Anda di halaman 1dari 2

1 Skrip Majlis Pendaftaran Murid Tingkatan Empat tahun 2012. Tarikh : 16 Januari 2012(Isnin) Masa 8.30-9.

30 pagi Tempat : Dewan Teknokrat SMVKK BIL SEGMEN SKRIP Mengumumkan ketibaan Tuan Pengetua , Barisan Penolong Kanan dan tetamu jemputan. Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Diucapkan kepada Yang berusaha En Hamid bin Jumhari, Pengetua SMVKK, Yang dihormati Tn Hj Mohd Nori bin Hj Hussin Yang Dipertua PIBG SMVKK, Yang Dihormati En Abd Rahim bin Jailani, Penolong Kanan, Pn Salmi bt Rafie, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Rosly bin Ahmad Ramly, PK Kokurikulum, , guru-guru, para ibu bapa, para pelajar dan hadirin sekalian. Hadirin sekalian, sebagai pembuka bicara, kami ingin mengucapkan selamat datang kepada para ibu bapa serta bakal murid ke SMVKK yang tercinta ini. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa kerana memberikan kepercayaan kepada kami untuk mencurah ilmu kepada anakanak tuan-tuan semua di sekolah ini. Semoga dengan kehadiran murid-murid baru ini akan meningkatkan lagi kecemerlangan di sekolah ini. Hadirin yang dihormati, bagi memberkati majlis taklimat pendaftaran pada pagi yang mulia ini majlis dengan penih takzim menjemput al fadhil Ustaz Zulnasri Bin Ab Aziz untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada A Fadhil ustaz atas bacaan doa sebentar tadi. Moga dengan bacaan doa itu tadi Allah s.w.t memberkati majlis kita ini. Hadirin sekalian,tanpa membuang masa kita teruskan acara kita pada pagi ini, dengan mempersilakan Penolong Kanan Kokurikulum, En Rosli bin Ahmad Ramly untuk memberikan taklimat berkaitan bidang kokurikulum. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih diucapkan atas taklimat PK Kokurikulum sebentar tadi. Semoga dengan ucapan itu tadi jelaslah atas hadirin sekalian tentang kepentingan aktiviti kokurikulum di sekolah ini. Hadirin sekalian, seterusnya majlis mempersilakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Salmi bt Rafie untuk memberikan taklimat berkaitan hal ehwal murid. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih diucapkan atas ucapan PK Hal Ehwal Murid sebentar tadi. Semoga dengan ucapan itu tadi tuan-tuan dan puan-puan jelas dengan pentadbiran hal ehwal murid di sekolah ini dan akan memudahkan urusan tuan/puan selepas ini . Hadirin sekalian, seterusnya majlis mempersilakan Penolong Kanan, En Abd Rahim bin Jailani untuk memberikan sepatah dua kata dengan segala hormatnya dipersilakan. Ucapan terima kasih diucapkan kepada En Abd Rahim atas ucapan sebentar tadi. Moga dengan ucapan beliau tadi dapat

CATATAN

Mukadimah

Ucapan Selamat datang

Bacaan Doa

Ucapan PK Kokurikulum

Ucapan PK HEM

Ucapan PK

Ucapan YDP PIBG

2 memberikan panduan kepada pihak tuan-tuan dalam berurusan dengan pihak sekolah pada masa depan. Hadirin yang dihormati, seterusnya majlis pada pagi ini tidak akan lengkap tanpa ucapan dari pihak ibu bapa sendiri. Maka dengan itu, majlis dengan segala hormat mempersilakan Yang Dipertua PIBG SMTKK Tn Hj Mohd Nori bin Hj Hussin untuk memberikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan Tn Hj Nori sebentar tadi. Moga dengan ucapan beliau tadi jelaslah kepada ibu bapa bahawa tuan-tuan juga mempunyai peranan di sekolah ini. Hadirin yang dihormati, bagi menyempurnakan majlis taklimat pendaftaran pada hari ini. majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang berusaha Tuan Pengetua, En Hamid bin Jumhari untuk memberikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Sempurnalah sudah majlis kita dengan ucapan dari tuan Pengetua sebentar tadi. Moga dengan ucapan beliau sebentar tadi tuan-tuan mendapat gambaran yang jelas tentang SM Vokasioanal Kuala Kangsar ini. Hadirin sekalian, berakhirlah sudah majlis taklimat pendaftaran murid kali, bagi tahun 2012 ini. Maka selepas ini bolehlah tuantuan bersama anak masing-masing bergerak ke kaunter pendaftaran di bengkel mengikut kursus yang ditawarkan. Selepas itu, tuan-tuan dan puan-puan serta murid-murid yang mendapat tawaran asrama bolehlah pergi ke asrama untuk pendaftaran asrama. Maka dengan ini saya akhiri majlis pada pagi ini dengan ucapan Wassalamualaikum w.b.t. Sekian, terima kasih.

Ucapan Pengetua Cemerlang

Penutup

10

Pengumuman lain.