Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran Tarikh Hari Masa Kelas Bilangan Murid Tema Bidang Pembelajaran Objektif Pembelajaran Hasil Pembelajaran

: : : : : : : : : : A :

Sains 19 April 2013 Jumaat 10.15 pagi 11.15 pagi (60 minit) 5 Permata / 34 orang murid Menyiasat Alam Fizikal Elektrik Memahami Litar Bersiri dan Litar Selari Diakhir sesi pembelajaran ini, murid dapat : Menguasai isi kandungan a. Menyatakan secara lisan perbezaan susunan litar bersiri dan litar selari dari segi susunan kedudukan komponen dan sambungan litar dengan betul b. Membina litar bersiri dan litar selari dengan kedudukan susunan dan sambungan komponen yang betul c. Membandingkan kecerahan mentol dalam litar bersiri dan litar selari melalui eksperimen yang dijalankan.

B :

Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir a. Memerhatikan kecerahan nyalaan mentol di antara litar bersiri dan litar selari dengan berhati-hati. b. Meramalkan kecerahan nyalaan mentol di antara litar bersiri dan litar selari c. Mengawal pembolehubah yang dimalarkan, pembolehubah dimanipulasikan dan pembolehubah bergerakbalas. d. Mengeksperimen untuk menguji hipotesis. e. Membanding dan membezakan kecerahan mentol di antara litar bersiri dan litar selari.

C :

Mengamalkan sikap saintifik dan nilai-nilai murni a. Jujur dan tepat dalam merekod keputusan eksperimen. b. Bersistematik dan mengikuti langkah langkah yang diberi semasa membina litar . c. Bekerjasama di dalam kumpulan semasa menjalankan aktiviti.

Konsep /prinsip /hukum / teori : a. Terdapat dua jenis litar : litar bersiri dan litar selari. b. Litar bersiri: i. ii. Semakin bertambah bilangan mentol, semakin berkurangan kecerahan nyalaan mentol kerana semakin berkurangan arus elektrik yang mengalir. Sekiranya salah satu mentol terbakar, mentol yang lain tidak akan menyala kerana litar menjadi tidak lengkap. c. Litar Selari: i. ii. Sekiranya satu mentol terbakar, mentol yang lain masih menyala kerana ia masih mempunyai litarnya dan arus elektrik masih boleh mengalir melalui litar. Mentol-mentol disambungkan secara selari.

Pengetahuan sedia ada: Murid telah dapat membezakan antara litar lengkap dan litar tidak lengkap. Langkah berjaga-jaga: Berhati-hati ketika mengendalikan komponen elektrik. Bahan, peralatan dan bahan sumber : Mentol, Pemegang mentol, Wayar, Sel kering, Skrin, Buku Teks & Buku Amali Sains Tahun 5, Buku Aktiviti A.

Aktiviti P&P Langkah / Masa Set Induksi (5 minit) Menarik perhatian Peranan elektrik dalam kehidupan seharian. Guru mengemukakan soalan berikut: a. Perhatikan di sekeliling anda dan namakan peralatan yang menggunakan elektrik. b. Bagaimana alat ini membantu dalam kehidupan seharian anda? Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran hari ini. Nilai : Berani Mencuba Murid memberi respon secara lisan : a. Kipas siling, lampu, komputer riba, b. Contohnya : lampu menerangi ruang apabila waktu malam. Kaedah : Soalan penyoalan KBKK : Menghubungkaitkan Isi Pelajaran Guru Murid Catatan

Langkah 1 Fasa Pengenalan (10 minit) Menyampaikan objektif Memberi bahan rangsangan

Konsep Litar Tertutup dan terbuka.

Guru menunjukkan kepada murid slaid powerpoint yang menunjukkan gambaran litar terbuka dan tertutup. Guru membuat perkaitan kepada jenisjenis litar. Guru meminta murid merujuk buku teks ms 50 yang menunjukkan susunan litar sesiri dan selari dalam bentuk simbol.

Murid memerhati dengan penuh kesungguhan.

KBKK : Mencirikan BBM : Slaid PowerpointLitar terbuka

Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti jenis-jenis litar.

dan tertutup. Kertas edaran.

Langkah 2 Fasa Penerokaan (20 minit) Menampilkan

Jenis-jenis litar: a. Litar Sesiri

Guru meminta beberapa orang murid tampil ke hadapan kelas untuk melukiskan susunan litar sesiri dan susunan litar selari berpadukan

Beberapa orang murid tampil ke hadapan kelas dan melukiskan jenis litar.

KBKK : Menyusun ikut keutamaan