Anda di halaman 1dari 20

8 Pembangunan dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan

8.1 Pembangunan Ekonomi

Dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun sejak sebelum merdeka oleh Parti Perikatan. Pada peringkat awal tumpuan diberikan kepada pembangunan kawasan luar Bandar. Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. DEB yang tamat pada tahun 1990 digantikan oleh Dasar Pembangunan Nasional (DPN) sehingga tahun 2000. Banyak dasar pembangunan dan agensi kerajaan telah diwujudkan untuk memastikan kejayaan pembangunan ekonomi Negara.

Tahap Pertama 8.1.1 Rancangan Pembangunan Lima Tahun Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)

Tahap Kedua

Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)

2 Matlamat Membangunkan kawasan luar Bandar supaya jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar Bandar dengan Bandar dapat dirapatkan. Mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan penduduk luar Bandar. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi dan sumber pendapatan Negara supaya tidak terlalu bergantung pada getah dan bijih timah. Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Penekanan Penekanan dan perhatian serius terhadap sektor ekonomi, sosial dan awam. Dalam sektor ekonomi, pembukaan tanah baru untuk pertanian digiatkan, penanaman semula getah oleh pekebun kecil dan secara ladang digiatkan, pelbagaikan hasil keluaran pertanian dan perusahaan melombong bijih timah diperluaskan. Dalam sektor social, pelbagai perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perhubungan. Dalam sektor awam, tumpuan kepada infrastruktur, seperti balai polis, kem tentera, pejabat pos, mahkamah dan rumah kakitangan kerajaan. Berperanan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar Bandar di samping meningkatkan hasil pertanian Negara. Felda membuka tanah baru secara besarbesaran untuk pertanian dan penempatan baru yang dilengkapi dengan kemudahan asas. Penduduk luar Bandar yang miskin dipindahkan ke petempatan baru ini dan menjadi petani moden. Jenis pertanian yang ditumpukan ialah getah dan kelapa sawit.

Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) Matlamat utama untuk membangunkan masyarakat luar Bandar. Peranan RIDA i. memberikan pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil. ii. Membantu pemasaran hasil pertanian. iii. Menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam sektor pertanian. Peranan RIDA berterusan selepas merdeka dengan membangunkan dan memajukan masyarakat luar Bandar melalui pembangunan ekonomi, social dan infrastruktur.

Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar Keperihatinan kerajaan terhadap pembangunan Negara dibuktikan dengan penubuhan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar yang diketuai oleh Dato Abdul Razak Bin Hussein iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kementerian ini bertanggungjawab menyelaras dan menjayakan segala program pembangunan luar Bandar.

Pencapaian Rancangan Malaya Pertama kurang memberansangkan kerana ancaman komunis, menyebabkan sejumlah perbelanjaan Negara dialihkan kepada keselamatan negara. Kejatuhan harga komoditi getah dan kelapa sawit turut menyumbang kepada perkembangan yang kurang memberansangkan.

3 Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)

Matlamat Masih memberi penekanan kepada pembangunan penduduk luar Bandar. Merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar Bandar dengan penduduk Bandar. Mengurangkan kadar kemiskinan dan sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat.

Tumpuan Rancangan Malaya Kedua Memberikan tumpuan terhadap penyediaan infrastruktur social seperti pelajaran, kesihatan dan perumahan. Berusaha menyediakan peluang pekerjaan. Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar mewujudkan Bilik Gerakan Negara di Kuala Lumpur untuk menyelaraskan kegiatan pembangunan pada peringkat negeri, daerah dan Kampung. Buku Merah yang mengandungi program, perlaksanaan dan kaedah mengesan tahap pencapaian diperkenalkan.

Agensi Kerajaan Program pembukaan tanah di bawah Felda dipergiatkan. Mempelbagaikan jenis tanaman untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian negara bagi mengurangkan pergantungan terhadap getah dan bahan makanan import. Menubuhkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pada tahun 1965 untuk membantu petani mengatasi masalah pemasaran hasil pertanian dan seterusnya meningkatkan pendapatan mereka.

Rancangan Malaysia Pertama (RMP) menumpukan kepada intergrasi nasional dengan memfokuskan kepada kesejahteraan rakyat. RMP bersifat bersepadu merangkumi semua bidang ekonomi dengan mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor pertanian dan juga perindustrian. Pembukaan tanah oleh Felda semakin pesat. Muncul pelbagai projek seperti Tiga Segi Jengka, Johor Tenggara dan Pahang Tenggara. Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1965 untuk membantu Felda menjalankan pembangunan ekonomi di kawasan luar Bandar.

Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) Untuk membangunkan sektor perindustrian beberapa agensi yang berkaitan seperti Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) ditubuhkan pada tahun 1967 dan Lembaga Penasihat Tarif. Akta Pelaburan yang diluluskan pada tahun 1969 berfungsi menggalakkan kemunculan industri baru. Pertumbuhan ekonomi Negara yang memberangsangkan dalam RMP terbantut akibat berlaku peristiwa 13 Mei 1969. Ekoran itu, DEB telah diperkenalkan sebagai perancangan pembangunan Negara jangka panjang. Matlamat akhir adalah untuk mencapai perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

RIDA telah digantikan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Bank Bumiputera telah ditubuhkan untuk mengalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor perusahaan dan perdagangan. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) telah ditubuhkan pada tahun 1969, bertanggungjawab menjalankan penyelidikan dan memperkenalkan teknologi bagi meningkatkan hasil keluaran pertanian kecuali getah.

Tahap Kedua Rancangan Malaysia Kedua 4 Rancangan Malaysia Ketiga

Rancangan Pemba ngunan lima tahun pertama di bawah DEB. Matlamatnya untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial antara kaum, kawasan dan wilayah. Tumpuan diberi kepada usaha membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dengan menambah pendapatan dan menyediakan peluang pekerjaan bagi merapatkan jurang ekonomi serta menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi. Meneruskan pembangunan ekonomi kawasan luar Bandar. Penubuhan beberapa agensi kerajaan untuk membantu golongan petani, menggalakkan perkembangan perusahaan dan perdagangan serta memajukan bandar.

Lanjutan daripada Rancangan Malaysia Kedua yang menyokong aspirasi DEB. Matlamat program terus berusaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Program pembangunan pertanian diteruskan untuk meningkatkan produktiviti, membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Pembukaan tanah secara besar-besaran dilaksanakan di bawah program pembangunan wilayah oleh agensi-agensi seperti KEJORA, KETENGAH, DARA dan KESEDAR. Tumpuan kepada penanaman getah dan kelapa sawit.

Agensi Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) 1971 Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) 1971 Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) 1971 Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) 1973 Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 1973 Petroleum Nasional Berhad (PERTRONAS) 1974 Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri

Fungsi Menstabilkan harga padi Membangun dan memodenkan industri perikanan serta meningkatkan taraf hidup nelayan Membangunkan bandar. Membantu pekebun kecil getah dari segi penyelidikan dan penanaman semula getah.

Membantu petani melibatkan diri dalam kegiatan koperasi. Memajukan sektor perindustrian dan perniagaan yang berkaitan dengan petroleum. Menggalakkan perindustrian dan perdagangan dengan menyediakan tapak perindustrian, perumahan, ruang pejabat dan kedai.

5 Meneruskan dan mendokong aspirasi DEB. Tumpuan diberikan kepada perkembangan perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal dan penggunaan teknologi Tinggi serta keperluan tenaga pekerja mahir. Kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada akhir tahun 1980. HICOM ditubuhkan untuk mengenal pasti, memulakan dan menguruskan projek industri berat dengan cekap seperti yang dikendalikan oleh pihak swasta. Dasar Penswastaan dan Dasar Persyarikatan Malaysia diperkenalakan dalam Rancangan Malaysia Keempat. Penglibatan sector swasta dapat mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh pihak kerajaan.

Rancangan Malaysia Keempat Untuk menggiatkan perindustrian dan menggalakkan pelaburan modal asing, perusahaan baru telah dibuka di Skudai (Johor), Senawang (Negeri Sembilan), Bintulu (Sarawak) serta Menggatal dan Likas (Sabah). Zon perdagangan bebas telah diperkenalkan di Bayan Lepas (Pulau Pinang) dan Sungai Way (Selangor). Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian dilancarkan untuk memastikan keberkesanan projek perindustrian. Kajian Dasar Perindustrian Malaysia mengenal pasti kelemahan dalam struktur perindustrian Negara. Pelan Induk Perindustrian Pelan Induk Perindustrian menyediakan hala tuju pembangunan industri dan strategi pelaksanaannya.

Untuk mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian antara bumiputera dengan bukan bumiputera, kerajaan telah menubuhkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) telah dilancarkan pada tahun 1981.

Dalam Rancangan Malaysia Keempat sektor pertanian diberikan perhatian melalui Dasar Pertanian Negara. Dasar ini dibentuk bertujuan untuk memodenkan dan menggiatkan semula sektor pertanian secara bersepadu dengan menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan.

6 Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) Rancangan lima tahun ekonomi yang terakhir untuk merealisasikan aspirasi DEB yang genap 20 tahun pada tahun 1990.

Penekanan utama Rancangan Malaya Kelima adalah untuk meningkatkan sector adalah untuk meningkatkan sector perindustrian dengan cara: i. melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan perlesenan dalam sector swasta. ii. Syarat pelaburan modal asing dilonggarkan untuk meningkatkan pelaburan sector perindustrian berorientasikan eksport. Pada masa yang sama kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan.

Dalam Rancangan Malaysia Kelima kawasan pembangunan luar Bandar terus diberi perhatian. Penggunaan tanah yang lebih cekap dititik-beratkan. Industri desa seperti kraftangan digalakkan. Kemudahan kredit dan insentif telah diperluaskan melalui Bank Pertanian Malaysia, Skim Pinjaman Khas Pertanian dan Amanah Ikhtiar Malaysia.

Dalam Rancangan Malaysia Kelima, sektor pelancongan menjadi perusahaan penting. Perbadanan Pelancongan telah ditubuhkan bagi merancakkan industri pelancongan. Pada tahun 1990 Tahun Melawat Malaysia diisyhtiharkan

Dalam Rancangan Malaysia Kelima, penekanan telah diberi dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. Bidang ini dimajukan untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan serta guna tenaga tempatan untuk meningkatkan produktiviti Negara.

8.1.2 Dasar Pembangunan Ekonomi Diperkenalkan bertujuan memenuhi keperluan ekonomi moden yang berteraskan perindustrian

Dasar Pertanian Negara (DPN) Dilancarkan pada 12 Januari 1984. Matlamatnya i. untuk meningkatkan pendapatan sector pertanian ke tahap maksimum menerusi pengurusan sumber ekonomi Negara yang cekap dan berkesan. ii. Memaksimumkan pendapatan pekebun kecil. iii. Memajukan komoditi utama yang berpotensi untuk dieksport. Strategi untuk mencapai matlamat DPN. i. menggalakkan pembukaan tanah baru di bawah rancangan FELDA dan agensi kerajaan lain. ii. Program pembangunan in-situ diperkenalkan untuk memulihkan kawasan yang berproduktif rendah. iii. Menyediakan perkhidmatan sokongan pertanian seperti pemasaran, kredit, subsidi dan penyelidikan. iv. Memperkenalkan projek penswastaan pertanian di bawah Kementerian Pertanian.

Dasar Persyarikatan Diperkenalkan pada 25 Februari 1983 Matlamat untuk merangsang penglibatan sector swasta secara aktif dan berkesan dalam pembangunan negara. Melalui dasar ini, Malaysia dianggap sebagai syarikat yang dimiliki secara bersama oleh swasta dan kerajaan. Seluruh rakyat, kakitangan kerajaan dan swasta menjadi pemilik dan bekerja untuk membangunkan syarikat. Panel perunding antara pihak kerajaan dan swasta telah dibentuk.

Dasar Penswastaan Dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad pada bulan Mac 1983. Menerusi dasar ini; i. kerajaan memindahkan perkhidmatan, perusahaan, kepentingan, pelaburan dan kuasa tertentu kepada sektor swasta Matlamat dasar ini; i. mengurangkan beban kewangan kerajaan. Tujuan i. meningkatkan produktiviti serta kualiti perkhidmatan kerana sektor swasta dianggap lebih cekap daripada sektor awam

Dasar penswastaan diyakini dapat mempercepatkan pembangunan ekonomi negara melalui pelaburan modal sektor swasta. Unit Perancangan Ekonomi (UPE) bertindak sebagai jawatankuasa penswastaan yang memberikan garis panduan kepada kementerian atau jabatan yang ingin menjalankan penswastaan. Menerusi Dasar Penswastaan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan dan mengalihkan tumpuan terhadap pembangunan sektor lain.

Dasar Hala Cara Baru Dasar kerajaan untuk membangunkan kawasan luar Bandar. Pendekatan baru kerajaan untuk membangunkan kawasan tersebut. objektif dasar ini untuk meningkatkan pendapatan petani dan pekerja desa dengan melibatkan mereka dalam sektor pelaburan. Dasar ini dilaksanakan melalui tiga strategi; i. mengelompokkan kampung-kampung menjadi petempatan yang lebih besar supaya segala kemudahan dapat disediakan dengan lebih ekonomi. ii. Meningkatkan pendapatan golongan petani dan pekerja desa melalui program usahawan desa yang terlibat dengan industri pembuatan barangan. iii. Perlaksanaan projek pembangunan oleh agensi kerajaan untuk meningkatkan pendapatn penduduk luar bandar.

8 Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara (DPDPN) Diperkenalkan bermatlamat mencapai kadar pembangunan ekonomi yang berterusan walaupun negara menghadapi pelbagai cabaran. bertujuan memastikan penggunaan sumber Negara secara optimum dan mengelakkan pembaziran di samping memperkukuhkan asas perusahaan supaya dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Strategi perlaksanaan termasuklah pembaikan sistem pengurusan operasi, struktur organisasi, penggunaan teknologi baru serta penerapan nilai dan etika kerja yang murni. Untuk mencapai dasar ini memerlukan masa yang panjang dan usaha yang gigih daripada seluruh rakyat

Dasar Kependudukan Dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad pada 29 Mac 1984. Matlamat dasar ini; i. mencapai sasaran 70 juta penduduk menjelang tahun2100. Pertumbuhan penduduk dalam jangka panjang memberi kesan positif terhadap bekalan tenaga kerja, peningkatan produktiviti dan perluasan pasaran. Jumlah penduduk yang besar akan menyumbang ke arah kekuatan politik dan keselamatan negara. Dasar Kependudukan menitikberatkan keselarasan antara kadar pertumbuhan penduduk dengan kadar pembangunan sosioekonomi negara.

9 8.2 Pembangunan dan Perpaduan Negara

8.2.1 RUKUN NEGARA

Pengenalan Rukun Negara merupakan kesan peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa rusuhan kaum yang berlaku telah mengancam ketenteraman, keamanan dan keselamatan Negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah dipertanggungjawabkan mengambil alih pentadbiran Negara dan telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan. MPN telah menekankan pembentukan ideology Negara yang dikenali sebagai Rukun Negara.

Matlamat Rukun Negara Untuk mengukuhkan perpaduan, memelihara corak hidup demokratik, mencipta sebuah masyarakat yang adil, menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai dan membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi.

PRINSIP RUKUN NEGARA 1. 2. 3. 4. 5. Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan.

10 PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA

Prinsip pertama menunjukkan agama merupakan pegangan utama rakyat. Rakyat beragama senang diurus menjadi warganegara yang baik dan bertanggungjawab. Perlembagaan menetapkan Islam sebagai agama rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan.

Prinsip kedua menuntut rakyat memberikan kesetiaan kepada raja dan Negara. Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua Negara manakala raja Melayu sebagai ketua negeri. Raja menjadi lambing penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa orang peribumi. Derhaka kepada raja dianggap derhaka kepada negara

Prinsip Ketiga menekankan keluhuran perlembagaan. Perlembagaan adalah merupakan undangundang utama yang dianggap luhur, unggul serta suci. Keluhuran perlembagaan menuntut semua rakyat menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya

Prinsip keempat menekankan kedaulatan undang-undang. Menuntut rakyat menghormatinya dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang. Apabila kedaulatan undang-undang terpelihara, rakyat akan hidup dengan aman. Rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang tidak dicabar oleh sesiapapun.

Prinsip Kelima menuntut semua rakyat bersopan santun dan bertatasusila. Kesopanan dan kesusilaan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.

11 8.2.2 Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaaan

Laporan Barnes mencadangkan sekolah vernacular Melayu, India dan Tamil dibubarkan dan diganti dengan sekolah kebangsaa. Sekolah kebangsaan yang dicadangkan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di peringkat sekolah rendah dan bahasa Inggeris diperingkat menengah dan yang lebih tinggi. Cadangan ini ditentang oleh masyarakat Cina kerana bimbang bahasa ibunda mereka tergugat.

Laporan Fenn-Wu mencadangkan sekolah vernacular Cina dikekalkan walaupun bersetuju dengan system pendidikan kebangsaan.

Ordinan Pelajaran 1952, diperkenalkan dengan mengambil kira laporan Barnes dan Fenn-Wu. Mencadangkan dua bahasa pengantar iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Tamil dan Cina akan diajar sekiranya ada permintaan daripada ibu bapa. Bahasa Inggeris wajib diajar di sekolah Melayu dan sebaliknya bahasa Melayu di sekolah Inggeris. Ordinan Pelajaran 1952, tidak dapat dijalankan kerana ancaman komunis

Penyata Razak 1956 telah mengemukakan dua elemen penting yang dianggap dapat menyuburkan semangat perpaduan i. sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk ii. penyeragaman kurikulum bercorak kebangsaan. Cadangan Penyata Razak i. Penubuhan sekolah umum (rendah) menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. ii. Penubuhan sekolah jenis umum (rendah) menggunakan bahasa Inggeris, Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar. iii. Sekolah menengah Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar iv. Sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. v. Bahasa Melayu dan Inggeris wajib diajar di semua sekolah. Penyata Razak mengemukakan cadangan penting bagi pembentukan bangsa yang bersatu melalui satu dasar pendidikan yang menggambarkan perasaan dan harapan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu

12

Laporan Rahman Talib Beberapa syor baru telah dicadangkan sebagai tambahan kepada Penyata Razak. Untuk memupuk perpaduan: i. Sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan ii. Sekolah jenis umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan. iii. Pelajaran percuma kepada pelajar sekolah kerajaan tanpa mengira keturunan dan agama. iv. Sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar kepada bahasa Melayu. v. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar semua sekolah menengah. vi. Pelajaran agama Islam diajar di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai tidak kurang 15 pelajar Islam. vii. Bahasa Tamil dan bahasa Cina akan diajar di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat sekurangkurangnya 15 orang pelajar. viii. Semua peperiksaan awam dalam bahasa kebangsaan. Syor-syor dalam Laporan Rahman Talib telah diterima dan digubal menjadi Akta Pelajaran tahun 1961.

Kajian Aminuddin Baki Berdasarkan kajian ini, system persekolahan aneka jurusan diperkenalkan pada tahun 1965. Ia bertujuan menampung pelajar yang gagal memasuki sekolah menengah akademik. Matlamatnya menyediakan pelajaran menengah rendah sehingga berumur 15 tahun dengan memberikan pelbagai kursus kemahiran untuk melahirkan tenaga kerja mahir sebagai persediaan untuk pasaran kerja. Kursus kemahiran pilihan seperti perdagangan, sains rumah tangga, seni perusahaan dan sains pertanian. Mata pelajaran wajib seperti sekolah menengah kebangsaan.

Jawatan Kuasa Kabinet Objektifnya untuk menilai sejauh mana perlaksanaan dasar pelajaran kebangsaan dapat melahirkan sumber tenaga manusia yang diperlukan oleh Negara. Jawatan kuasa juga mahu mengenal pasti sejauh mana dasar pelajaran kebangsaan dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Jawatan kuasa memberi penekanan kepada membaca, menulis dan mengira (3M), kenaikan darjah secara automatic, penekanan terhadap sekolah vokasional, sukatan pelajaran sekolah swasta dan bahasa Melayu sbagai mata pelajaran wajib dalam peperiksaan. Berikutan itu, KBSR (1982) dan KBSM (1988) diperkenalkan yang menekankan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah pendidikan Negara menjadi pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Ia penting dalam usaha memupuk perpaduan.

13

Akta Bahasa Kebangsaan

Kedudukan BahasaKebangsaan Termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Ia bertujuan memartabatkan bahasa Melayu serta menjamin perpaduan rakyat di Tanah Melayu.

Langkah memajukan Bahasa Penubuhan Dewan Bahasa dan pustaka (DBP) pada tahun 1956. Pelancaran Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa. Slogan Bahasa Jiwa Bangsa dilancarkan pada tahun 1960. Penubuhan sekolah Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar seperti Sekolah Alam Shah, Sekolah Sri Puteri dan Sekolah Sultan Abdul Halim

Akta Bahasa Kebangsaan Akta ini diluluskan pada tahun 1967. Pada tahun 1970, bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris ditukar ke bahasa Kebangsaan secara berperingkat. Penubuhan UKM pada tahun 1977, membuktikan bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu. Bermula 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah untuk menggantikan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mula digunakan di mahkamah pada tahun 1990

14

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Lahir daripada gagasan Kongres Kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1971. Dasar ini digubal untuk menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti Negara Malaysia.

Objektif Untuk memperkukuhkan perpaduan melalui kebudayaan serta memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan. Dasar ini juga bertujuan memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan dan kerohanian, seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Tiga Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1. Kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang. 2. Unsur-unsur Kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima. 3. Islam sebagai unsur yang terpenting.

15

Sukan Untuk Perpaduan

Sukan memainkan peranan penting untuk perpaduan tanpa mengira ideologi dan dapat menyemarakkan semangat patriotik. Aktiviti sukan membuka peluang seluas-luasnya kepada penyertaan semua kaum.

Peringkat sekolah sukan merupakan aktiviti kokurikulum yang sangat digalakkan. Majlis Sukan SekolahSekolah telah ditubuhkan pada peringkat daerah, negeri dan Kebangsaan untuk menggalakkan aktiviti sukan. Sukan Malaysia (SUKMA) diadakan dua tahun sekali berperanan mengeratkan perpaduan antara kaum dan hubungan antara negeri.

Sebagai warganegara yang bakal mewarisi Negara yang tercinta, kita bertanggungjawab untuk memelihara perpaduan bangsa. Dasar perpaduan dan pembangunan bangsa menuntut pemahaman kita untuk melibatkan diri secara aktif dalam usahausaha memupuk perpaduan nasional.

16

Wawasan 2020

9 Cabaran Pengenalan Merupakan gagasan Negara untuk menjadi sebuah Negara yang maju menjelang tahun 2020. Idea ini dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad pada 28 Februari 1991. Matlamatnya untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju dengan menggunakan acuan sendiri setanding dengan Negaranegara maju.

Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan. Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang Mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi. Membina masyarakat yang maju dan saintifik Mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang. Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya. Membina dan membina masyarakat makmur.

17

18

19

20