Pengertian tentang kreaviti yang dikemukakan oleh beberapa orang pakar. Menurut June King Mc Fee kreativiti bermaksud mencipta perlambangan dan idea yang baru, bagi mengemaskinikan perlambangan yang sedia ada. Menyusun dan mengolah semua organisasi yang sedia ada dan mantap, kepada suatu organisasi yang baru. Berdaya menyatukan idea baru atau idea yang diambil dari sesuatu, kepada sistem oganisasi atau situasi yang lepas iaitu memberi makna baru. E. Paul Torrance Pelajar yang kreatif belajar melalui penyoalan, pemerhatian, penemuan, percubaan, penerokaan, memanupulasi sesuatu semasa bermain tetapi sentiasa mencuba mencari kebenaran .kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan. Donald W. Mac Kinnon.(1962) individu kreatif boleh menyatakan tentang dirinya serta mempunyai aras intelektual yang tinggi, pengalaman dan kepakaran estetika. Mereka berdiri dalam aspek berfikir dan bertindak. Ada pertalian positif antara kreativiti dengan kebebasan, kelenturan intelektul, kepekaan, keindahan dan keaslian. Menurut Muhamad Tamyez Bajuri (1996), kreativiti adalah berkait dengan aspek penerokaan, sama ada melalui mental atau fizikal. Daya inilah yang membawa kitakepada satu cara pemikiran di luar pemikiran biasa. Ia dapat dibentuk, dilatih menerusirangsangan tertentu. Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan dipupuk di kelas anda. Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original, tersendiri, unik dan merupakan naluri semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah kuasa yang dapat membantu kanak-kanak mengembangkan potensi sepenuhnya. Setiap kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka dalam bentuk dan tahap berbeza seperti lukisan dan kraf, muzik, drama dan lakonan.
Ciri-Ciri Kreativiti Melalui pembacaan saya, penghasilan kreativiti memaparkan 4 ciri yang utama iaitu: Mempunyai Tujuan. Imaginasi dan pemikiran wujud dengan tujuan tertentu. Imaginasi biasanya berlaku secara kebetulan. Kebiasaannya ia berlaku apabila seseorang sedang dalam proses cuba mencapai sesuatu objektif yang lain. Objektif ini pada awalnya tidak berkaitan dengan kandungan imaginasi kreatif yang dihasilkan. Walau bagaimanapun, disebabkan pemikiran kreatif berpotensi membawa idea baru, objektif awal mungkin mengalami perubahan atau diganti sama sekali. Ini menunjukkan bahawa kreativiti adalah gabungan dua elemen iaitu aksi dan tujuan. Contohnya, bot yang dinaiki oleh Samad tenggelam dan Samad cuba sedaya upaya memikirkan kaedah lain untuk menyelamatkan diri. Berskala dan bernilai. Hasil pemikiran atau perlakuan kreatif pada dasarnya patut menyumbang kepada tujuan atau objektif asal. Kemudian, terpulanglah kepada individu yang terlibat untuk menilai secara kritikal idea-idea mana yang berguna atau setakat mana sesuatu idea menyumbang kepada pencapaian objektif tersebut. Idea yang dinilai sebagai berguna dikekalkan dan idea yang kurang berguna digugurkan. Kriteria penilaian sesuatu idea yang kreatif bergantung kepada tujuan dan bidang aktiviti berkenaan. Contohnya, penilaian boleh dibuat berdasarkan aspek keberkesanan, kegunaan praktikal, kesahihan, kepuasan atau elemen seronok. Pengurusan Imaginasi. Aktiviti yang bersifat imaginatif adalah proses atau menjanakan sesuatu yang asli. Ia juga memberi alternatif kepada sesuatu yang biasa dijangka. Aktiviti ini melibatkan proses perbuatan dan berfikir. Aktiviti ini boleh dikatakan sebagai permainan mental yang diarahkan terhadap sesuatu objektif yang kreatif di mana ia memfokuskan terhadap memperbaiki sesuatu situasi menggunakan pelbagai perspektif. Hasil kreatif biasanya berlaku apabila idea yang sedia ada digabungkan dan diinterpretasikan semula dengan cara yang baru atau diaplikasikan ke dalam bidang yang baru atau yang sebelum ini dirasakan tiada kaitan. Aspek penting pemikiran kreatif adalah kebolehan membuat hubungan yang pelik, melihat analogi dan kaitan antara idea dan objek yang sebelum ini belum pernah dilihat. Bersifat Asli. Sesuatu pemikiran atau perlakuan yang dianggap kreatif haruslah asli. Ini bermaksud ia merupakan suatu idea baru yang dihasilkan secara unik oleh individu atau pun berkumpulan. Keaslian boleh dikategorikan kepada tiga iaitu :
1. Hasil kerja seorang individu mungkin asli apabila dibandingkan dengan hasil kerjanya sendiri yang terdahulu. 2. Ianya boleh dikatakan asli apabila dibandingkan dengan hasil-hasil kerja rakan-rakannya. 3. Paling asli adalah hasil kerja yang belum pernah dihasilkan sebelum ini oleh mana-mana pihak dalam mana-mana bidang. Gardner (1993) menganggap semua kanak-kanak berpotensi berfikir secara kreatif. Pada peringkat awal, kanak-kanak sentiasa melintasi sempadan-sempadan norma ketika asyik bermain atau apabila tekun melakukan sesuatu aktiviti. Menurut Gardner (1999), kreativiti kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui cara-cara berikut: Pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan yang tidak mudah mengalah. Memberi peluang untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti atau bidang yang diceburi. Menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa berada pada tahap kecemerlangan. Membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela diuji dan tidak takut gagal. Menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan hubungan toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar autoriti. Menurut Kostelnik (1989), theme teaching involves offering children an array of activities built arround a central idea. Machedo (1989) menyokong pendapat ini, iaitu tema adalah suatu koleksi aktiviti berkenaan sesuatu subjek ataupun idea tertentu. Subjek ataupun idea ini menyeluruh dan merangkumi banyak bidang kurikulum. Pendekatan tema atau bertema menekankan tema pembelajaran. Strategi pengajaran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum. Kanak-kanak dapat membina kemahiran dan mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan dengan tema pembelajaran. Pendekatan tema menyediakan kandungan dan kerangka kerja untuk susun aktiviti pembelajaran dan merentasi
pelbagai bidang. Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat mengikut tahap umur kanak-kanak. Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai bidang pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu dititikberatkan sebelum memulakan pengajaran bertema. Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanak-kanak dan sesuai dengan latar belakang pengalaman dan tahap perkembangan mereka. Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang lain tetapi membincangkan perkara yang sama iaitu haiwan sebagai tema. Pendekatan bertema melibatkan bidang yang luas tetapu tidak mendalami. Kemahiran yang berbeza tetapi bukan tujuan untuk mendalami topik. Tema boleh dianggap sebagai rangsangan ke arah pembelajaran. Berikut merupakan matlamat pendekatan bertema iaitu : a) Untuk mewujudkan suasana yang menyeronokan dan kodusif dalam proses pengajaran dan pembelajaran b) Untuk menyemai daya imaginasi melalui penerokaan c) Dapat meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti berlandaskan pengetahuan dan pengalaman lalu d) Dapat menghadapi cabaran e) Dapat membuat pilihan yang sesuai dan relevan dalam kehidupan f) Untuk memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal g) Menyemai nilai empati,harmoni dan pemahaman sesama insan yang pelbagai budaya h) Untuk membangunkan pembelajaran mnyeluruh yang menghubungkait pengetahuan dan kemahiran
Kekuatan Pendekatan Bertema 1. Pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal dan bukan verbal sama ada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang diberi. Sebagai contoh apabila kank-kanak itu sedang marah mereka akan mengetuk gendang dengan kuat atau tidak melukis dengan bersungguh-sungguh. Dalam hal ini guru perlu memainkan peranan yang penting dalam memberi motivasi dan mendidik kanak-kanak ini mengawal emosi mereka agar mereka lebih tenang. Guru juga boleh membantu dan memberi nasihat sekiranya kanak-kanak ini mengalami maslah yang sukar untuk diselesaikan. 2. Persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti dan kreativiti yang tinggi. Aktiviti-aktiviti p&p seperti berlakon, bernyanyi, membina diorama dan lain-lain lagi dapat menarik minat murid untuk lebih bersemangat untuk belajar. Di samping lbih menarik minat ia juga dapat meningkatkan kreativiti kanak-kanak tersebut. Oleh itu, guru perlulah merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang pelbagai dan menarik dalam meningkatkan kreativiti murid. 3. Pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan. Apabila guru merancang dan menjalankan aktiviti p&p yang menarik seperti berlakon, bernyanyi dan sebagainya ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak. Sifat malu dapat dihapuskan dan mereka akan lebih yakin apabila disuruh untuk berlakon ataupun bernyanyi di hadapan kelas. Keyakinan diri sangat penting dan perlu disemaikan dalam diri kanak-kanak agar mereka dapat memotivasikan diri mereka untuk berhadapan dengan masyarakat luar. 4. Berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi baru. Kanak-kanak juga berpeluang untuk memberikan dan mengeluarkan pendapat atau idea masing-masing melalui aktiviti berkumpulan bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang dikemukanakan oleh guru. Kanak-kanak juga dapat belajara untuk menerima dan menghormati idea atau pendapat yang dikemukakan oleh ahli kumpulan yang lain. Hal ini dapt membantu mereka meningkatkan kemahiran interpersonal dan intrapersonal kanak-kanak tersebut. 5. Dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Melalui pendekatan bertema ini guru dapat menilai kefahaman konsep kanak-kanak tersebut dengan menyediakan aktiviti-aktiviti seperti ujian, kuiz, perbahasan dan sebagainya.
Guru dapat melihat dan menilai adakah murid-murid telah menguasai isi pembelajaran pada hari tersebut. Oleh yang demikian, sekiranya terdapat murid-murid yang masih tidak menguasai guru perlu mengajar semula agar mereka faham dan menguasai isi pembelajaran yang disampaikan. Isu Atau Cabaran Pendekatan Bertema 1. Kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata pelajaran. Pendekatan bertema ini memerlukan guru yang menguasai kesemua bidang atau tema seperti masyarakat, komunikasi dan persekitaran. Sekiranya guru tersebut tidak dapat menguasai bidangbidang ini adalah sukar untuk guru tersebut untuk menggunakan pendekatan bertema ini. 2. Untuk membentuk jaringan ahli dalam kumpulan. Cabaran yang timbul dalam pendekatan ini adalah membentuk ahli kumpulan kanak-kanak. Kanak-kanak apabila membentuk kumpulan mereka akan memilih rakan-rakan yang lebih rapat. Hal ini kerana mereka merasakan bahawa rakan-rakan yang rapat ini lebih disenangi dan dipercayai. Oleh itu, guru seharusnya membantu dalam membentuk kumpulan yang pelbagai kecerdasan bukannya berdasarkan rakan rapat kerana apabila kumpulan tersebut kesemuanya ahli pandai, kanak-kanak yang kurang pandai akan ketinggalan dan tidak dapat menguasai pelajaran. Apabila sebuah kumpulan mempunyai ahli yang pelbagai kecerdasan mereka akan saling membantu antara satu sama lain. 3. Hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang berbeza-beza. Seperti yang sedia maklum pendekatan ini memerlukan hasil pembelajaran yang pelbagai dalam bidang mata pelajaran yang berbeza-beza. Hal ini akan mendatangkan kepada kanakkanak kerana terlalu banyak hasil pembelajaran yang perlu dikuasai dalam sesebuah sesi p&p. oleh itu, guru perlu kreatif dalam merancang dan melaksanakan aktiviti yang sesuai bagi membantu kanak-kanak ini menguasai hasil pembelajaran yang berbeza-beza. 4. Kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan yang berbeza. Pendekatan bertema ini menggalakkan guru menentukan hasil pembelajaran yang pelbagai dalam mata pelajaran yang berbeza-beza. Dalam hal ini, guru sukar untuk membuat penilaian terhadap kanak-kanak tersebut kerana penilaian bagi setiap pembelajaran juga berbezabeza mengikut matapelajaran. Contohnya Sains boleh dinilai melalui pemerhatian, Matematik dinilai melalui latihan atau kuiz dan lain-lain lagi. Hal ini akan menyebabkan
kanak-kanak akan terpaksa menguasai kesemua hasil pembelajaran pada masa yang sama. Oleh itu, guru seharusnya memikirkan cara atau teknik bagi membuat penilaian terhadap kebolehan-kebolehan yang pelbagai.