Anda di halaman 1dari 7

Masyarakat Arab Jahiliyah Jahiliyah berasal dari bahasa Arab, jahala yang bermaksud jahil dan tidak mengetahui

getahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Masyarakat Arab Jahiliyah tinggal di Semenanjung Tanah Arab. Zaman jahiliyah bermula dari runtuhnya Empangan Maarib hinggalah turnnya wahyu Allah kepada nabi Muhammad s.a.w. Tempoh masanya dari tahun 300 M. hingga 610 M. Masyarakat Arab Jahiliyah digelar jahiliyyah kerana tidak menerima kebenaran, tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul. Zaman Jahiliyah dianggap zaman kegelapan kerana tidak menyembah Allah s.w.t. Kehidupan mereka kucar kacir kerana tiada nabi dan rasul serta tiada kitab sebagai petunjuk.

KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGAN NYA DI MAKKAH

CIRI-CIRI MASYARAKAT JAHILIYAH

Agama

Sosial

Ekonomi

Nilai Hidup

Mengamalkan empat bentuk kepercayaan agama iaitu Wathani (Menyembah berhala) Animisme ( memuja alam seperti pokok) Samawi (Kristian dan Yahudi) dan kepercayaan sihir dan percaya roh orang mati. Sebilangan kecil masyarakat Arab jahiliyyah menganut agama Hanif. Ada yang mencampuradukkan agama hanif dengan amalan tradisi masyarakat arab jahiliyah.

Mengamalkan perbuatan tidak bermoral berjudi, minum arak dan berzina. Seorang lelaki meminum arak sehingga mabuk dianggap sempurna kelakiannya. Menanam bayi perempuan hidup-hidup, menganggap anak perempuan menjatuhkan maruah. Perkahwinan tiada peraturan, seorang lelaki boleh berkahwin dengan seberapa ramai wanita dalam satu masa.

Perniagaan yang dijalankan berasaskan riba dan penindasan. Pedagang lebih mementingkan keuntungan dan kekayaan. Kegiatan merompak merupakan sebahagian daripada punca pendapatan. Merompak dianggap sebagai tanggungjawab individu dalam setiap kabilah. Golongan kaya kerap mengeksploitasi golongan miskin.

Mengamalkan Sistem Kabilah berasaskan hidup secara berpuak-puak dan berkelompok. Kabilah mempunyai identity tersendiri. Setiap ahli kabilah sangat taksub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing. Kabilah diketuai seorang Syeikh. Muncul fahaman Assabiyah atau semangat kesukuan yang melampau. Peperangan al-Basus kesan daripada semangat Assabiyah

Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w Sebelum Dilantik Menjadi Rasul

Keturunan Nabi

Kelahiran

Pengalaman

Berketurunan pemimpin Arab yang terkenal Qusai bin Kilab. Nabi Muhammad sering dikaitkan dengan Hasyim iaitu moyang baginda. Qusai pemimpin Arab Quraisy mentadbir Kaabah dan telaga zam-zam. Keluarga nabi bijak dalam urusan pentadbiran Makkah dan mahir dalam selok belok perniagaan. Selain Qusai bin Kilab, Abdul Manaf, Hasyim dan Abdul Muttalib pernah menerajui kepimpinan kota Makkah pada zaman jahiliyah.

Nabi Muhammad s.a.w berketurunan Quraisy. Nama penuh baginda ialah Muhammad bin Abdullah. Bapa baginda bernama Abdullah bin Abdul Muttalib. Ibu baginda bernama Aminah binti Wahab. Nabi dilahirkan pada 20 April 570 M. pada malam Isnin bersamaan 12 Rabiulawal Tahun Gajah. Bapa baginda meninggal semasa baginda di dalam kandungan ibu. Setelah beberapa hari dilahirkan Nabi diserahkan kepada Halimatus Sadiyah untuk dipelihara dan disusui. Semasa berusia enam tahun ibu Nabi meninggal dunia, baginda tinggal bersama datuk baginda Abdul Muttalib. Setelah Abdul Muttalib meninggal, Nabi dipelihara oleh bapa saudara baginda Abu Talib. Nabi menjadi yatim piatu ketika berusia enam tahun. Dipelihara oleh kaum keluarga baginda yang sangat perihatin dan memberikan kasih sayang

Dari segi pekerjaan, Nabi pernah mengembala kambing bapa saudara baginda. Terlibat dalam bidang perniagaan sejak berusia 12 tahun, mengikut rombongan bapa saudara baginda ke Syam. Kerasulan Nabi Muhammad diramal oleh seorang pendeta Nasrani bernama Buhaira, semasa rombongan ini singgah di Basrah. Ketika berusia awal 20-an baginda menjalankan perniagaan Khadijah binti Khuwailid bersama Maisarah, hamba Khadijah. Kemuliaan budi pekerti, sifat amanah serta kebolehan baginda, membolehkan Khadijah memberikan modal yang besar. Kebijaksanaan, kelembutan tutur kata dan kepandaian berniaga menyebabkan perniagaan baginda mendapat untung yang besar. Ketinggian budi pekerti, kebijaksanaan, membawa kepada perkahwinan Nabi dengan Khadijah ketika Nabi berusia 25 tahun dan Khadijah berusia 40 tahun

3 Keperibadian Nabi

Sifat Terpuji

Ketua keluarga/masyarakat

Sebelum menjadi Rasul

Memiliki empat sifat terpuji a. b. c. d. Siddiq (berkata benar) Amanah (dipercayai) Tabliq (menyampaikan) Fatanah (bijaksana)

Digelar al-Amin kerana perbuatan dan percakapan tidak pernah berbohong. Panggilan al-Amin sebati dengan Nabi. Sifat amanah yang dimiliki nabi, menyebabkan Khadijah mengeluarkan modal yang besar untuk diperniagakan. Kewibawaan baginda yang unggul terserlah apabila berjaya menyelesaikan masalah perletakkan semula Hajar Aswad ke tempat asalnya.

Ketua keluarga yang mempunyai sifat pengasih dan bertimbangrasa. Kerap membantu isteri mengurus rumah tangga. Memberi pendidikan agama yang mencukupi kepada anakanak. Mengamalkan cara hidup yang sederhana. Baginda sentiasa merendah diri walaupun mempunyai kedudukan yang tinggi dan dihormati oleh masyarakat. Bergaul dengan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kedudukan. Seorang yang bersifat penyayang terhadap orang tua dan kanak-kanak. Mempunyai sifat pemaaf, terbukti semasa penawanan kota Makkah, orang yang menyerah diri diampun dan dibebaskan.

Baginda kerap memikirkan nasib masyarakat Makkah yang tidak bermoral dan taasub kepada amalan Jahiliyah. Baginda berusaha mencari sesuatu untuk mengubah nilai yang diamalkan oleh masyarakat. Baginda mengasingkan diri di tempat yang sunyi dan tenang untuk beribadat kepada Allah di Gua Hirak, di Bukit Nur. Baginda menyerahkan sepenuh jiwa dan raga baginda kepada Allah. Selepas enam bulan berulang alik dan menyendiri di Gua Hirak, akhirnya pada 17 Ramadhan, Allah telah menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w menerusi Jibril. Ketika itu Nabi s.a.w berusia 40 tahun. Penurunan wahyu menandakan pemisah antara zaman Jahiliyah dengan zaman Islam.

Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w

Wahyu Pertama

Wahyu Kedua

Wahyu pertama surah al-Alaq ayat 1-5 yang memerintah umat Islam supaya membaca Melalui pembacaan, manusia dapat menambah ilmu pengetahuan. Membaca dan membuat kajian, membolehkan sesuatu bangsa atau individu mencapai kecemerlangan. Islam menuntut umatnya mempelajari ilmu yang dapat membina manusia.

Wahyu yang kedua surah al-Muddasir ayat 1-7. Wahyu ini merupakan pengisytiharan Nabi sebagai Rasulullah dan mewajibkan baginda menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia. Perlantikan Nabi s.a.w dianggap sebagai pembahawa rahmat keseluruh alam. Nabi s.a.w telah menyampaikan ajaran Islam secara bijaksana dan terancang. Nabi s.a.w terus menerus menerima wahyu dan menjalankan seruan Islam kepada umat manusia.

Perkara utama yang dilakukan oleh Nabi s.a.w ialah membetulkan akidah masyarakat Arab dengan menanamkan keimanan kepada Allah s.w.t. Nabi s.a.w menyeru orang Arab meninggalkan amalan keji seperti menindas, sesama manusia, membunuh dan mencuri.

Penyebaran Islam di Makkah

Secara Rahsia

Secara Terbuka

Dakwah secara sembunyi-sembunyi telah dijalankan selama tiga tahun. Pada peringkat ini dakwah ditujukan kepada ahli keluarga baginda, sahabat yang rapat dan kaum kerabat. Ahli keluarga yang terawal memeluk Islam ialah Khadijah binti Khuwailid, isteri baginda, Ali bin Abu Talib, Zaid bin Harithah dan Abu Bakar asSiddiq. Tokoh Quraisy yang memeluk Islam ialah Uthman bin Affan, Zubair bin Awam dan al-Arqam bin Abu Arqam. Rumah Arqam dijadikan sebagai pusat kegiatan dakwah yang pertama di Makkah. Bilangan penganut Islam pada peringkat ini kecil, tetapi dianggap kejayaan besar bagi Nabi s.a.w. Ketinggian akhlak Nabi s.a.w dan kejujuran sahabat, menyebabkan dakwah Nabi s.a.w mendapat sambutan. Dakwah bukan sahaja diterima oleh golongan bawahan tetapi juga golongan bangsawan seperti Khadijah Khuwailid dan Abu Bakar as-Siddiq.

Dakwah secara terbuka dijalankan selama 10 tahun. Pada peringkat ini, dakwah dilakukan secara terangterangan kepada penduduk Makkah setelah menerima perintah Allah s.w.t. Nabi s.a.w berdakwah kepada keluarga Abdul Muttalib setelah turun ayat meminta baginda menyebarkan ajaran Islam kepada kaum kerabat baginda. Setelah bermesyuarah dengan para sahabat, Nabi s.a.w telah mengadakan majlis ceramah di rumah Ali bin Abu Talib. Dalam majlis ini, Nabi s.a.w telah menerangkan tentang Islam. Abu Lahab paling kuat menentang. Dakwah secara terbuka dilakukan kepada orang ramai di Bukit Safa.. setelah Nabi s.a.w menerima wahyu surah al-Hijr. Kesemua ketua pentadbir kota Makkah menghadiri majlis ini. Berlaku perbahasan hebat antara Nabi s.a.w dengan Abu Lahab yang menghina baginda sehingga dakwah yang hendak disampaikan oleh Nabi s.a.w terjejas.

Reaksi Masyarakat Arab terhadap Islam 6 Penerimaan

Terdapat reaksi positif di kalangan masyarakat Arab Quraisy, ahli keluarga dan sahabat rapat Nabi s.a.w Strategi Nabi s.a.w. pada peringkat awal secara rahsia kerana Islam masih baru dan bilangan penganut masih sedikit. Nabi s.a.w cuba mengelakkan penentangan yang memungkinkan asas Islam dihancurkan. Peringkat awal penganut Islam terdiri daripada golongan bawahan seperti hamba. Mereka tertarik kepada ajaran Islam kerana layanan yang sama kepada semua manusia. Ada di kalangan mereka diseksa dengan kejam (seperti Bilal bin Rabah,keluarga Yassir, Amir bin Furairah dan Zunainah), tetapi tetap menerima ajaran Islam dengan yakin. Islam dapat diterima kerana kemurnian ajarannya dan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w. berdakwah secara lemah lembut dan hikmah. Baginda tidak memaksa memeluk Islam sebaliknya memujuk mereka menggunakan akal. Pendekatan baginda membandingkan nilai akhlak masyarakat Arab Jahiliyah dengan nilai akhlak Islam. Nabi s.a.w menanamkan keimanan yang kuat, kesabaran yang tinggi dan pengorbanan merupakan kunci kejayaan. Kekuatan mental, fizikal dan rohaniah merupakan aspek utama kejayaan perkembangan Islam di Makkah.

Penentangan Dilakukan pelbagai cara. Selain dicemuh, dicaci dan diganggu semasa melakukan ibadat sehingga ada yang ingin membunuh Nabi s.a.w

Sebab-sebab penentangan Perbezaan kepercayaan dan amalan Ajaran Islam berasaskan kepercayaan kepada Allah, Arab Quraisy menyembah berhala dan Animisme. Prinsip persamaan taraf bertentangan dengan system social Arab Jahiliyah. Konsep persaudaraan Islam bertentangan dengan fahaman Assabiyah Politik Tanggapan salah terhadap tugas nabi menganggap menerima Islam sebagai tunduk kepada kepimpinan nabi. Masyarakat Arab sentiasa bersaing untuk menjadi ketua. Penyebaran Islam menggugat pengaruh dan kedudukan mereka Ekonomi Menjejaskan perusahaan mengukir patung berhala. Islam mewajibkan penganutnya menyembah Allah s.w.t. dan melarang menyembah berhala. Kegiatan merompak yang merupakan sebahagian daripada punca pendapatan dilarang oleh ajaran Islam.

Bentuk Penentangan Terhadap Islam

Puisi

Kekerasan

Pujukan

Pemulauan

Penyair Arab menggunakan puisi-puisi untuk mengejek ajaran Islam. Walaupun menerima cemuhan dan pelbagai tuduhan, Nabi s.a.w tetap bersabar.

Peringkat awal penganut Islam terdiri daripada golongan bawahan seperti hamba. Mereka diseksa dengan kejam (seperti Bilal bin Rabah, keluarga Yassir, Amir bin Furairah dan Zunainah)

Memujuk Nabi s.a.w. supaya meninggalkan ajaran Islam. Arab Quraisy menawarkan kedudukan, wanita cantik, dan harta. Dengan tegas Nabi s.a.w menolak tawaran tersebut.

Terhadap Nabi dan Keluarga. Menulis pernyataan pemulauan dan menggantungnya di Kaabah Pemulauan berjalan selama tiga tahun. Kehidupan umat Islam pada waktu ini sangat terhimpit.

Cara Nabi Menyelesaikan Masalah

Berhijrah Ke Habsyah Membenarkan umat Islam berhijrah ke Habsyah untuk mencari perlindungan. Ke Taif Nabi Muhammad s.a.w dan Zaid bin Harithah merancang menyebarkan Islam ke Taif

Usaha yang dilakukan oleh Nabi ini kurang berkesan. Orang Arab sentiasa mencari jalan untuk menghapuskan ajaran Islam. Nabi s.a.w memikirkan strategi baru untuk menyebarkan Islam. Disebabkan usaha penyebaran Islam tidak mendapat sambutan sepenuhnya di Makkah, Nabi s.a.w memutuskan untuk berhujrah ke Madinah pada tahun 622 M.