Anda di halaman 1dari 10

Bab5: Kegemilangan Melaka

SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Kegemilangan Melaka

Pentadbiran yang sistematik Sultan Melaka telah memperkenalkan sistem pentadbiran yang teratur dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem Pembesar Empat Lipatan ialah kumpulan pembesar yang menjadi pegawai pentadbir. Dalam system ini, Sultan mengetuai teraju pemerintahan. Baginda dibantu oleh empat pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat. Pembesar Berempat dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua. Setiap mempunyai tugas dan tangungjawab yang perlu dilaksanakan.

Pembesar berempat

Pembesar berlapan

Pembesar enam belas

Pembesar tiga puluh dua

Temenggung Bendahara. Penasihat Sultan dalam bidang pentadbiran. Menteri Utama Ketua turus angkatan perang Ketua Hakim Pemangku Sultan ketika Sultan tiada atau gering Ketua Polis dan Penjara Peguasa Bandar dan Kota Melaka Ketua Protokol Istana Hakim di Darat

Peranan Pembesar Berempat dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan.

Laksamana Ketua angkatan laut Pengawal Peribadi Sultan Ketua duta dan mengetuai utusan 14

Rosle Bin Yasin

Penghulu Bendahari Pemungut Hasil dan ufti Ketua kepada segala bendahari Ketua Urusetia istana Ketua segala Syahbandar

Bab5: Kegemilangan Melaka

SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Tanggungjawab Pembesar

Pembesar bertanggungjawab menegak dan mempertahankan kedaulatan Sultan dan kerajaan. Sokongan pembesar sangat penting membina kerajaan yang kuat dan maju. Sultan memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir wilayah, sungai dan pulau.

PEMBESAR Bendahara Penghulu Bendahari Laksamana Hulubalang

KAWASAN PEGANGAN Muar dan Bentan Sening Ujung dan Kampar Temasik Sungai Raya dan Siantan

Kawasan Pegangan Kawasan pentadbiran pembesar dikenali sebagai kawasan pegangan. Kawasan pegangan berada di bawah kuasa Pembesar Berempat.

Kawasan Pemakanan Sultan melantik pembesar di kawasan jajahan dan daerah untuk memungut cukai. Kawasan memungut cukai dikenali sebagai kawasan pemakanan. Sistem pentadbiran Melaka diwarisi oleh kerajaan Melayu lain di Semenanjung Tanah Melayu.

Rosle Bin Yasin

15

Bab5: Kegemilangan Melaka

SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Pusat Perdagangan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa pada pertengahan kurun ke-15. Kegemilangan Melaka dalam bidang perdagangan digambarkan dalam buku Sejarah Melayu sebagai Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka; terlalu ramai Bandar Melaka pada zaman itu.

Peranan Laksamana dan Orang Laut Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca Bahasa Melayu menjadi Lingua Franca (bahasa perantaraan) dalam urusan perdagangan. Pedagang asing mengunakan bahasa Melayu apabila berurusan dengan pegawai dan pedagang di Melaka. Laksamana bertanggungjawab menjaga keselamatan perairan Selat Melaka. Tugas mengawal Selat Melaka dilakukan oleh orang Laut. Keberanian orang Laut menjamin keamanan dan keselamatan perairan Selat Melaka.

Peranan Syahbandar Kecekapan dan kebijaksanaan Syahbandar melaksanakan tugas telah melicinkan urusan perdagangan. Peranan Syahbandar

Keberkesanan undang-undang Laut Melaka Undang-undang laut bertujuan memastikan perdagangan berjalan lancar dan adil. Undang-undang laut mengandungi peraturan dan tatatertib berniaga, hokum jenayah di kapal, cara berjual beli, larangan dan tanggungjawab anak kapal, kiwi dan nakhoda.

Kemudahan di Pelabuhan Kerajaan Melaka menyediakan gudang untuk menyimpan barang serta menyediakan tempat tinggal kepada pedagang sementara menanti pertukaran angin monsun. Terdapat kapal, perahu, jong, lancar, gajah dan pekerja untuk mengangkut barangan ke gudang. Melaka juga menyediakan kemudahan bekalan makanan dan minuman. 16

i. menguruskan pasar dan gudang ii. menjaga kebajikan dan keselamatan pedagang iii. memeriksa alat timbang dan sukat serta mata wang iv. menjadi hakim di pelabuhan v. peraturan keluar masuk Rosle Binmenguatkuasakan Yasin kapal vi. menguruskan cukai.

Bab5: Kegemilangan Melaka

SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Pelabuhan Entrepot Sistem Cukai dan Surat Kebenaran Berniaga Melaka mengenakan cukai yang berpatutan kepada pedagang. Pedagang perlu membayar Panduan sebelum berjual beli. Sistem cukai berkeutamaan berbeza mengikut tempat asal pedagang:i. ii. iii. Pedagang dari Barat dikenakan cukai sebanyak 6 peratus. Pedagang yang menetap di Melaka dikenakan cukai 3 peratus. Pedagang dari Jepun dan China tidak dikenakan cukai, hanya dikehendaki memberi persembahan atau hadiah. Pelabuhan Melaka merupakan pusat pengumpulan barangan dari Kepulauan Melayu dan pengedaran barangan dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu. Pelabuhan Melaka berbeza dengan pelabuhan lain kerana pelabuhan lain hanya memperdagangkan hasil tempatan.

Penggunaan Sistem Mata Wang Mata wang logam diperbuat daripada timah dipanggil calains dan wang emas tempatan digunakan dalam urusan perdagangan. Wang emas dan perak dari Gujerat, Pedir, Pasai dan Kembayat juga digunakan. Penggunaan mata wang membolehkan urusan perdagangan berjalan lancar dan menggalakkan pedagang untuk berdagang di Melaka.

Pusat Perdagangan

Pedagang perlu mendapatkan surat kebenaran sebelum berniaga di Melaka. Kedudukan Geografi Melaka terletak di tengah-tengah laluan perdagangan di antara Timur dan Barat. Melaka dapat mengawal Selat Melaka yang menjadi laluan kapal dagangan. Pedagang bukan sahaja tinggal di pelabuhan Melaka untuk berdagang, malah untuk mendapatkan bekalan makanan. Muara sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal mudah berlabuh untuk menurunkan barangan dagangan dan mendapatkan barang keperluan. Banjaran Titiwangsa dan Pulau Sumatera menghalang tiupan angin monsun dan membolehkan kapal berlabuh dengan selamat. Para pedagang datang dan pulang mengikut tiupan angina angin monsun. Bentuk muka bumi Melaka yang berbukit bukau menjadi panduan kepada pedagang untuk belayar. Bukit bukau juga menjadi tempat strategic untuk memerhati dan mengawasi keselamatan Melaka.

Rosle Bin Yasin

17

Bab5: Kegemilangan Melaka

SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Kematangan Hubungan Luar

Hubungan Serantau

Hubungan Antarabangsa

Hubungan diplomatik Melaka dengan Pasai terjalin apabila Raja Melaka, Megat Iskandar berkahwin dengan Puteri Raja Pasai. Hubungan Melaka dengan Pasai juga berbentuk pertukaran pendapat tentang agama Islam. Kedudukan kerajaan Melaka dengan Pasai dianggap sama taraf. Kerajaan Melaka pernah membantu Pasai menamatkan huru hara dengan menghantar tentera dan pembesarnya ke Pasai. Jawa membekalkan beras, bahan makanan dan rempah ke Melaka. Hubungan Melaka dengan Kampar dan Siak terjalin apabila Melaka menakluki kedua-dua wilayah tersebut Kampar dan Siak menghantar ufti kepada Melaka dalam bentuk barangan atau wang. Kampar dan Siak menggunakan istilah sembah apabila berutus surat ke Melaka.

Hubungan Melaka dengan China bermula apabila laksamana Yin Ching datang melawat Melaka pada tahun 1404. Hubungan Melaka dengan China menguntungkan kerana Melaka mendapat pengiktirafan China. Hubungan Melaka dengan Siam bermula apabila Melaka menghantar utusan diplomatik Tun Telanai dan Menteri Jana Putra ke Siam. Hubungan Melaka dengan Ryukyu (Jepun) terjalin dalam bentuk hubungan diplomati dan perdagangan. Sultan Mansor Syah pernah menghantar surat kepada Raja Ryukyu tentang rakyatnya yang melanggar undang-undang Melaka. Hubungan Melaka dengan Gujerat berbentuk hubungan perdagangan. Pedagang Arab yang berdagang di Melaka membeli emas dan rempah dari Kepulauan Melayu serta kain sutera dan teh dari China.

Rosle Bin Yasin

18

Bab5: Kegemilangan Melaka

SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Pusat Pengembangan Agama Islam

Pengenalan Kerajaan awal yang menerima Islam di Tanah Melayu ialah Kedah dan Terengganu. Penemuan batu nisan di Tanjung Inggeris, Kedah, membuktikan Kedah menerima Islam sekitar abad kesembilan. Penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu membuktikan Islam sudah bertapak sekitar abad ketiga belas.

Kedatangan Agama Islam ke Melaka Islam disebarkan ke Melaka melalui perkahwinan Sultan Melaka dengan Puteri Raja Pasai. Berdasarkan Hikayat RajaRaja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka. Pedagang Islam dari Arab dan India juga bertanggungjawab menyebarkan ajaran Islam di Melaka. Mereka menjalankan kegiatan dakwah dan ada yang berkahwin dengan penduduk tempatan. Perkembangan Islam dikaitkan dengan sifat toleransi agama Islam yang meliputi semua Rosle Bin Yasin aspek kehidupan.

Keunggulan Melaka sebagai Pusat Penyebaran Islam. Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian agama Islam serta tempat pertemuan alim ulama dan pendakwah dari pelbagai tempat seperti Arab dan Pasai. Pendakwah menjalankan kegiatan dakwah dan pemerintah Melaka menyediakan tempat tinggal kepada pendakwah. Raja Melaka menyambut kedatangan baik agama Islam dengan memeluk agama Islam kemudian diikuti oleh pembesar dan rakyat. Sultan Melaka menghantar Tun Bija Wangsa ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama. Sultan Muzafar Shah telah mewujudkan beberapa institusi untuk mempelajari agama seperti masjid, madrasah dan surau. Melaka terkenal sebagai pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli tasawuf Melaka yang terkenal ialah Abdul Karim al-Jili. Istana Melaka juga menjadi tempat menterjemah, menyadur dan menyimpan kitab-kitab agama Islam. Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti musyawarah dalam urusan pentadbiran.

Kegigihan Melaka Menyebarkan Agama Islam ke Asia Tenggara Penyebaran Islam di Asia Tenggara dilakukan melalui perdagangan, tentera upahan, penaklukan, peranan ahli agama, perkahwinan dan peranan pemerintah Melaka. Ramai pedagang asing yang berdagang di Melaka memeluk agama Islam, kemudian menyebarkan Islam di tempat asal mereka. Tentera upahan dari Jawa yang memeluk Islam kemudian menyebarkannya apabila pulang ke tempat asal mereka. Kebanyak Raja di negeri taklukan akan memeluk agama Islam bagi menjamin keselamatan negeri dan menunjukkan taat setia kepada Raja Melaka. Mubaligh, Ulama dan ahli sufi telah menyebarkan agama Islam sehingga ke Pulau Jawa, Kalimantan dan beberapa bahagian di Filipina. Melalui perkahwinan politik, putera dan puteri Melaka berkahwin dengan putera atau puteri raja kerajaan lain. Contoh puteri Sultan Mansor Shah berkahwin dengan putera Raja Siak menyebabkan secara tidak langsung Islam tersebar ke Siak. Pemerintah Melaka telah menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari Pahang, Kampar 19 dan Inderagiri dalam hal ehwal agama.

Bab5: Kegemilangan Melaka

SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Sambungkan di atas

Sinar Islam di Melaka Institusi Kesultanan telah menggantikan system beraja dan gelaran raja telah ditukar kepada Sultan. Ulama memainkan peranan penting menasihati raja dalam pemerintahan supaya memerintah dengan adil dan saksama. Undang-undang Syariah (Fikah), mempengaruhi Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Pengajian al-Quran menjadi asas system pendidikan di Melaka. Tulisan jawi diperkenalkan, manakala bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dan lingua franca. Agama Islam mempengaruhi budaya hidup masyarakat Melaka dalam pelbagai seperti bidang kesenian contoh corak pada ukiran di kubah masjid, mimbar, mihrab, menara azan, tempat berwuduk, madrasah, batu nesan dan lain-lain lagi. Amalan masyarakat Melayu turut berubah seperti upacara khatam Quran, majlis kesyukuran dan kenduri arwah.

Rosle Bin Yasin

20

Bab5: Kegemilangan Melaka

SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Peranan Istana sebagai Pusat Kegiatan Intelektual


1. Istana menjadi tempat berkumpul golongan Peranan Istana sebagai Pusat Kegiatan Intelektual cerdik pandai yang terdiri daripada jurutulis, Istana menjadi tempat berkumpul golongan cerdik pandai yang terdiri daripada pengarang, dan ulama. jurutulis, pengarang, dan ulama.

Jurutulis Mengarang surat rasmi raja, menggubal perjanjian dan menjadi guru kepada anak-anak raja.

Pengarang Mengarang sejarah, menghasilkan pelbagai jenis kesusasteraan, menyusun salasilah raja dan mencatat diari istana.

Ulama Menulis dan menterjemah kisah agama Islam.

Cerdik pandai Melaka sudah dapat menguasai bahasa asing. Mereka telah menterjemah dan menyadur karya sastera dari Arab dan Parsi. Karya sastera terjemahan seperti Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan Hikayat Iskandar Zulkarnain. Karya saduran seperti Hikayat Bulan Belah, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Bahktiar, Hikayat Nabi Wafat dan Hikayat Nabi yusof. Mereka juga telah menghasilkan hikayat Melayu seperti Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Bayan Budiman. Istana menjadi tempat menyimpan buku penulis tempatan dan asing yang menjadi khazanah kerajaan. Istana juga menjadi tempat perbincangan dan perdebatan alim ulama. Contohnya mereka telah membahaskan kitab Darul Manzum yang berkait dengan aspek ketuhanan. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa persuratan dan perantaraan dalam kegiatan dakwah.

Rosle Bin Yasin

21

Bab5: Kegemilangan Melaka

SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Perluasan Kuasa

Cara-cara Perluasan Kuasa

Penaklukan Untuk menjamin keselamatan, kemakmuran dan keutuhan kerajaan, Melaka telah menakluki beberapa buah kerajaan seperti Kampar dan Pahang.

Bernaung Terdapat pemerintah yang bernaung di bawah keajaan Melaka seperti Jambi dan Lingga. Melaka turut memberi bantuan kepada kerajaan lain yang menghadapi huru hara seperti di Pasai.

Perkahwinan Perluasan kuasa juga dilakukan dengan cara perkahwinan putera dan puteri raja Melaka dengan negeri lain seperti Pahang, Kelantan dan Siak.

Kebijaksanaan Pemimpin Semasa Sultan Muzaffar Shah, baginda telah berjaya menakluk Pahang, Inderagiri dan dan Kampar. Sultan Muzaffar Shah bertindak bijak menghantar Tun Perak menghadapi ancaman Siam, dan menjalinkan hubungan dengan China. Sultan Muzaffar berjaya menyelesaikan pertikaian antara orang Melayu dengan India Muslim. Sultan Mansor Shah berjaya menguasai Bernam dan Perak. Sultan Alauddin Riaayat Shah merupakan pemimpin yang alim, gagah, mementingkan keamanan dan keselamatan dalam negeri berjaya menawan Aru. Bendahara Tun Perak merupakan pembesar yang berwibawa dan cekap berjaya menghalang serangan Siam ke atas Melaka. Bendahara Tun Perak juga sangat setia terhadap Sultan dan tidak menderhaka walaupun anaknya Tun Besar dibunuh oleh putera Sultan Mansor Shah, Raja Muhammad. Tun Perak Berkata Adat hamba Melayu tidak pernah derhaka, tetapi akan kita bertuankan seorang ini, janganlah (Sejarah Melayu) Perluasan kuasa memberi kesan kepada Melaka kerana menerima ufti sama ada dalam bentuk wang, barangan atau ketenteraan. Dasar perluasan kuasa juga membolehkan Melaka mengembangkan ajaran Islam ke kawasan yang dikuasainya.

Rosle Bin Yasin

22

Bab5: Kegemilangan Melaka

SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Rosle Bin Yasin

23