Anda di halaman 1dari 24

TAJUK: Bincangkan DUA jenis penilaian utama dan keberkesanannya dalam konteks mana-mana dasar awam di Malaysia.

KANDUNGAN

MUKA SURAT

Abstrak Pengenalan Dasar Awam Peringkat Pembuatan Dasar Awam Jenis-Jenis Penilaian Dasar Awam Keperluan Kepada Penilaian Tanggungjawab Penilai Dasar Masalah Dalam Menilai Dasar Objektif dan Rasional Dasar PPSMI Bagaimana Dasar PPSMI Dilaksanakan Penilaian Proses Ke Atas Dasar PPSMI Penilaian Impak Terhadap Dasar PPSMI Kesimpulan Bibliografi

1 2 3 3 6 7 8 9 11 12 14 17 20 23

Bincangkan DUA jenis penilaian utama dan keberkesanannya dalam konteks manamana dasar awam di Malaysia.

Abstrak Dasar-dasar awam di Malaysia ditentukan selaras dengan nilai-nilai sosioekonomi dan politik negara pada satu-satu masa. Tujuannya adalah untuk memenuhi objektif-objektif sosioekonomi negara seperti pembangunan ekonomi, modal insane, pengagihan pendapatan, perkhidmatan awam dan lain-lain. Dasar-dasar yang digubal dan dilaksanakan perlu melalui proses penilaian. Melalui penilaian sesuatu dasar itu dapat ditentukan kelangsungan prosesnya malah dapat ditentukan juga kekuatan dan kelemahannya sebelum tindakan susulan dapat dilakukan. Tindakan itu boleh jadi menerima dan meneruskan dasar atau menolak dan memansuhkan dasar. Semuanya bergantung kepada tahap penilaian yang dijalankan. Dalam penilaian saya terhadap dasar PPSMI, saya mendapati bahawa banyak cabaran yang terpaksa dilalui termasuklah desakan pemansuhannya sebaik sahaja dasar mula diperkenalkan pada 2003. Biarpun dasar PPSMI ini mempunyai objektif yang baik selaras dengan kehendak negara menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 namun keupayaannya membataskan segala-galanya. Kos yang dilaburkan amat tinggi berbanding pencapaiannya menjadikan dasar ini tidak relevan untuk diteruskan. Setelah melalui proses penilaian dan pengumpulan maklumat serta menerima pelbagai pandangan dari pelbagai pihak, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah bersidang di kabinet bersetuju untuk memansuhkan dasar PPSMI berkuatkuasa pada tahun 2012. Pemansuhan ini diumumkannya pada 8 Julai 2009 sambil menyatakan bahawa dasar baru iaitu MBMMBI (memartabat bahasa Melayu dan memperkukuh bahasa Inggeris) bakal menggantikan dasar PPSMI memperlihatkan keberkesanan penilaian terhadap dasar yang dikaji. Pengenalan

Pelbagai isu sama ada kecil atau pun besar sering wujud di persekitaran kita. Lantaran itu, kekalutan yang berlaku memerlukan campur tangan kerajaan untuk menanganinya sebaik mungkin dengan mengambil tindakan dan membuat keputusan dengan cepat dan bijak. Segala isu yang berlegar di persekitaran kita perlu ditangani dengan baik kerana kegagalan merencanakannya boleh menyebabkan berlakunya konflik dan ketegangan malah jika

dibiarkan berlarutan boleh menyebabkannya menjadi lebih kritikal. Justeru itu, dasar awam digubal dan dilaksanakan demi kesejahteraan masyarakat dan negara. Walaupun begitu, merencanakan sebuah dasar awam bukanlah suatu tugas yang mudah apatah lagi untuk ia benar-benar berfungsi dan berkeupayaan mencapai objektifnya. Objektif di sini perlu bersifat SMART iaitu specific (spesifik), measurable (boleh diukur), achievable (boleh dicapai), realistic (realistik) dan time-bound (mengikut tempoh masa). Oleh itu ianya perlu melalui pelbagai proses dan fasa, malah melibatkan ramai pihak yang pakar dan berkemahiran serta tidak ketinggalan berhadapan dengan kos dan risiko yang tinggi. Setelah suatu perkara itu menjadi dasar awam, sudah tentulah kita ingin menilai sejauh mana dasar awam tersebut mencapai objektifnya. Dalam hal ini, penilaian merupakan peringkat terakhir dalam proses pembuatan dasar awam iaitu setelah melalui beberapa peringkat pada awalnya seperti peringkat penentuan dasar, peringkat cadangan dan alternatif dasar, peringkat perancangan dasar dan peringkat perlaksanaan dasar. Intisari bagi penilaian adalah pentaksiran terhadap hasil sesebuah program atau aktiviti-aktiviti lain dan keberkesanan relatif dalam set program atau aktiviti. Alasan untuk membuat penilaian ialah untuk membekalkan maklumat bagi membantu mereka iaitu pengurus program mengurus sumber di samping menjalankan pengurusan dengan cekap. Secara amnya, penilaian adalah proses pentaksiran yang direka bentuk untuk memberi
3

maklumat tentang operasi semasa dan keberkesanannya untuk memberi bantuan dalam pembuatan keputusan pada masa hadapan. Dasar Awam Para sarjana memberikan pelbagai definisi tentang dasar awam. Antaranya ialah Anderson (2000:1) yang menjelaskan bahawa dasar awam dari segi pelaksanaan dan

perkembangannya berkaitan dengan pengetahuan tentang tingkah laku politik dan tindakan kerajaan.1 Definisi ini selari dengan apa yang diperkatakan oleh William N. Dunn bahawa proses pembuatan dasar awam merupakan sesuatu siri aktiviti yang bersifat intelektual serta melibatkan proses politik. Robert Eyestone pula mentakrifkannya sebagai hubungan di antara unit-unit kerajaan dengan persekitarannya. Skop takrifannya amat luas kerana ia merangkumi segala aspek kehidupan daripada perkara yang kecil sehinggalah kepada perkara yang besar. Dalam pendapat yang lain, Thomas R. Dye menyatakan dasar awam sebagai apa-apa sahaja pilihan kerajaan untuk membuat sesuatu atau tidak. Ini bermakna apa sahaja tindakan dan keputusan yang dibuat oleh pembuat dasar (pemimpin) merupakan dasar dan begitulah sebaliknya jika kerajaan membuat keputusan untuk tidak berbuat apa-apa berhubung sesuatu perkara, ia juga merupakan suatu dasar.

Peringkat Pembuatan Dasar Awam Penilaian merupakan salah satu proses yang ada dalam peringkat pembuatan dasar. Ia merupakan proses terakhir dalam peringkat pembuatan dasar awam. Sebelumnya terdapat empat peringkat dalam pembuatan dasar awam iaitu peringkat penentuan dasar, peringkat cadangan dan alternatif dasar, peringkat perancangan dasar dan peringkat perlaksanaan dasar.

Malike Brahim. 2008. Dasar Awam Di Malaysia : Suatu Pengenalan. Selangor. IBS Buku Sdn. Bhd. hlm 8.

Peringkat pertama dalam pembuatan dasar awam adalah penentuan agenda dasar. Dalam fasa ini sebarang masalah didiagnosis. Ia bertujuan untuk mengenalpasti dengan tepat masalah yang berlaku supaya dasar yang ingin digubal berpadanan dengan masalah yang berlaku. Ia bukanlah tugas yang mudah kerana punca, faktor dan kesan daripada sesuatu masalah itu kadangkala tidak diketahui. Peramalan merupakan proses kedua selepas penentuan agenda dasar. Dalam pembuatan dasar, peramalan merujuk kepada suatu pengetahuan yang berkaitan dengan masa depan sesuatu perkara yang akan berlaku atau sebagai jangkaan awal kepada kemungkinankemungkinan yang akan wujud apabila sesuatu dasar itu dilaksanakan. 2 Fasa peramalan amat penting lantaran alasan-alasan yang meyakinkan dan boleh dipercayai itu bakal menentukan kejayaan untuk membolehkan sesuatu masalah itu diterima ke dalam agenda atau dasar yang bakal dirangka. Oleh kerana dalam fasa peramalan ini suatu jangkaan telah diramal maka alternatif-alternatif untuk mengatasi sebarang masalah yang diramal itu telah sedia dirumuskan. Di sini, dapat disimpulkan bahawa fasa peramalan juga merupakan fasa di mana pelbagai tindakan dan usaha di cari bagi menyediakan pelbagai alternatif bagi mengurangkan sesuatu masalah. Seterusnya merupakan fasa perancangan dasar. Merujuk kepada pengurusan dan pentadbiran, Dror (1963) mendefinisikan perancangan sebagai proses menyediakan suatu set keputusan untuk tindakan masa depan, yang bertujuan mencapai matlamat dengan kaedah yang optimim. Perancangan turut melibatkan ramalan sebab ia mencadangkan cara-cara untuk berurusan dengan masa depan berdasarkan keputusan yang dibuat pada hari ini, dan dari itu, ia menumpukan kepada kesan masa depan keputusan tersebut. 3 Dalam fasa ini, perancangan tidak dapat menghapuskan risiko tetapi berupaya memberi sedikit jaminan
2 3

Ibid. hlm. 75 E.S. Quade; terjemahan Ali Yusob Md. Zain. 1995. Analisis Untuk Keputusan Awam. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 372.

bahawa risiko yang diambil adalah betul dan minimum serta mencadangkan benteng untuk menghadapinya. Oleh yang demikian, suatu dasar yang ingin dibentuk perlulah ditentukan objektifnya, kemudian proses tindakan alternatif dijana, kos dianggar dan dibanding seterusnya proses tindakan yang disukai hendaklah dipilih. Peringkat yang seterusnya ialah peringkat pelaksanaan dasar. Pada ketika ini sesuatu dasar yang telah diputuskan oleh kerajaan sama ada berbentuk program, projek, rancangan, undang-undang dan penguatkuasaan peraturan perlulah sampai kepada semua lapisan masyarakat untuk dilaksanakan secara adil dan saksama. Perlaksanaan dasar awam merupakan tanggungjawab yang biasanya diamanahkan kepada jentera pentadbiran atau pegawai perkhidmatan awam yang dikenali sebagai birokrasi. Kejayaan pelaksanaan dasar awam dalam mencapai objektifnya amat bergantung kepada kecekapan jentera pentadbiran. Justeru itu pemantauan dan pengawasan merupakan aspek penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan pelaksanaan dasar, terutamanya dalam memastikan prosedur, langkah-langkah, panduan dan sebagainya diikuti. Peringkat yang terakhir dalam pembuatan dasar awam adalah penilaian. Penilaian pada umumnya ialah proses mengenal pasti peri pentingnya atau bernilainya sesuatu program melalui kajian dan pemerhatian secara terperinci dan sistematik. Penilaian juga merupakan proses menganalisis prestasi sebenar pada tahap tertentu berbanding dengan perancangan asal. Tujuan utama penilaian adalah untuk memperbaiki proses perancangan bagi program atau projek yang sama pada masa hadapan. Penilaian juga merujuk kepada pengajaran tentang kesan-kesan daripada pelaksanaan dasar dan tugas penilaian ini boleh di bahagikan kepada dua. Pertama, tugasnya adalah untuk menentukan akibat atau kesan dasar dengan menerangkan implikasinya. Dan tugas yang seterusnya adalah untuk menilai kejayaan atau

kegagalan dasar dengan merujuk kepada satu set piawaian atau kritiria penilaian. 4 Oleh kerana penilaian dasar itu merujuk kepada usaha dalam memahami akibat atau kesan terhadap tingkah laku manusia, maka melalui penilaianlah kita dapat menilai sejauh mana dasar awam itu berjaya mencapai objektif atau sebaliknya. Kenyataan ini sesuai dengan definisi yang dikemukakan oleh Joseph S. Wholey yang berbunyi : Policy evaluation is the assessment of the overall effectiveness of a national program in meeting its objective, or an assessment of the relative effectiveness of two or more programs in meeting common objectives.5 Jenis-Jenis Penilaian Dasar Awam Terdapat 4 jenis penilaian dasar seperti yang diutarakan Bingham dan Felbingher. Pertamanya dikenali sebagai penilaian proses, kedua penilaian impak, ketiga penilaian dasar dan keempat penilaian meta. Dalam penilaian proses, ia menfokuskan terhadap cara bagaimana sesuatu program atau dasar itu dihantar atau disediakan kepada pelanggan-pelanggan, atau cara bagaimana sesuatu program itu dilaksanakan.6 Aktiviti atau program yang dilaksanakan kemudian dinilai sama ada ianya dapat memenuhi kepuasan para pelanggan terhadap perkhidmatan yang disediakan. Dalam penilaian proses, beberapa persoalan boleh diwujudkan bagi tujuan penambahbaikan mutu perkhidmatan serta menilai tahap kejayaan sesuatu dasar itu sama ada telah mencapai sasaran dan matlamat. Seterusnya merupakan penilaian impak. Penilaian jenis ini menekankan tentang keputusan-keputusan yang dihasilkan oleh program-program tertentu yang telah

Dubnick, Melvin J. & Bardes, Barbara A. 1983. Thinking About Public Policy. New York : Wiley. hlm 203 5 Op.cit. Malike Brahim. hlm 113 6 Ibid. hlm 119

dilaksanakan.7 Biasanya penilaian yang dijalankan memberi fokus terhadap matlamat sesuatu program atau dasar itu sama ada telah berhasil mencapai sasaran yang ditetapkan atau sebaliknya. Penilaian impak juga dikatakan memberikan kesimpulan yang lebih berterus terang. Jadi, amat mudah untuk membuat penilaian terhadap sesuatu dasar. Penilaian boleh dibuat secara kuantitatif, kualitatif atau gabungan kedua-duanya. Jenis penilaian yang ketiga pula ialah penilaian dasar. Fokus penilaian jenis ini adalah tentang kesan sesuatu dasar terhadap penyelesaian masalah asas yang berlaku dalam masyarakat itu yang telah dikenal pasti. Secara mudahnya, penilaian jenis ini menilai sejauh mana dasar yang dilaksanakan dapat mengatasi atau mengurangkan masalah. Penilaian yang terakhir ialah penilaian meta. Penilaian ini adalah sintesis terhadap penemuan penyelidikan penilaian.8 Penilaian jenis ini biasanya mengaitkan hubungan di antara keputusan, pengukuran dan kecenderungan dalam penulisan atau karya sehinggakan penilaian meta dikatakan hampir sama dengan ulasan karya.

Keperluan Kepada Penilaian Penilaian merupakan satu elemen penting kepada kumpulan penilai dasar kerana ia boleh membantu pihak ini menentukan keberkesanan dan kecekapan program. Pihak penilai dasar juga boleh mengawas prestasi setiap aktiviti dan seterusnya mengambil apa juga tindakan jangka pendek bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Selain itu, penilaian merupakan satu keperluan untuk mengukur keberkesanan pencapaian aktiviti dari segi perubahan selepas program diwujud, menilai dasar sama ada mencapai objektif dan seterusnya menilai pencapaian keseluruhan dasar. Tanggungjawab Penilai Dasar

7 8

Ibid. hlm 118 Ibid. hlm 119

Mengikut Lester dan Steward Jr., terdapat dua kumpulan penilai dasar iaitu penilai dalaman (internal evaluators) dan penilai luar (external evaluators).9 Kedua-dua ketegori penilai dasar ini mempunyai perbezaan peranan dan tanggungjawab. Jika merujuk kepada teori institusional, institusi awam bukan sahaja bertindak sebagai aktor penggubal dan

pelaksanaan dasar malahan juga bertindak sebagai penilai dasar. Sebagai contoh, MAMPU bukan sahaja sebuah institusi yang memperkenal dan mempromosi program-program pembaharuan bagi jentera pentadbiran malah sebagai penilai tahap prestasi agensi kerajaan dalam pengurusan dan penyampaian perkhidmatan bagi memastikan Perkhidmatan Awam berfungsi dengan cekap, berkesan dan responsif. Contoh-contoh penilai dalaman lain di Malaysia ialah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Unit Perancang Ekonomi (EPU), dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). Penilai luar pula merujuk kepada mana-mana agensi kerajaan atau swasta yang diberikan geran penyelidikan oleh kerajaan untuk melaksanakan kajian penilaian terhadap pencapaian dan kesan ke atas dasar tertentu. Laporan kajian yang dijalankan perlulah diserahkan kepada kerajaan kerana ianya dapat membantu pihak kerajaan mengenal pasti kelemahan-kelemahan pada suatu dasar itu bagi tujuan penambahbaikan. MOSTI atau Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi adalah salah satu institusi kerajaan yang aktif menyediakan dana yang besar untuk mana-mana institusi yang berminat menjadi penilai luar bagi dasar-dasar kerajaan. Masalah Dalam Menilai Dasar Walaupun adanya usaha dalam melaksanakan penilaian dasar, seperti wujudnya penilai dasar namun ianya bukanlah tugas yang mudah. Masih terdapat beberapa faktor penyebab yang memungkinkan keputusan penilaian tidak diperolehi dengan tepat. Antaranya:

Ibid. hlm 120

(i) Objektif Dasar Yang Tidak Jelas Adalah sukar untuk menilai dasar sekiranya objektifnya tidak jelas. Salah satu sebabnya berpunca dari dasar yang tidak mempunyai bentuk pengukuran yang implisit dan khusus. Walaupun begitu, objektif yang jelas sekalipun tidak menjamin dasar itu bebas dari masalah. Namun, dengan masalah-masalah itu jugalah penambahbaikan boleh dilakukan bagi memantapkan dasar atau memberi bantuan untuk pembuatan keputusan di masa hadapan. (ii) Kenal Pasti Pengukuran Kriteria Penetapan pengukuran kriteria juga seharusnya diambil berat. Ianya amat penting dalam menentukan kejayaan suatu dasar. (iii) Kesan Sampingan Kesan luar ke atas dasar atau program sering berlaku dan di luar kawalan dan penilaian para penilai atau dengan kata lain ia tidak dapat dinilai. Kesulitan boleh berlaku apabila seseorang cuba untuk mengenal pasti dan mengukur kesan sampingan dan mengasingkan kesan-kesan sampingan tersebut daripada dasar atau program yang akan dinilai.10 (iv) Masalah Data Masalah ini sering berlaku dalam proses penilaian dasar. Data yang diperlukan kadangkala tidak mencukupi, tidak bersesuaian untuk dianalisis malah sering juga terjadi data tidak diperolehi. Hal ini terjadi oleh banyak sebab antaranya tidak mendapat kerjasama masyarakat, bancian yang tidak menyeluruh malah boleh jadi juga data tidak diselenggara dengan baik. (v) Masalah metodologi

10

Ibid. hlm 124

10

Penentuan kaedah atau metodologi yang digunakan seringkali menjadi masalah dalam melaksanakan penilaian. Sebagai contoh terdapat dua atau lebih dasar yang mempunyai objektif yang secara langsung adalah sama. Jadi, persoalan yang timbul adalah dalam menentukan kaedah atau metodologi yang sesuai digunakan untuk menilai impak dan pencapaian dasar-dasar tersebut. (vi) Masalah Politik Penilaian yang dijalankan kadangkala boleh mempengaruhi kedudukan ahli-ahli politik yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar tersebut. Kewibawaan dan akauntabiliti mereka boleh tergugat sekiranya kos yang dibelanjakan tidak secocok dengan hasil yang diperolehi. Selain itu, penilaian merupakan ancaman kepada pihak yang gagal melaksanakan program apatah lagi bagi mereka yang mempunyai status dan kedudukan yang tinggi dalam kerajaan dan pentadbiran. Maklumat penilaian juga tidak telus sekiranya wujud campur tangan pihak yang berkepentingan ini. (vii) Kos Proses penilaian juga membabitkan kos. Kos menjadi semakin tinggi sekiranya data-data yang ingin diperolehi memerlukan kaedah yang rumit seperti ujikaji. Masalah kos juga seringkali menjadi kekangan kepada penganalisis dasar dalam menjalankan penyelidikan menilai pencapaian dan impak sesuatu dasar. Setelah mengetahui apa itu dasar awam, peringkat-peringkat pembuatan dasar awam dan bagaimana penilaian di buat ke atas dasar awam, seterusnya ingin saya membincangkan bagaimana jenis-jenis penilaian ini memberi kesan dalam konteks mana-mana dasar awam yang terdapat di Malaysia. Pilihan saya adalah dasar PPSMI dan dua jenis penilaian yang ingin dibincangkan ialah penilaian proses dan penilaian impak.
11

Objektif Dan Rasional Dasar PPSMI Menurut penerangan mengenai dasar PPSMI di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia, rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.11 Sains dan Matematik merupakan dua disiplin ilmu yang berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Malah pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam kedua-dua bidang ini berlaku dengan begitu pantas sekali tetapi kebanyakan capaian maklumat mengenainya terdapat dalam bahasa antarabangsa iaitu Bahasa Inggeris. Langsungan dari rasional yang dinyatakan selain bahasa Inggeris menjadi bahasa hubungan antarabangsa dan kemudahan memperolehi ilmu, PPSMI pun dilaksanakan menjelang tahun 2003. Dasar PPSMI adalah cetusan idea Mantan Perdana Menteri yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang ingin melihat negara bergerak seiring dengan negara-negara lain agar tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dan globalisasi. Menurutnya, dengan dasar PPSMI ini, negara bakal mempunyai kelebihan untuk bersaing secara kompetitif sepertimana Singapura dan India yang semakin ke depan kerana kebiasaan mereka berbahasa Inggeris. Bagaimana Dasar PPSMI Dilaksanakan Sebagaimana yang telah dinyatakan, dalam penilaian proses, ia menfokuskan terhadap cara bagaimana sesuatu program atau dasar itu dihantar atau disediakan kepada

11

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengajaran_dan Pembelajaran_Sains_dan_Matematik_dalam_Bahasa_Inggeris

12

pelanggan-pelanggan, atau cara bagaimana sesuatu program itu dilaksanakan. Kemudian aktiviti atau program yang dilaksanakan ini akan dinilai sama ada ianya dapat memenuhi kepuasan para pelanggan atau sebaliknya terhadap perkhidmatan yang disediakan. PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir bin Mohamad.12 Dalam dasar ini, Bahasa Inggeris telah ditetapkan untuk menggantikan bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda sebagai bahasa perantara bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, ia dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.13 Bagi memenuhi keperluan dasar, beberapa program dan aktiviti telah dilaksanakan. Pada peringkat permulaan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik telah dihantar untuk menghadiri kursus ETeMS. Selain kursus ETeMS, guru-guru tersebut juga diberi kursus pendedahan isi kandungan dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut. Sebagai bantuan kepada guru-guru dan murid, bahan-bahan pembelajaran PPSMI berbentuk pakej yang terdiri daripada buku teks, buku latihan dan aktiviti murid, buku panduan guru, MyCD, CD-ROM Guru, Buku Amali Sains serta Buku Glosari Sains dan Matematik turut disediakan. Bukan itu sahaja malah peralatan ICT seperti komputer riba dan LCD turut dibekalkan kepada sekolah-sekolah demi menjayakan dasar PPSMI. Bagi menjayakan lagi dasar PPSMI, sekolah sekolah juga diberi kemudahan internet melalui pemasangan schoolnet.

12 13

Ibid. Ibid.

13

Tidak dinafikan prasarana yang dibekalkan Kementerian Pelajaran Malaysia kepada sekolah-sekolah adalah sangat memuaskan. Buku Teks yang dibekalkan dalam bahasa Inggeris misalnya menjadi sumber asas kepada murid-murid mendapatkan pengetahuan tentang konsep dan kemahiran dalam pembelajaran sains dan matematik. Manakala kandungan buku latihan dan aktiviti yang selari dengan buku teks diharap dapat membantu murid mengukuhkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran sains dan matematik yang dipelajari. Guru-guru turut dibantu dengan Buku Panduan Guru. Ia merupakan sumber rujukan utama kepada guru ketika membuat persediaan mengajar. Buku ini direka untuk membantu guru mengemaskini dan meningkatkan pengetahuan sains dan matematik serta merangsang kreativiti guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Walaupun begitu, Buku Panduan Guru ini pada peringkat permulaannya hanya meliputi komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Dua serta Pakej Buku Teks Matematik Tahun Satu. Dalam menampilkan pembelajaran secara interaktif, sekolah-sekolah turut dibekalkan dengan kemudahan internet melalui pakej schoolnet, komputer riba dan LCD malah tidak kurang juga dengan CD-CD untuk kegunaan guru dan murid. Kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah untuk memberi peluang kepada guru dan murid mengaplikasikan pelbagai sumber teknologi bagi tujuan mengukuhkan kefahaman berkaitan konsep sains dan matematik yang dipelajari melalui persembahan multimedia yang menarik. Kandungan MyCD iaitu CD untuk murid adalah latihan dan aktiviti secara interaktif, permainan, simulasi dan e-ujian manakala CD-ROM Guru dibekalkan dengan strategi P&P, bank soalan, aktiviti tambahan dan senarai URL yang relevan dengan pendidikan sains dan matematik. Selain CD, murid-murid turut dibekalkan dengan buku Amali Sains. Buku ini diterbitkan untuk memastikan mata pelajaran Sains diajar secara amali dan bukan hanya
14

secara teori. Selain melakukan aktiviti yang menyeronokkan, daya pemikiran dan kreativiti murid dapat dikembangkan. Ia sekaligus dapat menarik minat murid terhadap Sains. Penilaian Proses Ke Atas Dasar PPSMI Jika dilihat kepada proses pelaksanaan dasar ianya bermula dengan perbincangan dengan jemaah menteri di Parlimen. Setelah diperdebatkan dan melalui proses pembacaan di Dewan Senat dan Dewan Negara, akhirnya dasar ini telah dengan rasminya termaktub menjadi dasar kerajaan bermula pada 19 Julai 2002. Dasar ini kemudiannya melalui proses pelaksanaan di mana Kementerian Pelajaran Malaysia bertanggungjawab untuk

menyebarluaskan maklumat mengenai dasar ini kepada pelaksana dasar iaitu para guru. Dalam hal ini, penilaian dapat dibuat dimana prosesnya berjalan lancar bermula dengan perbincangan, kemudian pembuatan dasar, seterusnya pelaksanaan dasar dan tugas terakhir adalah menilai dasar. Dalam proses pelaksanaan, para guru telah diberi kursus berkenaan kandungan mata pelajaran serta kursus bahasa Inggeris. Selain itu, program buddy support juga diadakan di sekolah-sekolah di mana guru-guru bahasa Inggeris diberi tanggungjawab untuk membantu guru-guru Matematik dan Sains ini menguasai bahasa Inggeris. BISP juga merupakan satu bentuk insentif yang diberikan kerajaan kepada pelaksana dasar sebagai satu suntikan semangat untuk guru-guru mengambil inisiatif mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris bagi manjayakan dasar. Sebagai pelaksana dasar juga, guru-guru dibekalkan dengan pelbagai keperluan seperti buku-buku panduan, peralatan ICT dan CD-CD sebagai pemudahcara. Dasar kemudian disampaikan kepada penerima dasar iaitu para pelajar khususnya dan masyarakat amnya melalui pelbagai cara dan medium umpamanya pihak media, Kementerian Pelajaran, Guru Besar dan Pengetua sekolah. Proses melaksana dasar juga berjalan lancar di mana kerajaan telah bersedia membekalkan buku-buku teks dan aktiviti serta kelengkapan yang lain seperti CD-CD dalam bahasa Inggeris.
15

Tidak dinafikan prasarana yang dibekalkan oleh kerajaan untuk menjayakan dasar PPSMI ini memang banyak dan mencukupi. Namun adakah dengan hanya membekalkan keperluan ini ianya sudah mampu untuk menyatakan bahawa dasar ini berjaya. Dalam penilaian proses, kepuasan pelanggan amat dititikberatkan. Oleh itu, penilaian ini perlu bersandar kepada data-data hasil keputusan pelanggan sebagai penerima dasar. Sejak dasar PPSMI dilaksanakan, banyak penentangan diterima dari pelbagai golongan masyarakat. Antara isunya adalah berkaitan dengan kesukaran pelajar mengikuti pelajaran kerana masalah bahasa, masalah keciciran, kurang minat untuk belajar Sains dan Matematik serta tidak ketinggalan ianya memberi kesan terhadap penguasaan bahasa ibunda. Hakikat menunjukkan bahawa kanak-kanak lebih cepat belajar dalam bahasa ibunda. Apabila dasar PPSMI dilaksanakan, murid-murid tidak lagi mempunyai pilihan selain terpaksa belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Bagi murid-murid yang tidak mahir berbahasa Inggeris, mereka akan berdepan dengan masalah untuk memahami konsep dan isi kandungan pelajaran yang membawa kepada masalah-masalah lain seperti kurang minat, bosan dan keciciran. Kajian antarabangsa yang dinamakan Trends in International Mathematics dan Science Study (TIMSS 2007) walaupun tidak merujuk kepada dasar PPSMI tetapi hasil dapatan mengenai pencapaian Matematik dan Sains bagi pelajar Gred 8 atau Tingkatan 2 yang membabitkan 59 negara termasuk Malaysia menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot dengan ketara. Skor Matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. Skor Sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.14 Menurut laporan TIMSS, faktor pencapaian murid terhadap pembelajaran Sains dan Matematik adalah sangat bergantung kepada bahasa. Kajian
14

Ibid.

16

mendapati pelajar yang belajar dalam bahasa keluarga (home language) puratanya lebih tinggi dalam ujian tersebut berbanding pelajar yang belajar dalam bukan bahasa keluarga atau bahasa asing. Sebagai contoh pelajar-pelajar dari Taiwan, Korea, Jepun, Singapura, England dan Romania yang menggunakan bahasa ibunda mereka telah mencapai skor yang tinggi dalam ujian tersebut. Hasil kajian TIMSS ini menunjukkan bahawa wujud hubungan rapat antara proses pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa asing dengan bahasa ibunda. Dari kajian ini, penilaian proses dapat dilakukan di mana didapati pengguna secara keseluruhannya tidak benar-benar mendapat manfaat dari dasar PPSMI ini. Ketidakpuasan hati pelanggan juga dapat dinilai melalui satu memorandum yang dikarang oleh 11 pertubuhan pendidikan dalam tahun 2007. Dalam kajian bersama itu didapati bahawa PPSMI membawa kesan negatif di peringkat sekolah rendah lagi memandangkan 500 000 pelajar Melayu bakal tercicir dalam mata pelajaran terbabit kerana kelemahan menguasai bahasa Inggeris. Memorandum tersebut turut menyentuh laporan UNESCO yang menyatakan keperluan menggunakan bahasa setempat dalam semua peringkat pendidikan justeru itulah bahasa yang sangat mereka fahami untuk memperoleh sebarang ilmu. Keputusan peperiksaan UPSR 2008 (calon-calonnya merupakan perintis PPSMI dan diberi pilihan menjawab soalan dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris atau bahasa ibunda masing-masing) mendapati bahawa 31% daripada 518 616 murid yang menjawab kertas sains dalam bahasa Inggeris dan 46% dalam kertas matematik belum dapat menggambarkan bahawa keseluruhan pelajar menguasai bahasa Inggeris. Daripada dapatan ini jelas menunjukkan bahawa pengguna tidak menunjukkan respon yang positif terhadap dasar PPSMI ini. Penilaian Impak Terhadap Dasar PPSMI
17

Sebagaimana dinyatakan penilaian impak menekankan tentang keputusan-keputusan yang dihasilkan oleh dasar yang telah dilaksanakan. Fokus penilaiannya adalah terhadap matlamat dasar sama ada berhasil mencapai sasaran yang ditetapkan atau sebaliknya. Untuk menilai keberkesanan dasar ini dari sudut penilaian impak, data-data yang diperoleh dapat memberikan keputusan kepada penilaian tersebut. Dalam satu kajian oleh Prof. Emeritus Dato Isahak Haron, pada 2008, didapati bahawa pelaksanaan dasar PPSMI secara tergesa-gesa tidak membawa suatu natijah yang baik. Pertamanya guru-guru bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut tidak mempunyai kekuatan untuk berbahasa Inggeris menyebabkan kegagalan menyampaikan isi kandungan mata pelajaran dengan baik. Dalam kajian tersebut, beliau mendapati 85% guru mengajar sains dan matematik dalam dwi bahasa manakala 10% sahaja yang menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Hal ini boleh ditafsirkan lagi melalui satu keputusan Penilaian Tahap Profisiensi (PTP) 2008 yang diwajibkan kepada guru-guru PPSMI untuk mengukur pencapaian bahasa Inggeris mereka. Penilaian dibuat sebagaimana ujian Muet, dan tahap penguasaan diukur berdasarkan pencapaian Tahap 1 hingga 5. Tahap 1 adalah yang paling rendah, Tahap 2 kategori rendah, Tahap 3 sederhana, Tahap 4 bagi kecekapan tinggi manakala Tahap 4 adalah paling tinggi. Keputusan Penilaian Tahap Profiensi pada 2008 adalah seperti rajah berikut:15

15

http://dr-hh.blogspot.com/2009/03/ppsmi-dihapuskan-atau-diperbaiki_09.html

18

Daripada dapatan, penilaian impak dapat dilakukan terhadap kajian tersebut. Adalah didapati 0.1% sahaja guru yang boleh dikategorikan sebagai telah mencapai tahap paling tinggi dalam penguasaan bahasa Inggeris , 11.9% pada Tahap 4, sederhana dengan 51.6%, rendah pada tahap 34% dan paling rendah sebanyak 2.3%. Jadi, pelaksanaan dasar ini dilihat tidak berjaya mencapai matlamat apatah lagi pelaksana dasarnya iaitu para guru masih lemah dalam bahasa Inggeris. Dasar yang dibuat juga dilihat terburu-buru sehinggakan guru tidak mendapat latihan yang secukupnya sebelum melaksanakan dasar tersebut. Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu pertemuan menyatakan bahawa peratusan gred A,B dan C bagi mata pelajaran Sains UPSR 2008 telah merosot dari 85.1% kepada 82.5% bagi sekolah bandar dan 83.2% kepada 79.7% bagi sekolah luar bandar. Kemerosotan peratusan bagi mata pelajaran Matematik juga berlaku di mana pencapaian murid bandar merosot dari 84.8% kepada 77% bagi murid luar bandar. Daripada keputusan ini di dapati jurang perbezaan antara murid bandar dan luar bandar semakin melebar. Begitu juga dengan Laporan Trends in Mathematics and Science study 2007 yang menunjukkan kemerosotan kedudukan murid Malaysia bagi bagi mata pelajaran Sains yang merosot dari kedudukan ke 20 pada 2003 ke kedudukan 21 pada 2007. Lebih serius lagi kedudukan bagi mata pelajaran Matematik merosot dari kedudukan ke 10 pada 2003 ke kedudukan 20 pada tahun 2007. Selain itu,
19

beliau turut menyatakan hasil kajian universiti-universiti tempatan yang menunjukkan tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih 3% sepanjang pelaksanaan PPSMI. Daripada dapatan, penilaian impak dapat dijalankan dan hasilnya mendapati kelemahan dasar PPSMI mengatasi kekuatan. Penilaian impak terhadap dasar juga dapat dilakukan dengan menilai desakan yang pelbagai dari pertubuhan-pertubuhan NGO, para aktivis dan cendekiawan, ahli politik kerajaan mahupun pembangkang dan masyarakat umum yang kebanyakan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap dasar yang dilaksanakan. Semua tentangan dan desakan diiringi dengan bukti dan data-data kajian sama ada dibuat di dalam negara hasil kajian orang perseorangan mahupun kumpulan, tinjauan dan soal selidik dan tidak kurang juga hasil dapatan kajian yang dilakukan pelbagai pihak dari luar negara seperti UNESCO. Berikut adalah rangkuman beberapa dapatan lain yang boleh dijadikan penilaian impak ke atas dasar PPSMI. Antaranya penentangan bersama cendekiawan Melayu seperti Prof. Diraja Ungku Aziz, A. Samad Said, Prof. Muhammad Hj. Salleh dan Anwar Ridhwan dalam satu sidang akhbar pada 5 Mei 2009 yang menggariskan 6 alasan mengapa PPSMI perlu dimansuhkan. Antara alasan yang diberikan adalah berhubung dengan kejayaan sistem pendidikan yang berlaku di negara Belanda, Belgium dan Switzerland yang rata-rata rakyatnya boleh berbahasa Inggeris tanpa mengabaikan bahasa ibunda serta rasa tanggungjawab mereka untuk mengembalikan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu dalam semua bidang. Selain itu Pertubuhan-Pertubuhan Pendidikan Pelbagai Kaum juga telah

menandatangani secara bersama, dengan mengemukakan memorandum yang berjudul Kembalikan Bahasa Ibunda: Mengembalikan Penggunaan Bahasa Ibunda Sebagai Bahasa

20

Pengantar Dan Bahasa Peperiksaan Bagi Mata Pelajaran Sains Dan Matematik Di Sekolah Rendah untuk pertimbangan YAB Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi. Daripada dapatan kajian, cabaran dan penentangan dari pelbagai pihak dan setelah meneliti dan memperhalusi setiap satu dapatan tersebut, penilaian impak dapat dijana dan satu keputusan dapat di buat untuk menjelaskan kedudukan sesuatu dasar sama ada ia berjaya mencapai matlamat atau sebaliknya. Kesimpulan Kejayaan sesuatu dasar kerajaan atau sebaliknya adalah bergantung kepada pelaksana yang cekap dan berkesan dan juga sambutan atau respon dari semua peringkat termasuk penerimaan kumpulan-kumpulan sasaran.16 Kejayaan atau kegagalan sesuatu dasar perlu melalui proses penilaian agar kesimpulan yang dibuat menepati kehendak semasa selain memuaskan hati pelbagai pihak. Penilaian perlu bermula dari peringkat awal pembuatan dasar lagi iaitu semasa cadangan dasar hendak dibuat dan seterusnya semasa proses pelaksanaan dasar. Dalam peringkat ini, banyak pihak yang terlibat termasuklah ahli-ahli eksekutif, pegawai-pegawai kerajaan, dan juga pemimpin-pemimpin di peringkat akar umbi. Sebagai pelaksana dasar mereka diharap dapat memahami dan menghayati dasar yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka. Aspek inilah yang perlu diberi penekanan kerana pemahaman yang tepat sebagaimana yang dihasratkan oleh penggubal dasar akan menjadikan mereka lebih komited dalam melaksanakan dasar-dasar itu bagi mencapai kesan yang dikehendaki.17 Walaupun begitu penilaian perlu terus dilakukan ke atas dasar setelah dasar itu sampai ke pengguna. Melalui hasil kajian dan dapatan data,keupayaan dasar dapat dijelaskan sama ada ia diterima atau ditolak.

16

Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia.Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN): Kuala Lumpur. 1994. hlm.7 17 Ibid.

21

Dalam penilaian proses ke atas dasar PPSMI, adalah didapati bahawa proses dasar itu sampai ke pengguna adalah mengikut prosedur dan melalui beberapa peringkat pembuatan dasar yang sempurna. Namun, apa yang di dapati, ruang masa yang singkat serta perluasan pengetahuan dan pelaksanaan yang terburu-buru menyebabkan dasar ini mendapat reaksi yang negatif dari pelbagai pihak. Malah didapati pelaksana dasar sendiri belum benar-benar berada pada tahap optimum untuk menjayakan dasar PPSMI kerana masalah komunikasi yang hadir dari kelemahan menguasai bahasa Inggeris. Dari sudut kemampuan pula, para pelajar didapati belum bersedia mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dan kini ianya menjadi bertambah beban kerana mereka bukan sahaja lemah dalam bahasa Inggeris malah gagal menguasai isi kandungan mata pelajaran Sains dan Matematik itu sendiri. Selain itu, penilaian impak telah dijalankan bagi mengenalpasti kelemahan dan kekuatan dasar PPSMI ini sebelum suatu keputusan dibuat ke atas dasar tersebut. Data menunjukkan bahawa pelaksanaan PPSMI sejak 2003 telah membabitkan kos sebanyak RM5 bilion meliputi penyediaan peralatan dan latihan guru. Kos yang tinggi dengan hasil yang rendah memperlihatkan bahawa terdapat banyak kelemahan dalam dasar. Dasar ini telah didapati tidak menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan seperti yang digariskan pada objektif dasarnya menyebabkan kabinet mengambil keputusan memansuhkan dasar PPSMI mulai tahun 2012.

22

Bibliografi Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia.Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN): Kuala Lumpur

Dubnick, Melvin J. & Bardes, Barbara A. 1983. Thinking About Public Policy. New York : Wiley

23

E.S. Quade; terjemahan Ali Yusob Md. Zain. 1995. Analisis Untuk Keputusan Awam. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Malike Brahim. 2008. Dasar Awam Di Malaysia : Suatu Pengenalan. Selangor. IBS Buku Sdn. Bhd. http://dr-hh.blogspot.com/2009/03/ppsmi-dihapuskan-atau-diperbaiki_09.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengajaran_dan_Pembelajaran_Sains_dan_Matematik_dalam_ Bahasa_Inggeris http://www.lindaamri.com/2009/04/ppsmi-ketidakwajaran-dalam-kewajaran.html http://www.mampu.gov.my/web/guest/profil
http://www.treasury.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=361&Itemid

24