Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENGERTIAN BUKU TEKS SEBAGAI SALAH SATU BAHAN MENGAJAR Di dalam dunia pendidikan, Proses Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) memegang peranan yang sangat penting. Ada tiga komponen penting yang terlibat dalam proses belajar mengajar, iaitu pengajar (guru), pembelajar (murid), dan bahan bantu mengajar (Anwar, S., 2005). Salah satu faktor yang menyebabkan rendahnya kualiti pembelajaran antara lain disebabkan belum dimanfaatkan sumber belajar secara maksima. Sumber belajar yang dapat berasal dari manusia, bahan, lingkungan, alat dan peralatan, serta aktiviti seharusnya dapat memberikan kemudahan kepada peserta didik dalam memperoleh sejumlah informasi, pengetahuan, pengalaman, dan keterampilan dalam proses belajar mengajar (Mulyasa, 2003). Bahan bantu belajar adalah segala bentuk bahan yang dijadikan sebagai alat membantu guru dalam menyampaikan kandungan pelajaran. Salah satu bahan ajar yang dapat digunakan sebagai sumber belajar sekaligus sebagai media pembelajaran adalah buku. Buku yang digunakan sebagai sumber belajar utama dalam pembelajaran suatu bidang pembelajaran disebut buku teks atau buku pelajaran atau dapat pula disebut sebagai buku teks pelajaran. Dalam banyak kajian yang telah dijalankan dalam bidang pendidikan, bahan mengajar yang dimaksudkan adalah buku teks yang membincangkan dan menyampaikan isi kandungan pelajaran tertentu. Untuk itu, pengertian bahan mengajar disini pun sangat berkait dengan buku teks. Altbach (1987) mendefinisikan buku teks sebagai buku pelajaran dalam bidang pelajaran tertentu yang merupakan buku standard yang disusun oleh pakar dalam bidang itu untuk maksud-maksud dan tujuan instruksional yang dilengkapi dengan sarana-sarana pengajaran yang serasi dan mudah dipahami oleh para pemakai di sekolah-sekolah dan perguruan tinggi sehingga dapat menunjang suatu program pengajaran. Diperjelas lagi oleh Backingham (Altbach (1987) yang menjelaskan bahawa buku teks adalah bahan belajar yang biasa digunakan di sekolah-sekolah dan perguruan tinggi untuk menunjang suatu program pengajaran dalam pengertian kini dan yang umum difahami. Berdasarkan beberapa pengertian buku teks tersebut, buku teks merupakan salah satu bahan mengajar yang berfungsi sebagai sarana penunjang kegiatan pembelajaran. Buku teks memang dapat membantu guru dalam menyampakan isi kandungan pembelajaran, sehingga tujuan pembelajaran dapat dicapai. 2.0 CIRI-CIRI BUKU TEKS YANG BERKUALITI Sesebuah buku teks yang berkualiti harus mempunyai ciri-ciri seperti beriku: 1. Buku teks seharusnya dapat menarik minat pelajar untuk menggunakannya sebagai bahan rujukan yang utama. 2. Buku teks juga dapat memberi motivasi kepada para pelajar yang menggunakannya 3. Buku teks seharusnya dimuatkan dengan ilustrasi yang menarik sebagai tarikan utama untuk menggalakkan para pelajar memanfaatkannya 4. Isi kandungan penulisan sesebuah buku teks mesti salaing berhubung kait dengan matapelajaran yang lain. 5. Penggunaan aspek-aspek linguistik mestilah sesuai dengan tahap para pelajar yang memakainya. 6. Aktiviti-aktiviti yang dimuatkan dalam buku teks seharusnya dapat menggalakkan dan merangsang minat dan minda para pelajar. 7. Buku teks seharusnya tidak diselitkan dengan konsep-konsep yang samar untuk mengelakkan kecelaruan maklumat untuk disampaikan kepada para pelajar.

8. Buku teks seharusnya mempunyai sudut pandangan yang jelas dan tegas. 9. Buku teks mesti dimuatkan dengan unsur-unsur pemantapan dan penekaan nilai-nilai murni untuk setiap lapisan dan tahap para pelajar. 10. Isi kandungan buku teks juga dapat menunjukkan penghargaan peribadi kepada para pelajar yang menggunakannya..

3.0 MATLAMAT MATAPELAJARAN Sesebuah kursus yang dibina pasti mempunyai matlamat yang telah digariskan dan setiap guru haruslah memastikan bahawa mereka dapat mencapai matlamat yang ditetapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Taba (1962), matlamat utama sesebuah pengajaran dan pembelajaran ialah untuk menyampaikan pengetahuan. Ini membolehkan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai aspek kognitif, psikomotor, afektif, rohaniah dan sosial. Ini juga boleh menggalakkan murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif serta boleh membantu murid berdikari secara langsung dan tidak langsung. Matlamat mata pelajaran Pelancongan dan Rekreasi adalah untuk membekalkan pengetahuan dan kemahiran pelbagai bidang dalam industri pelancongan sejajar dengan perkembangan industri pelancongan. Secara tidak langsung ianya akan dapat memupuk minat murid untuk menceburi bidang ini kerana, ia menjanjikan peluang-peluang pekerjaan dan keusahawanan masa depan. Mata pelajaran Pelancongan dan Rekreasi ini juga memberi pendedahan kepada murid tentang asas-asas kemahiran serta pengetahuan yang perlu ada sebagai persediaan menceburi bidang pelancongan dan rekreasi. Hasil dari pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini diharapkan dapat melahirkan murid yang kompeten, berkemahiran dan peka terhadap perkembangan serta peluang-peluang yang ada dalam industri pelancongan.

4.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN 1. Memberi murid pengetahuan dan kemahiran asas tentang teknik-teknik memberi pertolongan cemas apabila berlakunya kemalangan ringan di tempat kerja atau semasa menjalankan tugas 2. Memberi murid pengetahun dan kemahiran sebagai Pemandu Pelancong serta dapat menunjukkan teknik interpretasi yang betul 3. Memberi murid pengetahuan asas tentang peranan dan kepentingan kaunter perkhidmatan dalam sesebuah organisasi, ciri-ciri asas petugas serta pengurusan pejabat perkhidmatan kaunter hadapan 4. Memberi murid pengetahuan dan kemhiran tentang peranan serta kepentingan alam sekitar kepada sistem ekologi dan indutri pelancongan 5. Memberi murid pengetahuan dan kemahiran merancang dan mengendalikan salah satu aktiviti rekreasi darat dengan menerapkan nilai-nilai keselamatan pada setiap masa aktiviti dijalankan 6. Memberi murid pengetahuan dan kemahiran tentang tatacara dan langkah yang perlu untuk merancang dan mengendalikan sesuatu acara 7. Memberi murid pengetahuan dan kemahiran memilih dan merancang untuk memulakan perniagaan bagi sektor tertentu dalam industri pelancongan.

5.0 KESESUAIAN ISI KANDUNGAN BUKU TEKS Isi kandungan buku teks ini didapati lengkap iaitu ia menyediakan pecahan setiap topik kepada sub topik yang di susun mengikut modul tertentu secara teratur. Ia dilengkapkan dengan nota, contoh serta gambar dan sumber rujukan internet yang dapat digunakan oleh pelajar. Selain daripada itu ia turut menyediakan ruangan kecil yang memaparkan maklumat tambahan dan persoalan yang merangsang minda pelajar untuk berfikir. Seterusnya sebagai pelengkap isi kandungan, penulis menyediakan pelbagai bentuk latihan yang dapat menguji pengetahuan pelajar hasil daripada pembelajaran yang telah dilalui. Keluasan isi kandungan adalah berdasarkan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk matapelajaran ini. Ianya mencakupi pertolongan cemas, asas pemandu pelancong, pemgurusan kaunter perkhidmatan, pelancongan dan alam sekitar, rekreasi darat, pengendalian acara dan perniagaan pelancongan. Kandungan buku memberikan pendedahan awal tentang asas-asas kemahiran serta pengetahuan yang perlu ada sebagai persediaan menceburi bidang pelancongan dan rekreasi. Oleh yang demikian didapati setiap nota yang disediakan dalam setiap sub modul adalah bersesuaian. Secara keseluruhan, isi kandungan buku teks Pelancongan dan Rekreasi Tingkatan 4 dan 5 ini adalah baik dan sesuai dengan tahap kesediaan dan kognitif pelajar. Buku teks ini juga merangkumi pelbagai kemahiran, konsep dan amalan dan pengetahuan serta nilai murni yang selaras dengan keperluan dalam sukatan KBSM. Selain itu, buku teks ini juga telah dimuatkan dengan maklumat tambahan seperti sudut Informasi Penting, Ruangan Tahukah Anda, Info IT, Glosari modul dan latihan penilaian yang bertujuan unt uk merangsang pembelajaran dan mencetuskan daya pemikiran yang lebih mendalam tentang perkara yang dibincangkan.

6.0 KETEPATAN ISI KANDUNGAN Secara keseluruhannya isi kandungan yang dimuatkan dalam buku teks Pelancongan dan Rekreasi ini amat bertepatan dengan kehendak Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Untuk contoh, kes, gambar, diagram dan ilustrasi, hampir 60% digunakan di dalam buku teks ini. Secara keseluruhannya, buku ini sesuai dandapat menarik minat pelajar dengan gambar-gambar yang digunakan.Simbol dan istilah yang digunakan dalam buku teks adalah tepat dan konsisten. Simbol yang digunakan tidak megelirukan pelajar dan dapat membantu pelajar memahami isi kandungan dengan senang.Manakala, dari segi daftar ejaan, penggunaan ejaan adalah tepat.

7.0 KESESUAIAN DENGAN KEHIDUPAN Isi pelajaran yang terkandung di dalam buku teks ini bagus dan sesuai dengan perkembangan serta kemampuan pelajar. Namun begitu ada bahagian yang didapati agak

rumit untuk mencapai tahap pemikiran pelajar. Oleh yang demikian bantuan dan tunjuk ajar yang sepenuhnya dari guru pelancongan yang berpengalaman amat sangat diperlukan. Contoh-contoh yang digunakan kebanyakkannya sesuai dengan lingkungan sosiobudaya pelajar bandar. Sebaliknya mungkin sukar bagi pelajar luar bandar untuk mempelajari topik berkaitan pelancongan luar negeri.

8.0 KEPEKAAN TERHADAP NILAI TEMPATAN Buku teks ini mengandungi banyak unsur-unsur yang menujukkan kepekaan terhadap nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni yang diterapkan amat bertepatan dengan isi pelajaran, malah nilai-nilai tersebut dikaitkan juga dengan amalan seharian mereka sama ada ketika mereka berada di sekolah atau pun di luar sekolah. Nilai-nilai murni yang menyentuh gagasan juga ada dinyatakan namun tidak sebanyak nilai-nilai tempatan. Walaubagaimanapun kebanyakan nilai-nilai murni ini adalah bersifat tersirat dan sukar diketahui oleh pelajar. Kebiasaannya bagi pelajar mereka perlu memahami setiap isi kandungan bagi persediaan menghadapi peperiksaan. Oleh yang demikian penambahbaikkan pada bahagian penerapan nilai gagasan amat diperlukan bagi membentuk individu pelajar supaya kuat jati diri pada tanah air. Selain daripada itu, guru harus lah menerangkan tentang nilai-nilai ini serta penulis boleh meletakkan ruangan kecil untuk menyatakan tentang nilai-nilai murni yang ingin diterapkan kepada pelajar.

9.0 FOKUS KANDUNGAN Daripada pembelajaran kandungan subjek ini sangat banyak memberi pendedahan awal kepada pelajar. Yang mana dari matapelajaran pelancongan dan rekreasi ini adalah untuk membekalkan pengetahuan dan kemahiran pelbagai bidang dalam industri pelancongan sejajar dengan perkembangan industri pelancongan. Secara tidak langsung ianya dapat memupuk minat pelajar untuk menceburi bidang ini kerana is menjanjikan peluang-peluang pekerjaan dan keusahawanan masa hadapan. Secara keseluruhannya, buku teks ini diolah dengan baik. Dilihat dari sudut kandungan dan latihan yang disediakan dapat meningkatkan kreativiti dan daya kritikal pelajar. Selain daripada itu,fokus kandungan buku teks ini juga memberi pengetahuan asas kepada pelajar tentang dunia kehidupan sebenar. Buku ini telah membantu pelajar dengan memberi penjelasan yang mendalam serta mengaitkan isi kandungan yang sesuai dengan kehidupan seharian pelajar. Ini membolehkan pelajar menyedari manfaat setiap pelajaran yang dipelajari di sekolah.

10.0 STRUKTUR BUKU TEKS Struktur teks ialah susunan bahagian yang perlu ada dlam sesebuah buku. Bahagian yang secara konvensional yang perlu ada dalam buku adalah bahagian pendahuluan, bahagian isi, bahagian bahasa, bahagian paparan dan bahagian penutup. Analisis dan penilaian buku teks ini akan diberikan tumpuan kepada bahagian pengenalan, bahagian isi dan bahagian penutup. Hasil dapatan daripada analisis buku teks Pelancongan dan Rekreasi ini, penulisan buku teks ini telah memenuhi ciri buku yang sempurna dari segi

struktur keseluruhan, iaitu bermula dengan bahagian pengenalan dan dikuti dengan bahagian isi dan akhir dengan bahagian penutup. Oleh yang demikian apa yang dapat disimpulkan, buku ini amat sesuai untuk dijadikan bahan rujukan utama oleh guru dan pelajar.

10.1 BAHAGIAN PENGENALAN Bahagian pengenalan buku ini terdiri daripada: i. ii. iii. iv. Penghargaan Isi kandungan Halaman kata pengantar (oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia) Pendahuluan

10.2 BAHAGIAN ISI KANDUNGAN Isi kandungan buku teks Pelancongan dan Rekreasi Tingkatan 4 dan 5 ini adalah baik dan sesuai dengan tahap kesediaan dan kognitif pelajar. Buku teks ini juga merangkumi pelbagai kemahiran, konsep dan amalan dan pengetahuan serta nilai murni yang selaras dengan keperluan dalam sukatan KBSM. Selain itu, buku teks ini juga telah dimuatkan dengan makluma tambahan seperti sudut Informasi Penting, Ruangan Tahukah Anda, Info IT, Glosari modul dan latihan penilaian yang bertujuan untuk merangsang pembelajaran dan mencetuskan daya pemikiran yang lebih mendalam tentang perkara yang dibincangkan. Isi kandungan yang dimuatkan dalam buku teks Pelancongan dan Rekreasi ini amat bertepatan dengan kehendak Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Untuk contoh, kes, gambar, diagram dan ilustrasi, hampir 60% digunakan di dalam buku teks ini. Secara keseluruhannya, buku ini sesuai dan dapat menarik minat pelajar dengan gambar-gambar yang digunakan.Simbol dan istilah yang digunakan dalam buku teks adalah tepat dan konsisten. Simbol yang digunakan tidak megelirukan pelajar dan dapat membantu pelajar memahami isi kandungan dengan senang.Manakala, dari segi daftar ejaan, penggunaan ejaan adalah tepat. Kemutakhiran isi kandungan buku teks adalah baik. Jadi, terdapat beberapa bahagian perlu diperbaiki. Antaranya, teknologi terbaru perlu dipertonjolkan dalam buku teks ini. Contohnya, maklumat dan contoh tentang teknologi terbaru yang digunapakai dalam bidang pelancongan dan rekreasi perlu diselit masuk ke dalam buku teks ini supaya pelajar bukan sahaja imaginatif tetapi juga akan berfikiran kreatif. Selain itu, gambar-gambar yang digunakan di dalam buku ini adalah gambar bukan terkini dan hanya berwarna hitam dan putih. Walaupun terselit banyak gambar, jika buku ini digunakan pada masa kini dijangka para pelajar akan berasa bosan kerana gambar-gambar yang tertera di dalam buku ini tidak menarik dan tidak terkini.Jadi, gambar dan contoh yang digunakan dalam buku teks ini mesti sesuai dengan keadaan semasa. Isi pelajaran yang terkandung di dalam buku teks ini bagus dan sesuai dengan perkembangan serta kemampuan pelajar. Contohnya di dalam modul 1 Pertolongan Cemas pada muka surat 31 diterangkan pelajar tentang langkah-langkah teknik pemulihan pernafasan resusitasi mulut ke mulut. Langkah-langkah yang disusun juga tidak rumit dan mudah difahami kerana seperti yang kita ketahui pelajar Tingkatan 4 mahupun 5 ini telah

mempunyai asas mengenai kaedah pertolongan cemas yang telah dipelajari semasa Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Adalah menjadi satu bonus kepada pelajar kerana mereka telah faham. Secara keseluruhannya,buku teks ini diolah dengan baik. Dilihat dari sudut kandungan dan latihan yang disediakan dapat meningkatkan kreativiti dan daya kritikal pelajar. Selain daripada itu,fokus kandungan buku teks ini juga memberi pengetahuan asas kepada pelajar tentang dunia kehidupan sebenar. Buku ini telah membantu pelajar dengan memberi penjelasan yang mendalam serta mengaitkan isi kandungan yang sesuai dengan kehidupan seharian pelajar. Ini membolehkan pelajar menyedari manfaat setiap pelajaran yang dipelajari di sekolah. 10.3 BAHAGIAN PENUTUP Buku ini tidak mengandungi bahagian rumusan pada setiap akhir bab. Sepatutnya buku ini turut menggunakan peta konsep untuk menerangkan membuat rumusan dan ianya tidak terhad kepada rumusan berbentuk point sahaja seperti kebiasaan yang terdapar pada buku teks lain. Namun begitu, masih terdapat ruangan Indeks dan Glosari ada disediakan dan ini memudahkan pengguna buku ini mencari kedudukan dan makna sesuatu istilah atau perkataan berkaitan teks dan ditulis mengikut turutan. 11.0 JENIS ISI Seperti yang kita sedia maklum buku teks dapat berfungsi sebagai sumber rujukan utama sekali gus berperanan sebagai media dalam pembelajaran di sekolah. Buku teks akan berfungsi secara maksima sekiranya memiliki kualiti yang baik. Isi kandungan sesuatu buku teks tediri daripada beberapa aspek iaitu releven, berpengajaran, ketepatan dan berkesinambungan. Berdasarkan analisis dan penilaian terhadapt buku teks pelancongan dan rekreasi ini buku ini telah memuatkan kandungan matapelajaran yang releven dan sejajar dengan tuntutan Huraian Sukatan Pelajaran, ianya juga dilihat dapat meningkatkan perkembangan dan karekteristik pelajar yang menggunakan buku ini. Secara keseluruhannya isi kandungan yang dimuatkan dalam buku teks Pelancongan dan Rekreasi ini amat bertepatan dengan kehendak Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Kemutakhiran isi kandungan buku teks adalah baik. Jadi, terdapat beberapa bahagian perlu diperbaiki. Antaranya,teknologi terbaru perlu dipertonjolkan dalam buku teks ini. Contohnya, maklumat dan contoh tentang teknologi terbaru yang digunapakai dalam bidang pelancongan dan rekreasi perlu diselit masuk ke dalam buku teks ini supaya pelajar bukan sahaja imaginatif tetapi juga akan berfikiran kreatif. Buku teks ini mengandungi banyak unsur-unsur yang menujukkan kepekaan terhadap nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni yang diterapkan amat bertepatan dengan isi pelajaran,malah nilai-nilai tersebut dikaitkan juga dengan amalan seharian mereka sama ada ketika mereka berada di sekolah atau pun di luar sekolah. Nilai-nilai murni yang menyentuh gagasan juga ada dinyatakan namun tidak sebanyak nilai-nilai tempatan. Walaubagaimanapun kebanyakan nilai-nilai murni ini adalah bersifat tersirat dan sukar diketahui oleh pelajar. Kebiasaannya bagi pelajar mereka perlu memahami setiap isi kandungan bagi persediaan menghadapi peperiksaan.

Oleh yang demikian penambahbaikkan pada bahagian penerapan nilai gagasan amat diperlukan bagi membentuk individu pelajar supaya kuat jati diri pada tanah air. Selain daripada itu, guru harus lah menerangkan tentang nilai-nilai ini serta penulis boleh meletakkan ruangan kecil untuk menyatakan tentang nilai-nilai murni yang ingin diterapkan kepada pelajar.

12.0 BAHASA Penggunaan bahasa dalam penulisan buku teks perlulah mudah difahami oleh pengguna terutamanya murid dan guru. Penggunaan bahasa melibatkan beberapa aspek iaitu ketepatan, komunikatif, interaktif, kesesuaian dan logik. Buku teks Pelancongan dan Rekreasi ini telah ditulis dengan penggunaan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Jika diteiliti dari segi penataran ejaan sekali pun kesalahan penggunaan istilah langsung tidak wujud dalam buku teks ini. Sekiranya terdapat penggunaan bahasa Inggeris untuk sesetengah istilah atau pun label, penulis telah meletakkan sekali maksud di dalam bahasa melayu. Pada bahagian nota tertentu yang bertujuan untuk menerangkan konsep atau langkah, terdapat juga susun atur penggunaan bahasa yang digabungkan dengan paparan gambar. Sejajar dengan aspek penggunaan bahasa dengan perkembangan pelajar iaitu bahasa berperanan untuk menjelaskan sesuatu konsep dan mestilah sesuai dengan tahap perkembangan kognitif pelajar.

13.0 PAPARAN Pemaparan kandungan pembelajaran Pelancongan dan Rekreasi ini adalah menyeluruh dan bersesuaian untuk pelajar yang memerlukan kemahiran dalam pembelajarannya. Bahagian pemaparan isi kandungan buku teks ini hampir lengkap dari segi penyediaan nota dan bentuk-bentuk latihan sebagai pengukuhan kepada pelajar, tetapi ada kelemahan dari segi paparan iaitu penggunaan warna dalam penyampaian ini mungkin disebabkan faktor untuk menjimatkan kos pengeluaran buku ini. Oleh yang demikian dicadangkan supaya penulis dan penerbit buku ini menilai semula dari segi paparan menggunakan pelbagai warna agar buku ini lebih menarik dan dapat merangsang minat pelajar menggunakannya dan secara tidak langsung, objektif buku ini dikeluarkan akan tercapai serta segala kos yang terlibat tidak sia-sia. Ini kerana terdapat banyak pilihan buku rujukan di pasaran pada masa kini lebih menarik berbanding buku teks sekolah 14.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Cadangan penggunaan akronim di dalam matapelajaran Pelancongan dan Rekreasi yang boleh digunapakai. Sebagai contoh untuk nota-nota dalam modul rekreasi darat. Sekiranya dikhaskan bahagian tersendiri dalam buku teks ini untuk senarai akronim, ia pastinya dapat membuat inovasi pembaharuan kepada buku teks ini. Penyediaan CD boleh digunakan sebagai ruangan latihan selain dari menyediakan tayangan gambar amali bagi pengurusan kaunter perkhidmatan yang berwarna-warni untuk menarik perhatian dan minat pelajar. Selain itu, di dalam CD ini juga boleh dilengkapkan dengan contoh-contoh atau idea kreatif produk hasilan akhir seperti hasil hebahan

maklumat, brosur, hiasan atau susun atur ruang pejabat. Ia dapat memberikan pelajar idea awal untuk digunakan sebagai contoh dalam menyediakan tugasan kelas amali pelajar. CD ini boleh disertakan sebagai lampiran dalam buku teks. Dengan cara ini, dapat menjadikan matapelajaran Pelancongan dan Rekreasi ini lebih menarik dan dapat menghasilkan pelajar yang lebih kreatif dalam menghasilkan sesuatu produk. Selain itu, ia dapat membantu guru menambahkan bahan rujukan atau bahan tayangan kepada pelajar bagi menambahkan pemahaman mengenai isi pelajaran. Pelajar juga dapat merujuk CD ini sebelum memulakan kelas amali agar mereka dapat memikirkan idea awal bagi digunakan dalam menghasilkan produk yang akan dipelajari dalam kelas yang akan datang. Berdasarkan penilaian dan analisis buku teks ini, pemaparan kandungan pembelajaran Pelancongan dan Rekreasi ini adalah menyeluruh dan bersesuaian untuk pelajar yang memerlukan kemahiran dalam pembelajarannya. Bahagian pemaparan isi kandungan buku teks ini hampir lengkap dari segi penyediaan nota dan bentuk-bentuk latihan sebagai pengukuhan kepada pelajar, tetapi ada kelemahan dari segi paparan iaitu penggunaan warna dalam penyampaian ini mungkin disebabkan faktor untuk menjimatkan kos pengeluaran buku ini. Oleh yang demikian dicadangkan supaya penulis dan penerbit buku ini menilai semula dari segi paparan menggunakan pelbagai warna agar buku ini lebih menarik dan dapat merangsang minat pelajar menggunakannya dan secara tidak langsung, objektif buku ini dikeluarkanakan tercapai serta segala kos yang terlibat tidak sia-sia. Ini kerana terdapat banyak pilihan buku rujukan di pasaran pada masa kini lebih menarik berbanding buku teks sekolah. Secara keseluruhan, teknik penyajian kandungan dalam buku Pelancongan dan Rekreasi ini adalah memuaskan dan sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk aliran Volasional bagi Tingkatan 4 dan 5.

BIBLIOGRAFI

Altbach ,1987. The Oldest Technology: textbook in comparative context. A Journal of Comparative and International Education, Volume 17, Issue 2. Arfah Binti Kasim, 2007. PELANCONGAN DAN REKREASI TINGAKATAN 4 DAN 5. Dewan Bahasa dan Pustaka. Amir Hasan Dawi, 2009. SEKOLAH DAN MASYARAKAT. Quantum Books, Tanjung Malim Bhasah Abu Bakar.2009 Asas Pengukuran Bilik Darjah. Edisi Kedua. Quantum Books, Tanjung Malim.

http://www.com/doc/47221724/LAMPIRAN-II-analisis-buku-teks-table http://suluhpendidikan.blogspot.com/2010/08/analisis-buku-teks.html http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2009/01/penggunaan-buku-teks-beri-kesanpositif.html

Anda mungkin juga menyukai