Anda di halaman 1dari 19

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

TAJUK 5
5.0

STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN SAINS

SINOPSIS Strategi pengajaran bermaksud tindakan-tindakan yang guru lakukan dalam

mengendalikan proses pengajaran-pembelajaran dan merujuk kepada kaedah, pendekatan, teknik dan aktiviti yang dilaksanakan. Guru-guru perlulah bijak memilih dan menggunakan kaedah yang paling sesuai bagi membantu muridmurid terutamanya murid-murid berkeperluan khas, dan diri mereka dalam usaha mencapai objektif pengajaran yang telah dirancangkan. Pemilihan sesuatu kaedah atau strategi haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak disampaikan, tahap pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang ingin dipupuk. 5.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: i. ii. Memahami bagaimana pelajar mempelajari sains dan implikasinya terhadap pengajaran. Meningkatkan tahap pengajaran secara inkuiri supaya pembelajaran murid menjadi lebih berkesan khususnya dalam pemahaman konsep sains, penguasaan kemahiran saintifik dan penerapan dan pembentukan sikap dan nilai murni. iii. Meningkatkan keberkesanan dengan pelbagai kaedah pengajaran sains rendah seperti simulasi, projek dan eksperimen.

77

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

5.2

KERANGKA KANDUNGAN

STRATEGI STRATEGI PENGAJARAN DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN SAINS SAINS

Kaedah Kaedah Pengajaran Sains Pengajaran Sains

Pengubahsuaian Strategi Pengajaran Sains Pengubahsuaian Strategi Pengajaran Sains Untuk Murid-Murid Masalah Pembelajaran Untuk Murid-Murid Masalah Pembelajaran

Inkuiri Inkuiri

Eksperimen Eksperimen

Hands on Hands on

Penerokaan Penerokaan

Penerokaan Penerokaan Aktif Aktif

Projek Sains Projek Sains

Kajian Kajian Lapangan Lapangan

Kerja Kerja kumpulan kumpulan

Aktiviti Aktiviti Merentas Merentas Kurikulum Kurikulum

Simulasi Simulasi

Kandungan Kandungan

Bahan Bahan

Peringkat Peringkat

Lokasi Lokasi

Penilaian Penilaian

Hubungan Hubungan dengan dengan kehidupan kehidupan

5.3

KANDUNGAN

5.3.1 Kaedah Pengajaran Sains Pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti inkuiri, eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan, kajian lapangan dan eksplorasi. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat meningkatkan minat murid terhadap 78

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) sains, pelajaran sains yang tidak menarik akan membosankan

murid. Pengajaran secara inkuiri-penemuan

menjadikan sains sebagai satu

mata pelajaran yang menyeronokkan kerana murid sendiri terlibat secara aktif dalam proses penyiasatan dan pencarian maklumat. Guru perlu peka terhadap pelbagai kecerdasan dalam kalangan murid pendidikan khas. Kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk muridmurid yang berbeza kecerdasan. Kepelbagaian kecerdasan ini boleh dihubungkaitkan dengan kebolehan visual dan ruang, verbal linguistik, muzik dan irama, logikal matematik, kinestatik, perhubungan antara individu, perhubungan dengan diri sendiri, perhubungan antara insan dengan penciptaNya dan pemahaman tentang alam sekitar. Strategi pengajaran sains yang khusus dan sesuai adalah juga diperlukan untuk murid-murid berkeperluan khas. Guru-guru yang mengajar sains kepada murid-murid ini perlulah bijak memilih strategi atau kaedah yang sesuai dengan kekurangan dan kebolehan mereka. Strategi yang digunakan perlu mengambilkira topik dan bersesuaian dengan aktiviti yang dirancang. a. Inkuiri

Pendekatan Inkuiri pula merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau mendapat jawapan daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, manjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan membuat rumusan. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka. Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing murid menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini 79

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) sesuai dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah dan menengah, terutama kepada murid-murid berkeperluan khas. Dalam inkuiri terbuka, murid tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh murid sendiri. Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti di universiti. Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagi mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan. Sains sebagai inkuiri mementingkan murid mempelajari kemahiran proses sains seperti pemerhatian, membuat inferens dan mengeksperimen. Guru sains perlu melibatkan murid dalam inkuiri dengan memberi peluang kepada mereka untuk menanya soalan, menerang sesuatu kejadian atau fenomena, menguji idea sedia ada dan berkomunikasi apa yang dipelajari. Oleh itu, inkuiri merupakan salah satu pendekatan penyelesaian masalah yang disusun khas supaya sesuatu yang ditujukan kepada murid akan menjadi cabaran kepada mereka untuk menyelidik dan meneliti secara lebih mendalam. Sebagai guru pendidikan khas bimbingan berterusan sepanjang pelaksanaan inkuiri amat penting bagi mencapai Matlamat pendekatan ini adalah untuk membantu murid mengembangkan kemahiran dan intelek bagi mencari jawapan akibat daripada rasa ingin tahu. Terdapat lima fasa seperti rajah berikut: Rajah 1: Fasa Model Inkuiri

Fasa satu: Berhadapan dengan masalah ( Menerangkan atur cara inkuiri, Guru kemukakan masalah )

80

Fasa dua: Mengumpul data Pemeriksaan benar atau tidak. Periksa objek, keadaan, situasi bermasalah.

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Fasa Tiga : Pengumpulan data- ujikaji Asingkan pembolehubah releven Bentuk hipotesis dan Uji perkaitannya.

Fasa Empat: Menyusun ,merumus, keterangan. Rumus peraturan dan keterangan

Fasa Lima: Analisa Proses Inkuiri. Analisa Strategi inkuiri dan hasilkan yang lebih berkesan

Fasa Satu : Dalam Fasa Satu, guru perlu mengemukakan situasi masalah yang perlu diselesaikan oleh murid. Kemudiannya memberikan penerangan susun atur bagaimana untuk menjalankan inkuiri yang digunakan. Fasa Dua : Dalam Fasa Dua pula, ia melibatkan proses mengumpul data. Pegumpulan data dibuat melalui ujikaji, pemerhatian dan pemeriksaan situasi sebenar. Guru-guru hendaklah cuba membantu murid dengan mengembangkan jenis maklumat yang didapati.

81

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) Fasa Tiga : Dalam Fasa Tiga, murid-murid perlu mengasingkan pembolehubah yang releven iaitu untuk membentuk hipotesis dan membuat perkaitan tentang sebab dan akibat masalah berlaku.

Fasa Empat : Dalam Fasa Empat , guru meminta murid menyusun semua data-data yang telah mereka perolehi bagi membentuk satu keterangan mengenai kajian mereka. Fasa Lima Dalam fasa yang terakhir ini, murid diminta untuk menganalisis corak inkuiri yang telah mereka hasilkan . Pada fasa ini murid boleh memberikan pelaporan mengenai kajian yang telah mereka lakukan dalam bentuk penulisan, gambarajah atau sebagainya. Model ini adalah merupakan satu pengajaran yang menarik serta merangsangkan murid-murid kerana mereka memerlukan kreativiti, pemikiran, penaakulan serta penilaian bagi menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat sesuatu keputusan. Prinsip-Prinsip Model Inkuiri Terdapat beberapa prinsip yang perlu diketahui oleh guru sebelum

melaksanakan model inkuiri di dalam pengajaran . Ini sangat penting untuk memastikan kaedah yang digunakan. Ini benar-benar mampu menghasilkan satu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Prinsip pertama yang perlu diberi tumpuan oleh guru ialah mereka perlu memilih topik kajian yang terdapat dalam sukatan dan mengikut objektif pelajaran. Ini penting agar proses pengajaran itu nanti sesuai dengan tahap 82

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) kemampuan mereka . Objektif pengajaran guru akan mempunyai matlamat yang perlu dicapai oleh murid. Prinsip kedua ialah penyediaan alatan. Guru perlu menyediakan alatan yang sesuai dan mencukupi sebelum memulakan sesuatu kajian. Alatan yang tidak sesuai serta tidak berfungsi akan menggangu kelancaran proses pembelajaran murid. Oleh yang demikian para guru perlu memastikan alatan sentiasa dalam keadaan baik, berfungsi, sesuai dan mencukupi. Prinsip ketiga ialah peranan yang dimainkan oleh guru. Guru perlu berbincang dengan murid mengenai tujuan kajian dibuat. ini akan dapat memberikan pengetahuan awal kapada murid apa yang perlu mereka lakukan. Guru perlu juga memastikan murid-murid memahami langkah-langkah untuk menjalankan kajian. Prinsip yang keempat ialah guru perlu mengelak daripada memberi jawapan atau memberitahu murid jawapan dan kesimpulan yang diharapkan. Dalam peringkat ini, guru perlu memberi kebebasan kepada murid dalam setiap jawapan atau kesimpulan yang mereka berikan. Guru juga perlu memastikan agar aktiviti dibuat oleh murid sendiri. Kegagalan guru memastikan kajian dibuat oleh murid akan memberikan impak yang besar kepada proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru juga perlu mengawal murid agar mereka tidak menyeleweng dari kaedah kajian. Guru harus sentiasa peka dan mudah mengesan kesilapan yang dilakukan oleh murid serta membuat peneguran kepada murid. Ini penting supaya murid tidak terpesong daripada matlamat dan objektif kajian. Sebaik sahaja kajian selesai dijalankan, guru perlu mengadakan perbincangan dengan murid. Dalam perbincangan ini, guru boleh mendengar keputusan dan kajian murid di samping bertukar-tukar pendapat, pandangan dan 83

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) pengalaman. Setiap pandangan daripada murid hendaklah diterima dan diberi perhatian . Guru boleh membuat kesimpulan atau keputusan. Kebaikan Terdapat beberapa kebaikan bagi model ini yang boleh dimanfaatkan oleh murid-murid. Di antaranya ialah :1. 2. 3. 4. 5. 6. Model ini berasaskan strategi pemusatan murid. Murid melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran sepenuhnya Menghasilkan pemahaman yang lebih mendalam terhadap rumusan atau generalisasi yang dibuat. Menimbulkan minat murid serta naluri ingin tahu murid terhadap aktiviti pembelajaran yang dilakukan. Memberi peluang kepada murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran secara bebas. Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh murid-murid akan kekal lama. Menggalakkan murid berfikir secara saintifik dan rasional.

Kelemahan 1. 2. 3. Model ini hanya sesuai kepada murid tahap dua di sekolah rendah. Model ini memerlukan penggunaan masa yang panjang. Murid yang kurang pengalaman terutama murid pendidikan khas akan menghadapi kesulitan untuk mendapatkan hasil kajian yang tepat b. Eksperimen

Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau 84

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) idea sains yang tertentu. Kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen dijalankan. Semasa menjalankan eksperimen murid mengaplikasikan kemahiran berfikir, kemahiran proses dan kemahiran manipulatif. Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti berikut: 1. Mengenal pasti masalah 2. Membuat hipothesis 3. Merancang eksperimen: - mengawal pemboleh ubah. - menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan - menentukan langkah-langkah untuk menjalankan eksperimen - kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data 4. Melakukan eksperimen 5. Mengumpul data 6. Menganalisis data 7. Mentafsirkan data 8. Membuat kesimpulan 9. Membuat laporan (Rujuk Tajuk 3 Keterangan lanjut mengenai kemahiran proses sains)

85

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) c. Aktiviti Hands on

Pendekatan hands on memerlukan murid-murid terlibat secara aktif bukan secara pasif yang hanya mendengar kuliah atau menonton filem sahaja. Aktiviti hands-on mendedahkan murid-murid kepada aktiviti sebenar. Dalam aktiviti ini murid boleh menyelesaikan tugasan di dalam atau luar bilik darjah. Aktiviti ini mendedahkan murid-murid untuk melalui kehidupan sebenar. Melalui aktiviti ini murid mendapat maklum balas kepada kejayaan mereka, dan dapat menguji apa yang telah mereka pelajari. d. Penerokaan

Penerokaan adalah suatu tindakan mencari untuk tujuan penemuan sumber atau maklumat. Kaedah penerokaan memfokuskan penglibatan murid dalam membentuk konsep dan kefahaman mengenai sesuatu perkara. Kaedah penerokaan sesuai digunakan dalam pembelajaran yang melibatkan inkuiri penemuan, pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah, simulasi dan kaedah pembelajaran kajian masa depan. Kaedah penerokaan mempunyai kebaikan tersendiri dan dapat memberi kebaikan kepada murid dan guru. Kebaikannya kepada murid ialah ia dapat memupuk pemikiran kreatif murid dan penyelesaian masalah sebenar. Ia juga dapat memberi peluang kepada murid melibatkan diri secara mendalam terhadap kandungan pelajaran disamping memberi peluang kepada mereka dalam menentukan hala tuju dan kemajuan pelajaran mereka. Kaedah penerokaan juga memberi kebaikan kepada guru dimana ia memberi peluang kepada guru untuk menerapkan strategi-strategi pembelajaran berasaskan teori pembelajaran konstruktivisme.

86

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) e. Penerokaan Aktif

Seseorang yang menjalankan penerokaan aktif berusaha untuk menemui sesuatu yang baru untuk dirinya. Ini juga boleh dijadikan sebagai eksperimen. Murid-murid berupaya menjalankan penerokaan aktif apabila mereka diberi kesempatan dalam pembelajaran secara hands on. Mereka memerlukan bahan yang sesuai untuk dimanipulasi, masalah yang mengagumkan, bantuan dan bimbingan, serta mereka perlu diberi kebebasan yang mencukupi untuk membandingkan idea-idea serta membentuk penemuan pembelajarannya sendiri. Dalam proses penerokaan aktif aspek-aspek kognitif, afektif dan psikomotor digunakan oleh murid-murid. Pendekatan penerokaan aktif mementingkan pengalaman murid secara

langsung dan berpusatkan murid. Pendekatan ini sebagai suatu proses yang dapat meningkatkan pembelajaran sains, melaksanakan proses sains dan membentuk sikap terhadap sains. f. Projek Sains

Projek merupakan pengubahsuaian daripada kaedah penyelesaian masalah yang dikemukakan oleh John Dewey. Projek merupakan satu kaedah di mana aktiviti dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan atau menyelesaikan sesuatu masalah. Projek biasanya mengambil masa yang panjang dan ianya boleh dilaksanakan di dalam atau di luar waktu persekolahan. Kaedah projek melibatkan murid secara aktif dalam merancang dan melaksanakan aktiviti sesuai dengan tajuk yang dikaji. Kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir banyak diberi penekanan dalam kaedah ini. Kaedah projek juga memerlukan murid berdisiplin, tabah dan sabar dalam menjalankan aktiviti yang dirancang.

87

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) Projek boleh dijalankan mengikut keperluan tajuk yang diajar. Selain itu projek boleh diadakan mengikut minat murid, atau untuk mengadakan pameran sains. Tugas guru adalah menyediakan pilihan projek yang realistik, memberi garis panduan, mencadangkan bentuk persembahan, dan memantau kemajuan pelaksanaan dari semasa ke semasa. Murid perlu merekod setiap proses dan perubahan yang berlaku sepanjang pelaksanaan projek. Murid khas sering didedahkan dengan projek sains seperti berkebun, bertukang memelihara haiwan dan sebagainya. g. Kajian Lapangan

Kajian lapangan merupakan satu kaedah di mana aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah seperti di tepi kolam, taman botani, rimba rekreasi, stesen kaji cuaca, zoo dan tempat-tempat lain yang sesuai. Murid-murid dapat melihat sendiri tempat-tempat dan peristiwa-peristiwa yang berkaitan sains dalam persekitaran mereka. Kaedah ini biasanya menarik minat murid dan memberi peluang untuk mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisiplin. Kaedah ini memberi pengalaman hands-on dan minds-on kepada murid dan ianya adalah sesuai digunakan untuk mengajar topik-topik yang berkaitan dengan alam haiwan, alam tumbuhan dan persekitaran. Melalui pendedahan kaedah ini, murid mengalami pengalaman sebenar dan dapat membina konsep dengan lebih jelas Sebelum kajian lapangan diadakan, persediaan berikut perlu dijalankan: i. Jelas tentang tujuan lawatan, biasanya untuk menarik minat murid-murid terhadap pelajaran baru, atau untuk mendapat maklumat tambahan, atau meninjau aplikasi prinsip sains.

88

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) ii. iii. iv. v. vi. Semak dasar sekolah tentang prosedur seperti kebenaran ibu bapa, penjadualan bas sekolah, temu janji dengan pihak yang ingin dilawati. Guru terlebih dahulu perlu melawat sendiri tempat lawatan supaya senang untuk merancang aktiviti. Guru perlu merancang senarai soalan atau tujuan, dan maklumat latar belakang untuk membantu murid-murid membuat permerhatian. Menetapkan peraturan tingkah laku dan keselamatan terutama bagi murid-murid berkeperluan khas. Di tapak, pastikan setiap murid sempat melihat dan mendengar, serta bertanya soalan. Sekiranya kelas terlalu besar, bahagikan kepada beberapa kumpulan. Pastikan setiap guru ada dalam setiap kumpulan. vii. Selepas kembali ke kelas, adakan refleksi atau penilaian tentang kajian yang dilaksanakan. Kajian lapangan bagi murid-murid berkeperluan khas menghadapi banyak cabaran, contohnya pengangkutan ke tapak kajian dan murid-murid bermasalah penglihatan perlukan orientasi kepada persekitaran baru. Kerjasama adalah penting diantara guru, murid-murid dan pembantu untuk memastikan kajian lapangan ini berjaya. Untuk menghadapi masalah ini, perlulah ada pengubahsuaian bergantung kepada keprluan mereka, contohnya: i. ii iii. iv. v. vi. Tapak lawatan perlulah sesuai untuk dibuat kajian Pengangkutan yang sesuai diperlukan untuk ke tapak lawatan. Perlukan lebih masa untuk menyiapkan kajian lapangan Perlukan ruang parking yang sesuai bagi mereka. Perlu ada orientasi bagi murid-murid yang bermasalah penglihatan. Perlulah melibatkan aktiviti berkumpulan.

89

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) vii. Bahan-bahan bercetak perlulah bersaiz besar, dalam Kerjasama adalah penting diantara guru, murid-murid dan pembantu untuk memastikan kajian lapangan ini berjaya. h. Kerja Kumpulan

Pembelajaran secara kumpulan merupakan strategi pengajaran berpusatkan murid. Murid boleh menjalankan aktiviti pembelajaran melalui kumpulan mengikut kebolehan, murid juga dapat menguasai kemahiran tertentu mengikut kadar pembelajaran yang sepadan dengan kebolehan mereka. Terdapat dua cara membentuk kumpulan, iaitu berdasarkan kebolehan/pencapaian yang sama, dan kedua kumpulan pelbagai kebolehan/pencapaian. Jenis-jenis kumpulan ialah: a. Mengikut kebolehan i. ii. iii. b. i. ii. iii. Satu kumpulan kecil murid cerdas Satu kumpulan kecil murid sederhana Satu kumpulan kecil murid lambat Cerdas, sederhana dan lambat dalam satu kumpulan kecil, Cerdas, sederhana dan lambat dalam satu kumpulan kecil Cerdas, sederhana dan lambat dalam satu kumpulan kecil

Pelbagai kebolehan

Aktiviti ini menolong murid memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas dan mengembangkan pemikiran yang kreatif dan kritis. Kerja dalam kumpulan membawa kesan yang positif terhadap pencapaian akademik, harga diri, saling hormat menghormati dan tingkah laku bekerjasama jika perlaksanaannya dijalankan dengan betul. Dalam kerja kumpulan, guru perlu merancang aktiviti dan menyediakan bahan yang diperlukan. Pengawasan guru amat penting agar kerja kumpulan dilaksanakan dengan berkesan. 90

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

i.

Aktiviti Merentas Kurikulum

Aktiviti-aktiviti merentas kurikulum merupakan suatu usaha untuk mengukuh dan memperkayakan lagi matapelajaran-matapelajaran dalam pelajaran sains supaya sains dapat dipelajari dengan lebih bermakna oleh murid-murid. Disamping itu aktiviti-aktiviti merentas kurikulum berupaya mengiat lagi proses pembelajaran bagi mata pelajaran lain . Setiap aktiviti bagi matapelajaran sains perlu dikaitkan dengan matapelajaran lain bagi membolehkan murid turut menguasai kemahiran tertentu bagi matapelajaran lain. Antara aktiviti-aktiviti merentas kurikulum yang terdapat dalan pelajaran sains adalah: i) ii) iii) iv) nilai merentas kurikulum bahasa merentas kurikulum pendidikan alam sekitar merentas kurikulum sains dan teknologi merentas kurikulum

j.

Simulasi

Simulasi adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kerap digunakan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Ia diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan tujuan menyelesaikan satu-satu masalah yang benar-benar wujud dalam keadaan yang terkawal. Kaedah simulasi berupaya atau mampu membangkitkan suasana belajar yang memberangsang dan menyeronokkan. Kaedah ini juga berkesan untuk digunakan dalam pengajaran domain afektif. 91

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Kaedah simulasi boleh dilaksanakan melalui main peranan, permainan dan penggunaan model. Dalam main peranan, murid melakonkan sesuatu peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan. Permainan pula mempunyai peraturan-peraturan yang harus dipatuhi. Murid bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami proses membuat keputusan. Model boleh digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar. Murid dapat membayangkan situasi memahami konsep dan prinsip yang dipelajari. Langkah-langkah penting kaedah simulasi ialah: i. ii. iii. Menjelaskan objektif Merancang dan mewujudkan situasi simulasi. Mengadakan perbincangan untuk merumuskan isi pelajaran. tersebut dan seterusnya

5.3.2 Pengubahsuaian Strategi Pengajaran Sains Untuk Murid-Murid Masalah Pembelajaran Murid-murid berkeperluan khas memiliki gaya belajar, tahap kekuatan dan kelemahan yang berbeza. Pengubahsuaian dalam strategi pengajaran dan penilaian serta kurikulum yang disediakan, akan mengalakkan murid-murid berkeperluan khas mengembangkan kefahaman yang lebih baik terhadap konsep-konsep sains. Pengubahsuaian yang perlu dilakukan adalah terhadap kandungan, kehidupan. Kandungan kurikulum sains diubahsuai dengan mengambil kira jenis keupayaan murid. Ianya perlulah yang ringkas khusus untuk memenuhi keperluan murid-murid yang mengalami pelbagai kecacatan kurang upaya, iaitu bahan, peringkat, lokasi, penilaian dan hubungan dengan

92

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) mengandungi tujuan, bahan-bahan dan aktiviti serta tugasan yang mudah dilaksanakan oleh guru-guru yang mengajar murid-murid pendidikan khas. Mereka juga memerlukan alat yang membantu proses pendidikan seperti alat bantuan pendengaran bagi kanak-kanak pekak dan mesin Brailler bagi mereka yang buta yang berkebolehan. dan alat sokongan lain bagi merangsang proses pembelajaran. Galakkan mereka menggunakan komputer dan bahan terkini bagi

Tugasan yang diberikan perlulah mudah, jelas dan boleh dilaksanakan. Arahan diberi dalam bentuk lisan dan tulisan. Masa untuk mereka menyiapkan tugasan perlulah lebih panjang dan guru perlulah kerap mengingatkan mereka mengenai tugasan tersebut.

Guru perlulah menggunakan alatan visual semasa proses pengajaran seperti contoh-contoh konkrit, carta dan model. Jika menggunakan makmal atau bilik sains, semua peralatan dan bahan perlulah dilabel dengan jelas dan digalakkan menggunakan kod warna untuk meningkatkan pengenalan visual mereka. Digalakkan juga menggunakan cue card untuk menerangkan langkahlangkah prosedur eksperimen atau aktiviti yang akan dijalankan.

Lokasi pengajaran dan pembelajaran juga bergantung kepada kecacatan mereka, contohnya, murid-murid yang bermasalah pergerakan memerlukan tempat duduk khusus untuk mengelakkan rintangan dan halangan fizikal dan kelas yang menyediakan akses visual untuk demonstrasi, serta sambungan fleksibel untuk elektrik, air dan paip gas. Manakala bagi murid yang bermasalah pergerakkan dan menggunakan kerusi roda, mereka memerlukan permukaan kerja 30 inci dari lantai, lorong selebar 42-48 inci cukup untuk pergerakan kerusi roda. 93

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Pengubahsuaian penilaian juga perlu dilakukan terhadap murid-murid berkeperluan khas. Murid yang mempunyai kesulitan menulis penilaian boleh dilakukan seperti ujian lisan dan juga penyelesaian masalah. Bagi murid-murid yang boleh mengambil ujian biasa, masa tambahan diperlukan untuk memastikan bahawa mereka mempunyai peluang untuk menyelesaikan soalan. Format ujian alternatif seperti jawapan ringkas, aneka pilihan, lisan dan esei perlulah bersesuaian dengan keperluan mereka.

Dalam Teras 4 dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) memperlihatkan kesungguhan pihak kerajaan membantu murid berkeperluan khas iaitu merapatkan jurang pendidikan antara murid-murid normal berdasarkan kesesuaian dan keperluan mereka. Sebagai seorang guru, kita perlu memberi peluang kepada murid-murid ini untuk belajar sepertimana rakan sebaya yang lain. Adalah menjadi tanggungjawab seorang guru bagi memastikan anak muridnya mencapai tahap akademik semaksima mungkin sesuai dengan kemampuan dan kesanggupan mereka. Merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan murid berkeperluan khas adalah sudah menjadi tanggungjawab guru pendidikan khas.

94

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Latihan 1.

Dengan memilih satu tajuk kecil dalam Sukatan Dengan memilih satu tajuk kecil dalam Sukatan Pelajaran Sains Murid Berkeperluan Khas, tulis satu Pelajaran Sains Murid Berkeperluan Khas, tulis satu Persediaan Mengajar Harian dengan menggunakan Persediaan Mengajar Harian dengan menggunakan satu kaedah yang dinamakan. Terangkan mengapa satu kaedah yang dinamakan. Terangkan mengapa kaedah ini dipilih untuk tajuk berkenaan. kaedah ini dipilih untuk tajuk berkenaan.

Latihan 2.

a. Dengan merujuk kepada strategi penyepaduan a. Dengan merujuk kepada strategi penyepaduan unsur sains ke dalam pengajaran dan pembelajaran unsur sains ke dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, terangkan bagaimana STRUM Bahasa Melayu, terangkan bagaimana STRUM dapat dijayakan dalam pelajaran murid-murid dapat dijayakan dalam pelajaran murid-murid bermasalah pembelajaran. bermasalah pembelajaran. b. Senaraikan tiga cara untuk memupuk sikap saintifik b. Senaraikan tiga cara untuk memupuk sikap saintifik dan nilai murni dalam Kurikulum Sains murid-murid dan nilai murni dalam Kurikulum Sains murid-murid bermasalah pembelajaran. bermasalah pembelajaran.

95