Anda di halaman 1dari 16

1 Bab 6: Jean Jacques Rousseau and John Locke

B BA AB B6 6: : R RO OU US SS SE EA AU U& &L LO OC CK KE E

Setelah selesai bab ini anda akan dapat: Membincang tentang riwayat hidup Rousseau Menilai pandangan Rousseau tentang asuhan kanak-kanak Menganalisis pendapat Rousseau tentang perkembangan manusia Menjelaskan cadangan Locke tentang kesihatan dan pemakanan Menilai kurikulum yang dicadangkan Locke

Bab 1: Pengenalan Bab 2: Perspektif Awal Tentang Kurikulum RINGKASAN BAB Bab 3: Confucius dan Mencius Bab 4: Al-Farabi dan Ibnu Sina Bab 5: Socrates, Plato & Aristotle Bab 6: Jean Rousseau & John Locke Bab 7: Paulo Freire dan Ivan Illich Bab 8: Rabindranath Tagore and Vivekananda Bab 9: Kemahiran Abad ke21

6.1 Siapakah Rousseau? 6.2 Falsafah pendidikan menurut Rousseau 6.3 Perkembangan manusia 6.4 Siapakah Locke? 6.5 Matlamat pendidikan menurut Locke 6.6 Asuhan kanak-kanak 6.7 Kurikulum menurut Locke Kata Kunci Ringkasan Rujukan

Bab ini memberi perhatian kepada pandangan dan hujah-hujah yang dibentangkan oleh ahli falsafah Perancis, Jean Jacques Rousseau dan ahli falsafah Inggeris, John Locke. Rousseau mengaggap manusia secara semula jadi adalah baik dan perlu dilindungi daripada pengaruh tidak sihat. Oleh itu, kanak-kanak perlu dididik dan diasuh di persekitran desa sebelum didedahkan kepada dunia sebenar. Locke pula tidak setuju dengan pandangan idea semula jadi yang terdapat dikalangan manusia. Sebaliknya manusia dianggap sebagai helaian kertas yang bersih dimana segala pengalaman dicatatkan.

2 Bab 6: Jean Jacques Rousseau and John Locke

6.1

SIAPAKAH ROUSSEAU?

Jean Jacques Rousseau dilahirkan di Geneva, Switzerland pada 28 June, tahun 1712. Sembilan hari kemudian, ibu beliau meninggal dunia dan diasuh oleh bapanya seorang pembuat jam. Beilau diajar oleh bapanya berkenaan sastera Greece dan Roman. Bapanya telah berkelahi dengan serang Kapten Peranchis dan terpaksa melarikan diri daripada Geneva ketika dia berumur 10 tahun. Bapa saudaranya seorang pembuat jam telah mengambilalih mengasuh Rousseau yang mengajarnya sastera Greek dan Roman. Rousseau juga menjadi seorang perantis pengukir. Walau pun beliau tidak menentang bekerja sebagai Jean Jacques Rousseau perantis, beliau menganggap bapa saudara seorang 1712-1778 yang kejam dan tidak bertimbang rasa. Pada umur 16 tahun, beliau meninggalkan Geneva dan berpindah ke Annecy dan telah berkenalan dengan seorang wanita Perancis daripada keluarga aristokrat (baroness) bernama Francoise-Louise de Warens, tiga belas tahun lebih tua daripada Rousseau. Francoise-Louise telah menjadi kekasih Rousseau dan melalui pengaruhnya telah menerima pendidikan dan menjadi seorang budiman (nobleman). Beliau telah mengkaji hasil karya Aristotle, menguasai Bahasa Latin dan seni. Rousseau mencari nafkah dengan bekerja sebagai setiausaha, guru dan gubahan musik. Pada tahun 1742, Rousseau berpindah ke Paris untuk menjadi seorang pemuzik dan penggubah muzik dan kemudian ke Venice untuk berkhidmat di Duta Perancis. Beliau kembali ke Paris dan berkenalan dengan seorang pembantu hotel bernama Therese Levasseur yang menjadi isterinya. Mulai tahun 1750, Rousseau menghasilkan pelbagai karya dalam bidang politik, seni, sain, ekonomi dan pendidikan. Pada tahun 1761 beliau menghasilkan novel Julie or the New Heloise yang telah menjadi karya terlaris dalam abad. Pada tahun 1761, beliau menerbitkan dua hasil falsafah The Social Contract dan Emile. Bagaimana pun, pentadbiran di Paris mengutuk kedu-dua buku ini kerana pandangan beliau tentang agama dan beliau telah melarikan diri daripada Perancis dan menetap di Switzerland. Pada tahun 1764, beliau menulis autobiografinya bertajuk Confessions. Beliau telah meninggalkan Switzerland kerana berselisih faham dengan pihak berkuasan dan berpindah ke Berlin dan Paris dan akhirnya menetap di England dengan jemputan David Hume. Kemudian beliau telah berkelahi dengan Hume dan kembali ke Perancis dan meninggalkan dunia pada tahun 1778.

3 Bab 6: Jean Jacques Rousseau and John Locke

AKTIVITI PEMBELAJARAN

Perihalkan riwayat hidup Rousseau sehingga beliau meninggalkan dunia pada tahun 1778.

6.2

FALSAFAH PENDIDIKAN ROUSSEAU

Pada tahun Mei, 1762, Rousseau menghasilkan buku bertajuk Emile yang merupakan falsafah pendidikan beliau (lihat Rajah 6.1). Buku ini telah diharamkan oleh pihak pentadbiran di Paris kerana ia mencabar prinsip-prinsip agama. Buku ini ialah berkenaan cerita seorang lelaki muda bernama Emile yang telah diasuh oleh Rousseau.

Rajah 6.1 Emile oleh Rousseau Emile diasuh di kawasan desa kerana Rousseau berpendapat manusia yang diasuh di bandar akan mempelajari tabiat-tabiat fizikal dan intelektual yang tidak sihat. Rousseau mengandaikan dirinya sebagai pekebun (gardener) yang menyuburkan Emile supaya menjadi seorang yang bertamadun. Menurut Rousseau, secara semula jadi, manusia adalah baik. Adalah sukar bagi seseorang itu menjadi seorang yang bertamadun sekiranya dia diasuh di bandar. Oleh itu, adalah lebih baik bahawa seseorang itu dididik di kawasan desa berhampiran hutan. Menurutnya, sosialisasi dan

4 Bab 6: Jean Jacques Rousseau and John Locke

masyarkat moden yang menyebabkan kewujudan persaingan, ketidaksamaan antara manusia dan watak ego di kalangan manusia. Emile bermula dengan mempelajari nilai-nilai moral sejak zaman kanak-kanak hingga peringkat dewasa. Adalah menjadi tanggungjawab tutor untuk menyelia dan memanipulasi persekitaran dengan cara tertentu bagi mengajar nilai-nilai moral berkenaan kesucian, kejujuran dan rendah diri. Rousseau percaya bahawa watak seorang pelajar perlu diperkembangkan untuk memastikan dia mempunyai harga diri dan kemoralan yang sihat. Ini akan memastikan pelajar akan terus berbudi mulia walaupun dalam masyarakat berkucar-kacir dan tidak sempurna.

Rajah 6.2 Rousseau sebagai pekebun

Dalam penulisannya bertajuk Discourse on the Origin of Inequality Among Men pada tahun 1753, Rousseau mencadangkan bahawa manusia secara semulajadi adalah penakut, kerap memincilkan diri, ingin keamanan, pendiam dan tidak bimbang tentang masa depan mereka. Dua prinsip yang mendorong tindakan manusia ialah Kepentingan diri dan Belas Kasihan. Contohnya, kepentingan diri mendorong manusia membunuh seperti membunuh haiwan untuk makanan. Belas kasihan ialah ciri semula jadi yang yang membuat seseorang tidak ingin melihat orang lain menderita. Rousseau dikritik kerana menyamakan manusia dengan haiwan. Bagaimana pun, beliau menjawab dengan mengatakan bahawa manusia mempunyai kebolehan penakulan tetapi keupayaan ini tidak terbentuk ketika individu itu masih kecil. Pada April, 1762, Rousseau menerbit sebuah buku bertajuk The Social Contract yang membentang hujah-hujah beliau tentang falsafah politik.
AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Mengapakah Emile diasuh di desa dan tidak di bandar? b) Apakah ciri-ciri semula jadi manusia menurut Rousseau? Adakah anda bersetuju?

5 Bab 6: Jean Jacques Rousseau and John Locke

6.3

PERKEMBANGAN MANUSIA MENURUT ROUSSEAU

Rousseau telah membahagikan perkembangan manusia kepada LIMA peringkat: Peringkat 1: Bayi (0 hingga 2 tahun). Mulai daripada peringkat awal lagi, manusia perlu diberikan kebebasan untuk berdirkari dan tidak bergantung pada orang lain. Mereka perlu diajar untuk menumpukan keinginan mereka mengikut had kuasa mereka. Ini akan membuat mereka tidak ingin atau mahu sesuatu yang tidak dalam kuasa mereka untuk memiliki. Kanak-kanak mesti dibenarkan mempamerkan tabiat-tabiat semula jadi dan dibenarkan mengikut kehendak masing-masing apabila dia memahami batasan-batasan. Peringkat 2: Alam Semulajadi (2 hingga 12 tahun). Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak menerima apa jua pendidikan moral atau pembelajaran verbal. Minda kanak-kanak dibiarkan tanpa digangggu dan fokus ialah terhadap perkembangan jasmani atau fizikal terutama kelima-lima deria. Peringkat 3: Pra-Remaja (12-15 tahun). Pada peringkat ini, individu digambarkan sebagai liar lagi mulia (noble savage) dan kekuatan fizikal menjadi lebih ketara. Aktiviti fizikal lebih bercorak mental atau intelektual dan individu mempunyai kapasiti untuk memberi perhatian yang mampan dan guru haruslah bertindak sewajarnya. Pengalaman dan emosi adalah penting ke arah menjadikan individu itu seorang dewasa. Individu harus didedahkan kepada pelbagai pengalaman dan emosi yang dia memahami tetapi harus mengelak daripada pengalaman dan emosi yang tidak difahami. Rousseau membenarkan Emile hanya membaca buku bertajuk Robinson Crusoe kerana dia ingin menyemai tabiat bersendirian dan berdikari (Boyd 1956: 69). Apakah kaitan cerita Robinson Crusoe dengan nilai-nilai ini? Peringkat 4: Akil Baligh (15-20 tahun). Rousseau percaya bahawa apabila mile mencapai umur 15 tahun, tahap penakulannya lebih mantap. Kini beliau dapat berurusan dengan emosi-emosi remaja yang dianggap berbahaya, serta isu-isu moral dan agama. Peringkat 5: Dewasa (20-25 tahun). Pada peringkat ini. Emile diperkenalkan kepada seorang wanita bernama Sophie sebagai temannya. Dia mempelajari tentang cinta dan kini bersedia kembali daripada desa ke masyarakat seterusnya. Adalah harapan Rousseau, dengan didikan yang diberikan selama ini di persekitaran desa, Emile tidak mudah terpedaya dengan pengaruhpengaruh masyarakat.

PENDIDIKAN UNTUK PEREMPUAN Dalam bukunya bertajuk Sophie, Rousseau telah membentang hujah-hujahnya tentang pendidikan untuk perempuan. Beliau menekankan perbezaan peranan antara lelaki dan perempuan yang perlu diberi perhatian dalam pendidikan.

6 Bab 6: Jean Jacques Rousseau and John Locke

Lelaki dianggap sebagai kuat dan aktif manakala perempuan dianggap sebagai lemah dan pasif. Lelaki harus mempunyai kuasa muktamad manakala perempuan mesti mematuhi dan tidak menentang kuasa lelaki (Everyman edn: 322). Sehingga umur 10 tahun, kanak-kanak perempuan diajar bermain dengan anak patung, diajar melukis,menulis, mengira dan membaca. Selepas umur 10 tahun, kanak-kanak perempuan diajar seni perhiasan, agama dan bagaimana melayan lelaki. Sebagai kesimpulan, Emile mewakili lelaki yang ideal manakala Sophie mewakili perempuan ideal yang dipatuh kepada suaminya.

REAKSI TERHADAP HUJAH-HUJAH ROUSSEAU Hujah-hujah Rousseau tentang pendidikan telah dikritik sebagai tidak praktikal dan tidak boleh dilaksanakan.

AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Sejauh manakah anda bersetuju dengan peringkatperingkat perkembangan manusia yang diutarakan oleh Rousseau? b) Apakah peranan wanita menurut Rousseau?

6.4

SIAPAKAH JOHN LOCKE?

John Locke dilahirkan pada 29 August, 1632 di Wrington, England. Ibunya meninggal dunia ketika beliau masih kecil dan diasuh oleh bapanya seorang peguam. Bapanya ialah seorang yang tegas dan mempercayai kanak-kanak tidak boleh dimanja. Locke diajar di rumah kerana dia sentiasa sakit. Pada tahun 1647 ketika Locke berumur 15 tahun, beliau dihantar ke sekolah Westminster di London. Di Westminster, beliau bertumpu kepada mempelajari bahasa klasik Latin dan Greek, serta bahasa Hebrew (Bahasa Ibrani). Beliau seorang yang sungguh tekun dan pada tahun 1652 diberikan biasiswasa untuk belajar di Christ Church di Oxford. Pada tahun 1656 beliau telah bergraduat
JOHN LOCKE (16321704)

7 Bab 6: Jean Jacques Rousseau and John Locke

dengan Ijazah Sarjana Muda Sastera dan dua tahun kemudian memperolehi Ijazah Sarjana Sastera. Mata pelajaran lain yang dipelajari ialah matematik, astronomi, sejarah, Bahasa Arab, falsafah, botani, kimia dan perubatan. Semasa beliau di Oxford, beliau telah menyimpan buku nota tentang perubatan yang terdiri daripada resipi-resipi perubatan tradisional yang dikumpulkan oleh emaknya. Locke telah membaca dengan meluas tentang perubatan dan pada tahun 1675, dianugerah Ijazah Sarjana Muda Perubatan daripada Universiti Oxford. Pada akhir hayat, Locke telah menetap di sebuah pekan kecil bernama Oates, di Essex, dua puluh batu daripada London. Walau pun beliau diserangi penyakit asthma, menghadapi masalah kedengaran serta kaki yang sentiasa bengkak, Locke tidak putus asa dan terus menulis. Beliau telah menulis tentang pendidikan, falsafah, politik dan giat menjawab kritik-kritiknya semasa di Oates. Pada 28 Oktober, 1704, beliau meninggal dunia tanpa berkhawin. Beliau dikebumikan berdekatan sebuah gereja di High Laver (Lihat Rajah 6.3). EPITAPH Near this place lies John Locke. If you wonder what kind of man he was, the answer is that he was one contented with his modest lot. A scholar by training, he devoted his studies wholly to the pursuit of truth. Such you may learn from his writings.

Rajah 6.3 Makan John Locke HASIL KARYA Tidak satu hasil karya Locke diterbitkan sehingga beliau berumur enam puluh tahun. Hasil karya beliau utama ialah: (Lihat Rajah 6.4) Two Treatises of Government yang membincang tentang politik dan diterbitkan pada tahun 1690. Beliau menulis tentang kerajaan sah dan kerajaan yang tidak sah dan menyokong pemberontakan terhadap kerajaan-kerajaan yang zalim dan kejam. Essay Concerning Human Understanding (yang dipanggil Essay) diterbitkan pada tahun 1690 yang mengambil masa 20 tahun untuk menulis. Karya ini adalah tentang teori pengetahuan. Some Thoughts Concerning Education (yang dipanggil Thoughts) diterbitkan pada tahun 1693. Hujah-hujah beliau berkenaan pendidikan adalah

8 Bab 6: Jean Jacques Rousseau and John Locke

berdasarkan pengalaman beliau sebagai tutor dan pengaruh kawan-kawannya (Lihat Rajah 6.4).

Rajah 6.4 Hasil Karya John Locke John Locke dianggap pendidik unggul dan hasil penerbitan beliau telah membentangkan hujah-hujah beliau tentang teori pengetahuan, nasihat kepada ibu bapa tentang asuhan kanak-kanak dan mata pelajaran yang harus diajar.

6.5

PENDIDIKAN MENURUT LOCKE

Teori pengetahuan bermakna bagaimana pengetahuan yang diperolehi oleh seorang manusia. Locke bermula dengan menolak doktrin idea semula jadi (innateness), yang diutarakan oleh Plato. Menurut Locke, istilah "idea" ialah sensasi, memori, imaginasi, perasaan dan emosi yang dipunyai oleh seseorang. Beliau menolak konsep innatism yang mencadangkan bahawa manusia dilahirkan dengan idea semula jadi. Jika innatism adalah benar, semua manusia akan bermula sebagai sama. Innate ialah sesuatu yang terdapat pada seseorang secara semula jadi. Jika kita memerhatikan sekumpulan kanak-kanak, kita sedar bahawa mereka adalah tidak sama. Locke mencadangkan bahawa minda kita adalah suatu tabula rasa. Perkataan Latin yang bermakna batu tulis bersih (clean slate). Seperti sehelai kertas putih yang

9 Bab 6: Jean Jacques Rousseau and John Locke

mana apa-apa pun tidak ditulis atau minda yang tidak mempunyai apa jua sensasi, memori atau pengalaman pun. Menurut Locke perbezaan personaliti atau perwatakan, kebolehan mental, sikap dan persepsi adalah hasil pendedahan daripada persekitaran (iaitu nuture) dan bukan sesuatu semula jadi (iaitu nature). Sekiranya kita mempunyai idea semula jadi atau innateess, kita tentu sedar tentangnya. Memang jelas menurut Locke, bahawa kanak-kanak akan sedar tentang idea semula jadi yang dimilikinya. Mereka menguasai idea-idea atau pengetahuan sepanjang hayat. Adalah mustahil seseorang itu boleh memiliki pengetahuan tentang sesuatu yang dia tidak sedar. Penolakan konsep idea semula jadi atau innateness diperluaskan ke prinsip-prinsip moral. Contohnya, konsep keadilan tidak merupakan konsep sejagat atau universal. Semua manusia menguasai pengetahuan atau ilmu daripada pengalaman seharian. Bagaimana pun, beliau mengakui kewujudan idea semula jadi kerana terdapat sesetengah kanak-kanak yang lebih cekap dalam bidang tertentu sejak kecil lagi
AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Perihal secara ringkas riwayat hidup John Locke. b) Terangkan teori pengetahuan yang dicadangkan oleh oleh Locke. c) Sejauh manakan anda bersetuju dengan konsep tabula rasa?

6.6

NASIHAT LOCKE KEPADA IBU BAPA

Pandangan Locke tentang perkembangan mental, kerohanian dan fizikal kanak-kanak adalah berdasarkan pengetahuan beliau tentang falsafah, psikologi, perubatan dan pegangan agama. Beliau menekankan pentingnya memerhati kanak-kanak dan menyesuaikan pendidikan dengan keperluan dan keupayaan mereka. Menurut Locke, sembilan puluh peratus seseorang itu sama ada baik atau jahat adalah hasil dariapda pendidikan (Thoughts, s. 1). KESIHATAN DAN NUTRISI (PEMAKANAN) Kanak-kanak memerlukan udara yang nyaman, bersenam dan tidur yang cukup serta makanan yang sederhana dan tidak boleh minum wain atau alkohol (Thoughts, s. 30). Beliau menasihatkan bahawa kanak-kanak daripada keluarga kaya memakai pakaian yang nipis dan berlubang atau tidak memakai kasut untuk menguatkan

10 Bab 6: Jean Jacques Rousseau and John Locke

tapak kaki mereka dan merasa perasaan orang miskin yang tidak mempunyai kasut. Locke mengutarakan faedah meminum air sejuk dan pentingnya kanak-kanak diajar berenang yang dapat meningkatkan kesihatan individu (Thoughts, s. 8). Makanan untuk kanak-kanak, menurut Locke, harus sederhana tetapi berkhasiat. Beliau mencadangkan kurang penggunaan gula, garam dan rempah dalam makanan. Beliau menasihatkan kanak-kanak makan buah-buahan seperti epal, pir, strawberi, ceri dan, goseberi. Bagaimana pun beliau tidak menyokong makan tembikai, pic, plum dan anggur. Pakaian tidak terlalu ketat, baik pun bagi lelaki mahu pun perempuan. Untuk menyiapkan kanak-kanak menghadapi kesukaran fizikal, beliau mencadangkan mereka tidur di atas katil yang kecil dan tidak selesa; serta waktu makan yang tidak tetap.

ASUHAN KANAK-KANAK Menurut Locke, ibu bapa harus mengasuh anak-anak mereka dengan tegas dan pengawasan rapi mulai daripada awal lagi. Kemudian mereka boleh melonggarkan disiplin apabila kanak-kanak lebih matang (Thoughts, s. 40). Beliau mengkritik ibu bapa yang terlalu manja anak-anak mereka. Locke tidak menyokong hukuman fizikal tetapi mencadangkan aplikasi amalan peningkatkan harga diri dan penghinaan. Ibu bapa hendaklah menjadi teladan yang baik dan melarang campur tangan pembantu rumah mengasuh kanak-kanak yang boleh menjejas autoriti ibu bapa (Thoughts, s. 68). Beliau menasihatkan ibu bapa dan tutor untuk mengkaji dengan teliti anak-anak mereka dan mengetahui sikap dan apa yang mereka tidak suka. Menurutnya, kanakkanak akan didorong untuk belajar dua kali ganda sekiranya dia minat (Thoughts, s. 74). Alat permainan (toys) haruslah terdiri daripada yang murah dan tidak mudah pecah; lebih baik jika alat permainan itu reka bentuk oleh kanak-kanak itu sendiri (Thoughts, s. 74).

11 Bab 6: Jean Jacques Rousseau and John Locke

Locke mencadangkan pelajar dididik oleh tutor dan tidak dihantar ke sekolah. Adalah digalakkan apabila kanak-kanak mula bercakap, dia dikelilingi oleh dewasa bijak yang dapat mendorongnya supaya tidak terpengaruh oleh tabiattabiat negatif (Thoughts, s. 90). Beliau menasihatkan ibu bapa untuk membelanja melantik seorang tutor untuk anak-anak mereka. Tutor atau ibu bapa mesti melayan segala pertanyaan dan soalan yang dikemukakan oleh kanak-kanak. Kanak-kanak hendaklah diajar tidak zalim terhadap haiwan atau kanak-kanak lain serta mengajar mereka nilai kebenaran (value of truth).

Perlu ditegaskan bahawa hujah-hujah oleh Locke ditujukan kepada keluarga yang berada dan tahap sosioekonomi tinggi. Bagaimana pun hujah-hujah beliau tentang pendidikan boleh diaplikasi kepada semua. Nasihat beliau kepada ibu bapa tentang tabiat-tabiat baik yang perlu diperkembangkan seperti harga diri dan denda boleh diaplikasi kepada semua lapisan masyarakat.
AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Adakah anda bersetuju dengan pandangan Locke tentang asuhan kanak-kanak? b) Senaraikan cadangan Locke berkenaan kesihatan dan nutrisi (pemakanan). Adakah anda bersetuju?

6.5

KURIKULUM MENURUT LOCKE

STRATEGI MENGAJAR Locke berpendapat pengajaran hendaklah bermila dengan menggunakan perkataan dan bahasa yang mudah dengan menggunakan pengetahuan sedia ada pelajar. Guru hendaklah menekankan hubung kaitan di antara topik dan di antara mata pelajaran.

BAHASA INGGERIS Kanak-kanak perlu diajar membaca sejak awal lagi; apabila mereka bermula belajar bercakap. Bagaimana pun, pembelajaran tidak harus membebankan hingga pelajar putus asa. Adalah lebih baik untuk pelajar tangguhkan pembelajaran selama setahun daripada membuat mereka membenci belajar.

12 Bab 6: Jean Jacques Rousseau and John Locke

Pembelajaran haruslah menyeronokan (Learning should be fun!) dan dicadangkan menggunakan permainan untuk menguasai abjad. Buku-buku yang digunakan oleh pelajar haruslah menarik dan mengandungi gambar, terutama gambar-gambar haiwan (Thoughts, s. 156). Penulisan harus bermula dengan mengajar kanak-kanak memegang pen atau pensel dengan betul dan bermula dengan menyalin huruf-huruf saiz besar kepada kertas. Daripada menguasai kemahiran menulis, kanak-kanak dibawa kepada kemahiran melukis. Melukis ialah suatu kemahiran yang sangat berguna ketika seseorang itu mengembara. Dia membolehkan seseorang membuat lakaran bangunan serta mesin-mesin dan fenomenafenomena lain yang menarik. Menurut Locke, lukisan yang baik adalah lebih berguna menyampaikan sesuatu idea berbanding dengan beberapa muka surat penulisan. Locke juga menggesa pelajar menguasai trengkas (shorthand) yang dapat membantu membuat nota dengan pantas.

C) BAHSA PERANCIS DAN LATIN Sebaik sahaja kanak-kanak telah menguasai Bahasa Inggeris, mereka harus bermula belajar Bahasa Perancis menggunakan kaedah perbualan. Setelah mereka boleh bercakap dan membaca dengan baik Bahasa Perancis, mereka digalakkan mengambil masa satu atau dua tahun belajar Bahasa Latin. Bahasa Latin adalah sangat berguna bagi seorang budiman (gentleman) dan juga diajar menggunakan kaedah perbualan (Thoughts, s. 164), Locke tidak bersetuju dengan pandangan bahawa untuk mempelajari Bahasa Inggeris atau apa bahasa pun, pelajar harus didedahkan kepada peraturanperaturan tatabahasa. Jika Bahasa Inggeris boleh diperlajari secara semula jadi, ia harus diaplikasi kepada penguasaan bahasa-bahasa lain. Beliau menentang amalan menulis ayat-ayat panjang dan rangkap-rangkap panjang dalam Bahasa Latin. Jika terdapat kesukaran mendapatkan seorang tutor yang boleh mengajar menggunakan kaedah perbualan, Locke mencadangkan penggunaan buku-buku mudah dan menarik dalam Latin. Di celah ayat-ayat dalam Latin, ditulis terjemahan literal dalam Bahasa Inggeris.

13 Bab 6: Jean Jacques Rousseau and John Locke

Bahasa Latin masih penting untuk profesion tertentu dan melanjutkan pelajaran ke universiti kerana kebanyakkan kuliah dan buku terdapat dalam Latin. Bagaimana pun, Locke sedar bahawa mempelajari bahasa Latin dan Perancis mengambil terlalu banyak masa, terutama bagi pelajar lelaki yang lebih minat dengan bekerja sebagai peniaga dan petani. Adalah lebih berfaedah sekiranya mereka ini mempelajari menulis dan perakaunan yang tidak diajar di sekolahsekoalah pada ketika itu. Locke juga ragu tentang mempelajari sesuatu dengan menghafal seperti latih tubi yang digunakan dalam menguasai Latin.

D) GEOGRAFI, KIRA-KIRA, ASTRONOMI, GEOMETRI, SAINS & SEJARAH Mata pelajaran yang dianggap penting oleh Locke ialah geografi, kira-kira, astronomi, geometri, sains and sejarah. Beliau sungguh tertarik dengan pengajaran sejarah kerana mempelajari sejarah akan membawa kepada mempelajari undang-undang dan kerajaan. Mata pelajaran ini penting untuk mereka yang akan bekerja dengan kerajaan, pejabat jaksa pendamai atau menjadi ahli parliamen (Thoughts, s. 184). Beliau juga mencadangkan mempelajari logik dan retorik kerana kedua-dua mata pelajaran ini melatih penakulan dan kemahiran memberi ucapan yang penting dalam bidang politik (Thoughts, s. 193).

E) MENARI, MELAWAN PEDANG, PERNIGAAN & BERKEBUN Menari digalakkan dikalangan kanak-kanak tetapi bermain alat muzik tidak digalakkan kerana ia membazirkan masa (Thoughts, s. 197). Locke mengalakkan pelajar di ajar melawan pedang (fencing) dan menunggang kuda. Bagaimana pun, beliau khuatir melawan pedang boleh menyebabkan pertarungan di kalangan pelajar. Oleh itu, beliau mencadangkan gusti sebagai alternatif. Locke juga menasihatkan pelajar menguasai dua atau tiga kemahiran pertukangan yang berguna apabila keadaan ekonomi merosot. Juga ia menggalakkan pelajar melibatkan diri dengan aktiviti fizikal dan tidak semata-mata bertumpu kepada membaca buku.

14 Bab 6: Jean Jacques Rousseau and John Locke

Locke, sendiri seorang pekebun dan mencadangkan pelajar terlibat dengan menanam pokok dan bunga. Beliau juga mencadangkan pelajar terlibat dengan kegiatan pengukiran kayu dan logam (Thoughts, s. 204). Pelajar juga digalakkan mempelajari perakaunan yang dapat membantu mereka dalam perniagaan. Walau pun Locke menegaskan kepentingan rekeasi, beliau menegor penglibatan dengan aktiviti-aktiviti seperti bermain terup dan biji dadu. Beliau juga mencadangkan pelajar berumur di antara 7 hingga 14 tahun bersama tutor, hendaklah mengembara ke luar negara. Tujuannya ialah untuk menguasai bahasa asing dengan cepat and lebih berkesan .
AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Apakah kaedah mengajar yang dicadangkan Locke? b) Apakah pendapat Locke tentang pembelajaran bahasa? c) Bincangkan mata pelajaran yang mesti diajar? Apaka rasionalnya?

15 Bab 6: Jean Jacques Rousseau and John Locke

Kata Kunci Emile Sophie Perancis Rousseau Belas kasihan Locke Tabula rasa Innateness Desa Akil baligh Asuhan tegas Idea semula jadi Kesihatan Latin Perkembangan manusia

Ringkasan

Jean Jacques Rousseau dilahirkan di Geneva, Switzerland pada 28 June, tahun 1712. Pada tahun 1761 beliau menghasilkan novel Julie or the New Heloise yang telah menjadi karya terlaris dalam abad. Pada tahun Mei, 1762, Rousseau menghasilkan buku bertajuk Emile yang merupakan falsafah pendidikan beliau. Emile diasuh di kawasan desa kerana Rousseau berpendapat manusia yang diasuh di bandar akan mempelajari tabiat-tabiat fizikal dan intelektual yang tidak sihat. Rousseau mencadangkan bahawa manusia secara semulajadi adalah penakut, kerap memincilkan diri, ingin keamanan, pendiam dan tidak bimbang tentang masa depan mereka. Lelaki harus mempunyai kuasa muktamad manakala perempuan mesti mematuhi dan tidak menentang kuasa lelaki Menurut Locke, kanak-kanak memerlukan udara yang nyaman, bersenam dan tidur yang cukup serta makanan yang sederhana dan tidak boleh minum wain atau alkohol. Menurut Locke, ibu bapa harus mengasuh anak-anak mereka dengan tegas dan pengawasan rapi mulai daripada awal lagi. Locke berpendapat pengajaran hendaklah bermila dengan menggunakan perkataan dan bahasa yang mudah

16 Bab 6: Jean Jacques Rousseau and John Locke

Buku-buku yang digunakan oleh pelajar haruslah menarik dan mengandungi gambar, terutama gambar-gambar haiwan. Sebaik sahaja kanak-kanak telah menguasai Bahasa Inggeris, mereka harus bermula belajar Bahasa Perancis menggunakan kaedah perbualan. Bahasa Latin masih penting untuk profesion tertentu dan melanjutkan pelajaran ke universiti kerana kebanyakkan kuliah dan buku terdapat dalam Latin. Beliau juga mencadangkan mempelajari logik dan retorik

REFERENCES Aldrich, R. John Locke. PROSPECTS: the quarterly review of education), vol. 24, no. 1/2, 1994, p. 6176. Paris, UNESCO: International Bureau of Education Soetard, M. (1994). Jean Jacques Rousseau. PROSPECTS: quarterly review of comparative Education. vol. XXIV, no. 3/4, 1994, p. 423-38.Paris: UNESCO: International Bureau of Educatio Warrington. J. (1959). Politics are taken from the translation by for Everymans Library, London, Dent & Sons William D. Ross the Nichomachean Ethics are from the translation by Sir in `The World Classics series, London, Oxford University Press, 1954, reprinted in 1963.

Anda mungkin juga menyukai