Anda di halaman 1dari 4

Bab 10: Sarawak

SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Sarawak

Pengenalan Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia Keunikan Sarawak dapat dilihat dari segi latar belakang sejarah, keadaan masyarakat, kegiatan sosiobudaya dan ekonominya.

Latar Belakang Sejarah Sarawak Nama Sarawak berasal daripada nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak yang meliputi kawasan di sekitar Kuching hingga ke seluruh Sarawak. Penemuan beberapa peninggalan sejarah di Gua Niah seperti tembikar, alat pekakas seperti kapak, pisau yang diperbuat daripada batu serta lukisan yang diconteng pada dinding gua menjadi bukti kewujudan manusia di Sarawak bermula kirakira 40,000 tahun dahulu.

Pertalian Sarawak dengan Kesultanan Brunei dan Sulu Sarawak ditadbir oleh Kesultanan Brunei sejak abad ke-15 dengan membahagikan Sarawak kepada beberapa unit jajahan. Setiap jajahan ditadbir oleh pembesar yang diberi kuasa autonomi, contohnya Sungai Skrang ditadbir oleh Syarif Sahap, manakala Sungai Sarawak ditadbir oleh Pangeran Mahkota.

Masyarakat Sarawak Terdapat 27 kumpulan etnik di Sarawak yang mempunyai bahasa, cara hidup dan budaya yang berbeza. Corak penempatan dan taburan penduduk berselerak di Sarawak menyebabkan mereka tidak banyak berhubung dengan orang luar. Keadaan ini mendorong setiap kelompok etnik membentuk identiti kebudayaan masing-masing mengikut persekiran mereka. Orang Melayu dan orang Melanau tinggal di kawasan persisiran pantai. Orang Iban, Bidayuh dan Kenyah tinggal di kawasan Lembah Sungai. Orang Kelabit, Penan dan Murut tinggal di kawasan pedalaman.

Rosle Bin Yasin

44

Bab 10: Sarawak

SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Pendidikan Pendidikan tidak formal diperoleh melalui cerita lisan dan kepercayaan turun temurun seperti cara berburu dan memungut hasil hutan. Pendidikan formal dijalankan di masjid dan sekolah agama, mempelajari agama Islam seperti membaca al-Quran dan menulis jawi. Pendidikan berkaitan Islam seperti melaksanakan ibadat diajar oleh guru al-Quran, imam dan lebai.

Kegiatan Sosiobudaya.

Kebudayaan Orang merayakan perayaan kaul untuk menjamu Ipok yang mengawal laut supaya memperoleh tangkapan yang memuaskan. Orang Iban merayakan Perayaan Gawai (Pesta Menuai) dan menarikan Tarian Ngajat sebagai tanda kesyukuran dalam pesta menuai. Orang Melayu Sarawak mengamalkan tradisi yang dinamakan bergendang, kaum lelaki menari manakala kaum perempuan bermain gendang sambil menyanyi dan berpantun.

Peraturan dan Adat Resam Masyarakat yang beragama Islam mengamalkan cara hidup berasaskan Islam. Masyarakat bukan Islam pula mengamalkan cara hidup yang telah diwarisi sejak turun temurun daripada nenek moyang mereka. Tuai rumah ialah orang yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan di kawasannya. Tuai rumah bertanggungjawab menyelesaikan masalah perkahwinan, perceraian, peraturan dan perayaan. Dua upacara penting yang ditentukan oleh Tuai rumah ialah menetapkan tarikh Hari Gawai dan perayaan Beranyi Orang Iban mempunyai tradisi menyimpan pasu, gong dan tempayan yang dipanggil tajau. Orang Kayan, Kelabit dan Kenyah menindik telinga dan menggantungkan gelang timah atau tembaga di cuping telinga hingga menjadi lanjut. Menindik telinga menggambarkan kecantikan, anting-anting yang digunakan melambangkan status dan diwarisi secara turun temurun. Orang Melayu Sarawak mengamalkan adat resam berasaskan agama Islam.

Agama dan Kepercayaan Orang Iban, Murut, Kelabit, Kenyah, Kayan dan Bisaya mengamalkan kepercayaan animisme. Menurut kepercayaan ini semua benda seperti gunung, bukit, busut, pokok kayu, sungai dan hutan mempunyai semangat dan roh. Masyarakat Melanau yang bukan beragama Islam mempercayai makhluk ghaib yang dipanggil Ipok. Orang Penan dikenali sebagai Penan Nomad kerana hidup berpindah randah dan dilarang tinggal secara menetap. Orang Iban berpegang kepada kepercayaan apabila membuka kawasan petempatan dan mendirikan rumah, kawasan tersebut mestilah disemah terlebih dahulu. Mereka percaya kepada bunyi burung ketupung dan burung beragai menandakan mereka tidak boleh mendirikan rumah di kawasan itu.

Rosle Bin Yasin

45

Bab 10: Sarawak

SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Kegiatan Ekonomi Sarawak merupakan negeri yang mempunyai banyak sumber kekayaan semula jadi. Bagaimanapun, kegiatan ekonomi penduduk Sarawak banyak bergantung kepada bentuk muka bumi, kawasan penempatan suku kaum dan sumber alam.

Perdagangan Sarawak pernah menjalinkan hubungan perdagangan dengan Kerajaan Melayu Melaka. Barangan Sarawak seperti lada hitam, halia, kapur barus, emas, sarang burung, permata dan ikan telah diperdagangkan di pelabuhan Melaka. Sarawak dikunjungi oleh pedagang Cina untuk mendapatkan lada hitam, kapur barus, emas, kayu cendana, sumbu badak dan telur penyu. Kemajuan Sarawak menarik minat pedagang asing dari China, Arab, India dan kepulauan Melayu. Mereka membawa barang-barang seperti tembikar, sutera, barang logam, kain dan barang perhiasan ke Sarawak. Sara Diri Kebanyakan masyarakat Sarawak menjalankan kegiatan ekonomi sara diri. Mereka menyara kehidupan mereka dengan menanam padi huma (padi bukit), menjadi nelayan, memungut hasil hutan dan berniaga secara kecilkecilan. Berburu merupakan kegiatan ekonomi yang paling penting di Sarawak terutama etnik yang tinggal di kawasan pedalaman. Penduduk pedalaman turut memungut hasil hutan seperti jelutung, damar dan rotan, kemudian menukarkan hasil hutan ini dengan barangan keperluan seperti beras dan garam.

Pertanian Kegiatan pertanian yang sangat penting di Sarawak ialah padi huma, padi sawah, lada hitam dan sagu. Orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu menanam padi huma kerana padi huma tidak memerlukan sistem saliran dan boleh ditanam di kawasan yang berbukit bukau. Orang Kelabit menanam padi sawah di kawasan hulu Sungai Baram dan mereka terkenal dengan pengeluaran beras Bario. Orang Melanau menjalankan perusahaan sagu yang diperoleh daripada isi pokok sagu yang dipanggil ripo. Kebanyakan orang Kedayan dan Murut mengusahakan tanaman lada hitam yang merupakan tanaman tradisional terpenting di Sarawak.

Perlombongan Kesimpulan Walaupun rakyat Sarawak terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik tetapi mereka hidup dalam suasana aman dan harmoni. Sarawak juga mempunyai kepelbagaian kebudayaan dan kesenian serta adat resam yang menarik yang perlu dipelihara sebagai menghargai keindahan dan warisan budaya kita. Antimoni dan emas merupakan galian terpenting di Sarawak. Orang Bidayuh terlibat aktif mengusahakan kedua-dua jenis perlombongan ini. Orang Cina di Bau, Paku, dan Bidi menjalankan kegiatan melombong emas.

Rosle Bin Yasin

46

Bab 10: Sarawak

SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Rosle Bin Yasin

47