Anda di halaman 1dari 20

Lampiran C

KONVENSYEN AMALAN TERBAIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2013 MAKLUMAT PESERTA
KategoriPenyertaan( tanda dalamkotakberkaitan di bawah). PendekatanPembelajaranBerasaskanProjek Bahasa Malaysia BahasaInggeris BahasaCina Bahasa Tamil No. KPT : 860603-35-5506 Jantina : PEREMPUAN No. H/P: 017-4706100 e-Mail :kyezyen@yahoo.co.uk

Nama :WONG KYE ZYEN

AlamatSekolah : SJK (C) BUKIT MERAH, 31500 LAHAT, PERAK.

No. Telefon:05-3214915

No. Faks:05-3214915

Jawatan Di Sekolah: (sediakanlampiranjikaruangtidakmencukupi)

1. Guru Penasihat Kelab Komputer 2. Guru Penasihat Olahraga 3. AJK Kelab Guru

Kelulusan Akademik : SPM Kelulusan Ikhtisas : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) Tajuk/TemaProjek: Amalan Pemakanan Sihat

1. Tajuk Amalan Pemakanan Sihat

2. Pengenalan Pembelajaran berasaskan projek Amalan Pemakanan Sihat

merupakan satu projek pendidikan yang amat penting bermula dari peringkat kanak-kanak bagi melahirkan generasi baru yang mengamalkan pemakanan sihat. Usaha ini adalah untuk melahirkan generasi yang peka terhadap kualiti makanan yang diambil dan kesan-kesan terhadap perkembangan dari semua aspek iaitu intelek, fizikal, emosi, rohani dan sosial.

Projek Amalan Pemakanan Sihat merupakan proses pendidikan sepanjang hayat dan harus bermula seawal prasekolah. Ia merangkumi projek bagi mendidik kanak-kanak prasekolah tentang amalan pemakanan sihat. Selain itu, projek ini juga bertujuan untuk memupuk pemahaman dalam kalangan kanak-kanak dan ibu bapa mengenai pemilihan makanan yang sihat.

Projek Amalan Pemakanan Sihat adalah aktiviti yang boleh dijadikan sebagai landasan atau pendekatan yang boleh digunakan untuk

memantapkan pembentukan peribadi dan jati diri murid dalam melalui proses pendidikan yang berterusan. Ini adalah sejajar dengan harapan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menjayakan Pelan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) berkaitan dengan fokus pemakanan sihat PFK 3.0 di mana kanak-kanak dapat mengenali jenis-jenis makanan berkhasiat.

Pendekatan pembelajaran berasaskan projek Amalan Pemakanan Sihat adalah untuk membentuk pengalaman pembelajaran yang unik dan paling berharga kepada seluruh warga pendidik khasnya murid-murid prasekolah sehingga mereka boleh memahami pengalaman tersebut dan seterusnya akan dapat membina pengetahuan berkaitan dengan nilai-nilai kemanusiaan sejagat seumpamanya dalam kehidupan mereka pada masa hadapan. Bersesuaian dengan aspirasi untuk setiap murid yang disarankan

dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu:

1. Pengetahuan 2. Kemahiran berfikir 3. Kemahiran memimpin 4. Kemahiran dwibahasa 5. Etika dan kerohanian 6. Identiti nasional

3. Sinopsis Projek

Menurut Prof. Madya Norhashimah Hashim (2004), pendidikan amalan pemakanan sihat penting untuk kanak-kanak prasekolah kerana kualiti pemakanan mempunyai kesan langsung ke atas pertumbuhan dan

perkembangan, kesihatan serta kesejahteraan kanak-kanak pada masa depan. Kanak-kanak pada peringkat umur prasekolah merupakan masa yang sesuai bagi menggalakkan amalan pemakanan sihat.

Menurut Saayah Abu, Surayah Zaidon, dan Siti Saleha samsuri (2006), kanak-kanak perlu didedahkan kepada kepelbagaian makanan yang disajikan dan mengenalpasti kualiti makanan yang dibekalkan. Kanak-kanak juga perlu diajar tentang pemakanan yang sihat dan bermutu tinggi supaya dapat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak supaya mempunyai IQ atau darjah kecerdasan yang tinggi.

Peranan prasekolah memainkan peranan yang amat penting dalam pendidikan amalan pemakan yang sihat agar kanak-kanak didedahkan dengan penyediaan makanan yang sihat. Pemakanan sihat dapat membantu ketahanan badan bagi mengelakkan daripada jangkitan penyakit serta membantu pertumbuhan fizikal dan perkembangan otak yang sihat. Lantaran itu, kanak-kanak hendaklah dididik untuk merancang menu mereka demi menjaga kualiti makanan yang disediakan dan dihidangkan.

Menurut Farthing, dalam Swadener (1994), kanak-kanak belajar

memilih makanan daripada kebiasaan melalui pendedahan kepada pelbagai jenis makanan dan iklan-iklan di media massa. Oleh itu, kanak-kanak perlu diberi pendidikan dan pendedahan tentang pemilihan makanan pada

peringkat awal sebagai pengetahuan asas dalam kehidupan bagi memilih makanan dengan bijak pada masa akan datang.

Di samping itu, kanak-kanak datang daripada pelbagai latar belakang keluarga dan budaya. Ada keluarga yang menekankan pemakanan yang sihat manakala ada pula keluarga yang tidak mengambil kisah sama ada anakanak mereka makan makanan yang sihat ataupun tidak. Mereka sentiasa beranggapan bahawa yang penting adalak anak-anak mereka itu kenyang atau mendapat makanan yang mencukupi.

Lantaran itu, disebabkan pelbagai pengaruh dan latar belakang, galakan amalan pemakanan yang sihat sangat penting diterap pada peringkat awal kanak-kanak lagi.

4. Rasional

Pembelajaran merupakan projek

berasaskan yang dinamik

projek

Amalan

Pemakanan

Sihat

dan menarik untuk

kanak-kanak

prasekolah. Projek ini dapat memberi peluang kepada semua pihak khasnya para guru dan murid prasekolah dalam menimba ilmu dan pengalaman berkaitan makanan yang sihat serta menggalakkan pemakanan yang sihat dalam kalangan kanak-kanak prasekolah.

5. Objektif

Objektif pembelajaran berasaskan projek Amalan Pemakanan Sihat dalam kalangan kanak-kanak prasekolah adalah:

Meningkatkan pengetahuan kanak-kanak prasekolah dalam amalan pemakanan yang sihat bagi menjamin tumbesaran yang sempurna dan sihat dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta mengelakkan

penyakit.

Meningkatkan pengetahuan kanak-kanak prasekolah tantang amalan pemakanan sihat dan membentuk sikap positif dari segi mahu mencuba dan suka makan pelbagai makanan yang sihat.

Mengenal dan memilih pelbagai makanan yang sihat dan mengetahui kebaikan pemakanan yang sihat.

6. Tempoh Pelaksanaan

Pembelajaran berasaskan projek Amalan Pemakanan Sihat dijalankan dalam tiga fasa, iaitu selama 3 minggu. Berikut merupakan jadual pelaksanan:

Tempoh Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3

Fasa Fasa 1 - Permulaan Fasa 2 - Perkembangan Fasa 3 - Kesimpulan

7. Kumpulan Sasaran

8 orang kanak-kanak prasekolah berumur 5+ tahun.

8. Dokumentasi Projek Fasa 1 Permulaan

Permasalahan: (Sila rujuk LAMPIRAN 1 - Anekdot)

Seorang kanak-kanak A dalam kelas sentiasa tidak datang ke sekolah kerana sakit perut. Apabila kanak-kanak A ditanya tentang makanan yang digemarinya, kanak-kanak ini suka makanan seperti aiskrim, coklat dan gula-

gula. Makanan-makanan ini adalah antara makanan yang tidak sihat.

Pada masa yang sama, beberapa orang kanak-kanak yang lain dalam kelas berbincang sesama mereka sebab rakan mereka sentiasa tidak sihat dan bertanya kepada guru tentang sebab kanak-kanak A sentiasa sakit perut.

Lantaran itu, untuk memberi impak yang lebih mendalam kepada kanak-kanak tentang makanan yang sihat, tajuk Amalan Pemakanan Sihat dipilih sebagai tajuk pembelajaran berasaskan projek untuk kanak-kanak dalam kelas prasekolah saya.

Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek Amalan Pemakanan Sihat Fasa 1.1 Tayangan iklan-iklan makanan tidak sihat (Sila rujuk LAMPIRAN 2 untuk foto aktiviti)

Standard pembelajaran utama dalam Fasa 1.1 ialah BC 3.6.1 Menjawab soalan berdasarkan bahan bantu mengajar (BC 3.6.1 ). Standard pembelajaran yang disepadukan ialah PFK 3.2.3 Mengenal jenis makanan yang tidak berkhasiat dan PSE 1.1.3 Menyatakan sesuatu yang disukai dan yang tidak disukai.

Objektif pembelajaran untuk Fasa 1.1 ialah pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat menyebut makanan yang sihat dan makanan yang tidak sihat.

Aktiviti ini dimulakan dengan tayangan iklan-iklan pelbagai jenis makanan tidak sihat yang sentiasa ditayangkan di televisyen untuk menarik perhatian kanak-kanak. Seterusnya, kanak-kanak menyatakan apa yang

mereka lihat. Kemudian, guru bersoal jawab dengan kanak-kanak. Kanakkanak memberitahu makanan kegemaran mereka. Guru menjelaskan semua makanan yang terdapat dalam iklan-iklan terdiri daripada kumpulan makanan sihat dan kumpulan makanan tidak sihat. Guru menerangkan kepentingan

pengambilan makanan sihat dalam kehidupan harian kepada kanak-kanak. Pada sesi penutup untuk Fasa 1.1, kanak-kanak menyebut jenis-jenis makanan yang sihat dan makanan yang tidak sihat.

Pentaksiran dalam Fasa 1.1 adalah kanak-kanak dinilai pada akhir pembelajaran apabila mereka diminta untuk menyebut semula jenis-jenis makanan yang sihat dan makanan yang tidak sihat. Fasa 1.2 Penghasilan Poster Makanan Sihat dan Makanan Tidak Sihat (Sila rujuk LAMPIRAN 3 untuk foto aktiviti)

Standard pembelajaran utama dalam Fasa 1.2 ialah BC 2.4.3 Menamakan bahan yang dikumpul (BC 2.4.3 ). Standard pembelajaran yang disepadukan ialah PFK 3.2.3 Mengenal jenis makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat dan ST 2.3.6 Mengumpulkan objek-objek mengikut kumpulan.

Objektif pembelajaran untuk Fasa 1.2 ialah pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat mengelaskan jenis-jenis makanan yang sihat dan makanan yang tidak sihat.

Aktiviti ini dimulakan dengan sesi soal jawab guru dengan kanak-kanak tentang pembelajaran pada Fasa 1.1. Kanak-kanak mengimbas kembali jenisjenis makanan yang sihat dan tidak sihat yang telah dibincang selepas tayangan iklan-iklan pelbagai jenis makanan tidak sihat. Kemudian, kanakkanak dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 5 orang dalam satu kumpulan. Kanak-kanak diminta untuk menghasilkan satu poster makanan sihat dan satu poster makanan tidak sihat. Kanak-kanak perlu mencari gambar-gambar makanan dalam surat khabar, majalah, risalah yang dibawa oleh mereka dari rumah. Kanak-kanak menggunting gambar-gambar makanan dan menampal gambar-gambar dalam kad manila yang disediakan. Seterusnya, kanak-kanak mempersembahkan poster yang dihasilkan kepada rakan-rakan dalam kelas sambil menamakan jenis-jenis makanan yang sihat dan tidak sihat dalam

poster. Pada sesi penutup untuk Fasa 1.2, kanak-kanak menamakan semula jenis-jenis makanan yang sihat dan makanan yang tidak sihat.

Pentaksiran dalam Fasa 1.2 ialah kanak-kanak dinilai melalui sewaktu penghasilan poster. Fasa 1.3 Pembinaan Peta Minda (Sila rujuk LAMPIRAN 4 untuk foto aktiviti)

Standard pembelajaran utama dalam Fasa 1.3 ialah BC 3.6.2 Menyatakan dari segi lisan atau lukisan isi kandungan pembelajaran dengan bimbingan lisan guru (BC 3.6.2

). Standard pembelajaran yang disepadukan ialah PFK 3.2.3 Mengenal jenis makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat.

Objektif pembelajaran untuk Fasa 1.3 ialah pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat membina peta minda berkaitan jenis-jenis makanan yang sihat dan makanan yang tidak sihat.

Aktiviti ini dimulakan dengan sesi soal jawab guru dengan kanak-kanak tentang jenis-jenis makanan yang sihat dan makanan yang tidak sihat. Kanakkanak memberi beberapa contoh tentang jenis-jenis makanan yang sihat dan tidak sihat yang telah dibincang. Kemudian, kanak-kanak dibimbing untuk membina peta minda tentang makanan yang sihat dan makanan yang tidak sihat dalam kertas yang disediakan. Aktiviti ini dijalankan secara individu. Setiap kanak-kanak akan menulis atau melukis makanan yang sihat dan makanan tidak sihat. Seterusnya, kanak-kanak diminta untuk

mempersembahkan peta minda yang dihasilkan kepada rakan-rakan dalam kelas sambil menamakan jenis-jenis makanan yang sihat dan tidak sihat dalam poster. Pada sesi penutup untuk Fasa 1.2, kanak-kanak menamakan semula jenis-jenis makanan yang sihat dan makanan yang tidak sihat.

Pentaksiran dalam Fasa 1.3 ialah guru menilai kefahaman kanakkanak ketika mereka membina peta minda tentang makanan sihat dan

makanan tidak sihat. Fasa 2 Perkembangan Fasa 2.1 Temu Ramah Rakan-rakan

Standard pembelajaran utama dalam Fasa 2.1 ialah BC 2.2.1 Mengemukakan soalan dengan sopan (BC 2.2.1 )

dan BC 2.2.2 Menanya soalan dengan menggunakan perkataan yang betul (BC 2.2.2 ). Standard pembelajaran yang disepadukan ialah PFK 3.2.3 Mengenal jenis makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat, PM 9.1.2 Berani bertutur menggunakan ayat yang mudah dan PSE3.2.5 berkomunikasi secara bersopan dan berhemah.

Objektif pembelajaran untuk Fasa 2.1 ialah pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat berani bertanya soalan kepada rakan-rakan dan mengelaskan jenis-jenis makanan yang sihat dan makanan yang tidak sihat.

Aktiviti ini dimulakan dengan sesi soal jawab guru dengan kanak-kanak tentang makanan sihat dan tidak sihat. Kanak-kanak mengimbas kembali jenis-jenis makanan yang sihat dan tidak sihat yang telah dibincang selepas membina peta minda tentang makanan yang sihat dan makanan yang tidak sihat. Kemudian, kanak-kanak dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 5 orang dalam satu kumpulan. Kanak-kanak diminta untuk menemu ramah rakan-rakan kegemaran mereka. Kanak-kanak perlu bertanya tentang makanan

rakan-rakan.

Seterusnya,

kanak-kanak

mengkategorikan

makanan kegemaran rakan-rakan kepada makanan sihat dan makanan tidak sihat dan seterusnya membincangkan dapatan mereka. Pada sesi penutup untuk Fasa 2.1, kanak-kanak menamakan semula jenis-jenis makanan yang sihat dan makanan yang tidak sihat.

Fasa 2.2 Kerja Lapangan di Kantin Sekolah (Sila rujuk LAMPIRAN 5 untuk foto aktiviti)

Standard pembelajaran utama dalam Fasa 2.2 ialah BC 1.1.7 Melaksanakan tugasan berdasarkan arahan dan permintaan guru (BC 1.1.7 ). Standard pembelajaran yang disepadukan ialah PFK 3.2.3 Mengenal jenis makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat, ST 2.1.4 Memerhati dan bercerita secara verbal tentang pemerhatian yang telah dibuat dan ST 2.1.8 Memerhati dan merekod pemerhatian dalam tulisan yang mudah dengan bimbingan.

Objektif pembelajaran untuk Fasa 2.2 ialah pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat mengelaskan jenis-jenis makanan yang dimakan oleh murid-murid di kantin kepada kategori makanan yang sihat dan makanan yang tidak sihat.

Aktiviti ini dimulakan dengan sesi kanak-kanak mengimbas kembali jenis-jenis makanan yang sihat dan tidak sihat yang telah dibincang selepas menemu ramah kawan-kawan mereka tentang makanan kegemaran masingmasing. Kemudian, kanak-kanak dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 5 orang dalam satu kumpulan. Kanak-kanak perlu membuat pemerhatian terhadap pemakanan murid-murid sekolah. Kanak-kanak perlu memerhatikan makanan yang diambil oleh murid-murid sekolah rendah dan memahami makanan yang sihat dan tidak sihat. Kanak-kanak mencatat pemerhatian mereka dan seterusnya menghasilkan jadual untuk mewakili dapatan mereka. Kanak-kanak juga menghasilkan graf palang dengan bimbingan guru. Seterusnya, kanak-kanak membentangkan dapatan daripada pemerhatian mereka berdasarkan jadual dan graf yang dihasilkan. Pada sesi penutup untuk Fasa 2.2, kanak-kanak perlu membincangkan pemerhatian mereka sama ada makanan sihat atau makanan tidak sihat lebih disukai ramai.

Fasa 2.3 Lawatan ke Pameran Kelab Doktor Muda (Sila rujuk LAMPIRAN 6 untuk foto aktiviti)

Standard pembelajaran dalam Fasa 2.3 ialah PFK 3.2.3 Mengenal jenis makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat dan KTI 1.3.2 Menyatakan pandangan secara lisan hasil kerja sendiri dan rakan.

Objektif pembelajaran untuk Fasa 2.3 ialah pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat mengelaskan kepada kategori makanan yang sihat dan makanan yang tidak sihat dan memahami makanan yang berada pada setiap aras piramid makanan.

Kanak-kanak dibawa untuk membuat lawatan ke pameran kesihatan yang dianjurkan oleh Kelab Doktor Muda SK Sungai Raya. Ahli-ahli Kelab Doktor Muda memberi penerangan kepada kanak-kanak tentang jenis-jenis makanan yang sihat. Piramid makanan juga diperkenalkan oleh ahli Kelab Doktor Muda kepada kanak-kanak. Akhir sekali, guru akan berbincang dengan kanak-kanak tentang jenis-jenis makanan yang berada pada setiap aras dalam piramid makanan. Fasa 2.4 Pembinaan Piramid Makanan (Sila rujuk LAMPIRAN 7 untuk foto aktiviti)

Standard pembelajaran utama dalam Fasa 2.4 ialah BC 3.6.2 Menyatakan dari segi lisan atau lukisan isi kandungan pembelajaran dengan bimbingan lisan guru (BC 3.6.2

). Standard pembelajaran yang disepadukan ialah PFK 3.2.3 Mengenal jenis makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat.

Objektif pembelajaran untuk Fasa 2.4 ialah pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat mengelaskan makanan mengikut setiap aras pada piramid makanan.

Aktiviti ini dimulakan dengan sesi soal jawab guru dengan kanak-kanak tentang hasil daripada lawatan ke pameran kesihatan. Kanak-kanak memberi beberapa contoh tentang jenis-jenis makanan yang sihat. Kemudian, kanakkanak dibimbing untuk membina piramid makanan. Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan. Kanak-kanak telah memahami tentang kategori makanan dalam piramid makanan. Setiap kanak-kanak akan menyenaraikan makanan berdasarkan aras piramid makanan. Kanak-kanak juga perlu

menyediakan gambar-gambar makanan untuk dimasukkan pada setiap aras piramid makanan. Seterusnya, kanak-kanak diminta untuk

mempersembahkan piramid makanan yang dihasilkan kepada rakan-rakan dalam kelas sambil menerangkan sumber makanan yang terdapat pada setiap aras piramid makanan. Pada sesi penutup untuk Fasa 2.4, kanakkanak menamakan semula jenis-jenis makanan berdasarkan aras piramid makanan. Fasa 2.5 Pembinaan Papan/Kad Menu (Sila rujuk LAMPIRAN 8 untuk foto aktiviti)

Standard pembelajaran utama dalam Fasa 2.5 ialah BC 3.6.2 Menyatakan dari segi lisan atau lukisan isi kandungan pembelajaran dengan bimbingan lisan guru (BC 3.6.2

). Standard pembelajaran yang disepadukan ialah PFK 3.2.5 Menyatakan jenis makanan yang sesuai mengikut waktu makan dan PM 12.1.1 Menjayakan aktiviti secara berkumpulan.

Objektif pembelajaran untuk Fasa 2.5 ialah pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat menamakan semula jenis-jenis makanan yang perlu diambil untuk setiap waktu makan.

Aktiviti ini dimulakan dengan sesi soal jawab guru dengan kanak-kanak tentang jenis-jenis makanan yang sihat dan makanan yang tidak sihat. Kanakkanak memberi beberapa contoh tentang jenis-jenis makanan yang sihat dan

tidak sihat yang telah dibincang. Kemudian, kanak-kanak dibimbing untuk membina papan menu untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan. Kanak-kanak telah memahami tentang kategori makanan dalam piramid makanan. Kanak-kanak perlu menyenaraikan makanan dalam papan menu mengikut kesesuaian makanan. Kanak-kanak menampalkan makanan pada papan menu untuk menunjukkan jenis makanan yang perlu diambil untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam. Seterusnya, kanak-kanak diminta untuk mempersembahkan papan menu yang dihasilkan kepada rakan-rakan dalam kelas sambil menerangkan jenis makanan yang diambil. Pada sesi penutup untuk Fasa 2.5, kanak-kanak menamakan semula jenis-jenis makanan yang perlu diambil untuk setiap waktu makan. Fasa 3 Kesimpulan Fasa 3.1 Penyediaan Makanan (Sila rujuk LAMPIRAN 9 untuk foto aktiviti)

Standard pembelajaran utama pada Fasa 3.1 ialah BC 2.4.3 Menyampaikan hasil kerja ( BC 2.4.3 ). Standard pembelajaran yang disepadukan ialah PFK 3.2.5 Menyatakan jenis makanan yang sesuai mengikut waktu makan dan PM 12.1.1 Menjayakan aktiviti secara berkumpulan.

Objektif pembelajaran untuk Fasa 3.1 ialah pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat menyatakan jenis makanan yang sesuai untuk waktu makan sarapan pagi.

Guru menyediakan bahan makanan (roti, telur rebus, kentang rebus, hiris lobak merah, tomato kiub, mayonaise, pisang, oren dan susu) Guru menjelaskan makanan kepada kanak-kanak Guru tentang kepentingan bahan-bahan untuk

yang

disediakan.

membimbing

kanak-kanak

menyediakan satu set makanan untuk sarapan pagi yang lengkap. Kanak-

kanak dibahagikan kepada tiga kumpulan di mana satu kumpulan akan menyediakan roti gulung, satu kumpulan menyediakan kentang pudar dan satu kumpulan menyediakan minuman. Selepas kanak-kanak menyediakan makanan dan minuman, mereka perlu mempersembahkan hasil mereka kepada rakan-rakan dalam kelas dan menyatakan makanan dan minuman yang sesuai untuk sarapan pagi. Fasa 3.2 Pembentangan dan persembahan

Standard pembelajaran utama pada Fasa 3.2 ialah BC 2.4.3 Menyampaikan hasil kerja ( BC 2.4.3 ). Standard pembelajaran yang disepadukan ialah PM 9.1.2 Berani bertutur menggunakan ayat yang mudah dan PSE3.2.5 berkomunikasi secara bersopan dan berhemah.

Objektif pembelajaran pada Fasa 3.2 ialah kanak-kanak dapat menyampaikan hasil kerja mereka menggunakan ayat yang mudah.

Kanak-kanak mempersembahkan atau membentangkan hasil kerja mereka kepada murid-murid sekolah rendah. Ini adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid sekolah rendah tentang amalan pemakanan sihat. Selain itu, kanak-kanak juga dapat dilatih supaya lebih berani untuk bertutur depan khalayak ramai.

Pada

permulaannya,

kanak-kanak

mempersembahkan

poster

makanan sihat dan makanan tidak sihat. Mereka menamakan jenis-jenis makanan sihat dan makanan tidak sihat yang terdapat dalam poster.

Selepas itu, kanak-kanak membentangkan carta piramid makanan yang dihasilkan oleh mereka. Kanak-kanak menyenaraikan jenis-jenis makanan yang berada pada setiap aras dalam piramid makanan.

Akhir sekali, kanak-kanak juga mempersembahkan papan menu yang dihasilkan oleh mereka. Kanak-kanak menyatakan contoh-contoh makanan

yang sesuai untuk diambil bagi setiap waktu makan iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Fasa 3.3 Pertandingan Amalan Pemakanan Sihat Chef Cilik (Sila rujuk LAMPIRAN 10 untuk foto aktiviti)

Objektif pembelajaran pada Fasa 3.3 ialah kanak-kanak dapat memilih makanan yang sihat untuk sarapan pagi dan ibu bapa kepada kanak-kanak juga dapat mengetahui makanan-makanan yang sesuai untuk sarapan pagi untuk anak-anak mereka.

Pertandingan ini dianjur sebagai akhir pembelajaran berasaskan projek. Setelah kanak-kanak mengalami pelbagai aktiviti dalam setiap fasa dan telah memahami secara mendalam tentang konsep makanan sihat dan makanan tidak sihat, mereka dapat menyertai pertandingan ini bersama ibu bapa mereka. Dengan secara tidak langsung, amalan pemakanan ahli keluarga kanak-kanak juga akan berubah disebabkan kanak-kanak telah menyertai pertandingan melalui pemahaman konsep amalan pemakanan sihat supaya mereka dapat ,menyediakan makanan yang sihat.

Selain itu, pertandingan ini juga terbuka kepada kanak-kanak prasekolah dalam daerah untuk memberi kesedaran kepada mereka tentang amalan pemakanan sihat supaya kanak-kanak tidak terlalu mengemari makanan yang tidak sihat dan dapat memilih makanan yang sesuai untuk sendiri.

Salah

satu

kanak-kanak

dalam

kelas

saya

telah

menyertai

pertandingan ini dan memenangi tempat saguhati. Ini menunjukkan kanakkanak tersebut telah menguasai standard pembelajaran PFK 3.2.3 Mengenal jenis makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat dan dapat

mengaplikasikan dalam kehidupan harian dia.

9. Impak Keseluruhan

Impak pembelajaran berasaskan projek Amalan Pemakanan Sihat kepada kanak-kanak ialah kanak-kanak lebih peka kepada kualiti makanan yang diambil. Kanak-kanak juga memahami secaa mendalam tentang pemilihan makanan pada peringkat awal kanak-kanak supaya dapat membantu menyediakan asas dalam kehidupan bagi memilih dengan bijak pada masa akan datang. makanan

Sikap kanak-kanak terhadap pemakanan juga berubah. Mereka telah mengamalkan pemakanan yang sihat bukan sahaja di kelas prasekolah malah juga di rumah. Sikap kanak-kanak prasekolah dalam amalan pemakanan dari segi mahu mencuba dan suka makan pelbagai makanan yang sihat telah dipupuk melalui projek Amalan Pemakanan Sihat.

Pengetahuan kanak-kanak prasekolah dalam amalan pemakanan yang sihat juga telah ditingkatkan dan ini dapat menjamin tumbesaran kanak-kanak yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta mengelakkan penyakit. Selain itu, kanak-kanak yang sihat dapat belajar dengan baik dalam kelas dan dapat menumpukan perhatian kepada guru semasa sesi pembelajaran dan pengajaran.

Nilai-nilai berani dan bekerjasma dalam kalangan kanak-kanak dapat disemai melalui pembelajaran berasaskan projek Amalan Pemakanan Sihat. Kanak-kanak telah menjadi berani untuk bertutur dan membentangkan hasil kerja mereka di depan khalayak ramai. Selain itu, semasa menjalankan aktiviti membina piramid makanan, menghasilkan poster, menyediakan makanan dan sebagainya, semangat bekerjasama telah dipupuk antara mereka. Ini dapat memantapkan pembentukan peribadi dan jati diri kanakkanak dalam melalui proses pendidikan yang berterusan.

Impak kepada guru adalah proses pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan dengan lancar apabila kanak-kanak tidak sentiasa tidak hadir ke sekolah. Selain itu, makanan sihat yang disediakan oleh pembantu

pengurusan murid (PPM) juga digemari oleh semua kanak-kanak prasekolah kerana mereka telah mengenal pelbagai makanan yang sihat dan mengetahui kebaikan pemakanan yang sihat. Dengan secara tidak langsung, guru dan PPM juga tidak akan menghadapi masalah untuk memujuk kanak-kanak untuk makan makanan yang disediakan semasa waktu rehat.

Impak kepada ibu bapa dan keluarga adalah pelbagai latar belakang keluarga, budaya dan amalan pemakanan ahli keluarga kepada kanak-kanak juga berubah. Ahli keluarga juga mulai menekankan pemakanan yang sihat mengambil berat terhadap pemakanan anak-anak mereka sama ada anakanak mereka makan makanan yang sihat ataupun tidak.

Impak kepada komuniti dapat dilihat melalui penyertaan dalam pertandingan amalan pemakanan sihat Chef Cilik. Kanak-kanak prasekolah dalam daerah bersama ibu bapa atau penjaga masing-masing telah turut serta dalam menyertai pertandingan. Dengan menyertai pertandingan, kesedaran mereka terhadap pemakanan sihat juga ditingkatkan.

10. Kesimpulan

Keseluruhannya,

kanak-kanak

prasekolah

yang

terlibat

dalam

pembelajaran berasaskan projek Amalan Pemakanan Sihat ini telah menunjukkan peningkatan pengetahuan, sikap dan amalan pemakanan kanak-kanak dalam hal pemakanan. Kanak-kanak juga sedar dan faham berkenaan keperluan makanan yang sihat dan mengamalkannya di manamana sahaja. Di samping itu, projek ini penting dalam memberi kesedaran kepada ibu bapa, guru dan pembantu pengurusan murid bagi menentukan kanak-kanak mengamalkan pemakanan yang sihat serta sikap yang positif pada gaya hidup sihat. Pembelajaran berasaskan projek Amalan Pemakanan Sihat ini diharap kekal dan disebarkan ke peringkat sekolah rendah supaya murid-murid lebih memahami pemakanan yang sihat dan mengamalkannya.

11. Rancangan Pelajaran Harian

Masa Jumlah Murid Tunjang Utama Standard Utama

30 minit 10 orang Tunjang Komunikasi (Bahasa Cina) Pembelajaran BC 3.6.2

BC 2.4.3

Standard Pembelajaran Yang PFK 3.2.5 Menyatakan jenis makanan yang Disepadukan Objektif Pembelajaran sesuai mengikut waktu makan Pada dapat: 1. Menyatakan jenis makanan yang akhir pembelajaran, kanak-kanak

sesuai untuk sarapan pagi Bahan Bantu Mengajar Komputer, LCD, Video iklan-iklan makanan, Bahan makanan (roti, telur, tomato, ubi kentang, lobak, susu dan pisang) Nilai-nilai murni Bekerjasama, Menjaga kesihatan,

Keselamatan dan Kebersihan menyediakan makanan Langkah-langkah Pengajaran Set induksi: 1. Kanak-kanak menonton video iklan-iklan makanan.

Langkah Satu: 1. Guru berbincang dengan kanak-kanak tentang jenis-jenis makanan sihat dan makanan tidak sihat.

Langkah Dua: Penyediaan Sarapan Pagi. Guru

memperkenalkan jenis-jenis makanan yang sesuai untuk sarapan pagi.

Guru

membimbing satu

kanak-kanak set makanan

untuk untuk

menyediakan

sarapan pagi yang lengkap. Kanak-kanak dibahagikan kepada tiga kumpulan di mana satu kumpulan akan menyediakan roti

gulung, satu kumpulan menyediakan kentang pudar dan satu kumpulan menyediakan minuman.

Langkah Tiga: Selepas kanak-kanak menyediakan makanan dan minuman, mereka perlu

mempersembahkan hasil mereka kepada rakan-rakan dalam kelas dan menyatakan makanan dan minuman yang sesuai untuk sarapan pagi.

Penutup: Kanak-kanak menyatakan semula jenis-jenis makanan yang sesuai untuk sarapan pagi.

Rujukan

Kementerian Pelajaran Malaysia (2013) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Bahagian Perkembangan Kurikulum

Norhashimah Hashim dan Aminah Ayob. (2006). Panduan Pemakanan Prasekolah. PTS Professional Publishing. Selangor

Swadener, S.S. (1994). Nutrition Education for Preschool Age Children: A Review of Research. U.S Department of Agriculture: Alexandria