Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU, LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR KERTAS MAKLUMAN PELAKSANAAN PROGRAM PAMERAN

KELAB PERSATUAN SENI VISUAL TAHUN 2013 PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN SEMESTER 1 AMBILAN JANUARI TAHUN 2011

ANJURAN :

JABATAN KOKURIKULUM, IPG KBM


TARIKH :

10 SEPTEMBER 2013

Disediakan oleh Setiausaha pameran Kelab Seni Visual tahun 2013

KERTAS CADANGAN PAMERAN INTERAKTIF DAN KRAF TAHUN 2011 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BAHASA MELAYU

TAJUK Cadangan untuk mengadakan Pameran Kelab Seni Visual Tahun 2013

TUJUAN Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan persetujuan daripada Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu untuk meluluskan pelaksanaan Pameran Kelab Seni Visual di IPG Kampus Bahasa Melayu tahun 2013.

LATAR BELAKANG a. Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Semester 6 ambilan Januari 2011(PISMP) terdiri daripada 19 orang pelajar.

b. Selain itu, pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Semester 1 Kursus Pendidikan Seni Visual (Major) telah turut serta secara tidak langsung dalam persiapan pameran seni visual pada kali ini.

c. Pameran seni visual pada tahun ini diadakan selama tiga hari iaitu bermula pada 20 Oktober 2010 hingga 22 Oktober 2010. Pameran ini diadakan di Dewan Zaaba IPGM Kampus Bahasa Melayu. Dianggarkan seramai 500 orang yang akan terlibat dalam pameran tersebut. d. Bagi membolehkan pelajar-pelajar mengetahui skop bidang Pendidikan Seni Visual amat wajarlah pameran ini diadakan.

ASAS PERTIMBANGAN a. Pameran ini merupakan program pelaksanaan kerja kursus pendek Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kursus Pendidikan Seni Visual ( Major). Kejayaan program ini akan membantu pensyarah yang terlibat dalam penilaian permarkahan tugasan para pelajar kursus yang disebutkan.

b. Pameran ini menjadi wadah bagi para pelajar yang lain untuk melahirkan ketajaman intelek dan kreativiti mereka di dalam bidang Pengurusan Pameran Pendidikan Seni Visual.

c. Pameran ini akan menjadi panduan dan sumber idea kepada para pelajar untuk membuat perancangan mengadakan pameran apabila ditauliahkan sebagai guru Pendidikan Seni Visual kelak.

d. Selain itu pameran ini juga adalah untuk menunjukkan hasil dan bakat kreatif kepada orang ramai supaya masyarakat lebih menghayati seni. Semua hasilan karya ini akan disimpan dan dipamerkan kepada orang ramai.

e. Sehubungan itu, pameran Pendidikan Seni Visual ini memberi pengetahuan dan pengalaman baharu dalam kalangan pelajar tentang kesenian dan budaya tempatan. Pelajar juga harus peka dengan persekitaran yang semakin hari semakin mencabar mental dan fizikal dalam segala aspek. Oleh itu, pameran ini sangat penting untuk menghubungkan semua golongan pelajar tidak kira tua dan muda.

OBJEKTIF Dalam Pendidikan Seni Visual, pengajaran dan pembelajarannya adalah menuju ke arah objektif dan matlamat yang telah ditetapkan. Pelbagai cara dilakukan untuk melengkapkan misi dan visi yang ingin dicapai. Objektif dan matlamat yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

a. Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari. b. Memilih, memadan, menyusun dan memanipulasikan bahan secara kreatif c. Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi melalui kegiatan menggambar, mencorak, membuat binaan, dan kraf. d. Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, berkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan, dan mengutamakan keselamatan. e. Meningkatkan minat, daya kreativiti dan imaginasi dalam kegiatan Seni Visual. f. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan alat, bahan, dan teknik untuk menghasilkan sesuatu hasil kerja. g. Menggabungkan aktiviti Seni Visual dengan mata pelajaran lain dalam usaha mewujudkan idea yang kreatif. h. Menguasai Asas Seni Reka serta mengaplikasikannya dalam penghasilan.

IMPLIKASI a. Setiap pelajar yang terlibat dalam pameran seni visual ini sama ada secara langsung atau tidak langsung dapat menonjolkan dan mengasah bakat terpendam serta kreativiti mereka.

b. Warga IPG Kampus Bahasa Melayu dapat mengenal dan mendalami dengan lebih dekat lagi akan bidang Pendidikan Seni visual.

c. Pameran yang gilang gemilang ini dapat menjadi sumber rujukan kepada guru-guru pelatih Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Semester 3 Kursus Pendidikan Seni Visual (Major) pada masa akan datang.

IMPLIKASI KEWANGAN

1. Makan dan minum 1.1 Makanan 1.1.1 AJK Induk (19 orang) RM 4 ( Nasi Ayam x19) = RM 126.00 1.1.2 Pensyarah Jemputan (6 orang) RM4 ( Nasi Ayam x 6) = RM 24 2. Tag nama 2.1.1 Semua AJK yang terlibat RM1.00 19 orang = RM19.00 3. Peralatan persediaan pameran 4.1.1 Peruntukan bagi sepanjang pameran seni adalah RM 150.00

5. Jumlah keseluruhan = RM 223.00

KESIMPULAN

Pameran seni visual ini merupakan aktiviti yang perlu disertai oleh semua pihak agar kesenian dan nilai yang terkandung di dalamnya dapat dinikmati bersama. Hal ini juga adalah untuk meningkatkan kreativiti pelajar terhadap sesuatu perkara yang ingin dilakukannya.

SYOR Adalah diharapkan Pengarah IPGM Kampus Bahasa Melayu dapat mempertimbangkan dan meluluskan cadangan pelaksanaan program Pameran Kelab Persatuan Pendidikan Seni Visual : MENYUSURI KEHALUSAN NILAI ESTETIKA PENUTUP Oleh itu,kami mohon kerjasama daripada Pengarah IPGM Kampus Bahasa Melayu untuk menyokong dan memberikan kerjasama untuk menjayakan kursus ini.

LAMPIRAN

CARTA ORGANISASI PELAKSANAAN PROGRAM

PENAUNG : Datin Siti Hanifah Binti Madarsa (PENGARAH IPGM-KBM)

PENYELARAS PROJEK EN. AHMAD TAUFIX BIN MAHAT

PENSYARAH PENASIHAT : EN. SUHAIMI BIN ZAKARIA ( PENSYARAH PENDIDIKAN SENI VISUAL IPG-KBM )

AHLI JAWATANKUASA INDUK PAMERAN SENI VISUAL 2010

PENGARAH PROJEK PENOLONG PANGARAH PROJEK SETIAUSAHA NAIB SETIAUSAHA BENDAHARI AHLI JAWATANKUASA PERALATAN TEMPAT BROSUR MAKANAN JEMPUTAN DOKUMENTASI MULTIMEDIA TEKNIKAL

: MOHD SYAHIR BIN MOHAMAD @ISMAIL : NADIATUL LIYANA BINTI KHAIRULANHAR : GRACEEMMANUELLEA/P RAMASWAREN : MAIZATUL NABILLAH BINTI GHAZALI : SUZILA BINTI IRWAN

: MUHAMMAD ELYAS BIN SULAIMAN MUHAMMAD FAHMI BIN ZAKARI : NURIN IZATI BINTI ZAITONG : SITI ZUR AIDA BINTI AHMAD : FARAH WAHIDA AHMAD NADZERI : SITI AQILAH BINTI MOHD ZAID : FARITA BINTI ABDUL WAHAB : NURAZLIN BIN IBRAHIM : MUHAMMAD ARIF BIN MAZLAN : NUR ATIKAH BINTI YAHYA : MASTURA BINTI ABDUL HALIM : MUHAMMAD AMIN BIN ABU : NURUL SYAZWANIE BINTI SUHAIMI : AHMAD FARHAN BIN MUHAMMAD ANUA

DISEDIAKAN OLEH, (GRACE EMMANUELLE A/P RAMASWAREN) SETIAUSAHA PAMERAN PENDIDIKAN SENI VISUAL, IPG KAMPUS BAHASA MELAYU.

DILULUSKAN OLEH, . (PUAN DATIN SITI HANIFAH BINTI MADARSA) PENGARAH, IPG KAMPUS BAHASA MELAYU, KUALA LUMPUR