Anda di halaman 1dari 8

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN KOLEJ SASTERA DAN SAINS UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SGRM 3073

PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU KOHORT 1 KUMPULAN B TAJUK TUGASAN: HURAIKAN NILAI-NILAI MURNI DALAM KARYA AGUNG MELAYU DAN BAGAIMANA NILAI TERSEBUT DITERAPKAN DALAM PENDIDIKAN DI SEKOLAH (HIKAYAT HANG TUAH) DISEDIAKAN OLEH: NAMA PELAJAR CHEW LI LI TAN SOO LEAN TEH CHING HOOI ENG BEE LENG LIM AI POH NO KAD PENGENALAN 740502085184 740915075574 831125025314 840805035238 720228025278 NO MATRIK 210462 210463 210464 210465 210466

EMAIL: jasmine.eng84@yahoo.com DISEDIAKAN UNTUK: ENCIK AZMI RAHMAN TARIKH SERAHAN 7 DISEMBER 2012

1.0 Pendahuluan Hikayat Hang Tuah dikenali sebagai sebuah epik kebangsaan. Salah satu ciri penulisan epik adalah pengarangnya memulakan kisah dengan menyebut tema dan objektif penulisannya. Pengarang telah menyatakan : Ini Hikayat Hang Tuah yang amat setiakawan pada tuannya Dan terlalu sangat berbuat kebaktian kepada tuannya. Hang Tuah juga digambarkan sebagai manusia yang luar biasa . Beliau mempunyai watak yang unggul dari segi sifat budaya dan kemanusiaannya seperti sifat berani, rasional, baik hati dan pemurah. Hang Tuah juga memiliki sifat taat setianya kepada raja, bangsa dan negara. Hang Tuah juga memiliki sifat keperwiraan dan pandai menggunakan senjata , mempunyai sifat berani, ketahanan diri dan keyakinan menentang musuh dan membela raja atau mempertahankan negara . Hang Tuah rajin menuntut ilmu dan bekerja keras untuk mengubah status diri daripada hanya seorang rakyat biasa menjadi pembesar negara. Beliau memperoleh status itu bukan secara diwarisi tetapi dengan penat lelah dan semangat yang cekal. Keberaniannya juga tiada tolok tandingannya. Nilai-nilai yang terkandung dalam hikayat ini menjadi pedoman hidup bagi orang melayu, baik generasi tua ataupun generasi muda. Nilai-nilai tersebut juga diterapkan dalam pendidikan di sekolah melalui pembelajaran dan pengajaran di kelas, aktiviti kokurikulum dan aktiviti lawatan. 2.0 Nilai-Nilai Murni Dalam Hikayat Hang Tuah 2.1 Sifat Berani Hang Tuah merupakan tokoh utama dalam Hikayat Hang Tuah. Keberanian Hang Tuah jelas terlihat ketika beliau berada di Majapahit. Hang Tuah sentiasa berwaspada dan beringat-ingat dengan tindakan beliau ketika menentang musuh-musuh yang cuba menentangnya. Keberanian Hanag Tuah mendapat perhatian daripada Betara Majapahit dan mengakui bahawa .adapun kulihat Laksamana itu bukan barang-barang orang dan bukan barang-barang hulubalang dengan beraninya dan bijaksananya; syahadan tahunya pada ilmu firasat dan penjurit ; dan tahu bermain senjata jangan dikata lagi;. (Hikayat Hang Tuah, hal.169) 2

2.2 Sifat Rasional Hang Tuah amat bijak bertindak ketika berada dalam keadaan terdesak. Hang Tuah juga menggunakan kepintarannya untuk mendapatkan semula keris Taming Sari dari Hang Jebat semasa mereka berlawan. Hang Tuah cuba melekakan Hang Jebat dengan kata-kata yang menunjukkan simpati terhadap Hang Jebat; Hai Si Jebat, apatah dayaku kerana aku diitahkan raja membuangkan engkau ? Dalam pada itupun, jika engkau berdosa ini lain daripada dosa yang demikian, tahu juga kupohonkan. Yang engkau dan Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu ini bukanlah sahabat lagi padaku, penaka saudaraku;ah. Sukar aku berkata. (Hikayat Hang Tuah, hal.390). 2.3 Sifat Taat Setia Hang Tuah digambarkan sebagai seorang hamba yang taat setia kepada rajanya. Beliau sanggup dirinya dibunuh biarpun tidak bersalah. Hukuman bunuh yang dititahkan ke atas Hang Tuah terjadi sebanyak dua kali. Namun beliau tidak pernah menyimpan dendam pada raja malah menerimanya dengan penuh sifat kesetiaan, ..maka Laksamana pun menghuinus kerisnya dari pinggangnya lalu dipersembahkannya pada Bendahara; demikian katanya, Alhamdulillah! Si Tuah tiada bertuan dua tiga dan Si Tuah tiada mau derhaka kepada tuannya. (Hikayat Hang Tuah, hal.207) 2.4 Sifat Baik Hati Sifat Hang Tuah ini jelas ketika dalam majlis jamuan makan yang diadakan oleh Betara Majapahit ketika rombongan Melaka berada di sana. Hang Tuah makan di balai paseban bersama-sama pertuanan. Keadaan itu menyebabkan Patih Gaja Mada menjemput Hang Tuah makan bersama Temenggung dan Patih Kerma Wijaya. Sikap Hang Tuah itu memperlihatkan bahawa beliau tidak besar hati dan mimilih tempat. Sifat Hang Tuah diperjelaskan dalam Hikayat hang Tuah ; Dalam pada itu pun kebesaran Laksamana tiada ia takbur; lakunya seperti budak-budak yang banyak itu juga, tiada ubahnya. (Hikayat Hang Tuah, hal.398)

2.5 Sifat Pemurah Hang Tuah seorang yang berhati mulia, pemurah dan sering bersedekah kepada fakir miskin. Dia sangat menghormati hak orang lain. Hang Tuah meminta harta orang kaya dibahagikan dengan adil dan saksama. Hang tuah menerima pemberian harta atas persetujuan tuan punya harta. Walaupun Hang Tuah menjumpai harta-harta yang dicuri tersebut namun beliau tidak tamak atau gelojoh ke atas harta-harta itu. Harta-harta yang diperolehi itu digunakan sebahagian sahaja olehnya dan yang lain disedekahkan kepada fakir miskin. 3.0 Penerapan Nilai Murni Di Sekolah Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan.. Falsafah Pendidikan Negara (FPN) menekankan penerapan nilai murni di kalangan pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani. Di sekolah, penerapan nilai murni dapat dilakukan melalui pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sama ada secara langsung atau tidak langsung ( nilai murni merentas kurikulum ), aktiviti kokurikulum ( nilai murni merentas kokurikulum ) dan lawatan sambil belajar. 3.1 Nilai Murni Merentas Kurikulum Konsep nilai murni merentas kurikulum bermakna nilai perlu diterapkan dalam semua mata pelajaran. Penerapan nilai murni di dalam bilik darjah dilakukan secara lebih terancang dan dilaksanakan dengan teknik-teknik tertentu. Dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Moral, pendekatan kognitif dalam bentuk perbincangan boleh diketengahkan. Fakta-fakta sejarah dan cerita-cerita sastera yang berkaitan boleh digabungjalinkan dengan isi pelajaran yang dibincang dan dikaitkan secara langsung dengan unsur nilai yang dipegang oleh pelajar atau nilai sejagat tertentu. Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, penerapan nilai nilai murni juga dilakukan melalui pengajaran komsas. Pembelajaran pelbagai jenis genre seperti puisi, cerpen , novel dan drama 4

menjurus ke arah membentuk masyarakat yang bersopan santun dan berbudi pekerti. Puisi Melayu khususnya pantun, banyak memaparkan tentang adat resam, contohnya: Bunga melati bunga di darat Bunga seroja ditepi kali Hina besi kerana karat Hina manusia tidak berbudi. Penggunaan pantun di atas jelas memaparkan tentang kehidupan manusia yang sentiasa menitikberatkan budi pekerti yang baik. Melalui teks kesusasteraan Melayu pula, nilai nilai murni yang terpancar seperti nilai baik hati, kepahlawanan, hormat menghormati, kerajinan, patriotisme, berdikari dan nilai-nilai yang berkaitan

dengan hukum hukum Islam dapat diterapkan ke dalam sanubari pelajar secara tidak langsung. Penerapan nilai- nilai murni melalui kesusasteraan Melayu dapat menentang penularan pelbagai penyakit masyarakat dengan lebih berkesan apabila guru mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran. Guru sekolah boleh menganjurkan drama, aktiviti mendeklamasikan puisi, seminar dan sebagainya untuk mlibatkan pelajar dalam penghayatan kesusasteraan Melayu supaya penerapan nilai murni dapat dilakukan secara maksimum. Di samping itu, penglibatan golongan pelajar dapat mewujudkan interaksi yang berbilang kaum. Kesinambungan interaksi melahirkan kesefahaman dalam pembentukan sebuah masyarakat yang bermoral berteraskan nilai nilai murni. Peranan guru adalah penting sekali dalam usaha penerapan nilai murni di sekolah untuk melahirkan insan yang harmonis dan bermoral. Guru bukan lagi hanya menyampaikan ilmu pengetahuan, dan memperkembangkan kemahiran kepada pelajar, tetapi guru juga harus membentuk budi pekerti dan akhlak mereka 3.2 Nilai Murni Merentas Kokurikulum Aktiviti kokurikulum di sekolah adalah antara aktiviti yang dapat memupuk budi pekerti murid. Melalui kelab dan persatuan misalnya murid-murid dilatih untuk berani memegang beberapa jawatan penting

dan mengendalikan tugasan yang diberikan dengan baik. Murid-murid juga dilatih menjadi pemimpin yang berani berucap dan berhujah di khalayak ramai. Pelaksanaan kokurikulum di sekolah juga dapat memupuk sifat taat setia dalam diri murid-murid. Contohnya murid-murid yang menjadi ahli Persatuan Kajian Tempatan dapat mengenali tokoh-tokoh yang berbakti kepada negara. Murid-murid boleh mengetahui sejarah negara dan dapat melihat kesan penjajahan kuasa asing. Selain itu, murid-murid aktif yang menyertai aktiviti perkhemahan dapat dilatih supaya berfikir secara rasional untuk merancang aktiviti kumpulan serta berani untuk mengemukakan pandangan yang wajar. Ketua kumpulan juga digalakkan bersifat pemurah untuk menjaga ahli kumpulannya. Nilai murni amat perlu diterapkan dalam aktiviti kokurilulum bagi mewujudkan suasana yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Usaha penerapan nilai murni ini perlu dilakukan pada peringkat awal proses sosialisasi, iaitu semasa murid itu berada pada peringkat awal persekolahan 3.3 Penerapan Nilai Murni Menerusi Lawatan Sambil Belajar Lawatan sambil belajar merujuk kepada aktiviti luar kelas yang melibatkan murid dan guru melawat sesuatu tempat bersejarah, bangunan atau rumah kebajikan dan mana-mana tempat yang memberi ilmu pengetahuan. Sesungghnya, ada pelbagai impak positif yang timbul menerusi aktiviti luar darjah ini terutama kepada murid. Melalui lawatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah, murid dapat mempelajari konsep mengurus sesuatu aktiviti dengan lebih efektif. Secara tidak langsung. sifat rasional dan kerjasama wujud dalam diri murid. Murid yang diamanahkan menjadi ketua kumpulan semasa lawatan digalakkan mengamalkan nilai pemurah untuk membantu ahli kumpulan yang memerlukan bantuan. Ketua kumpulan perlu berani bersuara untuk memastikan disiplin ahli kumpulannya terjaga serta mematuhi arahan guru. Jika sekolah mengadakan lawatan ke tempat bersejarah seperti ke Muzium Perang, murid dapat melihat tapak peperangan yang ditinggalkan oleh penjajah dan mereka akan bersyukur kerana negara kita 6

sekarang aman damai dan sifat taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara dapat disemai dalam jiwa raga murid. 4.0 Kesimpulan Hikayat Hang Tuah ialah karya sastera yang tak lekang dek panas, dan tak lapuk dek hujan. Nilai utama yang menjadi tema Hikayat Hang Tuah ialah berani, rasional, taat setia, baik hati dan pemurah. Nilainilai murni ini dapat melahirkan insan yang unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional negara. Sejajar dengan itu, nilai murni telah diajar di sekolah-sekolah untuk membentuk generasi muda yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Penerapan nilai murni di dalam bilik darjah juga dilakukan secara lebih terancang dan dilaksanakan dengan teknik-teknik tertentu. Nilai murni diterapkan dalam semua mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Pendidikan Moral. Peranan guru adalah penting sekali dalam usaha penerapan nilai murni di sekolah untuk melahirkan insan yang harmonis dan bermoral. Aktiviti kokurikulum di sekolah adalah pentas terbaik yang dapat memupuk dan mewujudkan murid yang bermoral tinggi. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum seperti perkhemahan murid-murid dapat berfikir secara rasional untuk merancang aktiviti yang sesuai dijalankan serta berani mengemukakan pandangan yang wajar. Lawatan sambil belajar merujuk aktiviti luar kelas yang melibatkan murid dan guru. Setiap murid yang diberi tugasan semasa lawatan perlu menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna. Dengan ini, nilai murni dapat dipupuk dalam diri murid secara tidak langsung. Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. Amalan nilainilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Rujukan Abu Bakar Nordin. (1991). Kurikulum , Perspektif dan Perlaksanaan. Kuala Lmpur: Pustaka Antara. Abdul Rahman Md. Aroff (1986). Pengenalan pendidikan moral: Siri pendidikan fajarbakti. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Abdul Rahman Md. Aroff., & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan moral. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Dr. Tajul Ariffin Nordin & Dr. Nor Aini Dan. (1992). Pendidikan dan Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn. Bhd, Ee Ah Meng. (1988) Pendidikan moral untuk bakal guru. Petaling Jaya: Longman Sdn. Bhd. Ibrahim Saad. (1982). Isu Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kassim Ahmad (ed. pelajar), (1991). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Mok Song Sang. (1991). Pendidikan di Malaysia.Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Nashmad Mohd. (2011, November).Kepentingan nilai dalam pendidikan. Dewan Bahasa, 10-12. Wan Mohd Nor Wan Daud, (1996, Jan-Mac). Insan baik teras kewarganegaraan, Pemikir.

Anda mungkin juga menyukai