Anda di halaman 1dari 7

KONSEP NUMERASI DALAM KONTEKS PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA

Numerasi adalah satu daripada komponen LINUS, definisi Numerasi adalah keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik yang digubal khusus bagi menangani masalah yang dihadapi oleh murid dalam menguasai kemahiran asas mengira serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan harian mengikut bahasa pengantar di sekolah. Kandungan program Numerasi dipilih dan disusun supaya mampu memberi pangalaman yang mencukupi kepada murid untuk membina asas yang kukuh dalam membuat pengiraan dan seterusnya membolehkan mereka mengikuti pembelajaran matematik dengan lebih bermakna dan efektif. Matlamat utama program Numerasi adalah semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas 3 tahun mengikuti pendidikan sekolah rendah menjelang 2012.

Numerasi memberi tumpuan terhadap operasi mengira, iaitu sebahagian daripada fokus LINUS yang disebut sebagai 3M. Aktiviti mengira merupakan satu aktiviti kognitif yang meliputi beberapa proses dan pemeringkatan. Dalam konteks kurikulum negara Malaysia, proses mengira ditakrifkan sebagai operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Keempat-empat proses tersebut disebut sebagai operasi asas aritmetik. Proses dan pemeringkatan difokuskan terhadap skop pemeringkatan tahap kebolehan M3 murid yang ditetapkan berdasarkan kandungan kurikulum Matematik Kemahiran Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) atau Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Manakala operasi aritmetik hanya dihadkan kepada nombor bulat dalam lingkungan 20 sahaja. Program Numerasi ini menilai keberkesanan melalui penaksiran keupayaan murid berdasarkan ujian.

Program Numerasi ini mempunyai objektif yang terarah iaitu, di akhir program Numerasi murid berupaya; membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga angka 1000 serta mampu membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula daripada sebarang nombor. Murid juga diharapkan

berupaya untuk menyatakan fakta asas tambah, tolak, dan bahagi dan seterusnya mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, ukuran dan sukatan.

Numerasi yang dilaksanakan di dalam tiga tahun, menggunakan modul yang menumpu kepada nombor bulat, iaitu bagi Tahun 1; membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 20 dengan operasi asasnya iaitu dengan penyataan fakta asas tambah dan tolak yang diaplikasikan ke atas mata wang Malaysia hingga RM1O, menyatakan bahagian dalam sehari dan mengenal bentuk 3-dmensi dan 2-dimensi. Manakala bagi Tahun 2, menumpu kepada membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga seratus dengan operasi asas iaitu menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi (2,4,5,10) menggunakan aplikasi terhadap mata wang RM50, penyataan waktu dalam jam dan mengelas bentuk 3-dmensi dan 2-dimensi. Seterusnya bagi Tahun 3, tumpuan nombor bulat adalah terhadap aktiviti membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 1000 dengan operasi asas iaiti, penyataan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi (3,6,7,8,9) menggunakan aplikasi terhadap mata wang Malaysia RM100, penyataan waktu dalam jam dan minit serta menamakan bentuk 3-dmensi dan 2-dimensi.

Terdapat 12

Konstrak yang ditetapkan bagi Numerasi, iaitu; pertama ialah

keupayaan pranombor dan mengenal angka menggunakan deria serta menyatakan sesuatu di persekitaran secara kuantitatif berdasarkan angka (0,1,2,3,4,5,6,7,8,9) secara lisan penulisan secara rawak. Kedua ialah keupayaan membilang objek samada secara tersusun mahupun rawak secara lisan atau penulisan, Ketiga ialah keupayaan memahami nilai nombor, dengan kemampuan menunjukkan perwakilan nombor, susunan mengikut urutan tertib, samada secara menaik atau menurun. Empat,

keupayaan seriasi, iaitu menyusun objek mengikut kriteria samada banyak atau sedikit, banyak atau sedikit, pendek atau panjang dan tinggi mahupun rendah.

Seterusnya yang kelima, keupayaan mengenal mata wang Ringgit dengan kemampuan mengecam, mengasingkan dan mengklasifikasikan nilai mata wang Ringgit Malaysia. Enam, keupayaan mengenal dan menyatakan waktu samada pagi

atau petang berdasarkan situasi yang diberi. Tujuh, keupayaan mengendali asas kirakira dengan mengendalikan operasi tambah dan tolak. Lapan, keupayaan

mengendalikan operasi asas membabitkan mata wang Ringgit. Sembilan, keupayaan mengukur jisim dan isi padu objek . Sepuluh adalah keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya. Sebelas, keupayaan menggunakan

pengetahuan serta kemahiran nombor bulat dalam kehidupan harian; manakala yang terakhir adalah keupayaan menggunakan mata wang, masa dan ukuran panjang dalam kehidupan harian.

Di dalam melaksanakan program Numerasi ini terdapat beberapa pendekatan pengajaran yang bersesuaian untuk diaplikasi antaranya, pendekatan numerasi secara pembelajaran masteri dengan memastikan murid sudah memiliki pengetahuan asas yang kukuh sebelum memperkenalkan kemahiran baru, manakala bagi murid yang belum menguasai sesuatu kemahiran perlu diajar semula, dengan tujuan untuk

memperbetul ketidakfahaman yang wujud. Namun begtu, pengajaran semula yang dilaksanakan harus menggunakan strategi yang berbeza daripada sebelumnya. Pendekatan seterusnya adalah, ansur maju (berperingkat), iaitu dengan

memperkenalkan konsep matematik bermula dengan perkara yang senang kepada yang susah dan rumit, daripada yang konkrit kepada abstrak dan daripada konstektual kepada konstruktif.

Pendekatan seterusnya adalah didik hibur, ini kerana murid yang terlibat dengan program LINUS ini memerlukan perhatian yang lebih khusus terutama pada murid yang berada di dalam aliran pemulihan khas, ia bertujuan melahirkan rasa minat dalam pembelajaran dan aktiviti yang dilakukan. Konsep didik hibur diterapkan melalui aktiviti nyanyian, permainan dan penggunaan bahan manupulatif yang menarik disarankan untuk diaplikasi dalam pengajaran. Seterusnya adalah pendekatan panggabung jalinan kemahiran antara satu kemahiran dengan kemahiran ynag lain berdasarkan kesesuaian. Sebagai contoh, dalam tajuk Wang Hingga RM 10 kemahiran menambah dan menolak sesuai untuk diaplikasikan.

Perkembangan program LINUS Malaysia

dalam konteks pendidikan sekolah rendah di

LINUS merupakan singkatan daripada Literacy and Numeracy Screening atau di dalam Bahasa Malaysia dinamakan sebagai Saringan Literasi dan Numerasi yang merupakan kesinambungan Program KIA2M yang dilaksanakan sebelum ini. LINUS juga merupakan satu daripada empat sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PENDIDIKAN yang difokuskan di dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10). Ia adalah satu program pemulihan yang dilaksanakan bermula pada 2010 untuk muridmurid normal yang menghadapi masalah membaca, menulis dan mengira atau singkatanya 3M. Program ini bermatlamat untuk memastikan murid menguasai kemahiran literasi dan numerasi selepas tiga tahun pendidikan peringkat rendah, iaitu sebelu melangkah ke tahun 4 menjelang tahun 2012.

Disamping itu, Program ini dilaksanakan berasaskan rasional yang menyatakan bahawa asas Literasi dan Numerasi merupakan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan murid berkomunikasi dan berinteraksi dalam kehidupan seharian serta bertujuan untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Berdasarkan data KIA2M pada tahun 2008 menunjukkan sebanyak 54000 murid Tahun 1 belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Manakala data PROTIM tahun 2008 pula menunjukkan sebanyak 48233 murid Tahun 4 belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis, sementara sebanyak 117000 murid Tahun 4 belum menguasai kemahiran asas mengira. Selain tu, data Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia menunjukkan keciciran murid sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia pada tahun2008, adalah sebanyak 31939.

Oleh itu KPM berpendapat bahawa satu pendekatan bersepadu perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah Literasi dan Numerasi seawal tahap 1. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira merupakan kumpulan yang berhadapan dengan

risiko keciciran dan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya. Komponen utama di dalam LINUS adalah Literasi dan Numersi, Literasi membawa maksud keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk untuk diaplikasi di dalam kehidupan. Manakala Numerasi adalah keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik yang digubal khusus bagi menangani masalah yang dihadapi oleh murid dalam menguasai kemahiran asas yang mudah dan mengaplikasikan

mengira serta memahami idea matematik pengetahuan dalam kehidupan harian.

Program ini wajib dilaksanakan di semua jenis sekolah rendah kerajaan, SK, SJKC, SJKT dan SABK dengan menggunakan Instrumen LINUS yang dibina dalam dwi bahasa iaitu, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Bagi program ini terdapat tiga peringkat saringan setiap tahun iaitu, Saringan 1 pada bulan Mac, Saringan 2 pada bulan Jun dan Saringan 3 pada bulan September. Semua murid Tahun 1 yang dikenalpasti sebagai murid yang tiada masalah pembelajaran akan menduduki ujian Saringan LINUS untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal setiap tahun, dimana program ini melibatkan secara aktif guru-guru Bahasa Malaysia, Matematik dan Pemulihan.

Saringan yang dilakukan berdasarkan 12 konstrak yang menjadi kayu pengukur tahap penguasaan murid, melalui Saringan yang dilakukan murid akan diasingkan di dalam kumpulan atau aliran yang telah ditetapkan samada LINUS arus perdana ataupuan LINUS pemulihan Khas. Bagi LINUS arus perdana murid belajar di dalam kelas pada masa Bahasa Malaysia dengan menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) manakala bagi LINUS aliran pemulihan murid dibawa ke bilik pemulihan khas dan diajar oleh guru pemulihan khas dan guru LINUS yang terlibat secara intensif menggunakan modul yang telah disediakan. Guru pemulihan khas yag ditempatkan di sekolah bagi melaksanakan LINUS diletakkan mengikut nisbah murid LINUS tegar dengan nilai 1:15, supaya tumpuan sepenuhnyadapat diberikan kepada murid berkenaan, dengan cadangan masa satu jam Literasi dan satu jam untuk Numerasi . Selain itu, bagi guru yang sedia ada (guru Bahasa Malaysia dan Matematik)

yang melaksanakan program diberikan latihan khusus dalam teknik pemulihan dan bimbingan untuk menangani murid yang memiliki masalah Literasi dan Numerasi.

Program LINUS meletakkan enam strategi utama iaitu melaksanakan saringan terhadap murid pada tahun 1, 2 dan 3 dan melaksanakan fokus intervensi bagi menyediakan program pemulihan dan komprehensif serta meningkatkan kemahiran pedagogi guru. Seterusnya melaksanakan program kesedaran tentang pentingnya asas membaca, menulis dan mengira dalam kalangan warga sekolah dan komuniti. Menjalankan pemantauan , penyeliaan dan penilaian serta mewujudkan jawatan fasi LINUS di Pejabat Pelajaran Daerah untuk membantu guru memastikan murid berupaya membaca, menulis dan mengira.

Hasil daripada pebagai strategi pelaksanaan dan pelbagai pendekatan kreatif yang digunakan untuk program LINUS, program ini menjadi antara program utama sekolah dan difahami oleh para guru walaupun guru yang tidak terlibat secara langsung. Ia adalah program yang sentiasa menjadi fokus pemantauan dan perhatian oleh Pejabat Pendidikan Daerah dan ini dapat dilihat melalui pelantikan fasiLINUS bagi membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran program LINUS di sekolah, malah jawatan aguru pemulihan khas juga akan bertambah di sekolah bagi melaksanakan program LINUS dengan baik dan berkesan. Program ini menegaskan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengatasi masalah Literasi dan Numerasi dalam kalangan murid yang berkeupayaan kecuali murid berkeperluan khas pada peringkat awal persekolahan. Komitmen semua pihak manjadi tonggak yang memastikan program ini berjaya selaras denagan sasaran NKRA PENDIDIKAN.

Kesimpulanya, program LINUS terhasil disebabkan desakan masalah keciciran dalam kalangan murid walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai program seperti KIA2M dan PROTIM. Pelaksanaan ini secara tidak langsung menggambarkan keperihatinan kerajaan dengan meletakkan LINUS sebagai sub NKRA pendidikan yang ditekankan untuk perhatian warga pendidik dan pelaksana sistem pendidikan negara agar matlamat pendidikan tercapai dengan berkesan.

RUJUKAN

Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin. (2011). Sudut Pandang Muhyiddin Yassin. Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Abdul Jalil Othman & Normarini Norzan. (2011). Cabaran Guru Program Linus Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa : Masalah Pendidikan. Fakuliti Pendidikan : UM.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Modul Pengajaran Asas Literasi. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malysia. (2011). Buku Panduan Dan Pengoperasian: Program Literasi Dan Numerasi (LINUS). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
http://nkra.moe.gov.my/