Anda di halaman 1dari 6

1

JANJI ALLAH KEPADA KAUM MUKMININ:


KEMENANGAN BERSYARAT
(Memahami pesan Ilahi dalam ayat 38-41 surah al-Hajj)


_| < _.`, _s _ `.., | < > _ > __ : _l
_l..1`, .!, .lL | < _ls `>`.. ',.1l __ _ `>> _. >.,:
,-, _> | _ l1, !., < l _: < _!.l .-, _-,, ..> _..
_,, ,l. .>... `.`, !, ``. < ,: _..,l < _. .:..,
_| < _1l ,s _ _ | ..>. _ _ `.! :l.l '., :l
`. .`-.l!, . _s >..l < ,1.s `. _


38. Sesungguhnya Allah Membela orang yang beriman. Sungguh, Allah tidak
Menyukai setiap orang yang berkhianat dan kufur nikmat.

39. Diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya
mereka dizalimi. Dan sungguh, Allah Maha Kuasa menolong mereka itu,

40. (iaitu) orang-orang yang diusir dari kampung halamannya tanpa alasan yang
benar, hanya kerana mereka berkata, Tuhan kami ialah Allah. Seandainya
Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang
lain, tentu telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah
ibadah orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama
Allah. Allah pasti akan menolong orang yang menolong (agama)-Nya.
Sungguh, Allah Maha Kuat, Maha Perkasa.

41. (iaitu) orang-orang yang jika Kami Beri kedudukan di bumi, mereka
melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan menyuruh berbuat yang makruf dan
mencegah dari yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.



2
Latar Penurunan Ayat

Ketika masih di Makkah (sebelum Hijrah), umat Islam menjadi golongan minoriti yang
lemah, ditindas dan dianiaya oleh kaum Quraisy. Kebuasan kaum musyrikin itu
semakin hari semakin menjadi-jadi, mereka menghalang siapa sahaja daripada menganut
Islam, mengganggu umat Islam beribadah, malah telah begitu berleluasa melukai dan
mencederakan mereka sehingga ada yang mati terdera. Rasulullah s.`a.w. sendiri tidak
terkecualiti dari disakiti dengan pelbagai bentuk penganiayaan. Kenangan pahit zaman
Makkah itu diabadikan dalam surah al-Anfal:26, Dan ingatlah ketika kamu masih
(berjumlah) sedikit, lagi tertindas di bumi (Makkah), dan kamu takut orang-orang
(Makkah) akan menculik kamu. Betapapun keinginan mereka untuk bertindak balas,
namun belum ada keizinan Tuhan. Mereka tetap disuruh bersabar, menahan diri daripada
melawan kerana belum tiba masanya. Demikianlah pesanTuhan ketika itu, tunggu!
Jangan lawan dahulu, .Tahanlah tanganmu (dari berperang), laksanakanlah solat
dan tunaikanlah zakat!... (Al-Nisa:77). Bertindak sebelum masanya hanya akan lebih
menyusahkan diri.

Janji Pembelaan Ilahi

Untuk sementara begitulah kehendak Tuhan. Tetapi akan tiba saatnya mereka diizinkan
melawan, dan Tuhan berjanji akan membela kaum mukminin. Memang tidak mungkin
Tuhan membiarkan keimanan dan kebenaran bertarung melawan kekufuran dan
kebatilan, tanpa pembelaan-Nya. Tuhan Maha Mengetahui kekuatan dan kelemahan
jiwa manusia. Seteguh manapun iman mereka, sekuat manapun keyakinan mereka,
masih ada kemungkinan mereka gentar berhadapan dengan kebatilan yang tampak gagah,
dan masih ada kemungkinan mereka lemah berhadapan dengan kepalsuan yang tampak
mempesona. Kerana itu sebelum mereka diizinkan mengangkat senjata, Tuhan
mengumumkan komitmen pembelaan-Nya. Memang Tuhan tidak menghendaki kaum
mukminin tertindas dan terdera, kecuali selama tempoh sementara bersiap untuk
melawan, sementara bersedia untuk berjuang dan berjihad. Pengumuman pembelaan
Ilahi itulah yang termuat dalam ayat 38, Sesungguhnya Allah Membela orang-orang
yang beriman, janji pembelaan yang disertai pernyataan kebencian Tuhan terhadap
mereka yang bersifat khianat dan kufur. Pernyataan Tuhan tentang kebencian-Nya
terhadap mereka yang bersifat demikian membawa implikasi kesudahan yang pasti, iaitu
kehancuran.

Izin Berperang

Ayat 39 mendeklarasikan izin melawan, Di izinkan (berperang) bagi orang-orang yang
diperangi, kerana sesungguhnya mereka dizalimi.... Umat mukminin berhak
mengistiharkan perang atas asas kerana mereka telah dizalimi. Demikianlah justifikasi
moral yang mengesahkan tindakan berperang. Kaum mukminin bukan pihak yang
menceroboh, tetapi sebaliknya, merekalah pihak yang diceroboh dan dizalimi. Memang
itulah hakikatnya, kaum Musyrikin Makkah telah mendera orang-orang beriman,
termasuk Nabi s.`a.w. sendiri sehingga memaksa Junjungan s.`a.w. berhijrah
meninggalkan kampung halaman yang sangat dicintai. Diriwayatkan bahawa ketika
Rasulullah s.`a.w. melangkah meninggalkan Makkah, Junjungan s.`a.w. menoleh sambil
berkata, Demi Allah, sesungguhnya engkaulah bumi Allah yang paling aku cintai, dan
3
sesungguhnya engkaulah bumi Allah yang paling Allah cintai. Kalaulah tidak kerana
pendudukmu mengusirku, aku tidak keluar meninggalkanmu!. Sementara itu sahabat
pendampingnya, Abu Bakr al-Siddiq r.`a. pula diriwayatkan berkata, Mereka telah
mengusir nabi mereka, inna li Llahi wa inna ilayhi raji`un, pasti mereka akan binasa!.
Memang kebinasaan tidak mungkin dapat dihindari apabila umat mukminin diizinkan
melawan, di samping mereka juga diberikan jaminan perlindungan dan pertolongan
Allah, Dan sungguh, Allah Maha Kuasa untuk menolong mereka itu.. Kekuatan mana
yang mampu berhadapan dengan umat yang mendapat jaminan pertolongan Allah Yang
Maha Perkasa?

Demikianlah perang yang justified dan cukup beralasan. Umat mukminin berperang
demi misi agung kemanusiaan, demi umat beragama seluruhnya, demi kebebasan
ber`aqidah dan kebebasan beribadah. Selain itu mereka juga bangkit demi hak kaum
teraniaya untuk bertindak balas membela diri. Justeru, mereka telah dizalimi dengan
pengusiran dari kampung halaman sendiri, tanpa alasan selain kerana mereka berkata,
Tuhan kami ialah Allah! (ayat 40), kata paling benar, paling mulia, paling suci dan
paling wajar diucapkan. Mengusir orang semata-mata kerana pendirian yang
diekspresikan lewat kata-kata tersebut jelas suatu kezaliman yang mutlak, tanpa ragu.
Mereka diusir semata-mata kerana `aqidah, bukan kerana sebab-sebab lain yang
melibatkan kepentingan peribadi atau perebutan harta duniawi.

Peperangan bagi umat mukminin adalah murni demi prinsip asasi bahawa `aqidah wajib
dilindungi dan dipertahankan. Kebebasan `aqidah dan kebebasan ibadah adalah prinsip
yang kudus dan kerananya harus sentiasa dihormati dan didaulatkan. Segala bentuk
pencabulan terhadap prinsip tersebut harus dilawan, termasuk dengan perlawanan
bersenjata di medan perang. Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian
manusia dengan sebahagian yang lain, tentu telah dirobohkan biara-biara Nasrani,
gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya
banyak disebut Nama Allah. Demikianlah cara Allah mencegah pencabulan
terhadap kesucian prinsip kebebasan ber`aqidah dan beribadah (yang disimbolkan
dengan tempat-tempat beribadat), dengan membangkitkan kaum mukminin memerangi
golongan yang sewenang-wenang mencabul prinsip tersebut. Hanya perang yang dapat
menyelamatkan tempat-tempat ibadat (sawami`, biya`, salawat dan masajid) dari
kehancuran. Nama Allah yang banyak disebut di dalamnya tidak lagi dapat
menginsafkan golongan manusia pengganas, dan tidak lagi dapat mencegah mereka dari
kebiadaban menghancurkan rumah-rumah ibadat.

Umat mukminin harus berperang demi agama, tetapi keizinan berperang diawali dengan
jaminan pembelaan dan pertolongan Tuhan terhadap mereka. Ini bererti bahawa mereka
yang dibela dan ditolong Tuhan pasti akan menang kerana Tuhan Maha Berkuasa
memenangkan mereka. Jika memang demikian, lalu untuk apa diizinkan perang? Dan
untuk apa diwajibkan berjihad? Bukankah Tuhan Maha Perkasa melindungi agama-Nya
tanpa memerintahkan umat mukminin berperang, menyabung nyawa dan mengalami
derita cedera-luka, malah ramai yang gugur di medan tempur?. Memang Allah Maha
Berkuasa melaksanakan kehendak-Nya (membinasakan musuh-musuh agama-Nya) tanpa
susah-payah, tanpa menumpahkan walau setitik darah kaum mukminin. Tetapi tentu ada
hikmah, sebab tersirat di balik perintah berperang, bahawa Tuhan tidak menginginkan
agama ini didukung oleh orang-orang malas, mereka yang hanya ingin bersantai, yang
4
merasa cukup dengan mendirikan solat dan membaca al-Kitab serta menadah tangan ke
langit ketika menghadapi bahaya pencerobohan.

Memang orang mukmin harus menunaikan solat, harus membaca al-Kitab dan
bermunajat kepada Allah setiap saat, ketika senang dan ketika susah. Tetapi ibadat-
ibadat tersebut semata-mata belum cukup melayakkan mereka menjadi pendukung agama
Allah. Ibadat-ibadat tersebut hanyalah sebahagian daripada bekalan yang perlu
disiapkan sebagai kekuatan tambahan untuk mengharungi medan perjuangan. Senjata
fizikal harus sepadan dengan senjata musuh, sementara taqwa adalah senjata spiritual
yang hanya ada pada kaum mukminin. Demikianlah kehendak Allah, bahawa
pembelaan dan pertolonmgan-Nya tersalur menerusi daya lawan kaum mukminin. Hanya
dengan kemampuan bertarung di medan perang segala potensi kekuatan terpendam yang
mereka miliki akan tumbuh perkasa dengan sempurna. Tuhan Menghendaki agar para
pendukung agama-Nya memaksimumkan seluruh kekuatan yang dikurniakan-Nya
kepada mereka. Sesungguhnya misi penyiaran dan pendaulatan agama Allah adalah
amanah berat yang hanya dapat dipikul oleh umat yang kuat, umat berdaya juang yang
terbina dalam keperitan rebah bangun di kancah pertarungan.

Memang bukan kehendak Tuhan menghadiahkan kemenangan mudah. Justeru,
kemenangan mudah dan segera yang dihadiahkan tanpa susah payah kepada orang-
orang yang berbudaya santai tidak akan meledakkan kekuatan terpendam di pedalaman
diri mereka. Selain itu kemenangan segera dan mudah akan segera dan mudah pula
hilangnya kerana ia akan dirasakan sebagai suatu yang murah, dapat diraih tanpa
membayarnya dengan pengorbanan yang mahal. Kemenangan segera dan mudah juga
tidak akan kekal lama kerana ia tidak akan mampu dipertahankan oleh mereka yang
tidak terlatih dan teruji dalam hempas-pulas perjuangan. Demikianlah hikmah di
sebalik sukar dan lambatnya kemenangan bagi umat silam, generasi yang dizalimi dan
diusir dari kampung halaman tanpa alasan selain kerana mereka berpendirian Tuhan
kami ialah Allah!.

Kemenangan Yang Tertangguh

Dalam tafsir al-Zilal-nya, Sayyid Qutb menyenaraikan kemungkinan-kemungkinan
yang menyebabkan tertangguhnya kemenangan bagi kaum mukminin:

Kemenangan tertangguh kerana persediaan umat mukminin belum cukup matang,
belum cukup siap dan belum maksimum sehingga andainya diberi kemenangan
ketika itu, kemenangan itu tidak akan bertahan lama kerana mereka tidak akan
mampu mempertahankannya

Kemenangan tertangguh kerana umat mukminin belum mencurahkan seluruh
tenaga keupayaannya dan belum mengorbankan segala yang dimilikinya
sehingga tidak tersisa lagi sesuatu yang berharga, sehingga semua yang ada,
yang mahal dan yang murah sudah diserahkan untuk membiayai perjuangan di
jalan Allah.

Kemenangan tertangguh sehingga umat mukminin menggunakan kekuatan
terakhirnya, lalu dengan begitu mereka menginsafi bahawa tanpa pertolongan
5
Allah, kekuatan mereka semata-mata tidak akan membawa kemenangan.
Sesungguhnya kemenangan akan dikurniakan setelah mereka menggunakan
kekuatan terakhir dan kemudiannya menyerahkan segalanya kepada Allah.

Kemenangan tertangguh agar umat mukminin mempereratkan lagi hubungan
dengan Allah, sehingga pada saat menempuh derita perang mereka benar-benar
merasakan bahawa sesungguhnya tidak ada lagi tempat untuk mengadu dan
meminta selain hanya Allah Yang Maha Esa. Hubungan erat dengan Allah inilah
yang akan menjamin istiqamah mereka nanti apabila Allah Berkenan
mengurniakan kemenangan, bahawa mereka tidak akan menyeleweng dari
kebenaran, keadilan dan kebaikan yang kerananya Allah memenangkan mereka.

Kemenangan tertangguh kerana umat mukminin belum benar-benar tulus dalam
perjuangan dengan niat murni semata-mata kerana Allah dan dakwah agama-
Nya. Mungkin masih ada dalam kalangan mereka yang berjuang kerana motif-
motif lain yang tidak murni: mungkin untuk meraih kepentingan tertentu,
mungkin kerana dorongan emosi marah semata-mata, atau mungkin untuk
mencari glamour sebagai jaguh pertarungan atau lain-lain sepertinya, sedang
Allah Menghendaki agar setiap orang berjuang semata-mata kerana-Nya dan di
jalan-Nya. Pada suatu ketika Rasulullah s.`a.w. pernah ditanya tentang seorang
yang berperang kerana dorongan gejojak emosi, seorang lagi berperang untuk
mempamerkan keberanian, dan seorang yang lain berperang untuk menonjol-
nonjolkan diri, siapakah di antara mereka yang berjuang di jalan Allah?
Rasulullah s.`a.w. menjawab, Siapa yang berjuang agar Kalimat Allah terjulang
tinggi, dialah yang berjuang di jalan Allah.

Kemenangan tertangguh kerana masih ada sisa kebaikan pada pihak musuh yang
diperangi. Tuhan menghendaki agar sisa kebaikan itu lenyap sama sekali, dan
hanya tinggal kejahatan sepenuhnya, barulah akan ditimpakan kehancuran total
tanpa ada sisa kebaikan yang turut terkorban.

Kemenangan tertangguh kerana kebatilan yang diperangi itu belum terdedah
sepenuhnya di mata khalayak massa. Andainya kemenangan diraih dalam
keadaan seperti itu, masih akan ada pendukung-pendukungnya yang tertipu
dengan kebatilan yang belum tampak jelas batilnya itu. Dengan kata lain,
kebatilan tersebut masih mengakar pada segolongan orang innocent yang masih
belum dapat melihat hakikat. Allah menghendaki agar kebatilan itu terus wujud
beberapa lama sehingga ia terdedah sepenuhnya di hadapan semua orang.
Dengan demikian kehancurannya nanti tidak akan disesali oleh sesiapa pun.

Kemenangan tertangguh kerana iklim persekitaran yang belum cukup bersedia
untuk menyambut kebenaran, keadilan dan kebaikan yang dibawa oleh kaum
mukminin. Andainya kemenangan dicapai ketika keadaan masih seperti itu,
sudahnya ia akan ditolak oleh masyarakat yang belum bersedia itu. Biarlah
pertarungan terus berlangsung sehingga jiwa dan minda masyarakat seluruhnya
bersedia menerima kemenangan kebenaran, dan siap untuk mempertahankannya.

6
Demikianlah antara sebab, di samping sebab-sebab lain yang Allah sendiri yang
Mengetahuinya, mengapa kemenangan masih tertunda, dan kerana itu perjuangan
dengan segala pengorbanan dan deritanya terus berlanjutan dengan keyakinan akhirnya
Allah akan memberikan kemenangan.




Syarat Kemenangan

Memang janji Allah untuk memenangkan mereka yang menolong (menegakkan) agama-
Nya adalah suatu kepastian, tetapi kemenangan tidak diberikan tanpa syarat.
Sesungguhnya kemenangan selamanya terikat dengan sejumlah tanggungjawab. Justeru,
kemenangan tidak diberikan kerana kemenangan itu sendiri, tetapi ia diberikan untuk
menjadi wahana islah ke arah aktualisasi cara hidup dan tamadun berasaskan nilai-nilai
Ilahiah. Yang dijanjikan kemenangan ialah mereka yang jika Kami berikan
kedudukan di bumi, mereka melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan menyuruh
berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan kepada Allah-lah kembali
segala urusan. - (ayat 41)

Demikianlah empat syarat kemenangan: pertama, melaksanakan solat dalam pengertian
mengabdi sepenuh dan setulusnya kepada Allah, mempererat hubungan dengan Allah
dan sentiasa menghadap-Nya dengan patuh, merendah dan menyerah. Dengan kata lain,
Allah harus sentiasa didahulukan; kedua, menunaikan zakat dalam pengertian
melaksanakan tanggungjawab kehartaan (haqq al-mal), mengikis sifat bakhil,
mengenyah sifat tamak, membebaskan diri dari nafsu kebendaan, dan prihatin terhadap
kaum yang lemah (miskin); ketiga, menyuruh berbuat yang makruf dalam pengertian
memperjuangkan kebaikan, nilai-nilai murni dan mendorong masyarakat mengamalkan
cara hidup sihat dan bermoral berasaskan nilai-nilai makruf, mulia dan terpuji; dan
keempat, mencegah dari yang mungkar dalam pengertian komitmen melawan segala
bentuk kejahatan dan penyelewengan, memperjuangkan perubahan dan pembebasan
umat dari budaya bobrok dan bejat. Kepada Allah-lah kembali segala urusan,
sesungguhnya Allah adalah penentu kesudahan segalanya, memenangkan yang kalah
atau mengalahkan yang menang, tergantung pada syarat-syarat yang telah di tetapkan-
Nya, ditepati atau tidak. Demikianlah hakikatnya, bahawa kemenangan selamanya
bersyarat, di samping ia juga adalah adalah suatu amanah besar yang membawa
tanggungjawab mengisinya dan mempertahankannya.



KDH:26102013.