Pendahuluan Rasululah s.a.w lagi. Nabi Muhammad s.a.w adalah angkasawan pertama yang melintasi angkasa ketika baginda melakukan Mikraj dari stesen pelancarannya di Masjid al-Aqsa, Baitulmaqdis. Peristiwa ini direkodkan di dalam al-Quran dalam Surah al-Israk dengan penuh simbolik dan signifikan sekali. Bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak begitu bersungguh-sungguh mengajak rakyat berusaha semampu mungkin mencapai kemajuan kerana bagi beliau rakyat perlu bekerja keras kerana dengannya kesemua akan mampu mencapai kemajuan, malah sampai "ke angkasa lepas" sekalipun. Pada tahun 1960, Presiden Amerika Syarikat (AS), John F. Kennedy melancarkan gerakan penerokaan angkasa lepas dan hanya selepas sepuluh tahun kemudian iaitu pada 1967, AS telah berjaya menghantar beberapa kapal angkasa untuk melakukan ujian pendaratan manusia ke bulan. Hasilnya pada tahun 1969, AS telah berjaya menobatkan angkasawannya iaitu Neil Armstrong di permukaan bulan yang pernah dianggap mustahil dan tidak masuk akal oleh sebahagian besar penduduk dunia ketika itu.
Kejayaan penuh gemilang ini telah membuka dimensi baru kepada korpus sains dan teknologi angkasa global di mana negara-negara besar dan kecil turut serta dan berusaha untuk menjejaki angkasa lepas dan menakluki bulan serta planet-planet lain termasuk Marikh bagi mencari penempatan baru manusia di galaksi ini. Hakikat ini juga turut mempengaruhi corak pemikiran dan dimensi sains dan teknologi angkasa rakyat Malaysia.
Dasar Wawasan 2020 yang telah diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa peruntukan besar yang disediakan kerajaan untuk program angkasawan bukan satu pembaziran
1
kerana banyak faedah diperoleh rakyat dan negara. Pembabitan serius negara dalam industri angkasa lepas adalah pendekatan kerajaan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan dihormati dunia. Selaras dengan kesungguhan itu, DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABD RAZAK telah mengeluarkan kenyataan - Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk menjadi salah sebuah negara yang berkeupayaan menerokai angkasa lepas. Selain memberi fokus terhadap bidang strategik seperti bioteknologi dan ICT, bidang aero angkasa juga berpotensi untuk digarap dan dibangunkan. Bagi tujuan ini, kerajaan memberi fokus terhadap kesedaran masyarakat mengenai sains angkasa dan kesannya kepada manusia melalui komunikasi, tenaga, perubatan, biologi, pendidikan dan sebagainya. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa peruntukan besar yang disediakan kerajaan untuk program angkasawan bukan satu pembaziran kerana banyak faedah diperoleh rakyat dan negara. Pembabitan serius negara dalam industri angkasa lepas adalah pendekatan kerajaan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan dihormati dunia
Ketua Pengarah Angkasa, Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman menjelaskan, bidang sains angkasa mencakupi ruang lingkup yang luas termasuk sains atmosfera (kajian ke atas perhubungan antara matahari dan bumi), cuaca, kehidupan extra terestrial dan bermacam-macam lagi. ``Di bawah bidang sains angkasa ialah astronomi, sains atmosfera, kajian cuaca, ekso biologi, perubahan angkasa dan sebagainya,'' katanya dalam pertemuan dengan Utusan Malaysia barubaru ini. Penerokaan angkasa lepas memang banyak memberi manfaat terhadap perkembangan sains dan teknologi. Kejayaan negara-negara Barat terutamanya Amerika Syarikat dan Russia banyak bergantung kepada kemampuan mereka untuk menghasilkan teknologi moden terutama yang berkaitan dengan penerokaan angkasa lepas. Keadaan ini menyebabkan negara-negara lain terutama China dan Jepun serta India turut berusaha memajukan teknologi angkasa lepas mereka. Sememangnya banyak impak positif yang dihasilkan oleh penerokaan angkasa lepas terhadap kehidupan manusia.
Tidak ada negara membangun di dunia ini yang tidak menitik beratkan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi, negara-negara seperti Rusia, Amerika Syarikat, Jepun dan China telah menyertai industri tersebut kerana mereka percaya program sedemikian mampu memberi keuntungan kepada banyak pihak.
Ruang angkasa yang cukup luas sebenarnya penuh misteri. Sebab itulah banyak negara berlumba-lumba membuat penerokaan bagi merungkai misteri tersebut dan sains adalah platform yang membawa mereka ke sana. Terlalu banyak perkara misteri yang ingin diketahui oleh manusia terutama saintis mengenai angkasa dan isi kandungnya.Antaranya ialah berapakah usia alam ini termasuk angkasa dan salah satu kaedah menganggarkannya ialah melalui kajian organisma mikro (seni).Malah, penemuan manusia mengenai angkasa ketika ini hanyalah satu peratus berbanding 99 peratus belum diketahui.
Sebab itu, manusia telah lama meneropong ke angkasa dan kemudian melakukan eksplorasi bagi mengetahui apakah yang wujud di luar sana.Penemuan demi penemuan oleh manusia membolehkan mereka merumuskan beberapa perkara meskipun belum ada kepastian mengenainya.Ada yang menganggarkan dunia telah berusia lebih 4 bilion tahun berdasarkan beberapa penemuan termasuk bakteria.
Penemuan tersebut bukan sahaja di kawasan ruang angkasa tetapi termasuk objek yang menunjukkan bahawa terdapat kehidupan lain, selain yang ada di Bumi. Misalnya, salah satu bulan planet Musytari, Eropa yang diselaputi ais setebal beberapa kilometer dengan bahagian bawahnya mempunyai cairan.Ini telah membawa kepada munculnya pendapat yang kemungkinan terdapat hidupan di planet berkenaan.Sebab itulah, usaha merungkai misteri di angkasa terus dilakukan oleh banyak negara yang berkemampuan, termasuk saintis dari negara ini.
Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman menerangkan, astronomi ialah kajian mengenai bintang dan galaksi yang dilakukan menggunakan teleskop oleh astronomer atau ahli astronomi. Ia berbeza dengan bidang astrologi yang menilik nasib menerusi peta bintang.
Kajian angkasa bermula sekian lama berdasarkan beberapa peralatan astronomi yang wujud sebelum ini seperti jam dan kalendar yang wujud sebelum tamadun Aztec.Malah, sebelum perkembangan bidang fizik, manusia telah terlibat dalam bidang astronomi.Pencerapan angkasa untuk menghasilkan kalendar yang sangat tepat adalah bukti bidang ini telah bermula awal.
Justeru kajian sains angkasa di negara ini perlu diperhebatkan, bukan sahaja untuk membolehkan Malaysia bersaing dalam pembangunan teknologi angkasa lepas tetapi juga bagi meningkatkan pembangunan sumber manusia untuk jangka panjang.kata Mazlan, akan memberi tumpuan dalam pembangunan teknologi satelit. Ini kerana, teknologi satelit dan yang berkaitan dengannya memberi pulangan terus kepada orang ramai dalam bentuk komunikasi dan pencerapan Angkasa juga akan memfokuskan kepada teknologi roket supaya satu masa nanti, negara ini memiliki kepakaran dalam teknologi berkenaan.
``Kita mungkin tidak memerlukan banyak ahli astronomer, 20 orang mungkin sudah cukup.'' ``Tetapi secara keseluruhannya banyak pakar dalam cabang sains angkasa lain yang diperlukan termasuk kejuruteraan angkasa, kejuruteraan satelit dan komponen-komponennya seperti solar panel, perisian, bateri, kamera, serta geologi angkasa, biologi angkasa, pakar cuaca dan atmosfera serta undang-undang angkasa,'' katanya.
Katanya, tidak sukar untuk memupuk minat rakyat negara ini kepada bidang sains angkasa.Penerokaan manusia ke angkasa dan pencerapan langit sangat menarik minat kepada rakyat negara ini dan boleh dianggap sebagai faktor pencetus untuk mereka menceburi bidang tersebut secara serius.``Gambar-gambar objek sangat cantik dan berseni, ini yang seronok kerana terlalu banyak misteri yang belum terungkai di luar sana,'' ujar beliau.
4
Selain itu, persoalan sama ada terdapat kehidupan di luar bumi ini juga menarik minat yang diharap dapat menggalakkan orang ramai terutama kanak-kanak memilih bidang ini sebagai kerjaya.Mazlan berkata, kita memang mempelajari dan mengetahui mengenai planet Marikh. Tetapi mengapa dan apakah kaitannya dengan kita? Sudah tentu kita ingin mengetahui lebih daripada itu.``Sebab anak cucu kita nanti akan melihat manusia sampai ke Marikh. Adakah kita juga sudah mengorak langkah supaya mereka nanti boleh juga terlibat sebagai angkasawan dan menyertai misi seumpama itu,'' ujarnya.
Ilmu angkasa sering menarik minat kanak-kanak dan mereka akan terus bertanya beberapa persoalan misteri di angkasa yang sering mereka dengar seperti UFO (Unidentified Flying Object).``Harapan saya supaya sains angkasa dapat dilihat secara holistik iaitu ia bukan dilihat dari segi pembangunan teknologi semata-mata tetapi memberi faedah secara langsung kepada rakyat,'' kata Mazlan.
Faedah: Adakah penerokaan ke ruang angkasa lepas satu usaha yang memaanfaatkan ?
Usaha penerokaan angkasa lepas adalah wajar kerana : Hari ini, teknologi angkasa menjadi sebahagian daripada hidup manusia tanpa disedari. Baju yang dipakai oleh ahli bomba dan penggunaan telefon bimbit adalah sebahagian kecil limpahan daripada teknologi tersebut. Terdapat pelbagai aktiviti hiliran lain hasil daripada teknologi angkasa lepas yang banyak digunakan seperti pelbagai peralatan atau perkakasan perubatan, telefon bimbit, penerimaan siaran televisyen digital, imej untuk kegunaan pemetaan, pertanian, perikanan, perladangan dan lain-lain lagi telah digunakan oleh orang ramai. Malah, pelbagai kemajuan dalam bidang perubatan juga telah memanfaatkan teknologi angkasa lepas seperti ubat-ubatan dan perubatan yang telah digunakan secara komersial.
Aspek komersial hasil teknologi angkasa itu berpotensi untuk terus dikembangkan:. Impak positif yang ketara ialah penerokaan angkasa lepas akan merangsang kemajuan bidang teknologi maklumat terutama yang berkaitan dengan teknologi internet. Penghasilan lebih banyak satelit di ruang angkasa bumi telah memudahkan perhubungan atau komunikasi tanpa batasan sempadan diwujudkan. Kemajuan dalam bidang teknologi maklumat ini menjadikan bidang komunikasi, keselamatan dan pertahanan semakin berkembang maju selaras dengan kemajuan penerokaan angkasa lepas itu..
Kemajuan sains angkasa lepas membawakan ciptaan dan perlancaran satelit komunikasi yang memungkinkan isyarat telekomunikasi seperti radio, telefon, televisyen, data-data komputer dihantar ke seluruh dunia. Siaran TV ke seluruh pelusuk dunia dan komunikasi maklumat boleh memesatkan urusan perniagaan dan aktiviti komersial sesama manusia.
Seterusnya, aktiviti penerokaan yang berani ini berupaya meninggikan kemampuan teknologi pemantauan manusia sejagat pula. Penggunaan satelit dan kapal angkasa menjadikan gambargambar lebih mudah untuk diambil dan dirakam dari sudut yang lebih baik dan sesuai. Semua hasil gambar ini memudahkan ahli saintis untuk membuat ramalan tentang keadaan geografi dan juga membantu merancang manusia untuk menjalankan projek pembangunan dengan lebih mesra alam lagi. Pada masa yang sama, teknologi moden ini boleh digunakan juga untuk memantau perubahan cuaca dan kadar pencemaran alam dengan lebih menyeluruh. Sesungguhnya, teknologi pemantauan manusia menjadi lebih maju dan berkembang dengan adanya usaha-usaha menjalankan penerokaan angkasa lepas itu.
Selanjutnya, industri teknologi robotik turut berkembang selari dengan usaha meneroka angkasa lepas ini. Kebanyakan peralatan teknologi yang dihantar ke angkasa lepas atau kawasan ruang udara bumi dikawal oleh robot atau peranti kawalan. Keadaan ruang angkasa yang begitu bahaya dan sukar diramal menyebabkan robot lebih sesuai digunakan berbanding dengan manusia. Semua tindakan menggunakan robotik ini boleh memberikan satu tafsiran awal akan keperluan untuk mewujudkan koloni manusia di angkasa lepas pula. Maka, teknologi robotik manusia juga
akan mengalami perubahan drastik kerana usaha penerokaan angkasa lepas memerlukan penggunaan robotik yang begitu banyak.
Penglibatan dalam sains angkasa dapat memenuhi naluri ingin tahu dan pengetahuan manusia. Maklumat yang diperolah daripada usaha penerokaan angkasa lepas dapat mencelikkan mata manusia terhadap alam semesta dan memungkinkan manusia mencari jawapan kapada banyak kemusykilan yang masih tidak terjawab, misalnya rahsia sistem solar, asal usul manusia dan kewujudan hidupan lain dalam sistem solar lain. Contohnya, penemuan planet ke-10 dalam sistem solar telah menambahkan pengetahuan manusia dan membuktikan ketepatan al-Quran.
Pendaratan angkasawan Neil Armstrong dan Kapal Angkasa Apollo II di bulan pada 12 Julai 1969 taleh menjelaskan pelbagai misteri mengenai bulan.
Usaha penerokaan angkasa lepas memungkinkan manusia sejagat mencari logam-logam atau sumber tenaga yang baru di angkasa lepas untuk menapung permintaan yang kian meningkat akibat daripada pertambahan penduduk yang pesat di bumi. Satelit tiruan yang dihasilkan melalui teknologi angkasa lepas boleh digunakan untuk mencari gali minyak, logam-logam tertentu atau kota-kota lama yang tertimbun dalam bumi. Satelit angkasa Rusia Mir yang dilengkapi dengan makmal penyelidikan tercanggih mungkin membolehkan manusia mengeluarkan pancalogam baru dalam keadaan tanpa medan graviti.
Kajian biologi, kimia astrologi dan fizik dalam angkasa lepas mungkin menghasilkan penemuan baru yang tidak dapat diperoleh di permukaan bumi. . Para saintis telah meramalkan bahawa manusia mungkin akan tinggal dalam kapal atau stesyen angkasa raksasa yang serba lengkap sebagai satu langkah mengatasi masalah kesesakan tempat tinggal di bumi kelak. Ahli-ahli Sians Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) meramalkan bahawa gas kesan rumah kaca yang menyababkan fenomena kenaikan suhu di bumi mungkin boleh digunakan untuk menaikkan suhu Planet Mrikh supaya boleh didiami manusia.Usaha menjadikan Planet Marikh yang berwarna merah sebagai planet
hijau dengan memasang cermin pengalih sinaran matahari dan pembinaan "kilang-kilang gas kesan rumah kaca" mungkin akan mengambil masa 200 tahun. Kumpulan perhotelan Hilton telah mengumunkan cadangan strukrtur hotel Hiton Bulan sejurus selepas berita penemuan sumber air batu dalam kawasan besar di kutub bulan oleh pihak NASA. Ini menjadikan mimpi manusia ingin menetap di angkasa lepas semakin menghampiri kenyataan . Kemajuan dalam usaha penerokaan angkasa lepas membolahkan pengkaji cuaca menramalkan keadaan cuaca di bumi. Ini dapat mengurangkan kesan-kesan malapetaka seperti taufan,letupan gunung berapi dan sebagainya. Pengesanan pencemaran alam misalnya masalah penipisan lapisan ozon dapat dilakukan melalui satelit kaji cuaca yang beredar di angkasa lepas. Ini membolehkan manusia lebih bersedia untuk menghadapi pelbagai masalah alam sekitaryang bakal menimpanya.
Teknologi angkasa lepas membolehkan manusia mencipta pelbagia alat-alat baru seperti pakaian angkasa. alat penahan panas, makanan baru dan sebagainya untuk kegunaan manusia.
Ujian-ujian perubatan yang dijalankan di angkasa lepas boleh menghasilkan pelbagai pengetahuan perubatan baru, misalnya pembuatan ubat-ubatan berkualiti dengan ketulenan tinggi kerana keadaan vakum dan tanpa berat di angkasa lepas.
Maklumat dari satelit-satelit pengintip yang dilengkapi kamera canggih akan mengukuhkan kedudukan pertahanan tentera sesebuah negara untuk menjamin keselamatan negaranya.
Selain itu, pelbagai ujikaji atau kajian sains boleh dijalankan menerusi usaha penerokaan angkasa lepas itu. Para saintis sudah mula membuat kajian tentang kesan gravity terhadap manusia di luar ruang angkasa bumi terutama aspek ketumpatan tulang dan kadar kehilangan jisim tulang manusia. Penerokaan angkasa lepas memberikan satu platform untuk melakukan pelbagai kajian yang boleh memberikan pengetahuan baru kepada manusia tentang sains pula.
Penerokaan ke angkasa lepas satu insiden yang berisiko tinggi. Boleh membawakan pengorban jiwa dan pencemaran alam. Tragedi yang menimpa kapal angkasa Challenger pada 1986 menyayatkan hati setiap orang yang melihatnya. Seluruh kapal angkasa Challenger itu telah hancur berkecai dan hangus akibat letupan sejurus kapal angkasa itu dilancarkan. Sebarang kemalangan satelit dan terjatuh balik ke permukaan bumi mengundangkan kehancuran besar dan mungkin kebocoran radiasi membahayakan.
Faedah penerokaan hanya dinikmati segelintir kecil manusia. Setiap tahun beribu malah berjutajuta manusia mati kerana kebuluran, bencana alam dan kemunduran pelbagai segi.
Bidang angkasa lepas merupakan bidang ilmu yang paling mahal yang tidak dapat dilakukan oleh semua Negara. Menelan perbelanjaan yang amat besar. Setiap program penerokaan ke angkasa lepas menelan berbillion-billion AS dollar. Adalah lebih baik sumber kewangan dan kekuatan teknologi untuk penerokaan angkasa lepas disalurkan untuk mengatasi masalah terdekat di bumi . Negara kita masih lagi kekurangan saintis. Jumlah saintis yang sedia ada hanya pada kadar 18 saintis bagi setiap 10,000 penduduk sedangkan matlamat Wawasan 2020 ialah memastikan kuota 60 saintis bagi 10,000 penduduk tercapai. Cabaran yang tidak kurang pentingnya ialah masih ramai berasa sangsi kemampuan Malaysia untuk membangunkan teknologi angkasa lepas, apatah lagi hasilnya lambat untuk dinikmati.
1. Penubuhan Planetarium Negara merupakan langkah kerajaaan untuk menyedia infrastruktur yang diperlukan bagi perkembangan & pembangunan sains angkasa di negara ini.
9
2. Galakkan penglibatan syarikat swasta dalam program. Syarikat dan institusi perlu melibatkan diri dalam program angkasa luar negara yang terpilih yang selaras dengan kekuatan saintifik dan industri tempatan. 3. Kerjasama Antarabangsa. Mewujudkan perhubungan rasmi dengan agensi-agensi angkasa di Eropah,Asia dan Amerika dalam program,atau projek bagi membolehkan penyertaan saintifik dan industri Malaysia dalam projek-projek yang selaras dengan starategi sains dan indstri Malaysia. 4. Penekanan yang berterusan dan minat yang dipupuk kepada generasi muda harus dilaksanakan sejak di awal usia lagi. 5. Pihak yang mempunyai kepentingan dalam industri angkasa memberi kefahaman kepada orang awam mengenai kepentingan teknologi angkasa. Dengan melakukan pelbagai pendekatan agar orang ramai memahami teknologi angkasa lepas menerusi kegunaaan barangan keperluan harian yang digunakan, sebagai contoh, sistem penentu kedudukan global (GPS) dan Google Earth memberi sumbangan pemetaan dan penggunaannya semakin meningkat. 6. Program pembangunan modal insan yang berterusan terus dititik beratkan dalam mencapai agenda yang digariskan. Melahirkan pakar daripada anak tempatan yang berpotensi untuk berdaya saing setanding dengan negara maju. dalam usaha menarik minat dan mengekalkan warga kerja terutama tenaga mahir yang telah dilahirkan. 7. Kewujudan Pelan Induk Pembangunan Industri Aeroangkasa Malaysia (1997) membuktikan kesungguhan Malaysia dalam bidang kajian angkasa lepas. Dengan adanya pelan terancang ini industri aeroangkasa akan dapat dimajukan secara lebih efisyen dan menjadi pemangkin pembangunan negara. Komitmen kerajaan dalam membangunkan industri aeroangkasa kian jelas dengan penubuhan Agensi Angkasa Negara (AAN) pada bulan Julai 2002. Agensi ini berperanan besar dalam menghadapi era globalisasi yang menekankan kepentingan dasar langit terbuka.
10
Kesimpulan Pada 10 Oktober 2007 yang lalu adalah detik paling bersejarah bagi negara dan apabila Malaysia berjaya menghantar angkasawan pertama negara ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dengan Soyuz TMA-11. Namun sewajarnya Malaysia bukanlah sekadar menghantar angkasawan ke angkasa lepas, malahan wajar lebih serius membina industri angkasa lepas negara pada masa hadapan serta komited menjadikannya sebagai agenda utama kemajuan negara. Menguasai teknologi membina roket adalah keutamaan negara berbanding menghantar angkasawan ke angkasa. Usaha meneroka angkasa lepas walau menelan kos perbelanjaan yang bukan sedikit, namun itu bukanlah sesuatu yang membazir. Pelbagai hasil yang positif terutama kajian sains akan memberikan manusia satu informasi yang berguna, terutama jika semua usaha ini berkonsepkan kerjasama sejagat. Kita harus sedar bahawa semakin banyak maklumat yang kita ketahui tentang angkasa lepas semakin baiklah prospek kehidupan kita kelak. Teknologi angkasa lepas , telah menjadi sebahagian daripada kehidupan era moden dalam mengubah inovasi merentasi landskap pembangunan teknologi yang merangkumi spektrum yang luas. Penguasaan dalam teknologi angkasa lepas membawa kepada fenomena yang luas terutama daripada hasil kajian saintifik dan penemuan terkini oleh jurutera angkasa lepas dan saintis mampu menganjak paradigma untuk kesejahteraan masa hadapan. Jadi, usaha penerokaan angkasa lepas ini perlu diteruskan tanpa sebarang sekatan dan keraguan lagi. Walaupun Malaysia bukanlah dalam kelompok negara maju yang terlebih dahulu menerokai angkasa lepas seperti Rusia dan AS, namun negara ini mesti bersungguh-sungguh untuk menyaingi dan mendahului negara lain di rantau ini seperti yang berjaya dilakukan oleh Cina dan India.
11
Kejayaan bidang penerokaan angkasa lepas akan memberi imej baik terhadap kemajuan bidang sains dan teknologi negara ini, selaras dengan cabaran Wawasan 2020 yang ingin mewujudkan masyarakat saintifik, progresif, inovatif dan berpandangan jauh. Kejayaan Malaysia dalam bidang teknologi angkasa lepas akan memacu kemajuan negara dan seterusnya meletakkan nama Malaysia sebaris dengan negara-negara maju dalam bidang penyelidikan angkasa lepas.
Petikan:
Pegawai dari Kementerian Sains dan teknologi China, Encik Mei Yonghong menganalisis: "Perkembangan sains dan teknologi negara ini sudah mencapai satu tahap yang tinggi dengan pembentukan sistem subjek sains yang sempurna yang paling lengkap di dunia. Selain itu, kami telah mempunyai tenaga kepakaran yang melimpah dengan berfokus pada penyelidikan dan penerokaan sains. China sudah menduduki tempat terdepan dalam bidang sains di arena global ." China mulai melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka pada tahun 1978 dan sejak itulah, pihak berkuasa menetapkan manifesto yang bersifat strategik tentang "Sains dan Teknologi, Produktiviti Pertama". Selepas itu, negara ini beransur-ansur memulakan pelaksanaan projek sains dan teknologi satu persatu. Pada masa ini, China sudah memasuki satu tempoh keemasan untuk menikmati hasil perkembangan sains dan teknologi yang berjumlah kira-kira 20 ribu setiap tahun. Hasil-hasil tersebut muncul dalam pelbagai bidang seperti penyelidikan asas, sumber tenaga, pertanian, perlindungan alam sekitar dan lain-lainnya. Sains dan teknologi memainkan peranan yang semakin penting dalam kehidupan seharian rakyat, di samping menunjang perkembangan sosioekonomi. Ketua Pejabat Kaji Siasat dan Penyelidikan Kementerian Sains dan Teknologi China, Encik Xu Heping berkata: "Sektor sains dan teknologi kami telah mengecilkan jurang perbezaan dengan negara maju, malah menjadikan sebahagian penyelidikannya mencapai taraf maju di arena antarabangsa. China berperanan lebih aktif dalam mendorong perkembangan sains dan teknologi global. Dan akhirnya, kejayaan sains dan teknologi amat membantu menjamin pertahanan negara dan menjamin pembangunan sosioekonomi di negara ini berjalan dengan lancar." Warganegara China mulai menikmati kehidupan yang semakin makmur yang dibawa oleh kemajuan sains dan teknologi, di samping berasa bangga tentang kemajuan negara. Rasa patriotik itu memuncak apabila Projek Penerbangan Angkasa Lepas dengan Membawa Angkasawan mencapai kejayaan.
12
Rujukan
Kamus Dewan Edisi Ketiga Kamus Pelajar Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Disunting Daripada Artikel Aslan Rafie
Dr. Mohd. Roshdi Hassan, 2007. "Manfaat Program Angkasawan Negara". Utusan Malaysia, 9 Oktober 2007 Zin Mahmud, 2007. "Impian Malaysia jadi kenyataan". Mingguan Malaysia, 14 Oktober 2007 Dr. Hassa n Ahmad, 2007. "Islam pelopor sains angkasa". Utusan Malaysia, 25 Oktober 2007
13