Saluran komunikasi merupakan laluan mesej yang mengalir dari individu ke individu lain
atau dari satu kelompok ke kelompok lain atau kedua-duanya sekali. Semua organisasi
mengunakan kedua-dua saluran komunikasi, iaitu yang rasmi dan tidak rasmi. Saluran
rasmi ialah rangkaian atau rantai komunikasi yang menentukan arah dan aliran mesej
rasmi di kalangan ahli-ahli dan bahagian di dalam organisasi. Saluran komunikasi rasmi
ini merupakan sebahagian daripada struktur organisasi yang menyalurkan mesej
mengikut peraturan, adat, kebiasaan, pengagihan autoriti, pangkat, dan jenis tugas di
dalam organisasi.
Saluran komunikasi tidak rasmi pula merangkumi rangkaian atau rantai komunikasi yang
wujud daripada perhubungan sosial dan persahabatan di persekitaran tempat kerja.
Saluran tidak rasmi ini disebut grapevine, dan dianggap sebagai komunikasi tidak rasmi
yang terpenting di dalam organisasi.
Di dalam organisasi, menghantar mesej atau maklumat mengikut saluran tertentu masih
dianggap tidak mencukupi dan tidak berkesan sekiranya mesej atau maklumat yang
dihantarkan itu tidak mengandungi ciri-ciri seperti berikut:
1. Mesej atau maklumat itu mestilah difahami oleh pihak penghantar dan pihak
penerima.
2. Mesej dan maklumat itu mestilah dipercayai tentang kebenarannya.
3. Mesej atau maklumat itu mestilah diterima oleh pihak penerima.
Di dalam organisasi yang kompleks, tidak kesemua mesej yang dihantar itu mengandungi
ciri-ciri di atas. Satu sebabnya, seetengah saluran rasmi menghantar mesej secara sehala
dan peluang untuk mendapatkan maklum balas paling minimum dan kadang kala
langsung tidak wujud. Di dalam organisasi besar pula, kebanyakan komunikasi dibuat
secara bertulis dan sekiranya peruntukan untuk mendapatkan maklum balas secara
bertulis diberikan, walaupun perkara ini jarang berlaku, maklum balas itu dianggap tidak
penting dan tidak perlu dijawab dengan segera. Di dalam komunikasi, maklum balas yang
segera merupakan satu alat untuk mencapai kefahaman, penerimaan, dan kredibiliti.
Carta organisasi tidak dapat menunjukkan kesemua saluran komunikasi formal kecuali
saluran yang khusus sahaja. Rajah 6.1 menunjukkan satu struktur organisasi yang
menunjukkan bahagian kerja dan hierarki autoriti. Ia juga menunjukkan saluran rasmi
yang mesej rasmi mesti mengalir antara dan dalam lingkungan bahagian berasingan.
Komunikasi rasmi selalunya bergerak mengikut laluan struktur organisasi tersebut (lihat
rajah 6.1).
1
PENGU
RUS
P. Pengurus P. Pengurus
Pemasaran Pentadbiran
Di dalam organisasi besar yang mengandungi banyak tingkat hierarki dan pengurus
bahagian, masalah komunikasi sering terjadi seperti maklumat yang dihantar tidak
sampai, lambat sampai atau maklumat tersebut apabila sampai, telah diubah maknanya
sama ada secara langsung atau tidak langsung oleh pihak penghantar yang menyampai
secara mulut. Oleh itu, banyak organisasi cuba mengurangkan bilangan hierarki dengan
harapan komunikasi dapat berjalan dengan berkesan dan efektif.
Saluran komunikasi formal mewujudkan aliran perjalanan maklumat yang teratur dan
membolehkan maklumat yang diperlukan itu diterima oleh mereka yang perlu membuat
keputusan atau mengambil tindakan. Sebagai contoh, Penolong Pengurus Pemasaran
hendaklah diberitahu oleh Pegawai Jualan berhubung dengan penjualan. Kemudiannya,
Penolong Pengurus Pemasaran itu akan memberitahu pula bahagian bekalan supaya
menyediakan pesanan tersebut untuk dihantar kepada pihak pembeli. Pihak bahagian
bekalan pula akan menghantar maklumat pesanan tersebut kepada bahagian tuntutan
dan kredit yang seterusnya akan menyediakan dan membuat tuntutan kepada pembeli.
Jelaslah, mengikut saluran maklumat formal organisasi, maklumat dihantar dan diterima
oleh pihak-pihak berkenaan secara teratur mengikut pertalian aktiviti.
Mesej yang bergerak mengikut saluran menegak mengalir secara dua hala. Pertama,
mesej mengalir dari atas ke bawah. Ini bermakna mesej tersebut datangnya daripada
pihak atasan, ditujukan kepada pihak pengurusan pertengahan dan seterusnya kepada
pengurusan operasi. Mesej berbentuk demikian selalunya bersifat arahan atau perintah
berhubung dengan sesuatu tindakan yang harus diambil oleh kakitangan bawahan. Mesej
ini juga diterima dan diambil tindakan oleh kakitangan bawahan dengan secepat mungkin
jika dibandingkan dengan mesej yang mengalir daripada pihak bawahan kepada pihak
atasan.
2
peringkat atasan. Mesej berbentuk ini selalunya bersifat cadangan, pendapat-pendapat
atau masalah-masalah peribadi atau kerja yang ingin dibawa kepada pengetahuan
pegawai-pegawai atasan.
Pegawai atasan dan kakitangan bawahan mestilah bekerjasama sekiranya organisasi itu
mahukan komunikasi dari bawah ke atas yang berkesan. Misalnya, sekiranya cadangan
berhubung dengan susunan di dalam pejabat oleh kerani tadi tidak mendapat maklum
balas daripada pihak pentadbir, sudah tentu beliau menganggap cadangannya itu tidak
bermakna atau tidak bernilai. Di dalam suasana demikian, kepercayaan dan semangat
bekerjasama dan perasaan muhibah di kalangan kakitangan tidak akan wujud dan
terjalin. Bahkan, keadaan seperti ini meluaskan jurang di antara pihak atasan dengan
pihak bawahan.
Saluran mendatar digunakan apabila ahli-ahli di tingkat hierarki autoriti yang sama
berkomunikasi di antara satu sama lain. Misalnya, seorang pekerja berhubung dengan
pekerja yang lain atau seorang pengurus berhubung dengan seorang pengurus yang lain.
Bagaimanapun komunikasi di antara seorang kakitangan di bahagian pentadbiran dengan
kakitangan bahagian kewangan juga dilakukan melalui saluran komunikasi mendatar
yang tidak formal. Komunikasi secara tidak formal ini wujud berdasarkan pergaulan dan
persahabatan di kalangan kakitangan di dalam organisasi. Sebagai contoh, penolong
pengurus pentadbiran memberikan pandangannya tentang strategi harga kepada
penolong pengurus pemasaran di dalam satu majlis jamuan makan malam.
Masalah yang seringkali timbul di dalam komunikasi mendatar ini ialah disebabkan
maklumat yang diperlukan oleh sesuatu bahagian itu hanya didapati atau berada di
bahagian yang lain dan kadangkala terdapat mereka yang inginkan maklumat tetapi tidak
mengetahui bahawa maklumat tersebut didapati di bahagiannya.
Komunikasi tidak formal wujud daripada interaksi sosial di kalangan mereka yang bekerja
di tempat yang sama. Komunikasi seperti ini berlaku bukanlah secara perhubungan
formal seperti seorang pengurus berkomunikasi dengan seorang pekerja atau seorang
pengurus bahagian berkomunikasi dengan seorang pengurus bahagian yang lain melalui
saluran komunikasi formal mengikut struktur hierarki organisasi. Komunikasi tidak formal
ini digunakan oleh seorang pengurus yang mempunyai perhubungan rapat atau bergaul
dengan kakitangan lain atau apabila wujudnya kelompok-kelompok tidak formal yang
sentiasa berkomunikasi di antara satu sama lain. Ahli-ahli kelompok ini juga
berkomunikasi, menyebarkan dan bertukar maklumat di kalangan mereka.
3
seorang yang berpengaruh di dalam sesuatu kumpulan sudah tentu dapat mempengaruhi
ahli-ahli jika dibandingkan dengan seorang yang tidak mempunyai kredibiliti. Di dalam
keadaan demikian, kita akan dapati orang yang berpengaruh itu selalunya lebih banyak
bercakap dengan memberi cadangan-cadangan serta nasihat-nasihat kepada orang lain.
Begitu juga di dalam sesuatu mesyuarat jawatankuasa, terdapat mereka yang
berkedudukan tinggi di dalam organisasi yang secara langsung atau tidak langsung akan
mempengaruhi keputusan mesyuarat tersebut. Mereka ini juga melibatkan diri secara
aktif dan penuh kesungguhan dengan memberikan cadangan-cadangan untuk membuat
keputusan.
Pendengaran 45 peratus
Percakapan 30 "
Pembacaan 16 "
Penulisan 9 "
-------------
Jumlah 100 peratus
--------------
Selain daripada kaedah komunikasi yang tersebut di atas, komunikasi secara pergerakan
badan atau anggota badan juga dipraktikkan. Tingkah laku, pakaian dan gaya individu,
isyarat yang menggunakan anggota tubuh badan, senyuman dan muka yang muram
dapat menunjukkan sikap dan perasaan individu terhadap sesuatu.
4
mengeluarkan arahan-arahan organisasi, walaupun ia baik untuk mewujudkan interaksi di
kalangan kakitangan dan untuk mendapat pandangan-pandangan daripada pihak lain.
Komunikasi bertulis penting di dalam organisasi besar. Pengurus tidak mungkin dapat
berkomunikasi secara lisan dengan kakitangan yang begitu ramai di sesuatu bahagian.
Laporan, notis-notis, peraturan, arahan dan berita organisasi akan disebarkan kepada
kakitangan oleh pihak pengurusan. Masalah yang mungkin timbul daripada komunikasi
bertulis ini ialah pihak penghantar tidak tahu sama ada pihak penerima telah menerima
dan memahami maklumat itu. Terdapat maklumat yang dihantarkan oleh pihak tertentu
tetapi tidak diterima dan tidak dibaca atau tidak difahami maksud kandungan maklumat
tersebut. Perkara ini berlaku mungkin disebabkan maklumat yang diterima itu terlampau
panjang, tidak jelas dan tidak bersangkutan dengan diri penerima. Di dalam hal ini, pihak
pengurusan seharusnya mengamalkan penulisan laporan atau surat secara ringkas,
tepat, bermakna dan mudah difahami. Di dalam organisasi perniagaan, sekiranya kita
tidak dapat menulis laporan yang pendek, kita tidak perlu lagi menulis laporan yang
panjang kerana ia tidak mungkin dibaca.
Sekiranya komunikasi tidak dapat dilakukan dengan berkesan, maka suasana yang baik
tidak akan wujud di dalam sesebuah organisasi. Ini disebabkan tidak terdapat
perhubungan di antara kakitangan, sama ada di antara pihak atasan dengan pihak
bawahan, di antara satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain atau di antara
kakitangan yang sama tempat kerja dan seterusnya akan menimbulkan syak wasangka
tentang sesuatu yang dianggap penting dan perlu dimaklumkan oleh pihak tertentu.
6.7 RUMUSAN
Komunikasi atau perhubungan di antara pihak atasan dengan peringkat bawahan dan di
antara satu bahagian dengan satu bahagian yang lain, itu penting di dalam sesebuah
organisasi. Sistem penghantaran dan penerimaan maklumat yang baik dapat memastikan
penyelarasan aktiviti organisasi dibuat tanpa sebarang masalah dan keraguan. Sekiranya
dasar, peraturan, prosedur dan aturcara yang telah diwujudkan oleh pihak pengurusan itu
diterangkan dengan jelas dan difahami serta diterima oleh semua kakitangan organisasi,
maka pihak pengurusan tidak memerlukan pengawasan yang rapi lagi ke atas kakitangan
5
untuk menentukan pelaksanaannya. Dengan demikian, pihak pengurusan dapatlah
menumpukan masa mereka sepenuhnya kepada tugas-tugas atau urusan penting seperti
perancangan jangka masa organisasi.
Di samping menyediakan komunikasi satu hala, iaitu komunikasi bercorak arahan dengan
pihak pengurus atasan menyalurkan maklumat atau arahan kepada pihak bawahan,
tetapi pihak bawahan hendaklah juga diberikan kesempatan atau peluang untuk
mengemukakan sesuatu cadangan atau buah fikiran mereka. Mungkin cadangan atau
pandangan daripada pihak bawahan itu amat penting kepada organisasi keseluruhannya.
Pihak pengurus atasan hendaklah juga memberikan peluang kepada pihak bawahan
untuk mengadakan perbincangan secara terbuka untuk menyelesaikan masalah urusan
harian dan masalah perancangan bahagian ataupun organisasi. Sistem komunikasi dua
hala ini atau dasar pintu terbuka yang diamalkan oleh pihak organisasi sudah pasti dapat
mewujudkan suasana yang baik di tempat kerja serta menjamin persefahaman dan
hubungan yang erat di kalangan pekerja.