Anda di halaman 1dari 11

Kedudukan Strategik Mendorong Penguasaan British Pulau Pinang Menjadi Pangkalan SHTI

Pusat Pengumpulan Barang

Pelabuhan Persinggahan

Pangkalan Tentera

Perdagangan teh dengan China menguntungkan SHTI. Sebagai tukaran, China perlukan emas, perak, lada hitam dan bijih timah yang boleh diperoleh di Tanah Melayu. Pulau Pinang sesuai dijadikan pusat pengumpulan.

Pulau Pinang dapat menyediakan bekalan air, makanan dan kemudahan membaiki kapal. Sesuai sebagai tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun.

Persaingan British dengan Perancis di India untuk menguasai perdagangan. Pulau Pinang merupakan tempat strategik untuk dijadikan pangkalan tentera di Kepulauan Melayu untuk mempertahankan India.

Kedaulatan Kedah Tercabar

Perebutan Takhta

Ancaman Bugis

Ancaman Siam

Pergolakan berlaku semasa Sultan Muhammad Jiwa memerintah. Perlantikan Tunku Abdullah sebagai pewaris tidak dipersetujui oleh kerabat diraja Kedah kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara. Kerabat diraja Kedah berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang Sultan Muhammad Jiwa.

Tentera Bugis dipimpin Raja Haji menyerang dan menawan Kuala Kedah dan Alor Setar. Sultan Muhammad Jiwa berundur ke Kangar. Berusaha mendapatkan bantuan Firma Jourdain Sullivan and de Souza untuk menentang Bugis. Francis Light dihantar untuk berunding, firma dibenarkan berniaga di Kuala Kedah.

Berhenti menghantar bunga emas ke Siam semasa Siam berperang dengan Burma. Setelah perang tamat, Sultan Kedah rasa terancam. Sultan menawarkan Pulau Pinang sekiranya SHTI sanggup melindungi Kedah. Francis Light menerima tawaran Sultan Kedah demi kepentingan perdagangan SHTI.

Tipu Helah Francis Light bagi Mendapatkan Pulau Pinang

Perjanjian Inggeris Kedah 1786 Antara Syarat Perjanjian 1. SHTI akan membantu Kedah sekiranya Kedah diserang oleh musuh 2. SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah 3. SHTI akan membayar pampasan sebanyak 30,000 dolar Sepanyol kepada Sultan Kedah. Francis Light telah menggunakan tipu muslihatnya untuk mendapatkan Pulau Pinang daripada Kedah. Pada 11 Ogos 1786, bendera Union Jack dinaikkan. Pulau Pinang dinamakan Prince of Wales Island. Penempatan mereka dinamakan Georgetown. Pendudukan ini menandakan bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu.

SHTI mungkir Janji

1. SHTI tidak memberi bantuan ketenteraan kepada Kedah apabila Siam menakluk Patani dan mengancam Kedah.

2. SHTI mahu menjaga kepentingan perdagangannya dengan Siam.

3. Sultan mendesak SHTI keluar dari Pulau Pinang kerana tidak menepati janji. SHTI enggan.

6. Sultan ditewaskan dan terpaksa menandatangani perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah.

5. Francis Light dengan bantuan tentera British menyerang kubu sultan di Seberang Perai.

4. Sultan merasa tertipu dan menyediakan angkatan laut di Seberang Perai untuk mengambil semula Pulau Pinang.

7. Melalui perjanjian ini,

a. SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi. b. SHTI akan membayar sebanyak 6,000 dolar Sepanyol setiap tahun kepada Sultan Abdullah. c. George Leith dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang.

SHTI mengambil Seberang Perai

SHTI memerlukan Seberang Perai kerana:-

Sebagai benteng untuk mempertahankan serangan terhadap Pulau Pinang dari tanah besar.

Tanah Seberang Perai subur dan sesuai untuk bercucuk tanam bagi menampung keperluan makanan Pulau Pinang.

Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800

1. Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai. 2. SHTI akan membayar 10,000 dolar Sepanyol setahun bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Perjanjian Burney 1826

Janji SHTI untuk membantu Kedah menghadapi musuh palsu. SHTI tidak membantu Kedah apabila Siam menyerang dan menakluk Kedah pada tahun 1821.

Syarat Perjanjian Burney 1. SHTI mengakui ketuanan Siam terhadap Kedah. 2. Sultan Kedah tidak dibenarkan tinggal di Kedah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor dan Burma. 3. SHTI tidak akan membantu Kedah menyerang Siam dan jajahan takluknya. 4. SHTI akan menghantar balik sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang ke Kedah dan Kedah hendaklah membayar ufti bunga emas kepada Siam. 5. Siam mengiktiraf pendudukan SHTI di Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Pada bulan Jun 1826, Raja Rama III (Siam) menandatangani perjanjian dengan Henry Burney di Bangkok.

Pertapakan SHTI di Singapura


Pelabuhan P.Pinang gagal bersaing dengan pelabuhan Betawi, Riau dan Lingga. Perkembangan perdagangan SHTI dengan China. Barangan China semakin mendapat permintaan yang tinggi di Eropah. SHTI memerlukan pelabuhan yang strategik. British terpaksa menyerahkan Betawi dan Melaka kepada Belanda selepas perang Napoleon tamat.

Perang Napoleon 1793 - 1814 Negara Belanda telah ditawan oleh Perancis. Perancis ingin menguasai wilayah Belanda di Timur. Raja Belanda telah menandatangani Perjanjian Surat-surat Kew dengan British.

Perjanjian Surat-surat Kew 1795 Belanda menyerahkan secara sementara semua tanah jajahannya di Timur kepada kerajaan British sehingga Perang Napoleon tamat.

Singapura Pangkalan Perdagangan yang Strategik Singapura adalah sebahagian kekuasaan kerajaan Johor. Kedudukan strategik di selatan Semenanjung Tanah Melayu dapat mengawal perdagangan perairan di Selat Melaka dan Selat Sunda. Sebahagian surat Stamford Raffles kepada Gabenor SHTI Percayalah kepada saya, ini merupakan sebuah stesen di timur yang terpenting dari segi keunggulan laut dan kepentingan perdagangan, tiada tolok bandingnya lebih berharga dari sebuah benua.

Perjanjian Temenggung Abdul Rahman dengan Raffles pada 1819

Taktik Raffles mengambil Singapura

1. SHTI boleh mendirikan loji di Singapura. 2. SHTI bersetuju melindungi Temenggung daripada ancaman dalam dan luar negeri. 3. SHTI membayar 3000 dolar Sepanyol setahun kepada Temenggung. 4. Temenggung tidak boleh menjalinkan hubungan dengan Negara Barat lain.

Perjanjian tidak sah kerana tidak mendapat sokongan Sultan Johor. Raffles menggunakan helah dengan menghidupkan semula masalah takhta. Raffles memperalatkan Tengku Hussin .

6 Februari 1819, Sultan Hussien mengiktiraf perjanjian awal antara Temenggung dengan Raffles. SHTI bertapak secara rasmi di Singapura.

SHTI mencengkam Singapura

Perjanjian 7 Jun 1823

Perjanjian 1819 tidak mengizinkan Raffles berkuasa penuh ke atas Singapura. Raffles menandatangani Perjanjian pada 7 Jun 1823 dan Perjanjian 2 Ogos 1824

Perjanjian 2 Ogos 1824

1. Sultan menerima bayaran sebanyak 1,500 dolar Sepanyol dan Temenggung menerima 800 dolar Sepanyol. 2. Sultan dan Temenggung tidak berhak menerima dan mengutip cukai dari tongkang China. 3. SHTI berkuasa di seluruh Pulau Singapura dan pulau-pulau yang berdekatan dengannya kecuali kawasan atau kediaman Sultan dan Temenggung. 4. Undang-undang British dikuatkuasakan.

Kesan Pengambilan Singapura

Temenggung Abdul Rahman diarahkan oleh SHTI memindahkan pusat pentadbirannya dari Kuala Sungai Singapura ke Teluk Belanga. SHTI mengambil alih tanah-tanah di Kampung Gelam dan Teluk Belanga. Pada tahun 1886, pusat pemerintahan Johor dipindahkan dari Teluk Belangga ke Johor Bahru.

1. Sultan Hussin dan Temenggung Abdul Rahman menyerahkan Singapura kepada SHTI buat selama-lamanya. 2. Sultan Hussin dan Temenggung Abdul Rahman hendaklah membenarkan pedagangpedagang bebas berdagang di Johor dan wilayah takluknya. 3. Sultan Hussin dan Temenggung Abdul Rahman atau warisnya boleh menetap di Tanah milik baginda di Singapura atau berpindah dari Singapura.

Belanda membantah tindakan Raffles membuka petempatan di Singapura kerana: Mendakwa Singapura di bawah pengaruhnya. Bimbang kemajuan pesat Singapura akan menjejaskan perdagangannya di Betawi.

Perpecahan Kepulauan Melayu

British enggan tunduk kepada tuntutan kerana Singapura berpotensi: Menjadi pelabuhan bebas. Menjadi pangkalan tentera di Kepulauan Melayu.

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

Syarat Perjanjian 1. Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura. 2. Belanda berjanji tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu. 3. British menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda, manakala Belanda menyerahkan Melaka kepada British. 4. British berjanji tidak akan membuka petempatan baru ke selatan Singapura.

Kesan Perjanjian Inggeris-Belanda Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua bahagian. Singapura di bawah pengaruh British, manakala Kepulauan Riau-Lingga di bawah pengaruh Belanda. British meluaskan pengaruhnya di Tanah Melayu tanpa saingan dan gangguan kuasa Barat yang lain.

10

Penubuhan dan Pentadbiran Negeri-negeri Selat

Pada tahun 1826, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura telah disatukan dan diletakkan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai negeri-negeri Selat. Ibu negeri Selat yang pertama ialah Pulau Pinang. Pada tahun 1832, ibu negeri dipindahkan ke Singapura. Pentadbiran Negeri-negeri Selat diketuai oleh Gabenor yang menerima arahan daripada Gabenor Jeneral di India. Residen Kaunselor membantu Gabenor menjalankan pentadbiran di Negerinegeri Selat.

Gabenor Jeneral di India bertanggungjawab menggubal semua dasar dan undang-undang Negeri-negeri Selat. Penduduk dan saudagar tempatan , merasakan Negeri-negeri Selat seolah-olah tanah jajahan India. Saudagar mendesak British memindahkan pentadbiran ke London. Pada 1 April 1867, Negeri Selat diletakkan di bawah Pejabat Tanah Jajahan di London.

Sebab-sebab perpindahan pentadbiran dari India ke London:1. SHTI di India tidak mengambil berat kebajikan NNS. 2. NNS membantah cadangan menghapuskan Singapura sebagai pelabuhan bebas. 3. Kedatangan imigran Cina ke NNS tidak terkawal dan mereka menubuhkan kongsi gelap dan kerap menimbulkan kekacauan. 4. Pengenalan akta mata wang 1855, wang rupee mengantikan dolar Sepanyol merugikan pedagang kerana nilainya rendah. 5. Penduduk tempatan membantah kerana menjadikan NNS sebagai tempat membuang banduan.

11