Anda di halaman 1dari 12

British Mengeksploit Ekonomi

Pengenalan 1. Menyedari negara kita kaya dengan sumber galian dan berpotensi untuk maju, British telah memperkenalkan kegiatan ekonomi yang berorientasikan eksport. 2. Mereka membuka lombong dan ladang secara besar-besaran di samping menyediakan pelbagai kemudahan bagi membolehkan mereka mengaut kekayaan hasil bumi kita. Lada hitam untuk tujuan eksport telah diusahakan di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak kemudian diperkenalkan di Johor apabila sistem kangcu diperkenalkan. Buah pala dan cengkih di tanam di Pulau Pinang. Penanaman buah pala diutamakan kerana harganya yang tinggi.

Kegiatan Pertanian Dagangan Ubi kayu dan nanas juga menjadi tanaman eksport yang utama di Tanah Melayu. Ubi kayu ditanam di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. Perusahaan mengetin nanas berpusat di Perak, Selangor dan Johor. Sebelum tahun 1940-an, Tanah Melayu menjadi pengeksport nanas dalam tin yang kedua terbesar di dunia.

Permintaan terhadap gula yang meningkat di pasaran dunia menyebabkan peladang Eropah beralih tumpuan kepada tanaman tebu. Seberang Prai menjadi pusat pengeluaran gula utama Negeri-negeri Selat pada tahun 1830-an dan menjelang tahun 1900, Perak menjadi pusat pengeluar gula yang terbesar di Tanah Melayu.

Tanaman Baru Memantapkan Ekonomi British

1. British telah memperkenalkan beberapa jenis tanaman baru seperti tembakau, kopi, kelapa sawit dan teh kerana kemerosotan tanaman tradisional kerana harga yang rendah. 2. Apabila harga kopi meningkat di pasaran dunia, maka tanaman kopi diusahakan secara besar-besar di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. 3. Kelapa sawit mula diperkenalkan di Kuala Selangor, kemudian turut dibuka di Perak dan Johor. 4. Tanaman tembakau telah diusahakan di Pulau Pinang dan Pahang, manakala tanaman teh pula diusahakan di Cameron Highlands, Pahang. 5. Walaupun, negara mempunyai potensi dalam bidang pertanian, British hanya menggalakkan peladang Eropah dan orang asing untuk mengusahakan tanaman ladang manakala penduduk tempatan tidak digalakkan menceburi bidang ini.

Perkembangan Perusahaan Getah

1. Kejatuhan harga kopi di pasaran dunia menyebabkan tanaman getah diperkenalkan sebagai alternatif. 2. Getah yang ditanam di Tanah Melayu berasal dari Brazil. 3. Pada tahun 1876, Henry Wickham telah membawa sebanyak 70 000 biji getah dari Brazil untuk ditanam di Kew Garden England. 4. Lebih kurang 3000 bijih benih dihantar ke beberapa Negara naungan British terutamanya di Sri Lanka. 5. Pada tahun 1877, 22 batang anak getah dibawa ke Singapura untuk ditanam di Botanical Garden. 6. Dari Singapura beberapa batang anak benih telah dibawa ke Kuala Kangsar, kemudian ditanam di kawasan kediaman Residen Perak. 7. Harga getah yang tinggi dan permintaan yang meningkat akibat perkembangan perusahaan membuat motokar di Eropah, menyebabkan ladang-ladang getah dibuka secara besar-besaran di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Johor. 8. Menjelang tahun 1920-an, Tanah Melayu menjadi pengeluar getah terbesar di dunia. 9. Syarikat-syarikat besar Eropah seperti Sime Darby, Guthrie, Harrisons & Crosfield dan United Plantations menguasai perusahaan getah di Tanah Melayu. 10. Penduduk-penduduk tempatan hanya mengusahakan tanaman getah secara kebun kecil.

Tenaga buruh yang mecukupi Kejatuhan Harga Kopi Harga kopi jatuh akibat pengeluaran yang berlebihan di Brazil dan serangan serangga perosak. Peladang-peladang beralih kepada tanaman getah. Buruh dari India Selatan dibawa masuk secara besarbesaran untuk bekerja di ladang-ladang getah. Pelaburan Modal Syarikat-syarikat besar Eropah banyak melabur modal dalam perusahaan getah di Tanah Melayu seperti Sime Darby dan Guthrie.

Faktor perkembangan perusahaan getah Cukai yang rendah Kerajaan British mengenakan cukai tanah dan cukai eksport yang rendah bagi menggalakkan pembukaan ladang-ladang getah yang baru. Usaha H.N. Ridley Permintaan terhadap getah meningkat Getah sangat diperlukan dalam industri motokar di Amerika Syarikat dan Eropah. Getah juga diperlukan untuk membuat kasut, pakaian, tayar kenderaan, alat perubatan dam penebat elektrik. H.N Ridley telah memperkenalkan teknik torehan baru mengikut system ibedem atau sistem tulang ikan herring. Kaedah torehan baru ini dapat meningkat hasil pengeluaran di samping melanjutkan usia pokok getah.

Kemelesetan Ekonomi Menjejaskan Perusahaan Getah

Kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1920-an dan 1930-an telah memberi kesan buruk terhadap perusahaan getah di Tanah Melayu. Harga getah telah jatuh dengan teruk menyebabkan Rancangan Sekatan Stevenson dan Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa telah diperkenalkan.

Rancangan Sekatan Stevenson 1922. i. Bertujuan mengurangkan pengeluaran dan meningkatkan harga. ii. Rancangan ini hanya di sertai oleh Tanah Melayu dan Sri Lanka sahaja. iii. Belanda di Indonesia enggan menyertai malahan terus meningkatkan pengeluaran. iv. Rancangan gagal mencapai matlamat dan dimansuhkan pada tahun 1928.

Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa 1934 i. Bertujuan mengurangkan pengeluaran dan menstabilkan harga getah. ii. Negara yang menyertai perjanjian ini ialah Sri Lanka, Tanah Melayu, Myanmar, Indonesia, Indochina dan Thailand. iii. Perjanjian ini menetapkan setiap Negara mengeluarkan getah berdasarkan kuota yang ditetapkan. iv. Perjanjian ini telah berjaya meningkatkan semula harga getah di pasaran dunia sebelum Perang Dunia Kedua.

Selepas Perang Dunia Kedua, getah asli mendapat cabaran, apabila Amerika Syarikat memperkenalkan getah tiruan. Bagimanapun, mutu getah asli Negara kita yang tinggi dapat menandingi mutu getah tiruan.

Perkembangan Perusahaan Perlombongan 1. British turut mengaut keuntungan hasil daripada kegiatan perlombongan seperti bijih timah, emas, arang batu, bauksit, bijih besi dan ilmanit. 2. Emas dilombong secara komersial di Raub, Pahang. Raub merupakan kawasan perlombongan emas yang terbesar di Tanah Melayu. 3. Arang batu dilombong di Batu Arang, Selangor. 4. Bauksit sejenis logam untuk membuat aluminium dilombong di Bukit Pasir dan Teluk Rumania, Johor, serta di Teluk Mas, Melaka. 5. Bijih besi pula dilombong di Bukit Besi, Terengganu, Rompin, Pahang, selain turut diusahakan di Kedah, Perak dan Johor. 6. Ilmanit adalah hasil sampingan daripada kegiatan perlombongan bijih timah diusahakan di Batang Padang, Perak,

Kekayaan hasil bijih timah adalah merupakan sebab yang mendorong British menguasai Tanah Melayu. Pada peringkat awal, kegiatan melombong bijih timah diusahakan oleh orang Melayu secara mendulang dan melampan. Menjelang awal tahun 1820-an, British membawa masuk orang Cina bekerja di lombong bijih timah yang dimiliki oleh pembesar Melayu di daerah Lukut, Sungai Ujong, Larut dan Kelang. Pembesar-pembesar Melayu kemudiannya memajakan tanah mereka kepada pelombongpelombong Cina dan Eropah.

Perkembangan Perlombongan Bijih Timah

Menjelang abad ke-19, Tanah Melayu menjadi Negara pengeluar bijih timah yang utama di dunia. Penggunaan kapal korek telah diperkenalkan oleh Syarikat milik Eropah untuk menghasilkan lebih banyak bijih timah. Melalui kaedah ini mereka telah menguasai pengeluaran bijih timah pada tahun 1930-an.

Kemelesetan ekonomi pada tahun 1930-an, menyebabkan kejatuhan harga bijih timah. Bagi mengatasi masalah tersebut, Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa telah ditandatangani pada tahun 1931 oleh Tanah Melayu, Bolivia, Nigeria dan Indonesia.

Penglibatan orang Cina telah menyebabkan lebih banyak lombong bijih timah dibuka di Ampang, Kuala Lumpur dan Lembah Kinta. Pelombong Cina menggunakan kaedah perlombongan lombong dedah dan menggunakan pam kelikir serta palung.

Perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah menyebabkan permintaan terhadap bijih timah meningkat. Bijih timah amat diperlukan di Eropah dalam perusahaan mengetin makanan.

Melalui penjanian ini semua Negara bersetuju mengurangkan pengeluaran bijih tmah masing-masing. Majlis Bijih Timah Antarabangsa terbentuk pada tahun 1934, hasil daripada perjanjian tersebut. Perjanjian ini telah berjaya menstabilkan harga bijih timah.

Pengeluaran Hasil Hutan

1. Tanah Melayu kaya dengan pengeluaran hasil hutan seperti kayu-kayan, rotan, damar, madu lebah, kapur barus, getah perca dan getah jelutung. 2. Kegiatan memungut hasil hutan atau meramu ini dijalankan secara tradisonal. 3. British telah mengkomersialkan hasil hutan untuk dijadikan bahan eksport utama ke China, Amerika Syarikat dan Eropah. 4. Jabatan Pertanian telah ditubuhkan pada tahun 1901 bertujuan menguruskan pengeluaran hasil hutan dengan lebih sistematik.

Damar Damar diperoleh daripada getah pelbagai jenis yang terdapat di hutan. Kegunaannya adalah untuk menutup regangan pada perahu. Damar banyak dieksport untuk dijadikan varnish iaitu bahan pengilap pada permukaan rotan dan papan. Pembalakan

Getah Jelutung Getah jelutung diperoleh daripada pokok jelutung dan dieksport ke Eropah. Kegunaan getah jelutung adalah untuk dijadikan ramuan getah pengunyah dan sebagai pelekat dalam industri gigi palsu.

Tanah Melayu kaya dengan hasil kayu-kayan yang bermutu tunggi seperti cengal, meranti dan keruing. Kayu balak digunakan sebagai bahan binaan, membuat perabut, perahu dan sebagainya. Hasil pembalakan banyak dieksport ke China dan Britain.

Getah Perca Getah perca diperoleh daripada pokok getah perca yang tumbuh di dalam hutan. Kegunaannya adalah untuk membuat alatan bedah, bola golf dan bahan penebat kabel telegraf dasar laut.

Dwi Ekonomi

British hanya memberi tumpuan kepada kegiatan ekonomi dagangan seperti perlombongan, perladangan dan perdagangan terutama di pantai barat Tanah Melayu. Kegiatan ekonomi ini menggunakan teknologi moden dan disokong oleh kemudahan infrastruktur yang baik seperti sistem perhubungan dan pengangkutan yang teratur. British mengabaikan kegiatan ekonomi tradisional seperti penanaman padi dan menangkap ikan di kalangan orang Melayu di luar Bandar. Dasar ekonomi British ini telah mewujudkan dwiekonomi:-

Ekonomi Tradisional Bercorak sara diri. Dijalankan oleh penduduk tempatan khususnya orang Melayu di kawasan luar bandar. Menggunakan peralatan tradisional dan tidak mempunyai bilangan buruh yang ramai. Melibatkan modal yang kecil. Tertumpu kepada kegiatan menanam padi dan menangkap ikan.

Ekonomi Dagangan. Berasaskan kepada eksport. Dikuasai oleh syarikat-syarikat asing yang besar khususnya syarikat Eropah dan melibatkan pelaburan modal yang besar. Menggunakan teknologi moden dan buruh yang ramai. Tertumpu pada perlombongan bijih timah dan perusahaan getah.

Perkembangan Ekonomi Membawa Perubahan

Kemajuan pesat dalam bidang ekonomi telah membawa pelbagai perubahan di Tanah Melayu. British telah menyediakan kemudahan asas seperti sistem perhubungan dan pengangkutan serta kesihatan. Buruh-buruh dari luar dibawa masuk sehingga membawa perubahan kepada kegiatan sosioekonomi dan budaya di Tanah Melayu. Buruh India Buruh India dibawa masuk melalui sistem Kangani. Melalui sistem ini penyelia atau ketua pekerja di ladang getah akan dihantar oleh pemilik ladang getah untuk mencari tenaga buruh. Kangani akan menguruskan tambang dan perjalanan buruhburuh berkenaan sehingga selamat tiba di ladang majikan mereka dan mereka akan dibayar komisen berdasarkan jumlah buruh yang dibawa masuk. Buruh yang dibawa masuk oleh Kangani akan diletakkan di bawah jagaan Kangani yang membawa masuk mereka dan mereka dibayar gaji tetap. Mereka dikehendaki bekerja dengan pemilik ladang sehinggalah hutang tambang untuk membawa mereka selesai.

Buruh Cina Buruh Cina di bawa masuk melalui sistem Kontrak. Melalui system ini tambang perjalanan dibayar oleh pihak majikan yang membawa masuk mereka. Makanan, pakaian dan tempat tinggal disediakan oleh pihak majikan. Buruh dikehendaki bekerja dengan majikan sehinggalah hutang tambang untuk membawa mereka selesai. Setelah tamat kontrak, mereka bebas untuk bekerja dengan majikan lain.

Cara Kemasukan

Penggunaan Buruh Luar Tindakan British membawa masuk buruh-buruh asing ini bertujuan untuk memastikan bekalan tenaga buruh mencukupi bagi British membolot kekayaan Negara kita. British membiarkan setiap kaum tinggal di kawasan yang berasingan dan terlibat dengan kegiatan ekonomi yang berbeza. Keadaan ini telah menyebabkan wujudnya pengenalan kaum berdasarkan kepada fungsi ekonomi. Dasar British mewujudkan jurang ekonomi, menyebabkan masyarakat peribumi terus tersisih daripada arus pembangunan ekonomi. Kemasukan buruh asing juga telah mewujudkan masyarakat berbilang kaum yang mengamalkan cara hidup, bahasa dan agama yang berbeza. 8

Pos dan Telegraf Kerajaan British telah memajukan sistem perhubungan seperti sistem pos, telegraf, telefon dan radio. Ia membolehkan perhubungan antara negeri di Tanah Melayu dengan negara lain dapat dibuat dengan pantas.

Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan

British memerlukan sistem pengangkutan dan perhubungan yang baik untuk membawa hasil ekonomi terutama bijih tigdah dan getah ke pelabuhan untuk dieksport. British telah membina jalan raya dan jalan keretapi di samping membina sistem perhubungan seperti perkhidmatan pos, telegraf dan telefon untuk memenuhi keperluan tersebut.

Pengangkutan Udara Perkhidmatan penerbangan disediakan oleh Syarikat Wearne Air Service pada tahun 1937. Perkhidmatan udara yang disediakan ini menghubungkan Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Perkembangan Landasan Kereta Api Perkhimatan kereta api telah diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke-19. Landasan kereta api dibina bagi memenuhi keperluan perlombongan bijih timah iaitu menghubungkan kawasan perlombongan dengan pelabuhan. Fasa pertama landasan kereta api telah dibina dari Taiping ke Port Weld, Kuala Lumpur ke Port Swettenham, Seremban ke Port Dickson serta Ipoh dan Batu Gajah ke Teluk Anson. Fasa Kedua, landasan kereta api dibina menghubugkan kawasan utara dengan Selatan apabila Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan. Fasa Ketiga landasan kereta api dibina menghubungkan seluruh Tanah Melayu kecuali Terengganu.

Perkembangan Jalan Raya Jalan raya dibina bagi menghubungkan kawasan perlombongan bijih timah dan pertanian dengan stesen kereta api. Peningkatan penggunaan kenderaan bermotor menjelang abad ke-20, telah menyebabkan perkembangan pembinaan rangkaian jalan raya. Jalan raya banyak dibina bagi menghubungkan kawasan kegiatan ekonomi dengan pelabuhan, antara bandar besar dengan bandar kecil. Pembinaan jalan raya hanya tertumpu di kawasan yang mempunyai kepentingan British. Menjelang tahun 1939, terdapat jaringan jalan raya yang menghubungkan Seberang Perai dengan Singapura.

Kemajuan Pengangkutan Laut dan Udara Pada tahun 1890, Syarikat Straits Steamship ditubuhkan di Singapura bertujuan memberi perkhidmatan kapal wap kepada pelabuhan-pelabuhan di negerinegeri Melayu Bersekutu. Kapal susur pantai ini membawa bekalan makanan , jentera dan buruh kepada perusahaan perlombongan bijih timah.

Kemajuan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemudahan Asas Lain.

Kerajaan British telah mendirikan hospital, pusat perubatan dan Institut Penyelidikan Perubatan untuk mengatasi masalah kesihatan terutama penyakit malaria dan beri-beri yang dianggap sebagai penghalang perkembangan ekonomi kerana menyebabkan banyak kematian di kalangan buruh India dan China. Hospital kerajaan yang terawal dibina ialah di Kuala Lumpur, Taiping dan Pulau PInang. British juga membina pusat kesihatan kecil di Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan untuk memudahkan penduduk luar Bandar mendapat perkhidmatan kesihatan. Lembaga kesihatan ditubuhkan pada tahun 1890 untuk memastikan kebersihan Bandar.

Jabatan Parit dan Tali Air telah ditubuhkan pada tahun 1931, bertujuan untuk memajukan tanaman padi. Perkembangan pesat ekonomi telah menyebabkan tenaga elektrik diperkenalkan pada awal abad ke-20. Tenaga elektrik mula disalurkan ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Pada tahun 1930, British telah membina empangan Hidroelektrik Chenderoh untuk menampung keperluan tenaga elektrik. Taiping Taiping terletak dalam daerah Larut dan nama asalnya ialah Kelian Pauh. Ramai orang Cina dibawa masuk ke sini pada tahun 1840-an untuk memajukan kawasan perlombongan bijih timah. Nama Kelian Pauh ditukar kepada Taiping bermaksud Kedamaian yang abadi, berkembang menjadi sebuah Bandar moden dan dijadikan ibu negeri Perak.

Ipoh Ipoh terletak di Lembah Kinta telah dibuka sejak abad ke-16 dan didiami oleh orang Melayu. Lembah Kinta menjadi tumpuan orang China terutama pada tahun 1880an, apabila pengeluaran bijih timah di daerah Larut merosot. Ipoh berkembang menjadi Bandar yang sibuk dan seterusnya menjadi ibu negeri Perak pada tahun 1935, menggantikan Taiping.

Kemunculan dan Perkembangan Bandar Baru

Kuala Lumpur Raja Abdullah pembesar daerah Klang telah meneroka kawasan berhampiran pertemuan Sungai Gombak dengan Sungai Klang untuk membuka lombong bijih timah. Nama Kuala Lumpur diambil kerana kawasan sekitarnya berlumpur akibat kegiatan perlombongan bijih timah. Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor menggantikan Klang pada tahun 1880. Pada tahun 1896, British menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

10

Kepelbagaian Pendidikan Dalam Masyarakat Berbilang Kaum Pada peringkat awal British membenarkan sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil berkembang mengikut cara masing-masing. British pula menumpukan perhatian kepada sekolah Inggeris tetapi tertumpu di kawasan Bandar.

Pendidikan Melayu British menubuhkan sekolah Melayu bertujuan memberikan pendidikan sekular kepada anak-anak petani dan nelayan. Mereka diajar menulis, membaca dan mengira serta sedikit ilmu geografi, seni pertukangan dan perkebunan. Sekolah Melayu hanya menyediakan pendidikan di peringkat rendah sehingga darjah enam sahaja. Sekolah Melayu terawal ialah Sekolah Melayu Gelugor dan Sekolah Melayu Bayan Lepas, kemudian di Seberang Perai dan Melaka. Pendidikan yang diberikan oleh British sekadar mahu menjadikan orang Melayu sebagai petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka. Sekolah menengah Melayu tidak disediakan untuk memudahkan orang Melayu menyambung pelajaran. Lulusan sekolah Melayu hanya menjawat jawatan rendah di jabatan kerajaan, polis dan guru. Lulusan sekolah Melayu hanya berpeluang melanjutkan pelajaran ke Maktab-maktab perguruan yang disediakan oleh British untuk melatih guru-guru sekolah Melayu. a. Antara maktab yang ditubuhkan sebelum Perang Dunia ke-2 ialah Maktab Perguruan Melaka, Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak dan Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.

Pendidikan Cina Pendidikan Cina dibiayai sendiri oleh orang Cina dan tertumpu di kawasan bandar dan di kawasan lombong bijih timah. Sekolah Cina menggunakan pelbagai loghat bahasa Cina seperti Teochew, Hokkien, Kantonis dan Hakka. Pendidikan rendah sekolah Cina diberi selama enam tahun dan ada juga yang menyediakan peluang pelajaran hingga ke peringkat menengah. Sekolah Cina menggunakan buku-buku, sukatan dan guruguru dibawa dari negara China. Pada tahun 1920, British telah memperkenalkan enakmen Pendaftaran Sekolah untuk mengawal sekolah Cina.

Pendidikan Tamil Sekolah Tamil diusahakan oleh orang-orang perseorang dan pertubuhan masyarakat India. Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang-ladang getah. Sukatan pelajaran, buku-buku dan guru-guru dibawa dari India. Penyelia atau Kangani ada kalanya akan mengajar di sekolah Tamil. Pada tahun 1921, British memperkenalkan Undang-undang Buruh yang mewajibkan pengusaha ladang, menyediakan sekolah dan guru untuk anak-anak pekerja ladang. Terdapat juga sekolah Tamil dibina di bandar seperti Sekolah Thamboosamy Pillai dan Sekolah Vivekananda di Kuala Lumpur. Masyarakat India yang kaya biasanya akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris yang lebih baik.

11

Sekolah Inggeris

Pada mulanya sekolah Inggeris dibina di negeri-negeri Selat seperti Penang Free School (1816) dan Malacca Free School (1826) Kebanyakan sekolah Inggeris tertumpu di kawasan bandar dan dikendalikan oleh Mubaligh Kristian. Sekolah Inggeris menyediakan kemudahan pendidikan hingga ke peringkat menengah dan terbuka kepada semua kaum. Sukatan pelajaran sekolah Inggeris mengikut sistem pendidikan England. Lulusan sekolah Inggeris berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuteraan, perubatan, perundangan dan pentadbiran. Lulusan sekolah Inggeris juga berpeluang memegang jawatan yang baik dalam perkhidmatan kerajaan. Pada tahun 1905, Kolej Melayu Kuala Kangsar telah didirikan untuk memberi pendidikan kepada anak-anak raja dan gologan bangsawan. Maktab ini dibina bertujuan untuk melatik anak-anak golongan bangsawan Melayu berkhidmat dengan kerajaan British. British tidak mahu memberi pendidikan tinggi kepada orang Melayu, terbukti bilangan anak-anak Melayu di sekolah Inggeris berkurangan berbanding kaum lain.

Kesimpulan British sebenarnya hanya mahu mengaut kekayaan ekonomi. Mereka menumpukan kepada kegiatan ekonomi dagangan dan mengabaikan ekonomi tradisional. British mengadakan pelbagai kemudahan untuk memudahkan mereka mengeksploit ekonomi Tanah Melayu. Dasar pecah perintah yang diamalkan oleg British, mewujudkan jurang ekonomi dan social di kalangan penduduk berbilang kaum. Jurang pemisah diperluaskan lagi dengan sistem pendidikan yang tidak mewujudkan perpaduan kaum.

12