Anda di halaman 1dari 2

Faktor jenayah siber kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini.

Berjuta-juta laman web yang memaparkan pelbagai jenis maklumat yang tidak kira sama ada benar atau salah telah menjadi penjenayah siber ini mengendalikan internet untuk mempengaruhi pengguna awam. Contohnya, kegiatan Penipuan Bungkusan didalangi warga Afrika. Penggunaan perbankan online secara meluas diperkenalkan kepada pengguna. Mudah, menjimatkan masa dan tenaga juga fleksibel menyebabkan ramai pengguna beralih arah menggunakan aplikasi ini. Terdapat pihak-pihak yang mengambil kesempatan dengan mencipta laman web perbankan. Ia dilakukan oleh penjenayah siber dengan menggunakan taktik phishing antaranya menghasilkan laman web palsu yang menyerupai laman web perbankan sebenar. Pengguna yang tertipu akan memasukkan kata laluan di laman web palsu ini dan maklumat ini akan diperoleh oleh penjenayah siber. Sikap manusia yang sukar dikawal

penjenayah menyerang sistem disebabkan perasaan suka-suka ataupun ingin menggunakan ilmu yang baru mereka pelajari. Antaranya perbuatan ialah mereka cipta program-program pemusnah atau virus komputer untuk tujuan memusnahkan pangkalan data pihak lain. Masyarakat yang kekurangan pengetahuan dalam pengendalian komputer. Kebanyakan penjenayah siber ini adalah golongan berpengetahuan ataupun professional dalam pengendalian computer.Orang ramai sering menjadi sasaran golongan penjenayah siber ini kerana mereka tidak ketahui cara-cara untuk mengelak diri daripada ancaman jenayah siber.

Langkah-langkah Mengatasinya Pengguna internet perlu mempunyai tahap kesedaran yang tinggi tentang risiko dari ancaman siber ini Boleh lindungi sistem komputer dengan perisian yang ada di pasaran seperti antivirus, firewall, pop-up blocker, antispyware dan perisian keselamatan komputer yang lain Golongan kanak-kanak dan remaja perlu diawasi dalam penggunaan Internet. ibu bapa Malaysia tidak sedar anak mereka terdedah kepada pornografi dan 1/3 ibu bapa pula tidak tahu mengenai media sosial yang digunakan anak mereka setiap hariKawalan dan keterangan daripada ibu-bapa serta guru perlu dalam memberi kesedaran mengenai penerimaan informasi yang benar agar mereka tidak tertipu dan keliru. Kelas komputer juga haruslah diwajibkan di semua sekolah untuk mengajar pelajar tentang pengetahuan komputer serta internet di samping menjelaskan. Pihak kerajaan juga perlu bersedia berdepan pelbagai ancaman jenayah siber yang merebak ketika ini dengan mengadakan dan menentukan prasarana ICT yang selamat dengan melaksanakan polisi-polisi yang efektif, terkini dan praktikal satu unit khas yang celik komputer dan berpengetahuan tinggi dalam dunia siber haruslah ditubuhkan untuk menangani penularan jenayah siber dengan lebih berkesan. menyediakan lebih banyak kursus komputer kepada semua pengawai kerajaan ataupun pekerja yang terlibat dalam transaksi di internet supaya mereka boleh tingkatkan keselamatan di alam siber.