Anda di halaman 1dari 19

BAB 3 TANGGUNGAN KANAK-KANAK DALAM JENAYAH BULI SIBER DI MALAYSIA

3.1 PENGENALAN Anak-anak mudah sekarang bukan lagi bermaian getah atau guli sepertimana anakanak dahulu, dengan mulanya era globalisasi teknologi siber ini, kanak-kanak menghabiskan masa mudanya dengan bermain internet atau berkawan di laman sesawang sesperti facebook dan twitter dan berbagai bagai lagi. Informasi yang dapat mereka kecapi melalui google sahaja sudah memadai bagi seseorang kanak-kanak itu mendapatkan pelbagai bagai ilmu, tambahan pula dengan adanya laman web seperti youtube yang memberi peluang kepada mereka bukan sahaja untuk mempelajari sesuatu benda baru seperti video video tutorial yang dimuat turnkan, pelbagai bagai lagi dapat dilakukan dalam ruangan alam maya. 1Walaupun, internet atau laman siber banyak kebaikannya, namun, ia juga banyak membawa keburukan kepada kanak-kanak yang dikatakan belum cukup matang untuk menilaikan apa yang baik dan apa yang buruk. Isu Buli di laman siber bukan lagi menjadi sesuatu yang janggal bagi kita. Dan malangnya, peratus kajian yang dilakukan menunjukkan kanak-kanak memegang peratus yang paling tinggi sebagai orang yang melakukan buli siber ini. Persoalannya sekarang adakah atau bolehkan seorang kanak kanak disabitkan dengan jenayah buli siber? Adakah mereka bertanggungan?

3.2 CONTOH-CONTOH KES KANAK-KANAK DAN BULI SIBER

1. Kanak-Kanak dengan Kanak-Kanak Terdapat dua contoh kes buli siber yang berprofil tinggi yang melibatkan pelajar dengan pelajar. Satu kes membabitkan lapan remaja di Florida yang diserang secara fizikal oleh pelajar lain dan kejadian tersebut telah dirakamkan kemudian disiarkan di YouTube. Pelajarpelajar tersebut sebenarnya ingin menjadi terkenal dan meraih populariti daripada video yang

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120827/pe_01/Pelajar-sasaran-mangsa-bulisiber#ixzz2DlxHWwuR , Utusan Melayu (M) Bhd.

disiarkan, dan sememangnya akhirnya telah menjadi cukup popular sehingga mendapat perhatian daripada The New York Times.2 Pukulan yang berlaku selama kira-kira setengah jam, meninggalkan mangsa dengan kerosakan organ dalaman dan dua mata hitam dan video tersebut terus menjadi sambutan di Internet. Pihak polis percaya bahawa pukulan itu adalah hasil daripada komen yang mangsa,Victoria Lindsay, telah siarkan di profil MySpace-nya.3 Kes ini adalah satu hybrid yang menarik antara buli siber, di mana pembulian berlaku di dalam talian dan buli tradisional, di mana kemudaratan yand didatangkan oleh pembuli adalah bersifat fizikal.

Suatu lagi kes buli siber yang menarik dari New York ialah yang mana ia melibatkan seseorang blogger yang berumur dalam linkungan sekolah menengah menggelarkan dirinya sebagai "Miss In The Know" (juga dikenali sebagai Miss ITK) dan blog tersebut adalah mengenai rakan-rakan sekelasnya yang tinggal di Upper East Side of Manhattan4 atau lebih terkenal sebagai tempat orang-orang berada di New York.1 Blog pelajar ini banyak berlandaskan kepada drama bersiri popular di Amerika Syarikat ketika itu berama "Gossip Girl yang menceritakan tentang seorang penulis blog yang tidak diketahui oleh sesiapa pun telah menulis sebuah blog tentang gossip pelajar-pelajar yang berprofil tinggi dan kaya di sekolah mereka di New York. Gaya penulisan blogger tersebut adalah cukup mantap untuk dikatakan setaraf dengan penulisan dari blog New York Magazine Intel5 dan juga The New York Sun, akan tetapi pelajar yang menjadi mangsa dan ibu bapa pula kurang teruja dengan penulisan tersebut.

Salah satu daripada kata-kata yang ditulis di blognya berbunyi seperti ini: "He fell so fast, even seventh graders won't hook up with him. Now that's GOTTA hurt. Dear Tommy, rip up those tickets to the top, because you're headed on a one-way trip to the B-list. Love, ITK.6 Yang berbunyi soalah olah menjatuhkan maruah Tommy salah seorang mangsan ya. Apabila pegawai sekolah menerima aduan tentang blog ini, ia telah ditutup, walaupun tidak

Damien Cave, Eight Teenagers Charged in Internet Beatings Have Their Day on the Web, N.Y. TIMES, Apr. 12, 2008, at All. 3 Damien Cave, Eight Teenagers Charged in Internet Beatings Have Their Day on the Web, N.Y. TIMES, Apr. 12, 2008, at All. 4 Elizabeth Green, Tears, Glee Greet a 'Gossip Girl' Copycat, NEW YORK SUN, May 22, 2008, http://www.nysun.com/new-york/tears-glee-greet-agossip-girl-copycat/76895/. 5 Daily Intel Blog, http:l/nymag.com/daily/intel/2008/O5/real-life_gossip-girl-roils th.html#hp (May 22, 2008, 12:00 EST). 6 Elizabeth Green, Tears, Glee Greet a 'Gossip Girl' Copycat, NEW YORK SUN, May 22, 2008, http://www.nysun.com/new-york/tears-glee-greet-agossip-girl-copycat/76895/.

ada laporan bagaimana ia berlaku. Walaubagaimanapun, blog tersebut begitu disukai oleh sesetengah pelajar sehinggakan ia dicadangkan untuk dilakukan di Facebook.7

Dalam kes ini, dapat dilihat yang aktiviti yang jatuh di bawah konteks ini bukan sahaja bersifat berulang-ulang malah ia adalah berbaloi untuk diambil perhatian oleh para perundang bahawa blog ini bukan sahaja mensasarkan seorang pelajar tertentu tetapi adalah kepada ramai orang lain juga. Hasilnya, di bawah beberapa definisi yang telah termaktub di bawah seksyen 233 atau 211 Akta komunikasi dan Multimedia adalah tidak mencukupi untuk memberi tafsiran kepada buli siber kerana dalam kes ini ia bukan sahaja berlaku secara berulang malah pada ramai orang lain juga yang menunjukakkan lakuna perundangan kita yang tidak ada pun perkataan seperti pengulangan atau kepada ramai orang. Kes ini p erlu diberi perhatian kerana ia adalah sejajar dengan budaya popular penulisan blog pada zaman sekarang.

Bedasarkan kajian yang telah dijalankan, telah didapati yang contoh kes buli siber antara pelajar dengan pelajar terutamanya adalah kurang dan jarang ditemui. Teori yang dapat disimpulkan dari sini ialah, kerana pelajar (dan ibu bapa) enggan untuk meneruskan tindakan undang-undang, masalah buli siber ini adalah diselesaikan secara persendirian, sama ada oleh pihak sekolah, ibu bapa, atau pelajar sendiri. Buli siber yang berlaku antara pelajar dengan pelajar sebenarnya mempunyai kontigen yang besar, namun, contoh-contoh yang boleh diberikan adalah hanya jatuh ke dalam kategori "persendirian", banyak kes kes bualian yang berlaku hanya bergerak di antara pembuli dan mangsa. Kes bulian anatara pelajar dengan guru pula bagaimanapun tidak sukar untuk ditemui.

R.I.P - In the Know 2012, http://www.facebook.com/group.php?gid=18673786321 (last visited Nov. 5, 2009).

2. Kanak-Kanak dengan Guru

Buli siber antara pelajar dengan guru boleh berlaku dalam pelbagai cara. Dalam kes J.S. v. Bethlehem Area School District di Pennsylvania contohnya, seorang pelajar telah mencipta laman web dari rumahnya di mana antara penulisannya telah mencatatkan kata-kata yang berunsur penghinaan dan komen yang mengancam juga dengan lukisan mengenai Guru Besar dan guru matematiknya.8 Laman web yang dicipta oleh pelajar ini bertajuk "Teacher Sux" dan mengandungi beberapa muka surat, termasuklah satu yang dibincangkan dengan menggunakan perkataan-perkataan kesat, hubungan seks antara Guru Besar sekolahnya dengan Guru Besar di sekolah lain, serta satu halaman yang ditulis untuk menyerang guru matematiknya, Puan Fulmer, bertajuk "Mengapa Mrs. Fulmer Patut Dipecat"9

Walaubagaimanapun yang paling menonjol ialah muka surat laman webnya yang bertajuk Kenapa Dia Patut Mati dan juga dalam penulisannya, dia telah memohon kepada pembaca blognya untuk melantik seorang pembunuh untuk membunuh gurunya itu.10 Hal ini adalah diikuti dengan 136 lagi pengulangan kata-kata yang menfitnah dan gambar gurunya Mrs. Fulmer yang telah diedit seolah-olah ada darah yang mengalir dari lehernya gurunya tersebut. Di hadapan laman webnya di muka surat pertama, pelajar ini juga telah membuat satu butang yang boleh ditekan oleh pembaca dimana jika butang itu ditekan, pembaca dikatakan telah bersetuju yang dia tidak akan memberitahu sesiapa pun pegawai yang bekerja di sekolahnya mengenai laman web tersebut. Tidak lama selepas tu, guru besar sekolahnya telah mengetahui tentang kewujudan laman web tersebut dan dengan mempercayai yang ancaman itu adalah benar dan serious, pihak sekolah telah menelefon pihak polis dan Biro Penyiasatan Persekutuan untuk melakukan menyiasatan mengenai tindakan pelajar tersebut. Namun, kedua-dua autoriti telah menolak untuk mengenakan apa-apa tindakan. Gurunya Mrs. Fulmer juga telah diberitahu tentang laman web tersebut dan beliau juga telah menggangap ancaman yang ditulis oleh

8 9

J.S. v. Bethlehem Area School District, 807 A.2d 847., 848 (Pa. 2002). J.S. v. Bethlehem Area School District, 807 A.2d 847., 848 (Pa. 2002). at 851. The "Why Fulmer Should be Fired" page argued, using "degrading terms, that because of her physique and her disposition, Mrs. Fulmer should be terminated from her employment.... Finally, along with criticism of Mrs. Fulmer, a web page provided answers for certain math lessons." 10 J.S. v. Bethlehem Area School District, 807 A.2d 847., 848 (Pa. 2002). The "Why Should She Die?" page asked readers to "'Take a look at the diagram and the reasons I gave, then give me $2000 to help pay for the hitman." The diagram "consisted of a photograph of Mrs. Fulmer with.. physical attributes highlighted to attract the viewers' attention.... Another page set forth a diminutive drawing of Mrs. Fulmer with her head cut off and blood dripping from her neck."

pelajar tersebut adalah serious dan beliau telah diberikan pelepasan sepanjang tahun itu kerana ketakutannya untuk kembali mengajar di sekolah.11 Pelajar tersebut kemudiannya telah digantung sekolah selama tiga hari dan kemudiannya di panjangkan selama sepuluh hari oleh kerana pegawai sekolah begitu yakin untuk membuang pelajar tersebut dari sekolah itu. Ibubapa pelajar dan juga pelajar pula telah menyaman sekolah dengan mengatakan tidakan sekolah tersebut adalah melanggar kebebasan bersuara pelajar di bawah undang-undang di Amerika Syarikat. Mahkamah akhirnya memutuskan yang sekolah adalah dibenarkan untuk menghalang ucapan dalam talian di luar kampus yang boleh mengancam keselamatan seseorang dan memeparkan bahaya kepada mangsanya dan juga telah membuat suatu ancaman yang besar terhadap perjalanan sekolah. Satu lagi kes yang telah melibatkan pembuatan kes ialah kes Justin Layshock yang telah membuat tuatu akaun mySapce palsu menyamar sebagai guru besar sekolahnyab bernama Eric Torsch.12 Akuan palsu ini adalah dibuat oleh pelajar utuk memalukan guru besarnya dan memaparkan seolah olah guru besarnya ini adalah seorang kak botol dan menunjukkan yang dia ini adalah seorang yang sangat seksual. Justin akhirnya telah tertangkap dan digantung sekolah selama 10 hari. Sama juga dengan kes A.B. v. State,13 seorang pelajar telah menyamar sebagai guru besarnya. dan A.B, yang tahu tentang akuan itu adalah palsu telah menulis enam mesej yang melampau dan menyiarkan gambar-gambar yang mencolok mata untuk menunjukkan seolaholah guru besarnya ini adalah seorang yang seksual dan menulis perkatan-perkataan yang berunsur political seperti mati.gobertmati, tentang seorang gabenor Indiana ketika itu dan pihak Negara Indiana telah mengambil tindakan undang-undang dan A.B dikenakan perintah berkurung selama 9 bulan. Namun mahkamah memutuskan yang kata-kata yang ditulis olehnya adalah tidak mencukupi untuk menjadikan kata-kata itu sebagai suatu gangguan. Satu lagi kes berkaitan dengan MySpace ialah kes, Alex Davis yang merupakan pelajar yang berumur 15 tahun dan telah menulis tentang gurunya di ruang laman web MySpace, Robert Muzzillio yang menfitnah gurunya sebagai seorang yang homoseksual dan gurunya itu hilang sebelah mata kerana bertinju dengan seekor buaya kecil dan seorang orang
11

J.S. v. Bethlehem Area School District, 807 A.2d 847., 848 (Pa. 2002). at 852 (the teacher developed anxiety and depression; as a result., she could not return to work for the remainder of the school year and was granted a medical leave the following year). 12 Layshock v. Hermitage Sch. Dist., 496 F. Supp. 2d 587, 591 (W.D. Pa. 2007). 13 A.B. v. State, 863 N.E.2d 1212 (Ind. Ct. App. 2007) rev'd on other grounds, 885N.E.2d 1223 (2008).

kerdil. Guru tersebut begitu tersinggung dengan kata-kata pelajarnya itu dan telah menyaman pelajarnya itu atas asas mengfitnah. Namun, mahkamah telah memutuskan yang perbuatan itu adalah tidak melanggar undang-undang persekutuan. Dalam kes di Connecticut pula, seorang pelajar sekolah menengah pula telah di tahan daripada mengambil bahagian dalam pilihan raya pelajar selepas dia mengkritik pihak pentadbiran sekolah di blognya tentang cara pihak pentadbiran sekolah mengendalikan festival muzik di sekolahnya. Avery Doninger dalam blognya telah menyalahkan pihak pentadbiran sekolah kerana membatalkan muzik festival tersebut dan menyuruh pelajar melakukan aduan kepada pihak atasan sekolah. Dengan itu, sekolah telah melarang Doninger berlawan di pilihanraya pelajar. Doninger telah menyaman sekolah kerana melarang haknya untuk bersuara. Mahkamah dalam kes ini telah memutuskan yang, perkataan-perkataan yang ditulis oleh Doninger adalah berbaur menghina dan ada unsure campur tangan dengan pentadbiran sekolah dan boleh memberi kesan kepada perjalanan pentadbiran sekolah dan penariakan hak untuk bertanding dalam pilihan raya pelajar adalah sah. Di dalam kes J.S v Blue Mountain School District14 pula adalah berkenaan dengan dua pelajar berumur 15 tahun yang membuat suatu akaun palsu menyamar sebagai Mr. McGonigle iaitu guru besar sekolah mereka. Akaun tersebut tidak memaparkan nama guru besartersebut tetapi suah cukup untuk dikenalpasti melalui gambar guru besarnya yang telah diambil dari laman web sekolah. Akaun palsu yang dibuat itu adalah untuk menunjuakkan seolah-olah guru besar mereka ini adalah seorang yang ketagih sex dan juga seorang pedophille. Pihak sekolah telah membuat keputusan yang dua orang pelajar ini telah melanggar peraturan disiplin sekolah yang melarang sesiapa pun untuk menfitnah staf-staf sekolah. J.S kemudiannya telah menyaman pihak sekolah dan mengatakan yang pihak sekolah adalah tidak berkuasa untuk mengenakan tindakan terhadap pelajar atas kegiatan yang dilakukan di luar sekolah. Walaubagaimanapun, hakim tidak bersetuju dengan tindakan dua orang pelajar tersebut dan mengatakan yang sekolah adalah dibenarkan untuk mengenakan tindakan disiplin kepada pelajar tersebut jika ia mengganggu atau memberi kesan kepada pihak sekolah. Kes ini juga mempunyai fakta dan keputusan yang sama dengan kes Draker v. Schreiber.15

14

J.S v Blue Mountain School District, No. 3:07CV585, 2008 U.S. Dist. LEXIS 72685 (M.D. Pa. Sept. 11,2008). 15 Draker v. Schreiber, 271 S.W.3d 318, 320 (Tex. App. 2008).

Di dalam kes Requa v. Kent School District No. 415,16 seseorang pelajar telah merekod perlakuan gurunya di dalam kelas dan menyiarkan video tersebut di YouTube dan ada juga sesetengah daripada pelajar yang telah merangkaikan (link) video tersebut ke profil MySpace mereka. Requa pula bukanlah pelajar yang telah merekod perlakuan gurunya itu tetapi adalah seorang lagi pelajar yang telah terlibat dalam projek buli siber tersebut.17 Video itu adalah disiarkan untuk memalukan gurunya tersebut, Joyce Mong dan menjadikan rakaman video tersebut sebagai bahan jenaka dengan mengatakan yang gurunya itu adalah seorang yang pengotor, gemuk dan selalu tergagap-gagap sewaktu mengajar. Video itu telah diberikan nama "Mongzilla dan digelar imejnya sebagai Mongtage. Video tersebut tidak sampai kepada pengetahuan sekolah sehinggalah sebuah stesen television telah menemui video tersebut dan mula mengkritik badan pengajar di seolah menengah. Mahkamah telah mendapati yang video tersebut ada juga antaranya pelajar membuat aksi seperi telinga arnab dan juga pergerakan yang kurang menyenagkan di belakang guru itu sewaktu beliau tengah mengajar dan mahkamah telah membuat keputusan sekolah untuk menggantung pengajian pelajar selama 40 hari adalah sah. Dari sini dapat dilihat yang kanak-kanak zaman sekarang telah ramai yang melakukan buli siber dan lebih membimbangkan apabila perbuatan mereka tersebut telah member kesan kepada pihak sekolah dan juga pelajar-pelajar lain. Sehinggakan ada yang sesetengah itu memberi ancaman bunuh terhadap gurunya sendiri di dalam talian sehinggakan menyebabkan gurunya itu trauma untuk hadir mengajar di sekolah. Berbeza dengan peruntukan Malaysia, Amerika Syarikat mempunyai akta tentang kebebasan bersuara bagi kanak-kanak dalam ruang kampus yang mengatakan perkataan-perkataan atau ucapan yang dikatakan oleh pelajar dalam linkungan sekolah atau seperti kes-kes yang dibincangkan di atas di mana jika perkataan itu menggangu pentadbiran sekolah adalah dibenarkan bagi pihak sekolah untuk mengenakan tindakan terdahadap seseorang pelajar tersebut. Namun, hal ini adalah berbeza dengan perundangan Malaysia di mana kita tidak mempunyai akta yang spesifik bagi mengawal percakapan kanak-kanak di sekolah mahupun di dalam talian membuatkan kes-kes buli siber ini menjadi lebih berleluasa. Persoalannya sekarang adakah undang-undang sedia ada di Malaysia mencukupi untuk mengawal kes kes buli siber di Malaysia atau adakah boleh

16 17

492 F. Supp. 2d 1272 (W.D. Wash. 2007). Paul Shukovsky & Nina Akhmeteli, Free Speech vs. Class Disruption, SEATTLE POST-INTELLIGENCER, May 22, 2007, http://www.seattlepi.com/local/316618_youtube22.html.

seseorang pelajar atau kanak-kanak di bawah umur majoriti dikenakan hukuman jenayah keatasnya. Apa yang perlu di lihat akan dibincangkan di bawah.

3.3 PRINSIP ASAS BAGI TANGGUNGAN JENAYAH Perbincangan mengenai tanggungan jenayah, sama ada tanggungan jenayah bagi orang dewasa mahupun tanggungan jenayah bagi kanak-kanak, tidak dapat lari dari

membincangkan konsep asas jenayah itu sendiri. Justeru itu, suatu tanggungan jenayah itu betitik tolak dari suatu suatu definisi jenayah yang berbentuk perundangan dan juga formal.Sungguhpun terdapat kesukaran dalam mentakrifkan istilah jenayah, namun terdapat kriteria tertentu yang menunjukkan ciri atau konsep suatu tanggungan jenayah. Scara amnya, jenayah merupakan suatu perbuatan atau ketinggalan yang diperuntukan oleh undang-undang. Perbuatan atau ketinggalan tersebut boleh didakwa melalui proses pendakwaan jenayah dan boleh dihukum menurut undang-undang. Walaubagimanapun, apa yang jelas lagi nyata islah hanya perbuatan atau ketinggalan yang menyalahi undang-undang jenayah sahaja yang dikira sebagai jenayah di dalam system keadilan jenayah. Oleh yang sedemikian sekiranya sesuatu perbuatan itu tidak dinyatakan secara khusus sebagai jenayah dalam mana-mana peraturan undang-undang, walau sekeji atau seteruk mana sekalipun perbuatan tersebut, ia tetap bukan jenyah menurut kaca ata undang-undang, maka oleh itu dia mesti bertanggugjawab atas perbuatan yang telah dilakukan olehnya. Sekiranya dibuktikan bersalah dan disabitkan, ia mesti betanggungan dan dihukum.

3.3.1 Unsur-Unsur Tanggungan Jenayah Dalam membincangkan sesuatu tanggungan jenayah, setiap elemen atau unsur dalam jenayah tersebut mestilah dibuktikan oleh pihak pendakwaraya di tahap melangkawi tanggungan yang munasabah. Setiapunsur yang dibuktikan sebenarnya membentuk prinsip tanggungan jenayah itu sendiri. Untuk mengenal pasti dan membezakan antara jenayag orang dewasa dan kanakkanak, adalah sangat penting bagi seseorang itu memahami setiap unsur-unsur dalam tanggungan jenayah . Prinsip asas tanggungan jenayah ditegaskan melalui sesuatu ungkapa latin actus reus non facit reum nisi mens sit rea, Ungkapan ini member maksud sesuatu perbuatan itu tidak

akan menjadikan seseorang bersalah melainkan niatnya atau fikirannya juga adalah salah. Terdapat dua perkara yang penting dalam ungkapan ini iaitu actus reus dan mens rea. Prinsip ini telah menjadi pegangan atau doktrin utama dalam undang-undang jenayah inggeris sejak sekian lamanya. Yang Arif Lord Goddard dalam kes inggeris, Brend v Wood telah menegaskan kepentingan prinsip ini di mana mahkamah tidak bolehmenyatakan seseorang itu bersalah melakukan jenayah melainka orang itu mempnyai niat untuk melakukan sesuatu jenayah tersebut. Ini bermakna perbuatan sahaja tidak mencukupi malah, niat juga perlu dibuktian jika seseorang itu disabitkan atas sesuatu jenayah.. Niat itu juga haruslah niat yang salah atau niat yang jahat. Tanpa kedua-dua unsure ini, melainkan dikecualikan pemakaiannya, tanggungan jenyah tidak akan wujud dan orang yang melakukan jenyah tersebut tidak boleh dihukum. Oleh itu, bedasarkan daripada maxim tersebut tterdapat dua elemen uatama di dalam jenyah iaitu elemen fizikal (actus reus) dan elemen mental (mens rea). Kedua-dua elemen ini akan dibincangkan dengan lebih mendalam dalam huraian di bawah.

3.3.2 Actus Reus Secara mudahnya, actus reus merupakan element fizikal yang perlu ada dalam membentuk tanggungan jenayah. Perkataan actus reus lazimya diberi makna perbuatan.

Walaubagaimanapun, terma actus reus ini sebenarnya mempunyai maksud yang lebih luas dan bukan sekadar perbuatan yang dilarang oleh undang-undang sahaja. Actus reus terdiri daripada semua elemen bagi satu definisi kesalahan. Sebagai contohnya, actus reus bagi jenyah buli siber ini sendiri adalah perbuatan membuli itu sendiri di alam maya Oleh itu, perkataan actus reus merupakan apa-apa bentuk perbuatan fizikal yang ditegah atau dilarang oleh undang-undang jenayah. Russel Heaton lebih cenderung untuk mentakrifkan actus reus dalam konteks yang lebih luas dan menyeluru. Menurut beliau actus reus adalah sebarang perbuatan, ketinggalan (omission) atau keadaan (state of affairs) yang dinyatakan dalam suatu definisi jenayah yang dipertubuhkan beserta hal keadaan sekeliling, selain dari men rea, dan apa-apa akibat perbuatan atau ketinggalan yang diperlukan oleh definisi tersebut. Justeru itu, actus reus ini adalah elemen fizika luaran selain dari elemen mental atau pemikiran seseorang dan ianya berbeza-beza dari suatu jenayah kepada jenayah yang lain.

Memandangkan istilah teknikal actus reus ini merangkumi kesemua elemen di dalam sesuatu definisi jenayah selain dari elemen mental, ianya bukan sekadar suatu perbuatan, ia juga merupakan suatu keadaan yang mungkin tidak langsung melibatkan perbuatan tetapi keadaan yang membawa kepada suatu akibat sebagaimana yang ditakrifkan dalam definisi jenyah tersebut. Apa yang dimaksudkan di sisni adalah sebahagian besar jenayah yang diperuntukkan oleh undang-undang memerlukan tertuduh menyebabkan sesuatu akibat terrtentu daripada perbuatannya, sebagai contoh jenayah perbuatan buli tersebut telah menyebabkan mangsa mengalami gangguan emosi, atau kemurungan yang melampau dan seterusnya mengambil keputusan untuk menamatkan nyawanya, Re Ryan Hilligan. Dalam erti kata lain, perbuatan membuli itu sudah cukup menggambarkan unsur actus-reus tersebut. Melihat kepada takrif actus reus di atas, jelas bahawa dalam undang-undang jenayah, tiada sebarang tanggungan boleh dikenakan sekiranya actus reus tidak wujud dalam perlakuan tertuduh. Actus reus merupakan elemen fizikal yang sangat penting dan menjadi keperluan dalam suatu tanggungan jenayah kerana semata-mata niat atau lintasan untuk melakukan jenayah tidak memadai untuk membuatkan seseorang bertanggungan dan

mendapat hukuman. Actus reus dianggap sebagai apa[-apa perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan dan ia sebenarnya melibatkan perlakuan manusia kerana hanya perlakuan maknusia sahaja boleh menimbulkan tanggungjawab jenayah, bukan haiwan. Dalam actus reus, terdapat beberapa aspek lain yang perlu diberikan perhatian iaitu perbuatan sukarela dan tinggalan yang menyalahi undang-undang. Kedua-dua aspek ini menjadi asas penting apabila mengupas konsep actusreus dalam undang-undang jenayah. Justeru, bahagian seterusnya ini aka menghuraikan aspek-aspek perbuatan sukarela dan ketinggalan yang begitu releven dalam tanggungan jenayah.

i.

Perbuatan sukarela

Perbuatan merupakan teras bagi actus reus. Tanpa perbuatan maka taggungan jenayah ti dak akan wujud. Sama ada perbuatan itu adalah satu perbuatan tunggal atau pun satu siri perbuatan, undang-undang meletakkan syarat bahawa ianya mestilah dilakukan secara sukarela dan dengan sengaja. Perbuatan sengaja dan tidak sengaja telah lama menjdai fokus perbincangan dalam sesuatu tanggungan jenayah sejak zaman Aristotle lagi, di mana perbuatan tidak sengaja yang dilakukan tanpa sengaja tidak boleh membuatkan seseorang

betanggungan, Apakah yang difahami dengan perbuatan sukarela dalam konteks actus reus ini? Untuk menjawab persoalan ini, terdapat teori tertentu yang mengatakan bahawa kepada suatu perlakuan yang boleh dikawal dan disedari. Pergerakan otot tersebut mestilah sememangnya dikehendaki dan diingini oleh tertuduh. Didalam kes Bratty v Attorney Northrn Ireland, menurut Yang Arif Lord Denning, beliau dalam kes ini juga ada menegaskan bahawa perbuatan sengaja dalam konteks tanggungan jenayah ini mempuyai maksud yang lebih luas dari itu. Tidak bermakna suatu perbuatan itu dikira tidak sengaja semata-mata kerana orang yang melakukannya tidak mengingati atau menedarinya, dan tidak semua perbuatan tidakk sengaja dapat menecualikan seseorang dari tanggungan jenayah. Bebalik kepada isu jenayah buli siber yang dilakukan oleh kanak-kanak, prinsip perbuatan sengaja sememnagnya sangat releven untuk dikaji memandangkan bahawa ia sangat berkait rapat dengan umur dan keadaan mental kanak-kanak yang melakukan jenayah buli tersebut. Ini adalah kerana kanak-kanak yang mempunyai kebolehan dan kemampuan untuk berfikir dengan baik dan berupaya menghasilkan perbuatan yang sengaja tau sukarela. Namun, perkara ini perlu dikenalpasi secara terperinci bedasarkan hategori umur kanakkanak yang terbabit di mana perkembangan mental dan tahap keupayaan kanak-kanak adalah berbeza-beza dari seorang kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain.18

ii.

Ketinggalan sebagai actus reus

Konsep tanggungan jenayah selain perbuatn sukarela, ialah tinggalan atau seiring disebut sebagai omission. Ketinggalan merupakan satu aspek actus reus yang agak berbeza dari perbuatan kerana perbuatan lebih merujuk suatu tindakan yang positif atau aktif manakala ketinggalan dianggap perbuatanyang pasif. Sungguhpun seccra prinsipnya, ketinggalan tidak memerlukan seseorang melakukan sesuatu perbuatan aktif, namun sekiranya orang itu gagal melakukan sesuatu yang sepatutnya dilakukan maka undnag-undang boleh menjadikannya bertanggungan. Di sini konsep tanggungan jenayah telah diperluaskan iaitu merangkumi kegagalan melaksanakan sesuatu tigas yang telah ditetapkan oleh undang-undang.19

18

Perkara ini telah dinyatakan oleh Mohd Sharani Ahamd dari Jabatan pembangunan manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi, Universiti Putra Malaysia apabila membincangkan prinsip pertubuhan dan perkembangan kanak-kanak dalm bukunya Psikologi Kanak-Kanak. Lihat Mohd Sharani Ahmad, 2006, Psikologi Kanak-Kanak, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd, hlm. 14 dan 15 19 Lihat J.W Cecil Turner, 1966 Kennys Outlines of Criminal Law. Ed. Ke 19. London: Cambridge University Press, hlm. 19.

Tugas yang timbul dari statut20 pula merujuk kepada tanggungjawab yang telah dinyatakan secara jelas dan specifik di dalam undang-undang tertentu sepertu tanggungjawab anggota keluarga melaporkan kepada pihak tertentu jika menetahui adanya kanak-kanak yang dicederakan atau didera atau teraniaya baik dari segi emosi atau fizikal21 dan atas kegagalan anggota keluarga tersebut mematuhi tugas yang dinyatakan oleh undang-undang menyebabkan ia telak melakukan kesalahan. Selain tugas yang timbul dari statut22, ketinggalan yang timbul dari prinsip common law telah banyak meletakkan tertuduh dengan tanggungan jenayah. Perhubungan kekeluargaan, anggapan wujudnya tanggungan di sisi undang-undang, tugas yang dikenakan ke atas pengamal perubatan atau tugas yang mencegah sebarang aktiviti berbahaya merupakan situai di mana ketinggalan menjadi sebahagian dari actus reus yang boleh dikenakan tanggungan jenayah. Walau apapun pendapat yang sikemukakan terhadap konsep ketinggalan ini, penulis merasakan bahawa is harus diterima sebagai sebahagian dari actus reus dalam suatu unsure tanggungan jenayah sebagaimana perbuatan sengaja yang telah dibincangkan. Namun apa yang penting ialah ketinggalan atau tugas tersebut perlulah htelah dimaktubkan secara jelas oleh undang-undang atau statut perundangan. Ini kerana jika ketinggalan itu hanya sekadar ketinggalan bercirikan tanggungjawab moral biasa, ia akan membuka ruang kepada interpretasi yang berbeza-beza oleh hakim-hakim di mahkamah untuk mengenakan tanggungan jenayah. Selain itu, konsep ketinggalan ini juga harus dipertimbangkan dan dibuktikan bersekali atau serentak dengan elemen-elemen tanggungan jenayah lain seperti jenayah dilakukan. Manakala dalam konteks tanggungan jenayah kanak-kanak pula, elemen ini perlu dipertimbangkan dengan lebih teliti memandangkan kanak-kanak mempuyai tugas atau tanggungjawab yang jauh berbeza dari orang dewasa, oleh itu persoalan yang berbangkit mungkin menjurus kepada sama ada tugas atau tanggungjawab itu terpakai atau tidak kepada kanak-kanak.

20

Lihat kes R v Dytham, di manakah memutuskan bahawa setiap penjawatawam dikira betanggungan jika mengabaikan tugasnya yang telah ditetapkan sama ada common law atau pun statut.(1979) 69 Cr. App. R 387, hlm.394. 21 Di Malaysia sebagai contohnya peruntuka dalam Akta kanak-Kanak 2001, dalam seksyen 28(1) , sila rujuk juga seksyen 2akta yang sama bagi melihat maksud pelindung. 22 Lihat kes-kes R v Mavji [1987] 2 All ER 758

3.3.3 Mens rea Unsur kedua dalam tanggungan jenayah ialah mens rea. Terminology mens rea ini sebenarnya tidak pernah diberikan definisi yang tepat, tetap atau muktamad oleh kebanyakan penulis undang-undang jenayah. Malah untuk mentakrif mens rea, merupakan satu perkara yang sukar memandangkan banyak perbezaan pendapat yang dikemukakan di kalangan pakar perundangan gagal memperolehi suatu definisi khusus bagi terma ini. J.W.C Turner menggunakan mens rea sebagai merangkumi kedua-dua elemenperlakuan sengaja dan kesan perbuatan yang boleh dipralihat (forsight of consequences).23 J. C Smith pula menyatakan bahawa mens rea ialah elemen mental yang diperlukan oleh sesuatu definisi jenayah tertentu, yang mana biasanya merupakan niat untuk melakukan actus reus jenayah tersebut atau kecuaian atau kegopohan menyebabkan sesuatu. Apapun takrif yang diutarakan terhadap terma mens rea, ia merupakan perkara pokok dalam sesutau tanggungan jenayah kerana tnpa menyedari perbuatan yang dilakukan atau tanpa mengetahui kesan perbuatan tersebut, maka seseorang itu tidak boleh bertanggungan.24 Dapat disimpulakn si sini bahawa istilah mens rea sebenarnya bukanlah bermaksud niat semata-mata sebagaimana yang sering difahami, malah ia merupakan keadaan minda atau state of mind yang menggambarkan keadaan pemikiran seseorang pada masa jenayah dilakukan. Keadaan pemikiran ini berbeza-beza dari suatu jenayah kepada suatu jenayah yang lain. Memandangkan mens rea merupakan sesutau keadaan pemikiran, maka terdapat berbagai jenis istilah yang menggambarkan keadaan pemikiran seseorang. Keadaan-keadaan pemikiran ini mempunyai makna dan darjah mens rea yang berbeza-beza dalm undangundang jenayah. Elemen-elemen tersebut biasanya di tulis dalam perutukan undang-undang dengan menggunakan perkataan tertentu seperti dengan niat, dengan mengetahui, dengan gopoh, atau dengan cuai dan seumpamanya. Kesemua perkataan tersebut menggambarkan darjah pemikiran seseorang dalam melakukan sesuatu jenayah. Setiap jenayah mempuyai darjah mens rea yang berbeza dari suatu jenayah yang lain. Sebagai contohnya, bagi jenayah mematikan orang dengan salah mens rea yang perlu dibuktikan ialah niat atau pengetahuan manakala bagi jenayah menyebabkan kematian dengan cuai, mens rea yang perlu dibuktikan

23

Lihat J.W. Cecil Turner, 1966, Kennys Outline of Criinal Law., London: Cambridge University Press, hlm 32. 24 Andrew Ashworth, 2003, Principles of Criminal Law, Ed. Ke 4, London: Oxford University Press, hlm 158

ialah cuai atau gopoh. Perbezaan darjah mens rea memberi kesan kepada jenis jenayah yang dilakukan mahupun kepadabetuk hukuman yang dikenakan ke atas pesalah.25 Di sini beberapa istilah yang sering digunapakai dalam undang-undang jenayah yang merujuk kepada elemen mens rea akan dijelaskan secara ringkas bertujuan memahami konsep asas sesuatu tanggungan jenayah. i. Niat (intention)

Niat merupakan salah satu bengtuk mens rea yang paling tinggi darjatnya berbandaing dengan bentuk-bentuk mens rea yang lain . Dalam maksud biasa, niat adalah lintasan hati, tujuan atau matlamat yang ada dalam diri seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan. Namun, dalam konteks undang-undang jenayah atau tanggungan jenayah ia mempunyai makna yang begitu kompleksdan menggamnbarkan sesuatu pemikiran yang pasti dan terancang intuk melakukan sesuatu jenayah. Istilah intention yang sering kali disinonimkan dengan intent merujuk kepada susuatu keadaan mental yang bukan sekadar berkira-kira atau berfikir-fikir untuk melakukan sesuatu, atau hanya suatu kehendak, tetapi lebih dari itu sehingga orang yang berniat itu dengan sengaja melakukan perbuatan dan mengetahui akan akibat serta kesan perbuatannya itu, ia adalah pengetahuan lebih dahulu (foreknowlege) yang disertaan dengan hasrat, kehendak atau keinginan (desire) untuk menyebabkan sesuatu perbuatan dengan sengaja. Niat juga dianggap sebagaithe most culpable form of blameworthiness, iaitu darjah niat salah yang paling timggi berbanding dengan bentukbentuk mens rea yang lain, dan ianya merupakan elemen yang sangat penting dalam jenayah yang dilakukan. Sifat dan kewujudan seuatu niat boleh disimpulkan daribukti-bukti dan keterangan kes. Melihat kepada takrif niat tersebut penulis menyimpulakn bahawa terdapat 3 aspek penting dalam sesuatu perbuatan yang mempunyai niat iaitu:(a) Kesan atau akibat perbuatan yang dipralihat secara pasti dan sememnagnyadiingini, (b) Kesan atau akibat perbuatan yang dipralihat secara pasti walaupun tidak diingini (c) Perbuatan yang berniat itu mestilah suatu perbuatan yang dirancang dan perbuatan yang dilakukan dengan punuh rela hati.

25

Seksyen 304 dan 304A kanun keseksaan.

ii.

Pengetahuan (knowledge)

Pengetahuan merupakan satu lagi contoh mens rea yang merujuk kepada keadaan pemikiran seseorang. Pengetahuan perlu dibezakan dari niat di mana oengetahuan ialah sesuatu kesedaran tentang akibat sesuatu perbuatan, seseorang mungkin mengetahui akibat perbuatannya tetapi dalam masa yang sama ia mungkin tidak mempuyai niat untuk melakukannya. Menurut Nigam, Knowledge may be of two kinds; vis; actual knowledge and constructive knowledge, Actual knowledge is inferred from the conduct of the person, whereas constructive knowledge is presumed in law in cases where a person either deliberately refrains from making inquiries, the result of which he might not care, or unintentionally fails to make inquiries which a reasonable and prudent man would make under the circumstances. Bedasarkan pendapat beliay, pengetahuan terbahagi kepada dua iaitu pengetahuan sebenar dan pengetahuan konstruktif . Pengetahuan sebenar diandaikan dari perlakuan seseorang. Bermakna pengetahuan boleh ditentukan dengan melihat perbuatan atau perlakuan seseorang, umpamanya bagaimana kematian mangasa dilakuan atau apakah senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa. Manakala pengetahuan konstructif pula melibatkan suatu pengetahuan secara tidak langsung dalam melakukan sesuatu perbuatan. Sebagai contoh, tertuduh yang mempunyai tugas di sisi undang-unadng untuk melakukan perbuatannya sungguhpun ianya bukan pengetahuan sebenar ataupun pengetahuan secara langsung untuk melakukan perbuatan itu. Kedua-dua bentuk pengetahuan, sama ada sebenar atau konstruktif menunjukkan bahawa pelaku mempunyai mes rea untuk melakukan perbuatannya.

3.4 PENGECUALIAN KEPADA TANGGUNGAN JENYAH KANAK-KANAK BERASASKAN MENS REA DI MALAYSIA.

Dihujahkan oleh sesetengah pihak26 bahawa kanak-kanak tidak boleh dipertangungjawabkan dengan sebarang jenayah yang dilakukan. Hujah ini berlandaskan bahawa mereka tidak mempunyai keupayaan membentuk niat dan tidak bertindak menurut rasional, serta tidak menetahui kesan dan akibat perbuatan mereka. Tambahan pula, meraka jarang melakukan jenayah berat atau serious. Ini bermakna asa menjadikan kanak-kanak dikecualikan dari tanggungan jenayah tertumpu kepada dakwaan bahawa kanak-kanak tidak mempunyai unsure jenyah diperlukan iaitu niat atau pengetahuan, serta pemahaman terhadap perbuatan yang dilakukan. Selain dari itu, juga berasakan potensi yang ada pada diri kanak-kanak serta perkembangan mereka, yang membawa kepada sesuatu persepsi bahawa apa jua yang dilakukan oleh kanak-kanak mereka adalah kanak-kanak, sungguhpun keupayaan mentalnya sudah memboehkannya berfikir sebagaimana orang dewasa. Kanak-kanak sering dianggap sebagai tidak mempunyai pengetahuan, pemahaman, pengalaman ataupun keupayaan kognitif yang diperlukan untuk membolehkannya betanggungan dengan jenayah yang dilakukan. Sedangkan dalam undang-undang jenayah, unsure mens rea merupakan salah satu unsure penting dan utama bagi meletakkan tanggungan jenayah. Oleh itu sekiranya kanak-kanak tidak berupaya untuk membentuk niat ataupun mens rea dalam terma yang luas maksudnya, maka bagaimana mungkin mereka boleh dipertanggungjawabkan oleh undang-undang.27 Bedasarkan prinsip undang-undang jenayah, untuk membuktikan kanak-kanak itu berslah atau bertanggungan, pihak pendakwaraya perlu membuktika bahawa mereka mempunyai niat atau pengetahuan tentang perbuatan mereka semasa jenayah dilakukan. Umpamanya dalam jenyah bunuh di bawah peruntukan seksyen 300 kanun keseksaan Malaysia28, niat hendak menyebabkan kematian mangsa perlu dibuktikan di tahap melampaui

26

Sebagai contohnya Michael Moore, lihat Michael Moore, Placing Blame: A General Teory of Criminal Law, Gerry maher and criminal Responsibility, 2005 Ohio State Jurnal of Criminal Law, Vol. 2, 493 hlm 505. 27 Perkara ini sememangnya sesuatu yang sudah lama dihormati dan diterima dalam sejarah perundangan. Ini terbukti dengan kewujudan mahkamah juvana atau mahkamah akank-kanak seawall abad ke 19 yang bertujuan membezakan bidangkuasa mahkamah dalam konteks kanak-kanak yang melakukan jenayah. 28 Seksyen 300 Kanun Keseksaan

karaguan munasabah29. Niat merupakan salah satu contoh mens rea yang diperlukan bagi jenayah tidak kiralah bagi jenayah membunuh atau pun melakukan jenayah buli siber. Jadi sekiranya kanak-akank pada masa perbuatan membunuh itu dilakukan, tidak mempunyai niat untuk melakukannya, atau tidak memiliki pengetahuan tentang bahayanya perbuatan yang dilakukan itu, maka kanak-kanak tersebut mempunyai satu dalihan ke atas elemem mens rea yang merupakan syarat utama dalam pensabitan.

Sehubungan dengan pembuktian mens rea, persoalan berbangkit ialah:(a) Adakah kanak-kanak merupakan golongan yang tidak mempunyai keupayaan metal yang diperlukan dalam sesuatu tanggungan jenayah?; dan (b) Apakah darjah keupayaan mental kanak-kanak semasa perbuatan jenayah dilakukan?

Untuk menjawab persoalan ini, sudah tentu ia bergantung kepada tahap umur kanakkanak di samping bentuk perlakuan kanak-kanak yang melakukan perbuatan jenayah tertetu. Ini merupakan suatu persoalaan yang sangat subjecktif kerana tahap umur dan perkemnbangan kognitif kanak-kanak tidak semestinya sama dengan seorang kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain. Jika dilihat kepada syarat atau keperluan utama sesuatu tanggungan jenayah sebagaimana yang telah dibincangkan, kewujudan mens rea di pihak kanak-kanaktersebut pada masa perbuatan jenayah dilakukan adalah sesuatu yang sangat penting. Justeru itu, jika didapati daripada fakta kes tertentu bahawapasti kanak-kanak yang melakukan jenayah, wlaau berapa pun umurnya mempunyai mens rea untuk memahami kesan dan akibat perbuatannya itu, maka secara prinsipnya mereka boleh bertanggungan, kerana sudah memenuhi kehendak mens rea di sisi undang-undang. Jika prinsip utama ini diterima maka kanak-kanak yang berupaya membentuk mens rea, boleh dikira bertanggungan di sisi undang-undang jenayah tanpa mengambil kira umur kanak-kanak tersebut.30

29

Yang Arif hakim Thompson telah menegaskan perkara ini dalam kes Tan Buck Tee v Pendakwaraya (1962) 27 MLJ 176 30 Persoalan ini memerlukan kepada perbincangan mendalam dan ia akan dikemukakan dalam bab-bab berikut tesis ini menurut kategori umur kanak-kanak yang melakukan jenayah. Persoalan sama ada kanak-kanak mempunyai kapasiti melakukan jenayah mempunyai kapasiti melakukan jenayah mempunyai dimensi yang dianggap normative dan jua deskriptif. Menurut Cyntia V. Ward, berdasarkandimensi normatf, adakah undangundang patut menggesa bahawa kehendak men rea itu benar benar diperlukan sebelum enjadikan seseorang itu bersalah terhadap jenayah yang dilakukan.

Lisa Micucci dalam artikelnya bertajuk responsibility and the young person31, telah menggariskan empat teori uatama yang membolehkan seseorang menjadi ajen moral untuk dipertanggungjawabkan dengan jenayah yang dilakukan seterusnya berhak dihukum di sisi undang-undang. Teori utama isalah teori keupayaan (The capacity Theory) di mana beliau telah mengambil pendapat Hart berkenaaan kapasiti- tanggungjawab, sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini. Menurut hart, keupayaan seseorang kanak-kanak akan

dipertimbangkan berdasarkan kepada 3 perkara utama iaitu:(a) Keupayaan untuk memahami (b) Keupayaan untuk berhujah (c) Keupayaan untuk mengawal perbuatan

Sekiranya ketiga-tiga perkara ini dimiliki oleh seorang kanak-kanak, maka ia boleh menjadi ajen moral yang boleh diprtangungjawabkan. Teori kedua munurut Lisa Micucci ialah teori pilihan (the choice theory) di mana ia merupakan susulan dari teoru keupayaan. Seseorang itu adalah ajen moral yang boleh diberikan tanggungjawab sekiranya hasil daripada keupayaan di atas, ia boleh memilih secara sukarela dan bebas untuk melakukan jenayah. Dalam konteks kanak-kanak, mereka dianggap ajen moral jika berkeupayaan untuk berhujah, memehami perlakuan norma moral dan berkeupayaan mengawal perbuatan mereka. Teori ketiga pula ialah teori berdasarkan kerektor (the character-based theory). Menurut Lisa teori ini agak berbeza dari teori pilihan kerana teori pilih ditentukan lebih dahulu oleh karektor pelakunya dan ini merupakan suatu yang sangat subjektif dalam menentukan tanggungjawab jenayah dan lebih kompleks. Peter Arenella32 yang mendokong teori ini menggariskan beberapa sifat yang seseorang perlu ada untuk menjadi ajen moral yang boleh dipertanggungjawabkan. Di antara sifat-sifat tersebut ialah keupayaan mengambil berat kepentingan orang orang lain, memeahami jangkaan normative orang lain, keupayaan member respon terhadap norma moral, mempunyai pengetahuan, kawalan dan bertindak dengan rasional. Walaubagimanapun, Lisa tidak bersetuju dengan teori ini memandangkan teori mengandaikan bahawa seseorang boleh mengubah karektornya sedangkan manusia

31 32

Lisa Mucucci, 1998, responsibility and the young person, 11 Can. J. L & Juri: 277. Peter Aranella, 1992, Convincing the Morallity Blameness, hlmn 1513.

tidak memilih atau manusia sememangnya mempunyai pilihan atau keupayaan yang diperlukan untuk membentuk karektor atau watak. Malah manusia mempunyai kawalan atau pilihan untuk mengubah perwatakannya. Sifat mengambil berat terhadapkepentingan orang lain sebagai suatu watak yang digariskan oleh Arenella juga boleh dipertikaikan dalam menentukan seseorang sebagai ajen moral yang boleh dipertanggungjawabkan. Jika seseorang itu membunuh atau tidak merasa bersalah melakukannya, ini tidak bermakna ia tidak diangggap sebagai ajen moral, malah ia patut menerima hukuman. Dalam konteks kanak-kanak, mereka yang membesar dengan tiada keupayaan untuk mengambil kepentingan orang lain atau kanak-kanak yang enggan mengambil berat kepetingan orang lain, mereka juga boleh dipertanggungjawabkan secara moral atas perbuatannya. Jelasnya menurut Lisa jika seseorang itu mengetahui bahawa peruatannya itu salah, atau ia bertindak secara rasional dan boleh mengawal perlakuannya maka isu kerektor menjadi tidak releven dalam menentukannya sebagai ajen moral. Pun demikian Lisa menjelaskan bahawakanak-kanak umumnya tidak boleh dianggap sebagai ajen moral sepenuhnya biarpun mereka berkeupayaan untuk berhujah dan membuat pilihan sendiri. Kanak-kanak masih dianggap tidak layak menjadi agen moral kerana keupayaannya untuk member respon terhadap alasan-alasan moral adalah tidak tepat. Berdasarkan kajian berkenaan dengan teori dan konsep tanggungan jenayah di atas, dapatlah disimpulkan bahawa asas kepada tanggungan jenayah kanak-kanak sama ada sahaja dengan tanggungan jenayah orang dewasa. Ia bermula dari teori tanggungjawab moral, teori keupayaan seterusnya teori perkembangan kognitif dan moral dalam setiap peringkat umur seseorang. Sungguhpun dalam konteks undang-undang jenayah, tanggungan jenayah seseorang dilihat dari sudut pembuktian actus reus dan mens rea sebagaimana yang dibincangkan, namun setelahditeliti konsep tanggungan jenayah tersebut sebenarnya mempunyai hubungkait yang sangat rapat dengan teori tanggungjawab moral, teori perkembangan kognitif dan moral dalam diri seseorang.

Anda mungkin juga menyukai