Anda di halaman 1dari 11

Keperihatinan Guru-Guru Pelatih Terhadap Isu-Isu Alam Sekitar

Mohd Zaaba Haji Ismail (zabb02@yahoo.com)


Institut Perguruan Sultan Abdul Halim
Jalan Kuala Ketil
08000 Sungai Petani, Kedah
Tel: 04-4218621/2 Faks: 04-4218582

Zurida Haji Ismail (zue_ismail@yahoo.com)


Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang

Kata kunci: isu-isu alam sekitar, guru pelatih, pendidikan lestari

Pengurusan pengajaran: Kurikulum dan pedagogi

Abstrak
Pembangunan lestari kini merupakan tema yang sangat diutamakan dan menjadi
sebahagian daripada matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan (PIPP 2001-2010).
Pendidikan dilihat sebagai suatu elemen penting dalam membantu negara bagi
mencapai hasrat dalam pembangunan lestari. UNESCO: Agenda 21 (1992), Bab
36 turut menjelaskan peranan pendidik dan pendidikan dalam membantu
perkembangan pembangunan lestari dan usaha meningkatkan keupayaan manusia
dalam menangani isu-isu persekitaran dan pembangunan. Pemanasan global dan
perubahan iklim adalah antara isu alam sekitar yang seharusnya ditangani guru
melalui pendidikan. Kertas kerja ini akan membentangkan dapatan daripada
suatu tinjauan yang bertujuan untuk meninjau pengetahuan tentang isu-isu alam
sekitar termasuk pemanasan global dan perubahan iklim. Tinjauan melibatkan
bakal-bakal guru sains/kimia yang sedang mengikuti kursus pendidikan guru pra-
perkhidmatan. Dua isu ini memang hangat diperkatakan namun menurut Royal
Chemical Society tidak diberi penekanan yang sewajarnya dalam kurikulum
maupun buku teks. Keperihatinan guru dan bakal guru adalah penting bagi
memastikan PIPP yang dirancang terlaksana dengan jayanya.

Pengenalan

Sejak akhir-akhir ini masalah-masalah alam sekitar telah menjadi semakin rumit dan
kompleks. Masalah-masalah seperti penipisan lapisan ozon, pemusnahan hutan,
kepupusan biodiversiti, peluasan kawasan gurun, pemanasan global dan perubahan iklim
dunia menunjukkan wujudnya interaksi yang kompleks antara manusia dan
persekitarannya. Saintis dan pencinta alam pada dasarnya telah bersetuju bahawa asas
kepada kebanyakan isu dan masalah ini adalah sikap tidak bertanggungjawab manusia
sendiri terhadap alam sekitar (Ramsey, 1993).

Krisis-krisis ekologi yang berterusan dan semakin meruncing dewasa ini mendorong
banyak pihak terutamanya dalam kalangan ahli-ahli sains alam sekitar dan pencinta-
pencinta alam mendesak agar dilakukan sesuatu bagi mengubah nilai, konsep dan sikap
terhadap alam sekitar di kalangan warga masyarakat (Naess, 1990). Pendidikan dilihat
sebagai salah satu cara untuk mendorong perubahan sikap ini. Justeru, adalah penting
pendidikan diorientasi semula ke arah pembangunan lestari untuk menjadikan
penghuninya lebih memahami tempat di mana mereka tinggal, memberi
keyakinan untuk mereka meneruskan kehidupan, mengetahui peranan yang perlu
dimainkan dalam menghadapi masalah yang kompleks dan rencam yang
mengancam kehidupan pada masa kini dan akan datang....
(McKeown, 2002: halaman 1).
Pembangunan alam sekitar yang lestari merupakan sebahagian daripada elemen dalam
matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2001-2010. Pendidikan
pembangunan lestari dan pendidikan alam sekitar boleh dianggap sebagai satu set
gagasan pengetahuan yang melibatkan perubahan tingkah laku dan amalan konstruktif
dalam satu persekitaran.

Pelaksanaan pendidikan lestari di institusi pendidikan, kurikulum dan pedagogi melalui


Pendidikan Alam Sekitar merupakan suatu usaha yang mencabar. Ia memerlukan
kesepaduan dalam penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
bertujuan untuk mengubah kehidupan manusia ke arah kehidupan yang lebih baik dan
sempurna. Justeru, guru-guru bukan sahaja perlu menguasai isi kandungan mata
pelajaran khusus yang diajar, tetapi juga perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran
tentang alam sekitar serta konsep-konsep asas yang mendasari sesuatu isu alam sekitar.
Namun, kajian-kajian sebelum ini mendapati tahap pengetahuan, kesedaran dan sikap
terhadap alam sekitar dalam kalangan guru-guru pelatih maktab, guru-guru sekolah dan
pelajar-pelajar sekolah masih di aras rendah ke sederhana (Quah, 1980; Chin, 1994; dan
Ng, 1996). Chin (1994) mendapati tahap pengetahuan guru-guru pelatih maktab
perguruan adalah sederhana sahaja. Guru-guru yang kurang pengetahuan tentang alam
sekitar mungkin tidak berkeyakinan mengintegrasikannya dalam mata pelajaran lain yang
diajar. Alasan ini sering diberi oleh guru-guru untuk tidak mengintegrasikan konsep-
konsep Pendidikan Alam Sekitar dalam mata pelajaran yang diajar (Patil, 2005). Malah
pembelajaran alam sekitar dari aspek sainsnya adalah agak sukar dipelajari tanpa
penguasaan pengetahuan asas yang baik dalaml semua bidang yang terlibat (Ahmad
Badri, 1987).

Guru-guru pelatih bakal menjadi guru di sekolah suatu hari nanti. Pengetahuan dan sikap
di peringkat maktab sedikit sebanyak boleh dijadikan kayu pengukur kejayaan program
Pendidikan Alam Sekitar ini di peringkat sekolah. Seperti yang dicadangkan oleh
Hungerford dan Volk (1990), guru-guru pelatih yang mempunyai pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang baik tentang alam sekitar boleh menjayakan program
Pendidikan Alam Sekitar. Sebagai bakal-bakal guru yang akan mendidik generasi akan
datang pengetahuan dan sikap yang baik terhadap alam sekitar di kalangan pelajar-pelajar
ini adalah kritikal. Shulman (1986) turut menyokong pernyataan ini dengan
mencadangkan bahawa pengetahuan isi kandungan guru dalam sesuatu bidang
merupakan kriteria yang amat penting dalam menentukan keberkesanan pengajaran mata
pelajaran tersebut.

Guru-guru pelatih ini akan menjadi contoh serta bertanggungjawab menerapkan


pengetahuan dan sikap yang positif kepada pelajar-pelajar mereka nanti. Generasi muda
yang masih di bangku sekolah ini pula adalah pelapis kepada pemimpin serta penggubal
dasar dan polisi negara. Mereka juga adalah bakal , saintis, pengguna, pengundi, dan
pembayar cukai. Di tangan merekalah nanti masa hadapan alam sekitar dunia ini akan
dicorakkan. Jadi, amatlah penting ditinjau sama ada guru-guru pelatih ini, yang bakal
menjadi guru suatu hari nanti mempunyai pengetahuan dan sikap yang sesuai dengan
keperluan dan objektif Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia. Ini akan membantu
perancangan dan langkah selanjutnya untuk memantapkan lagi Pendidikan Alam Sekitar
di negara ini selaras dengan kehendak konsep “pendidikan untuk pembangunan yang
lestari” yang dicadangkan oleh Bangsa-bangsa Bersatu dalam Sidang Kemuncak Dunia
untuk Pembangunan Lestari 2002.
Tujuan
Kajian ini bertujuan untuk meninjau pengetahuan guru-guru pelatih tentang isu-isu alam
sekitar semasa seperti perubahan iklim dan pencemaran. Walaupun perkara-perkara ini
tidak diajar secara langsung dalam kuliah namun isu-isu ini sering dibicarakan dalam
media cetak dan elektronik. Justeru, pengetahuan tentang isu alam sekitar, khasnya
tentang pemanasan global dan perubahan iklim ini bukan suatu perkara yang sukar
diperolehi bagi seseorang yang prihatin tentang kejadian di sekelilingnya.

Metodologi
Kajian ini merupakan suatu kajian tinjuan untuk mengetahui pengetahuan dan kepekaan
guru-guru pelatih tentang isu-isu alam sekitar. Kajian melibatkan seramai 183 orang guru
pelatih berkhususan dalam subjek kimia sebagai major atau minor (Jadual1) dan berdaftar
dalam kursus Chemistry Teaching Methods. Data dikumpul melalui soal selidik yang
mengandungi item-item berkaitan perubahan iklim, pemanasan global dan juga
pencemaran. Soal selidik ditadbirkan pada awal semester semasa kuliah. Data yang
dikumpul dianalisis menggunakan SPSS versi 11.5 dengan mengira kekerapan respons
bagi setiap soalan yang terdapat dalam soal selidik.

Jadual 1
Ciri-ciri responden

Ciri-ciri responden

157
160

140

120

100

80 73

60 51
45
40
26
20 14

0
Fizik Kimia Biologi Matematik Lelaki Perempuan

Rajah 1: Ciri-ciri responden


Dapatan dan perbincangan
Rajah 1 menunjukkan taburan respons bagi soalan berkaitan isu-isu atau masalah alam
sekitar. Data menunjukkan kumpulan guru pelatih ini berpendapat keadaan alam sekitar
berada keadaan amat tidak baik (56%). Pemanasan global dianggap sebagai masalah
utama yang dihadapi sekarang diikuti dengan masalah pencemaran air dan penipisan
lapisan ozon.

Masalah alam sekitar

Masalah lain 3

Hujan asid 5

Kepupusan spesis 11

Kehilangan lapisan ozon 27

Sampah dan bahan buangan 25

Pencemaran udara 22

Pencemaran air 33

Pemanasan global 152

0 20 40 60 80 100 120 140 160


Kekerapan

Rajah 1: Masalah alam sekitar


Pada keseluruhannya kumpulan guru pelatih yang terlibat dalam kajian ini mempunyai
pengetahuan yang baik tentang pemanasan global. Mereka berpendapat suhu muka bumi
sedang meningkat dan peningkatan suhu ini membawa ke arah pemanasan global yang
sudah terbukti berlaku dan bukan lagi suatu cerita rekaan para saintis (Rajah 2). Masalah
pemanasan global dianggap akan menjadi semakin serious di masa akan datang.
Pemanasan global

Kefahaman
Agak baik 122

Pemanasan Baik 52

global suhumuka bumi

Setuju 147
Peningkatan

Berlaku 163
Pemanasan

Terbukti 168

0 20 40 60 80 100 120 140 160 180


Kekerapan

Rajah 2: Pemanasan global

Rajah 3 menunjukkan taburan respons bagi item-item berkaitan perubahan iklim. Rata-
rata guru pelatih berpendapat perubahan iklim sudah berlaku dan merupakan ancaman
besar bagi penduduk muka bumi. Masalah ini turut memberi impak yang besar terhadap
kehidupan manusia. Mereka berpendapat perubahan iklim ini adalah disebabkan oleh
aktiviti manusia sendiri yang menghasilkan bahan-bahan yang mencemar alam sekitar
termasuk membebaskan gas rumah hijau. Pembebasan gas rumah hijua ini turut
meningkatkan suhu permukaan bumi.

Perubahan iklim

200
180
160
140
120
100
174 175 178
80 153 152 159 165 165
60
40 82 85
20
17 11 22
9
Tidak setuju

Naikkan tarif

6 6
penggunaan

penggunaan
Tidak akan

2 2 2
Tidak pasti

Tidak pasti

Tidak pasti
hayat saya

Gas rumah

0 0
mencukupi
Memenuhi

Bangunan
ancaman

Kurangkan
Kurangkan

Naikkan
terdekat
berlaku

Setuju

Besar
Sudah

Kecil

tuntutan
Bukan
Masa

Jangka

cukai
berlaku

Tidak

eletrik
hijau

Perubahan iklim Punca_aktiviti Ancaman Tindakan Langkah-langkah


manusia kerajaan

Rajah 3: Perubahan iklim


Mereka berpendapat bahawa pihak kerajaan tidak mengambil langkah yang secukupnya
bagi membendung atau mengatasi masalah perubahan iklim ini. Begitu juga dengan
pihak media yang dianggap tidak memberi liputan yang sewajarnya terhadap masalah
pemanasan global dan perubahan iklim (43%). Kajian-kajian komunikasi menunjukkan
bahawa kualiti dan gaya pelaporan berita mempengaruhi secara signifikan kefahaman dan
persepsi pembaca tentang pemanasan global dan perubahan iklim (Corbett and Durfee,
2004).

Pandangan tentang kitar semula

19 143
Memerlukan banyak usaha 3342 108
47 6471
Tak tahu bahan sesuai untuk kitar semula 17 41 125
21 161
Berkecuali
Menyelesaikan masalah negara 30 159
Setuju
9 145
Tak setuju
Contoh yang baik 6 175
36 101
Sepatutnya dilakukan 28 155

1 177
Melindungi alam sekitar 6 174

0 50 100 150 200


Kekerapan

Rajah 4: Pandangan tentang kitar semula


Antara langkah yang disarankan diambil oleh pihak kerajaan ialah:
• Menghasilkan kenderaan yang kurang mengguna gasolin
• Membina peralatan yang jimat tenaga, tidak banyak mengguna banyak tenaga
elektrik
• Membina bangunan-bangunan dan pejabat-pejabat baru yang tidak memerlukan
banyak tenaga untuk menyejukkannya
• Mengurangkan pembebasan gas rumah hijau
• Menaikkan tarif elektik bagi mengurangkan penggunaan tenaga berkenaan
• Menaikkan cukai gasolin bagi mengurangkan penggunaan kenderaan.

Pun begitu, pelestarian alam sekitar tidak dapat dicapai melalui instrumen perundangan
dan kaedah saintifik semata-mata. Ia memerlukan dokongan falsafah, budaya, dan agama
untuk memastikan masyarakat lebih sedar, prihatin dan bertanggungjawab melestarikan
alam sekitar kita (Zaini Ujang, 2006).

Keperihatinan tentang masalah yang melanda alam sekitar telah membuatkan hampir
61% daripada mereka untuk mengambil langkah-langkah bagi mengurangkan
penggunaan dan pembaziran tenaga manakala 32% lagi bercadang untuk berbuat
demikian. Antara langkah yang diambil ialah mengitar semula bahan-bahan yang diguna
seperti bahan plastik, keras dan kaca (61%). Kumpulan guru pelatih ini berpendapat
langkah mengitar semula bahan buangan suatu aktiviti yang patut dilaksanakan kerana:
• Membantu melindungi alam sekitar
• Mengurangkan tempat pelupusan sampah
• Memberi contoh kepada orang lain
• Membantu dalam mengatasi masalah alam sekitar negara
• Mengurangkan sampah dan sumber dapatan sampingan
• Menjadi satu program komuniti dengan menggembelingkan semua tenaga ahli
• Tidak memerlukan banyak usaha,dan
• Sesuai dengan gaya hidup dan rutin harian.
Namun, bagi menjayakan program ini perlu diperbanyakkan pusat kitar semula atau
bekas kitar semula bagi memudahkan pengguna.

Pendidikan merupakan unsur penting untuk membuka minda masyarakat supaya lebih
celik alam sekitar. Bagi melahirkan masyarakat yang lebih mencintai alam sekitar
pendidikan yang sewajarnya haruslah diberi kepada mereka. Pendidikan yang
dimaksudkan bukan sahaja harus melibatkan pendedahan maklumat dan konsep-konsep
alam sekitar sahaja tetapi perlu juga mengambil kira unsur-unsur afektif seperti nilai dan
sikap. Pendidikan akademik yang tinggi tidak menjamin terhasilnya warga masyarakat
yang cinta alam sekitar tanpa dilengkapi dengan nilai dan sikap yang sesuai. Ini kerana
masalah-masalah alam sekitar selain dari bersifat saintifik, sebenarnya adalah juga
masalah sosial yang memerlukan komponen nilai dan sikap ini untuk mengatasinya.

Satu faktor yang mengkin menjadi penghalang dalam pendidikan tentang pemanasan
global dan perubahan iklim ialah keyakinan guru dalam bidang ini. Perubahan iklim
adalah suatu topik yang agak mencabar untuk diajar dan belajar. Dengan terdapatnya
kemajuan yang pesat dalam bidang sains perubahan iklim, maka adalah penting bagi
pendidik untuk mendapat bahan-bahan mengajar terkini dan relevan untuk
menyampaikan konsep-konsep asas dengan cara yang boleh merangsang minat murid.
Walaupun agak mencabar untuk mengajar, kekompleksian topik perubahan iklim
memberi ruang untuk perkembangan pemikiran aras tinggi dalam menganalisis isu-isu
daripada sudut inter dan multi-disiplin.

Kurikulum dan kaedah pengajaran perlulah memberi lebih penekanan kepada aktiviti-
aktiviti yang berasaskan penyelesaian masalah. Pelajar-pelajar harus diberi peluang
untuk membuat penilaian dan mengambil tindakan yang sesuai dalam menyelesaikan isu
yang benar-benar wujud di alam sekitar kita. Ini selaras dengan saranan UNESCO iaitu
Pendidikan Alam Sekitar seharusnya berbentuk “tentang alam sekitar, di dalam alam
sekitar dan daripada alam sekitar”.

UNESCO: Agenda 21 Bab 36 menjelaskan tentang peranan pendidik dalam usaha


meningkatkan keupayaan manusia untuk menangani isu-isu tentang persekitran dan
pembangunan. Untuk tujuan itu adalah perlu bakal-bakal guru mempunyai pengetahuan
yang cukup tentang alam sekitar, juga memegang nilai dan memiliki sikap yang
sewajarnya. Bagi melahirkan guru-guru yang sebegini, pendidikan guru harus berupaya
membekalkan guru dengan pengetahuan konsep dan maklumat tentang alam sekitar yang
cukup agar boleh dijadikan dasar untuk mengembalikan semula keseimbangan alam
sekitar yang telah kita ganggu. Lebih penting lagi, pendidikan guru perlu dirancang agar
dapat menghasilkan guru yang mampu membentuk minda generasi akan datang. Mereka
ini adalah aset penting untuk pembangunan lestari.

Kesimpulan
Pengetahuan isu-isu alam sekitar selalunya tidak diperolehi dari satu kurikulum yang
formal. Sebaliknya orang ramai biasanya memperolehi pengetahuan ini melalu media-
media massa seperti surat khabar, radio, televisyen, majalah dan lain-lain (NEETF,1999).
Pun begitu, dapatan kajian menunjukkan guru-guru pelatih yang terlibat dalam kajian ini
bukan sahaja peka akan masalah berkaitan alam sekitar terutama tentang pemanasan
global dan perubahan iklim malah turut berasa bimbang akan impak perubahan yang
berlaku dalam alam sekitar terhadap kehidupan mereka dan generasi akan datang. Bakal-
bakal guru ini boleh menjadi satu usaha permulaan ke arah menghasilkan warga
masyarakat yang boleh menyumbang kepada pelestarian alam sekitar. Hal ini adalah
penting kerana menurut Nordhaus dan Shellenberger, pengarang buku The Death of
Environmentalism (2004) pergerakan hijau (green movement) masih gagal mencapai
kemajuan sebenar dalam isu alam sekitar yang paling penting pada masa kini: perubahan
iklim.

Rujukan
Ahmad Badri Mohamad (1987). Dilema alam sekitar. Dalam Ahmad Badri Mohamad
(Ed.). Perspektif persekitaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Chin, P.C. (1994). Pengetahuan dan sikap guru-guru pelatih terhadap isu-isu alam
sekitar dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Tesis sarjana pendidikan. Tidak
diterbitkan. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Corbett, J.B. & J.L. Durfee (2004). Testing public (un)certainty of science: media
representations of global warming, Science Communication, 26, pp. 129–151

Hungerford, H. & Volk, T.L. (1990). Changing learner behavior through environmental
education. Journal of Environmental Education, 21:8-21.

McKeown, R. (2002). The education for sustainable development toolkit.


http://www.esdtookot/org. (Dicapai pada 15/9/08).
Naess, A. (1990). Deep Ecology and Conservation Biology. dari Laman web:
http://www.Iclark.edu/jay_/Value. Dicapai 16 November, 2005,

Ng Tiak Sui. (1996). Satu kajian tentang pengetahuan dan kesedaran pelajar-pelajar dan
guru-guru Geografi tentang isu-isu alam sekitar dan persepsi tentang Pendidikan Alam
Sekitar. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Nordhaus, E. & Shellenberger, M. (2004). The death of environmentalism.


http://www.thebreakthrough.org/images/Death_of_Environmentalism.pdf
Dicapai pada 10/10/08.

Patil, A. (2005). Environmental education as a mandatory component in the teacher


education curriculum. http://www.gseis.ucla.edu/heri/archives/022.htm (Dicapai pada
10/08/08).

Quah Soon Cheng. (1988). A survey of the perceptions and knowledge of teacher
trainees towards the environmental issues and environmental education. Tesis Sarjana
Pendidikan, Universiti Sains Malaysia , Penang.

Shulman, L. S. (1986). Those who understand: knowledge growth in teaching.


Educational Researcher, 15, 4 – 14.

Zaini Ujang. (2006, 29 Mac). Pakar alam sekitar tempatan belum ditauliah. Berita
Harian. p. 12.