Anda di halaman 1dari 5

2.0 Merealisasikan Hasrat Falsafah Pendidikan Negara Berdasarkan Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhan.

Pembangunan dan pembentukan insan yang sempurna perlulah bermulanya dari pendidikan awal yang diterima sejak dari kecil. Demi melahirkan insan yang menyeluruh dan seimbang serta berkorban ke arah mewujudkan perpaduan kaum dengan mengamalkan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat- menghormati adalah menjadi matlamat penting bagi pembangunan sesebuah negara. Pendidikan mampu membina serta menghidupkan kesedaran insan tentang hakikat ketuhanan dan kesediaan untuk mematuhinya. Keyakinan ini akan menguatkan kepercayaan bahawa hukum- hukum alam adalah hukum- hukum tuhan. Bak kata pepatah: Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas buruk Pendedahan awal pendidikan memainkan peranan yang penting bagi setiap kanak- kanak. Pendidikan Prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Komponen Kerohanian dan Moral amat penting bagi pemupukan nilai Islam dan nilai murni masyarakat berbilang kaum bagi melahirkan rakyat Malaysia yang percaya kepada Tuhan, berperibadian mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Komponen Kerohanian dan Moral mengandungi Pendidikan Islam untuk murid Islam dan Pendidikan Moral untuk murid bukan Islam. Pendidikan Islam member fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan kepada Al- Quran dan Al- Sunnah. Manakala Pendidikan Moral memberi fokus kepada penyampaian ilmu untuk menjadikan seseorang insan berakhlak mulia dan bermoral tinggi. (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2007)

Dalam kurikulum Pendidikan Islam prasekolah perlu merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan ketatanegaraan. Oleh itu, guru haruslah menyediakan sudut dalam prasekolah yang berkaitan dengan tumpuan khusus kurikulum dalam Pendidikan Islam. Guru prasekolah haruslah merancang aktiviti ataupun kurikulum yang sesuai bagi tahap murid prasekolah supaya tidak mengabaikan mana- mana khusus kurikulum yang penting bagi murid. Guru prasekolah haruslah berkolaborasi dengan ustazah untuk menetapkan kurikulum yang perlu bagi tahap murid prasekolah. Tumpuan khusus kurikulum adalah kepada pembentukan akidah dan bimbingan asas Fardhu Ain, pemupukan amalan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah yang dituntut oleh syariah Islam, penyuburan adab dan akhlak Islamiah ke dalam diri murid, berteraskan kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh yang terbaik, pengenalan kepada asas bahasa Al- Quran dan surah- surah pendek dari Juzu Amma dan pengenalan kepada tulisan jawi. Guru haruslah merancangkan aktiviti seperti aktiviti bercerita, tunjuk cara, latihan amali, nyanyian lagu dan nasyid, permainan, lakonan, penjelajahan, pemerhatian alam sekitar dan melihat kegiatan manusia. Tambahan pula, semasa penyampaian kandungan kurikulum Pendidikan Islam haruslah disepadukan dan diseimbangkan dengan lima komponen kurikulum

prasekolah yang lain semasa PDP. Guru haruslah menggunakan pelbagai teknik mengajar supaya tidak membosankan murid prasekolah dan menjadikan penyampaian tersebut berkesan serta mampu menanam asas keimanan dan membentuk murid agar mempunyai cita- cita yang tinggi, daya tahan, semangat berjuang, gigih berusaha dan mampu mempertingkatkan harga diri dan menyumbang kepada asas kemajuan masyarakat, bangsa dan negara. Objektif kurikulum Pendidikan Islam ialah

membolehkan murid menyatakan asas- asas keimanan dan keislaman, mengamalkan ibadah yang bersesuaian dengan peringkat umur, mengenali sirah dan peribadi Rasullullah S.A.W dan berusaha mencontohnya, mengenali Al- Quran bagi bahasa dan hurufnya dan menghafaz dengan makna beberapa surah pendek dan doa harian. Guru boleh mengajar doa- doa sebelum makan dan selepas makan dalam kurikulum. Kanakkanak dapat menghargai segala yang ada, tidak membazir dan menggunakan dengan baik.

Melalui ilmu, kemahiran dan amalan yang disalurkan, kurikulum Pendidikan Islam dapat menyumbang ke arah melalhirkan murid Islam yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, bertaqwa dan beramal soleh. Di samping murid prasekolah dapat mengamalkan nilai- nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam. Selain daripada itu, guru juga digalakkan untuk mengadakan lawatan ke persekitaran sekolah, kebun bunga, tempat bersejarah dan juga mengadakan perkelahan di

kawasan pemandangan semula jadi. Dengan cara ini, mereka dapat menikmati keindahan alam serta mengenali tanda- tanda yang menunjukkan kekuasaan dan kebesaran Tuhan dan menjadikan pendidikan agama sebagai amalan dan perlakuan. Manakala bagi Pendidikan Moral pula, guru prasekolah haruslah menekankan aspek pemupukan dan perkembangan nilai serta asas ketatanegaraan agar murid murid dapat mengamal dan menghayati nilai- nilai murni yang terdapat dalam masyarakat majmuk secara bersepadu. Melalui kurikulum Pendidika Moral ini, murid dapat dipupuk dengan nilai- nilai yang berkaitan dengan perkembangan diri, keluarga, masyarakat, alam sekitar dan negara. Murid dapat mengetahui dengan jelas tentang kewajiban diri sendiri sebagai anak, pelajar mahupun seorang insan yang berguna. Guru haruslah merancangkan aktiviti yang berfaedah dan berkesan supaya murid dapat mengamalkan nilai- nilai murni dalam kehidupan seharian. Aktiviti seperti aktiviti bercerita, main peranan, permainan, pemerhatian dan latihan amali. Nilai- nilai yang dipupuk dalam diri murid- murid hendaklah dikaitkan dengan isu- isu semasa dan sesuai dengan peringkat umur mereka. Pendidikan Moral perlu disepadukan dengan semua komponen dan diterapkan dalam pelbagai aktiviti pembelajaran. Melalui aktiviti yang dijalankan akan mencapai objektif kurikulum Pendidikan Moral iaitu membolehkan murid memahami dan menyatakan nilainilai murni masyarakat Malaysia,

mengamalkan tabiat dan perlakuan yang bermoral dalam kehidupan seharian dan menyatakan sebab sesuatu keputusan dan tindakan dibuat. Guru haruslah bertindak secara adil semasa membentuk tingkah laku murid. Guru perlulah memuji murid yang bertingkah laku baik, manakala bagi murid yang buat salah pula dinasihat ataupun didenda oleh guru supaya murid prasekolah dapat mengetahui dengan jelas mana perlakuan yang baik perlu diamalkan dan perlakuan yang buruk perlu diabaikan. Dalam

kurikulum Pendidikan Moral, guru boleh menerapkan nilai murni dalam San Zi Jing dan Di Zi Gui kepada murid prasekolah.

Kedua- dua buku ini telah menerapkan nilai- nilai murni yang haruslah diamalkan oleh seorang insan supaya dapat membentuk satu masyarakat yang sejahtera dan harmoni Selain itu, guru juga boleh mengadakan program Famine 30. Melalui aktiviti Famine 30, kanak- kanak mendapat ikhtibar daripada kesusahan kehidupan serta menghargai sumber alam yang diciptaNya. Murid dapat mengalami situasi melalui aktiviti bermain. Murid dapat mensimulasi situasi seperti di negara miskin dan menerapkan nilai murni dalam aktiviti yang dijalankan. Di samping itu, guru juga boleh mengadakan lawatan ke rumah yatim piatu, rumah orang tua dan rumah kurang upaya. Kanak- kanak boleh mempelajari cara menghiburkan orang tua, menghormati orang tua, menimbulkan rasa prihatin kepada golongan yang kurang berupaya. Secara tidak langsung murid dapat menghormati setiap insan dan percaya akan setiap insan merupakan individu yang istimewa dicipta oleh Tuhan. Kesimpulannya, demi memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan seimbang, berakhlak mulia, bermoral, berperibadi mulia dan berupaya mencapai kesejahteraan diri seseorang itu mestilah mempunyai kekuatan sifat kerohanian dan nilai- nilai murni. Pendidikan Islam dan Moral perlu disepadukan di atas satu matlamat

yang sama iaitu membangunkan kepercayaan kepada tuhan asas pembentukan akhlak yang mulia.