Anda di halaman 1dari 22

Pengurusan Rekod Perkembangan Dan Pencapaian Kanak-Kanak Dalam Domain Kognitif, Afektif Dan Psikomotor.

Merekod Merekod didefinasikan sebagai satu aktiviti mencatat maklumat secara bersistem berkaitan perkembangan kebolehan, kemajuan dan pencapaian. Merekod melibatkan 3 asas teknik merekod iaitu: Yang menghuraikan (running rekod, rekod anekdot) Yang mengira masa & menghitung jumlah (event sampling, senarai semak) Kesimpulan, pertimbangan utk gambarkan sesuatu. (skala kadar)

Memilih rekod yang sesuai adalah perlu supaya rekod yang disimpan mempunyai ciri-ciri yang menepati kriteria penilaian yang akan dibuat ke atas rekod. Sesuatu rekod perlu mempertimbangkan perkara berikut sebelum melakukan rekod ke atas tingkah laku murid iaitu: Tujuan Aspek Perincian Pertimbangan yang praktikal

Kaedah Merekod Naratif / cerita Rekod anekdot Rekod anekdot adalah rekod mengenai satu sahaja peristiwa. Ia merupakan satu catatan ringkas yang merekod tentang satu kejadian atau tingkahlaku yang penting sahaja. Rekod anekdot menerangkan secara fakta dimana, bagaimana, bila, apa, dan siapa seara objektif sesuatu kejadian yang berlaku. Guru boleh menerangkan peristiwa, tingkah laku atau insiden dengan perkataan atau menggunakan gambar. Oleh itu guru perlu sediakan buku kecil atau helaian kertas dan diletakkan pada tempat yang mudah dicapai. Maklumat yang perlu ada dalam rekod ialah nama kanak-kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku, ulasan guru dan cadangan atau tindakan guru. Guru dapat mengambil tindakan susulan yang sesuai supaya dapat membantu murid tersebut. Kebaikan rekod anekdot Tidak memerlukan latihan Terbuka (boleh tulis apa sahaja) Mencatat kejadian yang tidak diduga Mencatat tingkah laku yang diperlukan Tidak mempunyai gambaran lengkap Bergantung kepada ingatan pemerhati Sukar dianalisa

Keburukan rekod anekdot

Rekod berterusan / running record Rekod berterusan adalah satu catatan terperinci tentang kejadian mengikut urutan masa. Lazimnya urutan masa yang ditetapkan ialah dalam 5 hingga 10 minit. Catatan rekod jenis ini diulang beberapa kali sehari dan dicatat secara berterusan. Kebaikan rekod berterusan Memberi makna yang besar bagi kanak-kanak. Kemampuan dan kejayaan akan meninggikan azam, kepercayaan diri sendiri dan pandangan diri sendiri. Bagi ibu bapa dan guru, dapat mengelakkan bahaya dan kerendahan daya penggerak. Harapan dan pendangan terhadap kanak-kanak adalah positif. Satu rekod yang lengkap dan tidak terhad pada sesuatu kejadian sahaja. Rekod ini terbuka dan guru boleh mencatat apa sahaja yang dilihat. Pemerhatian tidak perlu mempunyai skill pemerhatian yang khusus. Keburukan rekod berterusan Memerlukan masa yang banyak Susah merekod semua kejadian secara terperinci Sukar untuk merekod pemerhatian secara kumpulan Pemerhati hendaklah menjauhkan diri dari kanak-kanak semasa membuat pemerhatian.

Specimen rekod Rekod jenis ini lebih terperinci dariada rekod berterusan. Rekod ini merekod tingkahlaku secara menyeluruh tetapi tidak mempunyai

tempoh masa. Kebaikan dan keburukan rekod specimen adalah seperti rekod berterusan. Time sampling Merekod kekerapan tingkah laku dalam masa yang ditetapkan. Tingkah laku yang direkod adalah nyata dan kerap berlaku. Kebaikan time sampling Menjimatkan masa Lebih terkawal Mengumpul mengenai beberapa kanak-kanak atau jenis tingkah laku maklumat tentang jangka masa tingkahlaku berlaku. Keburukan time sampling Event sampling Satu catatan ringkas tentang keadaan sebelum dan selepas satu tingkah laku berlaku. Kebaikan event sampling Skala kadar Merekod kadar seseorang kanak-kanak itu melakukan sesuatu tingkah laku Sesuai untuk mengkajikanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang sama pada masa yang sama. Kebaikan Mudah dianalisa Lebih objektif Merekod kekerapan tingkah laku Tertutup Merekod secara khusus sahaja Kurang lengkap Mrekod tingkahlaku yang ditetapkan. Kemungkinan tertinggal merekod tingkah laku yang berguna.

Keburukan event sampling

Mudah dan menjimatkan masa Beberapa tingkah laku yang melibatkan beberapa orang dalam satu masa dapat direkod Mudah untuk memberi skor. Tertutup kerana merekod tingkah laku khusus sahaja Menunjukkan tingkah laku positif dan negatif. Sukar membezakan point dalam skala.

Keburukan

Senarai semak Satu senarai perkembangan atau tingkahlaku disusun mengikut urutan perkembangan atau logik. Pemerhati akan menandakan tingkah laku yang dapat diperhatikan pada senarai semak. Kebaikan Banyak maklumat boleh direkod Tidakperlu dilengkapkan dalam sehari Boleh digunakan oleh sesiapa Item senaraisemak terhad, perlu ditafsir berhati, hati Kurang maklumat tentang kekerapan, jangka masa dan keterangan tentang tingkah laku.

Keburukan

Pemerhatian Temuduga Berstruktur Temuduga ini boleh dilaksanakan semasa kanak-kanak menjalankan aktiviti. Perkaraperkara yang perlu diberi perhatian semasa temuduga ialah : ketekalan Adakah kanak-kanak memberi jawapan yang sama untuk soalan yang sama pada masa yang berlainan? ketepatan Adakah kanak-kanak menjawab dengan betul? kejelasan Adakah respon kanak-kanak jelas dan boleh diterima? lengkap Adakah respon lengkap? Berapa banyak aspek sesuatu konsep dilengkapi? Berapa banyak maklumat yang diberikan? Rekod Kerja dan Portfolio Rekod kerja dan portfolio dikumpulkan dan menjadi sumber maklumat kemajuan kanak-kanak, kekuatan, kelemahan, konsep dan kemahiran yang mereka ketahui dan kuasai. Kanak-kanak mempunyai sampul matematik, membaca, sains dan lain-lain. Setiap bahan perlu ada tarikh kerja dijalankan dan catatan berkenaan bagaimana ia dilaksanakan.Beberapa bahan yang termasuk dalam portfolio ialah: hasil lukisan, mewarna, lakaran dan lain-lain. gambar kanak-kanak sedang membuat kerja, projek tertentu. nota ataupun komen daripada temuduga kanak-kanak. kaset yang mengandungi aktivitikanak-kanak bercerita, membaca puisi ataupun peristiwa tertentu. 6

video kanak-kanak. carta pertumbuhan kanak-kanak. senarai semak. ujian standard maklumat pemerhatian

Ujian Standard Ujian standard dijalankan mengikut arahan dan masa tertentu. Penyeliaan perlu dilakukan dengan teliti. Markah dan purata digunakan dalam ujian ini misalnya, guru membentuk soalan untuk ujian matematik.Ujian ini digunakan bagi mengenalpasti kebolehan kanakkanak ataupun bagi menentukan kumpulan pemulihan. Markah daripada ujian ini perlu disokong oleh penilaian lain. Kad Kemajuan Pada peringkat prasekolah, kad kemajuan tidak diperlukan sangat. Kad kemajuan boleh dalam bentuk bertulis, bukan markah atau gred. Gred atau markah tidak membawa makna kepada ibu bapa. Kad kemajuan boleh disokong dengan perbincangan bersama ibu bapa. Kad kemajuan perlu disertakan dengan dengan folio untuk dibawa pulang oleh kanakkanak. Pemeringkatan Berasaskan kepada pemerhatian yang dibuat dari semasa ke semasa ke atas kanak-kanak. Asas untuk menyatakan sama ada kanak-kanak telah atau belum lagi mencapai matlamat yang dikehendaki daripadanya. Hasil Kerja Murid Kebanyakkan aktiviti yang dijalankan oleh kanak-kanak dalam proses pembelajaran dihasilkan dalam bentuk lukisan, tulisan, cetakan komputer ataupun kerja tangan. Ada sesetengah guru memberi dalam bentuk projek dan hasil kerja murid pula dikumpul dalam bentuk buku skrap atau laporan. Melalui hasil kerja murid guru dapat menilai beberapa sikap seperti usaha, kesungguhan, kreativiti, kekemasan, ketelitian dan 7

keyakinan murid. Setiap hasil kerja murid hendaklah ditulis nama, tarikh dan ulasan ringkas guru. Perkembangan serta perubahan tidak memuaskan, guru boleh berusaha membantu murid tersebut. Setiap murid yang menghadiri tadika perlu mempunyai satu rekod profil. Rekod ini terdiri daripada maklumat peribadi murid yang mengandungi maklumat diri, keluarga, kesihatan dan fizikal, rekod kemajuan perkembangan dan himpunan hasil kerja murid.

TAHAP-TAHAP TAKSONOMI KOGNITIF

PEMBELAJARAN

AFEKTIF

PSIKOMOTOR

Sumber : Falsafah Kebangsaan Domain Kognitif

Pemerhatian yang dilakukan oleh guru adalah satu cara untuk mengumpul maklumat. Guru perlu ada kemahiran memerhati serta prihatin pada apa yang berlaku pada setiap kanak-kanak. Setiap gerak geri, tindak balas serta reaksi yang dilihat dan didengar semasa murid melakukan aktiviti secara berkumpulan atau individu memberi maklumat penting berkenaan perkembangan murid itu. Gambaran ini kemudiannya direkodkan

secara sistematik supaya perisiannya jelas, tepat dan lengkap. Pemerhatian boleh direkodkan dengan menggunakan rekod anekdot, rekod pensampelan masa dan senarai semak. Merujuk kepada Kurikulum Prasekolah (2003) domain kognitif merangkumi komponen perkembangan bahasa dan perkembangan kognitf (matematik dan sains). Bagi murid prasekolah, kemahiran dalam kognitif ini dapat dibahagikan mengikut 3 aras. Aras Rendah Sederhana Tinggi Peringkat Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Contoh Boleh menamakan warna Boleh membezakan warna Boleh mengira (operasi tambah)

Pengetahuan ialah aras paling rendah dan mudah. Sesuai untuk kanak-kanak prasekolah. Murid akan mengingat kembali pengetahuan tentang istilah spesifik fakta kaedah atau prosedur konsep asas prinsip konvensi trenda dan aturan pengelasan kriteria prinsip atau generalisasi teori dan struktur

Kata

tugasan

yang

digunakan

untuk

menggambarkan

tingkah

laku

seperti

mendefinisikan, menghuraikan, mengenalpasti, memadan, memilih, menyatakan dan membuat garis kasar. Kefahaman ialah kebolehan untuk mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain. Kefahaman dibahagikan kepada 3 kemahiran kognitif iaitu penterjemahan, interprestasi dan ekstra-polasi. Penterjemahan ialah kebolehan menyatakan sesuatu konsep yang diketahui dengan menggunakan perkataan , simbol yang lain. Contohnya menterjemahkan secara literal dari satu bahasa kepada bahasa lain, membaca al-quran atau membaca skor muzik. Interprestasi ialah kebolehan menghubungkaitkan bahagian-bahagian dalam satu set komunikasi dan menyatakan dalam bentuk lain (verbal atau grafik) dengan mengekalkan makna set komunikasi itu. Contohnya menyatakan satu pernyataan, peristiwa atau konsep dengan menggunakan olahan bahasa sendiri atau menginterprestasi graf, carta, peta, jadual, kartun ke bentuk verbal dan sebaliknya. Ekstrapolasi ialah kemahiran yang melibatkan interprestasi tetapi ianya melampui maklumat yang terdapat dalam set komunikasi berkenaan. Kemahiran ini menghasilkan ramalan, infrens atau anggaran berdasarkan pemerhatian, pengalaman, coral, trenda atau suatu urutan berkala misalnya membuat kesimpulan pengalaman. Kata tugasan untuk mengukur objektif khusus seperti ini antaranya ialah menukarkan, mengubahkan, membezakan, menerangkan, memberi contoh, merumuskan dan menulis semula dengan perkataan lain dan menyokong. Aplikasi ialah kebolehan menggunakan maklumat dalam situasi baru. Objektif umum yang digunakan seperti menggunakan konsep dan prinsip kepada situasi baru, awal daripada pemerhatian, pengetahuan dan

10

menggunakan hukum dan teori kepada kehidupan seharian, menyelesaikan masalah matematik dan membina carta dan graf. Kata tugasan atau kata kerja yang digunakan ialah mengubah, meramal, meyediakan, menghitung, membina, menghasilkan, mengubahsuaikan dan menunjukkan cara.

Domain Kogintif dalam Matematik Setiap kanak-kanak normal berupaya memahami matematik dengan baik apabila aktiviti dan kaedah yang diberikan menarik minat mereka. Matematik adalah contoh pemikiran logik yang membentuk konsep nombor kanak-kanak memerlukan pengalaman, interaksi sosial, masa, bahasa dan kefahaman berkenaan pemikiran kanak-kanak. Sebagai guru, setiap aktiviti yang dijalankan perlu direkodkan supaya dapat mengetahui perkembangan murid dari masa ke semasa. Pendekatan yang dapat digunakan dalam pembelajaran matematik kanak-kanak adalah berbentuk hafalan, aktiviti bimbingan serta menerusi permainan. Antara komponen yang terdapat dalam pembelajaran awal matematik adalah seperti berikut: Pengelasan objek Seriasi Padanan satu dengan objek Konsep nombor Operasi nombor Pengukuran Konsep masa

Pengenalan konsep nombor dan penggunaannya perlu disertakan dengan aktiviti yang berkaitan bagi mengukuhkan pengalaman. Apabila kanak-kanak didedahkan dengan pengalaman awal dalam pengenalan nombor (membilang dan memadan simbol dengan objek), dan operasi nombor, iaitu konsep tambah dan tolak, barulah kanak-kanak boleh 11

didedahkan kepada pembelajaran matematik yang lebih abstrak seperti pengukuran masa, wang dan ruang.

Domain Kogintif dalam Sains Pengalaman sains dapat membantu kanak-kanak mengenali dan memahami

persekitarannya. Secara semula jadi kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Maka mereka perlu diberikan peluang, galakan dan masa bagi memenuhi keperluan mindanya. Pada peringkat awal pengajaran sains, guru menyediakan peluang pembelajaran sains dengan cara: Menyediakan persekitaran yang selamat untuk diterokai. Menggalakkan kanak-kanak memerhati, mencuba-cuba, menanya soalan dan menyelesaikan masalah. Mendapat pembelajaran melalui pengalaman. Mengubah suai dan membuat perkaitan antara sesuatu dengan sebab musabab. Membuat rumusan saintifik daripada pengalaman. Mengaitkan pengalaman sebenar dengan konsep seperti memasak air sehingga cerek berbunyi dikaitkan dengan konsep air mendidih.

Domain Psikomotor Komponen yang berkaitan dengan domain psikomotor ini adalah komponen fizikal dan komponen kreativiti seni dan estetika. Perkembangan fizikal adalah satu aspek penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak yang optimum dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak yang sihat, pembentukan kendiri yang positif dan keyakinan diri. Penguasaan psikomotor yang baik amat penting bagi membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis.

12

Menurut Foster dan Headley (1966), Widmen (1970) dan Barbour serta Seafeld (1998) guru boleh membantu kanak-kanak mencapai kesejahteraan fizikal dengan membantu mereka membina kawalan motor kasar dam motor halus membentuk amalan kesihatan yang baik, membina sikap yang baik terhadap tubuh badan dan fungsinya, mempraktikkan prosedur-prosedur keselamatan, mengalami program yang seimbang dari segi rehat, aktiviti dan rekreasi serta menerima dan memahami ketidakupayaan dalam diri sendiri dengan orang lain. Kanak-kanak pada peringkat ini adalah kanak-kanak yang aktif. Pergerakan anggota mereka menyebabkan keletihan yang cepat. Oleh sebab itu mereka perlu diajar berehat. Aktiviti perkembangan fizikal dapat membantu meningkatkan kecerdasan, kesihatan dan keselamatan kanak-kanak. Aktiviti fizikal juga penting bagi memupuk kesejahteraan hidup dan kesedaran tentang gaya hidup yang sihat. Perkembangan fizikal menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan cergas. Menurut kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003 objektif perkembangan kanak-kanak pada peringkat awal ialah: 1) Menguasai kemahiran motor halus untuk membantu dalam aktiviti pembelajaran. 2) Membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. 3) Mengamalkan cara hidup sihat dan selamat 4) Membina minda sihat dan cergas. 5) Mengamalkan sikap keperihatinan kepada kesihatan anggota diri. Kemahiran dan kebolehan yang dapat diperhatikan dikategorikan kepada tiga aras iaitu aras rendah, sederhana dan tinggi. Pada aras rendah peringkat yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak ialah membiasakan diri contohnya seperti memanipulasi alat. Bagi aras

13

sederhana pula asas kemahiran merupakan peringakat yang perlu kanak-kanak kuasai contohnya seperti berlatih melakukan kemahiran secara latih tubi manakala pada aras tinggi kanak-kanak telah melalui peringkat perkembangan contohnya seperti mencuba menghapuskan kesalahan atau mendapat kepantasan.

Kandungan Komponen Perkembangan Fizikal Matlamat perkembangan fizikal mengikut garis panduan prasekolah kementerian pendidikan 1993 menekankan tiga aspek iaitu perkembangan psikomotor, kesihatan dan keselamatan. Aspek psikomotor melibatkan penguasaan kemahiran motor kasar dan motor halus. Aspek kesihatan melibatkan penjagaan kesihatan diri dan kebersihan persekitaran manakala aspek kesihatan melibatkan langkah-langkah pengjagaan keselamatan diri kanak-kanak dari bahaya. Elkind 1970, berpendapat kanak-kanak prasekolah seronok bermain yang memberi fasiliti dalam pergerakan dan membenarkan penggunaan tenaga yang maksima. Bermain adalah cara kehidupan semulajadi kanak-kanak menggunakan kapasitinya untuk membesar dan mempelajari banyak kemahiran. Aspek Keselamatan Menyedari dan mengenali perlakuan ataupun tindakan yang dapat menyebabkan kemalangan dan bahaya. Mengetahui dan menghindari tempat bahaya Mengamalkan langkah keselamatan diri dan orang lain. Aspek Kesihatan Mengetahui pentingnya menjaga kebersihan tubuh badan dan pakaian Memakai pakaian yang sesuai mengikut keadaan Mengetahui makanan seimbang serta tabiat makan yang baik untuk kesihatan Mengamalkan pergerakan yang betul untuk postur badan yang baik 14

Berlari ataupun mengayunkan badan, berjalan mengikut muzik dan berhenti apabila muzik diberhentikan. Membaling dan menangkap bola. Membuat pergerakan seperti haiwan.

Psikomotor Halus Aktiviti-aktivitiyang melibatkan psikomotor halus adalah: Memegang objek menggunakan jari dengan betul. Membuat pergerakan anggota badan mengikut arah dengan betul dalam aktiviti pembelajaran. Melakukan koordinasi mata dan tangan dengan baik dalam menyampaikan mesej. Bermain jari atau lakonan jari sperti dalam lagu satu jari dan lain-lain. Bermain dengan plastistin ataupun kertas secara meramas, memicit, mencubit, merenyuk, menggentel dan lain-lain. Memotong dan menampal. Melipat, mengoyak ataupun memotong kertas untuk dijadikan benda. Menguntai dan mengarang manik ataupun bunga, mencucuk benang pada jarum besar, mengenakan tali kasut, butang baju dan sebagainya. Membentuk corak di atas pasir, tanah, kanji dan sebagainaya.

Psikomotor Kasar Aktiviti-aktiviti yang melibatkan psikomotor kasar adalah: Melakukan pergerakan fizikal untuk meningkatkan kecergasan. Melakukan imbangan postur badan dengan betul. Melakukan pergerakan dengan selamat dalam situasi riang. Menerangkan cara menjaga kebersihan bahagian badan. Mengguna dan menjaga kebersihan tandas. Mengamalkan tabiat dan cara makan yang baik untuk kesihatan. Menyatakan beberapa penyakit kesan daripada tidak menjaga kebersihan diri atau persekitaran. 15

Berkerjasama antara satu sama lain dalam melakukan aktiviti dalam kelas dan luar kelas.

Strategi pengajaran dan pembalajaran Caplan dan Chaplan 1974, mengatakan kanak-kanak juga sepatutnya dibimbing dalam perkembangan kemahiran-kemahiran progresif untuk kegunaan dan kawalan tubuh badan. kanak-kanak belajar kawalan tubuh badan melalui permainan aktif seperti berlari, melompat, menolak, menarik, memanjat, membaling, mengimbang dan bekerjasama dengan rakan-rakan sebaya. keseronokkan dan kegembiraan adalah sebahagian dari permainan fizikal dan koordinasi, dan ketangkasan adalah perlu untuk meningkatkan proses pembelajaran.

Koordinasi motor kasar Wills dan Lindberg (1967) berpendapat, menekankan mengenai kanak-kanak prasekolah sepatutnya mengambil bahagian aktif secara fizikal dan dalam aktiviti-aktiviti berirama. Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti pergerakan yang aktif, pantas dan mencabar. Aktiviti pergerakan akan membantu pertumbuhan tubuh badan menjadi sihat. Selain itu, kanak-kanak dapat menguasai kemahiran fizikal serta dapat meningkatkan keupayaan pergerakannya. Pengalaman yang diperoleh melalui permainan, tarian serta gerak berirama dan aktiviti gimnastik menjadikan kanak-kanak seronok apabila mereka dapat menguasai kemahiran tertentu.

Contoh aktiviti motor kasar ialah: Melompat tali Bertenteng Mengayuh basikal Berenang Berjalan mengiring ke depan, ke belakang dan ke tepi. 16

Mengimbang pada papan imbangan. Contoh-contoh motor kasar

Koordinasi motor halus Kemahiran motor halus melibatkan kemahiran menggunakan otot kecil seperti pergerakan jari serta koordinasi mata dan jari. Antara aktiviti kemahiran motor halus yang boleh dijalankan ialah: Merantai manik. Menjahit kad berlubang Menconteng lukisan

17

Menguli, menggentel dan mencubit doh Melipat, mengoyak dan merenyuk kertas Menggunting kertas, daun dan sebagainya Menjentik getah, tutup botol ataupun buah saga Melukis gambar Contoh-contoh motor halus

Nation Association For The Education Of Young Children (1986), menyatakan guru yang baik akan menyediakan persekitaran yang merangsang, bahan-bahan dan aktiviti yang mencabar terhadap kanak-kanak untuk membolehkan mereka menggunakan peluang harian untuk menggunakan motor kasar untuk berlari, melompat dan mengimbang.

18

Guru merancang aktiviti luar untuk membina dan mengembangkan kemahirankemahiran motor kasar, belajar mengenai persekitaran mereka dan melahirkan perasaan mereka secara bebas. kanak-kanak juga boleh mengasah kemahiran motor halus malalui aktiviti main seperti melukis, mewarna, meramas, menggunting, puzzle dan memicit.

Kreativiti berdasarkan lukisan Bustam Kamri 2004, menyatakan kreativiti adalah proses dan bukan dilihat daripada penghasilannya. Perkembangan kreativiti berbeza mengikut tahap umur kanakkanak.Contoh lukisan adalah seperti: 3 hingga 4 tahun berbentuk titik-titik garisan

4 hingga 5 tahun pangkah gelombang bulatan spring zig zag bintang

5 hingga 6 tahun bulatan kolam orang lidi wajah matahari lukis ayah

19

lukis adik

Domain Afektif Domain afektif ialah bidang yang berkait rapat dengan perasaan, emosi, sikap dan tingkah laku. Afektif dan unsur emosi saling berkait rapat. Perubahan fisiologi terhadap ransangan yang ditanggapkan ini dikenali sebagai kebangkitan emosi. Emosi memainkan peranan penting dalam kehidupan kanak-kanak. Ada perkara atau benda yang dialami seseorang mendatangkan rasa senang dan sesetengahnya pula mendatangkan rasa sebaliknya. Kadangkala perasaan ini menjadi matlamat yang ingin dicapai seseorang. Lazimnya apabila sesuatu pengalaman emosi itu menyenangkan, mereka akan merasa terdorong untuk mencapai matlamat itu. Emosi menambah keseronokan kepada pengalaman kanak-kanak sehari-hari, menjadi penggerak kepada tindakan, dan memberi makna kepada bentuk tindakan yang akan diambil. Emosi juga mempengaruhi persepsi dan tingkah laku seseorang terhadap orang lain dan juga terhadap alam sekelilingnya. Seterusnya emosi menentukan corak penyesuaian yang akan diambil dalam sesebuah kehidupan. Afektif mempunyai 5 hirarki iaitu:1) Penerimaan Tunjuk sejauhmana penerimaan murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. 2) Gerak balas Respon terhadap sesuatu perkara seperti menyoal, menjawab, membuat dan menulis 3) Menghargai nilai Ditunjukkan melalui minat terhadap pelajaran dan sanggup bekerjasama dgn. rakan sebaya serta guru.

20

4) Organisasi Menghubungkan nilai-nilai yang diterima ke dalam situasi lain. 5) Perwatakan Tingkah laku terkawal serta pembentukan peribadi berdasarkan kepecayaan dan sikap terhadap sesuatu perkara. Afektif mendorong kanak-kanak : Mengenalpasti perasaan diri hasil daripada penglibatan dalam aktiviti fizikal. Dapat mengawal perasaan ketika kalah, menang, atau bertelagah. Menghargai persamaan dan perbezaan melakukan aktiviti fizikal. Merasa seronok melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Merayakan kejayaan & pencapaian diri sendiri serta orang lain. Berlatih di rumah untuk keseronokan & faedah senaman.

Kesimpulan Pengurusan rekod perkembangan dan pencapaian kanak-kanak dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor merupakan satu perkembangan dan tingkah laku murid yang perlu direkod dan disediakan dengan tepat dan jelas. Pemerhatian yang dilakukan oleh guru adalah satu cara untuk mengumpul maklumat.Guru perlu ada kemahiran memerhati serta prihatin pada apa yang berlaku pada setiap kanak-kanak. Setiap gerak geri,tindak balas serta reaksi yang dilihat dan didengar semasa murid melakukan aktiviti secara berkumpulan atau pun individu memberi maklumat penting berkenaan perkembangan murid itu. Gambaran ini kemudiannya direkod secara sistematik supaya perisiannya jelas,tepat dan lengkap.

21

BIBILIOGRAFI Bhasah bin Hj. Abu Bakar Pengujian, Pengukuran, Dan Penilaian Pendidikan, 2006, Kuala Lumpur Dr.Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah 2003. Panduan Pendidikan Prasekolah. Bentong, Pahang, PTS Publications & Distributor Sdn.Bhd. Prof. Madya Dr.Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad 2004. Panduan Kurikulum Prasekolah. Bentong, Pahang, PTS Publications & Distributor Sdn.Bhd. Ramlah Jantan, Mahani Rzali, Psikologi Pendidikan Pendidikan kontemporari. Edisi Revisi. Universiti Pendidikan Sultan Idris. http://www.yahoo.com/asssessment.html http://www.kardelenanaokulu01.sitemynet.com http://www.irmak.k12.tr

22

Anda mungkin juga menyukai