Anda di halaman 1dari 22

Topikȱ1 X Permainanȱȱ

BolaȱSepakȱ
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti perbezaan di antara undang-undang dan peraturan
permainan bola sepak;
2. Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan bola sepak;
3. Mengaplikasikan strategi dan latihan permainan bola sepak; dan
4. Mempraktikkan ilmu pengurusan, pengendalian dan pengelolaan
dalam sesuatu kejohanan dan pertandingan.

X PENGENALAN
Tahukah anda bahawa permainan yang mempunyai persamaan dan ciri-ciri bola
sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 S.M? Pelbagai jenis permainan
bola sepak telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah. Di Malaysia
juga, permainan bola sepak cukup popular dan sukan ini diberi lebih perhatian
berbanding sukan-sukan lain. Ia dapat dilihat dengan usaha pihak persatuan
bola sepak di Malaysia merancang dan mengatur pelbagai strategi untuk
memperkembangkan permainan bola sepak dari semasa ke semasa di peringkat
kebangsaaan. Dengan adanya pelbagai perancangan, Malaysia diharap menjadi
salah satu pasukan yang kuat di rantau Asia dan seterusnya dapat memberi
saingan di peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, topik ini akan dapat
membantu anda mengetahui dan mendalami aspek undang-undang, peraturan,
kemahiran asas dan strategi dalam permainan bola sepak.
2 X TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK

AKTIVITI 1.1
Sebelum kita meneruskan topik ini, cuba nyatakan apa yang anda tahu
tentang sejarah permainan bola sepak dan perkembangannya di
Malaysia. Bandingkan jawapan awal anda dengan apa yang akan
dibincangkan seterusnya di bawah.

1.1 SEJARAH

1.1.1 Sejarah Permainan


Sejarah awal permainan bola sepak diketahui
dengan pelbagai cerita yang berbeza. Fakta
telah menunjukkan bahawa permainan bola
menggunakan kaki telah bermula sejak ratusan
tahun yang lalu dan dipercayai lebih awal
daripada sejarah permainan bola menggunakan
tangan.

Sejarah permainan bola menggunakan kaki


bermula sejak kurun ke-2 dan ke-3 di China. Ia
bermula pada zaman pemerintahan Dinasti Rajahȱ1.1:ȱPermainanȱbolaȱsepakȱ
Han, di mana askar-askar mereka telah tanpaȱperaturanȱdimainkanȱsecaraȱ
menggunakan bola yang diperbuat daripada meluasȱdiȱEropahȱketikaȱZamanȱ
Pertengahanȱ
kulit sebagai latihan fizikal dan ia dikenali
sebagai latihan ÂTsu ChuÊ.

Selain itu fakta juga telah menunjukkan permainan Greek „episkyros‰


mempunyai persamaan dengan permainan daripada Rom. Cara ia dimainkan
ialah dengan dimulai dengan dua pasukan, menggunakan bola kecil dan
bermain di kawasan padang yang bersegi empat tepat dan ditanda garisannya.
Objektif permainan ini adalah untuk membawa bola melepasi sempadan pihak
lawan. Permainan ini telah bertahan selama 700 hingga 800 tahun.

Bola sepak ialah sejenis sukan berpasukan yang paling diminati dan digemari di
seluruh dunia. Permainan ini juga dikenali sebagai soccer di Amerika Syarikat
untuk membezakannya dengan permainan "football" yang lain di sana.
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau FIFA adalah satu badan pentadbiran
yang ditubuhkan untuk menguruskan bola sepak.
TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK W 3

Oleh kerana permainan bola sepak dimain dengan cara yang berbeza-beza di
sekolah-sekolah di United Kingdom, undang-undang dan peraturan awal telah
diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan dan memudahkan pemain-
pemain memahami peraturan-peraturan tersebut. Pada tahun 1863, Persatuan
Bola Sepak England telah ditubuhkan oleh beberapa kelab bola sepak. Mereka
menggubal satu undang-undang bola sepak yang formal dan undang-undang ini
dikembang menjadi Undang-Undang Bola Sepak yang diguna pakai sehingga
kini.

Selepas beberapa tahun, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ini telah
menerima pasukan bola sepak dari Afrika Selatan pada tahun 1909/1910,
Argentina dan Chile pada tahun 1912 serta Amerika Syarikat pada tahun 1913.
Perancangan FIFA untuk mengadakan pertandingan di peringkat antarabangsa
telah ditangguh kerana tercetusnya Perang Dunia Pertama.

Pada 1 Mac 1921, Jules Rimet telah dilantik menjadi presiden ketiga Persekutuan
Bola Sepak Antarabangsa. Beliau merancang untuk mengadakan kejohanan
secara kecil-kecilan dan satu peraturan telah diluluskan pada tahun 1928.
Pemenang kejohanan akan dinobatkan sebagai juara dan akan diberikan trofi.
Manakala, seorang pengukir Perancis, Abel Lafleur telah
dipertanggungjawabkan untuk mencipta trofi yang pertama. Trofi ini dikenali
sebagai Piala Jules Rimet. Kongres pertama yang berlangsung di Barcelona telah
memilih Uruguay sebagai tuan rumah yang pertama pada 1 Mei 1929

Rajah 1.2: Bola yang digunakan pada Piala Dunia pertama di Uruguay 1930

Buat pertama kalinya, pada 18 Julai 1930, kejohanan pertama Piala Dunia
dilangsungkan di Uruguay. Ia diadakan di tiga gelanggang di Montevideo
dengan Uruguay yang menjadi tuan rumah muncul sebagai juara selepas
menewaskan Argentina 4-2 di dalam perlawanan akhir.

Piala Dunia telah terhenti apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua. Walau
bagaimanapun Julies Rimet telah berusaha keras di sepanjang 33 tahun beliau
memegang tugas sebagai Presiden. Impiannya menjadi kenyataan apabila
4 X TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK

Perancis menjadi tuan rumah kali ketiga. Menjelang tahun 1954, ahli gabungan
FIFA telah terdiri daripada 85 negara dari seluruh dunia.

Rimet yang dilantik Presiden Kehormat pertama FIFA telah meninggal dunia
setahun kemudian dan diganti dengan Rodolphe William Seeldrayers pada
tahun 1958. FIFA telah memutuskan kejohanan itu diadakan secara berselang-
seli di benua Eropah dan Amerika Selatan. Operasi FIFA banyak dikawal selia
oleh Ernst B. Thommen yang bertindak sebagai Penganjur Jawatankuasa
Pertandingan bagi Piala Dunia 1954, 1958 dan 1962 sebelum Sir Stanley Rous
dilantik sebagai Presiden FIFA keenam. Antara sumbangan besar Rous ialah
menambah keahlian baru dan menyiarkan kejohanan Piala Dunia secara meluas
di seluruh dunia.

Bola sepak telah menjadi sebahagian daripada fenomena kehidupan dan


merupakan sukan yang paling popular di dunia. Oleh kerana itu, ia selalunya
digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.

SEMAK KENDIRI 1.1


(a) Ceritakan secara ringkas sejarah awal permainan bola sepak.
(b) Siapakah tokoh yang berjaya menganjurkan Piala Dunia Bola
Sepak yang pertama?
(c) Nyatakan apakah peranan FIFA dalam pembangunan bola sepak?

1.1.2 Perkembangan Bola Sepak di Malaysia


Awal 1920-an

Tahukah anda bagaimana pula perkembangan bola


sepak di negara kita? Begini perkembangannya.
Permainan bola sepak pertama di Semenanjung
Malaysia bermula pada awal tahun 1800 sejajar
dengan penubuhan kelab di mana bilangan pendatang
luar adalah tinggi di negeri Selangor, Kuala Lumpur,
Perak, Johor dan Negeri Sembilan.

Permainan bola sepak telah dijadikan sebagai sukan Rajah 1.3: Tajuk ă Gambar
pertunjukkan ketika perlawanan kriket Piala Malaya sejarah perkembangan di
di antara Selangor dan Singapura pada tahun 1921. negara
TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK W 5

Pada tahun 1926, satu Persatuan Bola Sepak ditubuhkan dan selepas itu secara
rasminya menjadi persatuan bola sepak kebangsaan pada 1933. Ia juga dikenali
sebagai Football Association of Malaya (FAM). Sir Andrew Caldecott dilantik
menjadi Presiden FAM yang pertama pada tahun 1933 dan diikuti oleh M.
Shelley, Dr J. Webster, S. Scott, R. Williamson dan Adrian Clark. Mereka
menerajui persatuan ini sehingga tahun 1940 sebelum Peperangan Dunia Kedua
meletus.

Selepas tamat perang, Presiden FAM ialah J. King, diikuti dengan H. Bryson dan
Dr C. Rawson. Mereka berkhidmat selama 2 tahun setiap seorang sebelum
tampuk pemerintahan FAM bebas daripada pengaruh pemerintahan kuasa
British.

Tahun-tahun di antara 1951 hingga 1984


Pada tahun 1951 pula, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri
Malaysia yang pertama telah dilantik sebagai Presiden FAM. Kemudian pucuk
pimpinan FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua
iaitu Tun Abdul Razak Haji Hussein. Pada tahun 1976, jawatan tersebut telah
diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah.

Era Pembaharuan Modenisasi dan Profesionalism


Yang Teramat Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah merupakan tokoh
yang banyak membantu dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air. Pada
tahun 1989 Liga semi-pro diperkenalkan sebelum sukan ini diiktiraf sebagai
sukan profesional beberapa tahun kemudian.

Di bawah pentadbiran Sultan Haji Ahmad Shah, perkembangan permainan bola


sepak banyak meraih perhatian dari dalam dan luar negara sehinggalah
persatuan bola sepak berjaya mengelolakan satu kejohanan berprestij iaitu Piala
Remaja Dunia pada 1997. Daripada bangunan kecil di Jalan Birch, FAM akhirnya
mempunyai kompleks mereka sendiri di Kelana Jaya. Ia juga merupakan pusat
pentadbiran bola sepak kebangsaan yang pertama

SEMAK KENDIRI 1.2


(a) Ceritakan secara ringkas sejarah awal permainan bola sepak di
Malaysia.
(b) Siapakah tokoh tempatan pertama yang memegang jawatan sebagai
presiden FAM?
6 X TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK

1.1.3 Struktur Organisasi Persatuan


Rajah 1.4 berikut menunjukkan struktur organisasi Persatuan Bola sepak
Malaysia atau dalam bahasa Inggeris Football Association of Malaysia (FAM).

Rajah 1.4: Struktur Organisasi FAM

1.2 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG


Anda telah didedahkan tadi dengan sejarah asal usul bola sepak dan sejarah
perkembangannya di negara kita. Sekarang mari kita kaji pula tentang peraturan
dan undang-undang bola sepak. Undang-undang bola sepak digubal untuk
pertama kalinya oleh Ebenezer Cobb Morley dan diusulkan ke dalam mesyuarat
Persatuan Bola Sepak pada 8 Disember 1863. Kini, undang-undang tersebut
dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa
(FIFA).

1.2.1 Undang-undang Permainan


Kefahaman tentang undang-undang bola sepak akan dapat membantu anda
memahami permainan ini dengan lebih mudah lagi. Mutu permainan atau
pengadilan anda sudah tentu akan meningkat sekiranya anda dapat
mempraktikkan undang-undang sukan bola sepak. Undang-undang permainan
bola sepak terdiri daripada 17 undang-undang yang diperakui oleh semua badan
sukan termasuk FIFA, iaitu badan yang mempunyai kuasa dalam sukan bola
sepak antarabangsa. Namun begitu, terdapat sedikit pengubahsuaian kecil akan
dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja dan Program Tajaan Sekolah.
Pengubahsuaian ini termasuklah saiz padang, saiz dan berat bola, saiz gawang,
TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK W 7

bilangan pemain simpanan dan tempoh perlawanan. Mari kita mendalami ke


semua undang-undang ini.

Undang-undang 1: Padang Permainan

(a) Permukaan Padang


Perlawanan bola sepak boleh dimain di permukaan padang semula jadi
atau padang tiruan. Ia bergantung pada peraturan sesuatu pertandingan.

(b) Ukuran padang


Padang permainan mestilah berukuran segi empat tepat. Ukuran padang
permainan adalah seperti berikut (juga lihat rajah 1.5 ):
Panjang : Minimum 90m (100 ela)
Maksimum 120m (130 ela)
Lebar : Minimum 45m (50 ela)
Maksimum 90m (100 ela)

Ukuran padang pertandingan antarabangsa:


Panjang : Minimum 100m (110 ela)
Maksimum 110m (120 ela)
Lebar : Minimum 64m (70 ela)
Maksimum 75m (80 ela)

(c) Kawasan padang


Untuk melancarkan permainan ini garisan perlu ditandakan di setiap
kawasan padang untuk membezakan sesuatu kawasan. Dua garisan
panjang sempadan dipanggil garisan padang manakala dua garisan yang
lebih pendek dipanggil garisan gol. Ukuran bagi semua garisan mestilah
tidak melebihi daripada 12sm (5 inci) lebar. Kemudian padang akan
dibahagikan kepada dua bahagian melalui garisan tengah di mana
kawasan bulatan di tengah padang mempunyai ukuran jejari 9.15m (10 ela).

Rajah 1.5: Ukuran kawasan padang bola sepak


8 X TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK

(d) Kawasan gol


Di setiap garisan hujung padang ialah kawasan gol. Dua garisan di sudut
kanan garisan gol masing-masing berukuran 5.5m (6 ela) dari tiang gol.

(e) Kawasan penalti


Kawasan kotak penalti mempunyai dua garisan di sudut kanan garisan gol
dengan ukuran 16.5m (18 ela) dari tiang gol. Dalam setiap kawasan penalti,
tanda penalti dibuat 11m (12 ela) dari kawasan tengah tiang gol.
Lengkungan bulatan berjejari 9.15m (10 ela) dari setiap tanda penalti dibuat
di luar kawasan penalti.

Rajah 1.6: Ukuran kawasan penalti

(f) Tiang bendera


Tiang bendera yang berukuran tidak lebih 1.5m (5 kaki) tinggi perlu
ditempatkan di setiap penjuru padang. Ia juga boleh diletakkan di setiap
hujung garisan tengah dan mestilah berada 1m jauh dari garisan padang.

(g) Lengkungan sudut


Suku bulatan dengan jejari 1m (1 ela) daripada setiap kawasan sudut tiang
bendera dibuat di dalam padang permainan.

(h) Tiang gol


Kawasan tiang gol mestilah berada di tengah-tengah di setiap garisan gol.
Jarak antara tiang gol ialah 7.32m (24 kaki) dan tinggi palang gol dari
permukaan tanah ialah 2.44m (8 kaki). Ukuran lebar kedua-dua tiang gol
dan palang mestilah tidak melebihi 12sm (5 inci).
TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK W 9

Rajah 1.7 : Ukuran tiang gol bola sepak

Undang-undang 2: Bola
Bola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau bahan
lain yang dibenarkan. Lilitan bola yang ditetapkan oleh FIFA adalah 68sm-70sm
dan berat bola dalam lingkungan 410g-450g. Bola yang digunakan untuk pemain
dewasa ialah bersaiz 5 manakala saiz 4 dan 3 lazimnya digunakan untuk sukan
remaja. Berikut merupakan bentuk bola yang dimaksudkan.

Rajah 1.8: Bola yang digunakan dalam permainan bola sepak

Undang-undang 3: Bilangan Pemain

(a) Pemain
Perlawanan bola sepak memerlukan dua pasukan sahaja di mana setiap
pasukan mestilah terdiri daripada 11 orang pemain termasuk penjaga gol.
Perlawanan tidak boleh dimulakan sekiranya terdapat kurang daripada 7
orang pemain.
10 X TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK

Rajah 1.9: Setiap pasukan terdiri daripada 11 pemain termasuk seorang penjaga gol.

(b) Perlawanan Rasmi


Setiap perlawanan rasmi yang dianjurkan oleh FIFA dan persatuan-
persatuan di bawah gabungannya, hanya 3 orang pemain sahaja
dibenarkan untuk membuat pertukaran. Peraturan pada setiap
pertandingan mestilah menyatakan berapakah bilangan pemain gantian
yang dibenarkan untuk membuat pertukaran (3 hingga 7 pemain).

(c) Nama pemain gantian


Dalam setiap perlawanan, nama-nama pemain gantian mestilah diberikan
kepada pengadil sebelum perlawanan dimulakan. Pemain gantian yang
tidak didaftarkan tidak akan dibenarkan untuk bermain.

(d) Peraturan pemain gantian


Pertukaran pemain gantian tidak boleh dilakukan secara sewenang-
wenangnya. Pengadil mestilah dimaklumkan sebelum sebarang pertukaran
dibuat. Pemain gantian hanya boleh memasuki padang selepas pemain
yang hendak digantikan keluar dari padang dan selepas mendapat isyarat
daripada pengadil. Proses pertukaran lengkap apabila pemain gantian
memasuki padang permainan dan pemain yang telah diganti itu tidak
boleh lagi mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut.

(e) Pertukaran Penjaga Gol


Untuk menukar penjaga gol pengadil hendaklah diberitahu terlebih dahulu
sebelum pertukaran dibuat.

Undang-undang 4: Peralatan Pemain


(a) Keselamatan
Pemain tidak dibenarkan memakai peralatan atau perhiasan yang boleh
membawa bahaya kepada dirinya dan juga kepada pemain-pemain yang
lain. Sebagai contoh cincin, gelang atau jam tangan.
TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK W 11

(b) Peralatan asas


Setiap pemain perlu juga mematuhi undang-undang berpakaian. Berikut
adalah peralatan asas yang patut dipakai oleh pemain:
; Jersi
; Kasut bola
; Seluar pendek
; Stoking
; Pelindung kaki

Rajah 1.10: Kasut bola adalah salah satu peralatan wajib bagi pemain bola sepak

(a) Pelindung kaki (shin guards)


Setiap pemain juga memerlukan pelindungan pada kaki. Pelindung kaki
atau shin guards yang diperbuat daripada bahan yang sesuai seperti getah
atau plastik perlu dipakai di dalam stoking.

(b) Penjaga Gol


Penjaga gol perlu memakai warna jersi yang berlainan daripada pemain
lain, pengadil dan pembantu pengadil.

(c) Pelanggaran Peraturan


Seseorang pemain itu tidak dibenarkan bermain sekiranya mereka
melanggar peraturan. Pengadil akan mengarahkan pemain yang
melakukan kesalahan meninggalkan padang. Pemain tersebut tidak
dibenarkan memasuki padang sehingga diberitahu pengadil. Pengadil akan
memeriksa pemain tersebut sebelum dibenarkan meneruskan permainan
dan dia hanya dibenarkan memasuki padang setelah bola terkeluar dari
padang.

Undang-undang 5: Pengadil
(a) Kuasa pengadil
Setiap perlawanan akan dikawal oleh pengadil yang berkelayakan dan
mendapat sepenuh kuasa dalam mengendalikan permainan bola sepak
12 X TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK

Rajah 1.11: Pengadil mengawal perlawanan dengan dibantu oleh 2 pembantu pengadil

(b) Tugas Pengadil


Berikut adalah tugas-tugas seorang pengadil:
 Melaksanakan undang-undang perlawanan.
 Mengawal permainan dengan bantuan pembantu pengadil.
 Memastikan bola yang digunakan memenuhi syarat.
 Memastikan peralatan pemain yang digunakan memenuhi syarat
undang-undang 4.
 Bertindak sebagai penjaga masa dan sentiasa merekodkan masa
permainan.
 Memberhentikan atau membatalkan permainan sekiranya berlaku
sebarang gangguan daripada pihak luar.
 Memberhentikan perlawanan sekiranya terdapat kecederaan teruk
pada pemain dan memastikan pemain itu dibawa keluar dari padang.
 Memastikan pemain yang mengalami pendarahan atau luka
meninggalkan padang. Pemain yang cedera itu hanya dibenarkan
memasuki padang semula setelah mendapat isyarat daripada pengadil.
 Mengenakan denda yang lebih berat kepada pemain yang melakukan
lebih daripada satu kesalahan.
 Mengambil tindakan disiplin ke atas pemain yang membuat kesalahan
yang berat dan mengarahkan pemain itu supaya keluar padang.
 Mengambil tindakan ke atas pegawai pasukan yang gagal mengawal
kelakuan semasa perlawanan.
 Bertindak melalui nasihat yang diberikan oleh pembantu pengadil atas
kesalahan yang tidak dapat dilihat olehnya.
 Menyambung semula permainan selepas memberhentikannya.
TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK W 13

(c) Keputusan pengadil


Keputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil hanya akan menukar
keputusannya apabila menyedari bahawa keputusan tersebut adalah salah
atau setelah berbincang dengan pembantu pengadil.

Undang-undang 6: Pembantu Pengadil/ Penjaga Garisan


(a) Tugas
Seseorang pengadil dibantu oleh dua pembantu pengadil. Antara tugas-
tugas pembantu pengadil ialah:
 Memastikan keseluruhan bola keluar dari garisan permainan.
 Memastikan arah tendangan sudut, tendangan gol dan balingan bola ke
dalam padang.
 Memaklumkan pemain yang berada dalam keadaan ofsaid.
 Membantu mengesan sebarang kesalahan atau kejadian yang berlaku di
luar pandangan pengadil utama.

(b) Pembantu
Memastikan pengadil mengawal perlawanan berdasarkan undang-undang
permainan bola sepak. Pengadil akan memberikan tanggungjawab kepada
pembantu pengadil untuk membuat laporan kepada pihak atasan apabila
sesuatu keadaan itu tidak boleh dikawal.

Rajah 1.12: Dua orang pembantu pengadil sedang bertugas


semasa pertukaran dilakukan.

Undang-undang 7: Tempoh Masa Perlawanan


(a) Tempoh permainan
Tempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit, kecuali
terdapat persetujuan terhadap perubahan di antara pengadil dan kedua-
dua pasukan. Sebarang persetujuan untuk menukar masa permainan
hendaklah dibuat sebelum permainan itu dimulakan. Contohnya
mengurangkan masa untuk setiap separuh masa kepada 40 minit.
14 X TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK

Rajah 1.13: Masa permainan untuk perlawanan bola sepak ialah selama
45 minit setiap separuh masa

(b) Masa Rehat


Masa rehat diberikan kepada pemain selepas menamatkan separuh masa
pertama. Masa yang diberikan adalah tidak melebihi 15 minit.

(c) Masa tambahan


Masa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian masa sewaktu
pertukaran pemain, rawatan kepada pemain yang tercedera atau pengadil
bertindak mengeluarkan pemain yang cedera dari padang untuk
mendapakan rawatan.

(d) Tendangan penalti


Apabila tendangan penalti hendak diambil atau diambil semula, tempoh
masa akan dipanjangkan sehingga tendangan penalti itu dilakukan.

(e) Pemberhentian perlawanan


Sesuatu perlawanan yang dihentikan akan dimainkan semula melainkan
peraturan pertandingan menyatakan sebaliknya.

Undang-undang 8: Permulaan Perlawanan


(a) Permulaan perlawanan
Penentuan pasukan mana yang berhak sama ada untuk memilih kawasan
gol atau memulakan pertandingan dilakukan dengan melambung duit
syiling. Pasukan yang kalah lambungan syiling akan memulakan
pertandingan, sekiranya pihak yang menang memutuskan untuk memilih
kawasan gol manakala pasukan yang menang lambungan syiling akan
memulakan sepakan mula pada separuh masa kedua.
TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK W 15

Rajah 1.14: Permainan dimulakan apabila bola ditendang ke arah hadapan

(b) Sepak mula


Ia adalah cara untuk memulakan perlawanan atau memulakan kembali
perlawanan pada separuh masa kedua. Selain itu, sepak mula juga dibuat
selepas jaringan gol dilakukan dan ketika permulaan di setiap separuh
masa semasa tambahan masa. Jaringan yang berpunca daripada sepak
mula adalah sah.

(c) Prosedur
Semua pemain mestilah berada di kawasan mereka sendiri. Pasukan lawan
hendaklah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) daripada bola,
semasa sepak mula diambil dan bola mestilah dalam keadaan pegun dan
berada di tengah-tengah kawasan bulatan. Selepas pengadil memberi
isyarat mula, pemain tengah perlu membuat sepak ke hadapan untuk
dihantar kepada rakan pasukannya yang lain. Pemain yang mengambil
sepakan mula tidak boleh menendang bola itu kembali sebelum ianya
disentuh oleh pemain lain. Selepas pasukan tersebut menjaringkan gol,
sepakan mula akan diambil oleh pasukan lawan.

Undang-undang 9: Bola Masuk dan Keluar


Pengadil akan menghentikan perlawanan sekiranya bola dikira keluar dari
padang apabila melintasi garisan tepi, sama ada bola meleret di atas atau di
udara garisan padang. Permainan akan diteruskan kembali dengan:
(a) Perlawanan akan disambung semula dengan lambungan bola di mana
tempat terakhir bola terkeluar.
(b) Lambungan bola yang terkena pengadil atau penjaga garisan semasa di
dalam padang permainan.
(c) Jarak masa ketika sedang menunggu keputusan apabila berlaku
pelanggaran undang-undang.
16 X TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK

Rajah 1.15: Contoh keadaan bola masuk dan bola keluar

Undang-undang 10: Jaringan


Jaringan gol akan dikira apabila seluruh bola melepasi garisan gol di antara tiang
gol dan di bawah besi palang gol, dengan syarat pemain pasukan penyerang
tidak melempar, membawa dan menolak dengan menggunakan lengan atau
tangan.

Satu gol akan diperolehi dengan setiap jaringan. Pasukan yang menjaringkan
paling banyak gol akan dikira sebagai pemenang perlawanan. Manakala
perlawanan akan dikira ÂseriÊ sekiranya kedua-dua pasukan menjaringkan
jumlah gol yang sama semasa tempoh perlawanan. Rajah di bawah
menunjukkan contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol.

Rajah 1.16: Contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol


TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK W 17

Undang-undang 11: Ofsaid


Pemain dikira berada dalam keadaan ofsaid apabila pemain itu berada
berdekatan dengan gawang pihak lawan lebih daripada bola melainkan pemain
tersebut berada di separuh padang permainan pasukannya dan hanya terdapat
sekurang-kurangnya 2 pemain pihak lawan berdekatan dengan gawang mereka
bersama pemain itu sendiri.

Denda akan dikenakan jika pemain melakukan ofsaid. Sepakan percuma pula
akan diberikan kepada pasukan lawan di mana ofsaid berlaku.

Rajah 1.17: Seorang pemain berada dalam keadaan ofsaid apabila berada di belakang
pemain pertahanan lawan sebelum bola ditendang ke arahnya

Undang-undang 12: Kesalahan dan Kelakuan Buruk


Kesalahan berlaku dengan sengaja ataupun tidak. Pemain yang sengaja
melakukan apa sahaja kesalahan akan dihukum. Sebagai hukuman, sepakan
percuma akan diberikan kepada pasukan lawan di mana tempat kesalahan itu
dilakukan. Kesalahan yang boleh menyebabkan hukuman sepakan percuma
ialah:
(a) menendang atau cuba untuk menendang pemain pihak lawan.
(b) memegang pemain pihak lawan.
(c) melompat ke atas pemain pihak lawan.
(d) menolak pemain pihak lawan.
(e) mengganggu pemain pihak lawan dari belakang melainkan pemain pihak
lawan menghalang pemain daripada mengambil bola.
(f) sengaja memukul atau meludah pemain pihak lawan.
(g) menyadung pemain pihak lawan.
18 X TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK

(h) mengganggu pemain pihak lawan dengan bahasa dan kelakuan yang kasar
atau tidak sopan.
(i) membawa, menarik dan menolak ke hadapan bola dengan menggunakan
lengan atau tangan (melainkan ia dilakukan penjaga gol di dalam kawasan
kotak penaltinya).

Undang-undang 13: Tendangan Percuma


Terdapat 2 jenis tendangan percuma iaitu secara langsung dan tidak langsung.
Jaringan boleh dikira dengan tendangan percuma langsung. Manakala bagi
menjaringkan gol daripada tendangan percuma tidak langsung, bola mestilah
disentuh dahulu oleh pemain lain selepas pemain membuat tendangan percuma
sebelum bola itu melepasi garisan gawang. Pemain pertahanan mestilah berada
sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) dari kedudukan bola untuk membuat
tendangan percuma langsung dan tidak langsung. Pemain pertahanan boleh
berada dalam jarak kurang dari 9.15m daripada bola apabila pasukan penyerang
diberi tendangan percuma tidak langsung dalam jarak 10 ela dari gawang
pasukan pertahanan. Dalam situasi tersebut, pemain pertahanan boleh berdiri
pada gawang mereka untuk menghalang jaringan berlaku.

Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kawasan penalti dan sekurang-
kurangnya 9.15m dari bola apabila pemain mengambil sepakan percuma dari
kawasan penalti mereka. Bola mestilah berada dalam keadaan statik dan tidak
bergerak apabila sepakan percuma diambil. Jika pemain yang mengambil
sepakan percuma itu menendang untuk kali kedua sebelum pemain lain
menyentuhnya, secara tidak langsung pasukan lawan akan diberi sepakan
percuma.

Rajah 1.18: Pemain yang mengambil sepakan percuma adalah seorang yang
mempunyai kemahiran yang tinggi
TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK W 19

Undang-undang 14: Sepakan Penalti


Sepakan penalti akan diberikan sekiranya pemain melakukan kesalahan di
dalam kawasan penalti.

Prosedur:
x Sepakan penalti diambil 11m (12 ela) di hadapan kawasan penalti dan di
tengah-tengah gawang.
x Semua pemain mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m di luar kawasan
penalti kecuali pemain yang mengambil tendangan penalti dan penjaga gol.
x Penjaga gol perlu bersedia di tengah garisan gawang di antara tiang gol dan
tidak dibenarkan mengangkat kaki sehingga tendangan diambil.
x Bola mestilah ditendang ke hadapan oleh pemain yang mengambil sepakan
penalti dan tidak boleh menendang bola sekali lagi sehingga bola itu
disentuh oleh pemain lain.

Rajah 1.19: Sepakan penalti selalunya akan memberikan jaringan

Undang-undang 15: Balingan Masuk


Perlawanan akan dimulakan kembali dengan hantaran masuk di tempat akhir
sekali bola itu dikeluarkan apabila bola melepasi garisan tepi; sama ada bola
meleret di atas padang atau di udara. Balingan masuk akan dilakukan oleh
pasukan lawan sekiranya pemain pasukan sendiri yang menyebabkan bola
terkeluar.

Prosedur:
x Bola hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan dari bahagian
belakang kepala. (Rajah 1.20)
x Pembaling bola mestilah menghadap padang dan kaki hendaklah menyentuh
garisan atau di luar garisan.
20 X TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK

x Pembaling bola tidak boleh menyentuh bola sehinggalah bola disentuh oleh
pemain lain.
x Jaringan gol daripada balingan bola yang keluar tidak akan dikira.

Rajah 1.20: Seorang pemain yang membuat cara balingan masuk yang betul

Undang-undang 16: Tendangan Gol


Tendangan gol akan diberikan apabila bola yang akhir sekali disentuh oleh
pemain yang membuat hantaran, terkeluar di belakang garisan gol sama ada
melalui leretan padang atau udara.

Prosedur:
x Bola ditendang di kawasan petak penjaga gol oleh pemain pertahanan atau
pun penjaga gol.
x Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga
pemain lain menyentuhnya.
x Tendangan gol terus kepada penjaga gol tidak dibenarkan di kawasan
penalti.
x Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kotak penalti semasa
tendangan gol diambil.
x Jaringan tidak dikira melalui tendangan gol.

Undang-undang 17: Tendangan Sudut


Tendangan sudut diambil apabila bola yang dimainkan terkeluar atau melepasi
garisan belakang gol.

Prosedur:
x Bola hendaklah diletakkan di kawasan lengkungan sudut pada hujung
padang bersebelahan dengan tiang bendera.
x Tendangan hendaklah dibuat oleh pasukan lawan.
TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK W 21

x Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m dari bola


sehinggalah tendangan sudut diambil.
x Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga
pemain lain menyentuhnya.

Rajah 1.21: Tendangan sudut adalah salah satu kaedah terbaik untuk menghasilkan gol

SEMAK KENDIRI 1.3


(a) Nyatakan apakah jenis kesalahan yang dilakukan oleh pemain
yang dibatalkan atau diberhentikan permainannya.
(b) Apakah prosedur yang diperlukan untuk membuat tendangan
mula?
(c) Terangkan secara ringkas apakah yang dimaksudkan dengan
tendangan percuma langsung dan tidak langsung?
(d) Apakah keadaan yang menyebabkan seseorang pemain itu dikira
ofsaid?

x Sukan bola sepak ialah sukan yang paling popular di dunia amnya
dan Malaysia khususnya.

x FIFA adalah satu badan yang mengendalikan bola sepak antarabangsa dan
diberi tanggungjawab untuk menganjurkan Kejohanan Bola Sepak
peringkat antarabangsa.
22 X TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK

x FAM adalah badan yang bertanggungjawab untuk menguruskan segala hal


ehwal yang berkaitan bola sepak di Malaysia.

x Undang-undang permainan bola sepak terdiri daripada 17 undang-undang


yang diperakui oleh semua badan sukan termasuk FIFA.

x J. A. Luxbacher. (1996). Soccer: Steps to Success. (2nd ed.). United States of


America: Human Kinetics Publisher.

x T. Book. (1989). Soccer: The Skill of the Game. Britain: The Crowood Press Ltd.

x Teng Boon Tong. (2001). Panduan Pengajian Kemahiran Asas Permainan.


Kuala Lumpur: Longman.

x http://www.fam.org.my

x http://ms.wikipedia.org

x http://www.history.com