Anda di halaman 1dari 19

SEJARAH REKODER

ekorder merupakan salah satu alat muzik tiupan atau tergolong dalam kumpulan AEROPHONE. Rekorder termasuk didalam keluarga instrumen yang dikenali sebagai fipple flute yang membawa maksud alat tiupan yang mempunyai fipple atau aliran udara yang ditiup akan

disekat dihujungnya (dikenali sebagai blockflute di Jerman).

Penyekatan dihujung alat tersebut akan mewujudkan satu lohong udara yang akan menyebabkan udara yang ditiup melaluinya akan keluar melalui lubang-lubang yang akan menghasilkan satu bunyi yang jelas dan tersendiri. Alat tiupan lain yang termasuk di dalam keluarga ini ialah flageolet, whistle dan three holed tabor pipe. Dari segi bentuk, secara umumnya rekorder adalah berupa tabung dengan sumber suara yang dilengkapi dengan lubang-lubang yang berfungsi sebagai pengatur tinggi rendah nada.

REKODER DIPERINGKAT AWAL KEWUJUDANNYA

Instrumen berbentuk tiupan telah wujud sebenarnya sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Ini terbukti dengan terjumpanya alat tiupan yang diperbuat dari tulang kambing biribiri dari Zaman Besi di England. Namun rupanya bukanlah seperti rekoder yang kita kenali sekarang iaitu yang mempunyai lapan lubang (tujuh didepan dan satu dibelakang). Tarikh kewujudan rekorder yang sebenarnya di Eropah telah menjadi suatu perdebatan akademik yang hangat. Kemungkinan besar ianya wujud di zaman mediaeval iaitu sekitar enam hingga tujuh ratus tahun yang lalu namun ia bukan ketentuan yang khusus. Kebanyakan apa yang dipanggil recorder yang dilihat pada lukisan-lukisan yang lama tidak menggambarkan ianya dalam erti kata yang sebenar. Ianya tidak seratus peratus jelas walaupun instrumen asal yang paling popular yang ditemui di Dordrecht, Belanda pada tahun 1940. Rekoder Dordrecht itu dipercayai bertarikh awal kurun ke15 kerana rumah di mana tempat ia ditemui telah terbengkalai pada tahun 1418. Walaubagaimanapun, dengan ketiadaan bahan lain untuk menjadi rujukan dan perbandingan, adalah mustahil untuk menyatakan yang ianya mewakili pelbagai instrumen yang dibuat pada zaman itu.

Sudah tentu ini adalah sesuatu yang tidak menyeronokkan bagi pengkaji muzik zaman medieval walaupun beberapa percubaan telah dibuat bagi membuat salinan atau contoh apa yang dipanggil mediaeval recorders. Tiada satu pun instrumen ini yang benar-benar jelas dan tulin dan tidak ada satu bukti kukuh tentang bagaimana bunyi sebenarnya mediaevar recorders. Yang terbaik yang boleh dinyatakan ialah, ianya mungkin satu instrumen mudah yang mempunyai ton yang jelas dan bidang not yang kecil. Bukti kewujudan paling kukuh yang boleh digunapakai ialah Renaissance Recorders bertarikh penghujung zaman Renaissance di kurun ke 16. Rekoder Renaissance agak berlainan dari mereka yang telah biasa dengan instrument Baroque yang lebih halus dan lembut bunyinya. Instrumen Renaissance berbunyi lebih garau, kuat dan kasar terutama yang bernada rendah dan bunyinya lebih asli dari bunyi Baroque. Ianya mempunyai bidang (range) sekitar satu oktaf bebanding sedikit lebih

dua oktaf bagi Baroque. Namun ianya bukanlah satu masalah kerana muzik zaman Renaissance yang ditulis untuk instrumen ini tidak memerlukan bidang yang luas.

Rekoder Renaissance mempunyai lubang jari yang lebih besar dan dikatakan berbentuk selinder walaupun sebenarnya ia agak mengecil dihujungnya. Mempunyai rekabentuk yang lebih mudah tanpa ukiran hiasan. Instrumen yang asal diperbuat secara terus sebatang namun yang ada sekarang boleh dilerai bagi tujuan kemudahan menyimpan, membawa dan menjaga kebersihannya. Tidak ada juga peraturan yang khusus tentang kedudukan tangan dan penjariannya. Tangan yang mana harus di bawah atau tangan yang mana di atas. Rekoder Baroque adalah yang selalu diguna. Pada kurun ke 17 ia melalui proses transisi dimana lubangnya lebih kemas dengan bentuk seperti kon yang kecil dibawah dan semakin besar ke atas. Pembuatannya semakin diimprovisasi dengan bidang notasi dan rangenya semakin dilebarkan, bunyi yang halus dan sempurna serta lebih fleksibel untuk dimainkan secara solo. Rekoder juga telah mula digunakan dalam muzik orkestra pada masa itu.

Diawal kurun ke 18, flut traverso mula menjadi lebih popular. Kekurangan yang paling ketara pada rekoder ialah ia adalah instrumen yang lembut (berbunyi agak perlahan) berbanding flut traverso yang lebih kuat bunyinya dan lebih luas rangenya menjadikannya lebih sesuai untuk dimainkan dalam orkestra. Rekoder semakin kurang dimainkan sehingga ia hampir pupus. Pada kurun ke 19 ia dimainkan semula tetapi lebih kepada penghayatan sejarah muzik. Seni membuat rekoder juga telah semakin hilang. Rekoder yang ada sekarang dari jenis Moeck Rottenburgh dan Mollenhauer Denner. Namun kini rekoder telah kembali popular mengalahkan zaman

kemunculannya dulu. Jutaan alat ini telah dihasilkan setiap tahun secara komersial. Ia digunakan dengan meluasnya dikalangan mereka yang ingin belajar tentang instrumen muzik diperingkat asas. Disamping lebih mudah ianya juga lebih murah justru membuka ruang baru dalam penggunaan instrumen ini sekarang.

JENIS-JENIS REKODER

Terdapat pelbagai jenis rekorder. Di antaranya ialah rekorder soprano, rekorder sopranino, alto, tenor dan bass. Masing-masing rekorder ini memiliki bunyi atau ton yang berbeza-beza. Walaupun rekorder atau blockflute ini tergolong dalam alat muzik tiup kayu, dengan perkembangan teknologi sekarang, ia telah dikeluarkan dalam bentuk plastik atau ebonite.

Alat muzik ini (rekorder) telah mula popular dalam beberapa dekat terakhir kerana ia mudah dimain kan. Ia juga adalah salah satu alat muzik yang wajib dipelajari di sekolah-sekolah rendah. Murid-murid didedahkan dengan bermain rekorder dalam subjek Pendidikan Muzik bermula tahun 4 hingga 6 bagi KBSR. Mulai 2013, murid tahun 3 (KSSR) akan didedahkan dengan pengajaran dan pembelajaran bermain rekorder dalam subjek Dunia Muzik. Rekorder yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah rekorder soprano. Rekorder ini boleh menghasilkan dua belas not, iaitu C,D,E,F,G,A,B,C,D, E dan F.

ANTARA JENIS-JENIS RECORDER

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Recorder Sopranino Recorder Soprano Recorder Alto Recorder Tenor Recorder Bass Recorder Great Bass (Contra Bass) Recorder yang umum digunakan dalam proses belajar di sekolah adalah recorder soprano (Descant), Recorder soprano mempunyai wilayah nada dari c (semua lubang ditutup) s/d b.

BAHAGIAN-BAHAGIAN REKORDER

Rekorder terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian itu adalah kepala rekorder, badan rekorder dan seterusnya kaki rekorder. Kita hanya perlu menyambungkan badan ke kepala dan kemudian kaki rekorder. Lubang yang terakhir mestilah senget ke kanan sedikit seperti rajah di bawah.

TEKNIK MENIUP REKORDER Bagi teknik meniup rekorder, terdapat lima teknik atau aspek yang perlu diamalkan supaya dapat menghasilkan peniupan kualiti ton yang baik. Lima teknik tersebut ialah:

1. Postur

5. Penjarian
TEKNIK MENIUP REKORDER

2. Embouchure

4. Pernafasan

3. Penglidahan

Semua teknik di atas sangat membantu dalam menghasilkan peniupan kualiti ton yang baik.

1) TEKNIK PERTAMA POSTUR

Kedudukan badan adalah penting untuk menghasilkan nyanyian yang bermutu. Postur yang baik akan membantu pernafasan dan penghasilan ton semasa meniup rekoder.

Postur Berdiri

Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika bermain rekoder dalam keadaan berdiri adalah seperti berikut:

Kaki Lutut Badan Dada Bahu Dagu Tangan

- berdiri tegak dengan keadaan kaki direnggang sedikit. - dilonggarkan (rileks), tidak kaku. - belakang badan serta kepala dalam keadaan lurus. - dinaikkan. - ditarikkan ke belakang sedikit. - selari dengan lantai. - memegang rekoder dengan sudut 45 darjah kecondongan dari badan.

Berdiri selesa, regangkan sedikit tangan

Condong 45 Postur Duduk Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam keadaan duduk adalah seperti berikut:

Bahagian badan hingga kepala - keadaannya sama seperti postur berdiri. Belakang badan Punggung Kaki - tidak bersandar. - terletak di tengah kerusi. - diletak di atas lantai dengan satu kaki ke hadapan sedikit. Tangan - memegang rekoder dengan sudut 45 darjah kecondongan dari badan.

Postur memainkan peranan semasa meniup rekoder. Postur yang baik membantu untuk menghasilkan kualiti ton yang baik. Postur semasa meniup rekoder ialah badan perlu tegak dan berada dalam keadaan selesa. Rekoder dipegang dengan

kecondongan 45 darjah dari badan. Ini untuk memudahkan pergerakan tangan semasa penjarian. Setelah itu, tangan diregangkan sedikit agar tidak mengganggu pernafasan. Rekoder dipegang dengan jari tangan kiri di bahagian atas dan jari tangan kanan di bahagian bawah. Cara ini adalah praktikal untuk permainan rekoder. Rekoder

diimbangkan dengan diletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan. Gunakan music stand untuk meletakkan skor muzik dan ini juga dapat mengekalkan postur badan yang tegak.

2) TEKNIK KEDUA EMBOUCHURE

Embouchure ialah penggunaan otot muka dan pembentukan bibir yang mengikut bentuk pipit (mouthpiece). Masukkan bahagian pemipit di antara bibir. Setelah itu bibir dirapatkan dan jangan gigit rekoder. Bibir juga jangan ditegangkan dan pastikan bibir dalam keadaan selesa.

3) TEKNIK KETIGA PENGLIDAHAN

Penglidahan penting untuk penghasilan not rendah dan not tinggi. Pergerakan lidah membantu pengeluaran udara dengan kadar yang sesuai dengan kualiti ton.Untuk not tengah, bunyikan du dengan lidah. Manakala not rendah menggunakan bunyi lu. Bagi not tinggi, bunyikan tu semasa meniup. Bunyi du-ku digunakan semasa double tongueing. Semasa memainkan not kaitan, hanya pada not pertama berlaku penglidahan. Bagi permainan secara staccato, bunyikan tut untuk penghasilan not pendek.

4) TEKNIK KEEMPAT PERNAFASAN Untuk meniup not rendah, tekanan udara dari ruang diafragma dilepaskan perlahanlahan serta terkawal. Tekanan udara yang lebih serta dilepaskan secara laju ialah untuk meniup not tinggi. Bagi satu frasa, hanya satu pernafasan yang digunakan. Dengan pengurusan pernafasan yang baik, seseorang dapat menghasilkan ton yang berkualiti, bunyi yang jelas nada dan pic yang tepat. Disamping itu murid dapat memainkan frasa yang panjang dengan selesa. Proses pernafasan melibatkan pengembangan pada rangka rusuk, abdomen dan diafragma. Kemahiran mengawal pernafasan boleh dibina melalui latihan. Latihan pernafasan perlu dijalankan semasa aktiviti warm-up atau latihan persediaan. Terdapat banyak latihan pernafasan yang boleh dijalankan. Antaranya adalah seperti berikut:Menghembus dan menarik nafas Hembuskan semua udara dari paru-paru sehingga anda terasa anda diperlukan udara. Kemudian tarik nafas secara perlahan dan tenang.

Bernafas secara cepat Biasanya apabila kita terkejut, kita akan menarik nafas dengan cepat. Ulang perbuatan seperti ini beberapa kali.

Pernafasan staccato Latihan ini dilakukan dengan sebutan tut secara berulang-ulang sehingga murid dapat merasakan otot-otot di bahagian perut terlibat dalam proses pernafasan. Latihan ini boleh menguatkan otot-otot tersebut untuk membantu mengawal pernafasan.

Hiss/Hoo Sambil menarik nafas secara perlahan, angkat kedua-dua tangan ke atas secara perlahan dan hembuskan nafas dengan bunyi hiss.

Contoh Latihan :

5) TEKNIK KELIMA PENJARIAN

Tangan Kiri

Tangan Kanan

Ibu Jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang rekoder.

Jari Telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat.

Jari Telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama.

Jari Hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima.

Jari Hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua.

Jari Manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam.

Jari Manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.

Jari Kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh.

Pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7, terdapat dua lubang kecil. Lubang-lubang kecil tersebut adalah unuk menghasilkan bunyi syap dan flet.

Bermain rekorder juga mempunyai pengajaran yang menggunakan nombor. Kebiasaannya penjarian German menggunakan penomboran. Cuba lihat dan fahami rajah di bawah.

PENOMBORAN TANGAN KIRI

PENOMBORAN TANGAN KANAN

PENOMBORAN PADA REKORDER

SUSUNAN JARI PADA LUBANG REKORDER

CARTA PENJARIAN REKORDER

LATIHAN BERMAIN REKORDER Penjarian Not B, A, G, C' dan D'