Anda di halaman 1dari 12

Rosle Yasin

Tamadun awal di Asia Tenggara

Kerajaan Awal di Asia Tenggara

Geografi

Bukti Sumber Bertulis dan Artifak

Pembentukan Tamadun

Terbahagi dua tanah besar dan kepulauan. Kewujudan awal di tanah besar terbukti dengan kemunculan kerajaan Funan, Chenla, Angkor, Sukhotai dan Ayuthia. Tamadun awal di Kepulauan pula terdiri daripada Kedah Tua, Gangga Negara dan Langkasuka (Tanah Melayu), Singgahsari, Srivijaya, Mataram dan Majapahit (Indonesia)

Sumber China menyatakan kewujudan kerajaan Funan pada kurun ketiga masihi, membuktikan kerajaan Funan merupakan kerajaan terawal di Asia Tenggara. Data arkeologi menunjukkan kerajaan Funan bermula semenjak abad ketiga masihi. Asia Tenggara menjalinkan hubungan diplomatic dengan China dan hubungan kebudayaan dengan India. Bukti berdasarkan artifak gendang Dongson yang dihasilkan di Dongson, Vietnam ditemui di Batu Buruk,Besut, Sungai Tembeling, Sungai Klang, Thailand, Indonesia dan Myanmar. Sumber China mencatatkan Kang Tai dan Chu Ying pernah dihantar sebagai utusan China ke Funan pada tahun 245-250 masihi. Raja Funan pada masa itu ialah Kaundinya (Houen-Tien alam bahasa China). Wujud hubungan dagangan Asia Tenggara dengan Rom dibuktikan dengan persamaan artifak manik yang dijumpai di Kuala Selinsing, Kota Tinggi, Muar, pantai barat dan selatan Thailand. Bukti arkeologi seperti jumpaan manik dan tembikar menunjukan perdagangan maritm telah berkembang sejak abad ke lima sebelum masihi.

Pembentukan tamadun dikaitkan dengan perkembangan perdagangan maritime. Perdagangan maritime berkembang seiring dengan kemahiran membuat kapal layar dan perahu. G. Coedes menyatakan Funan sebagai kerajaan Melayu tertua di Asia Tenggara yang muncul pada abad pertama. C. Coedes kerajaan Melayu kedua ialah kerajaan Champa sekitar abad kedua, dikenali sebagai Lin Yi dan pada abad ketujuh baru dikenali sebagai kerajaan Champa.

Rosle Yasin

Tamadun awal di Asia Tenggara

Kerajaan Agraria

Ciri-ciri

Lokasi

Kegiatan Ekonomi

Sistem pengairan

Kawasan lembah sungai yang subur contoh i. ii. iii. iv. kerajaan Dvaravati (Thai) Sungai Irrawadi (Myanmar) kerajaan Sungai Merah (Vietnam) Kerajaan Sungai Mekong (Kemboja, Laos dan Vietnam)

Kawasan pedalaman di kawasan berbukit dan di lereng gunung berapi i. Contoh kerajaan Taruma di Indonesia.

Kegiatan ekonomi berasaskan pertanian, menanam padi sawah di kawasan lembah sungai Menanam padi huma di kawasan tanah tinggi atau berbukit. Menanam tanaman lain seperti pisang, jagung, keledek dan sayur-sayuran. Menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam. Menjalankan kegiatan memungut hail hutan seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana dan pelbagai buah-buahan. Mengutip sarang burung dari gua untuk tujuan perdagangan. Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai. Ada yang berusaha mendapatkan kulit kurakura. Kegiatan menternak binatang. Tahap awal untuk sara diri, apabila terdapat lebihan pertanian dan ternakan akan diperdagangkan.

Raja Indravarman I telah membina system pengairan dan barray mampu mengairi tanah seluas 12.5 juta ekar. Hasil padi bertambah dan dapat menampung keperluan beras kerajaan Angkor

Rosle Yasin

Tamadun awal di Asia Tenggara

Kerajaan Angkor

Faktor menjadi kuat

Kepentingan Tasik Tonle

Kedudukan dekat dengan Tasik Tonle Sap. Tanah di sekitar subur untuk pertanian Iklim yang panas dan lembab sepanjang tahun sesuai untuk tanaman padi. Air tasik untuk mengairi kawasan pertanian di samping untuk minuman Ikan air tawar yang banyak diperolehi dari Tasik Tonle Sap

Membekalkan sumber air minuman Pada musim banjir air Sungai Mekong melimpah, pada musim kemarau kawasan sekitar akan menjadi subur akibat mendapan Lumpur yang subur. Membekalkan sumber protein iaitu ikan. Air sungai untuk mengairi kawasan sawah padi. Sumber air dapat menampung keperluan penanaman padi

Rosle Yasin

Tamadun awal di Asia Tenggara

Kerajaan Maritim

Lokasi

Perkembangan

Terletak di kawasan persisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan. Dikenali sebagai kerajaan kelautan. Contohnya kerajaan Srivijaya, kerajaan Kedah Tua, Chih Tu, kerajaan Tiumah di Pulau Tioman, Pengkeng Pahang, Mo-Lo-Yu Sungai Batang Hari.

Pada peringkat awal penduduknya menjalankan kegiatan menangkap ikan dan mencari hasil laut. Petempatan mereka di kawasan pengeluaran bijih timah dan memperdagangkannya. Ada petempatan berkembang dan berperanan sebagai tempat berdagang, seterusnya menjadi pelabuhan pembekal. Peranannya adalah untuk membekalkan bahan logam tempatan seperti bijih timah dan emas serta bekalan makanan. Pelabuhan pembekal disinggahi oleh para pedagang yang ingin mendapatkan bekalan seperti pelabuhan Jenderam Hilir, Klang, Kuala Berang dan Kuala Selinsing. Pelabuhan Kerajaan menjadi tarikan kepada pedagang dari pesisir pantai Teluk Siam, Kemboja, Vietnam, China Selatan hingga ke India dan Barat. Kedudukan di laluan perdagangan China dengan India, menyumbang kepada perkembangan pelabuhan entreport.

Rosle Yasin

Tamadun awal di Asia Tenggara Kedudukan strategic kerana kedudukannya di laluan perdagangan di antara India dengan China

Pelabuhannya memperdagangkan hasil buminya seperti logam emas, dan timah, hasil hutan dan laut. Logam emas dan bijih menjadikan tanah Melayu dan Sumatera dikenali sebagai Suvarnadvipa (Semenanjung emas) atau Suvarnabhumi (bumi emas).

Penduduknya terdiri daripada pelbagai golongan seperti orang tempatan, orang laut dan pedagang luar. Faktor perkembangan kerajaan Maritim Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa Lingua Franca atau bahasa perhubungan di Asia Tenggara Semangat masyarakat yang ingin meneroka dan berdagang dengan masyarakat luar kawasannya Kemahiran membuat perahu dan kapal layar Perahu untuk perdagangan jarak dekat Kapal layar untuk perdagangan jarak jauh.

Kemudahan pelabuhan tempat membaki kapal, gudang menyimpan barang dan rumah rehat Mengetahui kaedah membaca bintang di langit untuk menuju kesesuatu tempat.

Rosle Yasin

Tamadun awal di Asia Tenggara

Memiliki bala tentera laut yang besar dan dianggotai oleh pelbagai lapisan rakyat termasuk orang laut Fungsi angkatan laut i. ii. mengawal perdagangan di Selat Melaka mengawal keselamatan kerajaan

Ciri-ciri Maritim kerajaan Srivijaya

Pelabuhannya yang baik dan kedudukan strategic di Selat Melaka menjadi tempat persinggahan kapal yang berdagang di antara India dan China

Hasil barangan untuk perdagangan antarabangsa dibekalkan oleh jajahan takluk dan kawasan pemerintahannaya

Mampu menghasilkan kapal yang besar. I Tsing Menyatakan pelabuhan Srivijaya dikenali kerana mampu menghasilkan kapal yang besar

Rosle Yasin

Tamadun awal di Asia Tenggara

Kedudukan strategic kerana kedudukannya di laluan perdagangan di Selat Melaka.

Pelabuhan entreport memperoleh barang dagangan dari luar seperti kain kapas, sutera, teh, tembikar, kaca dan manik.

Faktor perkembangan kerajaan Kedah Tua (Chiehcha/ Kataha)

Terlindung daripada tiupan angin monsun barat daya dan timur laut.

Terdapatnya Gunung Jerai yang menjadi panduan kapal pedagang yang keluar masuk . Masyarakatnya menganut agama Buddha dan kemudiannya menganut agama Hindu

Kemudahan menyimpan barang dagangan dan kekayaan hasil hutan seperti damar, rotan dan sumber bumi seperti timah

Rosle Yasin

Tamadun awal di Asia Tenggara

Saling Bergantungan dan Melengkapi

Kerajaan Agraria

Aspek

Kerajaan Maritim

Mengeluar dan membekalkan

makanan

Sebagai pengguna dan memperdagangkan (penyalur)

Bergantung kepada kerajaan maritim

pelabuhan

Memasarkan barangan keperluan

Mendapatkan daripada kerajaan maritim

Barang mewah

Membeli barang mewah dari China dan India

Membekalkan barangan untuk membuat kapal/perahu

Bahan mentah

Membuat perahu/kapal tentera

Tukang-tukang kayu dan batu yang mahir

monumen

Monumen sebagai mercu tanda keagungan kerajaan.

Rosle Yasin

Tamadun awal di Asia Tenggara

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam kerajaan Awal

Cara Kedatangan

Proses Pengambilan Budaya

Terdapat empat pendapat 1. Dibawa oleh golongan Ksyatria/ tentera. Pengaruh Hindu Buddha dibawa dan disebarkan oleh golongan penakluk yang membentuk tanah jajahan. 2. Dibawa oleh pedagang/ Vaisya. 3. Dibawa oleh golongan Brahmin/ pendeta. 4. Proses berlaku daripada pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang menarik kemudian disesuaikan dengan budaya tempatan. Sejarawan bersetuju dan menerima pendapat keempat berdasarkan bukti arkeologi jumpaan seni arca kasar yang mempunyai langgam bercirikan Asia Tenggara seperti arca dengan ikatan kulit harimau yang ditemui di Srivijaya

Aspek-aspek yang diambil oleh seseorang pemerintah adalah berbeza-beza. Masa 5 Masihi Kedah Tua Buddha Agama Dieng Indonesia Hindu

7 Masihi

Takuapa, Pulau Bangka Sumatera, Jawa Hindu Mazhab Vishnu Buddha Mahayana

Penerimaan terhadap beberapa aspek kebudayaan India khususnya keagamaan dan system pentadbiran didorong oleh factor perdagangan. Telah wujud hubungan perdagangan sejak abad ke-5 masihi. Perdagangan terus berkembang apabila maharaja Vespian (Rom) memberhentikan perdagangan logam emas dengan India. Kesannya pelbagai aspek kebudayaan India telah diterima dan diserapkan dalam system pemerintahan dan pentadbiran, kesenian, dan kesusasteraan di kebanyakan negara di Asia Tenggara. 9

Rosle Yasin

Tamadun awal di Asia Tenggara

Pengaruh Hindu Buddha Pengaruh dalam Sistem Pemerintahan Sistem pentadbiran Angkor

Penggunaan gelaran raja Raja berkuasa mutlak. Perintah raja menjadi undang-undang yang wajib dilaksanakan Penderhaka akan dihukum Wujud kepercayaan raja bayangan tuhan, lahir konsep dewa-raja mempunyai kuasa sakti Diwujudkan pelbagai adat untuk mengukuhkan kedudukan raja seperti upacara pertabalan yang dipimpin oleh golongan Brahmin. Tujuan adat untuk membezakan kedudukan raja dengan golongan yang diperintah Raja

Mendirikan kompleks kota melambangkan konsep alam semesta (Orde-kosmos) Suryavarman II telah membina Angkor Wat. Raja dianggap sebagai raja dewa dan kedudukannya dipuncak pemerintahan. Disetiap daerah, Raja dibantu oleh pembesar daerah atau gabenor. Dalam bidang pentadbiran raja dibantu oleh pegawai tentara dan hakim.

Sistem Pentadbiran Srivijaya Pengaruh India lahir dalam bentuk mengamalkan agama Buddha Mahayana. Pentadbiran pusat dan daerah dijalankan oleh empat kumpulan anak raja Yuvaraja, Pratiyuvaraja, raja kumara dan raja putra (boleh menggantikan raja kecuali raja putra kerana anak gundik). Anak raja dibantu oleh Parvanda (Senapati) ketua pentadbiran pusat. Di bawahnya terdapat pegawai lain iaitu hakim, temenggung dan penghulu. Daerah ditadbir oleh Datu (terbahagi dua, Parvanda berketurunan raja dan bhupati orang kaya-kaya) Datu yang dilantik mesti menjalankan upacara angkat sumpah, di tempat suci bernama Telaga Batu. 10

Kerabat diraja Pembesar, Brahmin Rakyat

Hamba

Rosle Yasin

Seni bina (Monumen)

Monumen ialah binaan atau bangunan yang diperbuat daripada batudi bertujuan memperingati orang Tamadun awal Asia Tenggara ternama atau mengingati peristiwa penting contoh seperti arca, candi,kuil, wat/stupa, patung Candi lambang agama Hindu Buddha berperanan sebagai rumah ibadat. Candi juga berfungsi sebagai kubur raja dan keluarag (menyimpan abu mayat) Candi tempat meyimpan patung dewa utama. Candi lambang keagungan seseorang pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya. Candi Angkor Wat dan Candi Borobudur melambangkan konsep Orde Kosmos. Contoh warisan candi yang terkenal di Asia Tenggara ialah Candi Dieng, Borobudur, Prambanan (Indonesia), Angkor Wat (Kemboja), Candi di Chaiya dan Yarang (Thailand) dan Lembah Bujang (Kedah). Candi Dieng dan Prambanan merujuk agama Hindu, hampir semua candi diThailand merujuk agama Buddha. Patung Avalokitesvara merupakan patung agama Hindu. Patung dewa Vishnu, Siva, Brahma, Durga dan Lingga merupakan patung agama Hindu. Patung Drawapala dan Nandiswara berperanan menjaga candi daripada dimasuki roh jahat. Jenis dan gaya patung serta candi yang dibina melambangkan zaman penciptanya.

Pengaruh Hindu Buddha dalam Kesenian dan Kesusasteraan

Bahasa Sanskrit

Bahasa Sanskrit meningkatkan pencapaian intelektual masyarakat. Batu bersurat yang mengandungi bahasa Sanskrit mengandungi maklumat tentang agama, pemerintahan, raja dan undang-undang seperti batu bersurat kerajaan Kutei dan Sg. Mas. Bahasa dan tulisan Sanskrit yang terdapat pada batu bersurat di Asia Tenggara menunjukkan arahan dan pemberitahuan pemerintah ditujukan kepada rakyat. Bahasa Sanskrit adalah merupakan bahasa keagamaan, banyak perkataan masih kekal dalam bahasa Melayu dan Asia Tenggara lain tetapi telah mengalami penyesuaian. Bahasa Sanskrit berkembang menjadi bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal di Asia Tenggara.

Kesusasteraan

Kesusastreaan India melalui epik Ramayana dan Mahabharata serta Puranas menyumbangkan unsur mitos dalam kesusasteraan klasik Asia Tenggara. Pengaruh kesusasteraan awal ini dapat dilihat dalam puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama, Sutasoma, Arjunwiwaha dan Kunjarkarna. Masyarakat Asia juga terdedah kepada cerita-cerita dalam epik Ramayana dan Mahabharata melalui kesusasteraannya, cerita lisan dan wayang kulit. Epik Mahabharata menghasilkan naskah adunan unsur tempatan sperti hikayat Pendawa Lima, hikayat Pendawa Jaya dan hikayat Sang Samba. Epik Ramayana pula menglahirkan Hikayat Seri Rama. 11

Rosle Yasin

Tamadun awal di Asia Tenggara

Candi

Borobudur

Angkor Wat

Lembah Bujang

Candi Borobudur di Jawa tengah menggambarkan agama Buddha Mahayana. Candi Borobudur dibahagikan kepada tiga tingkat. Setiap tingkat melambangkan tahap kehidupan yang diwakili oleh patung Buddha dan stupa. Di tingkat pertama terdapat ukiran cerita tentang Gautama Buddha. Tiga tingkat itu melambangkan ajaran Buddha dan dihubungkan dengan konsep Lapan Jalan Kebenaran iaitu:1. Panna (kebijaksanaan) 2. Samadhi (penumpuan) 3. Sila (Moral) Pembinaan Candi Borobudur mengambil masa selama 75 tahun.

Candi Angkor Wat dibina di Kemboja mengikut agama Hindu. Angkor Wat melambangkan orde kosmos iaitu negara dianggap sebagai sesuatu alam semesta. Oleh itu raja dan ibu kotanya adalah merupakan pusat alam dan raja bertanggungjawab menjamin kesejahteraan negara dan rakyat. Angkor Wat mempunyai tempat pemujaan pada bahagian tengah setinggi 39 meter dengan teres empat tingkat. Setiap sudut mempunyai menara. Bahagian luar dibina tembok yang terdapat ukiran yang menggambarkan epik Ramayana dan Mahabharata.

Kawasan Lembah Bujang meliputi kawasan tanah tinggi seperti gunung Jerai, Bukit Batu Pahat dan Bukit Choras. Lembah Bujang diairi oleh Sungai Muda dan Sungai Merbok. Candi Lembah Bujang bersaiz kecil. Candi ini berasaskan agama Hindu terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu vimana dan mandapa. Vimana ialah bahagian suci tempat meletakkan arca keagamaan. Mandapa ialah bahagian luar candi. Candi berunsur agama Buddha memiliki pelan jenis cruciform. Lembah Bujang banyak mewaris tinggalan tembikar tanah, tembikar China, barangan kaca, manik, patung agama Hindu dan Buddha. 12