Anda di halaman 1dari 3

Bagaimana Melayari Internet Dengan

Kebersamaan Allah

Oleh: Ustaz Dr Fathi Yakan


Dr Fathi Yakan adalah seorang ulamak dan pendakwah yang
dikenali. Beliau adalah antara pelopor pergerakan Islam dalam
tahun 50-an, berkelulusan PhD dalam bidang Bahasa Arab dan
Pengajian Islam. Dr Fathi Yakan telah mengarang lebih dari 35
buah buku, sebahagian besarnya telah diterjemahkan ke dalam
pelbagai bahasa.
Internet merupakan senjata bermata dua, satu
pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan;
dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan
menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara
bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara
keduannya. Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan
bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan,
mudah dicapai, dilayari dan bersifat interaktif yang menjadikan
ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi
bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan
mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia
dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya
kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam. Benarlah
seperti firman Allah taala yang bermaksud:
Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas
kedatangan rasul-rasul.(an Nisa’ 165)
Dan firman maksudnya:
“Dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya
kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi
keatas kamu.”(al Baqarah 143).
Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa
internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan
merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian
ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan
seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak
diterima akal dan sukar digambarkan.Satu kajian yang
disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan
laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998
dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah
satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah
dihantar sebanyak lebih satu bilion kali.
Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan
bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet
mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters
berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya
bencana ini: "biasanya pelayaran internet bermula dengan
cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan
disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya". Semua
itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang
internet, melayarinya dan berintraksi dengannya.Sesaorang
yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan
betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum
memasukinya.Mereka yang melayari internet sebagai alat
untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret ke
pada kamatianya dalam keadaan ia tidak
menyedarinya.Kemudian duduk dihadapan internet dalam
tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup
seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan
untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Inilah
kerugian yang nyata.Disamping ia juga akan menyebabkan
kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.
Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas
dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah
bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap
suasana, urusan, kondisi dan setiap masa.
Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-
pinjam atau direka-reka… kerana itu, ia bukan datang dan pergi
sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa
kurang atau surut. Merialisasikan kebersamaan ini seseorang
perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya.
Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk
menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan,
mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat.
Kemudian dengan memelihara keberterusan "muraqabah" dan
"muhasabah" serta mengekang nafsu dengan keazaman dan
dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi
dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini. Seperti
yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w
secara khusus mengenai zaman tersebut di mana orang yang
siuman menjadi bingun, perkara makruf menjadi mungkar dan
mungkar menjadi makruf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w
yang bermaksud:
“Apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti
potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap,
dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh
badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada
waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada
waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan
agama mereka dengan habuan dunia.”
(hadis riwayat Ahmad)
Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita
kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur
dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa
dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita
berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan
mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami,
ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan
pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan
dan amal soleh.