Anda di halaman 1dari 23

1.

Pengenalan.

Perang Dingin ialah sebuah era bagi persiangan antara Dua Blok merangkumi Blok Demokrasi dan Komunis selapas berakhirnya Perand Dunia Ke-2. Ia dikenali Perang Dingin ekoran tidak membabitkan pertempuran bersenjata secara langsung antara kuasa besar atau secara besar-besaran. Antara pendekatan perang yang dijalankan semasa Perang Dingin adalah melalui tekanan ekonomi, propaganda, pembunuhan, operasi ketenteraan tahap rendah dan Perang Proksi sepenuhnya antara 1947 sehingga kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991. Penggunaan istilah Perang Dingin ini telah banyak digunakanpakai oleh penasihat politik Amerika Syarikat iaitu Bernard Baruch pada April 1947 semasa perdebatan mengenai Doktrin Truman. Persoalan Jerman dikatakan adalah masalah utama adalah merangkumi pebagai masalah atau konflik yang terjadi dalam negara Jerman itu sendiri yang seterusnya menjadi pencetusnya Perang Dingin di Eropah iaitu bermula selepas temeterainya Perjanjian yang dikenali Perjajian Postdam 1945.

2.0

Perjanjian Postdam. Dengan jatuhnya bom nuklear di Hiroshima dan Nagasaki telah membawa kepada

berakhirnya Perang Dunia ke-2 dan telah membawa kepada beberapa siri rundingan yang seterusnya membawa dunia kepada kancah Perang Dingin. Sebelum termeterainya Perjanjian Postdam di Jerman, panca-Perang Dunia ke-2 menyaksikan termeterainya rundingan awal sejak tahun 1943-1945 iaitu di yang telah berlansung di Teheran dan kedua di Yalta. Siri rundingan ini dijalankan adalah dalam dalam usaha mengenalpasti dan menyelesaikan masalah yang berlaku di negara-negara Eropah oleh negara Amerika Syarikat, Britain, Perancis, dan Uni-Soviet. Selepas berakhirnya Perang Dunia ke-2 (PD2), Jerman telah dibahagikan kepada empat (4) wilayah yang dilaksanakan semasa Perjanjian Postdam pada tanggal 26 Julai 1945.1 Perjanjian ini, telah dipengerusikan oleh Presiden A.S pada masa tersebut iaitu President Henry Truman bersama-sama dengan deligasi pemimpin dunia yang lain melibatkan Winston Churchill (Britain), Chiang Kai-shek (Republic Rakyat China) dan Joseph Stalin (Soviet Union).2

1 2

Robert J.C. Butow, Japans Decision to Surrender, Britain: Stanford University Press, 1954, hlm 1.

ibid. Hlmn. 3-4

Terdapat beberapa perkara yang telah dimetraikan melalui persidangan yang telah dijalankan di Postdam tersebut. Antaranya ialah melibatkan negara Jerman itu sendiri di mana telah membawa kepada pemangkin tercetusnya gerbang Perang Dingin antara Blok Barat dan Blok Timur (Soviet). Wilayah-wilayah di Jerman khasnya telah dikuasai oleh empat buah negara kuasa besar pada masa tersebut yang merangkumi Amerika Syarikat, Britain, Perancis, dan Uni-Soviet. Ibukota Berlin, sebagai pusat kawalan, juga dibahagikan menjadi empat wilayah walaupun kota ini sendiri terletak jauh di dalam kekuasaan Soviet. Usaha yang dijalankan menemui kata buntu dan mengeruhkan hubungan antara Blok Berikat dan Soviet yang seterusntya membawa kepada Perang Dingin.3 Keadaan syak wasangka juga mula kelihatan semasa persidangan tersebut ekoran sikap pemimpin Berikat iaitu Henry Truman (Amerika) dan Clement Atlee (Perancis) mengambil langkah berhati-hati dalam isu perebutan pengaruh atau wilayah di Afrika Utara, Timur Tengah dan Asia terutamanya di Jepun.4 Selain daripada perkara yang dinyatakan seperti di atas, rundingan juga dijalankan terhadap perkara melibatkan beberapa perkara lain yang banyak merangkumi negara Jerman itu sendiri. Antaranya seperti, penghapusan industri-industri yang terdapat di Jerman dalam usaha menyekat segala pembinaan senjata yang berasaskan industri yang wujud di Jerman pada masa tersebut. Kilang-kilang senjata yang terdapat di serata Jerman ini banyak telah dimusnkankan atau diambil alih oleh pihak tentera Bersekutu yang melibatkan Amerika Syarikat, British dan Perancis. Selain itu, segala bentuk persatuan dan kegiatan militeri yang masih lagi wujud di serata Jerman juga telah digantung kewujudannya dalam usaha membendung kebangkitan semula Jerman sebagai kuasa ketenteraan di Eropah. Dasar tersebut dijalankan dalam usaha membendung kesatuan rakyat Jerman dan tersebar kembali ideologi Nazisme pada masa tersebut yang mampu mewujudkan peperangan baru di negara-negara Eropah khasnya.5

Faktor Berlakunya Perang Dingin dalam,

http://semekarcintaku.blogspot.com/2012/08/faktor berlakunya-perang-dingin.html, diakses


pada 05 Mac 2013.
4

Mohd Azizuddin Mohd Sani, Amerika Syarikat: Keseimbangan Kuasa Global pada Era Pasca-Perang Dingin 19892000, Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia, 2012, hlm 12. WWII BEHIND CLOSED DOORS: STALIN, THE NAZIS AND THE WESTdalam, www.pbs.org/behindcloseddoors, diakses pada 20 Mac 2013.

Dalam persidangan ini juga, Parti Sosialis National (PSN) yang pada awalnya telah dipimpin oleh Adolf Hitler telah diharamkan kewujudannya di Jerman. Dasar yang telah dimeteraikan dalam Perjanjian Postdam ini adalah dalam menyekat pergerakan yang bersifat fahaman Nazi daripada terus berlaku di Jerman yang banyak digerakkan oleh PSN. Namun begitu, walaupun wujud segala bantuk sekatan yang telah dipersetujui oleh negara-negara yang bersidang di Postdam, rakyat negara Jerman telah banyak diberi kebebasan dalam beberapa aspek. Antaranya seperti membaik pulih sistem militeri mereka yang banyak hancur semasa perang, kebebasan dalam berucap (bersuara), hak bermedia dan hak beragama.6 Segala bentuk dasar-dasar yang dijalankan semasa Perjanjian Postdam ini banyak bertujuan membentuk negara Jerman sebagai sebuah negara yang baru di bawah pengusaan kuasa Bipolar yang wujud semasa pasca Perang Dunia ke-2 iaitu melibatkan negara Amerika Syarikat dan pihak Soviet Union. Percanggahan pendapat yang wujud ekoran perjanjian yang tekah dimeterai banyak dilihat ekoran banyak kata putus yang termeterai dalam perjanjian ini banyak cenderung kepada pihak Bersekutu dan mendatang rasa ragu-ragu pihak Soviet dengan dasar yang telah dimeteraikan. Hal ini, menyebabkan banyak perjanjian tersebut menemui kata buntu dan seterusnya ketegangan mula wujud di antara kedua-dua kuasa tersebut yang membibitkan legasi Perang Dingin di Eropah khasnya.

3.0

Tindakkan Soviet Union dan Amerika Syarikat Terhadap konflik di Jerman yang Mencetuskan Perang Dingin.

3.1

Dasar Cominform 1947 Oleh Soviet. Cominform ialah Biro Maklumat Komunis juga dikenali sebagai Communist

Information Bureau yang telah ditubuhkan pada bulan September 1947 oleh Stalin.
Cominform ini ditubuhkan bagi menarik kerjasama antara negara-negara komunis di Eropah.7 Matlamat utama Stalin adalah menjadikan negara-negara komunis di Eropah dengan gaya komunis Soviet adalah bagi mengekalkan pengaruh dan kedudukan Stalin di Eropah. Hubungan perdagangan diantara negara komunis juga turut digalakkan. Semua yang menyertai Cominform adalah dari negara Komunis. Antaranya ialah Czechoslovakia,
6 7

ibid. Diakses pada 20 Mac 2013.


Cominform and Comecon dalam www.gcsehistory.org.uk/modernworld/coldwar/cominform.htm diakses pada 17 Mac 2013.

Perancis, Hungary, Itali, Poland Romania, Kesatuan Soviet dan Yugoslavia. Namun, negara Yugoslavia telah membantah Cominform dan telah dibuang dari Cominform pada 1948 tetapi masih kekal sebagai negara Komunis.8 Yugoslavia telah dikeluarkan dari Cominform kerana membantah Stalin dalam Perang Saudara di Greek.9 Terdapat tiga persidangan yang berlangsung selama Cominform ini ditubuhkan. Persidangan pertama adalah pada 22 sehingga 28 September 1947, persidangan kedua pula berlangsung pada 19 sehingga 23 Jun 1948 dan persidangan terakhir Cominform ialah pada 16 sehingga 19 November 1949.10

Cominform dianggap telah dihidupkan semula melalui Komunis Antarabangsa atau Comintern, yang sebelum telah mengalami pembubarannya pada tahun 1943 telah dikawal
dengan berkesan pihak komunis di luar negara sebagai instrumen Dasar Soviet. Walaupun ia tidak mempunyai satu struktur asas, cominform telah berjaya menandakan Moscow sebagai penentuan untuk mengenakan blok disiplin di Eropah Timur dengan menyampaikan ideologi ortodoks. Walaupun pihak Komunis Asia menghadiri persidangan C ominform pada 1950 di Bucharest, namun organisasi tersebut masih gagal lagi bagi memajukan Cominform.

Cominform dilihat bertambah merosot selepas 1951, apabila pemimpin Itali iaitu Palmiro
Togliatti, enggan untuk menjadi setiausaha agung pertama. Cominform akhirnya telah dibubarkan oleh Nikita Krushchev pada April 1956.11

3.2

Dasar Pembendungan (Containment) 1947 oleh Amerika Syarikat. Selepas Perang Dunia ke-2, negara Amerika Syarikat telah bangkit sebagai kuasa

ekonomi bukan penjajah terbesar yang berpengaruh luas di hampir seluruh dunia. Bagaimanapun, sejurus selepas itu dunia mengalami perpecahan kepada dua puak besar semasa Perang Dingin iaitu sebelah pihak diketuai oleh negara Amerika Syarikat dan sebelah lagi ialah Soviet Union. Pergelutan ideologi ini berterusan hingga menjelang akhir abad ke20 dan telah memaksa Amerika Syarikat mengambil Dasar Pembendungan untuk membasmi peluasan pengaruh komunis yang wujud dengan perlaksanaan Comirform oleh pihak Soviet

Negara komunis merupakan istilah yang digunakan oleh ramai ahli-ahli sains politik bagi menggambarkan suatu bentuk kerajaan yang mengistiharkan taat setia kepada Marxisme atau Lenisme. Joseph H. Smith, The A to Z of The Cold War, Maryland: Scarecraw Press. Inc, 2005, hlm. 116. Procacci. Giulianne, The Cominform: Minute of The Three Conference 1947/ 1948/ 1949, Feltrimeli Milano: Fondazlane Glangiancemo Feltrimelli, 1994, hlm. xxv. Joseph H. Smith, op. Cit., hlm. 116

10

11

Union. Dasar ini, telah berkembang selama 45 tahun dalam memastikan pengaruh yang mula menular daripada Soviet Union iaitu ideologi Komunis berlaku di Eropah. Dasar Pembendungan ini berdiri teguh di atas tiga perkara pertama iaitu pertama sebagai sebuah persediaan dan kekuatan ketenteraan di samping berkemampuan untuk mencegah sebarang gerakan hegemoni dan ideologi Soviet Union (Komunism). Perkara yang kedua melibatkan pembangunan ekonomi dalam usaha Amerika Syarikat membangunkan kekautan senjata dengan pantas serta berjaya meningkatkan taraf hidup dan produktiviti golongan rakyat Eropah Barat. Teras yang ketiga ialah melibatkan aspek politik dan ideologi di mana mewujudkan negara-negara Eropah yang berlandaskan ideologi demokrasi dan menolak ideologi daripad pihak Soviet.12 Namun, dasar pembendungan ini bukanlah bersifat strategi pertahanan semata-mata, namun dasar ini telah menjadi nadi atau instrument penting dalam kemenangan Pihak Bersekutu semasa Perang Dingin.13 Pembentukan dasar ini juga dalam mengelakkan berlakunya Perang Nuklear antara pihak Amerika Syarikat dan Soviet yang pada masa tersebut berlumba-lumba dalam pembuatan senjata tersebut. Pada peringkat awal, negara Amerika Syarikat tidak mengetahui cara yang sebenar dalam melaksanakan dasar pembendungan di Eropah dalam usaha menyekat pengaruh Soviet Union khasnya. Namun akhirnya dengan berasaskan Doktrin Truman, Presiden Amerika Syarikat pada 12 Mac 1947 telah mengarahkan dasar pembendungan yang bersifat bantuan ketenteraan telah dijalankan di negara Greece dan Turki apabila kerajaan British tidak mampu untuk menyekat pengaruh komunis ke negara-negara tersebut. Namun, beberapa petimbangan telah diambil oleh Amerika Syarikat ekoran pendapat daripada sekutu lain merasakan pembangunan ekonomi Eropah Barat harus dipertimbangkan terlebih dahulu daripada aspek perkembangan ketenteraan amnya. Dengan kata lain, pada peringkat awal pihak Amerika Syarikat melalui dasar pembendungan telah berusaha membangunkan ekonomi Eropah pada peringkat dalam menyekat dan membendung ideologi komunis masuk ke negara-negara di Eropah Barat. Selain itu, Pihak Amerika Syarikat juga cuba mendapatkan sokongan daripada beberapa persatuan beraliran komunis di negara Eropah

12

Mohd Azizuddin Mohd Sani, Amerika Syarikat: Keseimbangan Kuasa Global pada Era Pasca-Perang Dingin 1989-2000, Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia, 2012, hlm 12. G. S. Barrass, The Great Cold War: a Journey Through the Hall of Mirrors, Stanford: Stanford University Press, 2009, hlm 45.

13

seperti di Perancis, Itali dan Greece dalam usaha Amerika Syarikat menguasai secara

totalitarian Eropah Barat.14


Pada June 1947 menerusi pelaksanaan Plan Marshall, Amerika Syarikat telah berusaha dalam membina semula negara-negara di Eropah dan perkara ini telah disambut oleh pemimpin-pemimpnin di Eropah Barat amnya. Dasar ini telah diistiharkan Setiausaha Negara Amerika Syarikat iaitu George C. Marshall, di Universiti Harvard yang selaras dengan Dasar Pembendungan yang meliputi pembagunan yang berteraskan ekonomi dan bukannya bersifat ketenteraan.15 Kewangan dan pelaburan telah banyak disalurkan menerusi pembendeharaan Amerika Syarikat dalam usaha pembangunan dan pembaikpulihan ekonomi serta Eropah Barat khasnya yang melibatkan anggaran sebanyak 12 billion Dollar. Namun, Dasar Pembengunan yang bersifat ekonomi ini telah mendatangkan rasa takut Amerika Syarikat yang kemungkinan negara Jerman akan kembali sebagai sebuah negara yang kuat dan menyebabkan pada peringkat awal kerajaan Perancis tidak bersetuju dengan perlaksanaam Dasar Pembedungan Amerika Syarikat tersebut di Eropah khasnya. Oleh itu, Amerika Syarikat telah mula menjalankan dasar sekatan penuh terhadap negara Jerman dalam usaha mendapat kembali sokongan dan keyakinan pihak Perancis. Dasar Pembendungan berasaskan rancangan Marshall ini juga telah menyebabkan Soviet Union mengambil tindakan supaya negara dibawah pengusaannya tidak terlibat dalam dasar tersebut atas alasan takut rahsia dan kawalan ekonomi Soviet diketahui oleh pihak Bersekutu. Kejayaan dasar ini dapat dilihat di Eropah yang dimana ekonomi Eropah telah mula berkembang pada tahun 1952 dengan peningkatan sebanyak 200 peratus. Bantuan ekonomi ini juga menyaksikan negara-negara lain seperti Itali, Belanda dan Belgium dapat dipertahankan oleh Amerika Syarikat daripada kerajaan Soviet Union namun berbeza dengan negara Czechoslovakia dan Jerman yang Berjaya dikuasai oleh pihak Soviet.

14 15

U.S. History, Detroit: Gale, 1997, Gale Student Resources in Context.


Etzold, T. E., and J. L. Gaddis, eds. Containment: Documents on American Policy and Strategy 19451950. New York: Columbia University Press, 1978, hlm 23.

3.3

Sekatan Berlin 1948 oleh Soviet. Hubungan tegang dalam Perang Dingin dilihat berlaku apabila wujudnya Sekatan

Berlin yang berlaku pada 1948 yang merupakan tahun-tahun awal berlakunya Perang Dingin di Eropah. Pihak Soviet telah mengambil tindakan dengan mengenakan sekatan terhadap sebahagian Berlin pada bulan April dan melakukan sekatan sepenuhnya pada bulan Jun. 16 Sekatan bermula pada 24 Jun 1948 dan tamat pada 12 Mei 1949. Pembahagian kawasan Berlin kepada empat iaitu British, Perancis, Amerika dan Soviet telah memudahkan lagi sekatan yang dilakukan oleh Soviet.

Rajah 1: Berlin telah dipecahkan kepada empat kawasan yang dipisahkan melalui sempadan masing-masing.

Rajah 2: Kedudukan Berlin berada di tengah-tengah kawasan Soviet.

16

Berlin Blockade dalam http://www.coldwar.org/articles/40s/berlin_blockade.asp

diakses pada 19 Mac 2013

Kesatuan Soviet telah mengambil tindakan dengan menyekat semua perhubungan air dan darat. Sekatan ini berlaku ekoran dari tindakan reformasi ekonomi dan telah menetapkan Deutsche Mark17 sebagai mata wang baru di Jerman Barat oleh pihak Sekutu Barat.18 Reformasi ekonomi yang dilakukan adalah bertujuan bagi menggalakkan perkembangan pemulihan ekonomi di Jerman.19 Pengenalan sistem ekonomi baru diperkenalkan pada 23 Jun 1948. Sejurus pengenalan ekonomi, keesokkan harinya bermula lah episod Sekatan Berlin oleh pihak Soviet.20 Sekatan yang dilakukan adalah bertujuan bagi menghalau kuasa-kuasa barat daripada Berlin yang jaraknya terletak 180 km dalam Zon Soviet. Mereka telah melakukan sekatan terhadap sistem perhubungan sama ada melalui jalan raya, jalan kereta api dan jalan air ke Berlin. Amerika melihat tindakan yang dilakukan oleh Soviet adalah cubaan memaksa mereka keluar dari Berlin. Namun, Stalin pula mendakwa pengenalan mata wang baru dilihat sebagai percubaan untuk menghancurkan ekonomi di Jerman Timur.21 Tambahan lagi Stalin melihat Bantuan Marshall yang di undi oleh Kongress pada 31 Mei 1948 juga sebagai satu ancaman bagi melemahkan pengaruh Soviet di Eropah Timur. Oleh itu, Soviet telah mengambil tindakan segera dengan melakukan Sekatan Berlin bagi menangkis semua pengaruh yang mahu menjatuhkan Soviet. Sekatan Berlin dilihat berlaku kerana Amerika dan Soviet mempunyai matlamat yang berbeza ke atas Jerman. Perkara ini telah di bincangkan semasa di Postdam antara Soviet, Amerika dan British pada Julai 1945. Stalin dilihat mahu memusnahkan Jerman. Namun berbeza pula bagi British dan Amerika yang mahu membina semula Jerman dalam bidang industri dan dijadikan sebagai rakan kongsi dalam perindustrian.22 Oleh itu, jelaslah perbezaan matlamat antara negara terhadap Jerman telah menjadi pencetus kepada berlakunya Sekatan Berlin.

17

Deutsche Mark (DM atau DEM) merupakan mata wang rasmi Jerman Barat yang diperkenalkan dari tahun 1948 sehingga 1990.

18

Antara Negara-negara Sekutu Barat ialah Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis. People dan Events Berlin Blockade dalam

19

http://www.pbs.org/wgbh/amex/bomb/peopleevents/pandeAMEX49.html diakses pada 18 Mac 2013

20

What Caused The Berlin Blockade, 194849? dalam http://www.johndclare.net/EC3.htm diakses pada 18 Mac 2013.

21

ibid, diakses pada 18 Mac 2013. ibid., pada 18 Mac 2013.

22

Selain itu, terdapat juga faktor lain yang membawa kepada sekatan oleh pihak Soviet. Pada Januari 1947 telah menyaksikan British dan Amerika menyertai Bizonia Zon baru atau juga dikenali sebagai Dua Zon. Soviet sedar tindakan tersebut akan mewujudkan Jerman baru yang kuat sehingga menimbulkan kemarahan Soviet. Ekoran dari sebab-sebab tersebut telah menyebabkab Soviet melakukan sekatan di Berlin. Pada 30 Mac 1948, pihak Soviet telah mula melakukan sekatan lalulintas kepada mana-mana pihak yang melalui kawasan Soviet untuk ke Berlin. Sekatan elektrik ke Berlin Barat yang disalurkan daripada Soviet juga turut diputuskan. Sekatan Berlin yang dilakukan oleh Soviet dilihat bertujuan untuk menghadkan keupayaan Perancis, British dan Amerika di Berlin yang berada dalam kawasan Soviet di Jerman Timur. Ekoran dari sekatan yang dilakukan telah menyebabkan penduduk dalam kawasan Berlin kehabisan sumber harian. Oleh itu, pihak Sekutu Barat telah mengambil langkah dengan melancarkan Berlin Airlift yang dilihat sebagai reaksi terhadap sekatan yang dilakukan.23 Sebanyak 300 000 buah pesawat digunakan semasa Berlin Airlift. Setiap 30 saat akan berlaku pendaratan di Berlin Barat bagi menghantar bekalan dan bantuan. Perkhidmatan ini mengambil masa hampir setahun. Berlin Airlift ini diterbangkan oleh Angkatan Udara Inggeris (Royal Air Force), Angkatan Udara Negara Komanvel dan Angkatan Udara Amerika Syarikat (United Stated Air Force).24 Pihak Sekutu sedar mereka tidak boleh menggunakan kekeraan terhadap Soviet kerana kelebihan kekuatan tentera yang dimiliki mereka. Pihak Soviet tidak dapat menghalang penerbangan tersebut kerana bimbang akan menyebabkan perang meletus, sekaligus usaha menyingkirkan pihak Sekutu Barat dari Berlin adalah gagal. Berakhirnya Sekatan Berlin pada 12 Mei 1949 yang mengambil masa selama sepuluh bulan lebih apabila blockade itu ditarik balik.

23

Berlin Blockade dalam http://www.history.com/topics/berlinblockade diakses pada 17 Mac 2013. Berlin Blockade, dalam, op. cit., diakses pada 19 Mac 2013.

24

3.4

Dasar Berlin Airlift 1948 oleh Amerika Syarikat Dasar Berlin Airlift yang dijalankan ielh pihak Amerika Syarikat telah bertindak

memberi bantuan yang cukup penting kepada rakyat di Jerman Barat dengan mengunakan jalan udara dalam menangani masalah sekatan udara dan wilayah yang dijalankan oleh pihak Soviet Union dalam usaha memastikan Pihak Bersekutu untuk meninggalkan Jerman Barat (Berlin).25 Berlin Airlift telah bertindak sebagai satu ekspedisi keamanan yang terbesar dalam membekalkan makanan dan bahan api bagi tujuan pemanas kepada lebih 2 bilion masyarakat Berlin Barat yang bermula pada Jun 1948 hingga ke September 1949 yang melibatkan lebih 277 000 penerbangan pesawat pihak bersekutu telah dilakukan. Dasar ini, dijalankan dalam usaha memastikan wilayah Jerman Barat masih lagi di bawah pengusaan Amerika Syarikat ekoran sekatan daripada pihak Soviet Union telah memberi kesan yang teruk pada masa tersebut. Ramai pemerhati beranggapan tindakan yang akan diambil oleh pemimpin Amerika Syarikat iaitu President Harry Truman pada masa tersebut atas nasihat daripada penasihat politik beliau akan menghantar rombongan kemanusiaan dan ketenteraan melalui jalan darat merempuh sekatan tersebut yang dibuat oleh pihak Soviet Union. Menurut pandangan Gabenor Militeri Amerika Syarikat di Jerman iaitu Gen. Lucius Clay, perkara ini seterusnya mampu mencetuskan konflik baru antara pihak Amerika Syarikat dan Soviet Union atau akan seterusnya mewujudkan Perang Dunia ke-3 di Eropah.26 Namun, menerusi pembincangan yang dijalankan, kata putus telah diambil dengan menggunakan pesawat C-47 iaitu sebuah pesawat penghantar barangan di Eropah dalam menghantar bekalan kemanusiaan kepada rakyat Jerman Barat semasa sekatan dijalankan oleh Pihak Soviet yang berlarutan selama 11 bulan.

25

Berlin airlift dlm, http://www.infoplease.com/encyclopedia/history/berlin-airlift.html, diakses pada 06 Mac 2013. Berlin Airlift (1948-49) dlm, 06 mac 2013.

26

http://topics.nytimes.com/topics/reference/timestopics/subjects/b/berlin_airlift/index.html, diases pada

10

Rajah 3: Pesawat C-47 dalam Ekspedisi Berlin Airlift.

Dasar yang dijalankan oleh pihak Amerika Syarikat ini telah menjadi titik-tolak kepada rakyat Jerman yang mula membuka minda mereka dan mula mengamalkan dasar demokrasi yang pada awal yang tidak popular di Jerman pada masa tersebut. Perkara ini juga memberi kesan kepada Amerika Syarikat sendiri yang telah bertindak sebagai Hero semasa Perang Dingin dan menjadi negara agung yang memerintah dunia ekoran dasar kemanusiaan yang dijalankan iaitu Berlin Airlift tersebut.

3.5

Pengeboman Negara Cuba 1949 yang Membawa Perang Dingin oleh Soviet. Perang antara Blok Barat dan Timur semakin hari semakin tegang. Keadaan ini dapat

dilihat melalui pelbagai peristiwa yang telah berlaku dan seolah-olah pertikaman lidah serta aktiviti balas membalas kedua-dua pihak semakin membahayakan. Masing-masing telah melancarkan pelbagai dasar yang dilihat sebagai satu tindakan untuk menjaga kepentingan di satu pihak. Misalnya selepas Pihak Soviet melakukan sekatan terhadap Berlin sekitar tahun 1948, Amerika Syarikat dan sekutunya telah bertindak balas dengan melancarkan satu tindakan yang disebut sebagai Berlin Airliff. Dalam hal ini permasalahan akan timbul dan berkemungkinan sesuatu perang akan berlaku tidak disangkal lagi, ini kerana kedua-dua pihak mula bertindak yang dilihat sebagai tindakan yang dapat memberikan pihak lama satu tekanan dan menunjukkan kemampuan kuasa masing-masing. Apa yang berlaku di Cuba adalah salah satu sebab berlakunya kemuncak Perang Dingin di Eropah, ini kerana pihak Berikat telah menunjukkan taringnya dengan menjatuhkan satu teknologi modennya iaitu 11

senjata Nuklear di Negara tersebut sebagai reaksi mereka terhadap Soviet yang meletakkan wilayah di Cuba sebagai kawasan nuklear mereka, Oleh itu, Amerika Syarikat telah mengambil langkah yang drastik dalam hal ini.27 Krisis yang berlaku di Cuba bermula daripada permasalahan yang dilihat sebagai satu pertapakan dan perterlingkahan ideologi, dimana seperti yang sedia maklum bahawa Amerika Syarikat tidak akan berundur dan berhenti untuk memerangi komunis yang disebarkan oleh pihak Soviet. Pengaruh komunis Soviet yang menggunakan fahaman persamaan kelas sosial semakin meluas dan dapat diterima dengan baik di Eropah Timur dan Barat. Pada Awalnya perselisihan antara dua pihak ini iaitu Amerika Syarikat dengan Soviet Union tidak berlaku di Negara Cuba, Ini kerana Amerika Syarikat tidak melihat bahawa Negara tersebut boleh mendatangkan ancaman keselamatan. Namun semasa era pemerintahan John F. Kennedy Negara Cuba telah dijadikan sebagai satu tapak atau medan pertempuran antara dua kuasa tersebut. Negara Cuba adalah Negara yang mempunyai hubungan rapat dengan Soviet. Keadaan ini disebabkan oleh pemimpinya iaitu Fidel Castro telah mendapatkan bantuan politik kepada Soviet untuk melakukan satu revolusi di Negara sekitar tahun 1959. Fidel Castro lebih berminat dengan ideologi Soviet berbanding dengan Negara kapitalisme. Lantaran itu Amerika Syarikat telah memutuskan hubungan diplomasi terhadap Cuba sebagai membantah tindakan Negara tersebut menjalin hubungan dengan Soviet dan meletakkan kepantingan meliteri Soviet di Cuba.28 Selain itu, keadaan ini dikeruhkan lagi dengan peristiwa serangan di Bay Of Pigs tahun 1961. Dimana Amerika Syarikat telah mengambil satu tindakan secara diluar diplomatik iaitu merancang langkah strategik untuk mempengaruhi Negara Cuba memihak kepada Amerika Syarikat. Misalnya Amerika Syarikat dengan pasukan perisiknya telah memberikan latihan tentera kepada pelarian Cuba yang melarikan diri semasa Fidel Castro melakukan revolusi. Amerika Syarikat melakukan semua ini adalah bertujuan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat Cuba kepada ideologi kapitalisme. Seterusnya, akibat daripada tindakan Amerika Syarikat tersebut Soviet telah melihat bahawa Amerika Syarikat telah mencampuri hal Negara luar. Lantaran itu, Soviet telah membina pangkalan tentera untuk menempatkan senjata Nuklear milik Soviet di Cuba dan pada masa yang sama Soviet juga telah menghantar tentera seramai 1700 orang yang mempunyai kemahiran teknikal dalam
27

Donald W. Treadgold, Rusia Abad Ke-20, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, Hlmn., 535-536. Wiliam Blum, Negara Samseng, Membuka Topeng Amerika, Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, 2007, Hlm., 59-56.

28

12

mengedalikan senjata nuklear di Negara Cuba sekitar tahun 1962. Tindakan Soviet ini disambut baik oleh rakannya iaitu Fidel dan Khrushev iaitu ketua Soviet telah menyatakan bahawa tindakannya adalah untuk memberikan gambaran sebenar kekuatan Soviet serta mengimbangi kekuatan Amerika Syarikat yang dikata mampu melancarkan peluru berpandu sehingga ke Negara Cuba.29 Amerika Syarikat dengan lantang membantah tindakan Soviet menjadikan Negara Cuba sebagai alat untuk menunjukkan kekuatan Soviet di mata dunia. Keadaan ini telah memaksa Amerika Syarikat tegas dengan pendiriannya bahawa sebarang tindakan dan serangan bom Soviet dari Negara Cuba adalah salah satu ancaman yang serius. Oleh itu, Soviet perlu bertanggungjawab dan membayar tindakannya tersebut. Sejurus peristiwa tersebut Kennedy telah mengarahkan pengawalan Negara Cuba dan menghalang pelbagai bentuk pengantaran peralatan dan bahan-bahan peluru tambahan ke Negara tersebut. Akibatnya Soviet merasakan bahawa tindakan Amerika Syarikat tersebut diistilahkan sebagai menjolok sarang lebah kerana Soviet dengan lantang dan beraninya telah mendesak Amerika Syarikat membebaskan kepentingannya dan pangkalan tenteranya di Turki sekiranya mahukan Soviet berbuat demikian di Negara Cuba. Lantaran desakan Soviet tersebut Amerikan Syarkikat telah melanggar Negara Cuba dengan mengebom Negara tersebut namun Soviet telah bertolak ansur dengan mengadakan rundingan pada 28 oktober 1962 dan Soviet telah menarik peletakan senjata nuklear oleh Soviet di Negara Cuba. Disinilah secara tidak langsung bermulanya kancah Perang Dingin antara kedua kuasa besar ini.30

29 30

Ibid., Hlmn. 90-94


Azlizan Mat Enh dan Zubaidah VP Hamzah, Persaingan Amerika Syarikat-Soviet Union dalam Pembentukan Order Baru Pasca Perang Dunia II, Bangi: Sosiohumanika Universiti Kebangsaan Malaysia, Volum, 4 (1), 2011, Hlmn., 77-80.

13

Rajah 4: Nikita Khrushev, Pemimpin Soviet Union (1953-1964) 3.6 Penubuhan NATO 1949 oleh Amerika Syarikat. North Atlantic Treaty Organization ( NATO), ditubuhkan pada tahun 1949 di Washington D.C dimana sebuah pergerakan atau kesatuan yang berbentuk collective

defence iaitu negara-negara anggota bersetuju untuk membentuk satu persekutuan


ketenteraan bersama. Negara anggota NATO terdiri daripada 28 buah Negara-negara barat iaitu Amerika Syarikat, Canada, Belgium, Denmark, Perancis, Greece, Iceland, Itali, Netherlands ,Norway, Portugal, Luxemburg, Albania, Bulgaria, Croatia, republic Czech, Estonia, Jerman, Hungary, Latvia, Lithuania, Poland, Romania, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Turki dan Great Britain.31 Organisasi ini ditubuhkan untuk melindungi negara yang Pro-Amerika Syarikat dan mengelakkan negara-negara Eropah dari dipengaruhi oleh Jerman dan Soviet Union. Objektif utama North Atlantic Treaty Organization (NATO) ditubuhkan adalah untuk menjaga keamanan, memastikan kemerdekaan dan kebebasan para anggotanya serta memajukan prinsip-prinsip demokrasi dan pertumubuhan institusi demokratik di wilayah Atlantik Utara.32 Perkara penting yang ditekankan oleh pergerakan NATO ialah ideologi diplomatik, persetujuan dialog, dan kerjasama. Manakala dalam organisasi ketenteraan pula perkara

31

NATO dalam, http://www.nato.int/cps/en/natolive/topics_52122.htm, diakses pada 10 mac 2013. Gordon, Phillip .H and Shapiro, Jeremy, Allies At War, New York: McGraw-Hill, 2004, hlm 34.

32

14

utama yang ditekankan dalam NATO ialah pembahagian pertahanan, operasi pengurusan krisis, dan mengekalkan keupayaan ketenteraan yang memuaskan. Tujuan NATO ditubuhkan adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap undangundang, struktur, dan aktiviti NATO dalam mempertahankan nilai demokratik. Setiap undang-undang, struktur, dan aktiviti yang ditetapkan NATO hendaklah dipatuhi oleh setiap anggotanya.33 Selain itu, NATO juga memberi penekanan terhadap keutamaan keselamatan ketenteraan dan isu politik yang dihadapi oleh setiap anggota NATO. Kerjasama antara negara anggota NATO dalam menyelesaikan sesuatu isu salah sebuah Negara anggotanya adalah objektif yang sangat ditekankan oleh NATO.34 Pergerakan NATO juga berfungsi dibawah konsep collective security iaitu sebuah konsep di mana negara Amerika Syarikat akan memberi perlindungan kepada Eropah Barat daripada ancaman bala tentera Kesatuan Soviet yang besar di Eropah Timur. Dalam aspek ini dasar ketenteraan NATO ini telah menjadi satu platform yang digunakan oleh negara-negara Eropah Barat dan juga Amerika Syarikat sendiri sebagai pengimbang kepada kuasa tentera Soviet Union.

4.0

Perang Dingin dan Pembinaan Tembok Berlin 1961 Oleh Soviet. Istilah Cold War atau Perang Dingin pertama kali istilah tersebut digunakan oleh

Bernard Baruch, kemudiannya digunakan secara berterusan oleh seorang wartawan yang dikenali sebagai Lippman sekitar tahun 1947. Istilah tersebut adalah merujuk kepada hubungan dingin dan tegang antara Soviet Union dengan kuasa Barat ketika itu, terutamanya Amerika Syarikat. Pada masa yang sama, turut menjelaskan bahawa kerjasama antara blok Barat dan Timur yang pernah bersama menentang Nazi telah berakhir. Dengan erti kata lain, Perang Dingin bermula sebagai kesan daripada berakhirnya Perang Dunia II (1939-1945). Amerika Syarikat dan Soviet Union yang menjadi kuasa dominan selepas Perang Dunia II menjadi musuh selepas kekalahan gabungan Adolf Hitler dengan sekutunya. Ini antara lainnya kerana perlumbaan kuasa untuk mengisi kuasa yang hilang di Eropah dan Asia Timur yang ditinggalkan oleh German dan Jepun. Masing-masing ingin menjadi kuasa yang lebih berpengaruh di negara-negara ketiga (negara bukan sekutu). Dalam menerangkan aspek Perang Dingin, pelbagai isu telah mewarnai aspek ini melibatkan isu berkaitan perlumbaan senjata (Nuklear) antara pihak AS dan Soviet Union, Perang Proxy

33

NATO dlm http://www.nato.int/welcome/intro_to_nato_en.pd, diakses pada 07 mac 2013. Snyder, Glenn H., Alliance Politics, New York: Cornell University Press, 1997, hlm 45.

34

15

terutamanya di Vietnam, ideologi (Demokrasi & Komunis) dan juga Pembinaan Tembok Berlin.35 Pembinaan Tembok Berlin adalah gambaran awal kepada pemisahan antara dua kuasa yang berbeza ideologi iaitu dengan kata lain diistilahkan bahawa dunia telah berpecah kepada dua iaitu Blok Timur dan Blok Barat. Tembok Berlin adalah simbol kepada keretakan tersebut dan merupakan satu garisan pemisah ideologi. Keadaan ini wujud setelah kuasa

Nazi iaitu Jerman telah kalah dalam perang dan ini menyaksikan wilayah Jerman telah
dibahagikan mengikut kehendak kuasa Berikat yang menang dalam perang seperti diibaratkan seorang ayah yang membahagikan harta warisan kepada anaknya. Keadaan ini telah menimbulkan pelbagai kesan terhadap wilayah didalam Jerman itu sendiri iaitu pembahagian wilayah Berlin kepada empat bahagian, dimana di bahagian barat adalah kuasa kapitlisme yang terdiri dari Amerika Syarikat, Britain dan Perancis. Di bahagian Timur pula adalah Soviet.36 Keadaan ini amat signifikan kerana selepas Berlin dibahagikan keadaan Berlin Barat dilihat lebih kedepan dari aspek kemajuan dan perkembangan ekonominya melalui rancangan Marshall berbanding dengan Jerman Timur.37 Masalah ini telah mendatangkan penghijrahan penduduk yang berada di Jerman Timur ke Barat untuk mendapatkan peluang-peluang ekonomi. Misalnya dalam sektor pekerjaan yang banyak ditawarkan di wilayah Jerman Barat.

35

John W. Young, America, Russia and The Cold War 1941-1998 Second Esition, London: Addison Wesley Longman Limited, 1999, hlm 13. Daniel R. Brower, The World Since 1945 A Brief History, New Jersey: Prentice Hall, Upper Saddle River, 2000 , Hlmn., 27-41. Qasim Ahmad, Eropah Moden Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1997, Hlmn., 238-239.

36

37

16

Rajah 5: Pembinaan tembok Berlin pada tahun 1961. Selain itu, pembinaan Tembok Berlin ini adalah disebabkan oleh tindakan kerajaan Soviet untuk menyekat penghijrahan penduduk di Timur pergi ke Barat dan mengawal krisis kekurangan tenaga buruh. Apa yang digambarkan dan dilihat adalah menunjukkan bahawa perkembangan ekonomi kapitalisme yang diperkenalkan oleh kuasa demokrasi-kapitalisme adalah lebih maju berbanding dengan ekonomi komunisme. Misalnya melalui rancangan Marshall yang membantu Jerman, bahkan Berikat juga menawarkan kepada Negara satelit di bawah pengaruh Soviet.38 Lantaran itu, ini menghasilkan satu perubahan yang besar dan dapat menggugat kedudukan ekonomi Soviet di Jerman Timur. Seperti yang kita sedia tahu bahawa Soviet akan dapat bertapak dengan kukuh sekiranya sesuatu keadaan di Jerman itu tidak seimbang kerana ideologi komunisme akan dapat masuk sekiranya keadaan sosioekonomi di Jerman tidak stabil. Pihak Soviet melihat bahawa permasalahan tersebut perlu ditanggani dengan segera untuk mengelakan keadaan menjadi lebih teruk. Oleh itu, Pihak Soviet telah membina Tembok Berlin pada tahun 1961 bagi menghalang permindahan penduduk melepasi sepadan ke Jerman Barat.39

38

Paul Kennedy. Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-kuasa Besar, Perusahaan Ekonomi dan Konflik Ketenteraan Dari Tahun 1500 Ke 2000, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, Hlmn., 509-515. C.P.F. Luhulima, Eropah Sebagai Kekuatan Dunia, Jakarta: PT. Gramedia Pustaka Utama, 1992, Hlmn., 276286.

39

17

Rajah 6: Pembahagian wilayah Berlin (Jerman Timur) antara empat kuasa.

Seterusnya pembinaan Tembok Berlin pada tahun 1961 ini adalah bertujuan untuk memisahkan antara dua entiti politik yang berbeza iaitu Demokrasi-kapitalisme dengan

Komunisme. Keadaan ini telah dilakukan oleh Soviet untuk mengekalkan kepentingannya di
Jerman Timur dan pada masa yang sama Amerika Syarikat telah melakukan operasi Gladio terhadap Jerman, ini telah membawa kepada pembinaan tembok Berlin kerana Amerika telah mewujudkan tentera wam rahsia iaitu 200 orang anggota Demokrat, 15 orang anggota komunis untuk persediaan sekiranya Soviet menyerang Jerman.40 Permasalahan antara kedua pihak ini tidak dapat diselamatkan lagi kerana masing-masing mahu menunjukkan kekuatan dan melihat peperangan adalah jalan terakhir bagi mewujudkan satu kedamaian. Lantaran itu, secara tidak langsung dengan pembinaan Tembok Berlin ini Perang Dingin telah mencapai kemuncaknya dan ini telah menyaksikan kedua-dua kuasa telah bersaing. Terbinannya Tembok Berlin ini oleh Soviet telah menunjukkan bahawa kuasa tersebut secara terang telah memalingkan mukanya dari Amerika Syarikat. Selepas kejatuhan Jerman Timur di bawah pengaruh Soviet sekitar 1990-an Amerika telah menghantar CIA untuk mencari maklumat berkaitan dengan Jerman barat bertujuan mengawal wilayah tersebut sepenuhnya.41

40 41

Wiliam Blum, op. cit., Hlmn. 113-114 Wiliam Blum, op. cit., Hlmn. 201-202.

18

5.0

Analisis. Perang Dingin yang berlaku di Eropah merupakan salah satu perang saraf iaitu dimana

pihak yang terlibat adalah kuasa-kuasa besar yang sebelum ini telah memenangi semasa perang dunia kedua. Kuasa-kuasa besar ini mempunyai medium atau tapak mereka masingmasing untuk melancarkan perang sama ada melalui politik, ekonomi bahkan melalui perlumbaan senjata. Namun yang menariknya peperangan tersebut tidak berlaku di dalam wilayah kedua kuasa tersebut, ia telah menggunakan Negara kuasa paksi dan satelit didalam pertempuran ini. Perang ini juga memperlihatkan perbezaan ideologi yang berbeza iaitu kapitalisme dengan komunisme. Dalam konteks keadaan dunia yang bipolar ini kepentingan ekonomi dan ideologi adalah matlamat utama dalam menjayakan matlamat masing-masing. Perang Dingin secara tidak langsung sebenarnya tercetus disebabkan peramsalahan yang berlaku di Jerman. Dalam hal ini, apa yang berlaku di Jerman telah menguatkan lagi bara-bara api yang pada asalnya telah menyala. Persoalan Jerman telah menyetuskan Perang Dingin di Eropah adalah dilihat lebih signifikan kerana konflik antara dua kuasa ini berpuca akibat kekalahan Jerman. Seterusnya Jerman telah dibahagikan. Selepas itu, timbul pula berkaitan dengan permasalahan ideologi dan ekonomi yang mengeruhkan lagi keadaan. Misalnya Soviet telah membina Tembok Berlin pada tahun 1961 untuk menyekat pengaruh ekonomi kapitalisme dan penghijrahan penduduk Jerman Timur untuk pergi ke Jerman Barat. Selain itu, Perang Dingin ini adalah bermula daripada dedam dan ego serta cita-cita antara kedua kuasa besar tersebut untuk menguasai dunia. Seperti yang kita sedia maklum bahawa krisis pembahagian jerman tersebut telah menambahkan lagi permusuhan dan perseketaan antara Amerika Syarikat dengan Soviet. Bahkan konflik tersebut turut dipanjangkan lagi dengan beberapa tindakan antara kedua kuasa ini bagi menunjukkan bahawa kuasa mereka yang kuat dan betul serta patut diamalkan di dunia luar amnya dan di Jerman khususnya. Konfilk tersebut permula semasa perjanjian Potsdam dan kemudian ia berlanjutan tindakan berbalas-balas Amerika Syarikat dengan Soviet di dalam wilayah Jerman antaranya Soviet telah melancarkan Cominform pada tahun 1947 kemudian Amerika Syarikat telah membalasnya dengan memperkenalan dasar pembendungan pada tahun yang sama. Seterusnya Sekatan Berlin pada tahun 1948 yang menutup semua pintu masuk ke Berlin oleh Soviet dan ini memaksa Amerika Syarikat telah melakukan dasar Berlin Airliff. Jelaslah bahawa apa yang menyebabkan kepada Perang Dingin adalah bertitik tolak dari permasalahan yang timbul di Jerman tersebut. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat faktor

19

luaran yang mendorong kepada Perang Dingin namun pada hakikatnya ia dimulakan di Jerman dan kemudian barulah merebak ke kawasan lain.

6.0

Kesimpulan. Secara keseluruhnya bahawa Perang Dingin di Eropah adalah dicetuskan oleh

permasalahan yang berlaku di dalaman wilayah Jerman itu sendiri. Keadaan ini menunjukkan bahawa apa yang berlaku di Jerman itu merupakan faktor kepada tercetusnya Perang Dingin. Namun tidak dapat dinafikan bahawa terdapat faktor lain yang mendorong kepada tercetusnya Perang Dingin antara Amerika Syarikat dengan Soviet. Oleh itu, keadaan ini telah menyetuskan satu fenomena yang membimbangkan sekiranya perang akan berlaku, kesannya amat mendalam kerana ia akan mencetuskan perang dunia ketiga jika benar-benar berlaku. Permasalahan yang yang berlaku di Jerman telah mempercepatkan lagi dan menjadi faktor utama kepada permusuhan dalam Perang Dingin. Perang Dingin antara dua kuasa besar dunia telah mewujudkan pelbagai masalah dan kesan kepada wilayah-wilayah dunia yang terlibat sama ada Negara paksi ataupun satelit. Ramai Orientalis atau sarjana menyatakan bahawa Perang Dingin tersebut adalah Perang ideology yang bersifat senyap, namun pada masa yang sama masing-masing telah menyusun dan mengatur strategik untuk menguasai dunia. Secara ringkasnya perang tersebut bermula apabila kekalahan Jerman dalam perang dan kemudian Negara yang menang telah membahagikan wilayah Jerman kepada dua iaitu Barat dan Timur. Pada masa yang sama dua wilayah ini ditakbir oleh dua kuasa yang berbeza. Permusauhan ini timbul apabila Berlin turut dibahagikan kepada empat. Oleh itu, soviet telah melakukan Comiform 1947 untuk menyekat pengaruh Amerika Syarikat. Amerika membalas dengan dasar pembendungan melalui dokrin Truman, rancangan Masrshall dan Soviet telah membuat sekatan Berlin pada 1948. Amerika telah melakukan Berlin Airliff untuk membalas tindakan Soviet dan Negara komunis tersebut meletakkan sejata nuklear di Negara Cuba. Amerika Menubuhkan NATO dan Soviet membalas membina Tembok Berlin pada 1961, Amerika telah menyatukan jerman sekitar tahun 1989. Maka Perang Dingin telah berlaku antara kedua kuasa dan Perang tersebut tamat selepas kejatuhan Soviet akibat perpecahan dalaman pada tahun 1991.

20

Rujukan.

Buku. C.P.F. Luhulima. 1992. Eropah Sebagai Kekuatan Dunia, Lintasan Sejarah dan Tantangan

Masa Depan. Jakarta: PT. Gramedia Pustaka Utama.

Daniel R. Brower. 2000. The World Since 1945 A Brief History. New Jersey: Prentice Hall, Upper Saddle River.

Donald W. Treadgold. 1986. Rusia Abad Ke-20. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Etzold, T. E., and J. L. Gaddis, eds. 1978. Containment: Documents on American Policy and Strategy 19451950. New York: Columbia University Press. G. S. Barrass. 2009. The Great Cold War: a Journey Through the Hall of Mirror. Stanford: Stanford University Press. Joseph H. Smith. 2005. The A to Z of the Cold War. Maryland: Scarecraw Press Inc.

Mohd Azizuddin Mohd Sani. 2012. Amerika Syarikat: Keseimbangan Kuasa Global pada Era Pasca-Perang Dingin 1989-2000. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia. Paul Kennedy. 1994. Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-kuasa Besar, Perusahan Ekonomi

dan Konflik Ketenteraan Dari Tahun 1500-2000. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Procacci. 1994. Givilianne, The Cominform: Minute Of The Three Conference

1947/1948/1949. Feltrineli Milano: Fondazlane Glargiancemo Feltrimelli.


21

Qasim Ahmad. 1997. Eropah Moden Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Robert J.C. Butow. 1954. Japans Decision to Surrender. Britain: Stanford University Press. Wiliam Blum. 2007. Negara Samseng, Membuka Topeng Amerika. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Jurnal. Azlizan Mat Eneh dan Zubaidah VP Hamzah. 2011. Persaingan Amerika Syarikat-Soviet Union

dalam Pembentukan Order Baru Pasca Perang Dunia II. Bangi: Sosiohumanika.

Internet. Berlin airlift dalam, http://www.infoplease.com/encyclopedia/history/berlin-airlift.html, diakses pada 06 Mac 2013. Berlin Airlift (1948-49) dalam,

http://topics.nytimes.com/topics/reference/timestopics/subjects/b/berlin_airlift/index. html, diases pada 06 Mac 3013.

Berlin Blockade dalam,

http://www.coldwar.org/articles/40s/berlin_blockade.asp_ diakses pada 19 Mac


2013.

Berlin Blockade dalam,

http://www.history.com/topics/berlinblockade, diakses pada 17 Mac 2013.

22

Cominform and camecon dalam,

http://www.gcsehistory.org.uk/modernworld/coldwar/cominform.htm , diakses pada


17 Mac 2013.

Faktor Berlakunya Perang Dingin dalam,

http://semekarcintaku.blogspot.com/2012/08/faktor berlakunya-perang-dingin.html,
diakses pada 05 Mac 2013.

People and Events Berlin Blockade dalam,

http://www.psb.org/wgbh/amex/bomb/peopleevents/pandeAmex49.htm , diakses
pada 18 Mac 2013.

What caused The Berlin Blockade. 1948-49? Dalam,

http://www.johnddare.net/Ec3.htm, diakses pada 18 Mac 2013.

WWII BEHIND CLOSED DOORS: STALIN, THE NAZIS AND THE WESTdalam,

www.pbs.org/behindcloseddoors, diakses pada 20 Mac 2013.

23