Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN Fertigasi berasal dari percantuman dua perkataan iaitu fertilization dan irrigation yang bermaksud proses pembajaan

dan pengairan dijalankan serentak. Fertigasi juga merujuk kepada tanaman tanpa menggunakan tanah. Tujuan utama sistem fertitgasi dilakukan adalah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit akar seperti Phytium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang dibawa oleh tanah. Penanaman fertigasi merupakan pertanian moden yang boleh menjanakan keuntungan kepada usahawan.

SISTEM PENGAIRAN FERTIGASI Sistem fertigasi menggunakan satu sistem pembekalan air dan larutan ke zon akar secara automatic menggunakan sistem perpaipan yang mempunyai pengatur masa mengikut keperluan tumbesaran tanaman secara berkesan. Tujuan utama sistem pengairan fertigasi adalah untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan baja. Pengagihan secara automatik menggunakan pengatur masa dengan kekerapan dan tempoh pemberiannya dikenalpasti dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh.

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SISTEM FERTIGASI. Setiap sistem dalam pertanian mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Berikut merupakan kelebihan dan kelemahan di dalam sistem fertigasi.

Kelebihan. Nutrien lengkap dikawal ikut pertumbuhan pokok. Menjamin kebersihan dan menghindar penyakit . Mengatasi masalah bawaan tanah. Kualiti hasil yang lebih baik dan cantik. Penggunaan baja yang cekap dan jimat. Mengurangkan penggunaan racun. Modal pusingan yang rendah. Meningkatkan hasil pengeluaran.

Masalah merumpai sangat rendah.

Kelemahan.

Modal yang tinggi untuk memulakan projek Memerlukan kemahiran Keroskan sistem membawa kerugian

PENYAKIT TANAMAN FERTIGASI. Tanaman yang ditanam di dalam sistem fertigasi adalah Rock Melon atau Mas Melon. Walaupun penggunaan sistem fertigasi dapat meminimumkan penyakit terhadap tanaman namun Rock Melon berkemungkinan terkena jangkitan jika tidak dijaga dengan betul. Terdapat dua penyakit utama tanaman Rock Melon. Dua penyakit tersebut adalah Downy Mildew dan Powdery Mildew. Kedua-duanya adalah akibat jangkitan kulat pada daun tanaman Rock Melon. Jika tidak dirawat dengan cepat serta penggunaan racun yang betul akan menyebabkan pokok mati dan menurunkan hasil sehingga 50% daripada hasil sebenar.

Downy Mildew (Pseudoperonospora cubensis) - Siptom: Tompok-tompok bersegi warna kuning pada daun, Tompok bermula dari bawah dan merebak ke atas. Jika serius daun menjadi kering dan pokok mati.

Powdery Mildew (Erysiphe cichoracearum) - Siptom: Tompok-tompok putih pada daun. Daun yang dijangkiti akan bertukar menjadi kuning kemudian perang dan akhirnya daun kering.

Pencegahan 1) Pasti kawasan penanaman mempunyai pengudaraan atau aliran udara yang baik.

2) Kepadatan atau bilangan pokok yang sesuai. Penanaman yg padat akan menyebabkan penyakit merebak dengan cepat. 3) Gunakan jarak tanaman yg betul. 4) Penggunaan sistem kawalan serangga perosak dan penyakit secara bersepadu.

Kawalan Semburan kuprum boleh digunakan bagi merawat kedua-dua penyakit kulat ini. Racun yang disyorkan adalah Redomil.

PEMBERSIHAN RUMAH FERTIGASI DAN PENANAMAN BENIH ROCK MELON

Gambar

Penerangan 1) Keadaan dari luar dan dalam rumah fertigasi.

2) Rumah fertigasi mempunyai tanaman yang telah dilakukan pelajar lepas. 3) Rumah fertigasi dibersihkan terlebih dahulu.

1) Keadaan rumah fertigasi yang telah dibersihkan.

1) Sabut di dalam beg poli hitam digemburkan terlebih dahulu.

1) Biji benih Rock Melon di tanam secara berasingan terlebih dahulu di dalam bekas. 2) Ini supaya tanaman dapat tumbuh dalam kadar yang sama.

1) Bekas yang telah diisi dengan benih akan diletakkan di dalam rumah pancuran air untuk pertumbuhan Rock Melon