Anda di halaman 1dari 41

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

UNIT 6
KEMAHIRAN PENGAJARAN BACAAN

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini anda akan dapat :

1. Menjelaskan tujuan pengajaran membaca 2. Memerihalkan tentang jenis-jenis bacaan 3. Menyenaraikan peringkat-peringkat mengajar bacaan 4. Menjelaskan kaedah mengajar bacaan 5. Menyenaraikan kaedah mempertingkatkan kemahiran membaca

PENGENALAN

MENGIKUT memindahkan

fahaman kepada

dahulu suara.

membaca Seseorang

ialah murid

semata-mata yang boleh

tulisan

menyuarakan tulisan dengan lancar adalah dianggap pandai membaca walaupun isi bacaan itu tidak difahaminya. Oleh itu pelajaran membaca sentiasa dijalankan dengan cara membaca kuat dan perhatian ditumpukan semata-mata kepada suara, kelancaran dan sebutan murid itu. Soal memahami isi bacaan tidak dihiraukan kerana murid itu membaca bahasanya sendiri dan daripada itu difikirkan tentu mengerti apa yang dituturkannya.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Mengikut fahaman sekarang membaca itu bukanlah bermakna memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak memahami apa yang disuarakan maka murid itu tidaklah boleh dihitung pandai membaca. Memahami isi bacaan adalah tujuan yang berjalan serentak dengan kelancaran membaca.

Dalam hal yang demikian bolehlah didefinisikan bahawa membaca ialah menyuarakan memahamkan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan

kandungannya.

Mengajar

membaca

bererti

mengajar

murid-murid memindahkan tulisan kepada suara serta melatih mereka memahami apa yang terkandung dalam bacaan itu.

ISI KANDUNGAN

Apakah tujuan pengajaran membaca?

Membaca mempunyai dua tujuan:

a) Tujuan serta-merta b) Tujuan lanjut

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tujuan Serta-merta Tujuan serta-merta mempunyai tujuan muktamad yang berhasrat untuk membolehkan murid-murid membaca dan memaham. 'Boleh

membaca' bermaksud boleh membaca dengan cepat, tidak teragak-agak, boleh membaca dengan serta-merta dan tidak payah mengambil masa yang amat panjang. 'Boleh membaca juga bererti murid-murid boleh membaca bersendirian tanpa bergantung kepada pertolongan dan bantuan guru. Ini bermakna pendiriannya baik, kemas dan kukuh.

Boleh memahami pula bererti boleh menangkap dengan pantas makna atau maksud yang dibaca. la juga bererti murid-murid boleh memberi fikirannya sendiri, boleh menggunakan perkataannya sendiri untuk menyatakan apa yang dibacanya. Dan jikalau pimpinan gurunya baik, murid-murid akan boleh pula. menilai dan menimbang hasil bacaannya itu.

Tujuan serta-merta juga mempunyai tujuan-tujuan lain: (a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan bunyi sebutan dan rentak irama (intonasi) yang betul. (b) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca senyap tanpa merasa sebarang gangguan. (c) Untuk mewujudkan sikap suka dan mahu membaca terus menerus dan mencari pengertian daripada yang dibaca. (d).Untuk menimbulkan minat mahu membaca sebagai alat hiburan atau alat pengisi masa lapang dan menambah pengetahuan.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tujuan Lanjut Setelah tujuan serta-merta dapat disempurnakan maka murid yang keluar dari bangku sekolah akan mempunyai satu alat yang membolehkan mereka mengutip pelbagai pengetahuan dan mendapatkan pelbagai fikiran daripada buku-buku untuk dijadikan panduan hidup mereka. Dengan kebolehannya membaca itu dia, akan dapat membetulkan

fahaman-fahamannya yang salah, membandingkan fikiran dan pengalaman orang lain untuk menyelesaikan masalah-masalah hidupnya sendiri. Dia seharusnya boleh berfikir dan melahirkan fikirannya dengan cara yang teratur. Apabila dia boleh membaca maka dapatlah dia menambah satu lagi alat perhubungannya iaitu membolehkannya merapatkan dirinya dengan orang-orang lain yang ada di sekelilingnya. Secara yang lebih tegas,

tujuan lanjut bermatlamatkan: (a) sebagai alat penambah pengetahuan dan pengalaman setelah keluar dari sekolah. Satu daripada cara untuk menyambung pelajaran ialah dengan banyak membaca. (b) mendapat bahan fikiran untuk dijadikan panduan hidup iaitu dengan meneladani perkara-perkara yang baik yang dilakukan oleh orang lain. (c) meluaskan fahaman serta membetulkan idea-idea yang salah. Menjadikan bahan-bahan perbandingan dengan orang lain. (d) latihan untuk melahirkan fikiran dengan baik dan teratur. (e) merapatkan lagi diri dengan masyarakat dan memudahkan untuk mengikuti perkembangan alam dan manusia.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

AKTIVITI 6.1

Bandingbezakan tujuan pengajaran membaca berikut :-

Tujuan serta-merta

Tujuan lanjut

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Apakah jenis-jenis bacaan?

Ada dua cara membaca yang sering dijalankan di sekolah-sekolah:

(a) Bacaan bersuara (bacaan mekanis) (b) Bacaan senyap (bacaan akaliah)

Bacaan Bersuara Bacaan bersuara adalah bacaan mekanis yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Bacaan bersuara biasanya dilaksanakan di kelas-kelas rendah atau pada peringkat kelas permulaan. Gunanya ialah untuk latihan teknik supaya kanak-kanak dapat membunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan sebutan, gaya, dan rentak irama yang sempurna.

Bacaan bersuara mempunyai beberapa tujuan: (a) Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas

dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. (b) Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul.

(c) Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti pada tempat-tempat berhenti yang betul.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

(d) Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata-mata pelajaran yang lain. (e) Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca bersuara.

Cara melaksanakan bacaan bersuara: (a) Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan,

sesuai dengan kebolehan dan umur murid-murid. (b) Bersoal jawab dan membantu murid-murid dengan perkataan-perkataan dan rangkai kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan-perkataan itu. (c) guru. (d) Guru membaca dan murid-murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas atau kumpulan. (e) Guru memandu murid-murid membaca secara individu bergilir-gilir. (f) Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid-murid mengenai Guru membaca sebagai contoh dan murid-murid menyemak bacaan

isi bacaan untuk menguji kefahaman mereka. Ini boleh dilakukan secara lisan dan bertulis.

Bacaan Senyap Bacaan senyap atau bacaan akaliah ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan senyap lebih pantas daripada bacaan bersuara kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan bersuara seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

dalam bacaan senyap. Bacaan senyap ini dijalankan sesudah murid-murid mencapai kemahiran dan k=kapan bacaan bersuara.

i. Tujuan bacaan senyap (a) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri. (b) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami apa yang dibacanya. (c) Untuk melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas.

(d) Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk mendapatkan pengetahuan. (e) Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk hiburan.

Cara melaksanakan bacaan senyap (a) Bacaan ini adalah bacaan untuk kefahaman. (b) Bahan-bahan yang diajar mestilah berperingkat-peringkat daripada bahan-bahan yang sedikit dan senang kepada bahan-bahan yang banyak dan susah. (c) Guru memberi dan menentukan bahan bacaan. Semasa pelajaran dijalankan guru membantu dan memandu murid-murid yang lemah. (d) Guru bersoal jawab dan membincangkan perkataan dan rangkai-kata yang susah. (e) Tentukan bahan bacaan yang hendak dibaca dan murid-murid memahamkannya sendiri. Guru mengehadkan masa murid-murid membaca dan memahamkan isi bacaan.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

(f)

Guru kemudian menjalankan pula latihan kefahaman dengan

mengemukakan soalan-soalan. la boleh juga dijalankan dengan cara menceritakan semula apa yang telah dibaca atau dibuat dalam bentuk ujian objektif dan subjektif. (g) Guru hendaklah membantu membetulkan kesalahan-kesalahan yang terdapat semasa murid-murid mengemukakan isi bacaan.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

10

AKTIVITI 6.2

Dalam ruang yang disediakan dibawah, bina DUA peta minda bagi menjelaskan tujuan bacaan bersuara dan bacaan senyap

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

11

Apakah peringkat-peringkat mengajar bacaan?

Ada 5 peringkat mengajar bacaan yang harus diketahui oleh guru-guru:

(a) Peringkat menyediakan murid (b) Peringkat mendirikan asas (c) Peringkat melatih membaca dan memaham (peringkat mencapai kemahiran membaca) (d) Peringkat melatih membaca untuk menghiburkan hati dan juga untuk mencari pengetahuan (e) Peringkat membina dan memperkukuh sikap gemar membaca.

Peringkat Menyediakan Murid Apabila guru-guru menerima murid-murid baharu tahun satu; biasanya guru itu mengajar terus dengan rasminya akan pelajaran membaca dan menulis kerana telah direncanakan di dalam jadual waktu. Guru-guru tidak menyiasat terlebih dahulu adakah murid-murid mereka ' berkeadaan 'sedia' untuk menerima pelajaran yang akan disampaikan. Keadaan akan menjadi bertambah buruk lagi apabila latar belakang murid-murid itu kurang kerana datangnya daripada rumah tangga yang miskin dan pengalamannya berhubung dengan buku-buku, gambar-gambar dan huruf-huruf tulisan sangat kurang. Oleh kerana itu, kenalah guru-guru menyiasat terlebih

dahulu akan sifat kesediaan murid-murid mereka sebelum memulakan pelajarannya. Pada peringkat menyediakan murid ini, guru terpaksalah memberikan perhatian kepada dua perkara yang dikira penting:

(a) Perasaan murid-murid (b) Bahasa murid-murid

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

12

Murid-murid yang baharu masuk sekolah akan mengalami perubahan alam keliling. Mereka mudah berasa bimbang kerana berpisah daripada ibu bapa atau penjaganya dan tinggal di tempat dan kawasan yang berlainan daripada rumah mereka. Ketika itu mereka bercampur gaul dengan kawan-kawan sebaya yang kebanyakannya belum mereka kenal. Jadi guru mestilah bertimbang rasa dan memahami kesulitan dan perasaan mereka. Dalam minggu pertama itu guru-guru sepatutnya cuba sedaya upaya mencari langkah-langkah yang baik bagi menawan hati murid-murid hingga tertanam perasaan kasih kepadanya, menaruh kepercayaan kepada kata-katanya dan tidak menganggapnya sebagai orang asing.

Berbagai-bagai ikhtiar patut dijalankan untuk menyenangkan hati mereka, menghilangkan rasa takut dan membangkitkan perasaan suka berkawan dan gemar belajar bersama-gama. Hati mereka dihiburkan dengan nyanyian, pantun kanak-kanak, cerita, jenaka dan binatang, lakonan, senaman dan kegiatan-kegiatan kumpulan yang menyeronokkan.

Kesukaran setengah-setengah guru mengajar membaca adalah kerana mereka itu kurang menyiasat tentang kebolehan dan keberanian murid-murid bertutur dan berbahasa, menyatakan perasaan dan fikiran masing-masing dalam bahasa kandungnya. Soal bahasa ini penting kerana bacaan ialah menyuarakan lambang-lambang bahasa itu. Sekiranya bahasa murid-murid itu belum lengkap, pertuturannya belum kemas, dan sebutan serta fahamannya belum sempurna, akibatnya kelak menyusahkannya membaca dan menulis. Oleh itu guru sepatutnya terlebih dahulu menyiasat tentang bahasa murid-murid itu khasnya tentang bahasa yang akan digunakan dalam pelajaran bacaan. Sekiranya perbendaharaan kata yang dikehendaki itu belum ada, patutlah diajarkan melalui pelajaran lisan, cerita, dan sebagainya.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

13

Peringkat kesediaan ini mempunyai beberapa tujuan: a) Supaya dapat menimbulkan kemahuan dan keinginan kanak-kanak untuk meluaskan lagi pengetahuannya yang telah sedia ada. b) Melatih kanak-kanak supaya boleh memerhati sesuatu dengan baik dan cuba mengecamnya. c) Untuk memberi peluang kanak-kanak merapatkan dirinya dengan guru. Ini boleh menimbulkan keyakinan mereka. d) Untuk membina tabiat gemar membaca dan menghargai apa yang dibaca.

Untuk mencapai tujuan ini beberapa langkah bolehlah dijalankan. Di antaranya ialah; i. Banyakkan bermain-main dengan kanak-kanak, misalnya berbual-bual, bersoal jawab dengan cara yang tidak formal. ii. Adakan pelajaran ringan seperti menyanyi, berlakon bercerita dan sebagainya yang menarik hati. iii. Bina asas bahasa kanak-kanak melalui pertuturan. Beri galakan dan pimpinan yang sepatutnya supaya kanak-kanak mahu bertutur. iv. Perbendaharaan kata. yang difikirkan perlu hendaklah ditambah dari semasa ke semasa dengan cara tidak langsung.

Banyak perkara yang perlu diperhatikan untuk menentukan sama ada kanak-kanak itu telah sedia untuk membaca atau tidak. Tinjauan itu boleh dilakukan dengan melihat. L Bolehkah kanak-kanak itu faham atau dapat mengikut percakapan orang lain terutama gurunya? ii. Dapatkah dia melahirkan perasaan dan fikirannya?

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

14

iii. Dapatkah dia melihat dengan baik. Kenalkah dia bentukbentuk seperti garisan, bulatan dan lain-lain? iv. Bolehkah dia mengecam gambar-gambar atau warna-warna asas serta membezakannya? v. Tahukah dia memegang alat baca dan tulis seperti buku, pensel dan sebagainya? vi. Bagaimana dengan kesihatannya? Dapatkah dia belajar dengan baik? vii. Sudahkah dia ada kemahuan untuk belajar membaca, seperti teringin melihat gambar, mahu bertanya dan sebagainya? viii. Bagaimana dengan latar belakang keluarganya? Seperti keadaan rumahtangga, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.

Peringkat Mendirikan Asas Bacaan Asas bererti satu permulaan atau tapak bagi satu-satu binaan. Dalam soal mendirikan asas bacaan rumi bahasa Malaysia perkara-perkara seperti pemilihan ayat, rangkai kata, perkataan, huruf-huruf dan suku kata berkehendakkan kajian yang mendalam dan teliti daripada pihak guru supaya pelajaran yang disampaikan itu tidak membosankan murid-murid. Hal-hal di atas ini berhubung rapat dengan alatan mengajar dan buku-buku bacaan yang sesuai. Selain daripada papan tulis dan kapur putih, guru juga. mestilah menyediakan kapur berwarna, papan magnet, kad-kad imbasan yang telah sedia bertulis, kad-kad perkataan suku kata dan ayat serta gambar-gambar berwarna untuk menarik hati dan minat mereka.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

15

Peringkat ini menekankan beberapa perkara penting. i. Segala bahan yang hendak diajarkan hendaklah dipilih, dikawal, dan

disusun dengan baik. Ajarkanlah perkataan-perkataan dan rangkai kata atau ayat yang sedang dan sesuai sahaja dahulu. ii. Alat-alat mengajar hendaklah lengkap untuk menimbulkan minat

kanak-kanak. iii. Isi pelajaran hendaklah berkait rapat dengan pengalaman dan sesuai

pula dengan perkembangan jiwa kanak-kanak. iv. Gunakanlah gambar atau warna-warna yang menarik hati untuk

memberi dorongan. v. Guru hendaklah selalu memberi galakan dan bimbingan supaya tidak

membunuh semangat kanak-kanak untuk terus belajar membaca. vi. Fikirkan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai dan berkesan

Peringkat Melatih Membaca dan Memaham Bahan atau isi bacaan hendaklah sesuai dengan peringkat umur dan kecenderungan kanak-kanak. Guru janganlah hanya mementingkan sebutan suara dan kelancaran sahaja tetapi mestilah juga sekali gus menyediakan soalan-soalan yang mudah untuk kefahaman.: Jadi kita tidak boleh pisahkan pelajaran bacaan dengan pelajaran bahasa Malaysia pada keseluruhannya. Dalam hal ini, bacaan senyap hendaklah juga digalakkan supaya murid-murid dapat melatih diri sendiri untuk menangkap maksud isi pelajaran yang dibaca.

Sebagaimana yang telah ditegaskan, tidaklah ada gunanya. Kanak-kanak membaca kalau mereka tidak faham apa yang dibaca, Oleh itu guru hendaklah memeri perhatian kepada perkara-perkara berikut:

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

16

i.

memulakan membaca setelah kanak-kanak dapat membaca ayat-ayat

ringkas dan boleh mengecam perkataan, suku kata dan huruf. ii. banyakkan soalan-soalan yang munasabah untuk menguji kefahaman

kanak-kanak selepas membaca. iii. beri kanak-kanak peluang membaca dan memaham di dalam lain-lain

mata pelajaran seperti sejarah, geografi, sains dan sebagainya. iv. Gunakan teknik soalan yang membina dan mengikut prinsipprinsip

yang betul. v. aktiviti bacaan intensif dan ekstensif boleh dijalankan untuk latihan

kemahiran membaca.

Peringkat Membaca untuk Hiburan dan Mencari Pengetahuan Kanak-kanak yang mahir membaca akan terdorong hatinya untuk menggunakan kemahiran membacanya itu untuk menghiburkan hatinya. Oleh yang demikian tersangatlah mustahak pada peringkat ini disediakan pelbagai buku cerita untuk menyempurnakan kehendak ini. Buku-buku yang biasanya digemari oleh kanak-kanak ialah buku-buku yang- mengandungi cerita-cerita dongeng, cerita-cerita bergambar, cerita-cerita binatang,

cerita-cerita jenaka, pengembaraan, cerita-cerita rekaan dan sebagainya. Buku-buku cerita itu seharusnya janganlah terlalu panjang atau susah hendak difahami. Kanak-kanak kurang tertarik dengan buku-buku yang bahasanya terlalu tinggi dan susah dibaca. Untuk mendapatkan

pengetahuan pula, sekolah harus memperbanyakkan lagi buku-buku yang seperti itu dan pemilihannya harus bersesuaian dengan minat dan umur murid. Amatlah mustahak perkara-perkara ini dipertimbangkan kerana pemilihan yang tepat akan menggalakkan minat murid untuk terus membaca.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

17

Peringkat Membina Sikap Gemar Membaca Sikap suka belajar patut ada pada murid-murid yang baharu datang ke sekolah tetapi hidup matinya sikap itu adalah bergantung kepada pengajaran guru. Sikap ini bukanlah dipelihara semasa murid-murid baharu belajar membaca tetapi sebenarnya berjalan sepanjang masa, sama dengan peringkat-peringkat yang lain juga. Bahan-bahan pelajaran yang baik dan disusun dengan cermat, teknik mengajar yang baik, kaedah yang menarik adalah di antara rahsia bagi mendirikan sikap ini. Oleh itu, tersangatlah mustahak guru-guru berhati-hati memilih bahan-bahan pelajarannya, bukubuku bacaannya, kaedah mengajarnya dan lain4ain supaya terbina dan terpelihara sikap 'sentiasa gemar membaca itu.

Adakah anda terfikir, mengapakah peringkat menyediakan murid sangat penting dalam mengajar bacaan?

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

18

AKTIVITI 6.3

Huraikan intipati peringkat mengajar berikut :-

1. Peringkat Mendirikan Asas

2. Peringkat Melatih Membaca dan Memahami

3. Peringkat Membina dan Memperkukuhkan Sikap Gemar Membaca

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

19

Apakah kaedah mengajar bacaan?

Kaedah Mengeja i. Mengeja dan membatang suku kata seperti b, a, = ba; t, u = tu. Kemudian suku-suku kata ini digabungkan menjadi perkataan, misalnya ba, tu, = batu. ii. Mengeja terus sesuatu perkataan seperti b, a, t, u = batu.

Kebaikannya (a) Murid-murid mahir mengeja. Ini disebabkan mereka ~dilatih mengeja tiap-tiap perkataan yang dibacanya. (b) Kaedah ini memudahkan guru-guru menjalankan kerja-kerjanya. Tidak berkehendakkan alat-alat mengajar yang banyak.

Keburukannya (a) Murid-murid tidak lancar membaca. Kaedah ini menjadikan murid sibuk mengeja kerana tumpuan mereka kepada huruf semata-mata. (b) Murid-murid tidak faham apa yang dibacanya. Oleh kerana terlalu mementingkan ejaan dan sebutan, fahaman langsung tidak dihiraukan. (c) Murid-murid akan membaca dengan berlagu dan tidak mempedulikan rangkai kata dan tempat-tempat berhenti. (d) Tidak membangkitkan perasaan gemar membaca kerana kaedah ini bertentangan dengan pendapat Ilmu Jiwa iaitu cara kanak-kanak menguasai sesuatu ialah daripada keseluruhannya membawa kepada

bahagian-bahagiannya.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

20

(e) Mengelirukan kanak-kanak kerana nama huruf-huruf tidak menepati bunyi huruf-huruf itu.

Kaedah Bunyi i. Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang

lain, misalnya ba, tang, = batang.

ii.

Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata

dan akhimya perkataan. Nfisalnya, b (beh), a (ah) = ba t (teh), u (uh) = tu ba + tu = batu

Kebaikannya (a) sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana bahasa Melayu adalah terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya. (b) Kaedah ini membolehkan kanak-kanak membaca perkataanperkataan baharu walaupun perkataan-perkataan itu di luar perbendaharaan kata mereka.

Keburukannya (a) Bacaan murid-murid tidak licin. Ini disebabkan perhatian murid-murid itu tertumpu kepada suku-suku kata, satu lepas satu. (b) Tidak menarik hati kerana suku-suku kata yang diajar itu tidak mempunyai makna yang nyata pada mereka.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

21

Kaedah Huruf Kaedah ini yang tertua dijalankan dari semenjak kerajaan Greek dan Rom. Kaedah ini mementingkan mengenal nama-nama huruf dan bunyi huruf-huruf itu. Kaedah ini dimulakan dengan: (a) Mengenal nama-nama huruf. - a, b, c, d - y, z, vokal dan konsonan. (b) Di dalam bahasa Malaysia yang dibunyikan ialah: vokal a, e, i, o, u

vokal dan konsonan - ba, be, bi, bo, bu diftong ai, au, oi.

(c) Kemudian bunyi-bunyi itu disambung supaya menjadi suku kata, misahiya ba + tu = batu, a + ku = aku dan sebagainya. (d) Kemudian mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya. diajar membaca.

Kelebihannya (a) Sesuai dengan susuk bahasa Malaysia kerana bahasa Malaysia terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya. (b) Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu, walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik. (c) Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca. (d) Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid-murid.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

22

Kekurangannya (a) Murid-murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca.

(b) Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Ini menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang dibaca. (c) Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang bermakna. (d) Boleh membosankan murid-murid terutama apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan.

Kaedah Pandang Sebut Kaedah ini mementingkan dua perkara; (i) Membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar. (h) Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.

Prosesnya (a) Mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang

keseluruhannya. Setelah dicam, tidak dibunyikan, dan tidak juga dieja, tetapi terus disebut perkataan itu. Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang disampaikan mengikut kaedah ini disertakan dengan gambar.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

23

(b) Dalam hal mempelajari ayat pula, kanak-kanak diminta mengecam terus ayat-ayat yang pendek dan mudah dengan tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya. Setelah mengecam diminta terus membaca. (c) Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan. (d) Kaedah ini dikenali juga, dengan nama kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat. (e) Kaedah ini sangat baik dan sesuai digunakan bagi mengajar bacaan Jawi terutama bagi perkataan-perkataan yang tidak tetap Sistem bunyinya untuk dieja.

Kelebihannya (a) Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari sesuatu cara keseluruhan, menarik minat murid-murid.

(b) Bersesuaian dengan resmi semula jadi kanak-kanak mempelajari sesuatu iaitu daripada keseluruhan kepada bahagian-bahagiannya. (c) Kaedah ini dari awal mementingkan makna. Dengan itu kanak-'kanak dari mula mendapat latihan memaham apa yang dibaca oleh mereka. (d) Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan rentak irama ataupun alunan suara yang betul dari mulanya.

Kelemahannya (a) Bacaan kanak-kanak mungkin terhad kepada perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat yang telah diajarkan sahaja.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

24

(b) Kaedah ini tidak membolehkan kanak-kanak mengenal huruf secara formal. Lambat mengenal bunyi dan suku kata. (c) Murid-murid tidak mempunyai asas yang kukuh yang membolehkan mereka membaca sendiri. (d) Lambat tercapai kemahiran dan kecekapan membaca.

Apakah pendekatan mengajar bacaan? Pada amnya ada dua pendekatan yang besar untuk menyampaikan pelajaran membaca.

(a) Pendekatan membina (Sintesis) (b) Pendekatan cerakinan (Analisis)

Pendekatan Membina Cara ini ialah satu cara yang berdasarkan prinsip sintesis atau membina atau dengan lain perkataan menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi satu benda yang besar. Misalnya dalam mengajarkan ayat; 'Nina ada baju merah'.

- perkenalkan huruf - perkenalkan suku kata - perkenalkan perkataan - perkenalkan rangkai kata - perkenalkan ayat

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

25

Pada keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah huruf, kaedah bunyi dan kaedah suku kata,

Pendekatan Cerakinan Cara ini ialah satu cara yang berlainan atau berlawan prinsipnya dengan cara sintesis. Cara ini berdasarkan prinsip analisis atau mencerakin atau dengan perkataan lain mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil. Misalnya dalam mengajarkan ayat 'Nina ada baju baru'.

- perkenalkan ayat - perkenalkan rangkai kata - perkenalkan perkataan - perkenalkan suku kata - perkenalkan huruf

Pada keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah perkataan, kaedah rangkai kata, kaedah ayat yang kesemuanya digabungkan dalam kaedah pandang sebut.

Pendidik dan pengajar-pengajar yang berpengalaman dengan kedua-dua cara tadi berpendapat bahawa cara~-cara ini masih juga t1dak membawa kepada hasil. yang baik dan memuaskan. Maka dengan hal yang demikian, telah terbit satu cara lain yang dipercayai dapat mengurangkan masalah

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

26

yang dihadapi. Cara ini ialah -ara eklektik atau lebih dikenal dengan nama cara campuran.

Pendekatan Eklektik i. Cara eklektik adalah cara mengajar bacaan dengan menggunakan

kaedah campuran daripada dua cara yang terbesar iaitu mengajar bacaan dengan menggunakan cara membina dan cara cerakinan. ii. Cara membina mengandungi kaedah bunyi, kaedah huruf dan kaedah

suku kata.

iii. Cara cerakinan pula mengandungi kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat. Semua kaedah Ini disebut kaedah pandang dengar.

Kelebihannya (a) Kaedah ini mengikut prinsip psikologi membaca. (b) Dapat mengikut kehendak dan kebolehan murid-murid dalam pelajaran bacaan dan mengikut situasi. (c) Dapat menggunakan kaedah yang difikirkan paling sesuai mengikut peringkat kesediaan dan kebolehan murid-murid. (d) Menyatupadukan beberapa kaedah yang sesuai dengan fonem bahasa Malaysia (e) Dapat menggabungkan kaedah lama dengan kaedah yang baru supaya dapat menghapuskan konflik pendapat.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

27

Cara mengajar i. Tujuannya ialah untuk membolehkan 'murid-murid membaca ayat-ayat

yang pendek, mengenal huruf, suku kata dan memahami isinya. ii. Bentuk huruf.- Jangan diajar nama huruf vokal dan konsonan itu dahulu.

Huruf-huruf itu diajar dari segi bunyinya sahaja. Misalnya;

a - ayam

p - payung

i - ikan

iii.

Bentuk bahasa: suku kata diajar menerusi perkataan. MisaInya; ba - bakul, bawang, barang, menggunakan warna; a (merah) i (hijau), u (biru), u (ungu), e (kuning), dan o (coklat). menggunakan gambar.

iv.

Alat mengajar: kad imbasan, kad ayat, kad perkataan, kad rangkai kata,

kad suku kata dan sebagainya bolehlah digunakan. Huruf-huruf harus terang dan jelas sehingga dapat dilihat oleh semua murid.

Pendekatan Berformatkan KBSR Ada empat pendekatan yang dicadangkan untuk dilaksanakan dalam pengajaran bacaan mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah.

PENDEKATAN A Pendekatan ini adalah kaedah campuran yang memberatkan bentuk cerakinan. Dalam pendekatan ini kegiatan pra membaca adalah diperlukan pada peringkat awal. Dalam pengenalan huruf-huruf, penekanan adalah

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

28

pada bunyi huruf itu. Pengenalan kepada nama huruf dilakukan secara tidak langsung dan digalakkan selepas bunyinya dikuasai. Pendekatan ini menekankan kepada kaedah pandang dan sebut dan dibantu oleh kaedah sokongan seperti kaedah suku kata dan kaedah huruf atau bunyi.

Pendekatan A boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut: (a) Tunjukkan gambar (b) Tunjukkan kad perkataan (c) Tunjukkan kad suku kata (d) Gandingkan kad suku kata (e) Bunyi huruf (f) Bunyi suku kata (g) Membaca perkataan

PENDEKATAN B Pendekatan B berasaskan kepada kaedah fonik (bunyi), digabungkan dengan kaedah suku kata serta dibantu oleh kaedah pandang dan sebut. Penggabungan kaedah-kaedah ini adalah untuk menjelaskan makna perkataan yang dipelajari dan memperlihatkan susunan bunyi dalam perkataan yang bermakna. la sesuai untuk bentuk binaan. dan cerakinan.

Pada peringkat permulaan, dua bunyi huruf

diperkenalkan kepada

murid-murid, iaitu huruf /m/ dan huruf /s/. Tujuannya adalah untuk menarik minat murid-murid dan memahamkan konsep bunyi huruf. Kedua-dua bunyi

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

29

lambang ini dianggap mudah disebut oleh murid-murid dan dapat pula mengaitkan bunyi huruf dengan bentuk huruf.

Pendekatan B boleh dilaksanakan mengikut langkah-lang)cah berikut:

(a) Perkenalkan huruf fonik (b) (b) Sebut bunyi huruf (c) Gabungkan bunyi konsonan dengan bunyi vokal untuk membentuk suku kata (d) Suku kata tertutup (e) Gabungkan suku kata menjadi perkataan (f) Membaca perkataan (g) Membaca ayat

PENDEKATAN C Pendekatan C biasanya disebut sebagai Pendekatan bunyi kata. la berdasarkan perkara-perkara berikut:,

(a) Sistem ejaan bahasa Malaysia adalah sistematik dan fonemik (b) Suku katanya adalah jelas dan mudah (b) Perkataan-perkataan yang digunakan pada permulaan pendekatan telah pun diketahui maknanya oleh kebanyakan. murid.

Pendekatan ini mencadangkan agar murid-murid diperkenalkan dengan bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan dan kemudian terus membunyikan suku kata dan perkataan-perkataan yang bermakna.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

30

Pendekatan C boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut: (a) Perkenalkan bunyi huruf vokal : a, i, u (b) Perkenalkan bunyi huruf konsonan : k (c) Menggabungkan bunyi konsonan. dan vokal : ka, ki, ku (d) Mencantumkan suku kata menjadi perkataan ka + ki = kaki , ku + ku = kuku (e) Membaca ayat : Kaki ku, Kuku kaki, Kuku kakiku.

PENDEKATAN D Pendekatan D berdasarkan prinsip sintesis atau membina, iaitu menyusun bahagian-bahagian kecil menjadi besar. Kaedah-kaedah yang terkandung dalam pendekatan ini adalah kaedah abjad atau kaedah mengeja, kaedah bunyi huruf dan kaedah suku kata.

Pendekatan D boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut: (a) Tunjukkan gambar (b) Namakan huruf tunggal (c) Perkenalkan kad suku kata (d) Perkenalkan kad perkataan (e) Membaca ayat

Apakah bacaan intensif dan ekstensif? Setelah murid-murid memperoleh asas yang kukuh dalam kemahiran membaca, mereka hendaklah dilatih untuk membaca dengan lebih mendalam dan meluas. Mereka bukan hanya setakat boleh membaca kuat, menyebut perkataan-perkataan dengan jelas dan tepat, menggunakan

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

31

intonasi, gaya dan tekanan yang betul, tetapi mereka juga harus boleh memaham dengan baik apa sahaja yang dibaca. Untuk mencapai maksud ini latihan bacaan intensif dan ekstensif boleh dilaksanakan.

Bacaan Intensif Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan

memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu ia memberi tekanan kepada kajian-kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid.

KONSEP-KONSEP BACAAN INTENSIF

i.

la merupakan satu kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar di bawah pimpinan guru.

ii.

ii. la memberi asas untuk pengajar memberi penjelasan atau keterangan mengenai struktur yang sukar dan asas untuk memperkembangkan perbendaharaan kata.

iii.

la dikaitkan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa iaitu susunan

kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya. iv. la mengembangkan lagi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

32

v.

Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap amat penting.

Tujuannya i. Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik, betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik. ii. Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus. iii. Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya. iv. Menilai atau mengulas isi-isi yang diperoleh daripada bahan-bahan yang dibaca. v. Mengesan, memaham dan menikmati unsur-unsur estetik dalam. bahasa. vi. Mengenal pasti laras bahasa yang berbagai-bagai. vii. Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan sebagainya.

Cara menjalankannya i. Bahan-bahan bacaan intensif itu bolehlah dibincangkan bersama oleh

pelajar-pelajar dalam kelas, kadang-kadang dianalisis dan seterusnya dijadikan asas untuk latihan-latihan menulis. ii. Pelajar-pelajar patut dibenarkan menggunakan kamus atau sebuah buku

teks rujukan tatabahasa. iii. Aktiviti dalam kelas hendaklah ditukar setiap hari. Hari pertama

misalnya, mengkaji perkataan dengan menggunakan imbuhan, hari kedua

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

33

'latihan perkamusan', hari ketiga 'latihan meneka maksud mengikut konteks', hari keempat 'membaca dengan laju'dan sebagainya. iv. Soalan-soalan untuk bahan Bacaan Intensif boleh dipelbagaikan iaitu bentuk objektif, bentuk salah betul, bentuk lisan ataupun bentuk jawapan bertulis. v. Segala kajian harus dibuat secara mendalam.

Bacaan Ekstensif Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya menitikberatkan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham dan manaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuhkan minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Biasanya, melalui bacaan ini pelajar-pelajar akan dapat kepuasan, keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.

KONSEP-KONSEP BACAAN EKSTENSIF i. la merupakan satu kegiatan membaca yang dilakukan oleh

pelajar-pelaiar di luar kelas secara bersendiri tanpa bimbingan guru. ii. Bacaan ekstensif mengandaikan bahasa pelajar membaca sesuatu

bahan tanpa menghadapi kesukaran dan seberapa yang mungkin dengan perasaan puas, seronok dan terhibur. iii. Bahan bacaan harus luas, bukan sahaja sesuai dah segi

perbendaharaan katanya tetapi juga sesuai dengan minat, umur, jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita pelajar itu. iv. Bahan-bahan bacaan ekstensif harus daripada bahan-bahan yang

berbeza.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

34

TUJUANNYA i. Membolehkan pelajar-pelajar membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung daripada orang lain. ii. Membolehkan pelajar-pelajar membaca dengan fasih dalam bahasa yang mereka pelajari. iii. Untuk membolehkan mereka mendapat pengetahuan di samping dapat pula menghiburkan hati. iv. Untuk memperkayakan bahasa dan perbendaharaan kata, struktur ayat dan lain-lain. v. Memberi peluang kepada murid-murid terutama mereka yang cerdas untuk meluaskan bacaannya dan membina daya kreatifnya. vi. Untuk menambahkan minat membaca.

vii. Untuk membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik di kalangan mereka. viii. Untuk mempertingkatkan mutu dan kepantasan membaca. ix, Untuk memperluaskan dan mempertingkatkan tahap penguasaan bahasa. x. Untuk membentuk tabiat gemar membaca dan mendapatkan kebiasaan membuat rujukan dan menggunakan perpustakaan. xi. Untuk mendedahkan murid-murid kepada berbagai-bagai laras bahasa. xii. Untuk memperkembangkan daya kreatif dalam penggunaan bahasa, baik dalam bentuk prosa atau puisi.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

35

TEKNIK PENGAJARAN BACAAN EKSTENSIF Oleh kerana pelajar membaca tanpa bimbingan guru sepanjang masa, maka peranan pengajar hanyalah sebagai perunding atau pembantu apabila dikehendaki. Pengajar harus mengesyorkan kepada pelajar-pelajar supaya memilih bahan-bahan yang sesuai. Pengajar perlu juga melatih mereka membaca mengikut teknik berikut;

i.

Mengkaji kandungan bahan: Pelajar kaji dahulu secara umum seluruh

kandungan bahan. Cuba dapatkan tema atau persoalan pokok bahan itu. ii. Buat soalan: Buat sendiri soalan-soalan berdasarkan bahan yang

dikajinya. Ini akan membantunya membaca. dengan lebih mendalam. iii. Baca: Lepas itu baca selaju yang boleh. iv. Menerangkan: Di akhir setiap bahagian, pelajar buat kesimpulan dengan menerangkan pada dirinya sendiri isi-isi penting dengan tujuan untuk menyatukan semua maklumat yang dibacanya itu. v. Mengkaji semula: Setelah selesai tugasan membaca, pelajar perlu mengkaji semula seluruh bahan bacaan ekstensifnya supaya dia dapat memastikan dia tidak tertinggal apa-apa dalam menyatukan semua isi tadi. vi. SQ3R: Teknik SQ3R memerlukan pelajar-pelajar mengikut langkah-langkah berikut:

(a) Mengkaji kandungan bahan-bahan yang dibaca, terlebih dahulu bagi mendapatkan idea keseluruhan atau pokok persoalan yang terkandung di dalam bahan bacaan tersebut.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

36

(b) Menyediakan soalan-soalan sendiri mengenai apa yang harus mereka baca. Selepas membaca mereka harus dapat menjawab soalan-soalan yang telah disediakan. (c) Murid haruslah membaca berdasarkan haluan iaitu mengikut turutan soalan-soalan yang telah ditentukan. (d) Selepas membaca murid-murid harus boleh membuat kesimpulan atau rumusan yang menandakan mereka berupaya menyatukan semua maklumat daripada pembacaan mereka. (e) Murid-murid diminta mengkaji atau meneliti dan mem pastikan supaya isi-isi bacaan tidak ada yang tertinggal. (f) Murid-murid diminta membincangkan, menerangkan atau melaporkan isi bacaan yang telah diperoleh. Maklum balas daripada murid-murid adalah penting. g) Pelajar juga harus diminta membuat laporan bertulis tentang apa yang telah dibacanya. Pelajar boleh juga kemukakan laporan itu secara lisan kepada kelas sebagai maklum balas daripada hasil bacaannya.

Adakah anda terfikir mengapakah bacaan ekstensif perlu untuk para pembaca?

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

37

AKTIVITI 6.4 Lengkapkan rajah berikut berkaitan konsep bacaan intensif

Konsep Bacaan Intensif

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

38

Apakah kaedah-kaedah dalam mempertingkatkan kemahiran membaca?

i.

Fahaman yang cukup hendaklah diberi kepada guru-guru tentang tujuan

dan peraturan-peraturan mengajar bacaan pada ke semua peringkat. Kursus-kursus ataupun pendedahan melalui bahan-bahan bacaan hendaklah diadakan. I Asas pelajaran bacaan hendaklah didirikan dengan baik dan segala

penyelenggaraan berhubung dengannya hendaklah diberi pandangan yang khusus dan sokongan yang penuh. iii. Kaedah yang digunakan untuk mengajar bacaan di kelas permulaan hendaklah kaedah yang tetap yang ada persambungan tujuannya dan peraturannya. iv. Pengelolaan di kelas-kelas rendah terutama di kelas permulaan hendaklah dibaiki selalu. Penekanannya dilakukan dari segi pengajarannya, susunan pelajarannya, perkakas-perkakas dan buku-buku bacaan. v. Guru-guru yang ditugaskan mengajar di kelas permulaan hendaklah

daripada mereka yang mempunyai kelayakan, pengetahuan dan kecekapan tentang teknik-teknik mengajar kanak-kanak dan juga mempunyai semangat bekrja yang baik, rajin membuat alatan mengajar serta gemar kepada kanak-kanak.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

39

AKTIVITI 6.5 Bina peta dalam cara mempertingkatkan kemahiran membaca

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

40

RUMUSAN

Unit ini telah membincangkan tentang kemahiran pengajaran bacaan. Secara khusus, pelajar telah didedahkan dengan tujuan pengajaran membaca, jenis-jenis bacaan, peringkat-peringkat mengajar bacaan, kaedah megajar serta kaedah-kaedah dalam mempertingkatkan kemahiran membaca. Secara tuntasnya, unit ini telah memberi pengetahuan yang jelas tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru untuk mengajar bacaan disekolah kelak.

KATA KUNCI

Kemahiran Membaca :

Dysleksia

Vokal

Konsonan

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

41

PENILAIAN KENDIRI
1. Ujian yang manakah yang paling sesuai untuk menguji kelemahan bacaan murid-murid di sekolah rendah ? A. B. C. D. Ujian sumatif Ujian formatif Ujian diagnostik Ujian bacaan

2.

Murid Y menghadapi masalah untuk memproses bahasa. Keadaan ini memberi kesan terhadap proses membaca, menulis, dan mengeja. Apakah jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid Y. A. B. C. D. Dyslexia Dyspraxia Dysgraphia Dyscalculia

3.

Kaedah berikut boleh digunakan untuk mengajar membaca kecuali ______ A. B. C. D. Kaedah mengeja Kaedah Bunyi Kaedah Huruf Kaedah Pandang- Dengar

Anda mungkin juga menyukai