Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK), SEMENYIH Pendahuluan Program pemulihan dalam komuniti merupakan satu subjek yang

perlu diambil oelh semua semester 6 bagi program pendiidkan khas sekolah rendah. Pada semester ini kami didedahkan dengan subjek Pemulihan Dalam Komuniti (PKU 3112). PDK ini merupakan satu strategi pembangunan komuniti yang membolehkan golongan orang kurang upaya (OKU) menjalani program pemulihan dengan penglibatan aktif ahli keluarga dan komuniti sendiri supaya dapat mengecapi peluang sama arata dan membolehkan mereka diintegrasikan dalam masyarakat ke arah kehidupan berdikari. Saya sebagai guru pelatih yang bakal mengajar dalam bidang pendidikan khas seharusnya mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang berkaitan kanakkanak OKU ini. Oleh yang demikian, melalui mata pelajaran ini, saya mendapati ianya amat berguna kepada saya bagi memberikan pengalaman dan pengetahuan yang akan membantu saya dalam menjadi seorang warga pendidik yang berjaya. Dalam subjek ini, memerlukan guru pelatih untuk menjalankan satu program bersama anggota PDK selama seminggu di PDK yang terpilih. Oleh itu, saya telah ditempatkan bersama guru-guru pelatih yang lain di Pemulihan Dalam Komuinti Semenyih, PDK ini terletak di Pekan Semenyih, Selangor. Jarak antara IPGM Kampus Ilmu Khas ialah 34km yang mengambil masa selama 30 minit untuk sampai. Kedudukan PDK ini terletak berhampiran Balai Polis Semenyih dan bersebelahan dengan Perpustakaan Semenyih. Kedudukan PDK ini tidak jauh dari jalan utama Pekan Semenyih. Guru pelatih yang terlibat dalam aktiviti di PDK semenyih seramai 10 orang yang diwakili oleh 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Kumpulan ini terdiri daripada gabungan beberapa ahli dari kumpulan G 6.1 Masalah Pendengaran dan G6.2 Masalah Pembelajaran. Ahli kumpulan ini telah dikelompokkan mengikut pilihan yang telah ditetapkan oleh pensyarah pembimbing. Aktiviti yang dijalankan di PDK Semenyih telah dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu aktiviti keceriaan, aktiviti akademik dan aktiviti lawatan ke rumah (home visit). Aktiviti keceriaan yang dirancang mengandungi aktiviti seperti

mengemas stor, mencuci kolam renang, menghias bilik snoozelan, melukis mural, mengindahkan kawasan PDk dan aktiviti menanam pokok bunga di halaman PDK semenyih. Bagi aktiviti akademik pula, kami telah jalankan aktiviti lawatan ke Muzium Islam Kuala Lumpur, mengadakan bengkel membuat dadih dan mengadakan ceramah Rehabilitasi kepada ibu bapa kanak-kanak Oku di PDK semenyih. Manakala aktiviti lawatan ke rumah dibuat berdasarkan jenis masalah kanak-kanak oku yang elibatkan kanak-kanak masalah Cerebral Palsy, Masalah Syndrome Down dan masalah Autisme. Semua aktiviti ini telah dijalankan selama seminggu bermula pada 7 Oktober 2013 hingga 11 oktober 2013. Aktiviti ini dijalanakn di PDK Semenyih dan kawasan sekitar. Program yang dijalanakan ini telah mendapat dana daripada pelbagai pihak yang memberikan sumbangan wang ringgit dan juga sumbangan dalam bentuk barangan. Pelbagai pihak telah memberikan sumbangan termasuklah sumbangan daripada badan berkanun, golongan koprat dan sumbangan daripada individu perseorangan. Dana yang dikumpul sedikit sebanyak membantu dalam pengurusan program yang telah dirancang. Tanggungjawab dan Jawatan yang disandang Dalam menjalankan program ini saya telah dilantik menjadai penolong setiusaha bagi Ahli Jawatankuasa (AJK) induk. Malahan saya turut dilantik untuk menjadi Setiausaha bagi aktiviti keceriaan. Saya juga menjadi pengacaran bagi Majlis Penutupan bagi Program Khidmat Siswa PDK Semenyih ini. Tugas saya sebagai seorang Penolong Setiausaha bagi AJK induk adalah membantu setiusaha dalam menyiapkan kertas kerja, surat-surat dan dan segala perkara yang berkaitan. Tugas saya ini banyak membantu setiausaha untuk melancarkan lagi proses menyiapkan tugasan yang tidak dapat setiausaha siapkan. Kerjasama yang saya berikan dapat menjadikan sesuatu perancangan yang dirancang dapat berjalan dengan baik. Tugasan seorang setiausaha sememangnya memerlukan penolong untuk membantu setiausaha dalam menjalankan tugas beliau. Penyediaan surat menyurat diserahkan kepada saya kerana setiausaha menguruskan kertas kerja dan tugasan yang lain. Kebanyakkan tugasan penolong setiausaha berlaku pada peringkat sebelum dan selepas. Hal ini kerana saya terlibat dalam menyediakan kertas kerja, surat menyurat pada peringkat awal. Selain itu

saya turut terlibat dalam aktiviti selepas program ini dijalankan. Selepas program dijalanakan, saya perlu membuat laporan untuk Setiausaha yang memerlukan saya mencatatkan dan menyediakan pada penghujung program ini. Seterusnya tugas yang diamanahakan kepada dalam menjayakan program khidmat siswa ini ialah memegang jawatan sebagai Setiusaha Aktiviti Keceriaan. Tugas saya dalam aktiviti ini ialah menyediakan kertas kertas program yang hendak dijalanakan. Beberapa cadangan telah diutarakan oleh ahli-ahli kumpulan.akan tetapi tidak semua cadangan tersebut dapat diterima atas beberapa faktor seperti kewangan dan masa. Malahan dalam menjalanakn tugas sebagai Setiusaha ini, saya turut menyediakan belanjawan yang diperlukan untuk menjalankan program Khidmat Siswa ini. Tugasan seperti ini memerlukan saya untuk terlibat dengan semua ahli untuk merancang segala akitiviti tersebut. Setiap aktiviti keceriaan memerlukan saya menyediakan bajet untuk membeli peralatan dan keperluan sepanjang aktiviti keceriaan dijalankan. Perkara ini memerlukan hubungan komunikasi yang baik bagi mengelakkan ahli-ahli berkecil hati. Saya bersyukur kerana semua ahli dapat memberikan kerjasama dengan baik dan memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya dalam menjalankan tugas ini. Selain itu, tugas saya sebagai setiausaha aktiviti kecerian ialah mengambil gambar aktiviti semasa. Gambar ini diperlukan bagi menjadi bukti bahawa sesuatu aktiviti itu telah berlaku. Gambar-gambar yang diambil perlu ada di dalam penyediaan laporan pada penghujung program ini. Pada penghujung program ini saya perlu menyediakan laporan penuh bagi semua aktiviti keceriaan yang telah dijalankan. Tugasan saya yang berkaitan tuigsan seorang setiausaha ialah menyediakan surat menyurat. Antara surat yang perlu disediakan aialaha surat memohon sumbangan bagi mengutip dana untuk aktiviti keceriaan. Aktiviti keceriaan ini memerlukan dana yang besar berbanding aktiviti-aktiviti yang lain. Berikutnya tugas yang saya jalankan ialah membuat pembahagiaan kumpulan utnuk setiap[ aktiviti keceriaan. Aktiviti keceriaan dibahagikan kepada beberapa akitiviti seperti aktiviti melukis mural, mencuci kolam renang, menanam pokok di halaman PDK dan sebagainya. Dan tugas saya yang lain ialah membuat perancangan bagi setiap aktiviti yang memerlukan penelitian untuk mengelakkan masalah dalam

menyediakan perlatan, kewangan dan sebagainya.

Antara tugasan lain

yang saya pikul dalam program ini ialah menjadi

pengacara majlis bagi Majlis Perasmian Penutup Program Khidmat Siswa PDK Semenyih. Saya merasakan tugsan ini amat mencabar saya dari segi emosi dan fizikal. Malahan tugsana ini memberikan saya pengalaman yang amat berguna. Dalam menjadi pengaca majlis bagi Program Khidmat Siswa saya memperoleh pengalaman yang tidak dapat dibeli di mana-mana kecuali saya terlibat sendiri dalam menjadi pengacara majlis. Cabaran saya yang pertama dalam menjadi pengacara majlis adalah menyediakan skrip dan teks untuk Majlis Penutup ini. Saya perlu membuat beberapa rujukan mengenai pengurusan acara. Ini melibatkan aspek-aspek protocol yang memerlukan penelitian. Malahan penggunaan nama panggilan dan pangkat perlu diteliti bagi mengelakkan kesalahan semasa acara berlansung. Pengalaman ini sikit sebanyak memberikan pengalaman berharga bagi saya sebagai seorang guru pelatih yang bakal menguruskan acara di sekolah kelak. Kekuatan Dalam menjalankan Program Khidmat Siswa ini saya dapat menilai kebolehan dan keupayaan saya dalam menguruskan sesuatu program. Dalam menjalankan program ini saya dapat membuat refleksi berkaitan kekuatan dan kelemahan yang dapat saya kenal pasti setelah saya membuat penilaian dari pelbagai aspek dalam penglibatan saya dalam program ini. Saya akui bahawa saya bukan seorang yang mampu buat sesuatu pekerjaan tanpa ada sedikit kesilapan ataupun kelemahan. Oleh yang demikian selepas sesi post mortem yang di buat selepas majlis penutup itu, saya dapat membuat beberapa kesimpulan berkaitan kekuatan dan kelemahan saya. Kekuatan yang dapat saya kenal pasti dalam penglibatan saya dalam program seperti ini ialah dapat bekerjasama dengan ahli kumpulan dalam menyelesaiakan masalah yang dihadapi. Dengan adanya bantuan dan perbincangan bersama, maka masalah yang dihadapai dapat ditangani dengan mudah. Oleh yang demikian, saya dapati bahawa kerjasama antara ahli kumpulan merupakan sesuatu kekuatan yang dapat ditonjolkan dalam program ini. Sesuatu program yang formal sebegini tidak dapat berjalan lancar jika diuruskan dan dibuat secara individu. Selain itu, kekuatan saya dalam menjalankan program ini ialah dapat buat kerja mengikut masa yang ditetapkan walaupun masa yang diberikan tersebut

adalah terhad. Contoh yang dapat saya berikan ialah dimana saya perlu menyiapkna 2 jenis surat dalam tempoh yang agak terhad. Ini berlaku kerana setiusaha terlepas pandang tentang soal surat jemputan semasa pergi ke pejabat ADUN. Oleh itu dalam masa yang terhad itu, saya perlu menyediakan surat jempiutan tersebut. Dengan adanya bantuan dari rakan dan merujuk kepada sumber internet, maka saya dapat menyiapkan surat tersebut walaupun saya tidak pernah menyediakan surat seperti itu. Selain itu, kekuatan saya juga ialah dapat menyediakan surat-menyurat mengikut format yang sebenar. Penggunaan surat amat penting bagi program rasmi seperti ini. Penyedian surat dapat menunjukkan gambaran tentang sesuatu program tersebut. Oleh itu saya merasakan bahawa surat yang dibuat dapat menarik penerima dan mesej dapat disampaikan dengan mudah berdasarkan surat yang dibuat itu. Kekuatan yang dapat dikenalpasti dalam program ini ialah kebolehan komunikasi bersama pekerja PDK dan juga Ibu bapa. Komunikasi merupakan medium penting bagi menyampaikan sesuatu maklumat. Sebagai seorang bakal guru, kebolehan untuk berkomunikasi dengan baik adalah sangat penting kerana setiap hari guru akan menggunakan komunikasi untuk menjagar anak murid. Selain itu, komunikasi turut berlaku di antara ibu bapa dan juga orang disekeliling. Apabila seseorang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, maka ini dapat memudahkan seseorang untuk masuk dan bergaul dalam komuniti. Kekuatan yang berikutnya ialah kejayaan melaksanakan program Khidmat Siswa ini dengan jayanya. saya cukup Saya akui masih dan terdapat kelemahan, dapat

waaubagaimanapun

berbangga

gembira

apabila

bergandingan dengan ahli kumpulan yang bersama-sama bertungkus lumus dalam menyiapkan tugasan ini bersama-sama. Segala masalah yang timbul dapat di atas walaupun berlaku pada saat-saat akhir. Kejayaan dalam menjayakan program merupakan kejayaan semua ahli. Kelemahan Dalam menjalanakn sesuatu program, kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Oleh itu kelemahan yang dapat saya kenalpasti selepas program ini ialah

masalah dalam menyediakan surat. Pertama kali saya menyediakan surat, saya menghadapi beberapa masalah dari segi mendapatkan letter head daripada pihak PDK Semneyih. Perkara ini berlaku kerana pihak PDK tidak mahu pihak saya menggunakan Logo PDK untuk kepentingan tertentu. Namun selepas mengadakan beberpa perbincangan akhirnya pihak PDK membernarkan kami menggunakan logo PDK. Seterusnya ialah kelemahan dari menyediakan surat dalam bentuk format yang betul. Ini berlaku disebabkan oleh rujukan dibuat itu Cuma diambil daripada bahn atau sumber internet. Oleh yang demikian format yang diperolehi tersebut mempunyai beberapa perbezaan kecil. Namun selepas surat tersebut dirujuk kepada pensyayarah pembimbing, maka saya dapat membetulkan kesilapan tersebut sebelum dihantar ke pihak-pihak yang dirujuk. Dengan adanya

perbincangan dengan pensyarah, saya dapat mengetahui format surat yang betul. Dalam menguruskan program ini, saya menghadapi masalah untuk menguruskan masa. Ini menyebabkan saya mempunyai kelemahan dalam aspek pengurusan masa. Masa amat penting dalam menguruskan sesuatu aktiviti atau program. Dalam menguruskan program ini, saya terlibat dengan praktikum selama sebulan di Sekolah Kebangsaan Bukit Rahman Putra, Sg Buloh. Maka perhubungan antara ahli kumpulan agak terbatas disebabkan faktor jarak yang agak jauh. Oleh itu, waktu saya banyak dihabiskan untuk membuat persiapan mengajar seperti menyediakan bahan bantu mengajar dan sebagainya. Maka dalam tempoh itu, saya tidak dapat menumpukan kepada program ini. Selepas tamatnya praktikum barulah saya dapat memberikan tumpuan kepada program ini, namun masa yang tinggal adalah sangat pendek. Semasa menjalankan program ini, saya dapati bahawa banyak program berubah pada saat-satakhir. Ini menyebabkan timbul masalah dalam mencari jalan penyelesaian. Apabila sesuatu perubahan berlaku pada saat akhir, maka saya bersama-sama ahli kumpulan perlu memikirkan altenatif lain bagi mengelakkan masalah itu timbul. Ini berlaku semasa Majlis Penutup di mana ADUN yang dijemput tidak dapat hadir pada saat-saat akhir disebabkan oleh perkara yang tidak dapat dielakkan.oleh itu, saya terpaksa membuat perubahan dengan menggantikan pensyarah pembimbing bagi merasmikan majlis penutup.

Cara mengatasi dan cadangan Setiap kelamahan yang berlaku mesti dibuat penambahbaikan. Oelh itu bagi meperbaiki kelamahan yang berlaku saya merasakan bahawa saya perlu membuat perancangan dengan rapi berdasarkan aspek pengurusan masa. Dengan adanya perancangan yang baik , maka masalah dalam menguruskan masa akan berjalan dengan baik dan tidak akan timbul masalah pada saat terakhir. Selain itu bagi membuat penambahbaikan yang berlaku dari aspek penyediaan surat, maka saya perlu membuat rujukan dan mendapatkan nasihat daripada pensyarah pembimbing bagi mengelakkan masalah seperti itu akan berulang lagi pada masa yang akan datang. Dengan adanya bantuan daripada pensyarah maka segala yang dibuat kan menepati kehendak dan secara tidak langsung akan mengurangkan kesilapan. Bagi masalah yang dihadapi untuk perubahan pada saat-saat akhir, saya perlu menyediakan plan B bagi memastikan saya sudah bersedia jika berlaku sesuatu pada saat terakhir. Cadangan untuk membuat plan ini hasil daripada perbincangan post mortem yang dibuat selepas majlis penutup itu dijalankan. Saya perlu mengambil serius dalam menyediakan back-up plan. Dengan adanya bak-up plan secara tidak langsung tidak akan memberikan tekanan apabila berlakunya perubahan. Kesimpulan Dalam menjalankan program ini saya mendapati bahawa saya banyak menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman yang amat berguna untuk saya gunakan pada masa akan datang. Pengetahuan ini akan menjadikan saya lebih matang dalam mengguruskan sesuatu program kelak. Seorang guru tidak akan terlepas daripada menjalankan sesuatu program di sekolah nanti. Banyak aktiviti yang dijalankan memerlukan guru untuk menyediakan semua keperluan dan persediaan bagi menguruskan sesuatu program. Guru bukan sahaja menjadi seorang pendidik tetapi seorang guru memegang tanggungjawab dalam semua perkara di sekolah. Selain itu, saya juga dapat meningkatkan kemahiran saya dalam

berkomunikasi. Dengan melibatkn diri dalam program seperti ini, maka saya dapat

meningkatkan kemahiran dalam berkomunikasi. Sebagai seorang guru, kemahiran berkomunikasi amat penting kerana guru sememangnya menggunakan medium komunikasi untuk penyampaian ilmu kepada murid-murid di dalam kelas. Malahan dalam menguruskan program ini, saya dapat membina hubungan dengan lebih akrab dengan ahli kumpulan dari kumpulan G 6.2 masalah Pembelajaran. Sebelum program ini, hubungan antara saya dan ahli kumpulan lain tidaklah begitu rapat. Akan tetapi selepas program ini, saya merasakan bahawa keekuatan atau hubungan itu semakin kuat. Hal ini berlaku kerana kami terlibat dalam mengharungi masalah dah suka duka sepanjang program ini dijalankan. Saya mengharapkan bahawa perhubungan yang dibina akan terus kekal sampai bila-bila.

PROGRAM KHIDMAT SISWA DI PEMULIHAN DALAM KOMUNITI, SEMENYIH, KAJANG

LAPORAN KHIDMAT SISWA

NAMA MUHAMMAD KHAIRUL AMZAR BIN GHAZALI TARIKH : 7 11 OKTOBER 2013 BERTEMPAT DI :
PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK), SEMENYIH