Anda di halaman 1dari 3

12 Kesimpulan Tujuan pantun digunakan adalah untuk memberitahu sesuatu secara berlagu danberkias agar orang yang dimaksudkan

tidak terlalu tersinggung dengan sindiran. Selainitu pantun juga digunakan untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar.Penggunaan pantundalam menyampaikan sindiran bertujuan agar yang kena sindir atau yang kena nasihatitu tidak marah, tetapi sebaliknya mempunyai azam untuk membaiki perbuatan danperangai yang tidak disukai. Diingatkan di sini, seseorang yang akan menyampai ataumelafazkanpantunjuga harus memerhatikan isi pantun. Keadaan pantun dilafazmenjadi pertimbangan dalam penyampaikan isi pantun. Jika hal ini tidak diberiperhatian oleh orang yang melafazkan pantun, dikhuatiri akan menimbulkan salahfaham kepada pendengar terutama pantun yang berkaitan dengan sindiran dan nasihat.Begitu juga jika melafazkan pantun berkaitan dengan budi dan jenaka. Cara melafazkanpantun harus dijaga agar maksud atau tujuan sesuatu pantun itu dilafazkan sampaikepada pendengar.

Pantun ialah bentuk puisi Melayu yang asli dan unik. Ia merupakansumber khazanah dalam kehidupan masyarakat di Alam Melayu, baik dari segi pemikiran, kesenian, maupun nilai-nilai moral dansosialnya. Akalbudi orang Melayu dapat dilihat dalam pantun yangdiungkapkan secara spontan dengan begitu ringkas dan padat. Initermasuklah kebijaksanaan dan ketangkasannya menjana makna yang dalam dan mengukir gerak hati serta lukisan rasa yang indah bersama penampilan unsur-unsur alam.Pantun wujud dalam pelbagai bentuk dan wajah, dari pantun duakerat dan pantun empat kerat sehingga ke pantun berkait. Genreini menduduki tempat yang penting dalam kehidupan masyarakatMelayu, justeru diungkapkan dalam permainan kanak-kanak,dalam percintaan, upacara peminangan dan perkahwinan,nyanyian, dan upacara adapt. Pendeknya setiap tahap kehidupanmanusia Melayu, yakni dari dalam buaian hingga ke alampercintaan dan hari-hari tua, dibantu dan dihiasi oleh pantun.Pantun merupakan sastera lisan yang lahir dan berkembang dalamkalangan masyarakat yang akrab dengan alam, dan diwarisi darigenerasi ke genarasi . Apabila muncul teknologi percetakan padaakhir abad ke-19, koleksi pantun telah diterbitkan dalam pelbagaidialek Melayu, seperti Betawi, Minangkabau, Peranakan Jakartadan Melaka, dan bahasabahasa seperti Ambon dan Acheh. Kiniterdapat kira-kira seratus buah manuskrip pantun yangdikumpulkan di perpustakaan seperti di Jakarta, Leiden, Paris,London, dan Berlin. Kebanyakan pantun tersebut dikutip padaakhir abad ke-19 dan dimuatkan dalam pelbagai koleksi olehsarjana dari England, Belanda, dan Jerman.Dapat disebutkan bahawa pantun ialah genre yang tersebar luasdan hampir sarwajagat. Di Alam Melayu, bentuk ini hidup suburdalam sekitar 30 bahasa dan dalam 35 dialek Melayu. Orang-orangMelayu diaspora pula telah membawanya hingga ke Sri Langka,Kepulauan Cocos, Surinam, dan Belanda. Kehadiran pantun di

Eropah dan Amerika telah menarik perhatian penyair-penyairhingga menyebabkan timbulnya genre pantoum dalamkesusasteraan Barat mulai abad ke-19.Kini pantun telah berjaya menambat imaginasi dan kesarjanaanpengkaji di dalam dan di luar bidang sastera, di Alam Melayu dan juga di luarnya.

Pantun terus diajar dan diselidiki di pusat-pusatPengajian Melayu; seminar dan bengkel tentangnya juga terusdiadakan.

Apakah itu pantun Menurut buku GLOSARI ISTILAH KESUSASTERAAN Dewan Bahasa dan PUstaka (DBP) terbitan1988; PANTUN sejenis puisi tradisi Melayu, iaitu puisi tulen milik orang Melayu semenjak merekabelum tahu membaca atau menulis (digunapakai: bualan secara lisan dan hafalan). Pantun pada masa itu, menjadi pengucapan bagi menyampaikan fikiran yang hiba, sedih, sayu, gembira, rindudendam dan lain-lain, terhadap seseorang atau mengenai sesuatu perkara. Dari segi bentuk fizikal, pantun terdiri dari dua bahagian; bahagian pertama berfungsi sebagai pembayang maksud/sampiran, dan bahagian kedua berfungsi sebagai menerangkan maksud atauisi pantun. Pantun terdiri daripada: dua baris; dikenali (Pantun Dua Kerat), empat baris; (Pantun Empat Keratatau pantun biasa); enam baris; (Pantun Enam Kerat), lapan kerat; (Pantun Lapan Kerat), sepuluhkerat; (Pantun Sepuluh Kerat), dua belas baris; (Pantun Dua Belas Kerat), empat belas baris;(Pantun Empat Belas Kerat)Rima hujungnya baris pantun terdiri dari (aa) bagi pantun dua kerat; (abab) bagi pantun empatkerat; (abcabc) bagi pantun enam kerat, (abcdabcd) bagi pantun lapan kerat; (abcdeabcde) bagi pantun sepuluh kerat; (abcdefabcdef) bagi pantun dua belas kerat; dan (abcdefgabcdefg) bagi pantun empat belas kerat. Antara pantun yang tersebut di atas, pantun empat keratlah yang paling popular. Ia dianggap sebagai pantun biasa dan paling banyak dicipta dari dahulu hingga sekarang. Ia juga mempunyai bentuk fizikal seperti yang tersebut di atas iaitu: baris pertama dan kedua sebagai pembayang maksud atau sampiran; baris ketiga dan keempat mengandungi maksud atau isi. Rima akhirbarisnya ialah (abab), dengan jumlah suku kata bagi tiap barisnya antara lapan, dua belas danlain-lain

Letak baju di dalam bakul,Simpan di bilik jangan ditayang; Anak bersalah jangan dipukul,Didiklah dengan kasih saying.Masak asam dicampur cuka,Lebihkan bawang biar pekat;Masakan sedap suami suka,Perut tertambat hati terpikat. Pantun Guru Buah nangka lebat di pangkal,Petik sebiji bawa belayar;Guru cergas panjang akal,Sabar ikhlas semasa mengajar Pantai bersih angin menderu,Cuaca indah langit membiru;Semasa di sekolah dipanggil guru,Bila bersara tetaplah guru.Pokok tebu banyak ruas,Dimakan oleh Siti Hajar;Guru pendita ilmunya luas,Untuk disebar kepada pelajar.

10 Makan sudah minum pun sudah, Sambung kerja memintal sabut;

Pekerjaan guru bukannya mudah, Bagai kerja mengira rambut. Jawapan kawan jangan disalin, Orang yang marah jangan ditanya; Seorang guru ibarat lilin, Terpadam lilin sesat muridnya. Pantu Orang Tua Bunga mawar harum mewangi,Tidak disiram pokoknya mati;Orang muda kita sayangi,Orang tua kita hormati.Pergi ke kebun bersama teman,Sebelum kerja salin pakaian;Orang tua banya pengalaman,Setiap masalah ada penyelesaian.Pergi ke hutan menaiki kuda,Menunggang kuda pergi memburu;Biar tua hati muda,Hasrat hati beristeri baru.

11 Encik Ahmad Tok Ketua,Ingin berkahwin dengan janda;Ingatlah pesan orang tua,Jangan ikut darah muda.Hinggap didahan burung kakak tua,Kaki terjerat dengan benang;Pilih suami biarlah tua,Tidak gelojoh sentiasa tenang.