Anda di halaman 1dari 6

Sebagai pendidik awal kanak-kanak untuk membangunkan sosioemosi kanak-kanak dan membantu mereka mendapat kejayaan dan kesejahteraan

dalam kehidupan kita mesti mengetahui perkembangan emosi kanak-kanak terlebih dahulu. Hal ini kerana dalam membangunkan sosioemosi kanak-kanak dapat membantu mereka mendapat kejayaan dan kesejahteraan. Guru harus mengetahui bagaimana emosi kanak-kanak itu berkembang dan dari situlah guru akan dapat mengetahui kaedah dan teknik yang sesuai dalam membangunkan sosioemosi kanak-kanak dan membantu mereka mendapat kejayaan dan kesejahteraan. Emosi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Emosi menambahkan keseronokan kepada pengalaman sehari-hari kanak-kanak, menjadi penggerak kepada tindakan dan memberikan corak kepada bentuk tindakan yang diambil oleh mereka. Selain itu, emosi juga memainkan peranan terhadap penanggapan seseorang terhadap persekitarannya dan menentukan bentuk penyesuaian yang akan diambil olehnya. Perkembangan emosi adalah hasil daripada kematangan dan juga pembelajaran. Kematangan dalam perkembangan jasmani dan mental kanak-kanak akan mempengaruhi emosi mereka. Perkembangan emosi mendapat coraknya yang tertentu apabila kanakkanak berunsur matang. Apabila perkembangan seseorang itu meningkat, emosinya juga berubah kesan daripada keseluruhan pertumbuhannya. Secara ringkasnya, perkembangan emosi kanak-kanak dapat dilihat sejak kelahirannya berkembang selari dengan

pertambahan umur mereka. Dengan kematangan mental kanak-kanak akan berkebolehan untuk menganggap makna yang tidak dapat ditanggap sebelum ini dan juga membolehkan mereka memberi perhatian dengan lebih lama kepada sesuatu rangsangan dan menumpukan ketegangan emosi terhadap sesuatu benda. Oleh yang demikian, kanak-kanak dapat memberikan gerak balas terhadap ransangan yang tidak diberikan gerak balas sebelumnya. Perkembangan Emosi Kanak-Kanak Peringkat Bayi (0-2 tahun) Sewaktu dilahirkan, emosi seseorang bayi merupakan kebangkitan perasaan yang dapat digambarkan melalui tindakan seperti ketawa atau menangis.Selepas itu, emosi bayi dapat dilahirkan melalui gerak badan, iaitu sebagai suatu reaksi kepada rangsangan. Ketika berumur tiga bulan emosi suka dan duka lebih jelas kelihatan.Apabila mencapai umur enam bulan perasaan duka bayi mengambil bentuk perasaan takut, jijik dan marah.Perasaan takut lebih merupakan perasaan yang dipelajarinya, terutamanya daripada ibu bapa, abang dan kakaknya. Contohnya, seseorang seseorang ibu atau bapa yang cuba

menghentikan bayinya daripada menangis akan menakutkannya dengan cara menengking. Semasa berumur 12 bulan emosi suka mengambil bentuk gembira dan ketika berumur 18 bulan rasa cemburunya mulai kelihatan. Bayi bergantung sepenuhnya kepada orang lain untuk hidup. Bayi bukan sahaja bergantung kepada orang yang menjaganya untuk keperluan fisiologi seperti makan, rehat, keselesaan dan kemesraan, tetapi ia juga bergantung kepadanya sentuhan-sentuhan, pujukan dan interaksi manusia. Perkembangan asas pada masa ini ialah untuk mempercayai bahawa orang lain akan melindunginya, menjaganya dan mengasuhnya iaitu kualiti kemanusiaan yang ditunjukkan sebagai kasih dan sayang untuk memberikan bayi perasaan selamat dan tenteram Peringkat Awal Kanak-Kanak (2-6 tahun) Tempoh masa awal kanak-kanak merupakan masa memperluaskan pandangan sosial. Kanak-kanak pada masa ini masih bergantung rapat kepada ibu, tetapi ayah juga sudah mulai penting. Perhubungan kanakkanak dengan keluarganya di peringkat ini sangat mempengaruhi kebolehannya berhubung dengan individu dan kumpulan lain. Jika kanak-kanak itu merasai kasih sayang dan sentiasa akan dikasihi maka ia lebih mudah dan lebih cepat berhubung dan berinteraksi dengan orang dewasa lain dan kawan sebayanya. Jika kanak-kanak itu terlalu bergantung kepada orang lain atau merasa tidak selamat dan tenteram maka biasanya ia kan lebih sukar untuk bersosialisasi dengan orang lain. Salah satu perkara yang penting dalam perkembangan sosial kanak-kanak prasekolah ialah pembelajaran mematuhi peraturan-peraturan yang dikehendaki di dalam kebudayaannya. Jika di sekolah kanak-kanak akan mempelajari cara berkawan serta bertimbang rasa dan tidak bergaduh atau mementingkan dirinya sahaja. Ketika ini juga, kanak-kanak mempelajari konsep betul atau salah. Seterusnya ialah di dalam perkembangan kanak-kanak pada masa ini ialah pembelajaran berhubung emosi dengan orang lain, selain keluarganya. Sebagai contoh kanak-kanak itu menyatakan bahawa dia sangat suka gurunya,kawannya, berkongsi mainan dengan kawan dan sebagainya. Kanak-kanak juga sudah mengetahui erti malu dan bersifat mengikut arah jantina mereka. Apabila menjelang akhir tempoh masa awal kanak-kanak, kanak-kanak tersebut telah memperolehi beberapa kebebasan yang tertentu, walaupun ibunya masih sangat penting dalam hidupnya. Kanak-kanak tersebut sudah mempunyai orentasi orang dewasa dan mematuhi standard orang dewasa. Ia sudah mula menerima tanggungjawab untuk tingkah lakunya sendiri dan telah menjelaskan konsep betul dan salah bagi dirinya sendiri serta membentuk kata hati. Ketika ini ia sedang berada di ambang dunia sekolah, daerah tempat tinggalnya, masyarakat dan dunia berbagai-bagai pengalaman bersama dengan idea berbeza-beza yang terbentang luas dihadapannnya.

Pada peringkat ini emosi kanak-kanak cepat berubah. Hal ini berlaku kerana kanakkanak lazimnya menyatakan emosinya secara terbuka. Selain itu, kanak-kanak kurang memahami sesuatu situasi yang berkenaan oleh sebab kematangan fikiran dan pengalaman yang kurang serta tempoh penumpuan adalah singkat dan dengan itu perhatian mereka beralih kepada perkara yang lain dengan mudah sahaja. Pada peringkat ini emosi kanakkanak dinyatakan dengan kuat dan keras. Hal ini jelas dilihat apabila mereka tidak dapat sesuatu yang dikehendaki.Begitu juga apabila mereka letih atau lapar, emosi marah akan jelas kelihatan. Kanak-kanak pada peringkat ini juga agak imaginatif. Misalnya, mereka

menggambarkan adanya hantu di tempat yang gelap.Ini menyebabkan mereka berasa takut yang kadangkala disebabkan oleh pemikiran yang tidak rasional. Peringkat Akhir KanakKanak (7-12 tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak mempunyai ciri emosi berikut iaitu Kanak-kanak mula sedar akan perasaan orang lain. Malangnya ada di antara mereka yang gemar menyinggung perasaan orang lain seperti mengejek atau menyindir. Mereka juga peka pada kritikan dan juga sukar menerima kegagalan. Kanak-kanak juga juga gemar menolong guru menjalankan pelbagai tugasan seperti menghantar buku latihan ke bilik guru, menyapu lantai dan sebagainya.Dengan kata lain mereka suka menerima tanggungjawab. Ketika berumur 9-12 tahun, kanak-kanak menghadapi dilema kerana nilai norma ibu bapa atau orang dewasa. Mereka ingin akan penerimaan oleh rakan sebaya tetapi pada masa sama yang sama mereka masih bergantung kepada ibu bapa untuk sokongan kewangan dan moral. Walau bagaimanapun, mereka sedia menerima kebebasan yang terhad serta peraturan yang dikenakan ibu bapa. Guru perlu mengetahui perkembangan emosi mereka supaya dapat mengenalpasti kebolehan kanak-kanak apabila mengetahui tahap perkembangan mereka. Guru juga dapat mengenali setiap kanak-kanak dan menyediakan rangsangan yang sesuai untuk kanakkanak. Melalui mengetahui tahap perkembangan kanak-kanak dapat membantu guru untuk memperkembangkan sosioemosi kanak-kanak dan membawa mereka kearah kejayaan dan kesejahteraan. Sumber : Shaffer, D.R (1990). Developmental Psychology. (5th ed.) Boston: Houghton Mifflin Co

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI ASPEK EMOSI

Secara amnya, emosi adalah perasaan atau kompenen efek dalam tingkah laku seseorang manusia (Lefrancois,2001) Santock ( 1998 ), seorang ahli psikologi perkembangan mendefinasikan emosi sebagai perasaan atau efek yang melibatkan satu gabungan rangsangan fisiologi ( physiological arousal ) seperti degupan jantung yang laju dengan tingkah laku yang nyata seperti senyum. Emosi boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu emosi yang positif dan emosi yang negatif.

Emosi yang tergolong dalam kategori emosi yang positif adalah seperti rasa gembira, seronok, ghairah, dan bersemangat. Emosi yang negatif pula adalah terdiri daripada emosi yang mempunyai nada yang negatif seperti cemas,marah,sedih,rasa bersalah,dan sebagainya.Kanak-kanak dikatakan boleh mengalami kedua-dua jenis emosi ini serentak.

Pensyarah Psikologi Perkembangan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Mastura Badriz, berkata ilustrasi emosi yang terlihat dalam kehidupan harian kanak-kanak berfungsi sebagai satu cara bagi komunikasi untuk memberitahu dan menyatakan keperluan mereka.

Jenis Emosi atau Perasaan dan implikasi pada kanak-kanak:

Gembira - Membantu kanak-kanak atau remaja berfikir bagaimana melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang mereka sukai. Marah - Membantu mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk mendapat sesuatu yang dicitakan dan mengenal erti kesabaran, belajar melahirkan perasaan geram dalam bentuk yang bersesuaian dan mencari jalan penyelesaian.

Takut - Rasa terancam, suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi. Merangsang kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan takutnya, mencari jaminan mendapat ketenangan dan ketenteraman. Sedih - Kehilangan, tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan kanak-kanak berusaha lebih mendapat apa yang dicita, mencurah perasaan dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih. Geli - Selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan, suatu yang semula jadi menjadikan seseorang kanak-kanak berhati-hati agar tidak terkena apa yang yang beliau geli. Perasaan ini perlu dihormati dan bantu mereka mencari sebab mengapa mereka berperasaan begitu. Cemas - Asalkan tidak keterlaluan, sebenarnya ia membantu kanak-kanak berusaha mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah, belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik. Malu - Menjadikan kanak-kanak menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak daripada melakukan sesuatu yang dikatakan memalukan. Ini membantu mereka mengawal tingkah laku mereka sendiri. Rasa bersalah - Wujud bila kanak-kanak melakukan sesuatu yang dianggap keluar dari standard tingkah laku yang baik. Si kecil akan berusaha untuk tidak dianggap bersalah dengan berakhlak sebaik mungkin dan sekiranya kesalahan tetap atau sudah dilakukan, perasaan ini merangsang kanak-kanak meluahkan perasaan dan menyedari agar berusaha untuk tidak mengulangi pada waktu yang lain. Rasa bangga - Tercetus bila seseorang kanak-kanak terasa dihormati/dihargai oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan seperti merangsang mereka meluahkan apa yang membuatkan mereka merasa bangga dan memberi peluang berkongsi rasa bangga, puas dan gembira. Perkembangan emosi kanak-kanak usia pertengahan Sudah pandai menyembunyikan emosi yang negatif dengan berpura-pura menunjukkan keseronokan. Sudah mula memahami dan menghurai emosi yang kompleks : perasaan malu, rasa bersalah, rasa bangga dan cemburu.

Perasaan takut mula berkembang kepada yang lebih realistik - takut sekolah, takut berkomunikasi, takut kejadian jenayah. Mahu disayangi tetapi bukan ditonjolkan depan ramai. Amat memerlukan bantuan mengenalpasti emosi marah agar tidak out of control; belajar mengawal perasan. Perlu perhatian dan dorongan mengatasi rasa takut. Mula memahami keperluan kumpulan. Menurut Dr. Sharifah Nor, dalam perkembangan sosio emosi pula ia adalah untuk membolehkan mereka ( kanak-kanak ) dapat mengurus dan memahami emosi sendiri, mencapai emosi yang positif, membina kemahiran sosial dan membina keyakinan untukmenghadapi cabaran dalam kehidupan harian. Pada peringkat pertengahan ini, kanak-kanak mengawal emosinya berasaskan pemikiran. Mereka menganggap satu cara untuk tidak sedih dengan cara memikirkan sesuatu yang akan lebih menggembirakannya. Kanak-kanak akhir pula merupakan peringkat yang dikenali sebagai pra remaja. Mereka akan mengalami emosi yang menfokuskan terhadap tubuh badannya. Mereka bimbang dengan apa yang orang sekeliling fikirkan tentang diri mereka dan keinginan yang tinggi untuk privasi dan sangat sensitif terhadap tubuh badan. Kanakkanak pada peringkat akhir pula mengalami perubahan di mana mereka sudah mula jauh dengan ibubapa. Mereka juga lebih selesa bersendirian melayan perasaan.

Anda mungkin juga menyukai