dia nampak satu lembaga lelaki berjalan bongkok dengan bertongkat mara mendapatkannya. Apabila hampir dia nampak lelaki itu berpakaian serba hitam, tetapi mukanya terlindung sedikit oleh rambutnya yang memanjang serta janggut dan bauknya yang tebal ramus. Kau hendak apa? jerkah Manap Sepet sebaik saja lelaki tua itu duduk pada batu yang tergolek di tengah jalan. Lelaki tua itu tidak menyahut. Dia menunduk saja dengan tidak menghiraukan Manap Sepet.tanya Manap Sepet keras. Kau nak jumpa aku? Awak jangan sombong sangat kata lelaki tua itu perlahan. Suaranya juga garau tetapi jelas dapat didengar oleh Manap Sepet. Tak boleh cakap perlahan sedikit suara awak, ujar lelaki itu memarahinya. Kenapa kau ganggu jalan aku? herdik Manap Sepet menunjukkan marahnya dipermainkan oleh lelaki berkenaan. Ini jalan aku. Memang masa macam ini aku berihat-rihat di sini, beritahu lelaki tua itu mengingatkan Manap Sepet. Aku dah beri amaran jangan ganggu jalan aku ini kalau masa macam ni, sahut lelaki keras macam mengancam. Jalan ni memang jalan aku. Mengapa kau nak berihat pula pada jalan orang katanya tidak gentar pun berhadapan dengan lelaki tua berkenaan. Nampaknya awak keras kepala ye! lelaki itu semakin marah dengan sikap Manap Sepet. Bukan aku tunjuk keras kepala, tetapi awak yang tunjuk keras kepala jawab Manap Sepet masih berdegil. Awak jangan nak berlagak di tempat orang, lelaki tua itu memberi amaran. Bertambah marah Manap Sepet dengan amaran itu. Dia tidak dapat menahan sabar lagi. Lantas diterkamnya orang tua sambil sambil tangannya meragut janggut lelaki berkenaan. Betul-betul jantan awak kata lelaki tua itu tersengih sengih.

Tapi awak takkan dapat menghalang aku mengambil isteri awak beritahunya sambil menepis tangan Manap Sepet. Belum sempat Manap Sepet mahu menampar muka lelaki tua itu kerana berani mempersendasendakan isterinya, kabus tebal muncul di depannya berputar-putar seperti d tiup angin kencang. Lelaki tua itu hilang dalam putaran kabus tebal tadi. Dan dia mendengar ketawa memanjang lelaki itu semacam mengejeknya. Ketika ini Manap Sepet mendengar suara tangisan Sirah bergema di sekeliling rimbunan pokok-pokok getah. Dia memerhatikan tidak kelihatan pun Sirah dimana-mana. Tetapi tangisan itu semakin jelas memanggilnya meminta tolong. Sirah meminta jangan lepaskan dirinya pada lelaki berkenaan. Manap Sepet pun mencapai basikalnya. Sebaik saja dia mahu menunggang basikalnya semuanya jadi goyah. Semakin marah dia kerana basikal itu tidak boleh digunakan langsung. Dia punmencampakkan basikalnya ke tepi, lantas berjalan kaki saja balik. Sepanjang perjalanannya itu dia tetap mendengar tangisan Sirah tidak rela dilepaskan kepada lelaki tua yang ditemuinya tadi. Apabila sampai di rumahnya didapatinya Sirah tidak mengalami apa-apa yang luar biasa. Jadi, Manap Sepet pun sengaja menyembunyikan apa yang berlaku kepadanya di jalan tadi. Malu dia mahu menerangkan pada Sirah kejadian itu, kerana dia sudah menempelak Sirah mengatakan mimpi isterrinya karut saja. Bagaimanapun dia merasa gembira kerana tidak ada apa-apa yang buruk berlaku. Mungkin kerana keberanian serta tabahnya dia menghadapi kejadian itulah puncanya dia tidak dapat dikalakan. Mereka yang lemah semangat saja dapat dikalahkan oleh kejadian-kejadian seperti ini. Sebaliknya mereka yang berani serta kuat semangat tidak akan dapat ditewaskan oleh kuasa-kuasa demikian. Mana basikal awak? tanya Sirah kerana didapatinya tidak menunggang basikal. Aku tinggalkan di kedai Ah Keong sahutnya berbohong. Awak tak jumpa apa-apa? soal Sirah bimbang dengan mimpinya yang menakutkan itu. Ah karut semuanya beritahu Manap Sepet masih berbohong kepada isterinya. Mimpi mana ada yang betul, tak ada apa-apa pun yang aku jumpa katanya macam mengejek. TErasa lega hati Sirah kerana suaminya selamat. Tetapi dia tetap berharap suaminya jangan keluar malam-malam lagi. Mana tahu pada malam itu lelaki tua yang ditemuinya tidak menunggu, bagaimana pada malam-malam yang lain. Lelaki ini memberitahu ingin bertemu dengan Manap Sepet selepas 15 haribulan Safar, bermakna sehingga akhir bulan lelaki berkenaan tetap menunggu suaminya. Dalam seminggu dua ni, janganlah awak keluar malam-malam lagi nasihat Sirah memperlihatkan kasih sayangnya. Tengoklah dulu jawap Manap Sepet terkuap-kuap menahan mengantuk dan letih.

Bagaimanapun hatinya tetap teringatkan peristiwa yang dilaluinya tadi. Namun dia tetap berbohong dengan Sirah. Dia tidak akan memberitahu SirMungkin Sirah akan mengungkit-ngungkit kalau diceritakan perkara yang sebenarnya. Sejak mula lagi dia tidak percaya dengan apa yang dicakapkan oleh Sirah. Dia mengatakan semuanya karut. Tetapi dengan kejadian yang dialaminya pada malam itu, ternyata mimpi Sirah itu memberi alamat yang benar. Kalau dia mengakui akan kebenaran mimpi Sirah, tentu dia akan disindir oleh isterinya yang memeperolok-olokan mimpinya selama ini. Oleh itu Manap Sepet sengaja menyembunyikan peristiwa itu dari isterinya. Dia yakin kekuatan semangatnya akan menghalang gangguan berkenaan. Ancaman lelaki itu untuk mengambil isterinya tidak akan berhasil, selagi dia tetap berada di samping isterinya. Dia mengambil keputusan akan mengikut nasihat isterinya supaya tidak keluar malam-malam dalam masa seminggu dua itu. Mana tahu lelaki tua itu akan datang menganggu Sirah semasa dia tidak ada di rumah. Awak dengarlah cakap saya ni pujuk Sirah lagi. Dalam seminggu dua ni jangan lah awak keluar malam-malam, lagi pun bukan ada faedahnya, ujar Sirah terus berharap. Tidur ajelah.... sahut Manap Sepet dengan tujuan untuk menyembunyikan kebimbangannya pula. Pagi-pagi besoknya Sirah sudah bangun untuk bekerja di estate, sedangkan Manap Sepet masih tidur kerana keletihan. Apabila dia bangun dari tidur didapatinya Sirah sudah pun pergi bekerja. Manakala anak-anaknya sudah ke sekolah. Dia terus ke tempat bertemu lelaki tua semalam untuk melihat keadaan basikalnya. Didapati basikalnya ada terlimpar di tepi jalan. Bila diperiksanya basikalnya masih elok, tidak pun jatuh rantainya. Lampunya juga masih baik. Barulah senang hati Manap Sepet, kerana semuanya dalam keadaan selamat. Bagaimanapun dia bimbang juga dengan Sirah. Boleh jadi apa yang didakwa oleh lelaki tua itu mahu mengambil Sirah akan berlaku juga. Oleh itu petangnya apabila Sirah balik dari bekerja di estate, dia menyuruh isterinya berhenti saja. Manap Sepet berjanji dia sendiri akan bekerja menoreh getah. Dia juga akan sama-sama membantu Sirah ke sawah. Perubahan Manap Sepet ini mengembirakan hati Sirah. Manap Sepet pula sejak peristiwa itu jarang keluar malam-malam. Kalau Ah Fook mahu mengajaknya ke Segamat atau ke Gemas Ah Fook sendiri datang menjemputnya dan kemudian menghantarnya balik. Sebab itu jarang pula Ah Fook datang mengambil Manap Sepet. Tidak lama kemudian sekali lagi Sirah memberitahu mimpinya kepada suaminya mengenai lelaki tua yang ditemui dulu. Sirah meminta Manap Sepet mencari mana- mana bomoh supaya boleh diubatkannya. Tetapi Manap Sepet tetap mengatakan mimpi Sirah itu sebagi karut.

Orang tua itu marah kerana saya tak bekerja lagi di estate. Beritahu Sirah bercampur bimbang. Sudah lama dia tidak dapat melihat saya di tempat kera katanya mendesak Manap Sepet supaya mencarikan bomoh. Ah, akal kau nak kerja di estate, macam-macamlah cerita yang kau buat Manap Sepet memarahi isterinya. Tersinggung juga hati Sirah kerana suaminya beranggapan lain pula. Tidak terniat di hatinya untuk pergi bekerja di estate lagi setelah suaminya berubah mahu membantu kerja di rumah. Tetapi mimpi menakutkan itu berulang-ulang setiap malam. Disebabkan Manap Sepet tidak mengendahkan dia menyuruh memanggil bomoh, maka Sirah pun memberi tahu kepada adik iparnya Lasim. Mendengar cerita kakak iparnya ini, Lasim pula tertawa geli hati. Mengapa kakak iparnya terlalu percaya dengan cerita-cerita tahyol demikian. Ah mimpi ni ulam tidur aje Kak kata Lasim. Disebabkan Lasim yang selalunya mahu diajak berbincang mengenai masalahnya sudah tidak percaya lagi dengan kata-katanya, Sirah pun terpaksalah membisu saja. Namun mimpi yang menakutkan itu berulang juga. Hati aku dah tertawan pada kau orang tua berpakaian serba hitam itu menjelma dalam mimpi Sirah. Aku sudah minta izin dari suami mu untuk mengambil kau katanya ramah mesra. Aku tak kenal kau sahut Sirah marah. Dulu aku selalu memerhatikan kau bekerja di estate, aku kesian tengok kau dibuat oleh Manap Sepet. Sebab itu aku nak mengambil kau Sirah ujar lelaki tua itu memujuknya. Tak mau, aku sayangkan suami aku balas Sirah mencemuhnya Tapi dia tak sayangkan kau ! beritahu lelaki itu lemah lembut. Dia dah bertemu dengan aku, tetapi dia sembunyikan dari pengetahuan kau katanya lagi. Kau bohong ! herdik Sirah memasamkan mukanya. Tidak, aku tidak bohong Sirah. Aku kesian tengok kau kerja teruk. Suami kau makan titik peluh kau ujarnya memujuk Sirah. Mimpi itu juga berulang. Sirah menjadi bimbang dengan pujukan-pujukan dari orang tua yang menjelma dalam mimpinya itu. Tetapi apabila diberitahu kepada Manap Sepet, suaminya tidak mahu percaya. Apabila ditanya mengenai pertemuannya dengan orang tua berkenaan , Manap Sepet juga menafikan. Dia tidak pernah terserempak lelaki tua itu apabila balik jauh-jauh malam.

Lasim pula menasihatkan kakak iparnya supaya tetapkan iman, kerana mimpi hanya permainan tidur. Tidak ada mimpi yang benar-benar berlaku. Hanya orang yang percaya kepada perkara-perkara yang karut saja takutkan mimpi. Etapi Sirah sudah tidak tertahan dengan ancaman pujik rayu orang tua itu melalui mimpinya. Dia terus mendesak Lasim supaya mencari dukun. Mahu tidak mahu terpaksalah Lasim menurut kemahuan kakak iparnya walaupn dimarahi oleh abangnya. Dia Cuma mahu memenuh permintaan kakak iparnya dan bukanlah terlalu percaya dengan mimpi yang dikatakan itu. Lasim mencari seorang dukun dari Gemenchih, tetapi dukun itu tidak dapat datang kerana jauh sangat. Bagaimapun dukun itu memberikan kemenyan disuruh bakar pada setiap malam apabila mahu tidur. Bila kemenyan yang diberi itu dibakar, orang tua itu tetap juga datang dalam mimpi Sirah. Orang tua itu bersedih hati kerana Sirah sangup mencari dukun, sedangkan dia sebenarnya kesihan melihat Sirah dan mahu menolongnya. Tetapi Sirah tetap berkeras kerana tidak mahu ditolong oleh lelaki berkenaan. Walaupun dibakar kemenyan yang diberikan oleh dukun Gemenchih itu, namun lelaki tua dalam mimpi Sirah tetap menjelma juga. Hingga Sirah sendiri tidak kuasa lagi mahu memberitahu Lasim atau Manap Sepet. Dia berserah saja dengan keadaan, kalau apa mahu terjadi, jadilah. Tidk lama kemudian selepas makan tengah hari , kelihatan cuaca redup mahu hujan. Angin juga bertiup kencang. Manap Sepet cepat-cepat menyuruh Sirah mengambil kain baju yang tersidai di ampaian. Disebabkan dua orang anaknya masih makan, maka Sirah pun turn untuk mengambil kain baju yang dibasuhnya pagi tadi di ampaian. Ketika dia turun mengambil kain baju ini angin bertiup semakn kencang. Sirah bergegas mengutip kain baju yang hampir berterbangan. Belum habis dia mengutip kain baju, Manap Sepet terdengar Sirah memanggilnya minta tolong. Cepat-cepat Manap Sepet berlari kepintu, dilihatnya Sirah terbaring dibawah ampaian. Dia meluru mendapatkan Sirah. Apabila Sirah naik ke atas rumah dia sudah tidak sedarkan diri. Angin kencang yang bertiup pun berhenti, dan hujan turun mencurah-curah. Sirah kelihatan muntah lumut. Manap Sepet segera menyuruh anaknya memanggil Lasim dan Pak Siraj yang boleh juga sedikit-sedikit membuat jampi. Semasa mereka sampai, Sirah sudah tidak bernyawa lagi. Selepas kematian Sirah inilah baru Manap Sepet menceritakan mengenai kejadian yang dialaminya dan ancaman orang tua berkenaan. Lasim pun mengakui tentang kebimbangan kakak iparnya terhadap mimpinya selama ini. Inilah yang diceritakan oleh Lasim kepada saya kemudiannya.

33. TOK AWANG NGAH - MUKA SEBESAR TINGKAP MENJENGAH


Ketika salakan anjing memanjang di tengah malam, Kasman masih menulis lagi di mejanya. Sekali sekala dia terkuap-kuap juga menahan rasa mengantuk, tetapi dia mahu siapkan juga kerja nya. Dia ditukarkan ke Sabah beberapa bulan sebelumnya dan berkhidmat di Labuan. Ketika ini masih banyak lagi masalah kerana masyarakat di Sabah belum dapat menerima kenyataan sebenarnya tentang negara baru Malaysia. Mereka menganggap orang dari Semananjung sama juga seperti bangsa Inggeris yang pernah menjajah negeri mereka. Tetapi Kasman tidak peduli dengan kedudukan demikian. Dia mempunyai rakan-rakan baik serta ramah mesra di Labuan. Pernah juga dia menulis surat kepada saya mengenai keseronokannya berkhidmat di Sabah. Dari gambaran yang diberkannya teringin juga saya mahu ke Sabah, tetapi sehingga saat ini saya masih belum menjejakkan kaki lagi ke Sabah. Kasman memberitahu bukanlah semua orang Sabah bersikap membenci orang Semenanjung. Sekiranya kita baik dan ramah mesra, mereka juga akan melayani kita dengan baik dan ramah mesra. Kasman berkhidmat di Sabah selama 3 tahun. Apabila dia balik semula ke Semenanjung persahabatannya dengan saya bertambah rapat. Pada mulanya saya tidak tahu mengapa begitu rapat hubungannya dengan saya, tetapi kemudiannya isterinya Habibah menceritakan kepada saya mengenai pengalamannya di Labuan. Itulah pada malam berkenaan tatkala Kasman menulis di meja, salakan anjing galak diluar. Memang sikapnya tidak mahu mengambil tahu apa-apa yang terjadi di luar. Tidak lama selepas salakan anjing itu terdengar bunyi gelas jatuh di bahagian dapur. Terkejut juga Kasman kerana Habibah sudah nyenyak tidur. Masakan Habibah mengingau sambil berjalan ke dapur. Bagaimanapun Kasman meneruskan juga kerjanya menulis dan menyemak fail-fail yang dibawa balik dari pejabat. Menjadi kebiasaan Kasman akan membawa kerja-kerja di pejabat ke rumah, supaya semuanya cepat beres. Sikap pegawai muda ini, memang di kagumi oleh pihak atasannya. Sebab itulah dia sengaja dihantar ke Sabah memandangkan khidmatnya yang cemerlang sebelum ini. Bunyi gelas jatuh itu bersambut-sambut pula dengan daun tingkap ditiup angin. Salakan anjing juga kian memanjang di tengah malam sunyi demikian. Teringat juga dia kemungkinan isterinya terlupa menutup tingkap di dapur. Ah, pelupa sangat, sampai tingkap pun tak tutup rungut Kasman lalu bangun berjalan ke dapur untuk menutup tingkap. Sebaik saja dia sampai di dapur berdebar juga hatinya melihat tingkap yang terbuka tertutup dengan sendirinya. Insil tingkap juga ditutupkan seperti ditolak tangan manusia. Lama Kasman tertegak di pintu masuk ke dapur kerana seolah-olah apa yang dilihatnya berlaku dalam mimpi saja.

Cepat-cepat dia mengucap dua kalimah syahadat. Bunyi salakan anjing masih juga mengonggong di luar, tetapi bunyi gelas jatuh terhempas tidak kedengaran lagi. Sebenarnya semasa diperiksa tadi tidak kelihatan satu pun gelas yang jatuh terhempas. Dia tidak jadi meneruskan kerjanya, sebaliknya terus masuk tidur. Apabila bangun dia tidak memberitahu apa-apa kepada Habibah mengenai kejadian yang berlaku di depan matanya itu. Tetapi Habibah menceritakan yang dia bermimpi didatangi seorang pegawai berbangsa Inggeris yang menyuruhnya menjaga rumah itu baik-baik. Orang Inggeris merasa bangga kerana mereka menjaga rumah itu dan dia terhutang budi, kerana Habibah dan Kasman mengambil berat menjaga kebersihan rumah tersebut. Ah ... mimpi karut ujar Kasman sambil menyembunyikan peristiwa yang dialaminya pada sebelah malamnya. Memang mimpi bukannya betul Habibah macam menyindir. Tapi saya saja nak cerita pada abang. Lagi pun apa nak takut pada mimpi katanya dengan maksud bukanlah dia mempercayai sangat mimpinya itu. Tersinggung juga hati Habibah kerana suaminya tidak mahu mendengar cerita mengenai mimpinya. Sepatutnya suaminya mestilah mendengarkan terlebih dahulu dan mesti mengambil berat apa yang berlaku terhadap dirinya. Tidak pernahlah suaminya tidak mendengar cerita mimpinya itu, kerana selalunya Kasman akan mengusiknya dengan berbagai-bagai apabila menceritakan tentang mimpimimpi yang dirasakannya aneh sedikit. Di pejabat Kasman menceritakan kejadian di rumahnya kepada kawannya Alimudin anak tempatan di Labuan. Pada sangkaannya Alimudin akan mentertawakannya kerana mempercayai kisah-kisah tahyol demikian, sebaliknya Alimudin ikut sama muram dengan cerita yang dialami oleh Kasman. Lebih baik kau pindah cari rumah lain Alimudin menasihatkan dia. Susahlah nak pindah-pindah sahut Kasman. Sedapat-dapatnya dia tidak mahu berpindah dari rumah tersebut. Bukan sahaja selesa tetapi mencari rumah lain belum tentu sebaik rumah itu. Kau orang baru, aku ingat tak guna kau tunggu rumah tu ujar Alimudin tetapi sengaja tidak memeberitahu kawannya itu mengenai rumah berkenaan. Aku fikir lebih baik kau pindah saja katanya lagi menasihatkan. Kasman terdiam. Dia dapat mengagak tentu ada rahsia di sebalik kata-kata Alimudin itu. Bagaimanapun Kasman tidak pernah gentar dengan perkara-perkara tahyol demikian. Sekali pun dia sudah melihat dengan mata kepalanya sendiri kejadian semalam, tetapi dia masih yakin apa yang dilihatnya itu adalah disebabkan dia terlalu mengantuk..

Sudah lama aku tak dengar ceritanya.. keluh Alimudin bila mengenangkan cerita Kasman. Dahinya berkerut seolah-olah memikirkan sesuatu. Cerita apa? tanya Kasman keheranan. Alimudin anak tempatan di Labuan tentulah dia mengetahui keadaan sebenarnya mengenai rumah tersebut. Tentulah Alimudin sengaja mahu merahsiakan sesuatu kerana bimbang dia akan ketakutan. Cakaplah apa yang kau tahu mengenai rumah itu ujar Kasman mendesak kawannya. Oh, sudah lama penjaga rumah itu tidak menganggu jelas Alimudin perlahan. Dia memberitahu Kasman sebelum itu siapa pun tidak berani tinggal di rumah berkenaan,. Tetapi setelah keluarga seorang pegawai Inggeris tinggal di situ, dia tidak pernah diganggu oleh lembaga yang menakutkan. Pegawai itu sudah balik ke England. Jadi, selepas itu orang-orang yang menghuni rumah berkenaan tidak lagi mengalami kejadian-kejadian yang menakutkan. Sebelum pegawai Inggeris itu mendiami rumah berkenaan, ada satu keluarga Cina yang menjadi pengawai tinggal di situ. Pada malamnya dia terdengar bunyi orang berjalan-jalan, tetapi mereka tidak menghiraukannya. Besok paginya dia mendapati katil tempat tidurnya sudah dialih sampai ke tengah halaman rumah. Pengawal Cina itu tidak berani lagi tinggal di situ. Dia terus berpindah menyewa di rumah lain. Dia tidak mahu tinggal di rumah kerajaan lagi, disebabkan peristiwa tersebut. Satu lagi keluarga pegawai kulit putih yang mendiami selepas pegawai Cina itu, tidak percaya dengan kejadian berkenaan. Dia mengambil keputusan untuk tinggal di rumah berkenaan. Dia telah mengalami peristiwa yang sama. Walaupun katilnya sudah dialihkan ke tengah halaman, tetapi dia masih mahu mencari punca kejadian tersebut. Setiap malam dia berjaga untuk menyaksikan sendiri siapa yang punya angkara. Dia juga telah memerintahkan orang gajinya sama-sama berkawal. Pegawai Inggeris itu sentiasa memegang pistol semasa berkawal. Tetapi apabila tiba jam 12.00 malam dia merasa pistolnya dirampas orang. Sementara orang yang merampasnya tidak kelihatan. Kemudian muncung pistol dihalakan ke dadanya. Ketika ini dia menjerit meminta tolong. Arun orang gajinya segera bekejar di atas , dan didapatinya Tuan Bell tersandar di dinding dalam ketakutan. Mengaoa tuan? tanya Arun keheranan. Itu pistol, siapa pegang itu pistol...? Tuan Bell terketar-ketar. Tuan yang pegang beritahu Arun kerana dilihatnya Tuan Bell menghalakan pistolnya ke dadanya sendiri. Apa pasal tuan mahu tembak diri tuan sendiri? cepat-cepat dia meminta pistol itu dari Tuan Bell. Ketika ini isterinya Puan Bell juga sudah meluru keluar dari bilik. Dia bersama Arun terpaksa merampas pistol dari tangan Tuan Bell. Sejak itu Tuan Bell selalu meracau-racau mahu menembak dirinya.

Terpaksalah Tuan Bell menyerahkan pistolnya kepada pihak polis, bagi mengelakkan dari kejadian yang tidak diingini . Bagi mengatasinya Arun telah memujuk Puan Bell supaya memanggil seorang bomoh. Pada mulanya Puan Bell enggan juga memanggil bomoh, tetapi setelah pihak doktor mengatakan Tuan Bell mengidap penyakit demam panas atau sebagainya, terpaksalah dia menyetujui kemahuan Arun untuk memanggil bomoh. Bomoh itu adalah seorang Melayu Bajau yang dikenali oleh Arun. Setelah diubat oleh bomoh itu barulah Tuan Bell sembuh dari sakitnya. Dia tidak meracau-racau lagi. Setelah dia pindah dari situ seorang lagi Pegawai Inggeris mendiami di rumah berkenaan, bagaimanapun Arun terus kekal menjadi orang gaji disitu. Pegawai-pegawai Inggeris memang gemar tinggal di kawasan rumah kerajaan di situ kerana kedudukannya berhampiran dengan laut. Mereka suka mendengar deruan ombak apabila malam semakin sunyi. Apabila Mr. Harold bersama keluarganya mendiami rumah tersebut, Arun telah menceritakan kepadanya apa yang telah berlaku ke atas Tuan Bell. Mr Harold percaya dengan apa yang diceritakan oleh Arun, kerana sebelum itu dia pernah berkhidmat di Serawak. Mr Harold memang sudah banyak mendengar kisah-kisah yang serupa seperti diceritakan oleh Arun. Oleh itu sebelum dia membawa keluarganya tinggal dia menyuruh Arun memanggil bomoh yang dikatakan itu. Bomoh itu dikenali dengan panggilan Pak Kari saja. Dia tidaklah banyak karenah apabila diminta oleh Mr Harold menghalau penunggu rumah itu yang mengganggu penghuni-penghuninya. Sejak itu tidak ada lagi kejadian-kejadian mengemparkan berlaku. Selepas Mr Harold balik ke England sudah tiga keluarga tinggal di situ. Mereka juga heboh dengan gangguan-gangguan yang berlaku kepada penghuni-penghuninya sebelum itu. Hanya Kasman sahaja baru menerima gangguan itu semula. Kalau kau mau, saya boleh bawakan Pak Arun jumpa kau Alimudn menawarkan jasa baiknya untuk menolong Kasman. Pak Arun tu boleh ubatkan juga? tanya Kasman antara percaya dengan tidak. Bukan Pak Arun yang akan mengubatnya jelas Alimudin tersengih-sengih. Tetapi dia akan panggilkan Pak Kari atau Haji Kari. Pada Haji Kari itulah kita minta tolong katanya lagi. Besoknya betul-betul Alimudin membawa Pak Arun datang ke pejabat dan memperkenalkannya kepada Kasman. Orangtua itu sudah beruban rambutnya, tetapi sentiasa tersenyum bila bercakap. Alimudin memberitahu dia mengenai kejadian yang berlaku di rumah Kasman, iaitu rumah pegawai kerajaan yang pernah dia menjadi orang gajinya. Pak Haji Kari tu dah meninggal dunia beritahu Pak Arun perlahan. Tetapi kalau encik memerlukan saya boleh panggilkan Haji Subi. Dia pun orang Melayu Bajau juga. Insya Allah.... ujarnya.

Sebenarnya apa yang ada di rumah tu Pak Arun ? Kasman tidak puas hati kalau tidak mengetahui kejadian sebenarnya. Dia tidak mahu tergopoh-gopoh memanggil bomoh, kalau tidak tahu punca kejadian itu. Lama juga Pak Arun tersengih-sengih sebelum menyahut pertanyaan Kasman. Ah, cerita lama dah ni... ujarnya macam mengingatkan sesuatu. Pak Arun pun hanya mendengar cerita dari mulut ke mulut juga mengenai lkejadian sebenar di rumah itu. Di situlah tinggal seorang pegawai Inggeris yang mula-mula menghuninya sebaik saja rumah itu siap didirikan. Dia telah berkahwin dengan seorang wanita Filipina. Pegawai itu Tuan Steven menemui wanita Filipina dalam satu kelab malam di Singapura. Tuan Steven sangat baik hati dengan orang-orang gajinya dan terlalu sayang pada isterinya Puan Steven wanita berasal dari Filipina itu. Isteri Tuan Steven itu pula sangat sombong. Kadangkala ada saja yang tidak memuaskan hatinya dengan pekerja-pekerja di rumahnya. Tetapi disebabkan tukang masak, tkang kebun dan driver semuanya mengasihi Tuan Steven, jadi mereka tidaklah berhasrat meninggalkan pekerjaan mereka kalau disebabkan oleh wanita Filipina itu. Satu hari Musid tukangkebun merasa malu kerana dimarahi leh Pua Steven ketika menghantarnya ke pasar. Wanita Filipina itu terlalu bongkak seehingga menghina keturunannya sebagai Melayu Bajau yang hanya layak menjadi pemandu sahaja. Musid terlalu sakit hati . Sebab itu dia mahu membalas dendam atas kekasaran isteri tuan Steven. Dia tidak memperdulikan lagi mengenai kebaikan hati Tuan Steven selama ini. Kerana selama Tuan Steven tidak berkahwin pun mereka semua sudah berkhidmat dengan pegawai Inggeris itu. Hanya setelah kedatangan wanita Filipina itu saja suasana berubah. Wanita Filipina itu seolah-olah memandang mereka yang bekerja di situ sebagai haiwan yang tidak ada harga diri. Disebabkan terlalu marah inilah Musid telah mencari seorang bomoh yang pandai untuk melemahkan hati isteri Steven supaya jatuh asyik kepadanya. Bomoh yang di cari oleh Musid memang terkenal di kampungnya, kerana bomoh ini pernah bertindak semasa anaknya dinodai oleh seorang pegawai Inggeris yang berkhidmat di Sabah. Pegawai Inggeris yang sombong tidak mahu mengahwini anak bomoh berkenaan yang telah dinodainya sehingga dia memberhentikan janda itu dari bekerja menjadi tukang masak di rumahnya. Dia hanya memberi wang sebagai ganti rugi sahaja. Bomoh ini telah mengunakan jampi mentera sehingga kemaluan orang Inggeris tu berpindah ke dahi. Terkejutlah orang Inggeris itu apabila mendapati kemaluannya tergantung di dahi. Dia merasa malu untuk menemui sesiapa saja kerana keadaan yang dihidapinya. Setelah disiasat dia mendapati bomoh itu telah melakukannya. Mahu tidak mahu terpaksalah orang Inggeris itu mengalah dan bersedia mengahwini anak bomoh yang berbangsa Kadazan itu. Perempuan itu pula janda kerana suaminya mati diserang babi hutan ketika berburu. Kepada bomoh berbangsa Kadazan itulah Musid meminta bantuan. Sesuai dengan upahnya memang bomoh itu sanggup melakukan kemahuan Musid. Dia meminta Musid mendapatkan gambar wanita itu,

rambutnya, kukunya dan bekas air mandinya. Semua yang diminta oleh bomoh mudah didapati oleh Musid, kerana memang dia di tugaskan membuat kerja-kerja itu semua. Selepas mandi, isteri tuan Steven akan menyuruh Musid mengemaskan besen mandi. Kemudian dia akan membersihkan kuku dan berdandan. Dia akan menyuruh Musid mengemaskan semuanya apabila dia selesai membersihkan kuku dan berdandan rambut. Oleh itu semua yang dikehendaki oleh bomoh berkenaan mudah diadakannya. Manakala gambar perempuan itu juga mudah dicurinya dari album kerana dia bebas keluar masuk ke bilik perempuan itu berdandan. Setelah semua syarat dan barang-barang yang dikehendaki dapat disiapkan oleh Musid, dia pun menyerahkan kepada bomoh tersebut. Kau beri aku tempoh tujuh hari, kalau tak menjadi kau ambil duit kamu kata bomoh itu semasa dia menerima wang $150.00 dari Musid. Musid mengangguk. Hatinya puas kerana dapat membalas dendam kepada perempuan Filipina itu. Dia mahu biarlah perempuan itu pula mengikuti saja kemahuannya. Kira-kira seminggu selepas itu, benarlah seperti apa yang dicakap oleh bomoh yangmenjanjikan untuk membantunya itu. Isteri Tua Steven tiba-tiba saja berubah. Dia sentiasa menghampiri Musid semasa dia menyiram pokok bunga atau berkemas. Tetapi Musid sengaja tidak mahu melayaninya. Hingga satu hari dia tidak segan-segan untuk memeluk dan mencium Musid. Dia melutut di kaki Musid mengajak lelaki itu berkahwin dengannya. Dia sanggup meminta cerai dari Tuan Steven. Pada mulanya Musid masih ragu-ragu untuk melakukan perbuatan yang tidak baik, apabila teringatkan budi baik Tuan Steven selama ini. Sebaliknya apabila mengenangkan sakit hatinya kepada wanita berkenaan dia tidakmemperdulikan apa pun lagi. Musid terus melayani perasaan dendamnya. Setiap hari dia akan menghabiskan masa di bilik tidur dengan wanita itu semasa Tuan Steven pergi bekerja. Lama kelamaan wanita Filipina itu tidak tertahan lagi akan asyiknya kepada Musid, lantas dia meminta Tuan Steven menceraikan dia. Tentulah Tuan Steven terkejut dengan perminaan yang di luar dugaan itu. Apalagi dia memang terlalu kasih akan isterinya itu. Apa saja kemahuan perempuan itu dia sanggup memenuhinya. Kalau isterinya mahu berihat di Hawai atau ke Australia dia sanggup untuk membawanya kesana. Namun isterinya tidak mahu. Dia tetap dengan pendirian untuk bercerai. Berterus terang dia menyatakan hatinya terlalu cintakan Musid. Mendengarkan Musid tukang kebunnya yang setia itu dicintai oleh isterinya , Tuan Steven bertambah hilang akal dan kebingungan. Dia tidak sabar lagi lantas mengambil pistol. Dia tidak memperdulikan apa lagi dia terus menembak isterinya. Dalam kelam kabut dia lantas menembak kerengkungnya.

Kedua-duanya mati dalam pergaduhan itu juga ujar Pak Arun, Jadi yang selalu menjelma di situ ialah Tuan Steven,, itulah cerita orang-orang di sini katanya semacam seram sejuk bila mengenangkan peristiwa berkenaan. Pernah Pak Arun jumpa jelmaan Tuan Steven ni ? tanya Kasman ingin mengetahui lebih lanjut. Tak pernah beritahu Pak Arun mengelengkan kepala. Tetapi terdengar orang berjalan, bunyi gelas jatuh seperti bergaduh, katil berjalan, tingkap terbuka sendiri, memang pernah juga saya alami jelas Pak Arun selanjutnya. Cerita Pak Arun dengan mimpi isterinya Habibah, terasa ada persamaan pada Kasman. Lagi pun apa yang didengarnya sama juga seperti apa yang didengar oleh Pak Arun. Setelah mendengar penjelasan Pa Arun barulah Kasman bersetuju untuk menjemput Haji Subi. Apabila balik ke rumah memberitahu kepada Habibah apa yang didengarnya dari Pak Arun. Sebaik saja mendengar cerita itu Habibah cepat-cepat mengajak Kasman pindah. Walaupun Kasman memberitahu Pak Arun sudah berjanji akan membawa Haji Subi ke situ, namun Habibah masih tidak mahu tinggal di situ lagi. Malah Alimudin juga menyabarkan Habibah, kerana masalah itu akan dapat diatasi juga. Setelah puas dipujuk Habibah sanggup bersabar sehingga Haji Subi mencuba mengubati dan membersihkan rumah berkenaan dari gangguan syaitan. Pada malam sebelum Haji Subi datang itu, Kasman masih juga membuat kerja sampai jauh malam seperti kebiasaannya. Salakan anjing terdengar juga memanjang jauh di luar. Sekali sekala disambut oleh bunyi deburan ombak dari tepi pantai. Sehingga jam 12.00 tengah malam dia kedengaran lagi bunyi orang berjalan seperti dua tiga malam sebelum itu. Tidak lama kemudian bunyi orang berjalan itu bertukar seperti bunyi gelas jatuh. Kasman tidak menghiraukan lagi bunyi itu. Dia sudah tahu keadaan sebenarnya. Bagi mengatasi kebimbangannya tibatiba saja dia teringat unuk membaca Al-Fatihah dan Al-Ikhlas. Dia membacanya berulang kali dengan penuh harapan akan terhindar dari gangguan syaitan. Hanya beberapa minit kemudian dia terdengar Habibah memekik kuat dari bilik tidur. Kasman segera meluru ke bilik tidur. Dia melihat Habibah dalam ketakutan di atas katil. Sebaik saja dia masuk ke bilik, Habibah kantas memeluknya irat-irat. Ada apa Bibah? tanya Kasman cemas. Habibah tidak menyahut. Dia tersedu-sedu menyembamkan mukanya ke dada suaminya.Ternyata tubuhnya, dadanya sejuk aibat menahan perasaan takut. Ada apa? desak Kasman. Dia tahu tentu isterinya terdengar bunyi yang didengarnya tadi. Bunyi itu tentulah mengerunkan terutama bila pada waktu tengah malam.

Tetapi mengapa Habibah menjadi takut, sedangkan bunyi itu didengarnya dari arah dapur. Dapur terletak jauh dari bilik tidur, manakala ruang tamu tempat dia menyiapkan kerja lebih dekat dengan dapur. Sudah tentu lah bunyi itu kedengaran lebih jelas kepada dia dari Habibah. Mengapa Bibah terpekik? Kasman cuba memujuk isterinya. Itu....tu, tengoklah tu Habibah menudingkan telunjuknya dengan tidak memandang pun arah yang ditunjuknya. Apa dia ? desak Kasman. Itu dekat tingkap kata Habibah terketar-ketar. Kasman berpaling ke tingkap, kerana tingkap itu memang sudah dikuncinya sejak senja tadi lagi. Tetapi dia menjadi terkejut apabila melihat tingkap itu terbuka. Di tingkap itu penuh dengan muka seorang Inggeris yang tersenyum ke arahnya. Muka sebesar tingkap itu memang menggerunkan, tetapi pada air mukanya dapat diagakkan oleh Kasman sebagai meminta maaf. Mujurlah Kasman tidak cepat panik. Perlahan-lahan dia membaca Surah Al-Ikhlas itu berulang kali. Semakin lama semakin kuat dibacanya Surah Al-Ikhlas itu hingga bergema sebuah bilik. Ketika inilah dia mendengar jeritan serentak dengan bunyi satu benda jatuh ke tanah dari tingkap itu. Setelah agak reda sedikit, Kasman pun cepat cepat menutup tingkap berkenaan. Kejadian pada malam itu diceritakannya pada Haji Subi. Dia orang baik, bukan nak menganggu, tetapi kita yang takut ujar Haji Subi. Tetapi setelah Haji Subi menyiramkan air bacaan Surah Yassin di sekeliling rumah, tidak ada lagi kedengaran gangguan tersebut. Hinggalah Kasman dan Habibah balik semula ke Semenanjung tiga tahun kemudian, dia tidak mengalami apa-apa gangguan lagi. Malah ketika disanalah dia melahirkan anak yang sulung Wahida, tidak pula ada apa-apa yang tidak baik berlaku kepada bayinya. Dulu dia anggap benda-benda macam ni tahyol aje, Ustaz kata habibah memberitahu saya. Maklumlah.... ujarnya macam mengejek tetapi tidak meneruskan kata-katanya. Kasman tersengih-sengih saja mendengar kata-kata isterinya . Bagaimanapun kenangan di Sabah itu tetap tidak luput dari ingatannya. Di situlah pertama kali dia benar-benar tercabar oleh sikap keras hatinya tidak mahu mempercayai perkara-perkara yang dianggap nya tahyol itu. Tetapi apabila kejadian itu benar-benar berlaku di depan matanya dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak mengatakannya samada tahyol atau tidak. Beberapa tahun kebelakangan inilah hubungan mereka sekeluarga baik dengan saya. Baik dalam ertikata terlalu rapat, kerana sebelumnya hanya kenal-kenal begitu saja. Itu pun kerana Habibah itu pernah bersekolah yang sama dengan isteri saya. Semasa di sekolah mereka hanya berkawan begitu saja, tidaklah begitu rapat. Apabila balik dari Sabah, Kasman bertugas semula di Kuala Lumpur .

Anaknya Wahida yang berumur 15 tahun entah mengapa kena bengkak pada leher. Hendak dikatakan beguk tidak pula. Hampir tiga tahun dia mengidap bengkak leher, dan pihak hospital mengambil keputusan untuk membedahnya. Bagaimanapun pembedahan belum dapat dijalankan kerana pihak hospital mengatakan masa nya belum sesuai lagi. Lapuran x-ray juga tidak dapat membantu cara mana harus dlakukan. Kebetulan say abertemu mereka di satu majlis kahwin di kampung. Saya bertanya apa yang dihidapi oleh Wahida. Habibah pun menceritakan mengenai penyakit yang sudah dihidapi oleh anaknya hampir 3 tahun itu. Penyakit datang ari Allah, mohonlah kepada Allah menyembuhnya ujar saya mengingatkannya. Pada mulanya Kasman menyangka saya hanya bergurau. Tetpai Habibah cepat meminta saya menengokkan penyakit anaknya itu. Cubalah tengok-tengukkan Ustaz. Dah bawa ke hospital dan jumpa bomoh, tetapi macam itulah juga nampaknya kata Habibah. Manalah tahu kalau rasi dengan Ustaz, dia menambah sambil mengerling kepada isteri saya. Iyalah penyakit ni, buka fasal kecil besar bomohnya. Penyakit ni ikut rasi sahut isteri saya pula. Saya suruh Kasman sembahyang tahjud dalam masa seminggu. Kemudian hembuskan ke tapak tangan dan bacakan Surah Al- Ikhkas, Surah Al- Falak dan Surah An-Nas dan lantas disapukan ke bahagian leher yang bengkak itu. Cubalah buatkan tiga kali macam tu saya mengingatkan dia. Insya Allah, Kasman bersungguh-sungguh memberi jaminan akan mencuba melakukannya. Seminggu kemudian Kasman bersama keluarga datang ke rumah saya. Ketika itu saya tidak ada di rumah , kerana mengikut seorang kawan ke Terengganu. Habibah menyuruh isteri saya mengamat-amati anaknya Wahida. Isteri saya turut gembira kerana bengkak leher yang dihidapi oleh Wahida selama hampir tiga tahun sudah sembuh. Kalau tidak minggu depan di operate beritahu Kasman kegembiraan. Alhamdulillah, inilah kuasa Allah yang tak terfikirkan oleh manusia akan kudrat iradatnya, kata isteri saya tumpang gembira. Sejak itulah kami sering kunjung mengunjung rumah. Kadangkala kalau balik ke kampung di Perak, akan sama sama membawakan buah tangan dari kampung untuk disampaikan. Tetapi saya memang suka mencari ramai kawan, rasa tidak akan rugi kalau mempunyai ramai kawan.

34. TOK AWANG NGAH - LIPAN BARA DI BAWAH MAYAT


Semasa hujan turun dengan lebatnya waktu asar petang itu, Tok Aji baru selesai menunaikan solat. Saya juga ikut berjemaah dengan dua tiga orang kawan, kerana Tok Aji memang menunaikan solatnya di madarasah. Disebabkan hujan turun dengan lebat, Tok Aji tidak terus balik ke rumahnya yang dipisahkan oleh halaman saja dari madarasah tersebut. Tok Aji berbaring saja di tengah madarasah sambil melanggung tangan ke kepala. Ketika ini saya sudah berumur 13 tahun, memang suka benar berdamping dengan Tok Aji. Dia pula akan bercerita tentang pengalamannya semasa di Sumatera iaitu kampung halamannya. Bagaimanapun sehingga akhir hayatnya Tok Aji tidak pernah lagi balik ke Sumatera. Dia menceritakan kepada saya mengenai gurunya dari Jawa, Kiyai Wuruk yang pernah dilihat memberi ceramah agama di beberapa tempat dalam satu masa. Pada mulanya Tok Aji memang merasa heran, kerana tatkala Kiyai Wuruk memberi khutbah Jumaat di masjid di kampungnya, ada orang memberitahu Kiyai Wuruk juga memberi khutbah Jumaat di kampung lain pada hari tersebut. Anehnya, murid-murid Kiyai Wuruk juga mendakwa mendengar khutbah Jumaat dari tok guru di Semarang, Jawa. Tetapi ketika Kiyai Wuruk memberi ceramah agama di madarasah ayah Tok Aji di Sumatera, memang Tok Aji sempat belajar dengannya. Selepas mengajar nahu Arab, Kiyai Wuruk meminta izin dari ayah Tok Aji untuk berehat sebentar di bilik yang sengaja disediakan oleh ayah Tok Aji bagi kemudahan Kiyai Wuruk setiap kali berkunjung ke Sumatera. Tidak lama kemudian beberapa orang murid ayah Tok Aji , datang memanggil Kiyai Wuruk kerana ada orang sakit. Dengan cepat Kiyai Wuruk keluar dari biliknya untuk mengikuti orang yang memanggil tadi. Dia melintas betul-betul di hadapan Tok Aji. Selepas Kiyai Wuruk pergi mengubati orang yang sakit, Tok Aji masuk ke bilik Kiyai Wuruk dengan tidak meminta izin dari ayahnya. Alangkah terkejutnya dia, kerana ketika ini Kiyai Wuruk masih tidur berehat. Disebabkan terperanjat Tok Aji terus keluar dengan tidak memberitahu ayahnya apa yang dilihatnya di bilik Kiyai Wuruk. Hanya beberapa minit selepas itu Kiyai Wuruk keluar dari biliknya untuk menyambung semula pelajaran yang diajarnya mula-mula tadi. Jadi, siapakah yang pergi bersama orang-orang yangmenjemputnya tadi? Apabila Tok Aji bertanya dia hanya tersenyum menjawab. Iya Tok Kiyai baru balik dari sana. Bukankah Tok Kiyai sedang tidur? Iya Tok Kiyai sedang tidur. Sahut Kiyai Wuruk mengangguk-angguk kepala. Tetapi Kiyai Wuruk yang kelihatan pergi tadi, tidak balik lagi selepas Kiyai Wuruk bangun dari tidurnya. Bagaimanapun orang-orang kampung yang datang menjemputnya apabila datang semula, memberitahu memang Kiyai Wuruk ada bersama mereka mengubati orang yang sakit. Dia segera balik sebaik saja orang yang sakit dapat dipulihkan.

Setelah Tok Aji memahami keadaan yang sebenarnya, dia tidaklah merasa heran lagi. Tidak heranlah ketika dia meninggalkan rumah, dan dikejar oleh ayah saya dengan basikal dalam masa beberapa saat saja dia sudah berada di Semenyih di rumah anaknya yang terletak berpuluh-puluh batu jauhnya dari kampung saya. Tok Aji memang mempunyai ramai anak kerana dia berkahwin di mana saja dia merantau. Malah ada seorang kawan ayah saya bernama Haji Usuh ketika bersembahyang Jumaat di MasjidilHaram dalam masa dia menunaikan haji, dia bertemu dengan Tok Aji sama-sama menunaikan fardu Jumaat di sana. Pada hal tahun tersebut Tok Aji tidak pun pergi menunaikan haji. Dia berada di kampung kerana sedang uzur mengidap penyakit lelah. Cerita mengenai Kiyai Wuruk ini pada saya ketika itu memang aneh. Puas saya bertanyakan pada Tok Aji apakah rahsia sebenarnya Kiyai Wuruk boleh dilihat di beberapa tempat dalam satu ketika. Pada masa itu memang Tok Aji tidak mahu menceritakan, sebaliknya dia menyuruh saya sendiri mencari rahsia tersebut. Sebab itu apabila saya melihat Tok Aji melelapkan mata di tengah madarasah, saya sengaja mengusiknya supaya tidak terlelap. Saya tahu Tok Aji memang tidak akan memarahi saya, kerana di antara cucucucunya saya lebih disayanginya. Kadangkala kalau saya balik ke rumah ayah saya, lambat saja balik ke madarasah, dia akan menyuruh Lasah anak Mak Long saya menjemput. Ayah dan emak tidak berkata apa-apa, kalau Tok Aji mahukan saya balik semula ke madarasah. Tok, tok tidur ke ? tanya saya menepuk-nepuk lututnya. Tidak, atuk nak berbaring aje sahutnya perlahan tetapi tidak membuka mata. His, atuk bohong, atuk tidur bersandar saya sengaja mengusiknya. Dia tersengih-sengih saja, tetapi tidak mengangkat tangannya yang terlanggung di kepala. Malah dia tidak pula bangun dari berbaring. Memang Tok Aji kelihatan seperti orang tidur kerana dia bersendar (berdengkur dengan perlahan). Bagaimana pun dia masih boleh berbual dengan saya. Agaknya beginilah dengan Pak Tua Mahat yang boleh berjalan di hutan sekali pun sedang tidur bersendar. Pak Tua Mahat iaitu abang emak saya memang pernah juga berguru dengan Tok Aji ini, iaitu setelah emak saya berkahwin dengan ayah saya. Sebelumnya Pak Tua Mahat tidak pernah mengenali Tok Aji, kerana mereka duduk berlainan kampung yang jaraknya lebih 5 batu. Tok Aji ini ialah ayah kepada ayah saya , jadi dengan perkahwinan antara emak dan ayah saya itu, membolehkan Pak Tua Mahat mengenali Tok Aji lebih rapat lagi. Setelah saya dewasa memang ada juga sekali dua saya mengikuti Pak Tua Mahat masuk ke hutan kerana berburu. Memang saya tahu dia boleh tidur sewaktu berjalan dengan tidak pernas tersesat pun. Tetapi sekiranya kakinya tersepak akar kayu dia akan cepat-cepat tersedar, tetapi kemudian dia akan tidur semula.Bagaimanapun setiap kali dia ke hutan kalau bersama saya, nasibnya agakmalangkerana tidak pernah menemi apa-apa pun binatang buruan.

Oleh itu kalau dia ke hutan, sengaja dia tidak memberitahu saya. Dia akan pergi bersama-sama kawannya saja. Memang benar, apabila saya tidak ikut, dia pasti dapat binatang binatang buruan samada pelanduk, kijang atau ayam denak. Bagaimanapun dia akan memberikan juga bahagian saya, sekali pun saya tidak ikut sama. Aku tahu kau pakai pelenggang sebab itu aku tak mahu bawa kau ke hutan kata Pak Tua Mahat kalau saya merungut kerana tidak diajak pergi sama. Kalau kau ikut, jangankan pelanduk malah katak puru pun aku tak akan jumpa ujarnya berterus terang tidak mahu mengajak saya. Saya tak pakai apa-apa Pak Tua jelas saya masih berharap akan dibawanya sama pergi berburu. Ah, sudah ! Aku ni bukankah Pak Tua kau, aku lebih dulu makan garam dia mengejek saya. Sebenarnya saya tidak tahu apa-apa dengan maksudnya pelenggang itu, kerana saya tidak pernah belajar mengenalinya. Tetapi memang Tok Aji ada menyuruh saya membacakan Surah Al-Buruuj ayat 20, 21 dan 22. Kemudian disambung dengan : sum mum buk mum um fahum layarjiun, layakilun, layatakkalamun, layubsirun. Tok Aji menyuruh bacakan apabila masuk ke hutan itu saja. Tetapi kadangkala kalau ada kawan-kawan mengajak ke hutan saya tidak bacakan doa berkenaan, nasib saya tetap malang kerana kawan saya akan merungut tidak bertemu seekorpn binatang buruan. Dalam masa saya mengusik-ngusik Tok Aji yang kelihatan tidur nyenyak, tetapi sebenarnya boleh mendengar apa yang kita cakapkan, Mail Lembam datang mempayungkan daun pisang memanggil Tok Aji. Cepat-cepat saya ke pintu madarasah bertanya kepada Mail maksud kedatangannya. Dia kelihatan basah juga sekali pun menggunakan daun pisang sebagai payung. Ada apa Pak Mail ? tanya saya berdiri di muka pntu madarasah. Mana atuk kau ? dia pula bertanya sambil terketar-ketar menahan sejuk. Dia tidur di dalam beritahu saya., Tolong panggilkan atuk kau katakan Mat Endut dah nazak katanya menyuruh saya segera membangunkan Tok Aji. Saya mengangguk. Mak Endut tu pangkat emak saudara juga kepada saya dan kakak kepada Mail Lembam. Belum pun sempat saya berpaling untuk memanggil Tok Aji, dia sudah terjonggol di belakang saya sambil terkuap-kuap. Hah, apa halnya Mail? tanya Tok Aji mengeliat-geliat. Kak Endut, Bang Aji... beritahu Mail Lembam terketar-ketar kesejukan.

Tak apa, mari kita pergi sekarang ni sahut Tok Aji dengan tidak mendengar lagi penjelasan Mail Lembam selanjutnya. Mail Lembam berundur sedikit ke belakang sambil menghulurkan daun pisang kepada Tok Aji untuk digunakan sebagai payung. Tetapi Tok Aji tidak mahu mengambilnya. Dia terus melompat ke tengah hujan dengan tidak menggunakan payung langsung. Kata orang-orang yang mengetahui tentang Tok Aji ini, dia tidak basah kalau merempuh hujan dalam masa orang memerlukan dia. Kalau dihari yang tidak ada hal, saya lihat dia basah kuyup juga bila ditimpa hujan. Setelah Tok Aji pergi bersama Mail Lembam, saya balik semula ke tengah madarasah. Alangkah terkejutnya saya, kerana Tok Aji masih lagi tidur dengan tangannya terlanggung di kepala seperti tadi juga. Atuk, mengapa tidur? soal saya tertanya-tanya siapakah yang tidur di situ. Ah.... dia minta atuk bacakan Yassin aje sahutnya tersenyum. Kau tak payah tanya apa-apa, nanti lain kali kau tau juga dia menasihatkan saya supaya jangan meragui tentang dirinya yang sedang tidur itu. Kira-kira setengah jam kemudian hujan sudah mulai reda, nenek saya naik ke atas madarasah. Sebaik saja melihat atuk terbaring tidur lantas dia menyuruh saya mandi dan bersiap-siap untuk pergi ke rumah Mak Endut. Mak Endut dah tak ada ujar nenek perlahan. Selesai saja saya mandi, nenek balik ke rumahnya. Saya dapati Tok Aji sudah bangun dan duduk sambil terkuap-kuap. Mak Endut dah tak ada saya beritahu dia. Tok Aji mengangguk-angguk. Dia tidak berkata apa-apa lantas pergi mandi.Selepas selesai maghrib kami bertiga ke rumah Mak Endut. Beberapa orang kawan saya yang ada di madarasah, berjanji akan datang selepas Isya. Sebaik sampai saja di rumah Mak Endut, orang sudah ramai berkumpul di situ. Anak-anak Mak Endah seperti Jidah, Suhur dan Indun bergilir-gilir membaca Al-Quran di sisi jenazah. Ayah saya juga sudah sampai lebih awal. Dialah yang menyuruh orang memasang langit-langit iaitu merentang kain batik lepas setentang dengan jenazah. Di samping orang sibuk di dalam kerana berjaga-jaga pada malam itu kerana jenazah itu tidak boleh dibiarkan sendirian, orang lelaki duduk di serambi berbual-bual. Manakala orang perempuan memasak air di dapur menyediakan hidangan untuk sama-sama berjaga. Manakala anak-anak disuruh sama-sama membaca AL-Quran. Saya juga disuruh oleh Tok Aji membaca Al-Quran berhampiran dengan jenazah. Kira-kira 9.00 malam, kawan-kawan saya yang sama-sama tidur di madarasah, telah datang. Mereka juga sama-sama membacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Kami membacanya bergilir-gilir. Apabila saya merasa penat duduk bersila terlalu lama, maka saya mengilirkan kepada kawan yang lain pula. Disebabkan

sudah menjadi tradisi di kampung kami, kanak-kanak tidak boleh mencampuri orang tua sedang berbual, jadi saya tidaklah ke serambi mendengar Tok Aji berbual-bual di situ. Saya dan kawan-kawan hanya duduk di dalam saja. Di situ bau asap kelapa kukur dibakar memenuhi ruang. Kak Jidah duduk di hujung kaki jenazah emaknya. Saya lihat dia tidak berhenti-henti membaca AlQuran. Abang Suhur berhenti juga melepaskan lelah, sementara Kak Indun ke dapur membantu saudara maa yang lain. Mereka tidaklah seperti Kak Jidah duduk saja mengadap jenazah emaknya. Sekali-sekala saya memandang juga ke serambi sambil memasang telinga. Ketika menjaga jenazah masing-masig ada juga bercerita perkara-perkara yang boleh menimbulkan gelak ketawa. Apa lagi Mail Lembam yang menjadi sasaran kawan-kawannya yang lain. Mereka mentertawakan Mail Lembam yang basah kuyup ketika menjemput Tok Aji walaupun dia berpayungkan daun pisang. Sedangkan Tok Aji yang tidak berpayung tidak basah langsung. Memang semua mereka melihat Tok Aji datang sambil membacakan Yassin di sisi Mak Endut sebelum dia menghembus nafasnya. Tetapi mereka semua tidak tahu bahawa Tok Aji ada tidur di madarasah ketika itu. Mungkin mereka semua tidak percaya kalau saya ceritakan hal tersebut. Tetapi nenek sudah tahu. Sebab itu nenek sengaja berpura-pura menyuruh saya pergi mandi, kerana tidak mahu melihat Tok Aji bangun dari tidurnya di depan saya. Dalam masa orang ramai sibuk berbual-bual di serambi, sibuk menyediakan air di dapur dan beberapa orang membaca Al-Quran di tengah rumah, beberapa orang budak-budak yang menjadi rakan saya terhenti membaca Quran. Mereka menjerit lantas melompat lari ke serambi. Manakala Kak Jidah yang tekun duduk di hujung kaki jenazah emaknya sejak petang tadi ikut melompat lari ke dapur. Saya sendiri ikut sama lari ke serambi melihat kawan-kawan semuanya lari. Mengapa awak semua ni ? tanya Tok Aji lantas berdiri. Semua orang di serambi juga bangun. Masing menerpa ke pintu menjengah ke dalam. Ketika itu mayat Mak Endut kelihatan bergerak-gerak. Kemudian perlahan-lahan kepalanya terangkat, langsung duduk hingga kain selubungnya lurut ke pinggang. Hanya selindang yang diikat ke dagunya saja tidak terurai. Melihatkan Mak Endut sudah duduk, semua orang pun terjun ke tanah. Orang-orang perempuan di dapur semua terjun ke tanah kerana ketakutan. Saya juga terpaksalah bersama dengan orang-orang yang lebih dewasa ari saya terjun. Memang ketika ini saya ketakutan, maklum sajalah melihat mayat sudah dibujurkan tiba-tiba duduk . Apa lagi orangorang dewasa semuanya berlompatan ke tanah, tentunya kanak- kanak seperti saya lebih lagi ketakutan. Ketika ini semua orang lari mengikut orang yang di hadapan, kerana kami tidak berani lari berpecahpecah. Setelah jauh dari rumah Mak Endut, kami semua berpaling semula ke rumah. Barulah kami sedari bahawa Tok Aji tak ikut sama lari bersama orang ramai. Saya lihat ayah saya dan Mail Lembam balik semula ke halaman rumah, kerana Tok Aji masih lagi di dalam rumah. Pada fikiran kami Tok Aji tidak dapat lari kerana kakinya lumpuh sebelah. Tentulah terkial-kial kalau Tok Aji mahu lari menuruni tangga.

Melihatkan ayah saya dan Mail Lembam naik semula ke rumah, orang-orang yang lari pun merasa berani semula. Mereka semua balik semula naik ke rumah. Masing-masing yang di dalam ketakutan tadi kembali dapat mengawal perasaan. Kami semua naik semula ke rumah. Rupanya semasa semua orang bertempiaran lari, Tok Aji masuk ke dalam. Dia duduk berhampiran dengan jenazah, sambil dua tapak tangannya dihalakan ke muka mayat Mak Endut. Matanya merenung tepat-tepat ke muka mayat. Semasa kami sampai dan naik ke rumah, mayat Mak Endut masih duduk terlunjur di tempat pembujurannya. Ketika ini ayah saya menyuruh orang-orang lelaki yang lain duduk sambil mengikutnya berzikir. Dalam masa orang ramai berzikir, Tok Aji terus menghalakan kedua-dua tapak tangannya ke muka mayat Mak Endut. Sekarang kau baring semula, pergi kau mengadap Allah yang menjadikan kau dan semua makhluk kata Tok Aji bagaikan memerintah. Mayat itu perlahan-lahan rebah ke bantal, seolah-olah ada orang yang merebahkannya. Kerana saya lihat dia tidak pun jatuh terhempas apabila rebah ke belakang daripada duduk tadi. Kejadian ini memang mengherankan orang ramai yang menyaksikan pada malam itu. Apa lagi kanak-kanak, saya ketika itu baru berumur 13 tahuntentulah ketakutan. Lebih sebulan selepas kejadian itu ianya tetap menakutkan saya. Malah saya jatuh sakit terigau-igau melihat Mak Endut duduk walaupun sudah menjadi mayat. Tetapi setelah Tok Aji mengajak saya bangun setiap tengah malam, melakukan sembahyang tahjud, igauan itu hilang hilang terus dari ingatan saya. Tidak ada apa lagi yang saya takutkan terhadap igauan-igaun yang demikian. Endut, jangan kau bangun lagi. Kau kepunyaan Allah, bukan kepunyaan kami Tok Aji menamparkan tapak tangannya ke dahi mayat tiga kali. Kemudian dia menyelubungkan, semula mayat tersebut. Selepas mayat Mak Endut di bujurkan semula, ayah saya pun berhenti berzikir. Bagaimanapun dia sendiri membaca Yassin dan membaca Al_Quran. Kak Jidah yang tercungap-cungap ketakutan mulamula tadi duduk semula di hujung kaki jenazah emaknya. Dia meneruskan semula membaca Quran. Tok Aji pula menyuruh saya membaca Quran bergilir-gilir dengan kawan-kawan. Walaupun dalam ketakutan, saya membaca juga. Tetapi sekali sekala mata saya tetap mengerling ke arah jenazah yang terbujur, bimbang juga saya kalau-kalau dia bangun semula. Sampai lah pagi tidak ada lagi kejadian mayat itu bangun semula. Terasa lega hati hati kami kerana tidak ada kejadian buruk yang berlaku semalaman tadi. Hari siang, ayah saya pun mula menyuruh Mail Lembam ke kubur mengepalai orang menggali kubur. Masing-masing dibahagikan kerja mengikut arahan ayah saya kerana Mak Endut itu sepupu dia. Malah Mail Lembam sendiri iaitu adik Mak Endut menyerahkan tanggung jawap menyempurnakan jenazah itu kepada ayah saya.

Mak Endut meninggal dunia kerana mengidap sakit perut hanya beberapa hari saja. Suaminya sudah lama meninggal dunia sejak Kak Lijah anaknya yang bongsu baru turun buai. Sudah lebih 20 tahun suaminya meninggal dunia. Jadi, Mak Endut sendiri terpaksa menyara anak-anaknya sampai lah Abang Suhur dan Kak Indun berkahwin. Di samping itu dia mengambil upah menganyam tikar. Dia juga boleh mengurut dan membidankan ibu bersalin, tetapi tidaklah secara bersungguh. Sebab itulah ramai orang mengatakan, tidak mungkin dia menuntut ilmu-ilmu salah sehingga terjadi peristiwa mayatnya bangun semula. Serahkan urusan Allah kepada Allah, janganlah kita ambil tahu sangat. Nasihat Tok Aji apabila ada orang mahu bertanya mengenai kejadian pada malam berkenaan. Seingat-ingat saya dia tak ada menuntut ilmu-ilmu salah....., keluh ayah saya ketika sama-sama menolong orang membuat usungan. Memang semua orang mengakui Mak Endut tidak mengamalkan ilmu-ilmu salah. Dia sendiri merupakan orang yang amat taat mengerjakan solat, berbudi bahasa dan tidak pernah menyakiti hati orang. Di samping ramah mesra, dia mudah bercampur gaul terutama kalau ada kenduri kendara di dalam kampung. Semua tahu bahawa Mak Endut sangat disukai oleh orang-orang kampung kerana dia juga bertolak ansur dalam apa-apa pun urusan. Oleh itu orang percaya tidak mungkin dia memelihara syaitan, samada polong, pelesit atau pun hantu penanggal. Inilah menyebabkan orang tertanya-tanya apakah salahnya Mak Endut sehingga menyebabkan mayatnya bangun setelah dibujurkan. Hanya mayat orang-orang yang mengamalkan ilmu ilmu salah atau ilmu syaitan saja yang menerima balasan seperti ini. Kita tidak akan mengetahui rahsia Allah, kerana Allah mengetahui yang zahir dan yang batin, yang lahir dan yang tersembunyi. Tok Aji terus mengingatkan orang-orang yang tidak puas hati dengan kejadian yang menimpa mayat Mak Endut. Kira-kira pukul 12.00 tengah hari orang-orang menggali kubur memberitahu bahawa kubur sudah disiapkan. Oleh ayah saya pun menyuruhkan orang memandikan mayat. Ketika ini kami terpaksa membawa air dari telaga dan di tampung dengan pasu dan besen besar. Dengan yang demikian sebelum mayat dibawa ke pelantaran, maka kami disuruh dulu memenuhkan air dalam semua bekas tampungan. Saya ikut juga membawa air dalam baldi. Tetapi disebabkan kami bergotong royong beramai-ramai maka cepatlah semua bekas tampungan air itu dapat dipenuhkan bagi mencukupi untuk memandikan mayat. Nenek saya ditugaskan untuk mengepalai memandikan mayat kerana jenazah perempuan. Sebaik saja jenazah hendak diangkat ke tempat mandi di pelantaran sekali lagi orangmemekik terkejut, kerana didapati di bawah jenazah itu ada beratus-ratus lipan bara seolah-olah menjadi tilam pula kepada jenazah berkenaan. Malah melihatnya pun sudah geli geleman, bagaimanakah pula mahu menguiskan lipan itu dari bawah tubuhnya? Ya Allah, lindungilah hambamu ni keluh Tok Aji sambilmenampung kedua tangannya.

Semua orang yang melihat keadaan Mak Endut itu, ada yang takut dan ada juga yang kasihan. Apalah dosa Mak Endut sampaikan mayatnya begitu tersiksa. Sudahlah pada sebelah malamnya mayat itu bangun duduk, kemudian apabila nak dimandikan terdapat pula beratus-ratus ekor lipan bara di bawah tubuhnya. Seekor pun tidak mahu lari, walaupun kain penutup mayat sudah dilingkupkan. Lipan-lipan itu kelihatan merayap-rayap dan ada juga mengigit jenazah. Ayah saya kelihatan marah dengan kejadian tersebut, sementara Tok Aji pula tenang. Air mukanya tetap jernih menghadapi masaalah tersebut. Ya Allah sekiranya hamba mu ini bersalah, ampunkanlah dia. Sekiranya hambamu ini dianiaya, maka lepaskanlah ia dari aniaya itu. Kepada engkaulah kami bermohon perlindungan dan kepada engkaulah kami memohon pertolongan kata Tok Aji perlahan. Ketika ini air matanya tergenang di pelupuk mata. Selepas Tok Aji berdoa, dia menyuruh ayah saya membawa air mandi ke situ. Kita mandikan saja jenazah ni di disini ujarnya. Mereka semua tidak membantah. Semua air yang sudah ditampung diangkat ke dalam. Tok Aji sendiri memandikan jenazah bersama nenek. Ketika ini sengaja Tok Aji menyelubungkan jenazah, sebelum disiram dengan air. Tujuh kali Tok Aji menyimbah air ke tubuh jenazah di bawah kain selubung itu, orang ramai melihat asap berkepul naik seperti bara kena siraman air. Apabila dibuka kain selubung itu, kami semua dapat melihat di bawah tubuh Mak Endut bara merah padam disirami air. Lipan-lipan yang berkeliaran tadi, kami lihat sudah menjadi arang. Tetapi siapa pun tidak berani bertanyakan kepada Tok Aji, kerana sudah menyuruh setiap orang jangan bertanya apa-apa. Dia hanya mengingatkan semua orang supaya ingatkan Allah saja. Berserahlah kepada Allah diatas segala urusannya, kata Tok Aji kepada mereka. Tidak jadilah jenazah itu dibawa ke pelantaran. Di situ sajalah dimandikan iaitu diatas tilam tempat jenazah dibujurkan. Kawasan tengah rumah menjadi lecah kerana air tidak telus dicelah lantai. Nampaknya kau nak mandi di ataas tilam Endut, sebab itu aku mandikan di atas tilam ni kata Tok Aji menampar pipi Mak Endut. Bagaimanapun muka Mak Endut tidak apa-apa. Wajahnya kelihatan bersih seperti sedang tidur. Belakangnya yang digigit lipan beratus-ratus ekor tadi juga tidak kelihaytan pun bekas gigitannya. Kulit tubuhnya tetap kelihatan bersih, walaupun ada terdapat lebam-lebam sedikit. Apa agaknya masalahnya ni ayah? tanya ayah saya, kerana dia sajalah yangberani bertanya. Urusan kau jaga sendiri, jangan urusan Allah kau nak jaga ujar Tok Aji macam memarahinya. Terdiam ayah saya apabila diingatkan oleh Tok Aji demikian. Kalau ayah saya sendiri sudah ditegurnya sudah tentu orang lain tidak berani bertanya kepadanya.

Sampailah jenazah selamat dimandikan tidak ada apa-apa kejadian ganjil yangdilihat. Ketika dikapankan pun tidak ada apa-apa gangguan. Tetapi memang saya melihat sendiri jenazah Mak Endut itu, wajahnya tetap bersih seperti orang sedang tidur. Tubuhnya terdapat lebam-lebam sedikit, itu pun di bahagian betis dan lengannya yang dipenuhi beratus-ratus ekor lipan tidak ada kesan gigitan apa-apa. Sehinggalah dibawa ke kubur, jenazahnya selamat dikebumikan dengan tidak ada lagi gangguangangguan yang mengerikan.

35. TOK AWANG NGAH - HANTU BERJALAN DENGAN TANGAN


Bunyi burung birik-birik lalu di tengah malam terasa mengerunkan juga. Kawan-kawan saya yang samasama tidur di madarasah bernama Katib cepat-cepat tidur mengerengkan badan, kerana emaknya berpesan apabila burung birik-birik berbunyi di tengah malam hendak lah tidur mengereng. Katib memang tidur di madarasah, tapi tiap-tiap pagi selepas subuh dia akan balik untuk bersekolah di sebelah paginya pula. Kami yang bersekolah hanya belajar di sebelah petang saja di madarasah Tok Aji. Sebelah petang pula belajar membaca Quran. Katib ini memang disayangi oleh Tok Aji kerana suaranya bagus membaca Quran. Semasa Tok Aji menganjurkan pertandingan di kalangan pelajar madarasah, Katib berjaya mendapat markah yang tinggi membaca Quran. Bagaimanapun dia tetap memegang teguh pesanan emaknya supaya tidur mengereng bila burung birikbirik berbunyi di tengah malam. Emak aku kata burung birik-birik ialah anjing pemburu hantu tinggi. Jelasnya apabila saya tanyakan mengapa dia mengerengkan badan. Kalau kau mengereng dia tidak ganggu kau? soal saya tidak mengerti mengapa dia mesti tidur mengereng ketika ini. Ia dia sangka kita ni anak cucunya ujar Katib. Jadi, kau suka jadi anak cucu hantu tinggi? tanya saya lagi. Tidaklah sahutnya lemah macam kecewa dengan soalan saya itu Tetapi, itu hanya untuk menjaga diri supaya tidak diganggunya dia menjelaskan lagi seperti yang diceritakan oleh emaknya. Tetapi Tok Aji pernah mengingatkan tidak ada jenis syaitan yang boleh menandingi ayat-ayat Quran. Oleh itu tidak ada sebab mengapa mesti mengerengkan badan sewaktu tidur apabila terdengar birikbirik terbang melintasi bumbung rumah. Sebab itu saya tidak pernah mengerengkan badan, kalau terdengar bunyi burung birik-birik. Kadangkala Katib cepat-cepat menggerakkan badan saya menyuruh tidur mengereng, namun saya pura-pura tidak mendengarnya. Emak Katib juga percaya Mak Endut yang meninggal dunia sebelum itu adalah diganggu hantu tinggi, mungkin kerana dia tidak tidur mengereng sewaktu bunyi burung birik-birik melintas. Ketika ini hantu tinggi terbang bersama burung-burung tersebut. Kalau dilihatnya ada orang tidak tidur mengereng maka segera diganggunya kerana orang itu bukan anak cucunya. Sekira orang berkenaan anak cucunya, hantu tinggi akan mengelakkan diri dari merempuh anak cucunya sendiri. Tanda hantu tinggi itu lalu selain dari burung birik-birik berbunyi ialah, kepala ribut. Di dalam kepala ribut itu dia terbang bersama. Tetapi kepala ribut itu akan beralih menuju ke arah lain, kalau didapati

anak cucunya ada di depan. Tanda bagi anak cucunya ialah dengan menanam rumpun lengkuas di tepi halaman. Kepala ribut itu tidak akan merempuh lalu kalau rumah berkenaan ada menanam rumpun lengkuas. Katib percaya betul dengan pesanan emaknya ini. Dia juga tetap percaya bahawa kematian Mak Endut berpunca dari hantu tinggi. Mak Endut sudah terkena langkahannya sampai sakit perut. Penyakit itulah yang membawa maut kepadanya. Selepas itu mayatnya tiba-tiba saja duduk, kerana diangkat oleh hantu tinggi tadi. Sekiranya Tok Aji tidak ada bertahan di situ dengan doanya sudah tentu mayat Mak Endut dibawa lari oleh hantu tinggi. Selepas itu semasa mahu dimandikan, terdapat dapat beratus-ratus ekor lipan di bawah mayatnya. Lipan-lipan itu adalah binatang permainan hantu tinggi yang mahukan mayat Mak Endut. Sekali lagi Tok Aji dapat mengalahkan hantu tinggi itu dengan doa seorang ulama. Memang Katib percaya benar dengan cerita emaknya itu dengan kematian Mak Endut. Bagaimana pun saya tidak pernah bertanyakan pada Tok Aji mengenai kebenaran cerita emak Katib itu. Saya takut Katib akan tersinggung pula sekiranya saya bertanyakan pada Tok Aji. Tetapi Tok Aji memang pernah mengingatkan bahawa syaitan ini ada berbagai-bagai. Dia juga seperti makhluk manusia mempunyai kaum masing-masing yang telah ditentukan. Oleh itu apa juga makhluk halus yang menganggu manusia adalah terdiri dari golongan syaitan. Sementara manusia harus berwaspada akan gangguan dari syaitan ini. Selepas kematian Mak Endut, Kak Jidun tidak lagi tinggal bersama abangnya Suhur, atau kakaknya Indun. Dia tinggal bersama nenek saya. Disebabkan dia masih anak dara berumur 16 tahun, saudara maranya merasa lebih baik tinggal di rumah nenek saya saja. Di samping itu dia akan terus dapat belajar agama di madarasah Tok Aji. Kadangkala Kak Jidah menangis bila Katib menceritakan hantu tinggi menganggu mayat Mak Endut. Itulah menyebabkan mayat itu bangun dengan sendirinya, kemudian dipenuhi lipan beratus-ratus ekor di bawah tubuhnya. Katib juga memberitahu Kak Jidah mengenai burung birik-birik selalu berbunyi melintasi madarasah apabila jauh malam. Kita mesti tanam lengkuas di depan pintu madarasah ni Kak Jidah kata Katib macam mengingatkan. Tetapi Kak Jidah tidak mahu menanamnya. Terpaksalah Katib mengambil benih lengkuas dari rumahnya. Dia sendiri menanam rumpun lengkuas di depan madarasah. Tok Aji pula tidak marah dengan perbuatan Katib menanam rumpun lengkuas itu, tetapi dia mengingatkan, Lengkuas itu tak boleh menolong kau Katib. Yang memberi pertolongan hanya Allah. Walaupun rumpun lengkuas mula tumbuh segar di depan halaman madarasah, tetapi bunyi burung birik-birik itu kerapkali juga terdengar di tengah malam. Katib terpaksa tidur mengereng kerana takutkan gangguan hantu tinggi. Kadangkala saya tersenyum sendirian mengenangkan Katib bersikap demikian. Kak Jidah tahu asal usul hantu tinggi ni? satu petang Katib bercerita dengan saya dan Kak Jidah.

Ah, kau budak-budak mana kau tahu sahut Jidah tersenyum mengusik. Emak aku yang cerita dia memberitahu bersungguh-sungguh. Apa kata mak kau? tanya saya pula tersenyum mengerling ke arahnya. Saya tidaklah memperkecilkan cerita emak Katib itu, tetapi sengaja mahu mengusik Katib yang selalu percayakan dengan cerita tersebut. Bagaimanapun bukanlah mustahil pula cerita yang dikatakannya itu. Tidak lama dulu bapa mertua saya kecemasan kerana ribut melanda kampungnya sehingga rumahnya juga ikut bergoyang- goyang dipukul angin. Walaupun rumahnya tidaklah roboh dalam angin kencang yang tiba-tiba melanda, tetapi sempat juga dia azan sekuat-kuat hatinya dalam masa ribut kencang itu. Tiga kali dia azan, serentak saja ribut reda. Hujan pun turun mencurah-curah dengan kilat memancarmancar. Selepas hujan lebat dan ribut berhenti didapatinya dua tiga buah rumah jiran yang berhampiran atapnya diterbangkan ribut, dan dindingnya roboh. Manakala rumah bapa mertua saya tidak pun rosak apa-apa. Memang setengah orang mengakui bahawa syaitan ada bersama-sama di dalam ribut itu. Mungkin apa yang diceritakan oleh Katib di masa kecilnya dulu memang dimaksudkannya dengan syaitan yang mengikuti ribut itulah. Kak Jidah sendiri mengakui emaknya mula-mula diserang sakit perut ialah selepas ribut kencang. Semasa ribut tengah kencang aruah Mak Endut masih mencangkul rumput di kebun pisangnya. Kak Jidah beberap kali menyuruh dia balik sementara ribut berhenti. Tetapi Mak Endut berdegil, terus juga mencangkul rumput. Ketika ribut ini hujan belumlah turun, sebab itulah dia teruskan kerja mencangkul rumput kerana hari tidak hujan. Setelah ribut reda, hujan tidak pula turun. Kononnya hujan itu sudah dibawa angin jauh dari situ. Mungkin turun di kawasan lain. Selepas inilah Mak Endut merasa senak perut. Mula-mulanya dia bertahan juga, tetapi akhirnya dia tidak berdaya lagi menahan senak perutnya bagaikan mahu membuang air besar. Sebaliknya apabila dia ke sungai untuk membuang air besar, tidak apa-apa pun yang keluar. Senak perutnya semakin hari semakin menyesakkan nafas. Lebih kurang empat hari dia mengidap sakit perut itu, Mak Endut pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Aruah mak degil sangat, dia bekerja juga di tengah-tengah ribut tu keluh Kak Jidah mengenangkan kedegilan emaknya, kerana dia sajalah yang tahu akan mula kejadian yang menimpa emaknya. Kak Jidah tinggal berdua saja dengan Mak Endut dirumahnya kerana Abang Suhur dan Kak Indun masing-masing sudah berkahwin. Mereka tinggal bersama-sama keluarga masing-masing. Bukan ribut tu Kak Jidah, tetapi hantu tinggi tegas Katib bila mendengar penjelasan Kak Jidah itu. Kak Jidah menunduk. Dia tidak membantah kata-kata Katib. Apa lagi kami ketika ini masih kanak-kanak, tidaklah tahu berfikir panjang. Apa saja yang dicakapkan oleh orang tua, cepat saja kami terima.

Kak Jidah tak nampak hantu tinggi dalam ribut tu tanya Katib pula. Kak Jidah mengelengkan kepala. Sebenarnya hatinya masih sedih dengan kematian emaknya itu. Emak kata, awan hitam yang kita kata mengandungi hujan itulah sebenarnya hantu tinggi beritahu Katib selanjutnya. Katib juga menceritakan hantu tinggi itu berasal dari seorang pemburu terkena sumpahan di hutan kerana mencari seekor rusa putih yang diidamkan oleh isterinya yang mengandung. Dia telah membunuh beratus-ratus ekor rusa, tetapi tidak seekor pun rusa putih. Sebab itu lah dia telah disumpah menjadi hantu tinggi, manakala anjing pemburunya menjadi burung birik-birik. Disebabkan dia berjalan mendongak ke langit selepas kena sumpahan itu, maka tidaklah dilihatnya ke bawah. Apabila dia melanggar mangsanya, maka mangsanya akan muntahkan lumut. Hanya dia memberi petua kepada anaknya yang mencarinya selepas 20 tahun berlalu, bakarlah lada kering dan garam apabila ribut kencang, supaya dia tercium bagi mengetahui itulah rumah anak cucunya. Tanamlah lengkuas didepan rumah supaya dia dapat membaunya. Hanya dengan cara itu sajalah dia dapat membezakan anak cucunya, supaya tidak menjadi mangsanya. Hantu tinggi itu terpaksa memusnahkan manusia, kerana itulah sumpahannya setelah dia membunuh beratus-ratus ekor rusa yang tidak berdosa. Seperti mana dia membunuh rusa seekor demi seekor kemudian ditinggalkan untuk mencari rusa putih, maka sumpahannya ialah mesti membunuh manusia satu demi satu, sehingga semua rusa yang dibunuhnya hidup semula. Selagi rusa-rusa itu tidak boleh dihidupkan selagi itulah dia mesti memusnahkan manusia. Bagaimanapun ia masih berupaya mengingatkan anak cucunya supaya terhindar dari sumpahannya itu. Macam itulah yang emak aku beritahu pada aku, Kak Jidah Katib menerangkan kepada Kak Jidah mengenai hantu tinggi yang telah membunuh Mak Endut. Kak Jidah pula bukannya orang yang suka bersoal jawab, dia menerima saja penerangan Katib. Kesedihan hatinya terhibur juga bila kami duduk berbual-bual dengannya. Malah Tok Aji selalu mengingatkan dia supaya sentiasa berdoa kepada Allah, supaya aruah ibunya termasuk ke dalam golongan roh-roh yang diredai Allah. Lepas sembahyang adalah baik berdoa Tok Aji mengingatkan dia. Selepas sesaorang itu mati, maka putuslah amalannya. Hanya tiga perkara saja yang diperlukan iaitu amal jariahnya di dunia, amal ibadatnya di dunia, dan doa anak-anak yang soleh. Kata Tok Aji seterusnya. Kak Jidah mentaati apa saja yang disuruh oleh Tok Aji. Tiap-tiap tengah malam dia bangun sembahyang tahjud, memohon Allah mencucuri rahmat keatas rohnya emaknya. Kadangkala saya terikut-ikut jua bangun tengah malam, kerana Tok Aji sendiri kerap kali bangun diwaktu tengah malam menunaikan solat sunat tahjud itu. Walaupun Tok Aji tidaklah menyuruh saya

melakukannya, tetapi apabila tidak bersekolah hujung minggu iaitu malam Jumaat dan malam Sabtu saya suka melakukannya kerana mengikut Tok Aji. Nampaknya Kak Jidah melakukan setiap malam sejak selepas kematian emaknya. Hingga hampir 2 bulan dia mengerjakan solat sunat tahajud itu tidak berhenti-henti. Saya pun naik heran juga kerana Kak Jidah melakukannya. Pagi-pagi dia sudah bangun pula untuk menunaikan sembahyang subuh. Kemudian membantu nenek saya ke sawah. Dia tidak kelihatan letih ke sawah walaupun tengah malam bangun menunaikan sembahyang tahjud itu. Apakah yang disuruh oleh Tok Aji saya tidak tahu. Mungkin sengaja Tok Aji melatihnya supaya lebih kuat bertawakal, kerana pada waktu tengah malam memang tidak ramai orang yang rajin untuk bangun. Apa lagi terasa sejuk air telaga untuk mengambil wuduk, walaupun sudah ditampung di dalam tempayan di bilik air. Dalam masa inilah saya ingat Abang Mat Nitar yang tinggal berhampiran dengan rumah aruah Mak Endut jatuh sakit. Emaknya Mak Relah telah memanggil Tok Aji untuk menengok-nengokkan Mat Nitar yang sakit macam hilang akal. Mat Nitar baru berumur 26 tahun, masih belum berkahwin. Dia memang pernah masuk meminang Kak Jidah, tetapi keluarga Mak Endut menolaknya kerana Kak Jidah masih mentah lagi. Walaupun Mat Nitar sanggup menunggu dua tiga tahun, tetapi Mak Endut tetap menolak. Dia merasakan Mat Nitar itu sudah macam anaknya sendiri. Tidak tergamak pula memilih Mat Nitar jadi menantu, apatah lagi Kak Jidah sendiri tidak mahu. Kak Jidah merasakan Mat Nitar sudah macam abangnya sendiri. Tok Aji tidak menolak jika dipanggil. Seperti biasa dia mendoakan air disuruh minum dan mandikan. Semasa Tok Aji datang melihatnya Mat Nitar sudah terlalu teruk. Dia bertelanjang bulat dengan tidak memakai apa-apa pakaian. Dia terjelepuk di hujung serambi sambil memainkan kemaluannya. Sekali sekala dia tersengih-sengih, tetapi tidak dapat bersuara apa-apa. Apa sakitnya ni Bang Aji? tanya Mak Relah kebingungan. Tak tau lah aku. Tak pernah aku temui penyakit macam ni jelas Tok Aji ikut sama keheranan. Dah sebulan dia macam ni. Tak dapat bercakap cuma air liur saja meleleh beritahu Mak Relah kesedihan. Nak kata sakit tak sakit, nak kata tak sakit itulah rupanya.... keluhnya memerhatikan Mat Nitar tersengih-sengih memainkan kemaluannya dengan tidak berasa segan dan silu. Tok Aji mengeleng-gelengkan kepala. Hatinya sedih juga melihat keadaan Mat Nitar demikian. Kau tau apa yang dituntutnya selama ini? tanya Tok Aji kerana sudah menduga mesti ada kesalahan yang dibuat oleh Mat Nitar. Boleh jadi juga dia sudah terlanggar pantang ilmu yang dituntutnya. Maksudnya, tahu kah kau samada dia pernah menuntut apa-apa ilmu kebatinan? kata Tok Aji seterusnya.

Tak tau pulak aku kata Mak Relah lemah. Tetapi, ada juga aku dengar dia nak jumpa Batin Jeli di hulu sana katanya menahan kesedihan. Disebabkan Mak Relah menaruh harapan kepada Tok Aji dapat memulihkan anaknya Mat Nitar, maka Tok Aji mendoakan. Tiga hari Tok Aji mengulangi Mat Nitar, barulah datang adik Batin Jeli bernama Kapai mencari Mak Relah. Ketakutan saja rupanya apabila naik ke rumah Mak Relah, sebaik saja melihat orang ramai melihat Mat Nitar sakit. Dah lama ke Mat Nitar sakit ni Mak Relah? tanya Kapai bercampur bimbang. Lebih sebulan ........ jelas Mak Relah. Tak tahu pula aku dia sakit keluh Kapai bertambah gelisah. Siapa mengubatkan dia? dia memerhati Mak Relah. Abang Haji ni beritahu Mak Relah menunjuk ke arah Tok Aji. Tiba-tiba saja Kapai memeluk lutut Tok Aji, dia menangis sambil merayu pada Tok Aji supaya tidak membalas dendam pada abangnya Batin Jeli. Abang Aji tolonglah. Minta maaflah saya Abang Aji dia merintih-rintih bagaikan menyimpan harapan mengunung. Abang Jeli dah jadi gila sekarang ni. Bukan nak susah-susahkan Mak Endut dulu, dia hanya nak tolong Mat Nitar. Kalau Mat Nitar tak datang minta tolong mampus Abang Jeli tak buat ujarnya menangis tersedu-sedu mengharapkan belas kasihan. Percayalah Kapai, aku tak buat tu pada Jeli kata Tok Aji memujuknya. Dari pengakuan Kapai itu, terbukalah cerita mengenai kejadian yang menimpa kepada Mak Endut disebabkan menolak pinangan terhadap Kak Jidah. Mat Nitar telah menemui Batin Jeli. Pada mulanya Batin Jeli enggan melakukan kekejaman pada Mak Endut, sebaliknya dia bersetuju untuk memberi Mat Nitar minyak cenuai bagi memikat Kak Jidah. Tetapi Mat Nitar tidak mahu minyak cenuai. Dia mengancam akan membunuh Batin Jeli kalau tidak mahu mengikut kemahuannya menganiaya Mak Endut secara kebatinan. Mahu tidak mahu Batin Jeli terpaksa juga mengikut kemahuan Mat Nitar. Dia menggunakan katak yang diikat perut sampai kembung bagi dipuja secara kebatinannya, hingga menyebabkan Mak Endut senak perut. Kemudian dia memuja upih yang dibentuk seperti lipan diletakkan di bawah bangkai katak. Apabila dipujanya itulah kejadian yang dilihat lipan dibawah mayat Mak Endut. Dia juga memainkan bangkai katak itu secara kebatinannya menyebabkan mayat Mak Endut tiba-tiba saja bangun dari pembaringan. Semua itu diceritakan semula oleh Kapai. Dia berharap Tok Aji tidak menyiksa abangnya Batin Jeli.

Tak pernah aku tengok ilmu macam Abang Aji ni Kapai terus merintih-rintih. Kapai..... aku tak buat apa-apa pada Jeli. Aku juga tak buat apa-apa pada Mat Nitar. Tapi kau tengok sendiri keadaan Mat Nitar ni. Aku pun berusaha hendak menolong dia, tapi aku tak upaya, ini kuasa Allah jelas Tok Aji dengan harapan Kapai memahami kedudukannya sebenar. Orang-orang kampung menerangkan kepada Kapai, bahawa mereka juga tidak tahu peristiwa sebenarnya. Kalaulah Kapai tidak memberitahu, mereka juga tidak tahu tentang kejadian yang menimpa Mak Endut. Patutlah semasa Kak Endut meninggal, tak ada Mat Nitar menziarahinya keluh Mak Relah penuh kesal. Masa ini jugalah anak saudara Kapai datang memberitahu akan kematian Batin Jeli jatuh di jeram batu, kerana tiba-tiba saja dia menjerit-jerit berlari ke jeram batu. Dia jatuh terselit di celah batu dengan kepalanya ke bawah dan kakinya ke atas. Berita kematian Batin Jeli diterima oleh orang-orang kampung dengan rasa sedih dan simpati. Kira-kira dua minggu selepas kematian Batin Jeli, Mat Nitar juga meninggal dunia. Tok Aji sendiri tidak berupaya mengatasi kudrat dan iradat illahi yang sudah menetapkan kematiannya demikian. Dia sudah berusaha untuk memulihkannya, tetapi kehendak Allah siapa pun tidak dapat menahannya. Tidak lama selepas kematian Mat Nitar heboh lagi di kampung itu apabila orang bertemu lembaga orang merayau-rayau di dalam kampung dengan kepalanya kebawah kakinya ke atas. Lembaga itu berjalan dengan tangan saja. Dia akan cepat-cepat menghilang apabila terserempak orang. Kadangkala dia berjalan melompat-lompat seperti katak. Aku nampak betul-betul hantu berjalan dengan tangan, kepalanya ke bawah kaki ke atas Mail Lembam memberitahu tercungap-cungap menerpa ke madarasah. Merepeklah Pak Mail ni sahut Katib terkejut juga melihat Mail Lembam tergopoh gapah. Dia bertanyakan Tok Aji dari kami. Mana Atuk kau? Mail Lembam bertanya kepada saya. Atuk ada di rumahnya jelas saya perlahan. Lepas Isya atuk baliklah kerumah, boleh jadi dah tidur dia kata saya selanjutnya. Mail Lembam terus melompat menuju ke rumah Tok Aji. Saya hanya melihat saja dari pintu madarasah. Seketika saja rumah Tok Aji terang benderang dipasang lampu. Saya terdengar suara Mail Lembam bukan main becok tidak tentu biji butir. Tetapi saya percaya dia memberitahu mengenai hantu berjalan dengan itu. Tidak lama kemudian nenek datang ke madarasah. Dia menyuruh saya, Katib dan dua tiga orang lagi kawan-kawan supaya tidur di rumahnya. Tak payah lah tidur di madarasah tu kata nenek macam menyimpan rasa bimbang.

Kami semua masih kanak-kanak. Bila nenek menyuruh berkumpul di rumahnya, kami semua pun tidak tangguh menurutnya saja. Kami pun takut juga mahu tidur di madarasah setelah mendengar cerita Mail Lembam. Hantu berjalan dengan tangan itu sudah kerap kali ditemui. Malah setiap malam dia merayaurayau didalam kampung sambil mengetuk-ngetuk dinding rumah orang. Setakat itu rumah Tok Aji tidak pernah diganggunya. Sudah banyak rumah orang yang diganggunya sambil mengetuk-mengetuk dinding. Rumah Mak Relah yang selalu diganggunya, hinggakan Mak Relah tidak berani tidur di rumahnya. Sebab itu dia lari tidur di rumah Mail Lembam. Dimana kau jumpa tadi tanya Tok Aji memerhatikan Mail Lembam ketakutan. Di sebelah baruh beritahu Mail Lembam. Emmm, dia bukannya nak menganggu. Dia nak minta tolong agaknya ujar Tok Aji tenang. Tapi dia mengetuk-ngetuk dinding rumah ujar Mail Lembam gementar. Dia mengaku telah terserempak dengan hantu berjalan dengan tangan itu. Apabila dinding rumahnya diketuk, dia pun segera membuka tingkap. Dia ternampak lembaga hitam berjalan dengan tangan, kepalanya ke bawah manakala kakinya ke atas. Sekali sekala dia melompat-lompat seperti katak. Kemudian berjalan semula dengan tangannya. Agaknya dia mencari Relah.... kata Tok Aji terangguk-angguk. Dia nak minta tolong pada Relah tu ujarnya macam menduga bahawa hantu itu adalah jelmaan dari Mat Nitar yang sudah mati. Mail Lembam terdiam. Dia hanya memberitahu Tok Aji untuk menghindarkan gangguan berkenaan. Dari kisah itu saya baru dapat memahami bahawa Kak Jidah memang berdoa meminta mereka yang menganiaya emaknya ditunjukkan kepadanya. Jelaslah Mat Nitar itu menerima pembalasan yang tidak bertangguh dari Allah. Kak Jidah yakin emaknya teraniaya. Sebab itulah dia berdoa denganp enuh khusuk setiap kali melaku solat sunat tahajud di tengah malam, memohon Allah perkenankan doanya, agar dia melihat sendiri siapakah yang menganiaya emaknya. Kapai adik Batin Jeli secara jujur telah menerangkan kejadian sebenarnya. Bagaimanapun Kak Jidah memberitahu saya dia menyesal juga, kerana doanya juga telah menyeksa sesama makhluk. Tetapi apa boleh buat, semuanya telah berlaku. Malam itu Tok Aji ke rumah Mail Lembam menemui Mak Relah. Dia menerangkan kepada Mak Relah mungkin jelmaan hantu yang berjalan dengan tangan itu meminta tolong darinya. Sebab itulah kemana saja Mak Relah pergi menumpang tidur dia akan menjejaknya. Mak Relah pun setuju untuk tinggal sementara di rumah Tok Aji. Setiap kali maghrib dia bersama Tok Aji sama-sama berdoa agar roh Mat Nitar dicucuri rahmat. Mereka sama-sama membaca Yassin kiffiat 41 kali. Setelah tiga malam berturut-turut Mak Relah mengikuti Tok Aji melakukan Yassin kiffiat 41 kali bersama-sama Kak Jidah, saya dan Katib dan rakan-rakan yang sama tidur di madarasah, esoknya kami

bersama-sama pula ke kubur Mat Nitar, saya dapati kuburnya ditimbuni oleh bangkai katak beratusratus ekor.

36. TOK AWANG NGAH - HANTU ANJING BUKIT MENGGANAS


Haji Sirat tenang sahaja menerima tentang perkabaran dari anaknya mengenai anjing kesayangan anaknya itu telah mati ditembak oleh Ketua Kampung. Anjing Saleh anak kepada Haji Sirat adalah anjing yang penghabisan dalam kampung ini yang mati ditembak atas kehendak ramai setelah bermufakat di masjid dua minggu lalu. Kampung ini sudah tidak ada lagi anjing. Anjing-anjing dalam kampung ini telah dikehendaki dihapuskan kerana sebilangan masyarakat dalam kampung ini berpendapat bahawa anjing-anjing dalam kampung ini telah dirasok hantu. Memang tidak dapat dinafikan akan perkara ini dari kepercayaan cerita-cerita yang dikabarkan kerana anjing-anjing dalam kampung ini semuanya sudah menjadi garang, pantang saja terlepas dari tambatan terus meluru kepada orang samaada tuannya sendiri. Anjing-anjing tersebut akan menerkam dan memamah kaki badan sesiapa saja yang menjadi mangsanya. Bukan dapat dilerai dengan senang terpaksalah memukul hampir separuh mati akan anjinganjing tersebut barulah anjing-anjing tersebut meninggalkan mangsanya dalam kesakitan dan ada juga yang mengidap bahana dari gigitan tersebut terus membawa mati. Hal ini berlaku hampir sebulan yang lalu, dimana Tok Siak Masjid menjadi mangsa yang pertama oleh terkaman seekor anjing yang terlepas di halaman rumahnya. Memang selalunya anjing itu begitu jinak dan Tok Siak atas rasa simpatinya selalu memberi lebih-lebih makanan pada anjing itu walaupun dia tidak tahu anjing itu dari mana datangnya dan siapa yang punya. Bukan sahaja anjing yang kurus dan bulu tengah lehernya sudah lurus dengan kulit yang berkurap itu sentiasa berlegar di halaman rumah Tok Siak yang tidak jauh dari masjid tetapi ianya juga selalu kelihatan berada di mana sahaja budak-budak kecil kampung tersebut berkumpul bermain. Sejak anjing tersebut kelihatan berada di kampung tersebut hujan sentiasa sahaja turun, kalau tidak tengah hari, sebelah pagi, kalau tidak sebelah malam, kalau tidak sebelah petang, kalau tak lama sekejap, hujan turun tetap juga turun, ada masanya sampai satu hari satu malam. Apa lagi keluh kesah masyarakat kampung tersebut yang kebanyakannya menumpukan pencarian pada pokok-pokok getah, bila hujan bagaimana nak menoreh, kalau ditoreh juga alamat toresan di pokok akan ditumbuhi cendawan. Aku hairan melihat anjing ni, satu hari Tok Siak berbual dengan Haji Sirat di beranda rumahnya, sambil mereka berdua menghadap ke halaman. Haji Sirat tersenyum, Anjing siapa tu? Tak tahu balas lembut Tok Siak.

Anjing di halaman rumah kau sendiri tak tahu siapa yang punya, dah dua tiga kali aku lihat anjing tu makan di halaman rumah ni, beriya-iya juga Haji Sirat menuntut kepastian. Saya tengok ia kurus sangat, dengan tubuh yang kurap tu, saya kasian pula, saya beri dia makan mana ada makanan berlebih, tentulah tak salahkan? Walau pun bukan anjing saya, Tok Siak menerangkan dengan panjangnya. Haji Sirat menganggok-anggokan kepalanya tanda setuju dengan pendapat Tok Siak. Wajahnya yang suka tersenyum itu terus tersenyum sambil dia menghulurkan sebatang rokok kepada Tok Siak dia berkata, tak ada salahnya kita memberi makan binatang, ia juga makhluk tuhan. Tok Siak diam sahaja bila dia melihat tangan Haji Sirat menhulurkan sebatang rokok kepadanya dengan pantas dia bersuara, maafkan, saya baru semalam membuat keputusan untuk berhenti menghisap rokok. Haji Sirat tersenyum sambil meletakkan semula kotak rokok di tangannya ke atas lantai dan rokok yang dihulurkannya kepada Tok Siak tadi terus dihisapnya dan dinyalakannya dengan mancis api. Saya berhenti merokok bukan kerana nak simpan duit tapi dada ni dah tak tahan benar dengan batuk tiap-tiap malam terutamanya sebelah pagi Tok Siak berkata dengan nada yang biasa. Sementara itu mata mereka terus tertumpu kepada anjing kurus berkurap yang sedang baring sambil menjelirkan lidah di atas halaman. Binatang kalau kenyang begitulah dia, Tok Siak seperti bersungut berkata dan, kalau kita manusia lepas makan tu pandai nak cari kerja untuk mendapatkan makanan lagi Haji Sirat Cuma tersenyum sahaja sambil menghembuskan asap rokoknya. Saya hairan tentang anjing ni, sudahlah anjing siapa punya tak tahu, tapi setiap kali aku nak mengambil air sembahyang dia akan cuba menjilat kakiku, puas benar aku menghalaunya, kata Tok Siak. Pasal kau selalu beri dia makan, dia manjalah pada kau, balas Haji Sirat. Tapi bila matahari dah tinggi dia nampak muka pun tidak di sini, masok sahaja waktu sembahyang zuhur dia muncul semula dan cuba nak menjilat kakiku bila aku nak ke perigi, puas aku menghalaunya, Tok Siak terus bercerita tentang perangai anjing tersebut. Aku tak pernah melihat anjing tu dulu, baru-baru nilah yang aku nampak kadang-kadang di halaman masjid, kadang-kadang di tepi padang dekat budak-budak sekolah selalu berkumpul. Haji Sirat pula bercerita sambila matanya tepat memandang pada anjing yang sedang berbaring di halaman. Dalam pandangan Haji Sirat dia terasa ada sesuatu yang terasa oleh hatinya pada anjing tersebut. Ada rasanya dia merasakan gerun memandang anjing tersebut. Ada masanya pula dia merasa kasihan dan ada masanya pula begitu benci memandangnya.

Inilah yang terdetik dalam hatinya setiap kali dia terpandang pada anjing tersebut. Sebulan yang lalu Tok Siak telah dikejarkan ke rumah Dukun Berahim kerana direpong oleh anjing tersebut. Ini berlaku tidak berapa hari saja dari perbualan Tok Siak dengan Haji Sirat di beranda rumah Tok Siak dulu. Mendengar sahaja kabar tentang anjin tersebut merepong betis Tok Siak dan beberapa lagi liang lika kesan gigitan tersebut, para anak muda kampung itu dengan beberapa orang tua kampung telah keluar memburu anjing tersebut. Habis segenap kampung mereka mencari anjing kurus berkurap yang selalu melepek di halaman rumah Tok Siak yang kemudiannya merepong betis Tok Siak. Dua hari lamanya mereka mencari anjing tersebut tetapi tidak mereka temui, siang malam mereka mengintai anjing tersebut. Mana yang bersenapang tetap mengalas senapang ke mana saja pergi, mana yang tak ada senapang dengan kayu panjang yang ditajamkan hujungnya. Seolah-olah kampung tersebut dalam keadaan darurat kalau pun tidak mahu dianggap sedang menghadapi serangan musuh dari luar. Anjing tersebut terus tidak ditemui. Lama-lama penduduk kampung tersebut merasa bosan terhadap anjing tersebut, tambahan pula Tok Siak sudah baik dari bahana repongan anjing tersebut. Tidak berpa hari selepas itu anak Saleh, cucu Haji Sirat pula direpong oleh anjing salah seorang penduduk kampung tersebut sewaktu hendak pergi mengaji ke rumah Tok Siak. Anjing penduduk tersebut hairan sekali tiba-tiba bersikap begitu, kerana selama ini anjing tersebut memang dikenali salah seekor anjing yang baik dalam kampung tersebut. Cucu Haji Sirat diubati juga oleh Dukun Berahim. Dukun Berahim sudah mengesyaki sesuatu yang kurang baik akan berlaku dalam kampung itu tetapi dia cuma menyatakan pada Haji Sirat sahaja. Dia tidak mahu berita itu tersebar luas sehingga menakutkan masyarakat kampung tersebut. Haji Sirat bersama Dukun Berahim tidak mahu berita itu nanti mengelisahkan penduduk kampung itu. Selang tidak beberapa hari pula, keriuhan terus menjadi-jadi, bilamana beberapa ekor anjing dalam kampung tersebut telah memburu beberapa orang perempuan yang pulang dari bersembahyang Isyak di masjid. Haji Sirat dengan Dukun Berahim sudah tidak boleh lagi mendiamkan sangkaan buruk mereka pada anjing-anjing di kampung tersebut lalu berbincang dengan Ketua Kampung, kampong tersebut. Kenapa dari dulu tak bilang perkara ini pada aku, Ketua Kampung dalam keadaan yang kesal bersuara pada Dukun Berahim bersama Haji Sirat. Inilah dikatakan baik-baik anjing, Haji Sirat berkata. Saya bukannya tak nak memberitahu hal ini tetapi takut nanti kampung ini penduduknya gelisah pula, Dukun Berahim cuba menerangkan pendiriannya.

Ini bukan perkara kecil, ini satu ancaman yang mesti kita atasi segera, Ketua Kampung terus bersuara sambil menjeling pada Haji Sirat yang asyik tersenyum tetapi wajahnya memang sentiasa tersenyum. Mereka bertiga terus diam, masing-masing memikirkan jalan apa yang patut mereka ambil untuk mengatasi ancaman yang datang dari para anjing di kampung tersebut. Ini semuanya datang dari bahana anjing kurap yang merepong betis Tok Siak dulu, ini mesti badi anjing itu berjangkit pada anjing-anjing lain di kampung ini, Dukun Berahim menjelaskan pendapatnya setelah dia melihat dengan ilmu binatang yang dituntutnya dari seorang guru berasal dari Sumatera. Ketua Kampung terdiam. Fikirannya masih melayang-layang memikirkan tentang kampung yang ditadbirnya ini menghadapi satu bencana yang tidak diduga sama sekali. Akhirnya mereka bermufakat untuk perkara ini dibincangkan di masjid pada hari Jumaat akan datang. Untuk menjelang sahaja hari Jumaat, dua orang lagi kanak-kanak telah direpong oleh beberapa ekor anjing kampong tersebut. Tuan-tuan anjing di kampung itu mulai merasa gelisah dan ada yang telah menambat anjing mereka dengan kukuhnya dan tidak kurang pula yang memukul anjing mereka sampai mati kerana terlalu geram pada sikap anjing-anjing tersebut yang semakin liar dan menakutkan. Malam-malam salakan anjing semakin riuh dengan suara yang berlainan sekali, bagaikan anjing-anjing itu menyalak hantu lagaknya dengan suara yang mendayu dan memanjang sayup-sayup. Ada suatu yang anih di perhatikan oleh penduduk kampung tersebut ialah tentang suara seekor anjing dari atas bukit di pinggir kampung tersebut. Suara itu memang berlainan sekali dari bunyi anjing biasa menyalak tetapi memang suara anjing. Salakan sayup-sayup bercampur dengan bunyi seperti orang berkahak di sebelah pagi. Bila suara anjing ari bukit tersebut berbunyi, maka anjing-anjing di kampung tersebut akan menyahutnya beramai-ramai, mana yang bertambat akan meronta, hendak lepas, mana yang berkurung terus menerpa untuk memecahkan kandang, mana yang ada sedia terlepas terus berlumba-lumba menuju ke bukit tersebut dan esoknya kebuasan akan berlaku kepada penduduk kampung itu. Kata putus di perbincangan hari Jumaat telah didapati yang mana seluruh penduduk mestilah menghapuskan anjing-anjing mereka. Saya sayang benar dengan anjing saya tu ayah, Saleh berkata pada ayahnya dalam perjalanan mereka pulang dari masjid. Apa nak disayangkan, dulu anak kau jadi mangsa anjing, nanti anjing kau tu sendiri merepong betis kau pula, Haji Sirat dalam wajah yang tersenyum beriya-iya bersuara pada anaknya itu.

Saya tambat sahajalah dengan dawai supaya dia tidak mengharu orang, bersungguh-sungguh Saleh berkata meminta ayahnya menyokong kehendaknya menyelamatkan anjingnya yang begitu bijak bila dibawa memburu, kemudian dia menyambung lagi, saya nak letakkan anjing tu di pondok sawah sana. Haji Sirat diam sahaja sambil kakinya melangkahi parit kecil yang memisahkan perjalanannya dengan perjalanan anaknya untuk pulang ke rumah. Semua anjing dalam kampung tersebut telah dihapuskan, kebanyakan dengan menggunakan tembakan dari senapang Ketua Kampung. Tetapi penduduk kampung tersebut terus merasa gerun malahan bertambah gerun lagi bila bunyi anjing bersahutan sepanjang malam antara suara di bukit dengan suara anjing di kampung tersebut sedangkan mereka mengetahui semua anjing dalam kampung tersebut telah dihapuskan. Ketua Kampung meluru datang ke rumah Haji Sirat bersama dengan Dukun Berahim di tengah malam buta dalam bunyi anjing bersahutan. Saya masih tak faham lagi Tuan Haji, Ketua Kampung dengan nada yang serba salah berkata. "Macam ni rosaklah kampung kita ni Tuan Haji," tingkah pula Dukun Berahim dengan wajah yang dalam ketakutan. Apa yang nak di khuatirkan benar, perkara ini semua boleh diatasi, cuma ada tidak melakukan apa yang telah kita minta lakukan, dengan wajah yang senyum seperti biasa Haji Sirat berkata. Maksudnya? Pantas sekali Ketua Kampung menyambut kata Haji Sirat. Apa lagi, anak aku si Saleh tidak lagi menghapuskan anjingnya, Haji Sirat berkata dengan nada yang selamba. Begitu pula! Dukun Berahim dalam terperanjat berkata. Kenapa begitu? Ketua Kampung mahukan kepastian dari Haji Sirat. Dia begitu sayang dengan anjingnya itu kerana anjing tersebut banyak jasanya bila dibawa berburu, banyak mangsa yang telah didapati, Haji Sirat dengan tenang berkata. Penduduk kampung ni akan menjadi mangsanya juga, Dukun Berahim menekan nada suaranya. Hapuskanlah ! Pendek sekali Haji Sirat berkata. Serah pada aku menjawapnya, aku yang bertanggung jawab akan hal tu, nun anjing dia ditambat di pondok sawah sana, Haji Sirat bagaikan memerintah berkata pada kedua sahabat kampungnya itu sejak dari kecil lagi. Dalam perjalanan pulang malam itu dari Haji Sirat, Ketua Kapng yang menggalas senapangnya berbincang kecil dengan Dukun Berahim.

Bukan main sayangnya Saleh pada anjingnya itu, Ketua Kampung berkata. Dukun Berahim berdehem dan berkata, macam ayahnya juga Haji Sirat dulu sebelum naik haji bkan main kaki burunya, tidak ada dari anjing yang dibawanya berburu yang tidak dapat mangsa, walaupun dia tidak memelihara anjing seekor pun. Sekarang tak nampak langsung dia pergi berburu, tapi ialah perangai manusia dan kelebihannya, dia berburu langsung tidak mengunakan senapang, Cuma dengan buluh runcing sahaja dengan anjing orang kampung yang di angkut ke hutan, tiap kali pergi berburu tidak pernah tidak mendapat habuan, Ketua Kampung berkata begitu panjang sekali sementara Dukun Berahim cuba mengiyakan sahaja. Sejak pulang dari Haji ni, dia sedar agaknya berburu menggunakan anjing itu kurang molek, Ketuam Kampung menyambung perbicaraannya. Baru saja pulang dari Tanah Suci, nanti kalau dah lama belum tentu lagi, takut-takut rasa sedap berburu dulu berjangkit semula dan masa itu pasti meragulah dia mencari anjing, Dukun Beraim meningkah kata. Bunyi sahutan dari atas bukit dengan anjing seekor tinggal di pondok sawah Saleh terus kedengaran dan ada masanya begitu mengerunkan. Saya tidak puas hati dengan sikap Ketua Kampung ayah ! Saleh bersuara kasar pada ayahnya bila mendapati anjing telah mati ditembak malam tadi. Kenapa dengan anjing kau begitu mempertahankan benar, sedangkan keamanan penduduk kampung ini lebih mustahak lagi, Haji Sirat dengan wajah tersenyum menentang kata-kata anaknya itu. Patutnya saya diberitahu dulu akan hal itu, Saleh terus memperahankan kata-katanya. Aku yang menyuruh mereka, aku yang bertanggung jawab, Haji Sirat meningkah. Anjing saya itu bertuah ! Kau menampung tuah anjing dalam hidup kau, berusaha lebih baik dari mengharapkan tuah, Haji Sirat mula meninggikan suaranya walaupun wajahnya tetap tersenyum. Ayah salah pengiraan, betapa selama ini, selama sebelum ayahmenuanaikan Rukun Haji, anjing saya itu sentiasa sahaja mendapatkan mangsa bila kita berburu, Saleh merendahkan suaranya bila dia merasakan ayahnya mula meradang. Itu aku faham tapi............ Kalau ayah dah faham kenapa ayah suruh Ketua Kampung tembak anjing saya? Haji Sirat yang terkenal dengan kaki buru di kampung tersebut malahan pada kampung-kampung yang berhampiran terdiam seketika.

Dalam kepalanya berlegar kini beberapa perkara yang diamalkannya sebelum dia menunaikan Rukun Haji ke Tanah Suci Mekah baru-baru ini. Bila dia merancang saja untuk berburu , pada malam itu dia akan turun ke rumah seorang diri tepat tengah malam. Dia akan membakar kemenyan tunggalnya lalu menyeru ke bukit dengan membaca ilmu yang dituntutnya waktu dia berdagang ke Indonesia dulu, masa muda-muda dulu. Dan bila dia tidur untuk persiapannya pagi esok, dia akan bermimpi seekor anjing gemuk datang padanya. Dan semangat itulah nanti yang akan dapat memberi beberapa ekor anjing penduduk kampung tersebut yang turut mengikut berburu. Kenapa ayah diam ! Haji Sirat terus diam termenung mengenang masa-masa lampau sehingga pada suatu hari seorang guru agama datang kepadanya meminta dia menghapuskan segala dituntutnya. Perkara ini bukan guru agama itu tahu sendiri, dia yang menyatakannya kerana peristiwa dia di atas bukit di satu ketika berburu. Dia dengan tidak semena-mena telah dikerumuni oleh beberapa ekor anjing yang tidak dikenalinya, bukan anjing yang dibawanya berburu. Anjing-anjing itu menjelirkan lidah yang panjang beserta dengan bulu panjang yang tegak bagaikan paku dipacak menerkam kepadanya. Terpaksalah dia mengibas dengan kain hitamnya, dalam mengibaskan itulah dia diragut oleh salah seekor anjing tersebut dan anjing-anjing lain yang mengerumuninya terus menerkam hendak memamahnya. Puas dia melawan dengan berbagai cara dan membacanya jampi yang diajar oleh gurunya mengenai hantu anjing yang dipujanya sebelah malam sebelum pergi berburu tetapi tidak meninggalkan kesan. Lalu mulutnya terpancut menyebut nama Allah dan sekelip itu juga anjing-anjing hilang semuanya kecuali tinggal seekor dengan kurus kering berkurap dan bulu tengkoknya pula telah luruh. Luka di betisnya telah diubat oleh Dukun Berahim dan Dukun Berahim memberitahunya bahawa dia telah digigit bukan sebarangan anjing tetapi oleh satu semangat yang menyamar sebagai anjing di hutan sana. Kenapa ayah diam? Haji Sirat terus diam. Saya akan menuntut pada Ketua Kampng akan pembunuhan anjing saya itu tegas sekali Saleh berkata pada Haji Sirat.

Jangan.....! Anjing kau tidak bertuah, tidak mendatangkan faedah, aku yang tahunya, anjing yang aku puja dulu yang memberikan faedah bila berburu, Haji Sirat dengan gagahnya berusaha sambil menghadap muka anaknya. Kau tahu, Dukun Berahim tidak akan berdiam diri dengan rahsia yang pernah aku ceritakan padanya tentang ilmu yang aku tuntut untuk pergi berburu, aku boleh menjelmakan anjing dengan jalan memuja di sebelah malam, anjing kau, anjing dalam kampung ni semuanya sebagai topeng sahaja, sekarang aku sudah buang semuanya itu, aku kembali ke jalan Allah, aku sedar, aku sedar! Keras sekali suara Haji Sirat berkata. Tidak berapa lama kampung itu damai dari gangguan anjing di atas bukit yang selalu berbunyi dulu kerana tiada lagi bersahutan disebabkan anjing-anjing kampung telah habis dibunuh. Sedikit demi sedikit cerita mengenai anjing tersebut berkait dengan amalan yang ada pada Haji Sirat sebelum dia naik Haji dulu. Haji Sirat sudah tidak segan silu menceritakan perkara itu pada penduduk kampung tersebut terutamanya kepada Ketua Kampung dan Dukun Berahim untuk mereka semua sedar akan jalan yang tidak diizinkan Allah. Dia juga mengharapkan supaya anjing tidak dipelihara di kampung tersebut agar semangat anjing yang dipujanya dulu di atas bukit pinggiran kampung tersebut tidak dapat menjelma ke dalam anjing-anjing kampung nanti untuk meracau kerana semangat anjing itu sudah tidak dijagainya lagi dan akan meracau bila-bila masa jika kampung tersebut ada anjing.

37. TOK AWANG NGAH - PAK HID MAHU MENIKAH DENGAN PONTIANAK
Kesugulan jelas terbayang pada wajah beberapa orang penduduk Kampung Melang akibat ternakan mereka banyak mati terbunuh dalam keadaaan aneh. Bukan saja ayam dan itik mati di reban dengan dua tanda kesan taring di tengkoknya, malah kambing, lembu dan juga kerbau juga menjadi mangsa. Binatang ternakan ini tidak dimakan dagingnya. Hanya kesan hisapan darah saja terdapat pada tengkuknya dari lubang yang disinggahi taring. Kalau angkara binatang buas tentulah daging ternakan itu dimakannya. Pada mulanya mereka menyangkakan ular yang membuat angkara. Disebabkan tidak ada tertelan ayam atau itik berkenaan, lalu diluahnya semula. Ayam Sarit Jebang yang mula-mula sekali disedari menjadi mangsa tersebut. Memang pada sangkaan Sarit Jebang ular sawa yang menangkap ayamnya, sebab ada kesan dua lubang ditengkuknya bekas gigitan taring. Mungkin ular berkenaan kecil maka tidaklah termampu dia mahu menelan ayam bapak kepunyaan Sarit Jebang. Tetapi malam esoknya bapak itik Timah Juling pula menjadi mangsa serupa seperti yang dialami oleh Sarit Jebang. Kemudian kambing Bibah Uban pula sampai dua ekor terbungkang di dalam reban. Mulalah pendudukpenduduk Kampung Melang jadi gempar. Mereka merasa heran apakah binatang yang tidak memakan mangsanya, cukup dengan menghisap darah di kepala. Belum pernah sebelum ini Kampung Melang menghadapi keadaan tersebut. Hinggalah lembu jantan tengah naik badan kepunyaan Pak Teh Akin ayah Hasim menjadi mangsanya. Menangis orang tua itu melihat lembu jantannya tergolek di dalam kandang. Terdapat dua lubang di tengkuk lembu itu masih mengalir darah. Itulah puncanya mereka satu kampung bermufakat mencari bomoh untuk menetang musuh tersebut. Pihak Pejabat Haiwan pun heran dengan kejadian itu, kerana dari kajian saintifik tidak ada bukti-bukti yang boleh dijadikan asas maklumat. Hasim menceritakan masalah di kampungnya kepada Jali, maka Jali pun terus mengajak Hasim menemui saya. Jauh juga kampung ni Pak Hid... beritahu Hasim pada Pak Hid yang duduk di belakang kereta. Kami ke Kampung Melang menaiki kereta Jali. Saya duduk di depan, kerana kebiasaan saya ke mana saja pergi menumpang kawan-kawan saya akan duduk di hadapan. Saya tidak boleh duduk di belakang, kerana mudah muntah. Berapa jauh agaknya? soal saya pula. Kira-kira 32 kilometer beritahu Hasim mendekatkan kepala ke sandar belakang saya. Ah, aku tak tau berkilo-kilo meter... rungut Pak Hid pula. Cakaplah berapa batu, kalau kira batu barulah aku tau katanya tersengih-sengih menyeringai giginya yang rongak. Agaknya dua puluh batu lebih laaa jelas saya supaya Pak Hid tidak bertanya lagi.

Petang Sabtu itu kira-kira pukul 4.30 petang kami sampai di rumah Pak Teah Akin. Dia di beritahu oleh Hasim mengenai kedatangan kami. Terlalu gembira Pak Teh Akin melihat saya dan Pak Hid yang diperkenalkan oleh Hasim kepadanya. Tetapi saya menjelaskan pada Pak Teh Akin, kedatangan saya dan Pak Hid hanya untuk melihat-lihat sahaja. Bukan nya menjadi bomoh seperti yang didakwa oleh Hasim. Bagaimanapun Pak Teh Akin tidak percaya dengan penjelasan saya itu. Dia yakin saya dan Pak Hid akan dapat menhindarkan mala petaka yang menimpa ternakan mereka di kampung itu. Kemudian tidak saya sangka-sangka Pak Teh Akin telah membawa kami bertemu dengan Tok Ketua Kampung Haji Semari. Dia memberitahu Haji Semari bahawa kedatangan kami adalah untuk menangkap binatang yang membunuh ternakan di kampung tersebut. Selepas Asar petang itu Haji Senari telah membawa kami ke rumah Bibah Uban sambil menunjukkan reban kambing tempat binatang aneh itu mengorbankan mangsanya. Kemudian kami ke rumah Timah Juling pula, dan ke rumah Sarit Jebang. Kami melihat tempat-tempat yang dikatakan binatang aneh itu mencari mangsa. Saya dan Pak Hid tidak tahu apa yang harus dilakukan. Bukanlah mudah untuk mengetahui apakah binatang yang membunuh mangsa demikian. Kalau harimau tentulah membaham mangsanya. Kalau ular pun mesti menelan mangsanya. Mereka tidak akan tinggalkan begitu sahaja. Boleh jadi pontianak... itu saja yang terkeluar dari mulut Pak Hid. Kata Pak Hid, pontianak ini bukanlah jenis puaka yang berani berhadapan dengan manusia. Pontianak sangat pemalu, jelas Pak Hid. Tetapi memang dia suka menghisap darah. Ketika binatang berkenaan mengorbankan mangsa, ternakan-ternakan tidak pun gempar di reban. Sebab itulah Sarit Jebang tidak tahu ayamnya menjadi mangsa. Timah Juling juga tidak tahu apa yang terjadi pada itiknya, kerana itik tersebut tidak gempar. Begitu juga dengan Bibah Uban hanya keesokkan paginya melihat kambing terbungkang di reban. Kalau ular atau harimau yang mengganas, tentulah ayam gempar sereban. Itik juga berdepap-depap tenar di tengah malam. Kambing akan menjerit-jerit kalau rebannya diserbu harimau. Memang binatang-binatang yang kecil menjadi mangsa tidaklah mengherankan, tetapi bagaimana pula dengan lembu kepunyaan Pak Teh Akin?. Tak kan ular mahu memagut tengkok lembu. Harimau pun takkan meninggalkan lembu tergolek dengan tidak diheret masuk kehutan. Sebab itu mereka percaya juga dengan dakwaan Pak Hid, pontianak yang mempunyai angkara. Jadi macam mana mahu menangkap pontianak? Saya sendiri tidak tahu menghadapi keadaan demikian. Apa yang saya lakukan selama ini hanya menghalang syaitan mengganggu manusia apabila syaitan berkenaan berjaya merasuk mereka yang lemah semangat. Tetapi kalau sengaja mahu menangkapnya seperti polis menangkap pesalah, memang saya tidak belajar mengenai ilmu demikian.

Tidak tahulah saya kalau Pak Hid boleh melakukannya. Sebab itu dari awal-awal lagi saya sudah terangkan kepada Hasim jangan membesar-besarkan cerita mengenai diri saya dan Pak Hid. Bimbang juga saya kalau-kalau penduduk di Kampung Melang menaruh kepercayaan besar terhadap kami. Macam mana Pak Hid, bisik saya kepadanya. Ustaz lagi tahu dari aku... balasnya menyinggung bahu saya. Aku ikut aje apa yang ustaz buat katanya mula mencari helah. Saya tak tahu nak buat apa ujar saya mengeluh pendek. Aku lagi tak tahu! katanya tersengih-sengih. Saya memberitahu Hasim mengenai keputusan tidak sanggup mahu mengatasi masaalah tersebut . Pak Hid juga menyuruh mereka mencari bomoh yang lebih handal. Tetapi Pak Teh Akin masih tidak percaya dengan pengakuan saya, sambil menganggapnya sebagai helah tidak mahu menonjol-nonjolkan diri. Haji Semari sendiri yakin saya atau Pak Hid melakukannya. Boleh jadi keyakinan Haji Semari hanya untuk tidak mahu menyinggung perasaan kami saja. Mau tidak mau malam mingggu itu, saya bersama Pak Hid, Hasim dan Jali sama-sama berjaga di dalam kampung dengan penduduk-penduduk kampung yang lain. Mereka memang berazam untuk menangkap siapakah yang punya angkara memusnahkan ternakan orang kampung. Ada juga yang menyangka ianya perbuatan harimau jadian. Tetapi kononnya harimau jadian tidak akan meninggalkan mangsanya begitu sahaja. Dia akan membaham daging lembu yang dibunuhnya. Pelik sungguh, apakah jenis binatang yang hanya menghisap darah mangsanya saja. Orang-orang kampung berpendapat ada sejenis binatang seakan-akan tupai yang mereka panggil manggar perahu memang menangkap mangsanya demikian. Dia akan menangkap kepala mangsanya seperti itik atau ayam, dan menghisap darahnya. Kemudian dia akan lari meninggalkan mangsanya kerana dia tidak memakan dagingnya. Bukan saja itik atau ayam, malah kalau bertemu ular pun binatang ini akan bertindak demikian. Tetapi bagaimana pula dengan kambing dan lembu yang turut sama menjadi mangsa? Binatang ini kecil saja iaitu seakan-akan tupai, atau bentuknya sama dengan cerpelai di India. Adakah binatang sebesar ini boleh menjadikan lembu atau kambing sebagai mangsanya. Apa fikir ustaz ? Jali bertanya semasa sama-sama berjalan di dalam gelap untuk mencari punca gangguan ke atas ternakan itu. Tak tau lah saya... keluh saya perlahan. Saya dan Jali mengikut Sarit Jebang berkawal di baruh kampung. Manakala Pak Hid dan Hasim mengikut Pak Teh menyusur di bahagian darat arah ke kubur. Ustaz fikir, binatang buas ke ? tanya Jali kepada saya.

Entahlah... sahut saya masih bingung memikirkannya. Boleh jadi juga macam kata Pak Hid kata Sarit Jebang yang berjalan di depan kami. Kalau binatang tu ada kesan jejaknya dalam reban ujarnya bila mengenang balik kejadian yang menimpa ayamnya di reban. Benar juga seperti kata Sarit Jebang. Masakan binatang buas tidak meninggalkan jejak apabila membunuh mangsa. Kalau ular pun tentu ada kesan dia menjalar. Begitu juga kalau harimau tentu lebih jelas nampak tapak kakinya di reban kambing Bibah Uban. Anehnya tidak ada sebarangkesan jejak pun di situ. Malam itu penduduk-penduduk kampung berpecah empat pasukan meronda sekitar kampung. Masingmasing mahu mempastikan apakah binatang atau bukan binatang yang melakukan angkara tersebut. Boleh jadi musuh yang masuk ke reban itu tidak disangka-sangka menyebabkan ternakan tidak gempar. Oleh itu sekiranya meronda, tentulah dapat juga didengar dimana ada gangguan ke atas ternakan. Saya bersama Jali dan Sarit Jebang menyusur masuk ke belakang rumah Sarit Jebang. Lama kami mengendap reban ayam, tetapi tidak ada bunyi ayam berkiuk. Selepas itu kami menuju ke rumah Bibah Uban untuk mempastikan reban kambingnya diganggu atau tidak. Ketika sampai di selekoh dipenuhi belukar senduduk, kami bertembung dengan kumpulan Samad Trektor. Mereka bergegas mahu mencari kumpulan yang lain unuk memberitahu perkara yang menimpa Pak Hid. Tiba-tiba saja Pak Hid tidak sedarkan diri semasa mengendap kandang lembu Pak Teh Akin. Dia cepat-cepat dipapah naik ke rumah. Hasim disuruh oleh Pak Teh Akin memberitahu perkara Pak Hid tidak sedar diri kepada semua orang yang berkawal malam itu. Dengan kejadian menimpa Pak Hid itu kisah mahu berkawal malam itu dilupakan saja. Masing-masing menjadi panik apabila Pak Hid tidak sedarkan diri. Apabila saya sampai di rumah Pak Teh Akin, saya lihat Pak Hid terlentang di hujung serambi. Dia tidak bergerak seperti orang tidur nyenyak. Kelihatan peluh mengalir pada dahi dan seluruh badannya. Pak Hid.... saya memanggilnya. Dia tetap memejamkan mata. Umah Pak Teh Akin sudah menjadi tumpuan. Mereka yang tidak meneruskan kawalan datang ke situ apabila diberitahu mengenai kejadian yang menimpa Pak Hid. Pak Hid! ulangi saya sambil memegang pergelangan tangannya. Ustaz mahu air sejuk? tanya Jali di belakang saya. Saya mengelengkan kepala. Tidak perlu air sejuk kepada saya sebab Pak Hid bukannya sakit. Dia cuma tidak sedarkan diri. Boleh jadi disebabkan pitam akibat penat berjalan, kerana saya lihat peluhnya banyak mengalir. Kemudian saya minta kain untuk mengelap peluh Pak Hid.

Kira-kira setengah jam saya menunggu perubahan pada diri Pak Hid, ternyata tidak ada perubahan. Dia terlentang juga tidak bergerak sedikit pun. Apakah pula yang menimpa diri Pak Hid, ini yang menjadi persoalan saya ketika ini. Bimbang juga saya kalau ada orang-orang menyalah anggap akan kedatangan kami, seolah-olah menunjuk pandai di kampung orang. Oleh itu mereka bertindak mahu menguji Pak Hid. Kalau boleh tolong panggilkan siapa dukun di sini... pinta saya perlahan. Pak Teh inilah dukun ujar Haji Semari yang duduk di pangkal serambi. Silalah Pak Teh, silalah tengokkan Pak Hid ni saya memanggilnya dekat kepada Pak Hid. Saya serah pada ustaz laaa.... Pak Teh Aki juga menolak. Serba salah juga saya dibuatnya. Saya tidak fikir Pak Teh Akin sengaja mahu menduga. Tentulah dia sendiri kecewa sebagai seorang dianggap dukun, tetapi lembunya sendiri terancam. Tetapi perkara demikian bukan masaalah dukun, siapa saja mampu mengatasinya adalah diharapkan oleh penduduk penduduk di situ. Setelah berfikir beberapa ketika, saya memegang kepala Pak Hid. Peluh masih banyak mengalir di situ. Tidak ada tanda-tanda Pak Hid diserang gangguan syaitan menyebabkan dia tidak sedar diri. Dia kelihatan seperti orang tidur sahaja. Mula-mula mahu juga saya membiarkan dia sekejap lagi. Saya dapati Pak Hid tidak ada gangguan apaapa. Tetapi bimbang juga saya mahu membiarkan dia dalam keadaan demikian, disebabkan dia terbaring tidak sedarkan diri. Bibirnya kelihatan lebam sedikit, dan mukanya sudah pucat. Pak Hid.. saya menampar-nampar pipinya. Saya merenung dia tepat-tepat. Mata saya tidak berkedip memerhati muka Pak Hid. Semakin lama semakin jelas kepada saya pada mukanya dia berligar-ligar jauh di satu kawasan lapang. Dia berjalan mengikut satu lorong yang dipenuhi belukar. Pak Hid, awak tersesat ni saya memanggilnya berulang kali. Tetapi dia tidak menghiraukan saya. Ternyata dia terdengar suara saya memanggilnya, kerana setiap kali saya memanggil dia mengerling ke arah saya. Tetapi dia seolah-olah memarahi saya kerana memanggilnya ketika itu. Setelah jauh saya mengikut dia, barulah saya ternampak Pak Hid sampai di sepohon kayu ara rindang. Dia masuk ke dalam pohon ara itu langsung tidak dapat saya jejaki. Cepat-cepat saya membaca Waddhuha untuk mempastikan ke mana arah Pak Hid pergi. Saya juga terus menyusup ke celah-celah akar pohon ara seperti gua tempat berlindung.

Di situ juga saya lihat seorang wanita muda memakai baju putih nipis tertarap tidak dapat melarikan diri dari ancaman Pak Hid. Saya jauh sedikit melihat kelakuan Pak Hid. Dapat saya dengar Pak Hid berkata, Hai pontianak mati beranak, ditimpa tanah tambun tambak, kerat temiang panjang pendek, buat pelemang hati jantung hempedu rawan engkau.... Wanita muda itu berpaling ke arah Pak Hid. Kemudian dia tunduk tersipu-sipu. Pak Hid terus berkata, Bertepuk jarum sebatang ditapak tangan engkau, terbang telur sebiji di bawah ketiak engkau, menyapa emas sekupang di mulut kau! Perempuan itu mengerling Pak Hid dengan senyum melirik. Sekarang.... ujar Pak Hid lembut. Kau tak lepas dari tanganku, aku tahu asal kau jadi, orang beranak bunting asal kau jadi! kata Pak Hid macam memukau perempuan muda yang tidak dapat melarikan diri lagi. Dari percakapan Pak Hid itu dapat saya menduga mungkin itulah hantu pontianak. Apa yang saya lihat dia tidaklah hodoh, tetapi merupakan rupawan seperti orang bunian. Tetapi dia bukanlah jenis makhluk halus bunian yang mengelirukan manusia dengan tipu helahnya. Saya tidak tahu adakah pontianak juga bersikap demikian. Bagi saya setiap makhluk syaitan adalah musuh manusia yang nyata. Tidak ada sebab mengapa manusia mesti berbaik-baik dengan makhluk seperti ini. Bagaimanapun apa yang dilihat mengenai Pak Hid dia tidak takut kepada makhluk tersebut seebaliknya cuba menggoda dengan keupayaannya. Tolong jangan sentuh saya... rayu wanita muda itu apabila Pak Hid semakin hampir kepadanya. Kemudian dia mencapai anak kecil di dalam buaian yang tiba-tiba saja menangis. Tolonglah, kesiankan anak saya ni katanya meminta belas kasihan. Kau... jerkah Pak Hid menudingkan telunjuk ke arah perempuan muda itu. Mengapa menganggu ternakan orang-orang kampung? dia tidak jadi mengeraskan suaranya, sebaliknya merendah perlahan. Anakku mahu makan jelas perempuan itu lagi. Aku mahu kahwin dengan kau...! tiba-tiba saja Pak Hid melamarnya dengan tidak ada rasa segan silu. Mahukah kau kahwin dengan aku, supaya anak kau tidak lapar katanya tersengih-sengih merenung muka perempuan muda itu. Perempuan itu tidak menyahut. Dia tersipu-sipu malu apabila Pak Hid meluahkan isi hatinya demikian. Jawablah, mau atau tidak? Pak Hid mengherdik meyebabkan perempuan itu tersintak. Sikap Pak Hid ini jelas kepada saya adalah mempersendakan perempuan berkenaan. Ada ketikanya dia bersuara lemah lembut seperti orang memujuk rayu, tetapi adakalanya dia bersuara keras dan lantang. Saya membiarkan saja tindakannya.

Di sinilah saya lihat keistimewaan Pak Hid. Dia dapat memainkan perasaan perempuan muda yang diserunya sebagai pontianak tadi. Memang perempuan itu sungguh rupawan. Kalau tidak-tidak kuatkan iman memang boleh tergoda juga dibuatnya. Tetapi apabila Pak Hid mengajaknya berkahwin ternyata dia jadi gementar. Dia begitu takut dengan perkataan kahwin itu. Anak kecil dalam buaian itu menangis merengek-rengek. Sekali sekali perempuan itu mengilai ketawa bila Pak Hid memujuk rayunya. Tetapi dia cepat-cepat bertukar menjadi muram bila Pak Hid mahu mengahwininya, apa lagi bila Pak Hid mahu menyentuh tubuhnya. Kau malu ye...?ejek Pak Hid. Saya malu pada abang. Diri saya tak sama dengan abang... sahutnya menunduk sedih. Kau malu tengkuk kau berlubang! kata Pak Hid ketawa kecil. Dia tidak menyahut. Dia semakin gelisah apabila Pak Hid mendedahkan semua rahsia dirinya. Betul juga kata Pak Hid kepada saya bahawa pontianak sebenarnya malu bertemu dengan manusia. Tetapi kerana manusia takut kepadanya, maka manusia yang lari sehingga bayang sendiri pun disangka pontianak. Memang Pak Hid ini sangat berpengalaman dalam menghadapi pontianak. Saya lihat dia sentiasa mempermain-mainkan pontianak yang sudah terperangkap olehnya. Pontianak yang menjelma sebagai perempuan rupawan itu tidak dapat melarikan diri dari paksaan Pak Hid. Kau malu tengkuk kau berlubang? ulangi Pak Hid lagi. Dia mengangguk lemah kerana Pak Hid tahu akan rahsia dirinya. Kau berasal dari perempuan mati beranak bunting? soal Pak Hid keras. Mengapa kau ganggu ternakan orang kampung ni? tanya Pak Hid lagi. Anak saya lapar bang.... jelasnya. Balik, balik anak lapar. Aku kata kawin saja dengan aku bentak Pak Hid. Kemudian saya dengan Pak Hid berkata seperti orang membaca serapah: Datang kau dari bencah mahang balik kau ke bencah mahang datang kau dari rimba se kampung balik kau ke rimba sekampung datang kau dari langit hijau sesak si purba nama engkau

datang kau dari kayu tinggi puteri andam demi nama kau datang kau dari mambang kuning si kuning nama engkau datang kau dari tebing runtuh si buaya nama engkau datang kau dari olak jeram sideras nama engkau datang kau dari batu besar si gagah nama engkau datang kau pagi si geluguh si gelagah nama engkau datang kau senja si kilat kilat nama engkau datang kau di hujan panas singat singau nama engkau Ketika ini Pak Hid berkata demikian, perempuan muda itu tertunduk menahan perasaan sebak di dadanya. Dia kelihatan sedih bila Pak Hid menyebut satu persatu rahsia dirinya. Cukuplah bang, jangan sebut lagi. Malu saya bang....rayunya meminta belas kasihan dari Pak Hid. Belum sempat Pak Hid menjawab katanya itu, sekonyong-konyongnya kawasan gua bergegar seperti dilanda ribut. Satu kepulan asap hitam menjelma di antara tempat Pak Hid berdiri dengan perempuan muda itu tertiarap. Kepulan asap itu bertukar menjadi manusia yang hodoh serta bermuka bengis. Dia mengancam mahu mencekik Pak Hid. Hus, jembalang tanah, cemburu kau ye! ejek Pak Hid meludah kepulan asap yang membentuk lembaga manusia itu. Asap hitam itu menerpa ke arah Pak Hid menyebabkan Pak Hid jatuh terlentang. Dia memukul Pak Hid dengan gada di tangannya, tetapi cepat-cepat Pak Hid mengelak. Lembaga itu terus menyerang Pak Hid dengan tidak memberi peluang langsung untuk bertahan. Kau yang jahat.....! jerkah Pak Hid marah. Berpeluh-peluh dia mengelak serangan lembaga berkenaan.

Ketika ini perempuan muda tadi mencapai anak kecilnya sambil mengilai kuat setiap kali lembaga dari kepulan asap hitam itu menerkam ke arah Pak Hid. Melihatkan keadan Pak Hid benar-benar terancam, saya membacakan Surah Al-Ikhlas tiga kali kemudian menghembuskan ke arah asap berkepul hitam itu. Tiba-tiba dia terpelanting sambil memekik bila api membakar di sekelilingnya. Kau memukul curi.... jeritnya marah. Saya berhenti dari membaca Surah Al-Ikhlas lalu saya menuding jari telunjuk ke arahnya. Sekarang aku mahu kau bersedia...! cabar saya dengan suara keras. Dia berdiri menghadap saya. Ketika ini Pak Hid berlindung di belakang saya dalam keadaan termengahmengah. Kemudian cepat-cepat dia mengawal perempuan muda tadi yang masih mengilai nyaring. Tetapi ilaiannya terhenti bila Pak Hid kembali mengasak dia ke dinding gua. Apa kau mau sekarang? ulangi saya mencabar lembaga hodoh dari kepulan asap tadi. Jelaslah lembaga itu bertubuh tegap sasa sebagai lelaki. Kulitnya hitam dengan mata merah menyala. Kult yang hitamitu pula berkedut-kedut seperti bekas terbakar. Dia tidak menyahut tetapi melontarkan gadanya ke arah saya menjadi ribut kencang berputar-putar. Tetapi ribut berputar-putar itu tidak dapat memutar tubuh saya, kerana zikir saya tidak berhenti. Untuk melawan ribut kencang itu saya segera azan berulang kali. Ribut itu berhenti serta merta. Lembaga itu menekup kedua telinganya. Semakin ditekup kuat, tiba-tiba kepalanya retak. Dia menjerit-jerit kesakitan. Pecah kepala aku...! laungnya terlalu marah. Saya terus azan. Gema azan itu meretakkan kepalanya. Dia cuba menekupkan tangan supaya retak di kepalanya dapat ditahan. Tetapi ternyata dia tidak bertahan dari gema azan itu. Aku tak mahu lawan dengan kau, aku nak lawan dengan Pak Hid... dia berguling-guling di tanah seperti cacing kepanasan. Cukup, jangan pecahkan kepala aku. Sakit, aku tak tahan.... suaranya terketar-ketar. Apa pasal kau nak lawan Pak Hid? tanya saya menduganya. Dia nak kawin dengan bini aku katanya. Mana Pak Hid mau, bini kau tu syaitan macam kau juga... saya mengejeknya supaya dia bertambah marah. Dia tidak menyahut. Cepat-cepat dia bangun mahu menerkam Pak Hid. Tetapi belum sempat dia mahu menerkam, saya lihat tubuh Pak Hid sudah menjadi besar. Tangan Pak Hid mencengkam tengkuknya seperti kucing mencengkam tengkuk tikus. Kau fikir kau cukup kuat nak lawan aku... kata Pak Hid.

Baru saya tahu Pak Hid bukannya tidak berdaya menentang lembaga itu pada mulanya. Dia sengaja mempermain-main lembaga berkenaan. Bila Pak Hid sudah boleh membesarkan dirinya, bererti kekuatannya memang tidak boleh dikalahkan oleh mana-mana syaitan. Memang Pak Hid bukanlah orang sembarangan. Kalau dilihat dari segi zahir memang dia tidak ada apaapa keistimewaan, kecuali berani membabi buta. Tetapi pandangan batin ini ternyata dia dapat mengecam semua makhluk halus yang sukar dilihat manusia melalui mata zahir kita. Tunjukkan jantan kau sekarang ! bentaknya tidak melepaskan leher lembaga berkenaan dari cengkamannya. Dia membacakan sesuatu doa kerana saya lihat mulutnya kumat kamit. Tiba-tiba tubuh lembaga iu mengerekot seperti kena bakar. Menjerit-jerit dia kesakitan. Tunjukkan jantan kau ! suara keras Pak Hid semakin marah. Ampun Pak Hid, ampun... lembaga itu menjadi gementar. Menanglah awak, menanglah awak Pak Hid katanya terketar-ketar. Awak nak ganggu lagi ternakan orang kampung? gertak Pak Hid. Bukan aku yang ganggu, tapi dia... ujarnya menunjuk ke arah perempuan muda yang tersedu-sedu mengendong anak. Lembaga itu terkial-kial juga kerana lehernya dicengkam oleh Pak Hid. Tubuh Pak Hid menjadi sepuluh kali ganda lebih besar dari tubuh lembaga berkenaan. Pak Hid memasukkan tubuh lembaga tersebut dalam genggaman tangannya.Kemudian dihembuskannya. Lembaga tersebut terpekik kuat dan lenyap dalam genggaman. Kemudian asap hitam didalam gengamannya bertukar menjadi debu. Dia melemparkan debu itu ke udara hingga menjadi titik-titk percikan darah. Aku tak percaya kau, kenapa kau cari aku...! rungut Pak Hid. Setelah lembaga lelaki hodoh itu hilang dalam percikan darah, perempuan muda itu bertambah gementar. Dia tidak dapat melepaskan diri dari pukauan Pak Hid. Kau pun pandai nak minta tolong... Pak Hid memarahi perempuan muda tersebut. Kau fikir aku nak sangat nikah dengan kau katanya meludah ke tanah. Perempuan itu tunduk memeluk anaknya erat-erat. Dia tahu Pak Hid terlalu besar sepuluh kali ganda dari tubuhnya. Memang dari awal lagi dia sudah di pukau oleh Pak Hid. Seluruh tubuhnya bagaikan dicucuk jarum apabila Pak Hid mendedahkan satu persatu rahsia dirinya. Kau datang dari bencah mahang, balik kau ke bencah mahang. Kalau datang dari rimba sekampung, balik kau ke rimba sekampung. Jangan kau ganggu lagi anak cucu Malim Kerimun di sini... seru Pak Hid nyaring.

Perempuan muda itu mengangguk. Kemudian dia mengilai panjang bila angin kencang menerbangkan dia akibat dihembus oleh Pak Hid. Kemudian kawasan tersebut dibakar oleh Pak Hid. Selepas semua itu selesai dia terus mendapatkan saya. Terima kasihlah ustaz membantu. Saya terlalai tadi... dia mengaku kepada saya. Semasa saya membuka mata, saya dapati Pak Hid sudah pun duduk. Dia sudah pulih dari tidak sedar diri. Apa yang saya alami bersama Pak Hid memang tidak diketahui oleh jiran-jiran yang berkumpul di rumah Pak Tek Akin. Mereka hanya tahu Pak Hid tidak sedarkan diri, manakala saya duduk bertafakur beberapa lama mengadap Pak hid yang berbaring tidak bergerak. Ada bunyi macam orang mengilai.. Pak Teh Akin menjelaskan. Di mana ? tanya saya. Tak taulah..... ujarnya Tapi jauh sayup-sayup dari arah kubur dia memberitahu selanjutnya. Semua orang yang berkumpul di situ mengaku seperti apa yang didengar oleh Pak Teh Akin. Ketika saya dan Pak Hid mereka anggap tidak sedar diri tadi, memang jelas kepada mereka bunyi mengilai sayupsayup dari arah tanah perkuburan. Gerun juga mereka mendengar bunyi ilaian nyaring itu. Lama dengarnya orang mengilai tu? Pak Hid pula bertanya. Dia sudah pulih segar seperti orang yang tidak mengalami apa-apa keadaaan tidak sedar diri. Pak Hid seolah-olah baru bangun dari tidur saja, Sekejap timbul, sekejap hilang... beritahu Jali yang duduk di sebelah saya. Kalau diizinkan Allah, tak ada lagi gangguan macam malam sudah-sudah, kata Pak Hid meminta air sejuk untuk membasahkan tekak. Masing-masing heran dengan keadaan Pak Hid. Orang tua itu tidak kelihatan langsung keletihan akibat tidak sedarkan diri tadi. Sekali sekala dia tersenyum mengerling ke arah saya . Sukar juga saya mahu memberitahu mereka yang ada di situ bahawa Pak Hid bukannya diserang penyakit pitam hingga tidak sedarkan diri. Tentulah mereka tidak percaya kalau saya katakan Pak Hid tidak sakit. Sebenarnya Pak Hid sedang bertarung dengan syaitan, setelah berjaya memerangkap rakannya. Memang ustaz kita ni hebat... Pak Hid tersengih-sengih menampar bahu saya. Semu aorang heran dengan kelakuan Pak Hid. Saya terdiam tidak dapat bercakap apa-apa, kerana rahsia kami berdua tadi hanya kami berdua sahaja yang memahaminya. Mereka semua yang menyangka Pak Hid benar-benar tidak sedarkan diri akibat pitam tadi, bertambah heran melihat Pak Hid berkali-kali menepuk bahu saya. Seolah-olah Pak Hid tahu apa yang berlaku kepadanya ketika tidak sedarkan diri tadi. Sebenarnya memang Pak Hid tahu............................

38. TOK AWANG NGAH - DITIMPA BADI RUSA JANTAN


Tergerak juga di hati Mail Togok mahu membawa isterinya Kimah balik sahaja ke rumah, tetapi bimbang jua dia kalau keluarga isterinya akan salahkan pula dia. Memanglah dia berhak pada diri Kimah sebagai isterinya, namun dalam keadaan Kimah terbaring di katil hospital, dia perlukan juga pandangan sanak saudara. Manalah tahu perkara buruk berlaku, tentu siapa pun tidak boleh disalahkan. Sudah lama sangat Kimah terlantar di katil hospital sejak hampir sebulan dimasukkan ke wad. Terpaksa juga Mail Togok bawa isterinya ke hospital dengan tidak memberitahu sanak saudara terlebih dahulu. Manalah dia dapat menahan sabar tatkala Kimah mengerang-ngerang di tengah malam menangung sakit kepala. Sampai menghempas-hempaskan badan Kimah mengerang disebabkan kepalanya berdenyut-denyut sakit bagaikan ditusuk mata kapak. Memang Kimah sudah beberapa kali mengadu pada suaminya fasal kepalanya sakit tidak menentu. Apabila ditelan sahaja pil panadol sakit kepala itu hilang serta-merta. "Ambilkan aku pil," keluh Kimah terkapai-kapai tangan disebabkan Mail Togok terkial-kial menyelak laci almari, tetapi tidak menemui apa-apa. "Awak letakkan di mana? rungut Mail Togok setelah puas mencari pil yang diberitahu oleh isterinya. "Takkan dah habis.. " gerutu Kimah menahan kesakitan yang kian menyesak. " Aku sendiri yang simpan dalam laci almari tu," tegas Kimah terketar-ketar tidak dapat mengangkat kepalanya. Terpaksa pula Mail Togok menyuruh anaknya cari di dapur. Boleh jadi Kimah terlupa disebabkan menahan kesakitan. Memang pil yang diberitahu oleh Kimah itu diletakkan dalam almari lauk di dapur. Cepat-cepat Senah bawakan pil berkenaan kepada emaknya. Sebaik sahaja Kimah telan pil yang diunjukkan kepadanya, dia semakin menggelepar menahan sakit. Sebab itulah Mail Togok tidak sabar lagi dengan keadaan Kimah. Lantas dia memapah isterinya masuk ke kereta dan terus sahaja dihantar ke hospital. Dalam masa seminggu sahaja Kimah terlantar di hospital, kulitnya yang putih kuning sudah berubah menjadi hitam bagaikan daun pisang dilayur. Tetapi doktor tidak memberi apa-apa penjelasan mengenai penyakit yang dihidapi oleh Kimah itu. Sebab itulah saudara mara Kimah mula mendesak supaya Mail Togok membawa sahaja isterinya balik ke rumah. Tetapi Mail Togok bimbang sekiranya Kimah dibawa keluar sebelum pihak hospital putuskan supaya balik. Siapa yang akan merawat Kimah kalau dia berkeras meminta dikeluarkan sahaja dari hospital? "Macam mana aku nak buat nie?" keluh Mail Togok meluahkan rasa resahnya kepada kawan sepejabatnya Ali Ranggi "Ah.. cubalah ikhtiar cara lain, " sengaja Ali Ranggi memberi perangsang kepada kawannya biar Mail Togok tidak mudah putus asa. Dalam saat demikian memang siapa pun mudah gelabah tidak menentu. Macam mana mahu tenteramkan hati apabila kenangkan isteri terlantar di hospital.

Ikhtiar apa lagi aku nak buat? Mail Togok mengeleng lemah kerana tidak dapat memikirkan apa-apa lagi. Berubat cara kampung pula, beritahu Ali Ranggi mengingatkan kawannya. Ah, mana aku nak cari dukun? Mail Togok bagaikan orang bodoh mengharapkan pertolongan daripada sesiapa sahaja. Aku bukan kenal sangat dukun ni, ujarnya perlahan seolah-olah mengharapkan belas ikhsan kawannya itu. Tersengih-sengih Ali Ranggi dengan sikap kawannya yang semakin kebingungan. Hampir sebulan Kimah terlantar di hospital, badannya semakin lemah. Setiap kali Ali Ranggi suami isteri datang menjengah, dia riang berbual bagaikan tidak menanggung sakit apa-apa. Hanya kulit badannya sahaja sudah bertukar menjadi kendur dan hitam laksana daun pisang dilayur ke api. Memang Kimah tidak mengadu sakit kecuali sendi-sendinya sahaja lenguh hingga terasa ngilu sampai ke tulang. Selepas beberapa kali menjengah Kimah di hospital itulah Ali Ranggi menelefon saya. Terkejut juga saya apabila pagi benar Ali Ranggi menelefon sebelum saya habiskan wirid solat subuh. Selepas solat subuh dan selesaikan wirid, segera saya menelefon dia semula. Manalah tahu ada perkara mustahak hendak diberitahunya kepada saya. Isteri kawan saya sakit, Angah, Ali Ranggi menjelaskan dengan nada tersengih-sengih. Dah berubat, dah bawa pun ke hospital, jelas Ali Ranggi sepupu saya masih juga tersengih-sengih. Jadi apa masalahnya? tegas saya mendesak. Memang Ali Ranggi tidak bertangguh menelefon saya sekiranya kawan-kawannya di pejabat menghadapi masalah keluarga mengadu hal kepadanya. Disebabkan dia sepupu yang rapat hubungan dengan saya, seringkali dia akan menelefon asal sahaja kawan-kawannya menghadapi masaalah demikian. Kadangkala rimas juga saya dengan hal yang tidak sudah-sudah menimpa kawan di pejabatnya. Sampaikan barang kemas hilang pun dia akan meminta Ali Ranggi hubungi saya bertanyakan di mana tersoroknya. Kadangkala mereka macam desak pula seolah-olah saya tahu sangat meneka sama ada barang yang hilang itu tersorok atau pun tidak. Puas saya memberitahu tidak tahu, mereka tidak percaya pun. Apalagi Ali Ranggi yang kerap-kali memberitahu mereka mengenai saya dapat membantu. Sudah beberapa kali saya ingatkan Ali Ranggi supaya tidak bersikap demikian, tetapi dia akan mendesak isteri saya pula. Isteri kawan saya tu, tak tahu apa sakitnya, ujar Ali Ranggi semacam memujuk. Kulitnya kecut macam daun pisang dilayur, suaranya merendah seolah-olah menahan rasa terharu. Nantilah dulu, kalau lapang angah akan telefon kamu balik, sahut saya sengaja berdalih.

Memang saya tidak mahu memberi jaminan untuk melihat Kimah di hospital, sekalipun Ali Ranggi mengaku perempuan itu mempunyai hubungan keluarga di sebelah ayahnya. Perkara ada hubungan itu tidaklah menyebabkan saya terdesak sangat mahu segera menjengah. Apalah yang boleh saya lakukan apabila melihat perempuan itu kejang di katil hospital. Saya sekadar boleh doakan sahaja memohon pertolongan Allah semata-mata. Manalah ada upaya saya mahu membantunya tatkala Kimah terkejang menanggung kesakitan demikian. Selepas sahaja solat sunat dhuha, saya menunduk perlahan merenung jauh ke dalam diri sambil berdoa dalam rasa gementar. Fattahazat min dunihim hijaban fa arsalna ilaiha rohana fatamath thala laha basyaran sawiya. Saya ulangi sehingga dua puluh satu kali, hingga terasa seoalah-olah diri saya tercampak ke wad hospital berdepan dengan Kimah yang terkejang di situ. Memang terkejut saya dengan keadaan kulitnya yang kendur laksana daun pisang dilayur ke api. Puas yang mengagak puncanya masih juga tidak dapat dituduh. Tetapi Kimah kelihatan gelisah bagaikan kepanasan apabila saya tercegat di situ. Setelah merenung seluruh tubuh Kimah lantas saya membaca perlahan: Walatadu ma allahi ilahan akhara la ilaha illa huwa kulu syai-in halikun illa wajhahu lahulhukmu wailaihi turjaun. Sekaligus Kimah berpaling ke arah saya dengan wajah sayu. Sekonyong-konyong ketika ini bayangan lembaga seperti asap nipis menjelma di penjuru katil dengan mukanya bertopeng seolah-olah sangkar besi. Puas saya merenung bayangan yang menjelma itu, tetapi masih tidak dapat melihat wajahnya yang tersembunyi di sebalik topeng besi itu. Buat apa awak nak tunjuk pandai? jerkah bayang seperti asap nipis itu cuba merapati saya. Apabila saya bacakan surah al-Ikhlas tiga kali dengan menekan ibu jari ke tapak tangan, lembaga yang terbayang itu tercampak ke penjuru. Dia menjadi marah disebabkan dirinya tercabar. Nampaknya awak ni nak tunjuk tinggi ilmu ! gerutu mengetap bibir mengancam saya yang duduk tidak berganjak di sisi Kimah. Saya mengeleng kepala. Biarlah dia cuba berdalih saya tetap tidak mahu menyahut untuk melayaninya. Kalau saya bercakap sudah tentu dia dapat melambat-lambatkan saya untuk terus membaca kalimatkalimat Allah di depannya. Memang itulah yang sengaja dilakukan oleh bayangan lembaga itu, supaya kalimat-kalimat Allah tidak dibacakan dihadapannya. Setelah bacakan Al-Fatihah tiga kali , lantas saya mengisar tapak tangan dengan membaca: Allahuma inna naj aluka fi nururrihim, wa nauzubika min syuru rihim.

Serentak dengan itu rantai besi merah laksana bara terhunjam dari udara menerjah ke tubuhnya. Lembaga itu terperangkap di penjuru bilik, tetapi topeng besi di mukanya seolah-olah terkunci di bahagian tengkuk hingga tidak boleh tertanggal lagi. Ah, awak buat macam mana pun, tak dapat kalahkan aku! bayangan lembaga itu mengejek sekali pun dia mengeliat-geliat akibat diterjah rantai besi merah seperti bara menyala itu. Saya tetap tidak menyahut apabila diejek demikian. Saya ulangi membaca Al-Fatihah sampai 41 kali. Memang dia cuba juga menerkam ke arah saya sambil pura-pura mampu mengerakkan tenaganya, sekali pun saya dapat melihat keadaannya lemah terkil-kial. Awak dah lemah, jangan cuba nak berpura-pura! sengaja saya mengejeknya disebabkan bayangan lembaga itu berdegil mahu berlawan. Hah, awak fikir ilmu awak tinggi sangat? dia mencebek bibir dengan dendam yang membara di hati. Ilmu Allah meliputi segalanya! sahut saya biar perasaannya meluap-luap marah. Bukalah topeng awak tu, buat apa nak sembunyi muka? lantas saya hembus ke mukanya dengam membaca 17 kali surah Al-Ikhlas dan Ayatul Kursi. Dia tercengang cengang tidak menentu apabila suara saya bergema laksana guruh di udara. Kemudian sedikit demi sedikit bayangan lembaga itu hilang bersama asap menipis. Ketika itu saya masih lagi duduk si atas sejadah sebaik sahaja selesai solat sunat dhuha. Memang saya terdengar bunyi telefon berdering di luar, tetapi saya tidak pedulikan sangat. Biarlah isteri saya yang menyambutnya. Selalunya memang isteri saya yang menyambut telefon apabila ada panggilan. Saya mendengar isteri saya bercakap dengan Ali Ranggi memberitahu kawannya Mail Togok baru menelefon . Cemas sangat Mail Togok menelefon Ali Ranggi disebabkan Kimah ketakutan tidak menentu. Kimah menuding jari ke penjuru bilik semasa Mail Togok masuk, tetapi tidak bercakap apaapa. Ali nak cakap dengan awak, ustaz beritahu isteri saya, sebaiknya jelasnya menyampaikan pesan Ali Ranggi , ajak awak ke hospital, yang ikut sama gelabah selepas menerima telefon dari Mail Togok. Saya mengangguk perlahan, tetapi terus duduk di kerusi dengan tidak bersiap-siap menukar pakaian. Biarlah Ali Ranggi datang menjemput ke rumah, saya tidak peduli apa. Kalau sekadar mahu doakan Kimah apa perlunya saya datang menjengah ke wad hospital. Lagi pun saya bukannya dukun kalau diminta untuk merawatnya. Dimana-mana pun boleh doakan. Kalau diizinkan Allah doa itu dimakbulkan sekali pun tidak datang menjengah. Sekrianya datangmenjengah pun belum tentu lagi Allah akan makbulkan doa itu. Kadangkala mereka yang mendesak itu tidak memahami bahawa doa sesaorang itu hendaklah dengan rasa takut kalau-kalau tidak dimakbulkan oleh Allah, dan dengan sepenuh harap supaya Allah

makbulkan. Memang bimbang juga saya sekiranya doa-doa itu tidak dimakbulkan maka orang akan memfitanah saya pula. Tetapi sukar sangat mahu menerangkan kepada mereka seperti Ali Ranggi ini apabila saya enggan mahu datang menjengah. Kalau tidak kenangkan dia sepupu, memang berat juga saya mahu memenuhi kemahuannya yang seolah-olah mendesak itu. Sama juga dengan Ucu Tunal yang diharapkan sangat oleh orang-orang kampung di Kesang apabila diganggu syaitan. Kadangkala apabila keluarga mereka dirasuk sampai meracau-racau, tidak tertangguh mereka memanggil Ucu Tunal. Siapa lagi diharapkan di kampungnya kalau bukan Ucu Tunal yang mampu menghalau gangguan pelesit dan hantu raya yang merasuk. Anak Lebai Jimin dianiayai orang sampai terasa digigit lipan di pangkal paha pun, Ucu Tunal yang dijemput datang mengubat. Memang Saenah gadis berumur 16 tahun itu nampak lipan bara merah melekap di pangkal pahanya. Mengerekot lipan bara itu mencengkam dengan ekornya terbalik. Beberapa kali ditepis oleh Saenah barulah lipan bara itu tercampak ke lantai terus menyusup di bawah tikar. Ketika Saenah terjerit kesakitan sempat dia memberitahu emaknya, Utih Sumi mengenai lipan bara yang mengerkah pangkal pahanya, kemudian menyusup dibawah tikar setelah terhumban ke lantai. Apabila dilingkupkan tikar itu, Utih Sumi tidak melihat pun lipan bara di situ. Sampai pitam Saenah akibat bisa gigitan lipan bara yang menusuk di pangkal pahanya. Sebab itu cepatcepat Lebai Jimin memanggil Ucu Tunal untuk memulihkan. Siapa lagi boleh diharapkan untuk memulihkan Saenah kalau bukan Ucu Tunal dukun di kampungnya. Sebaik saja Ucu Tunal naik ke rumah, dia tersengih-sengih memberitahu Saenah tidak digigit lipan bara. Lantas sahaja dia menuduh Saenah sekadar dipermaikan orang. Hampir tidak percaya Utih Sumi kerana dia melihat sendiri bekas gigitan lipan bara itu di pangkal paha anaknya. Tetapi Ucu Tunal tidak salah meramalkan gangguan yang menimpa Saenah itu. Setelah dia doakan pada daun sirih, terus disuruh lekapkan pada bahagian yang digigit lipan bara itu. Sebaik saja Utih Sumi lekapkan daun sirih itu tiba-tiba saja upih pinang yang diukir macam lipan bara tercampak ke lantai dari bumbung rumah. Hah, itulah lipan baranya, ujar Ucu Tunal menguis-nguiskan upih pinang yang diukir macam lipan bara itu. Serta merta pula Saenah pulih dari pitamnya. Dia mengaku tidak mengalami apa-apa kesakitan, sekalipun sebelumnya dia terjerit-jerit menangis. Balaskan pada orang menganiaya ni, Ucu! lantas sahaja Utih Sumi mahu berdendam. His, jangan biarkan syaitan menggoda, segera Lebai Jimin ingatkan isterinya. Biar orang aniaya, patutnya awak bersyukur Saenah dah sembuh, katanya tidak bersetuju dengan keputusan Utih Sumi mahu membalas dendam.

Upih pinang yang diukir seperti lipan bara itu diserahkan pada Ucu Tunal. Biarlah dia sendiri tentukan samaada mahu dibakar atau dibuang sahaja kemana-mana. Belum pun Ucu Tunal berkisar duduk mahu meninggalkan rumah Lebai Jimin, tiba-tiba sahaja Ngah Miyah memanggil Lebai Jimin dari tengah halaman. Sebaik sahaja pintu dibuka, cemas sangat Ngah Miyah memberitahu anak bujangnya Wahid termengahmengah sakit perut. Berguling-guling Wahid menahan sakit perut seolah-olah disengkang kayu melintang. Tak payahlah pergi, beritahu Ucu Tunal tersengih-sengih. Dia unjukkan upih pinang diukir seperti lapan bara itu kepada Ngah Miyah supaya berikan pada Wahid. Hairan juga Ngah Miyah dengan ubat sakit perut yang diberikan oleh Ucu Tunal. Disebabkan dia dalam keadaan terdesak terpaksa juga Ngah Miyah mengambilnya. Dia berharap biarlah Wahid sembuh dengan jampi Ucu Tunal melalui upih pinang yang diukir seperti lipan bara itu. Memang bertambah hairan Ngah Miyah kerana Wahid pulih serta merta sahaja sebaik sahaja diunjukkan upih pinang tersebut. Tetapi selepas kejadian itu, Wahid terus sahaja meninggalkan kampungnya ke Singapura disebab malu sangat setelah dia mengaku di depan emaknya cuba memperdayakan Saenah. Memang Wahid berharap Lebai Jimin akan meminta bantuannya untuk mengubati Saenah. Dia sudah bayangkan akan memegang pangkal paha gadis itu sekiranya Utih Sumi meminta bantuannya. Setiap kali Ucu Tunal ceritakan kepada saya mengenai Saenah digigit lipan bara itu, dia akan bibir mengejek perbuatan orang yang gunakan kepandaian untuk menganiaya jiran sendiri. Alangkah baik sekiranya kepandaian demikian digunakan untuk membantu jiran sama sekampung. Lama juga tidak mendengar khabar Ucu Tunal, tiba-tiba sahaja Kadir Misai memberitahu orang tua itu sudah lebih tiga bulan terkejang tidak dapat bangun. Makan pun terlentang sahaja dengan bersandar ke bantal sambil isterinya Misah Sepet sudukan ke mulut. Sebaik sahaja mendengar Ucu Tunal sakit, tidak bertangguh saya mengajak Kadir Misai ke Kesang. Ketika saya bersama Kadir Misai sampai beberapa orang jiran sedang membacakan Yassin. Ucu Tunal masih mahu dilayan berbual sekali pun tubuhnya terlalu lemah. Lama kita tak jumpa, Ustaz, tuturnya perlahan apabila saya duduk disisinya. Saya sekadar mengangguk sahaja. Ketika meletakkan tapak tangan ke dahinya terasa kult Ucu Tunal kendur macam daun sirih kecut dilayur. Memang Misah Sepet juga mengakui dalam tempoh seminggu sahaja Ucu Tunal demam, kulitnya berubah menjadi kendur sampai kecut tidak bertahan.

Dukun macam Ucu Tunal pun sakit juga, keluh Misah Sepet terharu dengan keadaan suaminya yang terkejang lebih tiga bulan. Kalaulah tidak disebabkan cucunya berkahwin dengan anak saudara Kadir Misai, memang saya tidak tahu mengenai Ucu Tunal terkejang sakit. Sahak cucu Ucu Tunal yang sampaikan berita mengenai datuknya itu kepada Kadir Misai.

Kenapa tak beritahu kami? Kadir Misai bagaikan menyesali Misah Sepet kerana tidak mahu memberitahu mengenai Ucu Tunal terkejang sakit itu. Entahlah, tak ingat langsung, sahut Misah Sepet tidak keruan. Dia sendiri kelam kabut menghadapi keadaan demikian, tentulah tidak ada masa mahu memberitahu sesiapa. Biarlah Sahak yang beritahu rakan-rakan datuknya. Lagipun tidak disangka pula dukun macam Ucu Tunal boleh alah penyakit. Kalau mahu dikatakan penyakit biasa sudah dibawa ke hospital pun, Lebih sebulan juga Ucu Tunal terlantar di hospital, sampai dia sendiri mendesak supaya dibawa balik sahaja ke rumah. Macam mana mulanya Ucu ni sakit, lantas Kadir Misai menatap muka Ucu Tunal selepas jiran-jiran selesai bacakan Yassin setelah mereka berkumpul sebaik habis Isya di situ. Tergenang air di pelupuk mata Ucu Tunal apabila ditanyakan demikoian oleh Kadir Misai. Lama dia terkebil-kebil mata barulah Ucu Tunal dapat bersuara. Ucu balik dari hutan berburu rusa, jelasnya sebaik sahaja kenangkan dia masuk ke hutan bersama Dolah Tenjot. Dia sendiri yang galas senapang dengan Dolah Tenjot mengekori dari belakang. Memang Dolah Tenjot sendiri tidak tahu apa yang berlaku semasa masuk kehutan bersama Ucu Tunal. Sebaik saaja dipelawa berburu ke hutan tidak bertangguh dia ikut sahaja. Sudah kerapkali dia ikut Ucu Tunal ke hutan kalau diajak berburu. Tidak pernah mereka balik tangan kosong sekiranya sudah meranduk ke tengah hutan. Bila-bila sahaja Ucu Tunal tidak lepaskan peluang kalau terserempak pelanduk bertandak tatkala meragut pucuk ludai di tepi denai. Sebaik sahaja dentum senapang mengerutup nescaya pelanduk akan terhumban diperdu pokok. Siapa lagi akan sembelih leher pelanduk, kalau bukan Dolah Tenjot? Pantas sahaja dia menghunuskan parang asal sahaja pelanduk tergolek ke tanah dengan kaki terkinjal-kinjal menendang angin. Dolah Tenjot akan sendalkan mata parang ke leher pelanduk biar matinya dapat disembeleh. Sebab itulah dia tidak menolak apabila diajak Ucu Tunal berburu ke hutan. Dolah Tenjot sudah terbayang daging pelanduk masak rendang tatkala kaki melangkah masuk ke hutan. Puas juga bersama Ucu Tunal meranduk ke tubi becah, tiba-tiba sahaja mereka menemui jejak rusa masih keruh air. Tidak bertangguh Ucu Tunal menyusur denai mengikiut jejak keruh ait itu sampai ke seberang padang lalang. Memang sah mereka berdua nampak rusa jantan tanduk bercabang menjilat-jilat tubuh di tepi belukar. Terhangak-hangak rusa berkenaan sebaik sahaja terdengar bunyi daun kering berdesir dipijak. Hari ini rezeki kita baik, Ucu, bisik Dolah Tenjot sebaik sahaja Ucu Tunal membedek senapang. Ucu Tunal tidak menyahut, Dia tidak mahu tembakannya jauh dari sasaran dalam saat demikian. Sebab itu dia mesti membedek tepat biar peluru yang berdentam menerjah ke kepala rusa. Tentu rusa itu akan tersungkur menyembam bumi apabila peluru senapang menyinggahi tengkorak kepalanya,

Dalam keadaan berhati-hati itulah Ucu Tunal melepaskan tembakan. Memang jarang tembakannya tidak menepati sasaran. Sekaligus rusa jantan itu tersungkur dengan rengekanmemanjang. Tidak bertangguh pula Ucu Tunal mencuit bahu Dolah Tenjot supaya mara kehadapan menghunus parang menyembelih leher rusa sebelum terlambat. Tetapi Dolah Tenjot Dolah Tenjot tidak ada di situ. Puas dia memerhat keliling memang Dolah Tenjot tidak bersembunyi di mana-mana. Lagi pun tidak ada sebab Dolah Tenjot mesti bersembunyi takala dia melepaskan tembakan. Di hadapan mereka bukan harimau panjang tujuh depa yang terseragam menunggu mangsa, masakan Dolah Tenjot takut tidak menentu apabila terserempak rusa jantan tengah naik badan. Tentu DolahTenjot juga gecur air liur kalau daging rusa itu di masak rendang.

Hah, ke mana pula kau Dolah? gerutu Ucu Tunal segera menerpa ke hadapan. Bimbang juga dia kalau lambat disembelih rusa yang telah terguling ke tanah. Kalau sudah mati kejang memang tidak berguna lagi daging rusa itu dibawa balik. Sebaik sahaja dia menghunus parang mahu menyembelih rusa, berdebar hatinya apakala melihat Dolah Tenjot tergolek di sisi tubuh rusa berkenaan. Darahmembuak-buak di kepala Dolah Tenjot dengan kakinya menggelepar sama seperti tubuh rusa yang merengek-rengek dengan kakinya menendang angin. Hah, setan! Kau nak cari geruh aku nampaknya, bentak Ucu Tunal menggertap bibir. Segera dia memangku kepala Dolah Tenjot dengan meletakkan pada arah matahari memancar kuat. Kemudian dia memancang anak kayu yang dikerat sedepa di keliling tubuh Dolah Tenjot seolah-olah mengurung di dalam serkap. Setelah duduk bersila dia antara Dolah Tenjot dan tubuh rusa yang merengek-rengek, lantas Ucu Tunal cancangkan mata parang ke tanah. Dia mengukukan duduk lantas membaca: Ya qadim, ya daim, ya ahad, ya wahid, ya samad. Allahumma inni as as laka bismikal ahadal aaza wadawake, Allahumma bismikal ahadal samada wadawaka, Allahumma bismikal azimil witri wada waka, Allahumma bismikal kabiral muta alallazi mala-al arkana kullaha an tak afa inni ma asbahata wama amsitafihi Kemudian serentak dia mencabut mata parang yang tercancang ke tanah hingga keluar darah memancut di tempat mata parang itu tercancang. Sekali gus pula Dolah Tenjot terbersin lantas duduk terpingapinga macam terkejut dari tidur. Sewaktu Dola Tenjot berpaut kepada anak kayu yang di cancang di kelilingnya mahu bangun, dia melihat rusa yangtergolek bingkas bangun. Cepat-cepat pula rusa tersebut melompat ke dalam belukar menyusup entah kemana. Rusa melintas depan kita, Ucu! jerit DolahTenjot bagaikan tidak sabar disebabkan rusa itu terlepas.

Tetapi Ucu Tunal tidak menyahut. Dia memberi isyarat mengajak Dolah Tenjot balik sahaja. Biarlah dia balik dengan tangan kosong sekalipun kehampaan terbayang diwajahnya. Puas di desak oleh Dolah Tenjot supaya teruskan juga berburu, tetapi Ucu Tunal sudah mengambil keputusan tidak akan berburu. Manalah Dolah Tenjot tahu apa yang dialaminya tatkala tubuhnya kejang di sisi tubuh rusa. Kalau dia berkeras menyembelih rusa berkenaan , tentu Dolah Tenjot juga terpenggal leher. Siapa akana percaya kejadian itu kalau diberitahu kepada orang-orang kampung. Tentu mereka menuduh Ucu Tunal yang memenggal leher Dolah Tenjot. Biarlah aku lepaskan rusa tu.. bisik Ucu Tunal sayau bila mengamit Dolah Tenjot mengajak berundur. Terpaksa juga Dolah Tenjot mematuhi keputusan Ucu Tunal. Dia sekadar mengikut sahaja ke mana pun dibawa Ucu Tunal di tengah hutan demikian. Lagipun senapang terpanggul di bahu orang tua itu, masakan dia boleh berkeras mengajak berburu meranduk hutan. Dia terasa terkurung di dalam lubang gelap semasa Ucu Tunal melepaskan tembakan. Tiba-tiba sahaja kakinya terjerlus ke bawah dengan tidak bertahan. Puas dia memekik-mekik memanggil Ucu Tunal tetapi suaranya tidak kedenganran di mana-mana. Lama dia terkial-kial di dasar lubang gelap itu, barulah Dolah Tenjot nampak cahaya matahari memancar jauh di udara. Dia cuba melonjak ke atas, tetapi lubang berkenaan jauh ke bawah. Bimbang juga Dolah Tenjot terkurang di dalam lubang gelap itu sekalipun sudah nampak cahaya matahari memancar. Manalah tahu ada ular berlingkar di situ menunggu mangsa untuk mencerutnya sampai tidak dapat bergerak langsung. Puas terkial-kial dalam lubang gelap itu barulah Dolah Tenjot mendengar suara Ucu Tunal memanggilnya. Perlahan-lahan dia merangkak naik sambil berpaut pada akar yang terjuntai. Ketiaka sampai di permukaan lubang, dia terbersin kuat hingga terhumban hingga tercampak ke celah kayu di cancang macam serkap mengurung dirinya. Ketika itu juga dia melihat seekor rusa jantan bingkas bangun melompat ke tengah belukar. Manalah Dolah Tonjet tahu mengenai dia berbaring di sisi tubuh rusa dengan kepalanya berlumuran darah. Masakan dia percaya kalau Usu Tunal beritahu kejadian sebenarnya berlaku ke atas mereka berdua. Cuma Ucu Tunal satu-satunya yang dapat memahami geruh tersebut, sehinggalah dia terpaksa menggunakan ikhtiar untuk selamatkan kawannya Dolah Tonjet. Kalau begitu, Ucu ni kena badi, lantas sahaja Kadir Misai menuduh sebaik sahaja Ucu Tunal kenangkan fasal dia berburu ke hutan bersama Dolah Tenjot. Tidak lama selepas kejadian dia berburu ke hutan itulah Ucu Tunal tiba-tiba dia mengidap demam sejuk. Terpaksalah Misah Sepet lingkupkan selimut berlapis-lapis ke seluruh tubuh suaminya. Dia percaya Ucu Tunal tentu diserang demam kura sampai terkokol-kokol menahan kesejukan menusuk. Aki ingatkan dia kena demam kura, beritahu Misah Sepet tersengih-sengih menegrling suaminya yang terkejang tidak bergerak tubuh.

Tentulah dia sangkakan Ucu Tunal diserang demam kura setelah terketar-ketar sejuk sampai lebih satu jam. Kemudian dia mengerang-ngerang kepanasan lantas membuangkan selimut. Setelah berpeluhpeluh hingga meracau tidak menentu barulah dia tidur nyenyak keletihan. Sejuk mengigil-gigil itu berulang lagi keesokannya, kemudian panas membahang dan berpeluh-peluh seluruh badan. Sebab itulah Misah Sepet menuduh suaminya dihinggapi demam kura. Tahu sangat Misah Sepet kalau sebut fasal demam kura, memang begitulah penyakit tersebut merasuk mangsanya. Tetapi seminggu selepas berulang-ulang seperti keadaan demam kura itu, tubuh Ucu Tunal berubah menjadi kuru. Kulitnya menjadi hitam dan kendur laksana daun sirih lecur dilayur. Dia bertambah lemah tidak bermaya lagi. Kalau demam kura, minum air jadam pun boleh sembuh. Jar Kadir Misai mengeleng lemah. Manalah aku tahu penyakitnya macam ni; sahut Misah Sepet memicit-micit kepala lutut suaminya. Tetapi dia berhati-hati bagaikan bimbang kulit suaminya akan luruh sama apabila dipicit demikian. Habis macam mana fikir Ucu sekarang? soal Kadir Misai tidak mahu bagaimana mahu membuat keputusan. Entahlah, lantas sahaja Ucu Tunal menjelaskan sambil cuba mengangkat kepala. Baca Yassin dah tiga petang, badan aku dah tak rasa apa-apa lagi, macam kebas! beritahunya seolah-olah terbayang kekecewaan di hatinya. Macam mana ustaz fikir baik? Misah Sepet berpaling menatap muka saya bagaikan meminta keputusan. Terpulanglah kepada Ucu sendiri, sahut saya perlahan mengusp-usap dahi Ucu Tunal. Ucu Tuna semakin sebak menahan keharuan hatinya disebabkan dia merasa tubuhnya sudah kebas. Dipicit pun tidak memberi bekas langsung kepadanya. Memang dia tahu dahinya diusap tetapi Ucu Tunal tidak dapat lagi merasa usapan tangan saya itu. Lama dia tersengguk-sengguk barulah Ucu Tunal memberitahu mengenai mimpinya pada malam dia terketar-ketar menahan kesejukan bagaikan diserang demam kura. Sengaja dia rahsiakan daripada pengetahuan isterinya mimpi tersebut kerana bimbang Minah Sepet akan menuduhnya sengaja mereka-reka cerita. Mimpi itulah yang membawa padah kepadanya, apabila terasa berdiri di tubir jeram memerhatikan seorang lelaki tua bertunggang di belakang rusa. Dia melihat bahagian kepala rusa itu berlumuran darah bekas ditembusi peluru senapang. Tersengih-sengih lelaki tua itu mengejeknya dengan memegang gada berceranggah di tangan. Kulit lelaki tu aitu kendur meluyut macam daun sirih lecur dilayur. Hutang mesti dibayar Tunal! jerkah lelaki tua itu bertenggong dibelakang rusa berkenaan. Bukankah aku dah pulangkan hak kamu? sahut Ucu Tunal tidak berganjak di tubir jeram. Tapi kau pulang hak aku dah cacat, jelas lelaki tua itu bagaikan berdendam.

Hah, nampaknya kau sengaja nak cari geruh, kalau begitu aku terpaksa beli, marah benar Ucu Tunal apabila dicabr lelaki berkenaan. Semasa lelaki tua itu melontarkan gada berceranggah, cepat-cepat Ucu Tunal mengelak. Dia melompat menyebabkan kakinya tergelincir jatuh ke bawah jeram. Terkekeh-kekeh lelaki tua itu berkulit kendur macam daun sirih dilayur itu mentertawakan Ucu Tunal jatuh ke air. Lama Ucu Tunal dipusar oleh arus di tengah jeram hingga dia hampir lemas barulah tangannya dapat mencapai batu di tebing. Cepat-cepat dia berpaut naik sampai terasa sejuk menusuk ke tulang sum-sum akibat terlalulama terendam. Sejuk yang dialaminya melalui mimpi itulah berterusan hingga menjadi dia demam tergigil-gigil. Selera makannya juga menjadi mual tidak mahu menelan nasi. Sedikit demi sedikit tubuh Ucu Tunal semakin lemah tidak bermaya. Kenapa awak tak beritahu saya mimpi tu? gerutu Misah Sepet kesal dengan sikap suamimya mahu merahsiakan segalanya dari dia. Ah mimpi, macam mana nak beritahu, jelas Ucu Tunal meluahkanrasa terharu yang sekian lama terpendam. Memang tak masuk akal, keluh Kadir Misai apabila kenangkan kaitan mimpi itu dengan penyakit yang di alami oleh Ucu Tunal. Tapi, kalau cepat dapat tahu mungkin juga ada ikhtiar, katanya lantas mengerling ke arah saya. Disebabkan penyakit yang dideritai oleh Ucu Tunal itu sudah lebih tiga bulan, tentulah tenaga jasmaninya tidak mampu lagi melawan penyakit . Kalau diubati pun sekadar harapkan tenaga luar, sedangkan tenaga jasmani itu diperlukan juga untuk melawan gangguan penyakit. Setelah merasakan Ucu Tunal dapat tenteramkan hatinya, lantas saya letakkan tapak tangan di kepala dengan membaca: Lailaha illallahu wallahhu akbaru saddaqahu rabbahu faqul lailaha illa ana waana akbaru, waiza qola lailaha illallahu wahdahu lasyarika lahu qola yaqulu la-ilaha illa ana wahdi lasyarikali, waiza qola la-ilaha illallahu lahulmulku walahulhamdu qola la-ilaha illa ana liyalhamdu waliyalmulku wa-iza qola la-ilaha illallahhu wala haula wala qauwata illa billahhi qola la-ilaha illa ana wala ana wala haula wala qauwata illabi Ketika ini saya terdengar Ucu Tunal beristighfar beberpa kali dan mengaku seluruh badanya bagaikan bergegar. Apabila saya beralih kelunjur kakinya memegang ibu jari, dia tiba-tiba mengeliat. Hah, baru terasa sakit, ustaz, tuturnya lemah tetapi terkial-kial memberi isyarat kepada isterinya dia semakin sukar mahu bernafas. Segera Misah Sepet mengusap dada suaminya. Kemudian Ucu Tunal berbisik meminta saya teruskan membaca apa sahaja. Dadanya terasa lapang mendengar saya membaca doa, tetapi tangannya bergerak-gerak memberi isyarat supaya Misah Sepet terus mengusap dadanya.

Jiran-jiran juga melihat Ucu Tunal sudah mula mahu mengerakkan tangan seolah-olah tenaganya pulih semula. Wajahnya juga segar sekali pun kepala masih belum boleh diangkat. Tetapi segera saya memberikan isyarat kepada Kadir Misai supaya mengajak jiran-jiran yang sama terconggok di situ bacakan Yassin. Dalam masa jiran-jiran bacakan Yassin itulah perlahan-lahan Ucu Tunal menutup matanya. Perkara menetukan segalanya adalah hak Allah, kerana saya hanya sekadar mampu berdoa sahaja. Ucu Tunal menghembuskan nafasnya semasa saya bersama jiran-jiran di situ berdoa memohon pertolongan Allah meringankan beban penyakitnya. Sewaktu Ali Ranggi memberhentikan kereta di depan rumah, saya masih terconggok di kerusi. Isteri saya keluar membukakan pintu pagar mempelawanya masuk. Eh, angah tak siap lagi? ujar Ali Ranggi lantas duduk sambil memerhatikan saya masih tidak menukar pakaian. Minumlah dulu, lepas tu baru siap-siap untuk pergi, sengaja saya berdalih kerana malas sangat mahu memenuhi permintaan kawan Ali Ranggi itu. Saat ini saya merasa debaran dada saya pula kencang berombak bagaikan menghadapi darah gemuruh. Mail Togok tu harap sangat angah datang, desak Ali Ranggi meminta saya segera menukar pakaian. Tetapi saya tidak mahu tergesa-gesa. Sebaik sahaja isteri saya hidangkan sarapan pagi, saya segera mengajak Ali Ranggi minum dahulu. Ketika menjamah sarapan itulah isteri Ali Ranggi pula menelefon. Cepat-cepat isteri saya menggamit Ali Ranggi disebabkan isterinya itu cemas tidak menentu. Apabila Ali Ranggi menangkat telefon , dia bagaikan kecewa tidak bertahan. Perlahan-lahan dia meletakkan gagang telefon dan memandang isteri saya tercegat di tepi meja makan. Kimah tu, baru kejap ni tadi meninggal, jelas Ali Ranggi berjalan lemah lantas duduk semula. Cepatcepat dia menghirup minuman kerana mahu segera balik ke rumah ...

39. TOK AWANG NGAH - JEMBALANG TANAH DI BUSUT HITAM


PANTANG larang turun temurun tetap dipegang oleh nenek kukuh-kukuh menjadi petua yang mesti dipatuhi. Dia tidak akan melanggar pantang larang dari yang sekecil-kecil hinggalah yang sebesarbesarnya. Kalaulah tidak disebabkan dia sudah bertekad tidak mahu menjadi bidan lagi selepas saya dilahirkan, memang neneklah satu-satunya bidan yang diharapkan oleh orang-orang kampung. Apalagi tatkala orang kampung tidak lagi menumpu ke hospital seperti sekarang, memang bidan seperti nenek saya inilah tempat mereka mengantung harapan. Bukan nenek sahaja mereka perlukan Dukun Samid dengan Mudim Encol juga menjadi tumpuan mereka. Sewaktu Mudim Encol sunatkan Madun Calet tetiba saja darah turun membuak tak henti terpaksa dia menjemput Dukun Samid. Selepas Dukun Samid bubuhkan tasak yang diambil dari sawang di kasau atap cepat sahaja darah Madun Calet berhenti macam air disekat empang. Dukun Samid juga tergesa-gesa menyuruh dijemput nenek saya sewaktu dia mengubati Melah meracau-racau tidak menentu. Apabila nenek saya potongkan bawang merah ditenyeh ke dalam piring berisi minyak kelapa, lantas sahaja Melah bangun tercengang-cengang tidak tahu apa telah berlaku pada dirinya. Memang mereka saling kerjasama menghadapi kesukaran sewaktu dijemput orang kampung lantaran jauhnya pusat kesihatan dan jalan pula bertanah merah dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke pekan atau bandar. Saya tidak sanggup lagi berbidan, jelas nenek apabila dijemput orang setelah dia memutuskan tidak mahu lagi berbidan. Tidak sanggup dia untuk menempuh geruh jika digagahi juga membidankan ibu sarat mengandung. Sudah jadi pantang larang dia tidak boleh membidankan anak sendiri. Namun tatkala emak saya terlantar sarat mengandung, nenek sendiri tidak dapat mengagak sama ada emak saya sampai resa atau pun belum. Tidak ada tanda-tanda emak saya akan bersalin sewaktu dia sarat mengandungkan saya. Sebab itulah ayah saya ke rumah Tok Aji dan Nenek Aji kerana kenduri sambutan Maulidur Rasul. Menjadi kelaziman setiap tahun akan diadakan kenduri menjelang maulid di madrasah nya untuk samasama bertahlil dan berselawat. Hanya sebelum maghrib tiba-tiba emak saya mula merasa perutnya sakit lantas melaung nenek dari tingkap disebabkan rumah kami saling berdekatan. Sewaktu nenek datang bersama bapa saudara saya Usu Jusuh, hujan mula turun rintik-rintik. Memang nenek sudah tahu emak saya tengah sakit nak bersalin. Kalau mahu dipanggil bidan lain tidak sempat pula Usu Jusuh ke rumah Tok Aji memberitahu ayah saya. Dalam keadaan terdesak itu nenek terpaksa menyuruh Usu Jusuh memberitahu ayah saya fasal keadaan emak saya. Sebaik saja diberitahu mengenai emak saya hampir mahu bersalin ayah saya cepat-cepat balik ke rumah. Tok Aji dan Nenek Ajin terpaksa juga teruskan kenduri disebabkan jiran-jiran sudah diberitahu. Hairan

juga ayah saya dengan keadaan tersebut disebabkan emak saya tidak ada tanda-tanda hendak bersalin kecuali ikut ramalan bidan sekurang-kurangnya dalam tempoh seminggu lagi. Tetapi nenek saya sudah meraba perut emak saya memang terasa jelas resa akan melahirkan itu sudah diketahuinya. Belum pernah lagi nenek tidak dapat mengesan fasal ibu sarat mengandung mahu melahirkan. Dia satu-satunya bidan yang berpengalaman di kampung itu. Bidan lain pun minta tunjuk ajar selepas dia bertekad tak mau berbidan lagi. "Memanglah sudah sampai resanya" kata nenek kepada ayah saya. Ketika ini Abang Tapa yang disuruh jemput Bidan Nah belum lagi menjengah muka. Hujan mulai turun dengan lebat menyebabkan ayah saya tidak senang duduk. Abang Tapa adalah anak angkat nenek. Kalau dah menjemput Bidan Nah tentu boleh singgah di rumah Pak Tua Mahat di Kampung Hulu. Kalau Pak Tua Mahat datang sebelum emak melahirkan tidaklah bimbang sangat nenek. Tetapi saat cemas ini tidak dapat dielakkan juga apabila emak semakin sakit sebelum Bidan Nah datang. Sebaik sahaja azan Isya di surau bersama deruan hujan lebat itulah saya dilahirkan dengan nenek terpaksalah membidankan. Mahu tidak mahu nenek terpaksa juga langgar pantang turun temurun. Apakala membidankan anak sendiri yang dalam cemas demikian. Sebaik sahaja saya dilahirkan, nenek jadi serba salah kerana saya tidak menangis seperti bayi lazimnya. Dua belah tangan saya melekap ke telinga seolah-olah bercantum tidak boleh direnggangkan. Dalam keadaan tidak tahu apa mahu dilakukan itu inilah Tok Aji dan Nenek Aji datang dengan berpayungkan daun pisang. "Siapa bidankan anak ini?" Nenek Aji tanya sebaik sahaja naik kerumah. "Saya sendiri, bisan." sahut nenek lemah disebabkan terpaksa melanggar pantang larangnya sendiri. "Tapi budak ini tidak menangis nampaknya." ujar nenek kesal dengan kejadian menimpa saya. Nenek percaya tentulah akibat melanggar pantang larang yang menyebabkan saya dilahirkan tidak menangis langsung seolah-olah bayi tidak bernyawa. Cepat-cepat Tok Aji mengambil saya terus melekangkan tangan saya daripada melekap ke telinga dengan membacakan Al-Fatihah tiga kali. Sebaik sahaja tangan saya lekang daripada telinga barulah saya menangis sama seperti bayi lain. Saat inilah Abang Tapa sampai dengan Bidan Nah dalam keadaan basah kuyup. Setelah Bidan Nah sampai nenek serahkan semua urusan kepadanya untuk mengerat pusat dan memandikan bayi. "Kawan serahkan pada awaklah Bidan Nah," ujar nenek terus sahaja mengelak. "Tak usahlah risau bisan," Tok Aji sengaja mengusik nenek yang resah dengan kejadian itu. "Agaknya budak ini lahir tengah menyeru azan sebab itu dia tak menangis," jelas tok Aji sambil ketawa lembut disebabkan nenek saya kenal benar apabila melanggar pantang.

Sudah berapa kali anak-anaknya melahirkan memang nenek tidak akan membidankan. Setelah menyedari anak-anaknya hampir bersalin nenek akan segera menjemput Bidan Nah. Tahu sangat Bidan Nah pantang larang nenek tidak boleh bidankan anak sendiri. Bukan takat membidankan sahaja nenek pegang pantang tu kejap-kejap malah mencabut akar kayu di tepi hutan juga dia tidak akan melanggar petua. Selepas berselawat sekiranya anak kayu tidak boleh dicabut selepas sekali direntap nenek tidak akan mengulanginya. Dia akan cari anak akar kayu lain pula. Sebab itulah apabila mencari limau berlangir nenek mudah sahaja dapatkan limau tatkala pokok2 limau lebat tidak berbuah. Selepas puas mencari limau dalam kampung sekiranya tidak ada juga pokok yang berbuah nescaya nenek duduk tercongok di perdunya. Setelah menepuk perdu pokok tiga kali nenek akan membacakan jampi serapahnya "Assalamualaikum hai nenek kayu, nenek penunggu segala batu, aku nak minta sebiji limau buat ubat si anu aku tahu asal usul kau limau, limpa anu asal kau limau, berkat la ila haillallah, hu........" Setelah dihembuskan tiga kali ke perdu pokok nenek akan mencungkil di perdu pokok dengan hujung mata parangnya. Di situ nescaya tersembul sebiji limau sekalipun pokoknya tidak berbuah langsung. Memang siapapun hairan bagaimana nenek boleh dapatkan buah limau tatkala sebatang pun pokok limau dalam kampung tidak berbuah. "Macam mana Kak Ibah dapat buah limau?" Bidan Nah sendiri hairan disebabkan dia puas mencari limau untuk melanggir tembuni uri. " Hah, ada di sebalik daunnya, awak tak tengok betul-betul," sahut nenek sengaja berahsia. Tetapi mereka tahu selepas nenek mecungkil perdu pokok berkenaan akan layu daun dalam tempoh tiga hari sahaja. Hanya selepas nenek membidankan emak saya itulah nenek menghidapi tokak dibuku lali kakinya. Terpaksa dia pupukkan dengan pucuk daun kenan sampai berkerak-kerak keras namun tokaknya tidak juga sembuh. Ketika ini pusat saya juga membengkak macam buah pinang tengah merah. Apabila diberitahu kepada Tok Aji mengenai pusat saya itu membengkak hingga bernanah dia pangkah saja dengan kapur sirih. Tok Aji bacakan Al-Fatihah dan Al-Ikhlas memasing tiga kali diikuti dengan doa yang khusyuk daripada sanubarinya

" Allahumma ra-binnasi azhibalbasa isyfiantasy-syafi...la syifa a illah syifa uka syifa an layu ghadiru saqaman." Dalam sehari semalam saja bengkak dipusat saya surut tidak bertahan. Serentak itu tokak di ibu lali kaki nenek saya juga mengecut macam terung dicelur air panas. Memang nenek dapat mengagak segala geruh yang ditempuhinya disebabkan melanggar pantang berbidan.

Bukanlah sehari dua dia mengamalkan petua yang diturunkan oleh arwah emaknya sebelum jadi bidan kampung yang berpengalaman. Dia terpaksa ikut sama mencabut akar kayu buat ramuan ibu bersalin sebelum diturunkan amalan berbidan. Setiap akar kayu ditentukan khasiatnya biar hilangkan rengat gunakan akar pasak bumi pecahkan angin diramu dengan akar tutup bumi kalau senggugut pula carikan akar sangka buana. Nenek dilatih supaya mengenali setiap jenis akar sebelum diturunkan petua tidak boleh merentapnya diulang-ulang sekiranya tidak dapat dicabut sebaik sahaja digenjur sekali! Selepas tahu ramuan akar kayu barulah diajar amalan mengurut seluruh urat badan kalau dimasuki angin diurut songsang kalau sengugut diurut menurun kalau terkena angin bisa perlu dijampi sambar urat. Semuanya amalan yang diturunkan oleh arwah emaknya yang mempunyai pantang larang yang wajib dipatuhi. Setelah mahir fasal urut mengurut baharulah dia dilatih dengan menyambut bayi. Kalau sampai resa beri minum air selusuh jikalau songsang jampikan uri kalau disampuk syaitan nenek akan membakar kemenyan menyeru pendampingnya membantu. Disebabkan menyeru pendampinglah dia mesti mematuhi pantang larangnya biar sempurna segala amalan yang diturunkan kepadanya. "Kalau saya dah langgar pantang, cukuplah saya berbidan," tutur nenek perlahan sebaik sahaja tidak berdaya mengubat tokak di kakinya. Ketika ini dia sudah membakar menyeru pendampingnya bersemuka setelah menyedari dia melanggar pantang. "Kenapa awak bidankan anak sendiri?" gerutu Tok Syeikh menjelma didepannya dengan jubah serba kuning. "Habis nak biar je anak kawan beranak tak berbidan!" sahut nenek mencebek bibir meluahkan rasa hati yangmendongkol. "Tapi awak tak kerat pusat, awak juga tak mandikan bayi itu." ujar Tok Syeikh perlahan memujuk nenek kerana nenek tidak melanggar pantang larang yang ditetapkan. "Memang kawan tak langgar pantang, tapi kenapa tokak di ibu lali kaki kawan ni?" marah benar nenek disebabkan tokaknya belum surut setelah berminggu. " Hah, tokak awak bukan pasal langgar pantang." kata tok Syeikh menyakinkan nenek. "Jadi apa ke he nya?" nenek berang dengan riak Tok Syeikh yang tersengih-sengih memandangnya. "Awak terpijakkan tempat jembalang tanah berumah," ujar Tok Syeikh menuding ke arah ular hitam yang garang mengangkat kepala di tepi belukar tempat nenek menebas tapak semaian padi. "Kenapa Tok Syeikh tak lindungkan kawan?" lantas nenek menyindirnya kerana tidak dapat bertahan daripada gangguan syaitan yang menjelma menjadi ular hitam di tepi belukar. " Macam mana nak lindungkan, sebab awak lalai sampai terpijak tempat dia," dalih Tok Syeikh terpaksa berundur apabila ular hitam itu mahu menerkam ke arahnya.

Sambil berligar-ligar Tok Syeikh terpaksa memukul kepala ular itu dengan tongkat buluh tumpat bewarna kuning. Terpelanting ular hitam itu akibat dipukul kepala hingga bergulung-gulung mengelepar. Tetapi ular hitam tidak mengalah sekalipun terkitai-kitai kepala selepas dipukul kuat. Tubuhnya beransur-ansur jadi asap debu hingga bertukar jadi perempuan tua dengan rambut beruban mengerbang serta muka berkerut hodoh. Belum sempat Tok Syeikh mara ke hadapan memukul tongkat buluh tumpatnya, perempuan tua itu menghentakkan tongkat batang bembannya hingga memancar api yang menyambar. Terpaksa Tok Syeikh undur ke belakang lantas membuka serbannya terus dikibaskan ke api yang menyala marak. Api yang marak itu bagaikan ditiup angin kencang meliuk kearah perempuan tua itu hingga hampir menyambar rambutnya yang mengerbang putih. Terdengah-dengah perempuan tua itu mengelak api. Terketar-ketar dia melompat ke atas busut hitam dalam keadaan termengah-mengah. "Nak berlawan sangat awak ni Tok Syeikh!" ejek perempuan tua hodoh itu melenggok-lenggok kepalanya laksana ular diterpa musuh. "Kalau awak nak cuba apa salahnya." sahut Tok Syeikh menghentak-hentak tongkat buluh tumpatnya. "Awak penghulu bunian, kenapa nak tolong Bidan Ibah ni?" terketar-ketar perempuan tua itu bersuara sambil mengerling nenek yang bersimpuh membiarkan asap kemenyan berlabun ditengah rumahnya. "Kenapa pulak awak jembalang tanah nak mengganggu dia.!" jerkah Tok Syeikh mengejeknya. "Selagi aku ada jangan cuba nak ganggu sahabat aku ini." dia memberi amaran menudingkan tongkatnya ke muka perempuan tua berambut putih mengerbang itu. Tertunduk perempuan tua itu apabila Tok Syeikh menuduhnya jembalang tanah. Saat ini dia tidak dapat menyembunyikan dirinya setelah nenek dapat membaca rahsia perempuan tua berkenaan. Apabila perempuan tua itu cuba memusingkan badan, Tok Syeikh menghembus ke arahnya, menyebabkan tibatiba sahaja jaring besi jatuh dari udara menyerkupnya. Terlalu marah perempuan tua rambut putih mengerbang itu disebabkan terkurung dalam serkup jaring besi. Puas diketuk-keuknya dengan tongkat batang bemban jaring besi itu tetap tersergam kukuh. Kemudian dia membongkok mengambil menggenggam pasir lantas dilemparkannya ke arah jaring besi itu hingga terpokah bagaikan cair dilebur ke tepi. Terkekeh-kekeh dia ketawa mengejek sebaik sahaja dapat membolos keluar daripada serkup jaring besi itu. Ketika ini Tok Syeikh membisikkan kepada nenek supaya membacakan Unggun-unggun anggahanggah datang nenek tongkat besi, terlanda engkau patah terpijak engkau mati, mata kamak mata kamu, kamu budang badang, siah kiri siah kanan siahkan kata aku, aku tahu asal kau jadi, darah ular sekati munur asal kau jadi, Yassin kata Allah, Yassin kata Muhammad, Yassin kata baginda Rasulullah, berkat la-ila haillallah hu....

Habis sahaja membaca jampi serapah yang diajarkan oleh Tok Syeikh, dia melihat Tok Syeikh berundur ke belakang . Perempuan tua rambut mengerbang putih itu terpinga-pinga apakala mendengar tanah bergegar bagaikan dipijak tapak kaki sebesar bukit. Nenek terus memejamkan mata membiarkan asap kemenyan melabun sehingga menyelubungi seluruh badannya. Di tengah-tengah gegaran tanah itu dia mendengar suara Tok Aji mendehem jauh di udara. Apakala nenek mendongak dia melihat Tok Aji berjalan di udara laksana berjejak di tengah halaman. Saya tidak sanggup lagi lindungkan Bidan Ibah, Aji. lemah sahaja suara Tok Syeikh menunduk sebaik sahaja Tok Aji tercegat di depannya. Kamu juga makhluk Allah, tak berhak lindung sesama makhluk, Tok Aji mengingatkan Tok Syeikh yang tersengih-sengih malu disindir. Tok Aji memang mengetahui sememangnya perempuan tua rambut putih mengerbang yang dipanggil jembalang tanah itu tidak akan mampu menewaskan Tok Syeikh, penghulu bunian itu. Tetapi Tok Syeikh sendiri tidak berupaya melindungkan nenek sekiranya diganggu. Kalaulah tidak disebabkan hati nenek cekal melawan gangguan itu nescaya dia juga tewas tidak dapat bertahan. Kemunculan Tok Aji secara tiba-tiba itu menyebabkan perempuan tua berambut putih mengerbang itu menggelisah tidak menentu. Tatkala dia cuba menghambur dari busut hitam kakinya tiba-tiba menjadi lemah. Menyeringai dia menampak gusi yang bergigi jarang laksana anjing disorongkan belantan ke rahang. Aku bukan nak bermusuh dengan awak, Aji, ujar perempuan itu ketakutan menjadikan kulit mukanya yang bertambah berkedut bertambah hodoh. Tok Aji tidak peduli apapun dituturkan oleh perempuan tua berkenaan. Dia merenung tepat muka hodoh perempuan tua tergolek ke tepi busut hitam terkial-kial berpaut disitu. Belum sempat dia bangun berdiri tegak, Tok Aji mengisar tapak tangan membacakan al-Ikhlas tiga kali menyebabkan perempuan tua itu terhenyak. Terketar-ketar dia memegang pinggangnya bagaikan patah dihentak kuat. Nak bunuh aku ke Aji?! rungut perempuan tua itu menyeka rambutnya yang beruban mengerbang hingga menutup muka. Tetapi Tok Aji tidak hiraukan gerutu perempuan tua berkenaan. Dia bacakan Ayatul Kursi 17 kali dihembuskan sekali gus ke muka perempuan tua itu, hingga tiba-tiba sahaja kulit mukanya cair bagaikan lilin dicucuh api. Kulit mukanya juga luruh laksana kertas buruk terendam di air yang diramas-ramas kasar. Apakala perempuan tua mahu meraba kulit mukanya biji matanya juga tersembul keluar menyebabkan dia menjerit-jerit tidak ketentuan. Tok Syeikh yang melihat kejadian itu juga menjadi gementar hingga tidak berani bercakap sepatah pun. Sebaik sahaja tubuh perempuan tua melebur menjadi debu, nenek juga tersentak di tengah-tengah rumah. Bara tempat membakar kemenyan juga sudah padam menjadi arang. Terasa seluruh badannya berpeluh dengan ombak dada termengah-mengah. Usu Jusuh yang berbaring di serambi sekadar mendengar nenek merungut-rungut sahaja di tengah rumah.

Jikalau nenek membakar kemenyan tengah malam memang Usu Jusuh tidak ambil peduli sangat. Dia tahu nenek menyeru Tok Syeikh datang menjelma sekirannya dia terdesak. Lainlah kalau nenek memanggilnya ambilkan air atau perkakas ubat-ubatan yang diperlukan barulah Usu Jusuh membantu. Bangun pagi esoknya nenek merasakan tokak di buku lali kaki nya tidak lagi berdenyut sakit. Bengkaknya juga sudah mula mengecut. Tatkala dia datang menjengah saya, memang nenek menghela nafas lega setelah melihat bengkak di pusat saya sudah seruh benar. Dia tahu memang Tok Aji yang doakan supaya bengkak di pusat saya cepat sembuh. Tidak lama selepas kejadian itu tiap-tiap malam pula saya kembung perut sehingga menangis santak dinihari. Gelabah juga emak dan ayah saya disebabkan kembung perut itu sampai keras macam kulit tabuh surau. Puas ayah saya doakan, tetapi kembung perut itu hanya reda untuk seketika sahaja. Tatkala saya tenar menangis, ayah saya bacakan sahaja surah al-Ikhlas sampai 100 kali. Habis sahaja ayah saya bacakan surah tersebut, lantas sahaja saya terberak tidak bertahan. Selepas terberaklah barulah saya tidur nyenyak sampai ke pagi. Tetapi malam itu esok pula kembung perut itu berulang kali. Kesal juga nenek kerana dia melanggar pantang larang berbidan, sekali pun Tok Syeikh memberitahu dia tidak melanggar apa-apa pantang larang yang ditetapkan kerana tidak memotong pusat dan tidak memandikan bayi. Macam manapun nenek tetap merasa dirinya bersalah menyebabkan saya sentiasa sakit sahaja semasa baru dilahirkan sampai berusia enam bulan. Biarlah nenek tak berbidan lagi, beritahu nenek selepas bertahun-tahun dia mengambik keputusan nekad berhenti terus menjadi bidan. Puas dipujuk orang-orang kampungnya, nenek tetap dengan keputusannya. Dia tidak akan menjadi bidan lagi selepas sahaja saya dilahirkan. Kenapa nenek mesti terima pantang larang? sengaja saya mengusik apabila sesekali berkunjung ke rumahnya. Hah, adat kita berbidan mestilah ikut pantang larang, jelas nenek perlahan. Kalau di hospital nak jadi bidan kena pakaian serba putih, jadi pantang larang inilah pakaian bidan kampung, tersengih-sengih nenek macam sindir saya. Nenek percaya gangguan yang saya alami semasa kecil memang jelmaan jembalang tanah yang mengambil kesempatan apabila nenek melanggar pantang larang. Tetapi Tok Aji sekadar menjelaskan Apapun penyakit datangnya daripada Allah S.W.T untuk menguji kesabaran hamba-hambaNya. Kejadian yang saya alami itu memang tidak pernah saya tahu langsung. Kalaulah tidak diceritakan oleh nenek, manalah saya tahu kejadian pusat saya membengkak sebesar buah pinang masak menyebabkan pusat itu tersembul sebaik sahaja sembuh. Bimbang juga emak saya kalau-kalau bengkak berkenaan boleh menyebabkan perut berkulit lembut itu akan berlubang pesuk. Tapi Allah mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi, tutur nenek apabila kenangkan kejadian yang menimpa saya semasa baru dilahirkan dulu.

Hinggalah nenek meninggal dunia memang dia tidak lagi mahu membidankan sesiapa sahaja, setelah dia nekad membuat keputusan. Tetapi ke mana pun dia pergi orang-orang kampung tetap memanggilnya bidan juga. Sebab itulah terkejut juga saya apabila Ngah Khatib yang sudah lama berpindah ke Segamat memberitahu fasal nenek saya menbidankan menantunya tengah mengerang sakit sebelum menjemput bidan klinik dijemput datang. Memang menantunya Mejirah dibenarkan bersalin rumah sahaja disebabkan bersalin kali kedua. Sebaik sahaja anaknya Sidin menunggang motorsikalnya ke klinik bidan yang bertugas sudah ke kampung lain untuk membidankan orang. Gelabah juga Sidin disebabkan seorang sahaja bidan bertugas di kampung berkenaan dalam masa dua orang ibu sarat mengandung hampir melahirkan anak. Terpaksalah Sidin berpatah berpatah balik. Setidak-tidaknya dia boleh meminta bantuan jiran-jiran supaya membawa isterinya ke hospital sahaja. Dalam keadaan senja semakin gelap, masih ada masa lagi kalau mahu membawa Mejirah ke hospital sahaja. Tatkala membelok masuk ke simpang kampungnya dari jalan besar, Sidin ditahan oleh nenek saya. Tergamam juga Saidin disebabkan dia kenal benar dengan ayahnya Ngah Khatib. Memang dia tahu ayahnya datang dari daerah yang disebutkan boleh nenek saya tetapi sudah lama dia tidak jejak kaki balik ke kampung. Semenjak berpindah dari kampung halaman ke Segamat, Ngah Khatib tidak pernah lagi jengah muka. Apa sangat yang mahu diharapkan dia sendiri tidak ada saudara mara setelah kedua ibu bapanya meninggal dunia. Apalagi kedua ibu bapa menumpang di tanah nenek untuk tegak rumah semasa di kampung. Eh, Mak Ibah buat apa ke Segamat ini? terkejut juga Ngah Khatib apabila anaknya Sidin membawa nenek saya balik ke rumah bersamanya. Aku nak ke rumah Angah, tak tahu di mana, keluhnya pendek sambil menunjuk alamat saya sewaktu tinggal di Segamat beberapa tahun lampau. Dia tinggal di sini ke? terkejut juga Ngah Khatib apabila diberitahu saya ada di Segamat. Dia sendiri tidak cam muka saya walau terserempak sekalipun kecuali tahu sangat saya cucu Bidan Ibah. Alamat tempat tinggal saya yang ditunjukkan oleh nenek itu memang jauh dari kampung berkenaan. Masakan nenek boleh sampai tatkala malam sudah bertambah gelap. Lagipun tidak ada lagi bas melintas setelah lebih jam 5 petang. Disebabkan Merijah semakin sarat mahu melahirkan anak, Sidin tidak peduli sangat kedatangan nenek yang menjadi tetamunya. Dia gelabah mahu membawa isterinya ke hospital sahaja setelah meminta pertolongan jiran-jiran. Mereka terpaksa pula mencari kereta sewa di pekan kecil yang berdekatan sedangkan keadaan Merijah sudah tidak boleh ditahan-tahan lagi. Mak Ibah, tolong tengokkan menantu saya ini, desak Ngah Khatib cemas melihat keadaan Merijah.

Nenek saya tidak meyahut. Dia mara kehadapan meraba-raba perut Merijah, Kemudian dia menggeleng kepala sambil bertutur perlahan, His, songsang kedudukan budak ini, Lantas nenek meminta air segelas. Setelah dihulurkan kepadanya dia menghirup sedikit bagaikan terkumur-kumur, kemudian disemburkannya ke perut Merijah. Apabila tangannya membetulkan punggung bayi di dalam kandungan yang terdorong ke bawah, dengan menolak kepalanya ke bawah, tidak sampai beberapa minit Merijah selamat melahirkan bayinya. Macam manapun nenek enggan memotong pusat bayi. Terpaksa pula menunggu bidan klinik yang sudah dipesankan oleh Sidin. Dalam masa beberapa minit sahaja bidan berkenaan sampai dengan termengah-mengah kerana dia tidak menyangka Merijah nak bersalin pada hari berkenaan. Tetapi dia tidaklah membantah setelah dibantu oleh nenek saya membidankan bayi berkenaan. Bidan klinik mengerat tali pusat dan memandikan bayi. Nenek bermalam juga di rumah Ngah Khatib sebelum esoknya berkeras mahu cari tempat saya tinggal. Tiga hari selepas Merijah selamat bersalin, Ngah Khatib mengajak anaknya Sidin mencari rumah saya. Dia percaya tentu nenek masih belum balik ke kampung. Terhutang budi benar dia pada nenek setelah membantu membidankan Merijah. Kalau nenek tidak datang dalam saat Merijah mengerang-ngerang sebelum bidan klinik sampai, memang Ngah Khatib mati akal. Apalagi Bidan Temah tidak berani membantu setelah meraba bayi dalam kandungan itu songsang. Kak Temah sendiri mendesak supaya Merijah dibawa ke hospital sahaja jika bidan klinik tidak sampai. Dalam saat cemas inilah Ngah Khatib berulang kali menyebut nama nenek fasal kemahirannya membidankan sekalipun bayi itu songsang kandungan. Tahu sangat Ngah Khatib disebabkan dia lama duduk di tanah nenek sampai berkawan rapat dengan Abang Taha anak angkat nenek. Tetapi Ngah Khatib tidak menyedari nenek tidak lagi membidankan setelah saya dilahirkan. Sehingga dewasa pun Ngah Khatib tak tahu nenek tidak berbidan disebabkan bekerja di estet. Hanya sekali sekala menjengah emak dan ayahnya sahaja semasa hidup lagi. Selepas kedua-duanya meninggal memang Ngah Khatib tidak balik ke kampung lagi. Hampir tak tercam saya sewaktu dia menjengah di halaman memberi salam. Macam mana Ngah tahu saya tinggal disini? hairan juga saya tiba2 dia terjengah lantas mempelawanya naik kerumah. Tersengih-sengih dia. Perkara dapat mana alamat tidak lagi penting setelah berjumpa setelah dua puluh tahun tak bersua menyebabkan masing-masing banyak berubah. Tubuh dia sudah gemuk dengan kepala botak di tengah dan beruban rambut di tepinya tidak sama sewaktu dia balik sekali sekala menjengah emak dan ayahnya. Lama dia mejengah-jengah kedalam rumah saya macam mencari seseorang, barulah Ngah Khatib memberitahu mengenai nenek membidankan menantunya Merijah. Kalau disebabkan nenek tidak memberi alamat tentulah dia tidak akan tahu dimana saya tinggal. Ah, takkan nenek yang bidankan. getus saya tidak percaya.

Betul ustaz, saya yang bawa dia naik motorsikal,sampuk Sidin fasal terserempak nenek di simpang ke jalan besar selepas turun dari bas. Nenek tak mahu bidankan orang lagi,jelas saya selanjutnya. Dia kata nak ke sini, tak ada dia datang, Ngah Khatib bertanya setelah menunggu nenek tidak juga keluar. Barulah saya menghela nafas sambil beristighfar panjang menginsafi akan kebesaran Allah Azzawajalla. Terasa begitu kerdilnya diri di sisi Allah Yang Khaliq. Tidak saya sedari pelupuk mata digenangi air menahan terharu menyebak di dada. Apabila kenangkan seumur hidup tidak mahu lagi berbidan, tibatiba sahaja membantu menantu Ngah Khatib sewaktu lelaki itu berulang kali menyebut namanya. Kalaulah Mak Ibah (nenek) ada tentulah tak susah Merijah nak bersalin, tidak putus-putus Ngah Khatib menuturkan setiap kali melihat anaknya Merijah mengerang-ngerang kesakitan. Sebab itulah tidak bertangguh lagi dia mencari tempat tinggal saya setelah nenek memberitahu akan ke rumah saya. Sekalipun Sidin mahu menghantarkan, tetapi dia sekadar menyuruh anak muda itu menjaga isterinya. Sebenarnya, nenek sudah meninggal lebih 15 belas tahun dahulu, bisik saya perlahan menyebabkan Ngah Khatib tersentak tidak percaya dengan perjelasan saya. Ketika ini saya melihat pelupuk mata Ngah Khatib juga digenangi air mata.

40. TOK AWANG NGAH - HARIMAU JADI PENJAGA DIRI


Semasa sampai di rumah Haji Kawa langkah Mizah jadi perlahan apabila terasa dadanya mulai sebak. Kebetulan pula saya berjalan-jalan di depan rumah memerhatikan pokok mangga berbuah lebat, disebabkan Haji Kawa di bilik air mandi untuk tunaikan solat asar. Isteri saya di dapur menemani isteri muda Haji Kawa mengoreng cucur pisang. Ketika sampai di rumahnya Haji Kawa masih lagi tidur akibat keletihan. Kebetulan pula giliran dia bermalam di rumah isteri mudanya pada hari Rabu. Sebab itu saya berkunjung di rumahnya petang Rabu kerana bimbang tidak dapat bertemu dia. Sebaik saja Mizah memberi salam terus sahaja dia masuk ke pintu pagar kerana di sangkanya saya Haji Kawa. Tatkala bersalam dia membongkok sedikit seolah-olah mahu mencium tangan, tetapi segera saya tarik ke belakang. Ini Tuan Haji Kawa ke? Mizah tercegat di depan saya disebabkan tidak dipelawa masuk. Kebetulan dia datang seorang diri sahaja dengan berjalan kaki. Tentu rumahnya berhampiran dengan tempat tinggal Haji Kawa. Masakan dia tidak pernah bersua uka dengan Haji Kawa. Bukan, saya pun datang nak jumpa dia, beritahu saya masih juga tidak mempelawanya masuk ke rumah. Saya datang dari Taiping, ujar Mizah perlahan setelah menyedari saya bukan orang yang di carinya. Datang ke rumah anak saya di bawah tu, ada orang yang kata Tuan Haji Kawa ni boleh mengubat, katanya ikut sama memerhatikan buah mangga yang lebat di dahan. Emmmm... bolehlah cuba, sahut saya tidak berganjak berdiri di bawah pokok mangga di depan rumah. Abang ni sakit jugak ke? Mizahmenatap muka saya sambil menekan-nekan dada menahansebak. Saya datang nak ziarah kawan, jelas saya mengajaknya masuk ke rumah sebaik sahaja Haji Kawa berdiri di muka pintu. Dia juga mempelawa tetamunya masuk ke rumah disebabkan isterinya sudah pun bersiap hidangkan minuman di dapur. Sudah menjadi kelaziman Haji Kawa pula kalau saya datang berkunjung ke rumahnya mesti jamah juga masakan isterinya. Tetapi isteri mudanya baru pertama kali saya bersua. Lainlah kalau isteri tuanya, sampai santak jam 11.00 malam pundia tidak akan membantah untuk memasak kalau saya datang berkunjung. Kadangkala terasa juga segan mahu menyusahkan dia apabila berkunjung ke rumahnya selepas habis Isya. Memang semasa belajar pondok pun Haji Kawa terlalu rapat dengan saya. Sampaikan kain baju saya direndam untuk dibasuh pun, dia sanggup cuci dan sidai ke ampai. Kalau memasak pun Haji Kawa rajin ke dapur.

Ustaz ni pun boleh ubatkan, sengaja Haji Kawa bergurau sebaik sahaj tetamunya masuk ke rumah. Tetapi Mizah tidak peduli apa pun penjelasan Haji Kawa. Biarlah Haji Kawa sengaja berdalih memberitahu saya boleh mengubati penyakitnya, namun dia tetap harapkan Haji Kawa. Lagi pun tatkala keluar rumah dia sudah nekad mahu menemui Haji Kawa, sekalipun dia belum pernah bersua. Sudah beberapa orang dukun ditemuinya semasa di kampung, mereka menuduh Mizah terlangkah barang yang ditanam orang. Sebab itu dia merasa kebas paha apabila senja menjelang. Kadangkala kebas di bahagian paha itu menyebabkan dia pitam kepala sampai terasa rumahnya berpusing ligat. Memang anaknya Lamiah sudah membawanya menemui doktor, tetapi tidak ada tanda tanda dia diganggu darah tinggi. Lamiah rela emaknya dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan sekiranya diganggu darah tinggi sampai pitam tidak bertahan. Apabila balik ke Taiping anaknya Mat Ripin berusaha juga menemui dukun sampai ke Sungkai, tetapi keadaan emaknya masih belum berubah. Mat Ripin bawa juga menemui bidan berurut seluruh badan kalau emaknya diganggu angin. Dua pagi bidan itu mengurutnya, dia pula termengah-mengah sakit menanggung hingga terasa sesak nafas. Dah puas saya berubat Tuan Haji. Tutur Mizah bergetar seolah-olah suaranya menahan debar yang kencang. Hah, kalau sakit wajiblah berubat, sahut Haji Kawa tersengih-sengih mengerling saya. Sebab itu saya datang jumpa tuan haji, ujar Mizah apabila kenangkan jiran anaknya Uda Lijah yang menyuruhnya ke situ. Sepanjang malam dia diganggu pitam, memang Uda Lijah dipanggil oleh Lamiah mengurut tengkok emaknya. Cemas juga Lamiah disebabkan seluruh tubuk emaknya sudah berpeluh sejuk bagaikan air mandi mayat. Uda Lijah sudah mendesak supaya dihantar sahaja ke hospital, tetapi Lamiah bertahan. Memang emaknya berpesan sangat supaya tidak tergesa-gesa dihantar ke hospital sekiranya sakit sampai jatuh pitam. Tahu sangat Lamiah mengenai penyakit emaknya sudah beberapa kali menganggu. Kalau tidak disebabkan hujan turun sebelum asar, Uda Lijah sudah berjanji mau bawakkan Mizah menemui Haji Kawa. Tahu sangat dia Haji Kawa datang ke situ hari Rabu atau Jumaat atau Ahad. Tiga hari itu sahaja dia bermalam di rumah isteri mudanya. Sebab itulah dia berjanji mahu hantar Mizah ke rumah Haji Kawa. Disebabkan Uda Lijah tidak datang jengah muka selepas hujan mulai teduh, tidak sabar lagi Mizah mahu menemui Haji Kawa. Dia sendiri camkan alamat rumah yang diberikan oleh Uda Lijah itu sampai termengah-mengah berjalan kaki. Awak ni patut kurangkan berat badan, ujar saya setelah melihat keadaan Mizah yang gemuk. Dia tidak menyahut, tetapi mengangguk lemah. Memang dia menyedari tubuh badannya semakin gemuk, sekalipun sudah cuba mengawal makannya. Tetapi perkara badan naik gemuk bukanlah

disebabkan makanan dikawal , kadangkala tubuhnya menjadi lemah tidak bertenaga sekiranya dikurangkan sangat menjamah makanan. Berapa umur awak sekarang? Haji Kawa cuba mengagak. Dah lima puluh umur saya ni, tuan haji, jelasnya sambil mengusap usap dada. Biarlah saya cuba dulu, tegas Haji Kawa lantas memegang ibu jari kaki Mizah dengan membacakan: Innama illahukumullahhul lazi la-ilaha illa huwa, wasia kulla syai-in ilman Tiga kali Haji Kawa mengulanginya, tiba-tiba sahaja Mizah menyentak menahan kesakitan. Tidak jadi Haji Kawa mahu meneruskan disebabkan Mizah termengah-mengah. Macam mana rasanya tuan haji, tersengih-sengih Miza merenung Haji Kawa yang tidak mahu meneruskan membaca doa-doanya. Tak apalah, lepas isya nanti awak datang kalau rumahnya dekat, ujar Haji Kawa seolah-olah mahu mengelak disebabkan saya baru sahaja menjejak kaki ke rumahnya. Belum pun sampai berbual-berbual dengan saya kerana sudah lama tidak bersua, tiba-tiba sahaja ada tetamu datang minta doakan. Apa kelengkapan yang perlu saya bawa? soal Mizah mahu pasti barang-barang yang perlu dibawa bersama. Memang dia tinggal dalam kawasan kampung itu juga, bila-bila sahaja boleh datang kesitu. Disebabkan Haji Kawa memintanya datang selepas isya, tentulah memerlukan kelengkapan untuk dibawa sama. Tetapi Haji Kawa tidak meminta apa-apa. Disebabkan dia baru sahaja sampai di rumah isteri mudanya, biarlah dia berehat dahulu sampai selepas isya. Apa salahnya tetamu-tetamu datang selepas isya. Tidak perlu mereka menganggu petang-petang demikian. Tetapi Mizah tidak sabar menunggu selepas isya. Sebab itulah dia cari juga rumah Haji Kawa sebaik sahaja hujan lebat mulai reda. Setelah diubati oleh Haji Kawa, dia tidak terkilan apa-apa apabila disuruh datang selepas isya. Tak payah bawak apa-apa, kita tengok dulu, tutur Haji Kawa kerana dia belum dapat menentukan apakah kelengkapan yang perlu disediakan. Manalah dia tahu penyakit yang menganggu Mizah kalau tidak diuji terlebih dahulu. Tetapi dia sudah dapat mengagak Mizah memang diganggu syaitan, setelah dibacakannya doa tiba-tiba sahaja perempuan itu terjerit kesakitan. Biarlah ditunggu selepas isya sahaja baru dia bersungguhsungguh ubatkan dengan berdoa. Agaknya, apa penyakit saya ni Tuan Haji? Mizah mendesak disebabkan tidak sabar mahukan kepastian. Lama sangat dia menanggung gangguan sejak arwah suaminya masih hidup lagi. Ketika arwah suaminya menderita sakit lumpuh, dia juga ikut sama termengah-mengah sesak nafas.

Sebab itu sampai tiga minggu dia tidak dapat menjengah arwah suaminya di hospital, apabila dia juga terlantar diserang sesak nafas yang berterusan. Kelam kabut juga anak-anaknya kerana tidak tahu yang mana perlu dijengah apabila kedua-duanya serentak sakit teruk. Arwah suami saya dulu memang banyak menuntut ilmu dukun, beritahu Mizah masih tidak berganjak di kerusi sekali pun Haji Kawa akan merawatnya selepas isya. Arwah suami awak dulu dukun ke? tersenyum Haji Kawa apabila diberitahu demikian. Mizah mengangguk. Terbayang kesugulan diwajahnya apabila kenangkan suaminya sanggup berguru sampai lupakan rumah tangga. Semenjak ditukarkan ke Sabah, Derih Bauk sudah mula tumpukan masa belajar ilmu dukun. Sampaikan kawan-kawan yang sama bertugas di kem pun usik dia dengan memanggilnya dukun. Derih Bauk tidak peduli apa pun kalau kawan-kawan mengusiknya apabila balik ke kem. Biarlah mereka mahu panggil apa pun, asal sahaja dia tidak mengalah. Bukan mudah mahu mencari guru turunkan ilmu kalau tidak tahu memujuk. Memang sukar guru yang tinggi ilmu kebatinan mahu turunkan ilmu sekiranya tidak bersungguh-sungguh. Tetapi Mizah yang terkilan dengan sikap suaminya. Sampaikan di rumah tidak cukup barang keperluan Derih Bauk tidak peduli sangat. Dia mesti pastikan gurunya cukup barang-barang keperluan terlebih dahulu. Hanya selepas berhenti dari tentera baru suaminya amalkan berdukun. Dia sedia mengubati sesiapa sahaja apabila mereka meminta pertolongan. Apalah salahnya dia gunakan ilmu yang dituntut untuk membantu orang lain yang harapkan pertolongan. Tidak lama selepas berhenti kerja itulah, Derih Bauk tiba-tiba jatuh di bilik air tatkala mahu amabil wuduk. Terkial-kial dia berpaut untuk berdiri semula, tetapi kakinya semakin goyah.Dia tidak dapat jejakkan kakinya lagi menyebabkan terpaksa memanggil isterinya. Cepat-cepat pula Mizah memapah ke bilik setelah Derih Bauk semakin tidak bermaya. Lama terlantar di hospital, Mizah terpaksa desak anak-anaknya menemui bomoh di Bidor. Jiranya yang beritahu mengenai bomoh muda yang sanggup mengubati penyakit diganggu syaitan itu. Belum pun ada umurnya 30 tahun, Mat Tauhid yang dikatakan bomoh di Bidor seperti diberitahu oleh jirannya. Perkara umur tidak penting pada Mizah. Masakan Mat Tauhid yang masih muda itu mengaku menjadi bomoh kalau dia tidak mampu mengubati orang. Macam mana pun dia perlu mencuba terlebih dahulu , biar Mat Tauhid menguji kemampuannya. Sewaktu Mizah bawa suaminya menemui Mat Tauhid, memang Derih Bauk sudah gelisah tidak menentu. Matanya garang merenung Mat Tauhid, seolah-olah tidak menyenangi bomoh muda itu. Kalaulah tidak disebabkan tubuhnya lemah, memang dia gagahi juga bangun meninggalkan tempat itu.

Tersinggung juga dia dengan sikap isterinya bawakan dia menemui bomoh terlalu muda macam Mat Tauhid, salangkan dia sendiri bomoh juga. Tentu Mat Tauhid akan tercengang kalau mengalami kejadian di Sabah apabila mangsa gangguan syaitan hilang kemaluan. Kadangkala kemaluannya dialihkan ke dahi hingga bagaikan belalai gajah tergantung di situ. Kita cubalah berikhtiar dulu, Mizah memujuk suaminya supaya menurut sahaja kemahuan keluarga. Tetapi Mat Tauhid tahu yang tidak senang terhadap dirinya bukan Derih Bauk yang terkejang lemah. Tentu syaitan yang menganggunya sahaja mengaruk biar setiap orang bencikan Derih Bauk . Kalau dia sendiri tersinggung, tentulah Derih Bauk akan terbiar tidak diubati langsung. Apabila Mat Tauhid menepuk dahi Derih Bauk memang terasa kepadanya kesat seolah-olah mengusap kepala harimau. Semakin lama dia usapkan tangannya ke dahi Derih Bauk. Tiba-tiba sahaja lelaki itu mengerang-erang. Memang Mat Tauhid dapat mendengar erangan itu sama seperti ngauman harimau yang menggerunkan. Tentu Mizah tidak mendengar apa-apa selain dari erangan Derih Bauk sahaja. Dia juga melihat suaminya cuba mengerakkan badan, tetapi suaminya lemah tidak bermaya. Dia berdamping dengan harimau ni, mak cik, Mat Tauhid menjelaskan setelah mencuba mengubati lelaki itu. Buatlah macam mana pun, tok dukun, ujar Mizah memberikan kebenaran apa saja yang diperlukan oleh Mat Tauhid untuk melakukannya. Kena buat berturut-turut malam mak cik, lantas Mat Tauhid memberi pengakuan akan mencubanya. Mizah tidak peduli. Biarlah berturut-turut malam mereka anak beranak datang ke Bidor, asal sahaja penyakit suaminya boleh diubati. Tidak tergamak lagi dia membiarkan Derih Bauk menderita menahan kesakitan sejak berbulan-bulan. Sampai lebih seminggu Mizah datang ke Bidor membawa suaminya menemui Mat Tauhid. Setiap kali Mat Tauhid melakukan cara pengubatannya, memang Derih Bauk mengerang-ngerang tidak menentu. Kalaulah badannya boleh digerakkan, mungkin Derih Bauk akan bangun melompat. Tetapi Mat Tauhid tetap bersabar apabila memerangkap gangguan syaitan yang merasuk dalam diri Derih Bauk masuk kedalam botol yang disedakan. Puas juga Mat Tauhid menunggu dengan meletakkan botol di hujung ibu jari kaki Derih Bauk sambil amalkan pertuanya hinga Mizah nampak seolah-olah asap kuning masuk ke dalam botol. Selama empat belas hari Mat Tauhid mencuba, dia mengeluh pendek kerana dapat mengeluarkan penyakit mengikut petuanya hanya lima botol sahaja. Dia bagaikan kecewa kerana tidak dapat membantu Mizah memulihkan suaminya.

Banyak harimau yang dibelanya makcik, keluh Mat Tauhid mendedahkan rahsia sebenar amalan Derih Bauk selama ini. Saya hanya dapat tangkap lima sahaja, jelasnya menatap muka Mizah dalam kehampaan. His banyaknya, Mizah juga hairan bagaimana suaminya sanggup amalkan ilmu yang tidak memberi manafaat demikian. Jadi, kita nak buat macam mana sekarang ? katanya memang tidak tahu apa yang perlu dilakukan kalau Mat Tauhid sudah mengalah. Beginilah, makcik... beritahu Mat Tauhid macam menasihatkan perempuan itu. Kita serahkan pada ketentuan Allah, kalau nak diubati pun keadaannya dah teruk sangat, tuturnya lembut untuk menyabarkan Mizah. Tetapi Mizah tidak bimbang apa. Kalau ajal suaminya sudah tiba waktu, siapa pun tidak boleh menghalang ketentuan Allah. Lagipun biarlah suaminya menemui ajal kalau dibiarkan menanggung beban yang berpanjangan. Dia sendiri tidak menduga terlalu jauh suaminya beramal hingga terpengaruh dengan gangguan syairan yang mahu memusnahkan manusia. Setelah dia membawa suaminya balik, memang anak-anaknya mendesak juga supaya dimasukkan semula ke hospital. Setidak-tidaknya masih boleh diberi bantuan kalau keadaan ayahnya dalam keadaan terdesak. Tetapi Mizah berkeras tidak mahu lagi berubat, setelah mendengar nasihat Mat Tauhid. Mak tak boleh putus asa, Lamiah ingatkan dia supaya tidak percaya sangat dengan pendapat Mat Tauhid. Lagi pun Mat Tauhid sekadar memberi pendapat dan bukannya keputusan yang mesti dipatuhi. Penyakit ayah kamu bukan boleh diubat di hospital, tegas Mizah kerana memahami keadaan sebenar yang menyelubungi diri suaminya. Manalah anak-anaknya tahu mengenai ayah mereka yang sanggup bertapa sampai ke gua semata-mata mahu amalkan ilmu kebatinan. Sewaktu Derih Bauk berkhidmat di Sabah, anak-anak mereka masih kecil lagi. Memang anak-anaknya tidak tahu mengenai amalan ayah mereka selama ini. Sebab itu kalau anak-anaknya sakit, Derih Bauk tidak perlu minta dukun ubatkan. Dia sendiri akan jampikan sampai anaknya sembuh betul. Biar kawan-kawannya dalam kem tuduh dia kolot kerana percayakan amalan demikian. Kalau di hospital ayah dapat dirawat, Lamiah terus mendesak. Di rumah ni mak nak jaga macam mana, mak pun sakit. Ujarnya kerana kasihan dengan keadaan emaknya yang semput termengahmengah. Anak-anak lain juga bersetuju supaya Derih Bauk dimasukkan sahaja ke hospital. Tetapi Mizah tidak berganjak dengan keputusannya. Derih Bauk tidak perlu lagi dibawa ke hospital, setelah dugaannya memang mempunyai alasan.

Kalau Mat Tauhid tidak memberitahu mengenai tujuh belas ekor harimau menjadi pendamping Derih bauk, memang Mizah tidak syak apa-apa mengenai penyakit suaminya. Tetapi dia dapat mengagak kalau diserang angin ahmar, tentu suaminya masih boleh dipulihkan. Dia juga tahu mengenai angin ahmar yang dikatakan stroke kalau dibawa ke hospital. Guru agamanya sendiri sering kali ingatkan mengenai angin ahmar yang memang dihembuskan oleh syaitan yang dikenali oleh ahmar juga. Syaitan ahmar itulah menjadi punca kepada penyakit ahmar. Sebab itu guru agamanya akan doakan mereka yang mengidap ahmar dengan doa bagi menghalau syaitan ahmar itu. Ramai juga yang mengidap angin ahmar itu sembuh setelah didoakan oleh guru agamanya. Tetapi guru agamanya di Taiping itu sudah meninggal dunia tatkala Derih Bauk terkejang tidak bermaya. Kita bacakan Yassin sahaja ayah kamu ni, tegas Mizah setelah seminggu Derih Bauk dibawa balik ke rumah. Lamiah dan adik-adiknya terpaksa mematuhi keputusan emaknya. Dia tidak mahu emaknya terkilan sekiranya didesak juga untuk membawa ayahnya ke hospital. Hati emaknya juga perlu dijaga dalam saat keadaan ayahnya semakin membimbangkan. Sewaktu malamnya bersiap-siap untuk bacakan Yassin itulah Derih Bauk merungut dadanya panas bagaikan terganggang ke api. Dalam keadaan kelam kabut itu Mizah tetap dengan keputusannya untuk menjemput orang-orang surau bacakan Yassin. Biarlah suaminya megerang-erang sakit tidak mahu dibacakan Yassin, dia tidak mengalah lagi dengan keputusannya. Belum pun sempat orang-orang surau datang membacakan Yassin beramai-ramai, Derih Bauk sudah meninggal dunia. Dalam keadaan mengerang sakit dada akibat panas bagaikan diganggang ke api itulah dia menghembuskan nafas. Macam itulah tuan haji kisah suami saya tu, beritahu Mizah apabila kenangkan penderitaan arwah suaminya Derih Bauk, Memang hairan juga dia ketika itu, asal suaminya bertambah teruk, penyakit dia juga ikut pasang sama. Kadangkala terasa juga pada Mizah seolah-olah ajalnya bagaikan berlawan-lawan dengan suaminya. Kalau tidak suaminya akan menemui ajal tentu dia pula akan menerima padah. Selepas Derih Bauk meninggal dunia, penyakitnya mula beransur sembuh. Berulang kali juga dia menemui Mat Tauhid di Bidor. Tetapi setelah Mat Tauhid belajar keluar negeri, tidak tahu lagi Mizah bagaimana mahu menghubunginya. Tak apalah lepas isya nanti, kita tengok macam mana nak buat, jelas Haji Kawa. Ketika Mizah meninggalkan rumah, merungut juga Haji Kawa kerana masih ada tetamu datang. Sebuah motosikal berhenti dengan seorang lelaki bersama isterinya turun di tengah halaman. Tetapi isteri Haji

Kawa tidak berapa senang dengan kedatangan lelaki itu, kerana sudah beberapa kali mereka datang ke situ lelaki berkenaan macam tidak gembira. Kalau tidak disebabkan isterinya berkeras mahu berubat memang lelaki berkenaan tidak akan jejak kaki ke situ. Isterinya mendesak asal sahaja dia tahu Haji Kawa balik ke rumah isteri mudanya itu. TEtapi dia tidak dapat mengelak apabila perempuan itu datang juga. Tersinggung juga Haji Kawa dengan sikap lelaki tersebut, namun dia terpaksa pendamkan di hati. Biarlah lelaki itu merungut marahkan isterinya datang ke situ, Haji Kawa tidak peduli apa. Dia pun tidak mengambil sesen pun duit pengeras kalau dihulur oleh perempuan berkenaan. Petang ini saya tidak berapa sihat, ujar Haji Kawa sebaik sahaja perempuan itu masuk, sementara suaminya masih tercegat di halaman rumah, Lepas isya baru saya nak mulakan, sengaja Haji Kawa berdalih kerana tidak mahu mendoakan perempuan itu kalau suaminya sendiri tidak mengizinkan. Saya datang dari jauh ni, tuan haji, perempuan itu dapat menangkap perasaan Haji Kawa disebabkan tingkah laku suaminya. Haji Kawa tersengih-sengih sahaja. Dia tidak menyahut apa apa kerana tidak mahu menyinggung perasaan tetamunya. Tentu tetamunya menuduh dia sengaja menghalau. Kalau menyuruh balik ketika itu juga kenapa tetapkan masa untuk berubat. Salangkan Haji Kawa sering ingatkan syaitan datang tidak tentu waktunya. Kenapa suami awak tak masuk sama? lantas saya bertanya apabila lelaki itu tidak berganjak di tengah halaman. Dia tak mahu saya berubat di sini, beritahu perempuan itu mendengus perlahan. Kalau suami awak tak izinkan tak bolehlah, sahut saya memujuknya supaya mengajak suaminya masuk sama dalam rumah. Terpaksa juga perempuan itu mara ke pintu menggamit suaminya masuk. Dalam keadaan serba salah lelaki berkenaan masuk juga, tetapi matanya melingas-lingas macam tidak puas hati. Hah, saya sakit bukannya awak! gerutu perempuan itu mencuit bahu suaminya suruh duduk. Awak tak suka tak apa, biar saya berubat dengan tuan haji ni, keras suara perempuan itu membentak menyebabkan suaminya terkebil-kebil biji mata. Kalau awak tak izinkan, kenapa awak hantar isteri awak ke sini, sengaja saya mencelah disebabkan Haji Kawa tidak bercakap apa-apa. Lelaki itu juga tidak menyahut. Tetapi dia semakin resah duduk di kerusi sambil tangannya menggenggam erat tepi kerusi. Belum sempat Haji Kawa mempelawanya minum kopi yang dihidangkan, tiba-tiba sahaja lelaki itu terbatuk-batuk kuat.

Matanya berubah menjadi merah dengan mulut berbuih-buih. Ketika itu saya nampak dia menelungkup dengan punggong diangkat ke atas. Terkejut juga perempuan itu melihat keadaan suaminya tidak semena-mena jadi demikian. Segera dia menepuk-nepuk bahu suaminya menyuruh duduk tetapi lelaki itu terus juga menelungkup di lantai. Haji Kawa juga bingkas bangun mahu membantu setelah lelaki itu tertonggeng dengan mulutnya berbuih-buih. Hah, dengan ustaz bukankah dah kena! Haji Kawa mengejek terus mengusap kepala lelaki berkenaan, lantas dia berdiri tegak menggamit saya. Saya sekadar mengangguk sahaja. Memadai saya memberi isyarat kepada Haji Kawa supaya tidak perlu tergesa-gesa. Biarlah saya perhatikan dulu keadaan yang menimpa lelaki berkenaan ketika itu. Perempuan itu juga hanya melihat suaminya sekadar menelungkup dengan punggung terangkat. Dia tidak menyedari saat ini lelaki itu sedang meneran ekor menjulur panjang sampai terjongket melibas-libas angin. Ketika mengoyang-goyang badan memang saya melihat kuku tangan lelaki itu memanjang. Kulitnya juga berubah sedikit demi sedikit berbelang menjadi harimau tua yang terkial-kial mengangkat kepala. Kenapa ustaz? bisik Haji Kawa menepuk bahu saya. Apa yang ustaz nampak sekarang ni? tersengihsengih Haji Kawa apabila disedarinya saya merenung lelaki berkenaan tidak berkedip mata. Kakak macam mana rasanya? Wahati isteri muda Haji Kawa merapati perempuan berkenaan. Biasanya memang Wahati yang membantu apabila Haji Kawa mengubati perempuan itu. Entah, seram sejuk aje rasa badan, beritau perempuan itu sampai nampak badannya berpeluh menahan debaran yang menggoncang di dada. Kakau ustaz ni ada, ringanlah sikit kerja saya, ujar haji Kawa tersengih-sengih mengerling saya. Tetapi saya tidak menyahut apa-apa. Mata saya tidak berkedip melihat tubuh lelaki itu bertukar menjadi harimau belang hingga tercangkung di sisi isterinya. Tubuh harimau itu tidak mampu bergerak kuat, dengan sebahagian kulit belakangnya terpokah macam pisang diselak. Aku dah cakap jangan datang, kamu degil juga! gerutu harimau yang tercangkung itu mendongak memerhatikan perempuan di sisinya. Bukankah aku yang sakit, terpulang pada aku di mana aku nak berubat, tegas perempuan itu mencebik bibir. Awak mana tahu, Naesah, terangguk angguk harimau yang tercangkung di depan saya itu. Tetapi Naesah sekadar melihat suaminya keluh kesah tidak menentu. Apa pulak aku tak tahu, awak tak suka akan ke sini, merungut panjang Naesah, merungut panjang Naesah membantah sikap suaminya.

Cukuplah Naesah, lantas saya ingatkan perempuan itu supaya tidak melayani lelaki itu. Kalaulah Naesah dapat melihat suaminya sudah bertukar menjadi harimau ketika itu, tentu dia melompat menjauhkan diri. Harimau itu tercangkung di sisi Naesah tidak dapat bergerak. Kulit belakangnya yang tersiat memang bahan didoakan oleh Haji Kawa tatkala mengubati Naesah. Saya dapat mengagak setiap kali Naesah datang ke situ, nescaya kulit harimau itu sentiasa tersiat hingga terpokah daging. Dia menderita kesakitan kalau Naesah berubat di situ. Tetapi Naesah tidak boleh bertahan akibat sakitsakit seluruh badan, kalau suaminya Abu Sunoh demam sampai sesak nafas. Sebaik sahaja Abu Sunoh sembuh nescaya Naesah pula yang menderita disebabkan tulang belakangnya bagai reput kesakitan. Lama dia menanggung sakit sampai berminggu-minggu terasa seluruh badan macam ditusuk duri. Kalau sembuh pun buat sementara sahaja. Dia akan sakit-sakit lagi sekiranya Abu Sunoh demam beberapa hari. Kadangkala sampai berak darah Naesah menahan kesakitan tidak terhingga. Sebenarnya yang sakit, Abu Sunoh, tutur saya berpaling pada Naesah. Ketika ini harimau disisinya hanya mengeleng-ngeleng kepala dengan air mata. Tercengang Naesah apabila saya menuduh demikian. Terasa juga saya terlanjur menuturkannya kerana tidak diminta oleh Naesah mengubati dirinya. Tetapi saya kenangkan Haji Kawa yang sengaja menyembunyikan keadaan sebenar daripada Naesah kerana tidak mahu menyinggung perasaan suami isteri berkenaan. Ustaz ni tahu keadaan suami awak tu, lantas Haji Kawa menjelaskan perlahan. Kalau tidak disebabkan Haji Kawa memang saya juga tidak akan campur tangan. Lagi pun terharu juga saya melihat keadaan Abu Sunoh yang berubah menjadi harimau tercangkung di tengah rumah. Ketika ini memang Naesah tidak tahu apa yang berlaku ke atas suaminya yang terangguk-angguk mendongak di sisinya. Teruk sangat Abu Sunoh selama ini, bisik saya mengerling Haji Kawa yang tersengih-sengih. Susah nak pisahkan dia dengan Naesah, beritahu Haji Kawa menyebabkan Naesah semakin tidak faham. Tentu dia merasakan Haji Kawa sengaja mahu memisahkan dia dengan Abu Sunoh. Tentulah sukar menerangkan kepada Naesah bagaimana gangguan yang merasuk Abu Sunoh itu tidak mahu berenggang daripada Naesah. Kemana saja Abu Sunoh pergi, gangguan tersebut akan tetap mendampinginya. Sebab itulah Naesah menjadi mangsa apabila Abu Sunoh cuba menjauhkan diri daripada syaitan yang menyerupai harimau itu. Apalagi Naesah sekadar melihat suaminya tercangkung dengan mengerang-erang di sisinya. Manalah dia tahu saat ini Abu Sunoh sudah tercangkung menjadi harimau yang luka parah. Dia cuba mengerakkan tubuhnya tetapi keadaannya bertambah lemah.

Memang harimau yang terconggok depan saya itu tidak melawan apa-apa. Dia hanya terkebil-kebil mata sahaja mendongak saya. Tahu sangat saya dia meminta belas kasihan supaya tidak diserang bertalu-talu. Setiap kali Haji Kawa membacakan: Wa-in yamsaskallahu bidhurin fala kasyifa lahu illha huwa wa-in yurridka bikhairin falaradda lifadlihi Yusibu bihi maiyasya-u min ibadihi wahuwal ghafurrur rahim Dan dihembuskan ke ubun-ubun Naesah, terpaksa Abu Sunoh melarikan diri. Dia terpaksa jauhkan harimau yang sentiasa mendampingi dirinya daripada terjahan api yang bertalu-talu. Puas juga Abu Sunoh mahu memisahkan dirinya dari harimau berkenaan, tetapi asal sahaja dia menghalaunya nescaya harimau berkenaan akan mendampingi Naesah pula. Manalah Naesah tahu mengenai harimau tersebut kerana tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Abu Sunoh sendiri tidak tahu mengenai harimau berkenaan. Hanya sekali sekala menjelma dalam mimpinya apabila harimau tersebut menyuruh bertunggang di belakangnya. Kadangkala kalau Abu Sunoh bermimpi diperangkap musuh, sekonyong-konyongnya harimau itu menjelma menyelamatkannya. Memang dia tidak berupaya menghindar harimau berkenaan dari mimpinya. Apalagi setiap kali diganggu demam atau sesak nafas, Abu Sunoh merasa seolah-olah harimau itu menjelma laksana bayang-bayang menjilat seluruh tubuhnya. Setelah dijilat oleh bayang-bayang harimau itu Abu Sunoh kembali segar. Tetapi dia hairan isterinya Naesah pula mengidap sakit-sakit seluruh badan. Apabila Naesah berubat menemui Haji Kawa , entah kenapa Abu Sunoh pula merasa panas miang. Dia tidak dapat lama bertahan di rumah Haji Kawa menyebabkan tergesa gesa mahu balik ke rumah. Sebab itu Wahati, isteri muda Haji Kawa menuduhnya tidak suka Naesah berubat ke situ. Asal sahaja dia terserempak Haji Kawa memang terasa bulu tengkoknya mengembang. Sekaligus pula hatinya tiba-tiba marah tidak menentu apabila menatap muka Haji Kawa. Kalau tak kita jaga anak cucu, siapa lagi nak jaga? berbuih-buih mulut harimau mendongak saya sambil tercangkung tidak bergerak langsung. Mengeluh perlahan Naesah setelah mendengar rungutan suaminya dalam keadaan mengerang-erang. Baru dia menyedari suaminya benar-benar dirasuk hingga suaranya terketar-ketar bagaikan orang tua. Perlahan-lahan Naesah bangun meninggalkan suaminya yang tercangkung mengerang-erang. Bimbang juga dia kalau-kalau Abu Sunoh menerkam tidak menentu apabila terdesak. Abu Sunoh bencikan aku ! tutor Abu Sunoh tergeleng-geleng kepala tetapi saya melihat harimau yang menjelma dihadapan saya itu ternganga nganga mulut menyeringai nampakkan taring. Kalau orang dah benci buat apa tunggu? ujar saya mengejeknya lantas membacakan:

Rabbuka ilal-malaikati inni maakum pathabbitul lazina amanu sa-ulqi fi qulubillazina kafarur ruba fadribu fauqol anaqi wadribu minhum kulla bananin Habis saya bacakan doa itu dia menggeletar sampai terkapai-kapai tangan meminta belas kasihan. Luka di kulit tengah belakangnya kembali berdarah seperti kena sebatan cemati yang keras. Kesan birat di tengah belakangnya timbul melintang hingga memercik darah. Aku nak jaga anak cucu aku, apa salahnya! harimau itu ternganga mulut bagaikan merayu. Memang dia tidak mahu menggerakkan tubuh untuk menerkam ke arah saya. Dia sekadar menunduk dengan mulutnya berbuih-buih dengan lendir. Buat apa kamu jaga Abu Sunoh, bukankah Allah lebih sempurna menjaganya, lantas Haji Kawa membentak keras. Harimau itu mendengus-dengus tidak menentu. Matanya melingas lingas mencari Naesah. Tetapi Naesah telah berlindung di belakang Wahati setelah menyedari suaminya dirasuk. Tatkala Haji Kawa azan tujuh kali di telinga Abu Sunoh dan diikuti dengan membaca Surah at-Tariq sebelas kali, harimau itu menekup dada terus tersungkur menggelepar. Saat ini Naesah melihat suaminya tertiarap dalam keadaan termengah-mengah. Apabila Abu Sunoh terkejang di lantai tidak bergerak-gerak laksana tengah nyenyak tidur tiba-tiba Naesah menangis tersengguk-sengguk. Dia mengeliat-geliat seolah-olah kesakitan di tengah belakang. Janganlah halau aku Naesah, sayu suara Naesah menangis seperti mahu berpisah. Kamu tak berhak pada Naesah, ejek Haji Kawa terus membacakan: Wamai yabtaghi ghairal islami dinan falan yuqbala minhu wahuma fl akhirati minal khosirin Hampir setengah jam barulah Abu Sunoh sedar semula. Dia bingkas bangun terpesat-pesat seperti bangun dari tidur. Keadaannya moyok akibat keletihan semasa tubuhnya bertukar sedikit demi sedikit menjadi harimau. Sebelum balik sempat juga Abu Sunoh memberitahu mengenai datuk saudaranya yang menjadi bomoh pernah memberikan dia keris usang tidak berhulu. Mata keris itu berkarat seolah-olah besi reput yang tidak berguna. Memang datuk saudaranya yang dipanggil Tok Ulung itu ingatkan dia supaya asapkan keris usangnya berkenaan dengan kemenyan setiap petang Jumaat. Tetapi Abu Sunoh tidak peduli sangat pesanan Tok Ulungnya. Malah keris usang itu diletaknya meratarata sahaja tidak dijaga dengan baaik. Dia sendiri tidak tahu mengenai hubungan keris usang berkenaan dengan bayangan harimau yang sering menjelma dalam mimpinya. Lama baru Abu Sunoh menuturkan mengenai Tok Ulungnya yang beberapa kali ditemui orang kampung menjelma menjadi harimau. Tetapi dia semacam tidak percaya, kerana tidak pernah melihat Tok Ulungnya itu menjelma menjadi harimau.