Anda di halaman 1dari 13

A. KEMAHIRAN MEMBACA Dalam proses Kemahiran Belajar, kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar.

Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu teknik membaca yang betul amat penting dalam suatu proses pembelajaran, Berikut adalah beberapa teknik dapat membantu mempertingkatkan kemahiran membaca: Membaca secara BERHATI-HATI Beri tumpuan terhadap apa yang dibaca Cuba fahami fakta-fakta penting sepenuhnya Elakkan gangguan radio dan televisyen Membaca secara MENYELURUH Bacaan hendaklah menyeluruh daripada pengenalan hingga ayat terakhir Jangan anggap bahagian pengenalan kurang apenting Bahagian pengenalan memberi gambaran tentang isi kandungan bab. Membaca secara BERULANG-ULANG Bacaan berulang membantu mengingat fakta dengan lebih baik Isi-isi juga dapat difahami secara mendalam Ini dapat mengelakkan kamu tertinggal membaca fakta penting. Membaca dalam SUASANA yang SELESA Lampu hendaklah dipasang dengan terang. Suasana tempat membaca hendaklah sunyi dan senyap. Udara sekitar mestilah mencukupi Suhu bilik sederhana. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Jika perlu pasang kipas. Berasa dalam KEADAAN selesa Duduk dengan betul Pastikan kamu tidak deman, pening, selsema dan sebagainya. Jangan berbaring ketika membaca. Kamu mungkin tertidur atau mengantuk. Baca secara PERPERINGKAT Peringkat permulaan : baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhan. Peringkat seterusnya ; membaca isi untuk mendapatkan maklumat: pada peringkat ini teknik mengingat dan menulis nota digunakan. Cuba BENTUK SOALAN ketika membaca Gunakan kaedah 1 husband 6 wives
HOW WHAT WHO WHEN WHERE WHICH WHY

Dengan membentuk soalan kamu akan lebih ingat isi yang dibaca.

CATATKAN isi yang dibaca Dengan mencatat kamu menggunakan tiga kaedah sekali gus: membaca, mencatat, mengingat. Ketika mencatat kamu berfikir Apakah yang perlu dicatat? Ingatan kamu menjadi lebih tajam. Gunakan BAHAN PEMBELAJARAN LAIN ketika membaca Pastikan pen,, highlighter, kamus, penanda buku ada di sisi. Tandakan isi-isi penting dengan highlighter. Gunakan kamus untuk mencari perbendaharaan kata yang sukar. Gunakan penanda buku untuk merujuk semula sesuatu bahagian. Gunakan pen untuk menulis isi-isi penting. Seseorang pelajar lazimnya terpaksa banyak membaca. Dalam konteks sekolah bestari, pelajar digalakkan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Mereka membaca untuk pelbagai tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca secara meluas atau ekstensif. Ada masanya pula mereka perlu membaca secara intensif atau mendalam. Untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, pelajar perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh itu guru perlu membimbing pelajar pelajar menguasai teknikteknik tersebut dari peringkat sekolah rendah lagi. Dalam konteks sekolah, pelajar membaca untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut; untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkara untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang sesuatu konsep untuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu persoalan Secara umumnya seseorang perlu menguasai dua teknik membaca, iaitu; membaca pantas membaca kritis Untuk membaca pantas seseorang boleh menggunakan teknik skimming dan scanning, manakala untuk membaca dengan kritis seseorang boleh menggunakan teknik seperti KWLH dan SQ3R. TEKNIK MEMBACA KWLH APAKAH KWLH? Teknik KWLH ialah satu teknik membaca secara kritis yang memerlukan pelajar meninjau perkara-perkara yang telah diketahui, yang akan diketahui dan yang telah dipelajari. Teknik ini bertujuan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber. Teknik ini juga sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis. K What I know

Know (Tahu) Murid-murid mencatat maklumat yang sudah diketahui berdasarkan tajuk atau perkara yang akan dibincangkan. W Want (Hendak/Ingin Tahu) Murid-murid mencatat maklumat yang ingin diketahui dengan lebih lanjut berdasarkan tajuk atau perkara yang dibaca. L What I learned Learn (Pelajari) Murid-murid dikehendaki mencatat isi penting yang diperoleh daripada bahan bacaan berdasarkan tajuk atau teks. Dengan perkataan lain, murid-murid menjawab soalan yang dibina sendiri. H How much I want to know How (Bagaimana) Murid-murid dikehendaki mencatat bagaimana, bila dan di mana untuk mendapatkan maklumat yang belum lengkap berdasarkan teks yang diberi. Murid-murid juga berupaya mengemukakan cadangan untuk merujuk sumber lain. BAGAIMANAKAH CARANYA? Guru menyediakan tajuk dan memberi borang KWLH kepada pelajar. Guru berbincang dengan pelajar tentang tajuk dan meminta pelajar mengisi ruanagan K ( apa yang saya tahu) berkaitan dengan tajuk. Guru meminta pelajar mengisi ruangan W ( apa yang saya ingin tahu) tentang tajuk yang diberi. Guru memberi petikan dan meminta pelajar membaca dan mencatat isi-isi penting dalam ruangan L ( apa yang saya telah pelajari). Guru berbincang dengan pelajar tentang perkara yang telah mereka pelajari dan meinta pelajar mengisi ruanganH ( bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat tambahan) berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. K W L H (know) (want) (learned) (how)

KWLH adalah singkatan bagi yang berikut; K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)

W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca) H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya) Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca; mengingat dahulau apa yang telah diketahui membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih) mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya) Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca menentuka apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apakh lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti yang di bawah sekiranya dikehendaki menggunakan teknik KWLH. Know (K) Want (W) Learned (L) How (H) Apa yang sudah Apa yang hendak Apa yang telah Apa lagi maklumat diketahui? diketahui? dipelajari/diperoleh? tambahan diperlukan?

TEKNIK MEMBACA SQ3R SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. SQ3R adalah singkatan bagi; S (survey) tinjau Q (question) soal/tanya R (read) baca R (recite) imbas kembali atau nyatakan secara lisan R (review) baca semula Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. APAKAH TEKNIK SQ3R ITU?

Teknik SQ3R digunakan oleh guru untuk membimbing pelajar bagi meningkatkan kemahiran belajar pelajar. Pelajar dapat membaca secara kendiri bagi memperkukuh kemahiran berfikir . Ini semua dapat dilakukan dengan memberi penekanan kepada tinjauan Maklumat diperoleh melalui penyoalan. Pengukuhan maklumat dibuat dengan menyatakan kembali dan menyemak semula APAKAH YANG BERLAKU PADA SETIAP PERINGKAT BACAAN? 1. Survey Murid-murid membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahaman masing-masing. Mereka hanya memfokuskan terhadap bahan atau teks yang berkaitan tajuk utama, sub tajuk/tajuk kecil, gambar, symbol, ilustrasi, grafik dan pemenggalan teks.Teknik bacaan yang sesuai digunakan ialah teknik skimming dan scanning. 2.Soalan (Question) Pada peringkat ini, pelajar membina soalan daripada tinjauan yang telah dilakukan. Soalan boleh dibina dengan menggunakan prinsip 5W 1H iaitu what (apa?), when (bila?), where (di mana?), why (mengapa?), who (siapa?) how (bagaimana?). Dengan pertanyaan ini pelajar akan tertumpu kepada mencari jawapan bagi soalan-soalan yang dibina. 3. MEMBACA (READ) Murid-murid menyenaraikan beberapa isi soalan (intipati yang terkandung dalam teks. Soalan tersebut adalah berdasarkan perkara yang ingin diketahui oleh murid-murid tentang topik/isu dalam teks. Soalan tersebut juga adalah penyenaraian siri soalan yang berkaitan dengan tugasan yang diberi di samping merupakan panduan kepada jawapan sebenar. Murid-murid akan mencari jawapan dan ramalan jawapan yang paling sesuai. 4. 4. RECITE (MENYEBUT/MENGULANG) Setelah murid-murid membaca keseluruhan teks, mereka dikehendaki mengingat kembali kesemua atau sebahagian maklumat yang terdapat. Murid-murid perlu menyenaraikan maklumat yang berkaitan soalan atau tugasan sebelum dapat menjawab semua soalan tugasan berdasarkan maklumat dalam teks. Murid-murid juga boleh mengemukakan jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat dalam teks serta membandingkan ketepatan jawapan masing-masing. 5. 5. REVIEW (MENYEMAK)

Pada peringkat ini, murid-murid dikehendaki membaca semula soalan dan jawapan yang ditulis atau dicatat. Ini adalah peringkat untuk mengesahkan jawapan yang dikemukakan oleh murid-murid pada peringkat recite (menyebut/mengulang). Muridmurid perlu mempastikan bahawa semua bahagian sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks. Murid-murid sepatutnya tidak tertinggal maklumat atau fakta dalam tugasan pada peringkatquestion (menyoal). TUJUAN SQ3R Membolehkan pelajar membaca secara kritis. Meninjau perkara-perkara yang telah diketahui tentang bahan tersebut untuk dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar. Menarik minat pelajar untuk membaca perkara-perkara yang hendak diketahui. Mengenal pasti perkara-perkara yang telah dipelajari dan perkara-perkara tambahan yang belum diketahui lagi . Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning. Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraiakannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya. Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga.Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca. Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagianbahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal. TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA - LINGKARAN SOALAN Lingkaran soalan yang sesuai digunakan oleh guru berupaya memantapkan penguasaan kemahiran membaca dalam diri murid-murid. Lingkaran soalan yang digunakan oleh guru ketika pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca sewajarnya dijalankan berdasarkan pendekatan yang sesuai. Sehubungan itu, Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (187:160) telah mencadangkan empat pendekatan yang sesuai dijalankan dalam KBSR yang diistilahkan sebagai pendekatan A, B,C dan D. Setiap pendekatan ini

mempunyai lingkaran soalan yang boleh digunakan oleh guru ketika pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca. PENDEKATAN A Guru menunjukkan gambar dan meminta murid menamakannya, berbual tentang gambar dan menyerapkan isi pengetahuan daripada mata pelajaran lain. Guru seterusnya menunjukkan kad perkataan dan meminta murid menyebutnya. Murid diminta melekatkan kad perkataan pada gambar dan menyebutnya. Setelah guru mengenepikan kad gambar, murid diminta pula membaca kad perkataan. Guru turut menunjukkan kad-kad suku kata satu persatu untuk perkataan tadi misalnya, suku kata ba + ju. Akhirnya, guru membahagikan suku kata tadi pada huruf dengan menggunakan kad lain lalu meminta murid-murid membunyikan huruf-huruf itu, iaitu a (a), b (beh), u (u), j (jeh) = ba (ba) + ju (ju) = baju. PENDEKATAN B Pada peringkat permulaan, dua huruf sahaja diperkenalkan kepada murid-murid, iaitu huruf m dan s. Tujuan pengenalan kedua-dua huruf ini adalah untuk menarik minat murid di samping mempastikan mereka memahami konsep bunyi huruf. Guru seterusnya menunjukkan kad huruf m dan s lalu membunyikan kedua-duanya, manakala murid mengikut sebutan guru. Guru berulang kali menunjukkan kad huruf dan membunyikannya hingga murid dapat menyebutnya dengan betul. Guru seterusnya meminta beberapa orang murid membaca bunyi huruf-huruf tersebut secara kumpulan dan individu contohnya,mu.ka, saya. PENDEKATAN C Melalui pendekatan ini, Raminah Sabran dan Rahim Syam (1987:169-172) telah mengemukakan lapan langkah pelajaran yang berbeza. Sehubungan itu, lingkaran soalan yang boleh digunakan oleh guru adalah berdasarkan kelapan-lapan langkah pelajaran tersebut. PELAJARAN 1 ATAU 2 Guru memulakan dengan memperkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal, a, i, u . Kad imbasan digunakan untuk meminta murid membunyikan huruf tersebut beberapa kali secara berselang seli. Guru memperkenalkan bunyi satu huruf konsonan misalnya, k. Murid diminta menggabungkan bunyi konsonan dengan bunyi vokal supaya menjadi suku kata contohnya, ka ki ku. Murid-murid diminta lagi untuk berlatih menyebutnya sebelum diminta mencantumkan suku kata tersebut untuk menjadi beberapa perkataan yang bermakna contohnya, ka+ki = kaki danku+ku = kuku. Murid-murid diminta menyebut perkataan tersebut berulang kali dan menggabungkannya menjadi frasa atau ayat yang bermakna contohnya, kuku kaki ku

PELAJARAN 3 Guru mengulang pelajaran lalu tentang bunyi huruf vokal a, i, u. Guru memperkenalkan pula satu atau dua lagi bunyi konsonan, iaitu b dan s. Guru meminta murid-murid melakukan latih tubi menyebut kedua-dua bunyi tersebut dengan menggunakan kad imbasan. Murid-murid diminta mencantumkan bunyi huruf b dan s dengan huruf-huruf vokal a, i dan u agar menjadi bunyi ba, bi, bu, sa, si dansu. Latih tubi dilakukan lagi sebelum murid-murid diminta mencantumkan suku kata tersebut menjadi perkataan misalnya, ba+ba = baba, bu+bu = bubu. Guru membina beberapa ayat dan meminta murid membacanya contohnya, ibu baba. Akhirnya, guru meminta murid membina perkataan dan ayat-ayat lain serta membacanya. PELAJARAN 4 Guru boleh menggunakan huruf-huruf dan suku kata dalam pelajaran 1, 2 dan 3 untuk membina pelbagai perkataan dan ayat untuk meminta murid membacanya. Seterusnya, guru meminta murid mencantum suku kata contohnya, ka, ki, ku, ba, bi, bu menjadi beberapa perkataan dan meminta murid membacanya. Guru turut membina beberapa ayat misalnya, Abu buka buku untuk murid-murid membaca. Guru turut menggantikan perkataan Abu dengan perkataan lain misanya, baba atau ibu sebagai latih tubi murid. Guru seterusnya meminta murid membaca ayat contohnya, ibu baba buka buku baba. PELAJARAN 5 Guru memperkenalkan kepada murid-murid bunyi dua atau tiga konsonan lain misalnya, t, m dan d. Guru meminta murid membina suku kata misalnya, ta, ti, tu. Seterusnya, guru meminta murid membina perkataan misalnya,dada, muda, uda dan membacanya. Akhirnya, guru meminta murid membina frasa dan ayat daripada perkataan berikut misalnya, (i) dada dia budi ibu, (ii) mata dia budi uda. PELAJARAN 6 Guru meminta murid membina perkataan suku kata tertutup misalnya, du+duk = duduk, lalu membacanya. Murid-murid seterusnya diminta membaca ayat-ayat lain dan cerita berkaitan misalnya, muka budak itu masam, budak itu sakit kaki, ubat sakit kaki tidak ada. PELAJARAN 7 Guru memperkenalkan bunyi tiga konsonan lagi misalnya, r, p, n. Guru dan murid mencantumkan bunyi-bunyi konsonan ini dengan bunyi-bunyi vokal, a, i, u. Guru meminta murid membina perkataan dan ayat-ayat baharu berdasarkan suku kata dan perkataan yang telah dipelajari dalam pelajaran ini dan pelajaran sebelumnya serta berlatih membacanya.

PELAJARAN 8 Guru memperkenalkan bunyi vokal-vokal lain, iaitu o, e (pepet),e (taling). Guru meminta murid membina suku kata berdasarkan huruf vokal o misalnya, bo + tak = botak. Guru seterusnya membina suku kata dengan vokal e pepet dan e taling untuk membezakannya misalnya, emak dan esok. Guru meminta murid membaca beberapa frasa atau ayat misalnya, (i) kotak besar itu di situ (ii) ekor kuda. Guru seterusnya meminta murid mencantum suku kata untuk menjadi perkataan atau ayat yang bermakna dengan menulisnya di papan putih dan murid membacanya. Akhirnya, guru memperkenalkan lebih banyak huruf konsonan misalnya, l, g, h, f, j, c, y, z, w, q dan x serta memperkenalkan bunyi gabungan lambing huruf dalam ejaan misalnya, ng = bising, nga = bunga, sy (sya) = syarat, gh (gha) = ghaib dan ny = nyanyi. PENDEKATAN D Melalui pendekatan ini, guru menunjukkan gambar dan meminta murid menamakan serta berbual tentang gambar tersebut. Guru memperkenalkan nama huruf-huruf tunggal misalnya, b, a, j, u dan meminta murid menyebutnya. Guru meminta murid mencantum huruf b dengan huruf a dan menyebutnya serta huruf j dan huruf u dan membunyikannya. Seterusnya guru meminta murid mencantumkan kedua-dua suku kata dan menyebut perkataan, iaitu baju. Guru menunjukkan pula kad perkataan baju dan meminta murid menyebutnya. Guru mengulang untuk perkataan lain. Akhirnya, guru menunjuk gambar dan perkataan yang telah dipelajari lalu bertanya, Ini apa? kepada murid-murid

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA - TATACERITA 10 PERINGKAT TATACERITA : PERINGKAT 1 Guru dan murid berkongsi pengalaman sebenar. Pengalaman sendiri diutamakan keranapengalaman orang lain adalah kurang berkesan dan menarik.Pengalaman yang dikongsi oleh guru juga membolehkan guru memerhati penguasaan kosa kata murid dan memperkaya pengalaman mereka. Guru turut mempastikan murid menghasilkan input yang sama dengan berkongsi pengalaman yang sama-sama mereka lalui. PERINGKAT 2 Murid-murid menjalankan aktiviti berdasarkan pengalaman melalui teknik main peranan, drama dan muzik yang turut membantu menjadikan pengalaman itu lebih menarik.

Latihan yang dijalankan juga membolehkan murid mengalami semula peristiwa yang telah berlaku secara fizikal di samping meneguhkan elemen kognitif yang sedang diproses. Aktiviti yang dijalankan juga dengan sendirinya boleh mengembangkan perbincangan tentang pengalaman masa lalu murid-murid. PERINGKAT 3 Murid digalakkan bercerita dan menceritakan semula peristiwa yang berlaku berdasarkan pengalaman mereka. Interpretasi yang kreatif tentang peristiwa tersebut membolehkan murid-murid berkongsi idea dan mendapat perkataan serta makna baharu. PERINGKAT 4 Murid diminta melukis gambar yang mempunyai kaitan dengan pengalaman masingmasing. Melalui aktiviti ini, murid berpeluang memilih isi-isi penting. Guru juga mendapat objek yang dilukis oleh murid dan melabelkannya. Lukisan itu kemudiannya dibincangkan dan murid berpeluang sekali lagi untuk mengemukakan pendapat masingmasing dengan lebih terperinci. PERINGKAT 5 Guru membina ayat-ayat yang gramatis berdasarkan cerita daripada pengalaman murid. Murid perlu mengetahui bahawa cerita yang ditulis oleh guru itu sebenarnya adalah berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Oleh itu, ayat yang digunakan seharusnya tidak mempunyai perbezaa yang ketara daripada yang disampaikan oleh murid. Perkara ini secara tidak langsung memudahkan penggunaan strategi ramalan apabila murid membaca kembali pengalaman mereka yang ditulis itu. PERINGKAT 6 Guru menulis cerita yang lengkap berdasarkan pengalaman murid. Murid pula membantu guru mengekalkan urutan cerita dengan menyebut kembali ayat-ayat yang telah dibina secara gramatis oleh guru. Melalui pengulangan ini, biasanya ekspresi lisan murid akan bertambah baik. PERINGKAT 7 Setelah selesai menulis, guru membaca cerita kepada murid secara perlahan dan berhatihati. Ini membolehkan murid mendapat pendedahan sekali lagi kepada ceritanya sebelum diarahkan oleh guru untuk membacanya. Seterusnya, murid akan membaca cerita itu sama ada secara individu atau kumpulan berdasarkan arahan guru. Guru memberi bimbingan apabila perlu. PERINGKAT 8 Strategi berfikir berdasarkan kandungan cerita perlu ditekankan pada peringkat awal lagi. Guru mengemukakan soalan berdasarkan petikan cerita kepada murid dan soal jawab

10

dijalankan secara lisan. Soalan yang dikemukakan kemungkinan soalan berkaitan kosa kata atau urutan peristiwa dalam cerita tersebut. Guru membimbing murid memngemukakan jawapan. PERINGKAT 9 Perkataan-perkataan baharu yang dihasilkan melalui proses mencipta berdasarkan pengalaman akan dimasukkan oleh guru ke dalam bank perkataan. Perkataan baharu tersebut dicatat di atas kad perkataan dan menjadi kamus asas untuk murid. Kad-kad ini boleh dicantum semula oleh murid untuk menghasilkan cerita yang baharu. PERINGKAT 10 Murid boleh membaca ceritanya kepada murid-murid dalam kumpulan lain. Murid juga boleh bertukar-tukar cerita untuk mnegetahui pengalaman murid lain. Hasil karya yang lengkap seterusnya boleh dijilidkan berdasarkan tema. Perkara ini secara tidak langsung mampu menambah jumlah bahan bacaan yang sesuai untuk murid.
TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA - BIMBINGAN MENJANGKA

Bimbingan menjangka adalah bimbingan yang diberi oleh guru khususnyauntuk memban tu murid membaca dan memahami. Hj Ismail Hj. Zakaria, Salmah Othman, Elly Chong, 1992:86),mengistilahkan bimbingan menjangka sebagai aktiviti membaca terarah. Aktiviti bimbingan menjangka digunakan untuk membimbing muridmembaca dan mema hami petikan, rencana dan karya sastera. Aktiviti ini juga sesuai untuk mengajar bacaan dan kefahaman kepadakumpulan kecil ata u keseluruhan kelas. Terdapat lima langkah yang perlu diikuti oleh guru dan murid ketikamenjalankan aktiviti bimbingan membaca. LANGKAH 1 Guru perlu melakukan tinjauan terhadap pengetahuan dan pengalaman sedia adamurid be rkaitan petikan yang akan dibaca. Sekiranya pengetahuan danpengalaman murid kurang mencukupi maka, guru perlu menjalankanbeberapa aktiviti awal, iaitu (i) membaca petikan sepintas lalu, (ii) menyampaikan isi utama petikan kepada murid, (iii) menyenaraikanperkataan dan konsep baharu dan menghuraikan maknanya dan (iv)m enggunakan gambar, foto, tayangan slaid atau filem sebagai pengukuhanpengetahuan dan pengalaman murid tentang isi petikan. LANGKAH 2 Sebelum pembacaan yang sebenarnya dijalankan, guru menjelaskan kepada muridtentang tujuan pembacaan itu. Penyataan tujuan pembaca an dapatditunjukkan melalui empat aktiviti, iaitu (i) mendapatkan isi-isi utamapetikan, (ii) memberi makna perkataan tertentu mengikut konteks,
11

(iii)mengemukakan pendapat tentang kesesuaian tajuk dan (iv) menghuraikangerak balas afektif terhadap petikan. LANGKAH 3 Guru menentukan had masa untuk murid membaca petikan khususnyaberdasarkan pemba caan senyap. Pembacaan kuat pula dijalankan hanyauntuk interpretasi terhadap sesuatu p ersoalan atau penghayatankeindahan bahasa dalam petikan. Teknik pengajaran bacaan ku at tidakdigalakkan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam peringkat ini. LANGKAH 4 Perbincangan isi petikan dijalankan secara bersoal jawab seperti yangdijalankan ketika ak tiviti mengenal pasti tujuan pembacaan.Perbincangan juga boleh dijalankan berdasarkan pengalaman baharuyang dialami oleh murid. Perbincangan boleh dijalankan di peringkatk elas dan dijalankan oleh guru dengan melibatkan murid secara aktif. Guru boleh berperanan sebagai penasihat dan pemudah cara jikaperbincangan dijalankan dalam kumpulan kecil. LANGKAH 5 Langkah ini merupakan aktiviti pengayaan yang boleh dijalankanberdasarkan aktiviti dal am keempat-empat langkah sebelum ini. Aktivitipengayaan boleh dijalankan dalam kelas atau sebagai kerja rumahberdasarkan tiga kaedah, iaitu (i) melakukan ilustrasi peristiwa d alampetikan, (ii) menulis cerita berdasarkan tema yang sama dan (iii) melakukan bacaan luas tentang tajuk yang dibaca. TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA - TEATER PEMBACA Teater pembaca melibatkan pembaca membaca secara individu daripadaskrip pendek. Teater pembaca dikenali sebagai teater minda kerana audiens dibiar untukmembayangk an babak dan aksi daripada suara dan gerak isyarat yangsimbolik daripada pembaca. Skrip boleh berupa prosa naratif atau puisi. Suara-suara dalam teks ditugaskan kepada pembaca yang berbeza. Penekanan dilakukan pada suara, nada, intonasi, kadar, hentian dantekanan. Ketika murid-murid membaca, wujud interaksi antara bahasa denganpemikiran dalam di mensi yang luas. Melalui teknik teater pembaca, murid-murid membaca cerita denganlancar. Murid-murid juga menggunakan nada dan intonasi yang betul berdasarkancerita di sampi ng melakukan gerakan yang sesuai dengan isi dan temacerita. Aktiviti ini mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan danmimik muka. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka membantumurid-murid yang m enjadi penonton memahami, menghayati danmerasakan seolah-olah cerita yang disampai kan berlaku di hadapan mereka. Aktiviti teater pembaca memerlukan skrip pendek yang sesuai danmengandungi dialog. Pemilihan seorang murid sebagai pencerita untuk memulakan cerita danmenyambung jala n cerita adalah diperlukan hingga cerita tamat.

12

Murid-murid yang mengambil bahagian dikehendaki duduk atau berdiridalam separuh bu latan di hadapan penonton. Pencerita pula berada disebelah kanan penonton, manakala pe lakon membaca cerita masing-masing. Terdapat dua cara untuk menjalankan teknik teater pembaca seperti yangdikemukakan ol eh Kamaruddin Hj.Husin & Siti Hajar Abdul Aziz (1998),iaitu (a) pencerita berada dalam kelompok cerita dan (ii) pencerita beradadi luar k elompok cerita. Pencerita yang berada dalam kelompok cerita, membaca skrip sambilberjalan ke arah pel akon yang wataknya sedang dibacakan. Pelakon tersebut akan berdiri apabila wataknya dibacakan. Pencerita yang berada di luar kelompok cerita pula hanya membaca ceritadari suatu temp at lain. Pelakon pula hanya akan bertindak balas dengan berdiri dan berlakonapabila skrip tentan g wataknya dibacakan oleh pencerita. Skimming dan Scanning Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perengan untuk mendapat gambaram umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sesebuah buku pula. fokus kita diberikan kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca. Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming. Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama. Biasanya, kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan . Jika bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan teknik scanning untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari.

13

Anda mungkin juga menyukai