Anda di halaman 1dari 15

Topik 2- Objektif Sejarah Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Melalui ISL minggu ini, saya dapat memahami tentang objektif sejarah. Menurut pandangan Leopald von Ranke, sejarah adalah terdiri daripada peristiwa yang benar-benar berlaku dan tidak terdiri daripada peristiwa yang bercampur aduk dengan dongeng serta khayalan yang tidak berasas. Beliau juga mengemukakan konsep seperti sebenarnya berlaku.

Sifat

objektif

dalam

sejarah

dapat

ditunjukkan

apabila

sudut

keadah

penyelidikannya,penggunaan sumber-sumber sebagai bahan-bahan bukti dapat ditunjukkan kebenaran sesuatu perisitwa yang dikaji. Selain itu, ia juga dapat ditunjukkan dari sudutsudut tatcara penyusunan, penulisan dan persembahannya, serta penerangan mahupun tafsirannya terhadap peristiwa-peristiwa atau kejadian berkenaan.

Walau bagaimanapun, hal ini tidak dapat menghapuskan sifat subjektif dalam sejarah kerana pemilihan peristiwa sejarah untuk dikaji oleh ahli sejarah adalah berpunca daripada minat ataupun seseorang itu menganggap peristiwa tersebut penting. Justeru, peristiwa sejarah merupakan fakta asas, namun tafsiran terhadapnya yang dibagi oleh ahli sejarah merupakan sesuatu yang subjektif.

Aliran Relatif ditimbulkan oleh sejarawan seperti Carl Becker dan Charles Beard dan ia bertentangan dengan aliran objektif. Carl Becker menyatakan bahawa tidak terdapat kayu ukur ataupun unsur keobjektifan dalam kandungan sejarah kerana segala pemilihan fakta sejarah adalah berdasarkan akal fikiran sejarawan.

Oleh itu, kebenaran sejarah adalah bersifat relatif kerana sejarawan memilih sesuatu aspek dengan menolak sebahagian yang lainnya dan kemudiannya mengaitkan fakta-fakta yang telah diambil dengan cara tertentu. Justeru, pensejarahan masih tertumpu kepada pendapat seseorang sejarawan itu sendiri.

Menurut Carl Becker, tugas ahli-ahli sejarah adalah mentafsirkan fakta-fakta sejarah ataupun kejadian-kejadian sejarah melalui penulisan sejarah berdasarkan kepentingan diri mereka ataupun kepentingan zaman hidup mereka. Beliau berpendapat bahawa fakta sejarah sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan aspek-aspek tersebut kerana pemilihan sumber-sumber sejarah adalah berasaskan pengalaman mereka. Selain itu, Ibnu Khaldun juga mengatakan bahawa sejarah adalah catatan atau maklumat tentang masyarakat dan tamadun dunia dan perubahan yang berlaku pada masyarakat bestari.

Topik 1- Pengertian Sejarah

Salam sejahtera dan salam perpaduan. Melalui ISL minggu ini, saya dapat memahami tentang pengertian sejarah. Perkataan sejarah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab, iaitu syajaratun yang bererti pohon. Secara umumnya, Kamus Dewan telah memberikan pengertian yang mudah difahami oleh anggota masyarakat, iaitu peristiwa yang betul-betul berlaku pada waktu lampau, kisah, riwayat, tambo serta kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yang telah berlalu ataupun tawarikh. Perkataan history (sejarah) pula berasal dari bahasa Latin dan Yunani iaitu historia membawa maksud informasi,pencarian yang dapat berkaitkan dengan ilmu. Pengertian Sejarah juga dilihat dari dimensi epistomologi (kata akar), metodologi (kaedah sesuatu sejarah itu dipaparkan) dan filsafat atau pemikiran peristiwa lalu yang dianalisa secara teliti untuk menentukan sama ada ia benar atau tidak. R.G Collingwood memberikan pengertian sejarah adalah sesuatu penyelidikan ataupun ia berunsur kajian. Beliau juga berpendapat bahawa sejarah merupakan sesuatu ilmu sains. Hal ini kerana menurut beliau, ahli sejarah akan membuat kajian dan penyelidikan supaya mengetahui sesuatu peristiwa yang tidak mempunyai sebarang kajian atau penulisan mengenainya sebelum ini. Beliau juga mengatakan bahawa ilmu sains merupakan satu kajian ataupun penyelidikan yang dijalankan untuk mengetahui sesuatu. Justeru beliau menganggap bahawa sejarah merupakan sejenis sains. Selain itu, terdapat juga tokoh sejarawan yang lain bersetuju dengan penyataan sejarah sebagai suatu disiplin ilmu bersifat kajian. Dalam hal ini, Herodotus telah menjalankan kajian tentang Perang Parsi dan jelaslah bahawa beliau menganggap sejarah sebagai suatu disiplin ilmu yang bersifat kajian. Selain itu, persetujuan beliau mengenai pernyataan tersebut juga dapat ditunjukkan dengan penamaan buku beliau, iaitu Histories yang membawa maksud penyelidikan atau penyiasatan dalam bahasa Yunani. F.J. Teggart telah menetapkan ruang lingkup supaya ia lebih ke arah kajian terhadap tindakan sosial menusia yang dilakukan oleh individu atuapun golongan-golongan tertentu dalam sesebuah negara yang mendatangkan kesan yang mendalam terhadap rakyat dan juga terhadap negara. Beliau berpendapat bahawa sejarah tidaklah hanya melibatkan kehidupan harian ataupun kehidupan pribadi manusia. Hujahan beliau dapat dikukuhkan melalui kajian Herodotus yang hanya mengkaji nasib orang Yunani dan orang Parsi yang terlibat dalam Perang Parsi dan juga kajian Plybius dan Livy yang mengenai kemunculan Negara Rom sebagai khususnya pada abad ke-19 yang berkaitan tentang kebangkitan nasionalisme serta mempertahankan kedaulatan negara melalui peperangan.

Penulisan karya sejarah sebenarnya merupakan penulisan yang berbentuk naratif. Penyataan ini telah mendapat persetujuan daripada beberapa sejarawan seperti R.G Colluingwood, F.J. Teggart dan juga Mandelbaum. Menurut R.G Collingwood, peristiwa sejarah dapat dituliskan dalam bentuk naratif atau bentuk deskripsi mengikut kronologi masa. Pendapat F.J Teggart adalah peristiwa sejarah dapat dituliskan dalam bentuk yang naratif serta mengandungi plot permulaan, pertengahan dan keakhirannya. Mandebaum juga mengatakan bahawa penulisan yang berbentuk naratif dapat menunjukkan perubahan-perubahan dalam peristiwa yang kita kaji. Walau bagaimanapun, kajian sejarah juga bertujuan untuk mendapatkan kebenaran mengenai peristiwa sejarah, terutama sekali mengenai struktur am masyarakat, pertubuhan serta bentuk pemerintahan. Oleh itu, penulisan mengenai struktur-struktur tersebut tidak harus menulis dalam bentuk naratif.

Topik 3- Pengertian dan konsep sumber

Salam sejahtera dan salam perpaduan. Melalui ISL minggu ini, saya dapat memahami tentang pengertian dan konsep sumber. Sumber merupakan suatu yang boleh menjadi punca kepada lahirnya sesuatu pemikiran atau penulisan, tapi ia berbeza dengan ilham kerana sumber tidak bersifat asbtrak ataupun spontan serta boleh dirujukkan semula apabila diperlukan. Dari segi sejarah pula, perkataan sumber bermaksud punca, dokumen atau rekod. Konsep sumber sejarah dapat dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu sumber bertulis dan tidak bertulis serta artifak dan bukan artifak.

Sumber sejarah biasanya boleh terbahagi kepada dua jenis, iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer dihasilkan semasa peristiwa tersebut berlaku dan sumber sekunder dihasilkan melalui proses ataupun kaedah penyelidikan yang teratur supaya hasilnya boleh diterima kebenarannya.

Antara contoh sumber primer adalah rekod-rekod, surat menyurat dan laporan kerajaan yang terdapat dalam arkib, rekod-rekod swasta seperti parti politik, kesatuan sekerja dan pertubahan, bahan-bahan peribadi seperti jurnal, buku catatan dan surat pribadi, artifak seperti tinggalan runtuhan, candi, monumen, sumber lisan. Selain itu, sumber sekunder adalah majalah, risalah, buku, jurnal yang terdapat dalam perpustakaan dan arkib.

Tujuan mengkaji sumber adalah dapat sebagai bukti sejarah yang kukuh dan sukar untuk dipertikaikan setelah ditafsir oleh penyelidik. Pengkajian sumber juga dapat menjelaskan tentang kebenaran sejarah dari sudut kesahihan dan ketepatan fakta sejarah dan seterusnya dapat membolehkan ahli sejarah menghasilkan penulisan sejarah yang berkualiti dan baik. Hal ini juga dapat mengelakkan kesalahan dan kesilapan fakta sejarah.

Terdapat juga empat ciri

yang mesti ada dalam sumber yang kita gunakan dalam

penyelidikan. Antaranya ialah sumber tersebut mengandungi kandungan yang asli, sumber tersebut merupakan bahan mentah yang belum diproses atau yang sudah diproses, sumber tersebut mudah diperoleh atau sukar diperoleh serta keadaan fizikal sumber tersebut.

Topik 4 - Metodologi Sumber Sejarah dan Kritikan Sumber

Salam sejahtera dan salam perpaduan. Melalui ISL minggu ini, saya dapat memahami tentang metodologi sumber sejarah dan kritikan sumber. Dalam usaha untuk menghasilkan penulisan sejarah yang berkualiti serta sukar dipertikaikan oleh ahli sejarah lain, ahli-ahli sejarah perlu memastikan sumber-sumber sejarah yang digunakan adalah tepat dan benar serta mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi berdasarkan empat aspek, iaitu jenis sumber, kesahan sumber, usia dan tarikh sumber, serta sifat sumber.

Tafsiran sumber sejarah boleh dikatakan sebagai keterangan, ulasan dan penjelasan terhadap peristiwa atau kejadian yang pernah berlaku. Terdapat juga beberapa jenis tafsiran yang boleh dibuat terhadap sumber sejarah, iaitu tafsiran verbal yang merupakan penumpuan terhadap perkataan-perkataan yang terdapat dalam sesuatu dokumen secara individu ataupun berkumpulan, tafsiran teknikal yang menjelaskan tujuan penulis dalam penulisan sejarah dan sebarang pembacaan secara spesifik yang digunakan, tafsiran logical yang merupakan proses melihat pelbagai bahagian sumber berdasarkan kaedah yang betul, tafsiran psikologikal yang membolehkan pengkaji melihat kepada pemikiran atau karakter pelaku sejarah yang dipengaruhi oleh persekitarannya, fizikal, sosial dan intelektual, serta tafsiran fakta yang merupakan penilaian fakta secara individu atau berkumpulan untuk menjelaskan sebab dan akibat peristiwa.

Kritikan terhadap sumber merupakan satu proses kritikan sebagai bukti untuk ahli-ahli sejarah menghasilkan penyelidikan sejarah yang mempunyai kesahihan fakta-fakta sejarah. Istilah kritikan dari sudut sejarah sebenarnya bukan pendirian yang negative tetapi ia merupakan proses penafsiran bukti dan juga sebagai ujian untuk kebenaran. Kritikan terhadap sumber boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kritikan dalaman dan kritikan luaran.

Kritikan luaran merupakan usaha untuk mengesahkan ketulenan atau kesahan sesuatu sumber asli. Hal ini kerana terdapat sesetangah golongan yang akan memalsukan sumbersumber tersebut disebabkan faktor politik dan juga atas nama wang. Kritikan ini biasanya dijalankan melalui empat ujian utama, iaitu ujian kimia, ujian bahasa, ujian tulisan tangan dan ujian bahan.

Kritikan dalaman merupakan proses yang mentafsir isi kandungan sumber-sumber. Kritikan ini berbeza kritikan luaran kerana kritikan luaran cuma melibatkan kesahan keaslian dan ketulenan sumber-sumber primier. Walau bagaimanapun, kritikan dalaman tidak akan

dilakukan sebelum kritikan luaran dibuat. Jika kritikan luaran sudah bertolak, maka kritkan dalaman juga adalah bertolak. Kritikan ini biasanya dijalankan melalui tafsiran verbal, tafsiran teknikal, tafsiran teknikal, tafsiran logik serta tafsiran fakta.

Topik 5 Jenis-jenis sumber sejarah

Salam sejahtera dan salam perpaduan. Melalui ISL minggu ini, saya dapat memahami tentang jenis-jenis sumber sejarah. Menurut Louis Gottschalk, sumber primer merupakan sumber yang diperoleh daripada saksi utama berdasarkan sesuatu peristiwa yang telah berlaku. Beliau juga mengatakan bahawa sumber pertama adalah sumber yang diperolehi daripada saksi dalam bentuk tulisan, catatan dan juga saksi lisan kepada sesuatu peristiwa sejarah, manakala sumber sekunder adalah sumber yang berbentuk catatan yang

diperolehi daripada orang yang bukan saksi yang berada dalam peristiwa sejarah. Muhd. Yusof Ibrahim juga membezakan sumber primer dengan sumber sekunder dengan pernyataan beliau, iaitu sumber primer adalah sumber atau bahan yang boleh dirujuk tetapi keadaannya asli dan belum ditafsirkan, manakala sumber sekunder ialah kajian-kajian ataupun penulisan-penulisan yang telah dilaksanakan oleh seseorang ataupun sesuatu kumpulan mengenai peristiwa, tokoh dan lain-lain lagi.

Topik 6 - Dokumen Sejarah

Salam sejahtera dan salam perpaduan. Melalui ISL minggu ini, saya dapat memahami tentang dokumen sejarah. Ketamadunan telah mewujudkan sistem tulisan yang telah membawa kepada peningkatan ilmu, komunikasi yang mengikut tafsiran yang berbeza, pemahaman dan pengetahuan secara mendalam dengan mengutarakan soalan-soalan tertentu seperti siapa, mengapa dan bagaimana, serta pencatatan apa yang telah berlaku di sekelilingnya dengan tujuan kepentingan diri dan masyarakat.

Dokumen sejarah merupakan sistem tulisan yang merakamkan peristiwa. Dokumen merangkumi segala maklumat yang dicatatkan atau dirakamkan dalam pelbagai bentuk sebagai rekod. Secara umumnya, dokumen adalah berbentuk tulisan daripada pelbagai bahasa yang dihasilkan dalam bentuk kertas. Sumber lisan juga merupakan sejenis dokumen yang mana ialah sumber yang diperoleh oleh orang saksi dalam peristiwa sejarah dan boleh dirujuk. Ia juga merupakan sumber yang tidak ditulis tapi diwarisi secara turuntemurun.

Dalam hal ini, dokumen sejarah ialah sumber bertulis yang merakamkan kejadian ataupun peristiwa yang berlaku dalam sesebuah negara atau dalam sesebuah kawasan. Contoh dokumen sejarah adalah rekod-rekod kerajaan yang bertarikh sejak zaman penjajahan sehinggalah pentadbiran kini, surat-surat perjanjian, surat-surat peribadi, laporan awam dan sebagainya. Dokumen sejarah merupakan rekod terperinci yang sangat berguna dan penting bagi ahli-ahli sejarah menjalankan kajian atau penyelidikan sejarah. Dokumen sejarah juga terbahagi kepada dua kategori, iaitu yang diterbitkan dan yang tidak diterbitkan. Dokumen sejarah yang diterbitkan adalah dalam bentuk manuskrip yang ditaip daripada sumber asal manakala dokumen sejarah yang tidak diterbitkan adalah dalam bentuk asal dan tidak mengalami sebarang salinan semula atau ditulis semula.

Kaedah mentafsir sejarah termasuklah mengetahui lokasi dokumen, mengenal pasti kuantiti dokumen sejarah serta ciri-ciri dokumen sejarah. Mengetahui lokasi dokumen sejarah adalah penting kerana langkah ini dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan. Kebanyakan dokumen sejarah adalah berada di arkib sejarah dan cawangan arkib, muzium negara, muzium negeri, perpustakaan negara dan perpustakaan negeri. Langkah mengenal pasti kuantiti dokumen sejarah dapat menentukan jumlah dokumen sejarah yang diperlu diakses bagi tujuan penyelidikan. Hal ini penting kerana ia dapat mengetahui sama ada dokumen sejarah tersebut mencukupi untuk menjawab persoalan-persoalan ahli-ahli sejarah.

Ciri-ciri dokumen sejarah adalah dalam keadaan asal. Sumber primer dan sumber utama yang tidak mengalami sebarang pengubahsuaian digunakan oleh ahli-ahli sejarah untuk menjalankan penyelidikan. Dokumen sejarah biasanya berada dalam Arkib Negara atau arkib cawangan negeri supaya ia dapat dipulihkan sepanjang masa. Dokumen sejarah yang mengalami pengubahsuaian sebenarnya isi kandungannya tidak akan diubah. Kandungannya cuma ditaip semula demi mengelakkan kerosakan akibat usia lanjut dokumen tersebut. Selain itu, disebabkan usia lanjut ini, penggunaan kertas juga mempengaruhi dokumen tersebut dapat dibaca atau tidak. Sifat sulit dan rahsia dokumen sejarah juga menyebabkan ahli-ahli sejarah tidak dapat mengakseskan dokumen sejarah tersebut di Arkib Negara. Sifat ini yang dapat dokumen sejarah adalah ditentukan oleh keadaan semasa dan negara, bagi tujuan kepentingan keselamatan. Hal ini disebabkan sumber sejarah tersebut amat berkemungkinan besar akan mengubah pemikiran masyarakat. Oleh itu, ahli sejarah terpaksa mencari jalan atau lokasi lain untuk mengakseskan dokumen tersebut. Di samping itu, dokumen sejarah juga perlu lengkap dari sudut paparan fakta-fakta tentang kejadian atau peristiwa supaya ahli-ahli sejarah dapat menjawab persoalan. Jika tidak, penemuan lokasi lain untuk mendapatkan maklumat tambahan harus dijalankan. Pelbagai jenis dokumen sejarah harus digunakan dalam penyelidikan supaya penulisan ahli-ahli sejarah adalah berkualiti dan dapat mengelakkan kritikan dalam kalangan ahli-ahli sejarah.

Tambahan pula, beberapa ciri dokumen yang sejarah harus diperhatikan termasuklah jenis dokumen seperti fail-fail kerajaan, fail-fail setiausaha kerajaan negeri, laporan awam dan catatan peribadi, tarikh dokumen untuk memastikan kejadian atau peristiwa sejarah, isi kandungan atau fakta yang mesti relevan dengan tajuk kajian, asal usul dokumen sejarah bagi mengelakkan kekeliruan dan mengenal pasti tempat berlaku kejadian, serta status dokumen sama ada dokumen sejarah tersebut boleh diakses atau tidak.

Salah satu masalah penggunaan dokumen sejarah adalah kesukaran membaca isi kandungan. Hal ini disebabkan faktor usia dokumen sejarah kerana semakin lanjut usianya, semakin kabur tulisan dalam dokumen tersebut. Selain itu, bahasa yang digunakan juga tidak dapat difahami dengan jelas.

Peredaran zaman juga menyebabkan berlakunya perubahan dalam bahasa. Misalnya, tulisan jawi zaman tradisional amat berbeza dengan tulisan jawi masa kini. Malahan, makna sesuatu perkataan dan ayat juga berubah seiring dengan perubahan zaman.

Pakar bahasa diperlukan disebabkan jenis tulisan dalam dokumen sejarah. Hal ini demikian kerana sistem tulisan yang lama sangat susah difahami kerana peredaran masa. Terdapat dua kaedah untuk menghasilkan dokumen sejarah, iaitu melalui tulisan tangan dan melalui penggunaan mesin taip. Terdapat masalah penggunaan dokumen sejarah yang dihasil melalui tulisan tangan kerana gaya tulisan yang berlainan dan jenis tulisan yang sukar dibaca. Tulisan juga menjadi kabur disebabkan usia lanjut dokumen tersebut. Keraguan akan timbul apabila menyalinkannya semula.

Sementelahan itu, masalah juga berlaku dalam proses terjemahan dokumen sejarah tersebut. Hal ini kerana penterjemahan adalah dilakukan secara bebas oleh pakar bahasa. Justeru, perkataan-perkataan yang penting dalam dokumen tersebut hilang dengan begitu sahaja. Hal ini juga membawa kepada masalah untuk mengetahui isi kandungan yang sebenar yang menyebabkan ganguan akan berlaku ke atas tafsiran fakta.

Pengaksesan dokumen sejarah yang bersifat sulit menjadi masalah kerana dokumen tersebut adalah dalam bentuk kawalan dan susah untuk mendapatkannya. Hal ini kerana pihak kerajaan tidak mahu tafsiran terhadapnya disebabkan faktor keselamatan negara dan politik semasa. Keadaan persekitaran negara dan hubungan diplomatik antara negara juga menyebabkan pihak kerajaan mengadakan sekatan terhadap pengaksesan dokumendokumen tersebut.

Sesetengah dokumen sejarah juga sukar diperoleh apabila dokumen sejarah tidak berada dalam arkib tempatan. Hal ini bermakna dokumen tersebut mungkin berada dalam arkib luar negara maka ahli sejarah perlu melawat tempat lain untuk mendapatkannya. Ahli sejarah mungkin menghadapi masalah untuk mendapatkannya apabila bertembung dengan masalah kewangan dan faktor masa.

Kerosakan dalam dokumen sejarah seperti kehilangan muka surat dalam rekodrekod kerajaan pada zaman penjajahan juga merupakan masalah penggunaan dokumen sejarah. Dokumen sejarah yang berbentuk fail-fail yang tidak disusum dengan lengkap dari sudut isi kandungan serta kehilangan surat-surat dalamnya juga menyebabkan ahli-ahli sejarah sukar untuk membuat susunan. Kualiti kertas telah berubah disebabkan usia lanjutnya. Hal ini bermaksud usia yang lanjut dokumen sejarah telah menyebabkan kertas dalamnya berubah warna atau hancur yang menyebabkan isi kandungan dalam kertas tidak dapat dibaca.

Topik 7 Penjelasan Sejarah

Sejarah adalah ilmu yang mandiri. Mandiri bermaksud

mempunyai filsafat atau

pemikiran ilmu sendiri, pemasalahan sendiri, dan penjelasan sendiri. Terdapat beberapa pemahaman tentang sejarah, iaitu menafsirkan, memahami dan mengerti. Sejarah tertumpu pada pengalaman dalaman yang menyentuh jiwa dan seluruh pengalaman kemanusiaan. Salah satu kaedah, iaitu keadah understanding adalah usaha untuk meletakkan diri dalam diri yang lain. Understanding adalah mengerti atau memahami makna yang ada di dalam (tersirat), memahami subjektif minda dari pelaku sejarah.

Sejarah adalah ilmu diakronis, sedangkan ilmu sosial adalah ilmu sinkronis atau yang menggabungkan antara peristiwa. Sejarah adalah ilmu diakronis sebab sejarah meneliti aktiviti atau peristiwa yang memanjang dalam tempoh waktu tetapi dalam ruang yang terbatas. Sebagai contoh, subjek Hubungan Etnik merentas kurikulum atau disiplin atau bidang lain. Sejarah merupakan bidang atau disiplin yang sama. Bidang Sains Sosial merupakan pembahagian bidang atau disiplin yang bersifat artifisial (sebenarnya tidak wujud dengan jelas atau tidak terlalu ketara di mana semua orang boleh bercakap atau memperkatakan tentang bidang yang sama). Sementara ilmu sosial lainnya seperti ilmu politik, sosiologi dan lain-lain adalah ilmu sinkronis, iaitu ilmu yang meneliti peristiwaperistiwa yang meluas dalam ruang, tetapi dalam waktu yang terbatas.

Sejarah juga bersifat menerangkan atau menceritakan peristiwa-peristiwa tunggal, disebabkan ia menjelaskan suatu objek atau idea lalu mengangkatnya atau menjadikannya sebagai perisitiwa tunggal. Sejarah sebagai mana ilmu sains sosial yang lain, mempunyai penceritaan (description) dan penjelasan (explanation). Namun sejarah berbeza dengan ilmu sosial yang lain kerana dalam penceritaan sejarah bersifat menerangkan peristiwa tunggal sedangkan dalam ilmu sosial menerangkan hukum atau cerita atau proses secara umum. Apa pun perkara yang diceritakan oleh sejarawan hanya berlaku secara khusus bagi sesuatu peristiwa itu, tapi tidak bagi peristiwa atau peristiwa berdarah yang lainnya, seperti peristiwa 13 Mei 1969.

Justeru, penjelasan sejarah adalah menafsirkan dan memberi erti tentang perisitiwa sejarah yang telah berlaku. Penjelasan tersebut juga merupakan penjelasan tentang waktu yang memanjang (tempoh lama) serta mengenai peristiwa tunggal yang berkaitan dengan sebab dan akibat daripada peristiwa tersebut.

Menurut Professor Carr, penyelidikan sejarah adalah lebih kepada sebab-musabah. Bapa Sejarah, Herodotus pula mengatakan bahawa pemaparan fakta sejarah adalah lebih kepada penyebaban (penjelasan) sesuatu peristiwa. Pemaparan sejarah ini juga melibatkan pelaku sejarah kerana niat pelaku sejarah dan juga tindakannya. Contohnya, dalam peristiwa Persian War, beliau telah menjatuhkan pengadilan moral terhadap masyarakat kerana masyarakat tersebut taat kapada pemerintah. Dalam hal ini, peristiwa tersebut berlaku disebabkan faktor kebudayaan antara dua pihak serta serangan terhadap pihak yang lebih lemah. Walau bagaiamanapun, beliau tidak meletakkan 100% kepada pelaku sejarah dan juga tidak buat faktor serta-merta dan penolak dalam penulisannya.

Thucydides pula menolak unsur ketuhanan dan hanya melibatkan sifat manusia (tindak-tanduk manusia). Hal ini kerana sifat-sifat atau ciri-ciri manusia boleh dikaji apa yang berlaku (ramalkan apa yang berlaku).Jika mengkaji kembali peristiwa Perang Parsi, sifat manusia itu perlu dimasukkan kerana ia mempengaruhi kepimpinanan negara. Selain itu, kekejaman kuasa Athens juga menyebabkan Yunani bertindak balas dan seterusnya perang tersebut berlaku.

Sebagai kesimpulannya, penjelasan sejarah adalah menjelaskan sebab dan akibat sesuatu kejadian atau perisitiwa itu berlaku.

Keistimewaan penjelasan sejarah termasuklah ia dapat menjelaskan sebab-sebab sesuatu peristiwa itu berlaku. Contohnya adalah sebab-sebab campur tangan British di Tanah Melayu pada tahun 1874, sebab-sebab penubuhan Malaysia 1963, sebab-sebab Jepun menduduki Tanah Melayu dan lain-lain lagi. Selain itu, penjelasan sejarah juga dapat menjelaskan akibat daripada sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku pada masa lalu. Contohnya adalah dalam peristiwa penentangan terhadap Malayan Union, kesan-kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1941-1945, Darurat di Tanah Melayu (1948-1960). Di samping itu, penjelasan sejarah turut dapat memberikan pengajaran kepada manusia berdasarkan peristiwa masa lalu yang benar-benar berlaku. Contohnya adalah kesan campur tangan British ke atas Tanah Melayu, zaman darurat di Tanah Melayu (19481960), peristiwa 13 Mei 1969 dan lain-lain.

Pada dasarnya, sejarah berupa semua pengalaman, tingkah laku, kejadian serta peristiwa dalam kehidupan seseorang individu, pemimpin, sebuah institusi, perubahan dan sebagainya dikira sebagai tergolong dalam lingkungan masa lalu.

Topik 8 Pengadilan Moral

Salam sejahtera dan salam perpaduan. Melalui ISL minggu ini, saya dapat memahami tentang pengadilan moral. Prof. Qassim Ahmad menyatakan bahawa pengadilan moral merupakan satu perlakuan (tindakan/justifikasi) untuk menjatuhkan hukuman. Bagi beliau, pengadilan moral juga bermaksud memberi penilaian tertentu terhadap peristiwa sejarah atau pelaku sejarah. Pengadilan moral bukan bererti ahli sejarah mempersalahkan pelaku sejarah sahaja tetapi ada juga ahli sejarah memuji pelaku.

Terdapat dua kumpulan dalam yang mempunyai tanggapan yang berbeza terhadap pengadilan moral. Salah satu kumpulan adalah setuju pengadilan moral wujud dalam bidang sejarah, manakala kumpulan yang lain tidak setuju pengadilan moral dalam bidang sejarah.

Kumpulan yang tidak setuju dengan pengadilan moral untuk wujud dalam sejarah berpendapat bahawa pengadilan moral akan menimbulkan pelbagai jenis masalah yang akan menggangu penulisan sejarah. Hal ini kerana ahli-ahli sejarah tidak mempunyai kemahiran tertentu dalam menjatuhkan pengadilan moral dan justeru ahli-ahli sejarah tidak dapat menilai kebaikan atau keburukan peristiwa sejarah. Apabila ahli sejarah cuba masuk pengadilan moral dalam sejarah, maka akan wujudnya prasangka yang akan memudaratkan penulisan. Selain itu, ahli-ahli sejarah memerlukan bukti yang didapati dari sumber untuk memberi tafsiran terhadap sesuatu peristiwa sejarah dan ini menyebabkan mereka tidak mempunyai kemampuan untuk menilai sesuatu kejadian sejarah.

Selain itu, cara menjatuhkan pengadilan moral antara mahkamah dan ahli sejarah adalah berbeza. Mahkamah menjatuhkan pengadilan moral kepada orang hidup atau yang membela diri dan cara ini tidak bergantung kepada bilangan orang tetapi bergantung kepada tafsiran yang berdasarkan bukti serta mengikut prosedur perundangan. Manakala ahli sejarah menjatuhkan pengadilan moral kepada orang yang sudah meninggal dunia. Justeru, pengadilan moral dalam sejarah tidak harus wujud.

Di samping itu, ahli-ahli sejarah telah menggunakan nilai-nilai tertentu pada masyarakat ini untuk menjatuhkan pengadilan moral. Mereka sepatutunya menggunakan nilai-nilai semasa atau nilai yang sedia ada pada masyarakat lalu (semasa peristiwa sejarah berlaku). Kerumitan dalam pengadilan moral akan berlaku disebabkan nilai ataupun tingkah laku pada zaman dahulu adalah berbeza dengan nilai pada masa kini.

Menurut Butterfly, tugas menjatuhkan pengadilan moral akan berlaku kerumitan melalui nilai moral. Hal ini kerana nilai moral adalah sesuatu yang subjektif. Malahan sesetengah ahli sejarah akan menggunakan pengadilan moral untuk menutup kesalahan pelaku sejarah demi kepentingan bangsa dan juga ideologi politik. Perkara ini akan mewujudkan ketidakbenaran dalam sejarah. Selain itu, ahli sejarah perlu menilai pemikiran sejarah dari aspek niat. Perkara tersebut memang susah dicapai kerana sukar bagi ahli sejarah untuk mengetahui niat seseorang yang sudah meninggal dunia. Maka beliau mencadangkan ahli sejarah sepatutnya lebih ke arah penjelasan sejarah dengan memasukkan keobjektifan sejarah dan tidak harus menjadikan sejarah sebagai suatu penyiasatan. Hal ini kerana penjelasan sejarah akan terjejas disebabkan tiada keobjektifan dalam peristiwa sejarah. Ahli sejarah juga lebih kepada memberi pemahaman sejarah dan tafsiran tapi ini bukan bererti memberi tafsiran kepada masyarakat. Justeru, ahli sejarah tidak harus menjatuhkan sebarang pengadilan moral terhadap perisitiwa ataupun pelaku sejarah.

Kumpulan yang

menyokong

pengadilan moral wujud dalam

sejarah pula

berpendapat bahawa pengadilan moral ini merupakan sesuatu benda yang dapat menegakkan kebenaran dan keadilan. Pengadilan moral ini dapat menunjukkan kepada masyarakat tentang keadilan. Walter menyatakan bahawa sejarah adalah saksi kepada peristiwa sejarah yang buruk. Lord Acton juga mempunyai pandangan yang sama dengan Walter apabila beliau mengatakan unsur moral tidak akan berubah mengikut peredaran zaman kerana kanun dan moral telah dijadikan sebagai ketamadunan. Nilai-nilai sejagat juga diterima oleh masyarakat. Oleh itu, ahli-ahli sejarah mampu menjatuhkan pengadilan moral. Kumpulan ini juga beranggapan bahawa sejarah akan menjadi lebih menyeluruh dengan adanya pengadilan moral dan keobjektifan sejarah.

Prof. Berlin juga berpendapat bahawa pengadilan moral tidak akan membawa kemudaratan kerana ahli sejarah mampu bertindak rasional. Rinkasannya, ahli sejarah berupaya mengemukakan kebaikan dan keburukan dalam pengadilan moral. Andrian Oldfield juga bersetuju dengan Prof. Berlin apabila beliau mengatakan ahli sejarah perlu kaji tentang tindakan pelaku sejarah kerana perkara ini melibatkan unsur niat. Hal ini bermaksud ahli sejarah boleh memahami pelaku sejarah dari sudut dalaman yang membawa kesan kepada peristiwa sejarah. Unsur pengadilan moral juga dapat dilakukan dengan menggunakan perkataan tertentu kerana mereka berkemahiran dalam penggunaan perkataan itu. Contoh perkataan-perkataan tertentu adalah kesengsaraan dan kemarahan.

Kesimpulannya, pernyataan Qassim Ahmad tersebut amatlah dipersetujui. Hal ini berikutan perbandingan kaedah pengadilan yang telah dilakukan di antara kedua-dua pihak tersebut. Dapat dilihat bahawa seorang sejarawan yang terlatih itu lebih menguasai sesuatu perjalanan kisah sejarah itu dengan berdasarkan sumber-sumber serta kaedah kajian dan penyelidikan yang dilakukannya. Bukti-bukti yang diperolehi juga adalah sahih dan benar, maka pengadilan yang dilakukan amatlah sukar disangkal dan lebih mudah diterima.

Jika berbanding dengan golongan masayarakat viasa, mereka hanya memperolehi sumber atau fakta sejarah melalui sumber-sumber yang tidak diketahui kebenarannya. Dengan hanya berdasarkan kepada fakta-fakta melalui internet, media atau karya sejarah, adalah amat tidak memadai untuk melakukan sebarang pengadilan. Pengadilan mungkin boleh dilakukan, tetapi bukan semua pihak akan menerima pengadilan yang dilakukan oleh masyarakat tersebut, ini kerana fakta yang diberikan kurang jelas kesahihannya dan amatlah mudah disangkal. Malah menimbulkan pertikaian dari pelbagai pihak. Justeru, tugas pengadilan moral itu lebih baik dilakukan oleh sejarawan yang terlatih berbanding masyarakat yang tidak terlatih.

Anda mungkin juga menyukai