Anda di halaman 1dari 3

ENGINEERING DEPARTMENT

Modul Latihan: Jenis-jenis Gear

1) Gear
Gear berfungsi untuk melakukan pemindahan pergerakan mekanikal, samada dari segi kelajuan, arah
putaran atau arah pergerakkan. Disamping itu, pengunaan konsep gear mampu untuk mengurangkan
pengunaan tenaga input.

1.1) Gear Spur, Helical dan Herringbone


Paksi gigi gear
a) Gear Spur
• Gigi gear selari dengan paksi gear.
• Gear jenis ini lebih mudah dan murah untuk dihasilkan. Paksi gear

Gear Spur

b) Gear Helical
• Gigi gear mempunyai sudut helix dengan paksi gear.
• Lebih mahal dari Gear Spur.
• Pergerakkan Gear Helical lebih senyap dan lancar berbanding Gear Spur.

Gear Helical Paksi Selari Gear Herringbone

Gear Helical Paksi Bersilang


ENGINEERING DEPARTMENT

c) Gear Herringbone
• Hasil dari gabungan 2 Gear Helical yang bertentangan arah kiri dan kanan pada shaft yang sama.
• Kelebihan gear ini berbanding helical adalah, ia dapat membatalkan daya tujahan pada paksi gear
yang terhasil pada Gear Helical.
• Gear jenis ini lebih mahal dari Gear Helical.
• Hanya digunakan untuk pengunaan kuasa yang besar seperti ship drive.
d) Kecekapan Gear
Kecekapan bermaksud kemampuan sesuatu sistem untk menghasilkan output pada nilai input yang
terendah. Kecekapan juga dipanggil sebagai efficiency.
Kecekapan = Output/Input

 Kecekapan untuk Gear Spur adalah diantara 98 ~ 99%.


 Kecekapan untuk Gear Helical lebih kecil dari Gear Spur. Ini kerana geseran sepanjang
sudut helix dan daya tujahan yang terhasil pada paksi gear.
 Kecekapan Gear Helical Selari diantara 96 ~ 98%.
 Kecekapan Gear Helical Bersilang diantara 50 ~ 90%.

1.2) Worm dan Worm Gear


Gear jenis ini adalah hasil dari pengubahsuaian sudut helix pada Gear Helical. Penggunaan gear
jenis ini dapat mengelakkan sistem daripada berlakunya backdrive. Disamping itu, gear ini dapat
beroperasi pada beban yang tinggi. Kecekapan gear ini dalam lingkungan 40 ~ 85%.
Nisbah Set Gear
= 1/Jumlah gigi
Worm Gear worm gear

Worm
Worm & Worm Gear

1.3) Rack dan Pinion


Kebanyakkan aplikasi yang mengunakan sistem ini adalah untuk menukarkan mekanisma
pergerakkan putaran kepada pergerakkan garis lurus. Sistem ini boleh berlaku backdrive, jadi ia
memerlukan brake jika ia digunakan untuk memegang beban.

Rack dan Pinion


ENGINEERING DEPARTMENT

1.4) Gear Bevel


Kelebihan Gear Bevel adalah ia mampu untuk membuat pemdahan pergerakkan pada pelbagai
sudut bergantung kepada dimension Gear Bevel. Terdapat 2 jenis bevel gear iaitu;
i) Gear Bevel
ii) Gear Bevel Spiral

Kelebihan dan kekurangan pada Gear Bevel dan gear Bevel Spiral adalah serupa seperti
kelebihan dan kekurangan pada Gear Spur dan Helical.

Gear Bevel Gear Bevel Spiral

Cara Penyusunan Gear Bevel