Anda di halaman 1dari 2

Bab6: Kemerosotam Melaka

SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Kemerosotan Melaka

Pengenalan 1. 2. Melaka diasaskan oleh Parameswara dan mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah. Zaman Kesultanan Melayu Melaka telah mengalami kemerosotan semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah.

Faktor Kemerosotan Melaka

Kelemahan Kepemimpinan Selepas Bendahara Tun Perak meninggal dunia, tempatnya digantikan oleh Bendahara Tun Mutahir. Sikap pilih kasih Tun Mutahir telah menimbulkan rasa iri hati pembesar. Beliau difitnah cuba mengatasi kekayaan Sultan Melaka. Sultan Mahmud murka dan tanpa usul periksa telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Tun Mutahir dan ahli keluarganya. Setelah menyedari kesilapannya, Sultan Mahmud menyerahkan pemerintahan negeri kepada puteranya Sultan Ahmad yang tidak cekap dan lemah. Bendahara Tun Perpatih Putih yang menggantikan Tun Mutahir pula telah uzur dan tepok. Pentadbiran Melaka menjadi semakin lemah tiada kepimpinan yang berwibawa dan amalan rasuah serta fitnah memfitnah. Sistem cukai yang sedia ada tidak digunakan dan kadar cukai yang tinggi menyebabkan pedagang memilih pelabuhan lain seperti Acheh, Bantam, Patani dan Brunei untuk berniaga.

Masalah Perpaduan Perlantikan Bendahara Tun Mutahir telah menyebabkan timbul persaingan antara orang Melayu dengan orang India-Muslim. Contohnya konflik perebutan pengaruh antara laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir dan peristiwa Raja Mendeliar yang memfitnah Tun Mutahir cuba mengatasi kekayaan Sultan. Ini menyebabkan rakyat Melaka berpecah belah dan tidak bersatu padu sehingga menjejaskan keutuhan kerajaan serta kegiatan perdagangan.

Kelemahan Askar Melaka Semasa menghadapi tentera Portugis tentera Melaka menggunakan senjata tradisional. Walaupun tentera Melaka mempunyai senapang dan meriam, tetapi tidak dapat menandingi senjata yang digunakan oleh Portugis. Askar Portugis mendapat latihan dan sokongan daripada pangkalan tentera mereka di Goa. Askar upahan Melaka pula telah melarikan diri apabila diserang oleh Portugis menyebabkan pertahanan Melaka lemah dan Portugis dapat menawan Melaka.

Rosle Bin Yasin

Bab6: Kemerosotam Melaka

SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Kedatangan Portugis dikaitkan dengan penemuan jalan laut oleh Bartholomew Diaz yang sampai di Tanjung Pengharapan pada tahun 1488. Kedatangan Portugis

Putera Henry telah memberi galakan dan mendorong rakyatnya menjelajah ke Timur. Vasco da Gama sampai di India pada tahun 1498 dan Lopez de Sequeira tiba di Melaka pada tahun 1509.

Portugis berhasrat menguasai Selat Melaka yang menjadi jalan perdagangan utama dan memonopoli hasil rempah.

Orang Portugis ingin meneruskan Perang Salib dan ingin menghancurkan kerajaan Islam di Timur di samping pada masa yang sama ingin menyebarkan agama Kristian.

Portugis Menguasai Melaka

Pada tahun 1509, Lopez de Sequeira tiba di Melaka bersama angkatan lautnya untuk menjalinkan hubungan di antara Portugis dengan Melaka. Kedatangan mereka pada awalnya disambut baik oleh Sultan Mahmud dan dibenarkan berniaga di Melaka dengan memberi jaminan keselamatan.

Sultan Mahmud dan anakandanya, Sultan Ahmad Shah telah berundur ke Muar, Pahang dan seterusnya ke Bentan Kesimpulan Usaha mempertahankan Melaka oleh Sultan Mahmud dan anaknya wajar disanjung. Kita perlu mengambil iktibar daripda kejatuhan Melaka di tangan Portugis supaya peristiwa pahit tidak akan berulang lagi. Tuntutan Portugis ditolak oleh Sultan Mahmud. Portugis melancarkan serangan dan pada 24 Ogos 1511 berjaya menguasai Melaka apabila Si Kitol memberi maklumat tentang kekuatan pertahanan Melaka.

Pedagang Islam dari Jawa dan Gujerat memaklumkan kepada Bendahara Tun Mutahir bahawa kedatangan Portugis untuk menguasai perdagangan dan menentang agama Islam. Pegawai kanan Portugis Ruy de Araujo dan orang-orang Portugis telah ditangkap. Lopez de Sequeira dan beberapa orang pengikutnya telah berjaya melarikan diri ke Goa.

Pada tahun 1510, Alfonso de Albuquerque dihantar untuk menyerang Melaka. Beliau menuntut supaya tawanan dibebaskan, bayaran ganti rugi dan dibenar mendirikan kubu di Melaka.

Rosle Bin Yasin

Anda mungkin juga menyukai