Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI INDIVIDU

NAMA NO K.P : ROSNAH BT. HJ. NORANI : 731102-01-6636

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan hidayah-Nya kami berjaya menyiapkan Tugasan Projek Kerja Kursus Pentaksiran Dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak (PRA3111). Tugasan kerja kursus ini dijalankan secara berkumpulan iaitu seramai tiga orang guru pelatih bagi setiap kumpulan. Untuk tugasan ini, ianya merangkumi aspek-aspek yang dipelajari dalam Kursus Pentaksiran Dan Penilaian Perkembangan Kanakkanak (PRA3111). Nasihat dan juga tunjuk ajar daripada pensyarah Pn. Zanariah Bt. Mat Isa khususnya dan rakan-rakan amnya dengan sokongan keluarga yang tidak terhingga sedikit sebanyak membantu saya dan ahli kumpulan menyelesaikan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

Ketika mendapat tugasan ini, kami telah membuat perbincangan untuk membahagikan tugasan. Alhamdulillah, sepanjang tempoh melaksanakan tugasan ini, saya dapat menambah lebih banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan berguna mengenai kepentingan pentaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak. Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Ia dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Akta Pendidikan 1996. Pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil pentaksiran membolehkan saya mengambil tinakan susulan seterusnya membantu mengembangkan potensi murid ke tahap yang optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Untuk menyelesaikan tugasan ini, perkara pertama yang perlu saya lakukan ialah memahami maksud sebenar soalan dan berbincang dengan ahli kumpulan untuk mendapatkan gambaran awal tentang apa yang perlu dilakukan seperti yang dinyatakan dalam soalan tugasan. Bagi menjayakan tugasan ini, kami telah membahagikan tugasan. Seterusnya, dalam pencarian bahan dan sumber untuk dibuat rujukan, saya banyak merujuk kepada nota-nota daripada pensyarah. Selari dengan perkembangan teknologi terkini, terdapat juga info tambahan yang diperoleh melalui sumber dan rujukan daripada buku serta internet. Di samping itu juga, kami berkolaborasi, memberi pendapat dan idea mengenai pentaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak.

Sepanjang tugasan ini dilaksanakan, saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan walaupun terlalu banyak kekangan dari segi masa dan beban tugas yang mana saya perlu membahagikan masa antara belajar dan juga kerja-kerja di sekolah. Kerjasama daripada rakan kumpulan juga sangat membantu. Selain itu, melalui tugasan projek ini juga, kami mengerti bahawa nilai kerjasama dan tolong menolong amat penting dalam setiap kumpulan bagi menyelesaikan sesuatu tugasan. Dengan adanya semangat kerjasama dan toleransi inilah yang membuatkan kerja yang susah menjadi lebih mudah. Komunikasi yang terbina semasa menyiapkan tugasan ini juga berjaya mengeratkan lagi hubungan persahabatan di antara kami.

Untuk terakhir kalinya, saya berharap dengan adanya tugasan projek ini dapat membantu saya memahami dengan lebih mendalam mengenai pentaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak di dalam kelas

prasekolah saya dalam usaha menjadi seorang guru cemerlang yang mempunyai pemikiran kreatif dan inovatif; membantu dan memberi manfaat di masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai