Anda di halaman 1dari 2

ISL 13

Buat refleksi tentang pengalaman anda mengenai peperiksaan berpusat. Tuliskan refleksi pendek tentang bagaimana pengalaman anda mempengaruhi kepercayaan anda tentang apa yang perlu dibuat untuk pelajar. Sepanjang perjalanan saya di alam belajar, saya telah melalui pengalaman

beberapa peperiksaan berpusat. Yang pertama, Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR) sewaktu di Darjah 6. Yang kedua, Penilaian Menengah Rendah ( PMR); Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) , Malaysian University English Test ( MUET) dan yang terkini adalah sewaktu saya mengambil Program Ijazah Sarjana Muda Pergurusan di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Sebagai seorang pelajar, saya berpendapat bahawa peperiksaan berpusat semangnya memberikan banyak tekanan kepada diri saya teutamanya hari sebelum bermulanya peperiksaan tersebut. Perasaan khuatir ini telah membayangi diri saya terutamanya dalam peperiksaan SPM di mana diri saya amat khuatir tentang keputusan yang bakal saya dapat. Malah ada suatu seketika di mana saya tertanyatanya, Mengapakah kita harus mempunyai pepeiksaan berpusat sedangkan kita sudah melalui banyak peperiksaan lain di sekolah? Tetapi, sekiranya dari perspektif seorang bakal guru saya melihat perkara ini dari sudut yang berbeza. Isu-isu seperti pemansuhan peperiksaan berpusat , menggantikan peperiksaan UPSR, PMR kepada Penilaian Berasaskan Sekolah dan sebagainya sering kali kedengaran dan kelihatan di media massa. Saya berpendapat peperiksaan berpusat ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri, dan tidak seharusnya dimansuhkan begitu sahaja. Faktor yang pertama adalah dari segi penilaian yang sama-rata kepada semua pelajar di negara ini. Sistem pendidikan negara kita menekankan kepada kesaksamaan peluang pendidikan kepada semua. Walaupun harus diakui bahawa, penilaian kendalian sekolah adalah baik dari segi kuasa penilaiannya di tangan setiap sekolah, namun pada akhir sesuatu perjalanan haruslah mempunyai satu penilaian yang sama untuk semua bagi tujuan pentaksiran pelajar seluruh negara. Faktor kedua adalah berkaitan dengan isu biasiswa. Dengan adanya peperiksaan berpusat yang penting, seperti SPM, para pelajar yang mendapat

keputusan peperiksaan yang cemerlang akan diberikan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Biasiswa- biasiswa ini adalah penting terutamanya untuk pelajar yang datang dari keluarga berpendapatan rendah. Peperiksaan berpusat ini merupakan satu platfom untuk mereka berjuang bagi mendapat kehidupan yang lebih baik untuk diri dan keluarga mereka pada masa akan datang. Sekiranya penilaian berasaskan sekolah dilaksanakan bagi

menggantikan peperiksaan berpusat sepenuhnya, pasti akan wujud masalah bias di mana standard soalan yang dikeluarkan oleh sekolah-sekolah adalah berbeza dan boleh mengakibatkan ketidakpuasan banyak pihak yang terlibat nanti, terutamanya, dari pelajar dan juga ibu-bapa mereka. Sebagai contoh, Murid di sekolah A mendapat 10 A, dan murid di sekolah B yang mendapat 7 A dan 3 B dalam penilaian berasakan sekolah, tidak boleh dikatakan secara muktamad keputusan murid sekolah A adalah lebih baik daripada B kerana standard soalan yang dikeluarkan adalah berbeza. Natijahnya, semua pihak seharusnya melihat peperiksaan berpusat dengan hati yang terbuka, termasuklah pelajar sekolah, ibu-bapa dan juga pihak-pihak lain yang terlibat dalam pendidikan. Mana-mana kelemahan yang ada haruslah diperbaiki manakala kekuatan yang ada boleh dipertahankan atau dipertingkatkan lagi.

Anda mungkin juga menyukai